Friday, June 03, 2016

Pinda Akta 355: Runding, Kenapa DAP Kacau? -Presiden PAS

Post Pic
PENGKALAN CHEPA: PAS tidak pernah bersengkongkol dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan usul Rang Undang-undang Persendirian (RUU) dibentangkan di Parlimen, 26 Mei lalu.

Lantaran itu, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan supaya DAP tidak perlu sibuk dengan agenda parti itu yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, memandangkan ia hanya melibatkan orang Islam sahaja.

"Usul ini berkait orang Islam sahaja tanpa mengira bukan Islam. Kenapa DAP kacau sedangkan ia berkait dengan org Islam? Kita runding dan terpulang masing-masing. Kita bukan sahaja parti, tapi dalam pembangkang, ada pendekatan masing-masing

"(RUU itu) belum lagi dibahaskan. Usul (itu) berkaitan dengan prasarana melaksanakan undang-undang, bukan hendak menjatuhkan hukuman. Kita hendak menaikkan taraf mahkamah syariah yang (peranan) lebih rendah dari mahkamah majistret," katanya kepada pemberita di sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-62 Di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), tengah hari tadi.

Hadi berkata demikian menjawab tuduhan DAP bahawa partinya bersekongkol dengan kerajaan Umno-BN bagi membolehkan RUU berkenaan dibentangkan di parlimen, bulan lalu.

Hadi membawa usul RUU persendirian itu selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

RUU tersebut difahamkan dibenar sebagai usul pertama dibentangkan meskipun terletak di senarai nombor 15.

Hadi bagaimanapun memohon menangguhkan usul meminda Akta 355 berkaitan hudud dan akan dibawa pada sidang akan datang, Oktober depan bagi memberi peluang ‘masa’ kepada ahli Parlimen. (IH)

Thursday, June 02, 2016

Naikkan Bendera LGBTQ Di Parlimen. Ini Yang Puak Tu Mahu?

IMG_20160602_123205
OTTAWA, Khamis – Bendera pelangi pertama kali berkibar di perkarangan Parlimen Kanada semalam, sebagai menandakan sokongan kerajaan Persekutuan negara itu terhadap bulan meraikan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) .
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau telah menaikkan bendera tersebut di Parlimen Hill pada majlis sambutan bulan LGBTQ dengan disaksikan oleh ahli Parlimen.
“Ini adalah hari istimewa kepada  negara dan ia adalah sebahagian daripada satu siri pencapaian panjang buat negara selama ini.
“Ia bukan sesuatu yang mudah, dan bukan secara automatik. Ramai yang telah berjuang untuk perkara ini sehingga ia membawa kepada apa yang berlaku hari ini,” kata Trudeau.
Malah katanya, masih banyak yang perlu dilakukan dalam rang undang-undang yang diperkenalkan kerajaan bulan lalu untuk memperkukuhkan hak komuniti transgender.
“Kanada bersatu membela hak LGBTQ. Dan apa yang berlaku hari ini adalah bukti kita benar-benar meraikannya,” katanya.
Katanya lagi, beliau akan membuat lebih banyak sejarah pada bulan itu dengan menjadi Perdana Menteri pertama yang akan menghadiri perarakan bendera pelangi tersebut.- Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pejuang-pejuang LGBT di negara ini sudah mula menunjukkan taring, bahkan ada pula parti politik yang menyokongnya. Makin naik tocang mereka. 
Hanya dengan menyokong parti Islam (bukan hanya parti orang Islam) saja, perkara-perkara begini boleh dicegah dan disekat. Parti yang berkonsepkan 'Al-Amr bil-Ma'ruf wan-Nahiu 'anil-Munkar' ...

Perang Azmin Lwn PAS Bermula.. Ini Peluru Tembakan Pro Azmin..

pkr selngor
Twitter Pro Azmin Makin Lantang Kritik PAS
AIDCNews – 2/6/16 – Twitter pro Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, @PecatFaekah dilihat semakin lantang mengkritik PAS ekoran Parti Islam itu tidak memberi laluan kepada calon PKR bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Kini, Twitter yang dipercayai dikendalikan oleh salah seorang pemikir Azmin telah mengubah haluan dengan menyokong calon dari Parti Amanah Negara (PAN) bertanding di PRK itu.
“Tiba masa untuk beri sokongan penuh kepada calon Amanah dan rombak EXCO lepas #PRKSgBesar.
“Amanah wajar ganti PAS dalam Kerajaan Selangor,”kata pemikir Azmin dalam Twitternya malam tadi.
Pemikir Azmin itu juga turut mencadangkan agar semua jawatan yang disandang oleh aktivis PAS dalam kerajaan tempatan (PBT) dan syarikat milik kerajaan (GLC) negeri turut disingkirkan.
“ADUN Amanah akan gantikan EXCO PAS dalam Kerajaan Selangor. Begitu juga dengan semua jawatan Ahli Majlis dan GLC.
“Mohon Din Ayam letak jawatan juga,”katanya lagi.
keadilan1
keadilan2
keadilan3
keadilan4
keadilan

Presiden PAS Jawab, Calon PRK S/Besar Harum Manis?


PENGKALAN CHEPA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semasa menjawab dakwaan mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman yang dikatakan mesra Parti Amanah Negara (PAN).

"Tidak mungkin dalam dunia ini nak lantik calon seratus peratus yang semua setuju. Tak mungkin. Ada harum manis, ada harum masam," jawabnya.

Dr Rani

Gambar bawah: Dari kiri Adnan, Dr Rani, Abu Hanifah, Ibnu Hasyim & Tuan Junuh

Semalam Perwakilan Selangor, Nik Bakri Nikmat menggesa Dewan Ulama PAS agar campur tangan dalam soal pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun nanti.

Tidak menyatakan sebab secara jelas, tetapi Nik Bakri seolah menyifatkan Abdul Rani yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai 'mesra' Parti Amanah Negara (PAN).

Ujarnya, pemilihan Abdul Rani sebagai calon dibimbangi akan menjadi pertandingan di antara 'harum manis lawan harum manis'.

Istilah 'harum manis' merujuk kepada parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin profesional parti Islam itu selepas kalah pada pemilihan tahun lalu.(IH)

Tawan Putrajaya Dengan 'Politik Matang'. Pendekatan Baru Presiden PAS?

Post Pic

PAS mahu tinggalkan cara 'politik lama' tawan Putrajaya

PENGKALAN CHEPA: PAS mengambil pendekatan untuk mengamalkan politik matang dalam merealisasikan matlamat menawan Putrajaya, tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ujar Hadi, PAS tidak mahu lagi terjebak dengan cara politik lama seperti mana yang menjadi amalan Pakatan Harapan (PH) yang hanya membangkang agenda kerajaan.

"Blok politik yang ada pada waktu sebelum ini kebanyakannya diwarnai oleh dua warna hitam-putih sahaja iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang deengan budaya politik masing-masing.
"Kerajaan yang ada ini pula sifatnya senantiasa mempertahan kan tindakan mereka, menolak peranan pembangkang dan kadangkala dengan kekerasan dan paksaan ke atas rakyat.
"Manakala blok pembangkang pula sentiasa membangkang apa saja agenda kerajaan yang memerintah, walau kadangkala di sana ada yang baik dilaksanakan. 
"Politiking yang melampau dan kasar ini kadang kala menyebabkan rakyat awam tersepit, sehingga tidak lagi mempercayai janji politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang. Kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat," katanya.

Hadi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, di sini, hari ini.

Oleh yang demikian ujar Hadi, PAS berpegang dengan prinsip yang digariskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) yang menekankan budaya politik matang dan sejahtera.

Katanya, PAS juga bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam.

"Lapang dada dan bersikap terbuka untuk duduk semeja dengan semua pihak bagi membincangkan isu sejagat yang melibatkan kepentingan umat Islam, rakyat keseluruhan dan negara tercinta.
"Bersedia mengambil kebaikan dan menerimanya dengan baik meskipun ia datang dari pihak pemerintah serta bersiap sebagai kerajaan menunggu (government in waiting). Berlaku adil terhadap semua meskipun terhadap lawan politik," katanya sambil membacakan prinsip parti itu.

Muktamar pada kali ini adalah yang pertama selepas Pakatan Rakyat (PR), gabungan yang disertai bersama PKR dan DAP, terkubur tahun lalu. Ia juga adalah yang pertama selepas golongan progresif parti Islam itu bertindak keluar dan menubuhkan sebuah parti baru, Parti Amanah Negara (PAN), yang kini bergabung bersama PKR dan DAP membentuk gabungan baharu, Pakatan Harapan (PH).
PAS kini menjalinkan kerjasama bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menerusi Blok Ketiga. (Antarapos)

MB Azmin: Tiada Dasar Atau Program Baru Rakyat Selepas Khalid. Terlibat Rasuah Pula?

Post Pic

SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim khuatir melihat kepada perkembangan pentadbiran kerajaan negeri yang pernah diterajuinya selama enam tahun.

Kekhuatiran itu timbul selepas negeri tersebut terpalit dengan dakwaan rasuah wang dan wanita baru-baru ini. Justeru beliau menggesa penggantinya Datuk Seri Azmin Ali untuk melakukan perkara yang betul.

"Buatlah keputusan yang melindungi kepentingan dan kebajikan rakyat.
"Semua mata sedang melihat kerjasama beliau dalam siasatan berhubung dakwaan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa," kata Khalid dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Bukan itu saja, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu mendakwa, sejak beliau meninggalkan jawatan tersebut, rakyat Selangor tidak merasai sebarang dasar atau program baru. 

Di sebalik itu, rakyat negeri itu terus dibelenggu konflik politik yang tidak berkesudahan di samping dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, tambahnya.

Beliau merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan habuan wang dan perempuan ketika urusniaga dengan kerajaan negeri Selangor. 

Azmin menolak tuduhan itu dengan mendakwa ia adalah sebahagian kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan yang ditadbirnya. (IH)

Pelajar Ini Dirogol Bergilir-gilir, Apa Hubungkait Usul PAS, Tingkatkan M/Syariah?

 Ini kes lain.. Juga keluar berseronok dengan teman lelaki, masih tidak selamat bagi seorang wanita rakyat China.. menjadi mangsa rogol bergilir-gilir ..


KUALA TERENGGANU - Padah keluar rumah secara ‘bersembunyi’ tanpa pengetahuan keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berdepan mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki tidak dikenali di sebuah bilik asrama di institut kemahiran di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumahnya secara senyap kira-kira jam 3 pagi dengan dijemput seorang lelaki yang juga rakan kepada rakan perempuannya.

“Kemudian, mangsa dibawa lelaki berkenaan berjumpa dengan rakan perempuannya itu di Pantai Batu Buruk, di sini, dan selepas puas berehat di taman rekreasi terbabit, mangsa dikatakan mengikut rakan perempuannya bersama dua lagi lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah bilik asrama di institut kemahiran berkenaan.
“Mangsa yang mempercayai rakan perempuannya itu langsung tidak mencurigai tindak tanduk mereka membawanya ke lokasi kejadian sebelum terkejut apabila dipaksa dan dirogol beberapa lelaki tidak dikenali yang ada di dalam bilik asrama itu secara bergilir-gilir,” katanya.

Jelas sumber, sebaik puas melepaskan nafsu, mangsa dihantar dua lelaki pulang ke rumahnya, namun semasa dalam perjalanan itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan sekali lagi dengan merogol mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di daerah ini, kira-kira jam 7 pagi, hari sama.

“Mangsa yang kecewa diperlakukan sedemikian telah bertindak menceritakan kejadian hitam itu kepada ibunya sebelum mereka sekeluarga mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Susulan laporan diterima, polis menahan lima lelaki berusia antara 18 tahun hingga 22 tahun di sebuah asrama lelaki di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi (semalam) untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membenarkan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam masa sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan tangkapan suspek. (SH)
Rogol

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aksi mangsa seperti sengaja minta dirogol bergilir-gilir. Dia mencari nahas pergi ke tempat perogol? Perogol-perogol pun menjadi-jadi beraksi. Nampaknya, sistem perundangan yang ada di negara ini tidak memberi kesan yang sewajarnya.

Umat Islam sepatutnya kembali kepada perundangan Islam. Memilih hukum yang mendidik masyarakat seperti yang dikehendaki Islam. Mahkamah Syariah yang ada pada hari ini pun hanya menjadi bahan lawak sahaja, kerana bidang kuasa yang diperuntukkan amat terhad dan gagal mencegah jenayah.

Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah juga tidak mencerminkan kehendak syarak. Oleh itu sepatutnya umat Islam menyokong parti PAS yang bertindak mengusulkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah demi mengangkat martabat perundangan Islam di negara ini.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu di tingkatkan supaya hukuman boleh dijatuhkan sebagaimana dituntut oleh Islam. Apalagi kalau ianya merupakan kunci laluan ke arah perlaksanaan undang-undang Islam menyeluruh di Malaysia yang di dalamnya merangkumi 'hudud'?!

Sebenarnya itulah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, mahu melaksanakan undang-undangnya sendiri, di dalam negaranya sendiri kepada rakyatnya sendiri. Kecuali mereka yang otaknya dijajah oleh peradaban barat 'thaghut', tidak berfikir begitu.

Cadangan PAS mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah itu, tidak ada kena mengena langsung dengan orang yang bukan Islam! (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails