Wednesday, June 08, 2016

Muslim Di Xinjiang Tiap Tahun Dilarang Berpuasa.


muslimat-uighur
DENGAN umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa semalam, media sosial tempatan dibanjiri ucapan salam Ramadhan dan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
Namun perkara yang sebaliknya berlaku di China apabila lebih 10 juta muslim yang menetap di wilayah Xinjiang, tidak dibenarkan untuk berpuasa.
Menurut agensi berita antarabangsa AFP, kerajaan China sehingga ke hari ini, masih tetap melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa, sama seperti sebelum ini.
musim
Larangan tersebut ditetapkan buat penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak seperti yang dihebahkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing melalui laman sesawang dalam notis yang dikeluarkan pada minggu lalu, berhubung sekatan semasa bulan Ramadhan.
Ahli-ahli parti, penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak tidak harus berpuasa pada bulan Ramadhan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti agama,” tulis notis yang dipaparkan pada Khamis lepas di laman web rasmi bandar Korla, Xinjiang.
China Larang Muslim Xinjiang Beribadah Puasa
China memiliki sekitar 20 juta orang Islam dan sejumlah 13 juta, kebanyakan Muslim Uighur tinggal di Xinjiang namun sering mendapat tekanan


Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.
“Kami menggesa China agar memastikan kebebasan agama untuk Uighur dan menghentikan sebarang penindasan politik melibatkan bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media antarabangsa.
480726008
304189_620
Xinjiang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing.
Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik.
Sumber: IBTimes , Hongkongfp

Ibnu Hasyim (kanan) semasa berada di bandar Urumqi, beberapa tahun lalu..

Akta 355, Ke Mana Penerangan PAS? Jawabnya.. Lembab!!



Usul Pindaan Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS nampaknya menerima pro dan kontra daripada semua pihak : Parti politik, NGO, Pengamal undang-undang dan yang lebih utama, masyarakat awam. Apa sebenarnya yang hendak dipinda? Apa implikasi pindaan ini kepada masayarakat? Adalah pindaan ini memberi kesan kepada rakyat bukan Islam? Adakah ini RUU Hudud? PAS perlu menjawabnya!


1. Tahniah kerana usul persendirian bagi meminda Akta 355 oleh TGHH berjaya dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Seluruh ahli PAS nampaknya teruja dengan pembentangan ini, walaupun perjuangan sebenar ialah pada Oktober nanti. Bacaan kali kedua nanti akan menentukan sama ada usul diterima atau ditolak Dewan. 

Namun kini, prosesnya mendapat perhatian umum seluruh rakyat, terutama ketika pengundian PRK yang sedang berlangsung. Perhatian besar ini membawa maksud, seluruh mata dan telinga rakyat ditalakan kepada PAS. Jadi PAS perlu memberikan respons yang jelas kepada segenap lapisan masyarakat.

2. Saya tertanya-tanya : PAS membentangkan pindaan Akta 355 untuk memperkasakan mahkamah syariah dengan ruang litup sedia ada atau untuk melaksanakan hukum hudud? Dalam kalangan pimpinan PAS pusat sendiri, persoalan ini terawang-awang. Ada yang mengatakan hudud, ada yang mengatakan mahkamah syariah sahaja. 

Penjelasan Timbalan Presiden bahawa pindaan Akta 355 hanya melibatkan empat (4) jenayah syariah yang sedia ada dengan penambahan berat hukuman (sekiranya diluluskan dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri) adalah jelas. Namun, bagaimana dengan pemimpin lain? Masih ada yang menyebutkan ia jalan pelaksanaan hukum hudud (keseluruhannya). Dan pemahaman kedua inilah yang menjadi pegangan awam tentangnya.

3. Saya tertanya-tanya ke mana Lujnah Penerangan PAS?  Apa yang telah diberi setakat ini? Sifar! Saya hanya mendengar kenyataan-kenyataan politik tanpa maklumat sahih daripada Ketua Penerangan PAS. Bahkan banyak kenyataan Ketua Penerangan PAS bertumpu kepada serangan kepada DAP semata-mata. 

Sewajarnya semua jentera penerangan PAS memberikan penerangan yang jelas kepada dua pihak, iaitu : 

(1) Pimpinan PAS - supaya semuanya bercakap isu ini dengan pemahaman yang satu; dan 
(2) rakyat umum. Penerangan yang 'simple' tetapi efektif perlu diberi.

Penerangan dalam bentuk multimedia : video, iklan, grafik, animasi, kartun, bertulis, soal jawab dan sebagainya perlu dipergiat oleh Penerangan PAS. Dunia siber dengan media baharu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh PAS agar penerangannya mudah dicapai oleh pengguna. Bahkan penerangan ringkas dan tepat dalam media rasmi, Harakah perlu sentiasa ada (Jangan hanya bising ahli tidak beli Harakah). Seyogianya penerangan berterusan sehingga Oktober nanti perlu dibuat secara besar-besaran, telus, dan sistematik. 

4. Sekiranya penerangan kepada rakyat itu jelas, meskipun nanti pindaan Akta 355 ini ditolak Dewan, rakyat memahaminya. Usah diulang " ini hak orang Islam, orang bukan Islam jangan sibuk-sibuk!" sedangkan kita berada dalam dunia yang semua orang ingin faham dan tahu. Bahkan ia mempengaruhi undi bukan Islam kepada PAS. "Musuh yang terbesar bagi seseorang ialah takut kepada perkara yang tidak diketahuinya!" 

5. Akhir sekali, saya menuyeru Penerangan PAS dan Ketua Penerangan PAS untuk bekerja secara efektif, bukan mengharapkan musuh memutarbelitkan kenyataan demi kenyataan. Rakyat berhak faham! 

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 arsal74
Posted on Wednesday, June 08 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahagian penerangan PAS sekarang ini lembab. Berubahlah.. Anda setuju tak?

Rakyat Switzerland Tolak Usul Gaji Percuma RM10k Sebulan



ORANG ramai melihat keputusan awal pungutan suara UBI di sebuah skrin besar di Bern, Switzerland kelmarin. - Agensi

GENEVA – Rakyat Switzerland menolak satu usul radikal untuk menyediakan jaminan pendapatan kepada seluruh penduduk negara itu termasuk penganggur dan kanak-kanak.
Keputusan pungutan suara kelmarin mendapati, 76.9 peratus pengundi menentang cadangan menyediakan pendapatan asas tanpa syarat (UBI) kepada setiap rakyat warganegara Switzerland dan rakyat asing yang tinggal secara sah di negara itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun
Penyokong inisiatif itu memberi alasan bahawa UBI dapat membantu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang sosial di negara itu ketika pekerjaan bergaji lumayan semakin sukar didapati.
Aktivis-aktivis di belakang usul itu telah mencadangkan bayaran gaji bulanan sebanyak 2,500 Swiss Franc(RM10,484) kepada setiap penduduk dewasa dan 625 Swiss Franc(RM2,621) untuk kanak-kanak.
Jumlah itu bagaimanapun belum mencukupi bagi menampung kos hidup di Switzerland yang mana purata pendapatan bulanan rakyatnya melebihi 6,000 Swiss Franc (RM25,163).

 People cast their ballots during a vote on whether to give every adult citizen a basic guaranteed monthly income of 2,500 Swiss francs ($2,560), ...
Idea UBI yang mencetuskan perdebatan hangat di Switzerland dan luar negara bermula di beberapa daerah dalam wilayah Jura dan Vaud, manakala sebahagian kejiranan di Geneva dan Zurich turut mengundi menyokong usul itu.
Namun, secara keseluruhan, rakyat Switzerland menolak cadangan tersebut yang turut ditentang oleh kerajaan dan hampir kesemua parti politik tempatan.
Seorang pensyarah sains politik di Universiti Lausanne memberitahu agensi berita RTS bahawa rakyat Switzerland bersikap realistik dalam menilai UBI.
Sebelum ini, ramai pengkritik mengecam pelan itu sebagai impian komunis. Mereka memberi amaran, kos sara hidup akan melambung dan rakyat akan berhenti kerja beramai-ramai sekiranya inisiatif itu dilaksanakan.
Pihak berkuasa pula menganggarkan bajet tambahan 25 bilion Swiss Franc (RM104.8 bilion) diperlukan bagi membiayai UBI sekali gus memaksa kerajaan memotong perbelanjaan lain dan menaikkan cukai.
Pungutan suara kelmarin diadakan selepas aktivis-aktivis reformasi berjaya mengumpulkan lebih 100,000 tanda tangan bagi membolehkan pengundian dilakukan berdasarkan amalan demokrasi secara langsung di Switzerland. – AFP

Menteri Bertudung Ini Tetap Tidak Sokong RUU M/Syariah Yang Membuka Jalan Hudud..

Post Pic

SUNGAI BESAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menegaskan beliau tidak akan menyokong pindaan undang-undang yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

Beliau berkata ini selaras dengan pendirian PBB di Sarawak yang menolak pindaan tersebut.

Ditanya sama ada beliau akan mengundi menentang rang undang-undang itu, Nancy bagaimanapun berkata beliau tidak akan berada di Dewan Rakyat sekiranya ia berlaku.

"Bukan sahaja saya akan menolak (rang undang-undang), saya tidak akan berada di sana.

"Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (dewan)," katanya kepada pemberita di Sungai Besar hari ini.

Bagaimanapun ketiadaannya akan menjadikan lebih mudah bagi rang undang-undang 'hudud' yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan.

Ini kerana Hadi hanya memerlukan majoriti mudah berdasarkan kepada jumlah ahli parlimen yang hadir di dewan pada masa undi. (antarapos)

Akui Gadai 1,000 Ekar Tanah Untuk Sekolah Cina -Nizar Dedah Diri Sendiri.

Mohammad Nizar Jamaluddin

KUALA KANGSAR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar ketika awal bulan Ramadan mendedahkan hikmah yang selama ini mungkin tidak pernah diketahui rakyat Perak khasnya umat Melayu Islam di negeri itu.

Siapa sangka ceramah politik pembangkang yang lazimnya dipenuhi tohmahan buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), ada juga tanpa disedari membongkar banyak rahsia yang cuba disorok oleh pemimpin parti lawan.
Terbaharu tidak sampai 24 jam berceramah di Kampung Sayong Lembah pada Isnin, bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin ‘kantoi’ menceritakan jasa dirinya yang dirahsiakan kepada masyarakat Melayu.
Berbeza ceramah di kawasan Melayu yang dipenuhi ungkapan biadap kontroversi sehingga dikritik banyak pihak, ceramah di Taman Jerlun di sini lewat Selasa banyak memuji dirinya berbakti secara rahsia kepada kaum Tionghua.
Mungkin mahu menarik undi simpati daripada masyarakat Cina yang majoriti tinggal di kawasan perumahan itu, Mohammad Nizar mendakwa pernah membantu etnik tersebut sepanjang 11 bulan menjadi menteri besar dahulu.
ADUN Changkat Jering tersebut tanpa sedar mendedahkan beliau sanggup ‘menggadaikan’ 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri itu kepada sembilan buah sekolah Cina untuk diusahakan ketika mentadbir Perak pada 2008 lalu.

Screen Shot 2016-06-07 at 11.26.33 PMPENASIHAT DAP, LIM KIT SIANG TURUT BERCERAMAH MEMBANTU CALON PAN DI TAMAN JERLUN, KUALA KANGSAR LEWAT SELASA.

Dalam ceramah PAN anjuran DAP di hadapan kira-kira 300 penduduk itu, Mohammad Nizar juga bercerita bahawa beliau mudah memberi geran tanah kepada kaum Cina di penempatan kampung baharu dari Gerik hingga Tapah.
Pendedahan yang cukup mengejutkan itu tidak pula diceritakan kepada pengundi Melayu sekali gus membuktikan pemimpin PAN ini sanggup berbuat apa sahaja demi meraih undi masyarakat Tionghua yang anti-Barisan Nasional.
Pada masa sama, rakyat Perak yang pernah merasai ‘azab’ pentadbiran Mohamad Nizar tentu masih lagi ingat bagaimana sukarnya sekolah agama rakyat dibantu pihak kerajaan negeri ketika itu malah langsung disisihkan.
Bukan itu sahaja, menjelang kejatuhan kerajaan beliau pada 2009, bekas pemimpin PAS Perak ini sempat lagi meluluskan pemberian geran pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk Cina yang dianggap amat pelik.
Mungkin beliau seronok bercerita ‘kehebatannya’ suka membantu kaum Tionghua, namun di manakah ihsan dirinya terhadap nasib bangsanya sendiri sehingga pernah dilabel sebagai boneka DAP waktu itu. – Mynewshub.cc
#PRKKUALAKANGSAR

Gabenor Cina Kristian Jakarta Larang Pelajar Islam Pakai Tudung.

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama
JAKARTA – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, lebih dikenali sebagai Ahok (gambar), mengutuk sekolah awam di republik itu yang memaksa pelajar memakai tudung dan menggesa larangan pemakaiannya sebelum bermulanya Ramadan.
Dalam satu persidangan dihadiri 1,700 pengetua sekolah di Jabatan Pendidikan ibu kota ini, Ahok berkata: “Tudung kepala yang mereka pakai kelihatan seperti kain lampin. Saya fikir kain lampin di dapur saya lebih elok.”
“Apabila mereka keluar dari pintu pagar sekolah, mereka menanggalkan tudung sebaik melompat ke atas motor bapa mereka.
“Anda mengajar mereka memikirkan memakai tudung sebahagian moral sebagai Muslim, justeru mereka terus memakainya sepanjang hayat.
Mereka seharusnya memakainya atas kesedaran sendiri, bukan menanggalkannya sebaik meninggalkan pekarangan sekolah.”
Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Ahok berkata beliau tidak mahu disalah anggap sebagai penyokong anti-Islam dan memetik pengalamannya di Belitung sebagai contoh bagaimana pelajar tidak memakai tudung dengan wajar. Kenyataan Ahok bagaimanapun tidak mendapat sambutan.
Bagi Fadia Adhari, yang belajar di sekolah persendirian Islam di ibu kota ini selama enam tahun, di mana dia memakai tudung ke sekolah bersama rakan sekelas, keputusan Ahok mengharamkan pemakaian tudung tidak menyenangkan.
“Saya tidak bersetuju dengan peraturan Ahok kerana ia bergantung kepada sekolah itu sendiri, sekolah perlu terbuka kepada pelajar mengikut fahaman agama masing-masing dan tidak memaksa semua orang memakainya,” katanya, yang kini mahasiswa di Universiti Airlangga di Surabaya.
Ahok dipilih sebagai gabenor pada 2014, selepas penyandang dan kini Presiden, Joko Widodo bertanding sebagai presiden.

Seorang individu kontroversi dalam politik Indonesia, Ahok beragam Kristian, daripada etnik Cina dan tidak dikaitkan dengan mana-mana parti. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pakai tudung adalah pakaian wanita Islam, orang Islam sudah tidak boleh melaksanakan ajaran agamanya sendiri di dalam negara yang umat Islam paling ramai di dunia.
Masih ada puak-puak tertentu yang mengaku parti Islam di Malaysia masih memuji politik Indonesia? Mereka juga berfikiran seperti Ahok itu?

Bekas MB Khalid Ibrahim Pula Bantu Dr Rani Di Sungai Besar.

'Saya hadir kerana balas budi Pas'
Abdul Khalid (dua, kanan) bersama-sama calon Dr Abdul Rani (kiri) ketika meninjau di premis perniagaan Pekan Sungai Besar, petang tadi. - Foto Sinar Harian 

SUNGAI BESAR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendiriannya tidak mahu menyertai Pas atau mana-mana parti kerana masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya dari PKR.

Abdul Khalid berkata, beliau sedang menunggu keputusan rasmi ROS sama ada penyingkirannya daripada PKR mengikut peraturan ataupun tidak.

"Ini tak bermakna saya berminat untuk parti (PKR)..tetapi saya nak (ingin) satu keputusan untuk kepentingan diri saya,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan mesra di premis perniagaan di Pekan Sungai Besar, di sini, hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini dipecat daripada PKR berikutan keengganannya menyerahkan jawatan menteri besar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya tentang tindakannya yang seolah-olah menyokong kempen Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjelaskan, tindakannya itu sebagai satu usaha ‘membalas budi’.

“Semasa PRK Ijok (pada tahun 2007) saya tak kenal sesiapa pada masa itu. Tapi, rakan-rakan dari Pas di Ijok di seluruh Selangor datang membantu saya untuk kempen pilihan raya. Walaupun saya kalah, tapi saya sangat berterima kasih kepada mereka (Pas).
“Ini satu usaha bagi membalas budi mereka yang mana mereka juga telah bersama-sama saya semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013. Alhamdulillah kita mencapai kemenangan,” katanya.

Katanya, tujuan utama beliau sebagai seorang ahli politik bebas adalah untuk bersama-sama membantu calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding bagi kerusi Parlimen itu.

“Itu sebab saya datang berjumpa dengan pengundi Tiong Hua yang mana saya ingin menyatakan kepada mereka walaupun Dr Rani ahli Pas, tapi dalam tata cara kerja beliau sepanjang menjadi Adun (Meru) dia tidak membezakan sesiapa, sama ada dia ahli Pas atau pun bukan ahli Pas.
“Oleh sebab itu, saya nak beritahu, bahawa Dr Rani akan membela sesiapa pun, walaupun dia dari parti Pas dia tidak memberikan kepentingan kepada parti tetapi kepada pertolongan yang boleh diberi kepada masyarakat,” katanya.

Ditanya peluang Pas untuk memenangi PRK Parlimen itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang menjelaskan pertandingan kali ini jauh lebih sengit meskipun Pas hanya tewas dengan majority kecil pada PRU-13 lalu.

“Saya rasa pertandingan sengit sebab sekarang ada (pertandingan) tiga penjuru. Saya percaya  Pas perlu bekerja keras  bagi memenangi PRK Parlimen ini,” katanya. (SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails