Saturday, August 20, 2016

Sukan Ekstrem Berani Mati 'Terjun Maut' Dari Norway, Sesuaikah Untuk Rakyat M'sia?


SUKAN
APABILA terjun ekstream berani mati dari papan lompat dan mendarat dengan perut dahulu ketika menyentuh air bukanlah hasil yang dicari kebanyakan orang, tetapi bagi mereka yang bertanding dalam sukan gila Norwegian ini, itulah yang menentukan sama ada anda kalah atau menang.
Dødsing, atau ‘terjun maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X. 
Matlamatnya adalah untuk mengekalkan posisi tersebut selama yang boleh dan melengkongkan badan sedikit sebelum mengenai permukaan air untuk mengelakkan kecederaan.
Pada Kejohanan Dunia Dødsing, pertandingan aneh yang diadakan setiap musim panas sejak tahun 2008, penyelam yang kekal mendatar paling lama semasa melompat adalah pemenangnya.
Tetapi akibat terlalu ramai penerjun dødsing yang berani pada kejohanan dunia, hakim juga perlu mengambil kira faktor-faktor lain, seperti kelajuan, ketinggian dan kuasa lompatan, keaslian gaya lompatan dan percikan yang dihasilkan apabila mengenai permukaan air.
Dødsing, atau ‘terjunan maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X.
Dodsing, olahraga ekstrem dari Norwegia yang berisiko tinggi
Sukan yang menyakitkan ini dipercayai direka pada tahun 1960-an, di kompleks kolam renang Frognerbadet yang terkenal di Oslo, oleh sekumpulan remaja yang cuba untuk menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakan mereka.
Kejohanan Dødsing yang pertama hanya disertai enam penerjun dan kira-kira sedozen penonton, tetapi selepas penubuhan Det Internasjonale Dødseforbundet (The International Dødsing Association) pada tahun 2011, popularitinya meningkat dengan cepat.
Hari ini, Kejohanan Dødsing Dunia yang diadakan di Frognerbadet adalah satu acara yang besar, yang menampilkan hampir 100 penerjun dan beribu penonton.
Ia tidak mengejutkan bahawa populariti mula merebak ke seluruh Eropah. Ianya menyeronokkan untuk menonton, seperti yang disahkan oleh beribu-ribu penonton yang berkumpul setiap tahun untuk melihat siapa yang boleh membuat percikan terbesar.
Ianya juga menyeronokkan bagi para penerjun walaupun mereka mengakui bahawa apabila keluar dari kolam renang, badan mereka akan dipenuhi lebam.
Sesuaikah sukan ini untuk rakyat Malaysia, di negara umat Islam ini? (IH)

Ibu Tunggal Ini Perlukan Bantuan. Tak Bertanggungjawabkah K'jaan BN?


MIRI – Seorang ibu tunggal Puan Butet Ahmad yang tinggal bersama 6 orang anaknya amat memerlukan bantuan bulanan serta tempat tinggal tetap untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Beliau tinggal bersama dengan anaknya yang berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun amat memerlukan bantuan dan tempat tinggal yang tetap dan selesa. Sejak beliau kehilangan suaminya 3 tahun yang lalu dia terpaksa menyewa rumah usang di Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau bersama anak-anaknya. 

Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Anak sulung beliau seorang gadis lepasan sekolah menengah terpaksa bekerja di sebuah kedai kasut untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pn Butet hanya menjual ikan serta membantu menghantarkan barang jualan di pasar. 

Pendapatan beliau sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung keperluan sekolah anak-anaknya dan keperluan harian mereka. Sekarang beliau menyewa di sebuah rumah usang di kampung Pujut Padang Kerbau dan sudah tentu pada bila-bila masa akan dipindahkan sekiranya beliau tidak mampu membayar sewa bulanan dan lain-lain bil.

Seorang anaknya yang berumur 7 tahun masih tidak bersekolah disebabkan ada masalah dengan pendaftaran kelahiran sedangkan kakak-kakaknya dan abang-abangnya tiada masalah dengan pendaftaran kelahiran. Kes anaknya ini masih dalam proses untuk mendapatkan semula hak kerakyatan disebabkan ayahnya telah meninggal 3 tahun lalu. 

Ayahnya adalah rakyat Malaysia dan sepatutnya anaknya secara langsung diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Kita mengesa pihak Jabatan Kebajikan dan Baitulmal Sarawak boleh memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini terutama sekali kepada anak-anaknya yang masih bersekolah. Mereka juga ada hak untuk diberi bantuan sebab anak-anak arwah Mansur Japal adalah warganegara Malaysia.

Pihak yang berwajib perlu memberi perhatian dengan nasib yang menimpa anak-anak yatim ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi walaupun mereka sudah kehilangan tempat bergantung. Mereka juga perlu tempat tinggal yang tetap kerana mereka boleh disuruh keluar dari rumah sewa mereka sekiranya mereka gagal menjelaskan sewaan mereka.

Pihak kami mengharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan boleh berkunjung ke tempat kediaman Pn Butet di Kampung Pujut Padang Kerbau untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang nasib yang menimpa keluarga ini.Kerjasama dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah keluarga ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Single mothers need monthly assistance and permanent residence

MIRI – A single mother Mrs. Butet Ahmad who lives with her 6 children dire need a monthly assistance as well as a permanent home to resume their daily lives.

She lives with her children, aged from 7 years to 18 years in dire need of help and permanent residence and comfortable. Since she lost her husband three years ago she had to rent a dilapidated house in Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau with her children. She has three sons and three daughters.

Her eldest daughter secondary school leavers had to work in a shoe store to earn a living for their families. Ms. Butet only sells the fish and helps deliver goods sold in the market. Her income is certainly not sufficient to cover the needs of her children's school and their daily needs.

Now she rented in an old house in the village of Pujut Padang Kerbau and of course at any time be moved if she is unable to pay the monthly rent and other bills.

Her 7-year-old son is out of school because there are still problems with the registration of births, while his sisters and his brothers there are no problems with the birth registration. His case is still in the process of regaining their citizenship rights because of his father died three years ago. His father is a Malaysian and his son should directly recognize as a Malaysian.

We urge the Sarawak Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to this family, especially his children who are still in school. They also have the right to be given assistance because the children of late Mansur Japal are a Malaysian citizen.

The authorities should pay attention to the plight of the orphans so that they can continue their lives better even if they've lost a dependent. They also need a permanent residence because they can be told to get out of their rented house if they fail to pay their rent.

We hope that the parties responsible for the affairs of the community can pay a visit to the residence of Mrs. Butet in Kampung of Pujut Padang Kerbau to get more information about the fate of this family.
Cooperation with the authorities to solve these family problems is greatly appreciated.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Friday, August 19, 2016

Tangkap. Bila Pula Bapa Jerung? Rakyat Bersama SPRM, Tahniah. -Idris Ahmad



TAHNIAH SPRM yang telah berjaya mengekalkan rekod cemerlang dengan menangkap jerung besar di kalangan tiga pegawai tinggi. 

Terus serbu, jangan peduli  walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pegawai yang ditangkap seorang yang dedikasi terhadap tugas. Rakyat tetap bersama SPRM, walau pun kita sedar SPRM mempunyai kekangan kuasa.

Kita mengharapkan supaya akan terdedah pula siapa bapa jerung di belakang mereka. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka hanya dikambinghitamkan sahaja? Kalau mereka pun sudah dapat mengumpul RM13 juta, sehingga ada yang disimpan di atas siling rumah sebanyak RM400,000.

Ertinya berapa banyak wang negara musnah. Berapa juta ketirisan wang negara hilang akibat perbuatan ini. Apakah banyak lagi habuan yang diperoleh oleh orang lain. Semuanya akan terjawab apabila dibicarakan nanti.

Saya pernah menyebut di dalam parlimen, supaya pegawai mesti ada keberanian untuk tidak mengikut arahan daripada mana-mana orang atasan, kecuali dengan bertulis. Kerana banyak sejarah  penangkapan rasuah yang terlibat hanya pegawai. 




Mungkin kerana takut, atau hendak mengampu atau hendak naik pangkat. Apabila jadi seperti begini siapa yang akan menanggung akibat. Maruah kelurga, masyarakat akan ingat sampai mati. 

Lebih malang lagi kebanyakan yang sudah masuk umur pencen, sudah tua. Nikmat hidup pun sudah tidak seberapa. Apakah berbaloi dengan pengakhiran hayat begitu rupa. Makanlah apa yang ada, jangan tamak. Yang paling penting rasuah dan penerima rasuah tempatnya di dalam neraka. 

Indeks rasuah negara yang dikeluarkan oleh Transparency International untuk tahun 2015 masih teruk daripada kedudukan 50 tahun 2014 kepada kedudukan yang ke 54. Skandal 1MDB, RM2.6 bilion, pendedahan DOJ kesemuanya tidak membantu untuk memperbaiki indeks rasuah pada pandangan dunia. Bapa borek anak rintik. 

– HARAKAHDAILY 19/8/2016

Muslimah Berenang Dipantai, Itali Tidak Se Fanatik Perancis, Austria, Jerman...




ROME – Kerajaan Itali tidak akan mengikut jejak Perancis, Austria dan Jerman sebaliknya masih lagi membenarkan pemakaian burkini oleh wanita Muslimah yang ingin berenang di pantai-pantai awam di seluruh negara tersebut.

Sungguhpun demikian, pemerintah Itali merancang untuk memperketatkan lagi peraturan ke atas pelantikan jawatan imam dan kawal selia urus tadbir masjid, menurut Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano ketika bercakap kepada pihak media tempatan pada 17 Ogos.

burkini
Beliau malah memberitahu akhbar terkenal Corriere della Sera bahawa Rome menyifatkan sekatan dikenakan masing-masing oleh Paris, Vienna dan Berlin terhadap pakaian Muslimah sebagai amat tidak produktif kerana ia boleh mencetuskan tidak balas yang lebih negatif.
Tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ialah menjaga keselamatan Itali dan memutuskan agar tindakan kami itu pula tidak akan mengundang sebarang tindak balas yang negatif seperti serangan berdarah berlaku di beberapa negara Eropah sendiri,” kata Alfano.
Apabila ditanya mengenai pengharaman terhadap pemakaian burkini di beberapa tempat peranginan tepi laut di Perancis, Austria dan Jerman baru-baru ini, beliau menambah: “Saya tidak fikir model di negara tersebut dapat membuahkan hasil untuk mereka sendiri.”
Alfano bagaimanapun merancang untuk mengusulkan undang-undang keselamatan baharu pada September depan dan mendedahkan bahawa beliau mahu semua imam yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid-masjid tempatan mesti dilatih di Itali.
masjid MOSCHEA ROMA, MASJID TERBESAR DI BENUA EROPAH. – GAMBAR HIASAn
Semua masjid perlu patuh undang-undang baharu ini. Cukuplah dengan ada masjid yang tiba-tiba muncul di garaj,” tegas beliau merujuk kewujudan banyak masjid baharu yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan berbahaya dari segi keselamatan jemaah.
Alfano setakat ini sudah menghantar pulang sembilan imam warga asing ke negara asal mereka kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman radikal kepada umat Islam di Itali sejak awal tahun ini dalam usaha mengekang penularan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
Beliau turut mempertahankan pendekatan keras tersebut, yang meskipun tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi di Itali malah disambut baik majoriti masyarakat Muslim tempatan, namun perlu diambil bagi mengurangkan risiko radikalisme daripada merebak.
Menurut Alfano, beliau perlu bersikap “praktikal kerana terdapat lebih 1.5 juta Muslim di seluruh Itali dan saya tentu sekali tidak boleh menganggap mereka sebagai pengganas atau penyokong pengganas kerana andaian prasangka tersebut memang agak keterlaluan“.
Islam tiba di Itali seawal kurun ke-9 dan kini dianggarkan 10,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara majoriti Kristian itu waima masjid terbesar di benua Eropah, Moschea Roma dengan kapasiti 12,000 jemaah terletak di ibu kota Itali. – Agensi.

2Shares

Ibu Pejabat Polis Diserang Parti Pekerja Kurdistan Turki, 6 Korban 120 Cedera.

 AGENSI - ANGGOTA polis berkawal selepas insiden letupan bom kereta berlaku di kawasan tersebut.
ANKARA – Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan 120 lagi cedera parah dalam satu letupan kereta semalam di ibu pejabat polis di timur Turki, lapor pihak keselamatan.
Letupan yang didakwa Menteri Pertahanan, Fikri Isik dilakukan oleh parti politik haram, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) itu berlaku di kawasan taman bangunan empat tingkat yang terletak di Elaziq.
Stesen televisyen Turki menyiarkan kerosakan teruk akibat letupan dengan kepulan asap tebal hitam keluar dari bangunan ibu pejabat tersebut.
Kenyataan Fikri itu dikeluarkan ketika temu ramah bersama agensi berita kerajaan, Anadolu yang menyatakan ia dilakukan oleh PKK.
“Kita akan mematahkan serangan PKK seperti dilakukan kepada Feto,” ujarnya yang merujuk kepada Fethullah Gulen, dalang rampasan kuasa bulan lepas.
PKK meneruskan serangan sejak beberapa minggu ini selepas gagal dalam rampasan kuasa pada 15 Julai lepas yang bertujuan untuk menjatuhkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Dalam pada itu, pihak polis Turki melancarkan operasi besar-besaran semalam terhadap suspek perniagaan yang disyaki membiayai Fethullah. Sebanyak 187 waran tangkap dikeluarkan di seluruh negara, lapor CNN-Turk.
Laporan itu menyatakan, seramai 1,000 orang polis terlibat dalam operasi itu di 15 wilayah, termasuk serbuan se­rentak kira-kira 100 alamat di beberapa daerah di Istanbul.
Menerusi operasi sama Selasa lepas, pihak polis menyerbu berpuluh-puluh syarikat di Istanbul dalam operasi mencari 120 suspek. Seramai 100 orang ditahan dalam operasi tersebut. – AFP

Kes Mati Dalam Tahanan: AGC Dakwa 3 Polis.





KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyambut baik pendakwaan jenayah oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap tiga anggota polis yang terlibat dalam kes kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur semasa dalam tahanan PDRM Kota Tinggi, Johor pada 3 November 2014.

Menurut Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam ketiga-tiga anggota polis tersebut telah dituduh di bawah seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan dan kes tersebut telah dipanggil di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 16 Ogos 2016 dan disambung bicara pada 17 Ogos 2016.

Dalam satu kenyataan rasminya hari ini, beliau berkata, bagi pertuduhan ini, jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga anggota tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu pada 30 Oktober 2015,  EAIC telah mengumumkan dapatan (findings) siasatannya ke atas kematian Syed Mohd Azlan semasa dalam tahanan PDRM.

"EAIC mendapati kematian si mati mempunyai kaitan dengan penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat ke atas si mati," ujarnya.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan seksyen 30(1) (c) Akta EAIC 2009 (Akta 700), EAIC telah mengesyorkan kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) bagi pendakwaan jenayah dibawa terhadap pegawai dan anggota PDRM yang didapati telah melakukan salah laku bersifat kesalahan jenayah seperti yang dikenalpasti di dalam laporan penuh siasatan ini.

Sehubungan ini juga EAIC turut mengalu-alukan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) PDRM untuk mengambil tindakan tatatatertib terhadap pegawai dan anggota-anggota yang telah dikenalpasti di dalam laporan penuh EAIC yang didapati telah melakukan salah laku seperti mana skop salah laku yang diberikan di bawah seksyen 24 Akta 700.

"Untuk mendapatkan butiran lanjut kandungan laporan siasatan ini orang awam boleh mengakses laman sesawang EAIC di www.eaic.gov.my," tambah beliau. - HARAKAHDAILY 18/8/2016

Shila Amzah: Hanya Tunjuk Jari Tengah Begini, Jadi Lucah?

Shila Amzah Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat?

HALAMAN HIBURAN

MENURUT berita MYNEWSHUB.CC..

TIADA angin tiada ribut, laman sosial hari ini dikejutkan dengan tersebarnya gambar selfie milik Shila Amzah sedang menunjukkan isyarat lucah. Sekali imbas, gambar tersebut kelihatan tulen menyebabkan wujud persoalan kepada siapa ia ditujukan.

Namun, dengan sedikit pengamatan, nyata ia adalah fitnah dan dihasilkan menggunakan teknik pertindihan. Gambar berkenaan dipercayai telah diedit oleh individu tidak bertanggungjawab dan ia dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan akaun nama @kucinghang.
Pemegang akaun berkenaan siap bertanya; “Mencarut apa tu kak @shilaamzah.”
Susulan itu, Shila tampil meluahkan kekecewaannya dan menjelaskan perkara tersebut adalah fitnah menerusi laman Twitter miliknya.

“Astaghfirullahadzim, maghrib macam ni, semoga adik dapat hidayah daripada fitnah orang macam ni,” katanya.
Shila Amzah Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat?Hasil tinjauan kami (MYNEWSHUB.CC.) juga mendapati, gambar yang diedit itu diambil daripada laman Instagram milik penyanyi itu, di mana gambar asalnya Shila sedang memperlihatkan jari telunjuk sambil berselfie, bukannya jari tengah.
Shila Amzah Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat?
Shila yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku menyerahkan perbuatan fitnah itu kepada Tuhan dan dia juga menjelaskan tidak mengetahui siapa yang melakukan perkara tersebut.
Sekian. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails