Tuesday, August 16, 2016

Laman Cheongster Tawar Pelacuran Ditutup? Tiada Apa-apa Tindakan?

INILAH laman web Cheongster yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Setelah lebih dua tahun mempromosi kegiatan persundalan dan pelacuran di negara ini, laman sosial Cheongster tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai ekoran pendedahan Kosmo! me­ngenai aktiviti jijik itu.
Siasatan Kosmo! men­­dapati laman sosial itu masih lagi beroperasi seperti biasa pada se­belah pagi namun ia tidak lagi dapat diakses se­perti biasa selepas pukul 4 petang semalam.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penutupan laman sosial itu dilakukan oleh pengendali Cheongster sendiri atau pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Cubaan Kosmo! untuk mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta SKMM tidak berhasil apabila kesemua pegawai tertinggi agensi tersebut enggan mengulas mengenai laman itu.
 

 Malaysians Must Know the TRUTH: Lima Negara Asia Paling Ramai Pelacur, Malaysia Tersenarai
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia, Dr. Nor Azura Husin berkata, laman sosial tersebut tidak dapat dilayari disebabkan pengendali laman sosial itu yang menyekat ia daripada diakses oleh pihak luar. 
Syabas Kosmo! Nampaknya tiada apa-apa tindakan diambil oleh pemerintah? (IH)

K'jaan Mesti Lebih Serius Tangani Kemiskinan L/Bandar -Dr. Mohd Khairuddin



KENYATAAN MEDIA
Ahli Parlimen Kuala Nerus
15 Ogos 2016 | 12 Zulkaedah 1437H
KERAJAAN MESTI LEBIH SERIUS MENANGANI KEMISKINAN LUAR BANDAR :
1. Kerajaan mesti segera bertindak lebih serius bagi membela warga luar bandar khususnya keluarga golongan penoreh dan pekebun kecil getah, para petani, para nelayan, boroh kasar dan kakitangan awam bergaji kecil yang tinggal di luar bandar ini. Mereka adalah golongan yang mendapat kesan langsung kepada peningkatan harga barangan dan kemuraman pertumbuhan ekonomi negara.
2. Kerajaan perlu inovatif dan merangka program-program baru baru bagi meningkatkan pendapatan mereka dan ianya perlu diterjemahkan menerusi bajet 2017 yang bakal dibentangkan di parlimen bukan oktober nanti.
3. Sekiranya golongan ini tidak dibantu secara berkesan, tidak mustahil ia akan menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan luar bandar sedikit masa lagi.
4. Berdasarkan data-data yang diambil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kira-kira 26% atau 7.8 juta daripada jumlah penduduk di negara ini adalah kategori luar bandar dan 6.3 juta atau 79% daripadanya adalah merupakan etnik Bumiputera. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu dan Kedah mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu 53%, 45%, 40%, 37% dan 32% masing-masing.
5. Industri yang paling banyak penglibatan penduduk luar bandar ialah industri pertanian, perhutanan dan perikanan iaitu sebanyak 41%. Antaranya ialah sebagai penoreh dan pekebun kecil getah; selain pesawah dan nelayan.
6. Pada masa ini sahaja terdapat kira-kira 590,000 penoreh dan pekebun kecil getah di negara kita yang sedang berhadapan dengan masalah pendapatan untuk menyara kehidupan dan keluarga masing-masing berikutan kejatuhan harga getah semasa. Setakat minggu lalu, harga getah SMR 20 ialah 515.50 sen/kg manakala harga getah sekerap ialah 205.00 sen/kg.
7. Sepatutnya, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang akan diaktifkan jika harga purata bulanan getah SMR 20 berada pada paras RM5.50 sekilogram atau harga getah sekerap di peringkat ladang berada paras paras RM2.20 sekilogram dan ke bawah, diganti dengan skim penstabilan harga getah bagi menjamin harga getah sekerap berada pada nilai RM4.00 sekilogram bersesuaian dengan kos sebenar untuk mengeluarkan getah itu iaitu RM3.20 sekilogram. Kaedah dan alat yang digunakan untuk mengukur kandungan getah kering (dried rubber content, DRC) juga mestilah memenuhi ciri-ciri saintifik dan menjamin ketepatan; bukannya dibuat berasaskan kepada andaian atau anggaran sahaja.
8. Golongan nelayan pula hanya mengalami peningkatan pendapatan sebanyak 3.5% sahaja bagi tempoh 10 tahun. Kenaikan dengan kadar yang teramat sedikit ini menjadikan amat mustahil kepada para nelayan untuk memiliki pendapatan boleh guna yang mencukupi bagi memenuhi keperluan hidup mereka lebih-lebih lagi dalam suasana kenaikan kos sara hidup dan kesan kejatuhan nilai Ringgit dan pelaksanaan GST, bahkan mungkin akan lebih teruk setelah pelaksanaan penuh TPPA nanti.
9. Mendukacitakan, purata pendapatan bulanan nelayan bagi Negeri Terengganu adalah RM1,400 dengan sekumpulan besarnya berpendapatan antara RM518 hingga RM1250 sebulan. Nilai ini berada di bawah paras purata pendapatan nelayan negara iaitu RM1600 sebulan. Pendapatan nelayan Terengganu berada pada tempat ketiga terendah di Semenanjung Malaysia selepas Negeri Sembilan (RM1,240) dan Kelantan (RM1,300).
10. Masalah pencerobohan nelayan asing khususnya oleh warga Vietnam dan campurtangan orang tengah mestilah diberikan perhatian serius dan diselesaikan segera. Urusan pengeluaran lesen kepada semua nelayan pula perlu dipermudahkan bagi mengelakkan wujudnya nelayan tidak sah sehingga mengakibatkan mereka sukar atau tidak mendapat apa-apa bantuan yang disediakan.
11. CUEPACS pada awal tahun ini telah mendedahkan bahawa 12% kakitangan Kerajaan terikat dengan hutang along sejak 2012 dan terus bertambah berikutan faktor gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup. Merisaukan, jika demikian berlaku kepada golongan penjawat awam, tidak mustahil keadaan yang sama atau lebih teruk juga berlaku kepada warga luar bandar yang berpendapatan jauh lebih rendah.
12. Kerajaan mesti melakukan inovasi dan tranformasi dalam sektor pekerjaan 3D (dangerous, dirty and difficult) bagi memberi peluang dan menarik warga luar bandar khususnya golongan belia untuk bekerja dalam sektor ini yang kini sedang didominasi oleh warga asing terutamanya warga Bangladesh.
Sekian.
“Inilah Penyelesaian Kita”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI 

Ahli Parlimen Kuala Nerus / 
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Raja Ema Pun Tampil Berimej Baru, Tutup Aurat, Bertudung Tapi Bukan Berhijab?

raja ema

HALAMAN HIBURAN

TAMPIL berkeyakinan dengan imej baharu, pelakon dan penyanyi Raja Ema Raja Ibrahim akui lebih selesa jika dia dikatakan telah bertudung dan bukannya berhijab.

“Saya rasa lebih selesa jika saya dikatakan telah menutup aurat dengan mengenakan tudung. Bagi saya, berhijab itu membawa maksud yang sangat besar.
“Pada pendapat saya, berhijab bukan sahaja menutup aurat semata-mata tetapi menutup segala kecantikan daripada tatapan umum dan mematuhi hukum syariah sepenuhnya.
“Kini saya masih lagi dalam proses percubaan dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya mengenakan tudung mengikut keselesaan saya,” kata Raja Ema, 47; kepada Astro Gempak.
Tambahnya, dia tidak berasa risau atau bimbang jika tawaran yang diberikan kepadanya akan berkurangan kerana dia sudah mula bertudung.
“Ada kemungkinan saya tidak akan menerima tawaran seperti sekarang, tetapi saya tidak bibang dan sudah sedia maklum akan perkara itu.
“Penerbit dan pengarah semestinya pandai untuk menyesuaikan watak dengan penampilan seseorang artis. Andai kata rezeki saya dalam bidang lakonan berkurangan, saya sudah bersedia dengan perniagaan sendiri,” katanya.


Ella Ubah Penampilan Ke Arah Lebih Baik.. Bertudung!

ella

HALAMAN HIBURAN
RATU rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 50, berkata dia membuat keputusan untuk bertudung sejak Ramadan lalu selepas merasakan sudah masanya untuk dia mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik.
Tambah Ella, dia berasa lebih tenang dan yakin dengan perubahan dan penambilan baharunya itu.
“Saya tidak tahu nak cakap macam mana tentang perasaan saya, tapi yang penting saya berasa tenang sangat.
“Pada Ramadan lalu, saya berbual dengan suami tentang tudung dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung, jadi saya terus menjawab ya saya mahu bertudung.
“Suami berasa gembira dengan keputusan saya dan dia menyokong saya sepenuhya,” katanya kepada mStar Online.


Ella & Jolie.
Pelantun lagu Retak itu berkata dia mula mendapat dorongan untuk bertudung sepenuhnya daripada kakaknya, Jojie yang sudah bertudung lebih awal daripanya. 


Najib Pertikai Tentang 'Bersatu' (Belum Tubuh) Aneh' -Muhyiddin Yassin


SHAH ALAM - Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan parti itu membela nasib orang Melayu kerana mempunyai hubungan dengan DAP adalah sesuatu yang aneh.

Menurut beliau, selepas mengemukakan permohonan kepada pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), serangan terhadap Bersatu yang belum lagi ditubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin Umno.

“Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib malah parti ini belum ada ahli dan cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.
“Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?
“Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan menguntungkan orang Melayu dan ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab serta pra-matang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Najib menyelar parti Bersatu berikutan cadangan untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan merupakan taktik kotor yang digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu di negara ini.

“DAP bakal dijadikan 'hantu' paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.
“Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu,” katanya.

Selain daripada itu, Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung dengan ROS bagi mendapatkan naskhah Perlembagaan Bersatu yang diserahkan semasa proses pendaftaran parti sekiranya beliau meragui perjuangan parti itu.

Beliau berkata, daripada 13 matlamat dan tujuan Bersatu, tiga daripadanya ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut serta mengamalkan agama masing-masing secara aman harmoni.

“Selain itu, matlamat Bersatu adalah bagi menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di samping mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah serta Sarawak dan hak-hak sah untuk semua kaum,”katanya.

Tambah beliau, sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk berdebat.

“Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak-dalik lagi," katanya. (IH)

Sampai Bila Amanah Akan Jadi Khadam DAP? -Ulasan Antarapos

Oleh  Abdul Rahman Malik

Bagaimana pemerhati perkembangan politik Parti Amanah Negara tidak merumuskan bahawa parti itu adalah ‘khadam’ pada DAP jika apabila ada isu terhadap parti dominasi Cina itu, Amanah akan tampil mempertahankannya.

Terbaharu ialah apabila Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya bersikap rasis, Amanah pula yang menjadi “pegawai penerangannya”.

Amanah menyifatkan pendirian Pemuda DAP yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah pendirian rasmi DAP.

Menurut Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Pemuda DAP berhak menyatakan pendiriannya dan yakin perkara itu akan ditangani pimpinan tertinggi DAP kelak.   

"Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang, itu kenyataan Pemuda (DAP) sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi. 
"Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat," katanya ketika mengulas pendirian pemuda DAP yang menolak parti yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mengamalkan diskriminasi perkauman.

Menurut Anuar, bukan Pemuda DAP sahaja bersikap kritis terhadap keahlian Bersatu tetapi Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menyatakan pandangan yang sama.

Katanya, Subramaniam menganggap masyarakat India yang menyertai Bersatu akan menjadi ahli 'kelas kedua' di dalam parti itu. Ini kerana bukan Melayu hanya diterima ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan pimpinan parti itu.

Selain itu, menurut Anuar, Bersatu tidak dikira sebagai parti berasaskan kaum apabila turut membuka ruang untuk kaum lain menyertai mereka walaupun sebagai ahli bersekutu.

"Maknanya jika ada 'ahli bersekutu' sekurang-kurang mereka sudah membuka keahlian kepada kaum lain. Tidak boleh kita kata mereka parti satu kaum sahaja," katanya lagi.

Sehubungan itu, Anuar menegaskan bahawa Amanah tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu jika mempunyai hala tuju yang sama.

"Amanah akan berkerjasama (dengan) sesiapa yang mahu melihat reformasi berlaku di dalam negara ini tanpa mengira parti mana jika siapa yang memberikan komitmen untuk memberikan kepimpinan yang baru di negara ini," ujarnya.

DAP dapat sokongan parti Melayu

Memang benar dan cekap Mahathir menilai peribadi Melayu – mudah lupa. Kira-kira 18 tahun lalu, Setiausaha Agung Amanah itu sendiri adalah di kalangan yang bertempiaran menyembunyikan diri diburu polis Mahathir menyergap penyokong Anwar Ibrahim. 

Bagaimanapun kini setelah bertukar kulit daripada menyokong Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) kerana tidak selesa dengan pimpinan lain yang tidak mengikuti tarbiyah Angkatan Belia Islam, Anuar dan pemimpin PKN yang seangkatannya lain menyertai PAS.

Tujuannya ialah untuk beristiqamah. Mereka tidak serasi dengan penyokong Anwar yang datang dari Umno dalam PKN. Mereka mahu terus tekal dengan prinsip jemaah dan harakah Islamiah.

Sedihnya apabila berada dalam PAS Anuar dan pimpinan yang seangkatan dengannya  mendapati PAS ada banyak kekurangannya, sebahagian besar daripada mereka mulai kurang senang dengan kepimpinan ulama PAS.

Maka timbul keghairahan untuk merentap kuasa dalam PAS dan mereka pun berpakat menundukkan kaum ulama dalam pemilihan muktamar 2015. Malangnya, mereka gagal.

Sejak itu yang paling akrab dengan mereka ialah DAP. Ini mendorong sebilangan pemimpin PAS yang menggelar kumpulan bekas ahli PAS yang menubuhkan Amanah itu sebagai ‘khadam’ DAP.

Demikian status quo politik Amanah. Mereka lebih banyak bergantung kepada sokongan DAP termasuk dalam perundingan kerjasama politik dengan PKR. 
Natijahnya hajat mereka untuk meletakkan calon dalam dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terkabul berkat sokongan DAP. Dek segankan DAP, PKR melupakan hasrat mahu calonnya bertanding di Sungai Besar.

Kini Amanah mendambakan sokongan Bersatu khususnya mahu menumpang aura Mahathir. Amanah segera mengesyorkan supaya rundingan kerjasama dengan Bersatu diadakan.

Yang anehnya, pendaftaran Bersatu sendiri belum selesai.  Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyerahkan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Muhyiddin berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Soal keahlian dalam Bersatu bukan isu bagi Amanah. Yang penting Amanah nampak agak ghairah segera diiktiraf sebagai sebuah parti politik nasional yang dinamik dan bersedia bekerja keras untuk menjatuhkan bukan sahaja Umno tetapi lebih utama, PAS.

Nampaknya, jalur pemikiran politik Islam pemimpin Amanah sudah amat jauh daripada tunas pemikiran dan pendekatan politik Islam PAS. Bukan sahaja jalur politik Islam PAS sudah tanggal daripada perjuangan mereka malah ia lebih selesa dengan DAP dan PKR yang sekular. (Antarapos)

Mengapa DAP Tak Saman Razali? Takut Bayang Sendiri.. Terbongkar!

lks-dana
AIDCNews – 15/8/16 –Poster mendesak DAP menyaman bekas aktivis parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman (di atas) berkaitan isu penerimaan dana Israel sebanyak RM1.2 billion menjadi viral di media sosial sejak malam Sabtu.
Kandungan poster itu memetik kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 2 Februari 2016 yang berikrar akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang mendakwa DAP telah ditawarkan RM1.2 billion daripada pihak Israel sebagai tukaran kepada pengkalan tentera di Port Dickson.
“Dah tujuh bulan lebih, bila DAP nak saman ???,” kenyataan kandungan poster itu dipetik.
Pada tahun 2012, ketika berceramah di Putrajaya, Mohamed Razali mendedahkan bahawa DAP melalui Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah mengadakan rundingan dengan pihak kedutaan Israel di Singapura berkaitan dengan perancangan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) :
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.
Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.
Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.
Mengapa DAP tak saman? Rupanya takut kepada bayang-bayang sendiri. Takut terbongkar banyak dan lebih cepat lagi..

Selanjutnya, sila baca kenyataan lengkap bekas aktivis DAP itu, “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP
Lihat juga..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails