Thursday, August 11, 2016

Skim Dana-Sel: Peneroka Bandar Miliki Rumah sendiri



KUALA LUMPUR: Seramai 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam boleh menarik nafas lega apabila hasrat memiliki kediaman sendiri tercapai menerusi tawaran Skim Sewa Milik Kerajaan Selangor (Skim Dana-Sel).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, skim itu dilaksanakan selepas kerajaan negeri mendapati sesetengah golongan tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Memetik laporan Selangor Kini, beliau berkata, ia ekoran mereka disenarai hitam institusi kewangan dan berpendapatan rendah.

“Mereka ini adalah peneroka Kampung Rimba Jaya yang hendak dipindahkan di sini tetapi tidak dapat pinjaman bank ekoran pendapatan rendah, tiada dokumen lengkap dan disenarai hitam.

“Harga asal rumah ini RM42,000 tetapi kerajaan negeri tawar subsidi RM7,000 menjadikan harga jualan RM35,000 sahaja,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba Jaya, hari ini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, skim itu menawarkan pelbagai kelebihan ekoran tiada deposit dikenakan.

Katanya, penyewa juga bakal memiliki rumah terbabit dalam tempoh 20 hingga 25 tahun selepas bayaran sewa selesai.

“Skim ini akan diperluaskan di kawasan lain bagi membolehkan lebih ramai golongan sama memiliki kediaman sendiri,” katanya. (H)


Demam Pokemon Go, Lebuhraya Larangan Di Taiwan, 1,210 Pemandu Disaman.


SEORANG penunggang motosikal bermain Pokemon Go di sebatang jalan raya di Taipei.


TAIPEI – Taiwan meminta pembina Pokemon Go menjadikan lebuh rayanya sebagai kawasan larangan permainan realiti maya itu selepas lebih 1,200 orang disaman kerana bermain Pokemon Go semasa memandu.
Pihak berkuasa kini bergelut dengan demam Pokemon Go di Taiwan. Permainan itu menjadi punca berlakunya kemalangan ketika pengguna-pengguna jalan raya leka memburu raksasa maya di persekitaran sebenar.
Biro Lebuh Raya Nasional menyatakan semalam bahawa pihaknya telah meminta pembina aplikasi permainan itu, Niantic supaya tidak melibatkan lebuh raya serta pusat rawat dan rehat di pulau itu.
“Kami meminta mereka tidak meletakkan raksasa Pokemon di kawasan sekitar lebuh raya,” kata jurucakap biro berkenaan, Chen Ting-tsai.
Menurut Agensi Polis Nasional pula, kira-kira 1,210 pemandu didapati melanggar peraturan trafik kerana bermain Pokemon Go ketika memandu sejak permainan popular itu dilancarkan di Taiwan Sabtu lalu.
Pemandu yang ditangkap menggunakan telefon pintar semasa memandu boleh disaman sebanyak NT$3,000 (RM383), manakala penunggang motosikal perlu membayar denda NT$1,000 (RM127).
Pentadbiran Kereta Api Taiwan juga mengharamkan Pokemon Go dan menyatakan, pihaknya akan menghubungi Niantic supaya tidak meletakkan raksasa maya di stesen dan di dalam keretapi. – AFP

Denda RM300 Pemandu Main Pokemon, Akur. Kalau Mufti Tegur Gelupor..


PIHAK berkuasa akan mengenakan denda maksimum RM300 ke atas individu yang memburu watak Pokemon sambil memandu.


PENGGUNA

PUTRAJAYA – Denda maksimum sebanyak RM300 bakal menanti mana-mana pihak yang didapati memandu atau menunggang motosikal sambil menggunakan aplikasi permainan Pokemon Go.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan atau menunggang motosikal merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM300.
“Main Pokemon Go untuk pengguna jalan raya adalah diharamkan kerana dalam undang-undang jalan raya tidak boleh guna telefon bimbit ketika memandu dan secara automatik main Pokemon Go,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Peringkat Kebangsaan di Dataran Perhimpunan, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Precint 8 (1) di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau menteri tegur ramai yang akur, tetapi kalau Mufti yang nasihat dan tegur ramai pula menggelupur, mengapa?

Jamil Khir Baharom: Jika Laksana Hudud, Perlembagaa Perlu Dipinda, 2/3 AP Setuju..

hudud

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendapati MCA, Gerakan dan masyarakat bukan Islam masih mempunyai salah faham mengenai Rang Undang-Undang (RUU) yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menjelaskan, pembentangan usul RUU Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat Mei lalu bukan hukum hudud. 

"Sekiranya negara kita ingin melaksanakan hukum hudud, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dan mesti menerima persetujuan daripada dua pertiga ahli parlimen. RUU Persendirian itu cuma mahu meningkat dan memperkasa kedudukan mahkamah syariah dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan," kata Jamil Khir ketika ditemu ramah oleh Sin Chew Jit Poh.

Beliau turut menafikan RUU Persendirian itu adalah 'kunci' untuk melaksanakan hukum hudud di negara kita.

"Mahkamah syariah sudah sekian lama diwujudkan di negara kita, namun kenapa sebelum ini tidak ada orang mendakwa ia dibuka adalah tujuan untuk melaksanakan hudud hukum?"

Jamil Khir berkata, mahkamah syariah tidak ada kuasa untuk menjatuhkan sebarang kesalahan membabitkan kanun jenayah yang dikendalikan oleh mahkamah sivil. 

"Contohnya kes curi dan merompak. Kedua-dua ini telah dimasukkan ke dalam kanun jenayah dan tidak mungkin ada hukuman potong tangan atau kaki.
"Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan ini, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam akan diuruskan oleh mahkamah sivil," katanya. 

Beliau berharap masyarakat Cina jangan bimbang kerana kuasa mahkamah syariah hanya dikenakan pada orang Islam sahaja dan tidak menjejaskan hak asasi bukan Islam.

"Kalau bukan Islam hendak minum arak, tidak sembahyang, itu adalah hak mereka. Kalau bukan Islam melakukan kesalahan, mereka akan diadili dalam mahkamah sivil," katanya. (SH)

Rasukan Kuda Kepang Punca Lelaki Penggal Leher Neneknya?


TARIAN kudang kepang yang kononnya menjadi seni tradisi masyarakat Jawa di Johor dikatakan menjadi rasukan dipercayai antara punca seorang remaja lelaki yang mengalami gangguan mental tergamak memenggal leher neneknya. - gambar hiasan.

KULAI – Rasukan daripada semangat pendamping kuda kepang dipercayai antara punca seorang remaja lelaki yang mengalami gangguan mental tergamak memenggal leher neneknya di Felda Penggeli Timur di sini kelmarin.
Datuk mangsa, Bogiman Kario, 71, menceritakan, cucunya yang berusia 19 tahun itu didapati mengalami perubahan tingkah laku selepas dia menonton persembahan tarian kuda kepang yang diadakan di Felda Ulu Belitong dekat sini kira-kira setahun lalu.
“Selepas pulang dari menonton persembahan tersebut, saya lihat kelakuan cucu saya jadi pelik apabila dia sering tersenyum seorang diri selain sanggup mencederakan diri sendiri.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul apa yang diberitakan 'rasukan' semangat kuda kepang membuat lelaki memanggal leher neneknya itu benar, maka ritual yang kononnya 'seni tradisi masyarakat Jawa' itu perlu dilarang segera. Pertahankan aqidah umat Islam lebih penting dari pertahan seni dan tradisi jahiliah.

Amaran, Miss Universe Filipina Akan Diserang Deash, Tahun Depan!

Post Pic
LONDON: Kumpulan pengganas Daes merancang untuk melancarkan serangan pengeboman bunuh diri di lokasi penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Universe yang bakal diadakan di Filipina tahun depan.

Portal mirror.uk melaporkan ancaman itu dinyatakan Daesh menerusi video di dalam saluran media sosial rahsia kumpulan berenaan yang menerangkan tentang cara melakukan serangan tersebut.

Dalam satu komen pada ruangan di video itu, seorang penyokong di video itu, seorang penyokong kumpulan militan berkenaan mencadangkan supaya lokasi penganjuran ratu cantik diserang.

Menurut portal The Sun, walaupun lokasi sebenar pertandingan itu masih belum diputuskan, namun penyandang juara, Pia Wurtzbach menyatakan kesediaan untuk menghadiri pertandingan berkenaan.

Pemenang tahun ini kan diumumkan pada penghujung Januari depan.

Ancaman Daesh di rantau Asia Tenggara semakin berkembang ketika kumpulan militan Abu Sayyaf yang mengangkat ikrar taat setia kepada Daesh diperangi habis-habisan oleh kerajaan Filipina sejak beberapa bulan lalu. (antarapos)

Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik

Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik

CHEN Guanming, seorang lelaki tua yang berusia 61 tahun dan hanya bekerja sebagai petani di sebuah perkampungan di Tongshan di Wilayah Jiangsu, China, memang penggemar Sukan Olimpik.

Malah dia sanggup hadiri pelbagai temasya Olimpik di seluruh dunia dengan cuma menggunakan beca roda tiganya.
Ketika masih muda, Chen memang tidak suka mengembara waima tidak pernah berjalan ke luar kampungnya.
Namun, apabila China menang bidaan menjadi tuan rumah Olimpik 2008 pada 2001, dia mula terpanggil untuk melakukan perjalanan dengan sebuah misi khas.
Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik
Media tempatan melaporkan, ketika itu Chen mula melakukan perjalanan ke seluruh China dengan beca peribadinya untuk menyebarkan semangat Olimpik sambil memberitahu masyarakat agar melindungi alam sekitar dengan melawan orang yang buang sampah merata-rata.
Ketika usianya mencapai 53 tahun, dia telah melawat sekitar 1,764 buah bandar sebelum akhirnya tiba di Stadium Olimpik di Beijing yang juga digelar Stadium Sarang Burung untuk menonton Olimpik 2008.
Kemudian dia juga telah melakukan perjalanan ke England pada 2010 semata-mata untuk ke London meraikan Olimpik 2012.
Kisah Lelaki Tua Keliling Dunia Naiki Beca Demi Olimpik
Pada masa itu Chen dianugerahkan tiket pembukaan Sukan Olimpik London. Setelah itu, dia tertarik untuk datang ke Rio de Janeiro, Brazil sempena Olimpik 2016 yang berlangsung hingga 21 Ogos depan.
Bukan itu sahaja, Chen akan mula merancang perjalanan Sukan Olimpik yang akan datang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 2020 kelak. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails