Thursday, September 22, 2016

Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban...




PADA 20 September 2016 seorang wanita muslimah Sepanyol, Takwa Rejeb akhirnya diizinkan untuk bertudung di kawasan pusat pengajian beliau selepas campur tangan oleh pihak berkuasa tempatan Valencia, Sepanyol.

Sebelum itu pihak pengurusan Institut Latihan Binleyor memaksa beliau mengikut peraturan institut yang tidak membenarkan pelajar memakai tutup kepala sama ada topi atau tudung. Ia telah menimbulkan perbahasan yang hangat di kalangan warga Sepanyol.


Pihak berkuasa tempatan menegaskan bahawa "majlis pendidikan memberi jaminan hak pendidikan untuk para pelajar. Beliau akan dapat meneruskan semua sesi pengajian beliau dalam keadaan memakai tudung".

Peguam beliau mengulas bahawa ini merupakan satu kemenangan bagi memperakui kebebasan dan hak berperlembagaan iaitu kebebasan untuk bersuara dan kebebasan untuk beragama dalam ruang lingkup menghormati peraturan umum.

Sepanyol mempunyai 4% rakyat muslim daripada keseluruhan 46.5 juta rakyat. Taqwa berketurunan Arab Tunisia yang dilahirkan di bandar Valensia.


Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, seorang ahli parlimen di Malaysia, "Insiden ini mengingatkan kita dengan peristiwa tiga orang pelajar yang dipecat daripada sekolah pada tahun 1997 di Serting, Negeri Sembilan kerana memakai serban setelah pihak sekolah mewartakan peraturan tidak boleh memakai serban di sekolah. 

"Malang sekali perlembagaan Malaysia gagal memberi hak kepada mereka untuk mempraktikkan agama mereka. Mereka kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan setelah menang di peringkat Mahkamah Tinggi." Jelas Datuk Dr Mohd Khairuddin. 

Bunyinya saja sedap, Malaysia Negara Islam kononnn...
(IH)

Saya Muak Di Bawah Undang Syariah.. -Keluhan Wanita Ini.

'Saya Muak Di Bawah Undang-Undang Syariah Negara Ini'
'Saya Muak Di Bawah Undang-Undang Syariah Negara Ini'

Blog Mynewshub memaparkan keluhan Facebook Pial Khadilla Abdullah seperti di atas.. Antaranya menyebutkan..


Saya tidak akan berkahwin lagi di bawah Undang-undang Syariah negara ini!
Saya benar-benar bosan, kecewa dan sedih dengan sistem yang mengecewakan. Saya telah memfailkan perceraian 6 tahun yang lalu. ENAM TAHUN LALU dan pada 23 Mei 2016, saya akhirnya mendapat perceraian saya.
Apabila hakim membacakan keputusan itu, saya begitu gembira, ia adalah kata-kata termanis paling bermakna pernah saya dengar.
Kemudian selepas 14 hari, pihak lelaki merayu terhadap keputusan hakim dan saya terkapai-kapai di sini sekali lagi. Perceraian tergantung dan menanti untuk proses rayuan, yang mana sehingga hari ini unit rayuan sendiri tidak pasti sama ada mereka telah menerima kenyataan rayuan tersebut, tetapi mahkamah tidak boleh mengeluarkan surat perceraian saya kerana rayuan telah dibuat.
Berapa lama lagi??? Berapa lama lagi Mahkamah Syariah Malaysia??? Saya ketandusan wang dan letih. Untuk perbicaraan rayuan ini, saya harus mengupah peguam dan mengeluarkan wang beribu ringgit lagi.
Puas hati awak Ahmed? Saya tahu awak membaca status ini. Saya tahu itu niat awak, untuk buat saya kehabisan wang tanpa memikirkan kesemua duit itu sepatutnya digunakan untuk anak-anak.
Enam tahun penantian dan sekarang saya harus menunggu lagi. Untuk berapa lama?
Bila agaknya Mahkamah Shariah atau mereka yang berkuasa untuk bersuara atau melakukan sesuatu akan mengambil tindakan? Agaknya jika saya membunuh diri baru kes seperti ini akan mendapat perhatian. Selagi saya masih hidup, selagi itu saya akan bersuara tentang apa yang berlaku sekarang adalah contoh sebenar bahawa wanita di negara ini diabaikan dan tidak dipertahankan oleh undang-undang keluarga mahkamah shariah.
Di mana-mana ada saja pemerkasaan wanita di sana sini, disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi. Ini soalan saya kepada anda; apa yang anda perkasakan sebenarnya???
Hari ini, saya mempunyai empat kes.
  • Rayuan untuk perceraian tersebut
  • Hak penjagaan anak
  • Nafkah anak
  • Hak untuk melawat anak
Semua kes diuruskan secara berasingan dan setiap satu memerlukan jumlah wang yang berasingan.
Semuanya bermula 6 tahun lalu. Kenapa ia mengambil masa yang begitu lama? Orang bertanya kepada saya. Saya TIDAK TAHU. Apa yang salah? Siapa yang harus dipersalahkan? Saya TIDAK TAHU. Saya hanya tahu saya akan berjuang sehingga mati untuk mendapatkan perceraian ini. Tiada siapa yang boleh memaksa saya untuk bersama dengan seseorang yang saya tidak mahukan lagi. Kepada semua pejuang hak-hak wanita di luar sana. Lakukanlah sesuatu yang bermakna. Bantulah wanita yang sedang mempertahankan hak mereka dalam perkara seperti ini.
Pagi ini di mahkamah, saya menyaksikan perbicaraan satu pasangan tentang nafkah anak. Si ayah begitu cerewet sehingga mempersoalkan harga ayam dan ikan kerana merasakan RM180 sebulan untuk kos makan seorang anak terlalu mahal?
Demi Tuhan! Apa yang telah berlaku kepada nilai kemanusiaan? Saya amat sedih dan dan tidak percaya sesiapapun yang memberitahu saya tentang sistem yang sudah ditetapkan. Kerana ia tidak seharusya begitu! Banyak lagi yang boleh dilakukan.
Kongsikan status ini kepada seramai orang yang mungkin, dan saya harap sesiapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu kepada sistem kita AKAN mengambil tindakan tentang perkara ini. Perjuangkanlah untuk setiap nafkah anak yang tidak dibayar. Untuk setiap wanita yang emosi dan hidupnya terseksa kerana menunggu bertahun-tahun untuk proses perceraian selesai. Untuk wanita yang kehilangan hak keatas dirinya sendiri. Ketelusan, keadilan dan penguatkuasaan perlu untuk masa depan yang lebih baik bagi pihak lelaki dan wanita.

Luahan insan yang letih fikiran dan emosi. Seorang ibu dan wanita.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oleh itu sokonglah perlaksanaan Islam secara menyeluruh, bukan separuh-separuh. Islam sebagai asas pentadbiran, perundangan, syariat dalam negara, masyarakat dan kekeluargaan. 

Islam bukan setakat 'agama' dalam ertikata dan perlembagaan sekular. Begitulah jadinya bila 'bukan Islam' yang memerintah, tetapi Islam diperintah. Puak-puak jahil menjadi pemimpin negara umat Islam. Agama hanya tempelan bukan asas perlaksanaan. Undang-undang sivil mengatasi undang-undang syariat. 

Sekurang-kurangnya, sokonglah RUU 355 (Syariah Islam) yang dibawa dan diperjuangkan oleh PAS. Atau bantah RUU 355 tersebut dengan menyetujui Lim Guang Eng.

(IH)

Rasuah: Indonesia Speaker Dipecat, PKR Chegu Bard Dipecat Tapi...?

Irman-Gusman-1

Speaker Dewan Indonesia Dipecat Kerana Rasuah.
JAKARTA: Badan Kehormatan (BK) Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD) mengambil keputusan memecat Irman Gusman dari jawatan Speaker dewan itu kerana ditahan oleh Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK) bagi membantu siasatan satu kes rasuah.
Ketua BK, Andi Mappetahang Fatwa berkata, tindakan memecat Irman adalah kerana beliau melanggar etika dan Tata Tertib DPD RI di bawah Pasal 52 Peraturan DPD yang menyebut mana-mana ketua atau wakil ketua DPD diberhentikan apabila disahkan sebagai suspek bagi sebarang kes jenayah.
Media tempatan memetik Fatwa sebagai berkata bagaimanapun status Irman sebagai anggota dewan itu masih belum ditentukan sehingga wakil rakyat dari Sumatera itu didakwa ke mahkamah kelak.

Katanya, tindakan pemecatan itu diputuskan dalam satu sidang pleno malam kelmarin dan BK juga mendapat khidmat nasihat pakar undang-undang sebelum mengambil keputusan itu.
Pada awal pagi Sabtu lepas, Irman ditahan di rumahnya oleh KPK dalam satu operasi khas bagi membantu siasatan kes berkaitan kuota gula import yang diberikan kepada sebuah syarikat di Sumatera Barat.
KPK turut menahan sepasang suami isteri ketika keluar dari rumah Irman dan merampas satu bungkusan yang mengandungi wang Rp100 juta (kira-kira RM30,000) dalam rumah pemimpin politik kanan itu.
DPD adalah sebuah lembaga tertinggi negara dalam sistem ketatanegaraan Indonesia dan anggotanya terdiri daripada perwakilan setiap provinsi yang dipilih melalui pilihan raya.
Irman, 54, dilantik sebagai Speaker DPD pada 2009 dan merupakan seorang ahli politik yang popular dengan jolokan “Pejuang Daerah.

PKR Pecat Chegu Bard Kerana Dedah Skandal Rasuah?
Hasil carian imej untuk cek gu bard
KL: Belum sempat buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu status tanah Paya Wetland, ‘ayam sabung’ PKR, Badrul Hisham Shaharin sah dipecat secara rasmi daripada parti itu hari ini.
Beliau yang yang juga bekas pemimpin pusat parti itu dan akhir-akhir ini banyak membuat pelbagai pendedahan dakwaan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR; dikatakan menerima surat pemecatan jam 10 pagi Jumaat.

Surat pemecatan bertarikh 26 Ogos ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengesahkan pemecatan Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard atas kesalahan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti serta seterusnya ingkar arahan parti.

Menurut surat itu, Chegubard dipecat selepas meneliti bukti dan laporan yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin serta mesyuarat Jawatankuasa Disiplin bertarikh 4 Ogos 2016, yang telah membuat keputusan untuk memecat beliau daripada menjadi anggota parti.

Ia kononnya sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan parti. Beliau turut diingatkan bahawa dirinya tidak dibenarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti atas nama parti atau membuat apa-apa kenyataan yang menggunakan nama parti.

Bagaimanapun, Chegubard yang juga pengasas pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan. Dalam satu tindakan balas, Chegubard mengkritik keputusan pusat pimpinan yang memecatnya.


“Kena ingat saya duduk dalam kelambu bukan sekadar ruang tamu PKR… Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir… 3 petang ini SPRM Putrajaya,” katanya dalam posting terbaharu di Facebook.

Untuk rekod, Chegubard tidak pernah sehaluan dengan Azmin, dimana pernah mendakwa timbalan presiden itu menggunakan nama partinya untuk kepentingan peribadi.


Terkini, Chegubard mendedahkan bahawa Azmin menyalahguna kuasa dalam isu penukaran status sebidang tanah di Paya Indah Wetlands. dan bakal menyerahkan segala bukti berkenaan kepada SPRM, jam 3 petang Jumaat di Putrajaya. 
(IH)

Isu Uber, Grabcar: K'jaan Jangan Terlepas Pandang..


KUALA LUMPUR: Kerajaan harus berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam industri teksi tempatan khususnya para pemandu.

Berikut adalah tinjauan yang telah dilakukan sekitar stesen LRT Titiwangsa pada 19 September yang lalu. Pemandu teksi bernama Yusnawati Ajizar merupakan seorang ibu tunggal beranak lima yang berusia 60 tahun. Beliau sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama 13 tahun.

"Sebelum wujudnya Uber dan Grabcar, saya memang boleh cari makan malah boleh tolong anak-anak apabila mereka memerlukan bantuan kewangan.

Saya pernah belikan sebuah teksi khas khusus di lapangan terbang untuk kegunaan anak bongsu. Namun dengan kesempitan hidup sekarang, saya tidak mampu untuk membantu mereka lagi," luah beliau ketika ditemubual pada 19 September lalu.

Menurut beliau, jadualnya bermula seawal jam 7 pagi hinggalah ke 7 malam. Dengan adanya perkhidmatan teksi tersebut, secara automatik para pelancong asing tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatan teksi tempatan. Sudah kerap kali saya terserempak mereka guna perkhidmatan teksi tersebut, katanya.

Apabila ditanya mengenai alasan para pelancong tersebut, Yusnawati tidak menafikan bahawa ia berkait rapat dengan mutu perkhidmatan teksi tempatan itu sendiri.

"Terdahulu para penumpang terutama warga asing kerap merungut dek kerana nilai tambang dari Bukit Bintang ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang tidak munasabah.

“Nilai meter menunjukkan RM8 untuk jarak tersebut tetapi pemandu teksi tempatan mengenakan tambang di antara RM25 ke RM30. Mereka juga tidak menghiraukan para pelancong jika tidak mahu 
menggunakan perkhidmatan teksi tempatan sedangkan mereka sendiri tidak menggunakan meter yang sepatutnya. Saya pernah membawa penumpang berbangsa Arab dari Hotel Renaissance ke Chinatown, mereka meminta supaya nilai tambang dikurangkan kepada RM5 dan saya bersetuju. 

“Seorang rakan pemandu teksi mempersoalkan tindakan saya mengenakan tambang yang terlalu murah. Bagi saya, terpulanglah kepada individu itu sendiri. Agama Islam mengajar saya bertolak-ansur seperti itu malah saya percaya bahawa agama lain pun begitu juga. Saya sudah biasa menggunakan meter, memang murahlah tambang yang dikenakan dan cara saya bekerja sudah memang sebegitu," jelas beliau.

Yusnawati turut mengulas tentang punca utama wujudnya Uber dan GrabCar adalah kerana kesukaran para pelancong asing mendapatkan teksi yang mengikut peraturan dengan menggunakan meter. Namun begitu, masalah tetap timbul apabila mereka ini tidak dikenakan peraturan sepertimana yang kerajaan kenakan kepada para pemandu teksi tempatan.

"Pendapatan para pemandu teksi yang cara bekerjanya seperti saya, memang terjejas. Biasanya 3 kali seminggu saya boleh mendapat penumpang yang hendak ke lapangan terbang. Keadaan sangat berbeza sekarang kerana dalam jangkamasa 3 bulan, satu 'trip' ke KLIA pun susah hendak dapat. 
Apa tidaknya, Uber dan Grabcar hanya mengenakan RM65 untuk ke sana sedangkan pemandu teksi bermeter mengenakan tambang RM80 jika ditambah dengan nilai tol. Sudah jelas bahawa orang ramai akan lebih gemar memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana ia murah, mudah dilayari di internet dan harganya yang tetap," ucapnya dengan nada kesal. 

Beliau amat bersetuju jika nasib para pemandu teksi tempatan ini dibela. Katanya, terdapat juga khabar angin mengatakan nilai meter per km akan diturunkan.

Bagaimana kami hendak meneruskan hidup dengan kos yang semakin tinggi? Dengan nilai RM3 setiap km ini pun kami sudah sengsara, apalagi kalau nilai tersebut turun?

Ditambah lagi keadaan ekonomi yang tidak stabil serta nilai GST 20% yang membebankan kami rakyat marhaen pada hari ini.

"Kami para pemandu teksi amat sedih dengan kewujudan Uber dan Grabcar ini. Bayangkan perasaan kami, hajat di hati ingin mengambil para penumpang di hentian bas, namun sudah ada teksi tersebut menunggu mereka. Kami pula hanya mampu tengok keadaan tersebut. Saya amat berharap agar perkhidmatan teksi tempatan kembali pulih seperti biasa. Jika susah hendak cari makan, bagaimana kami hendak menyara keluarga? Warga emas seperti saya ini, manalah boleh tengok anak sendiri hidup dalam keadaan susah," kata Yusnawati lagi.

Turut ditemui pada tempat dan tarikh yang sama adalah Nalathambi A/L Subramaniam yang berusia 55 tahun, mempunyai 4 orang anak dan telah memandu teksi selama 25 tahun di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

"Saya tidak bersetuju dengan kewujudan Uber dan Grabcar kerana kerajaan telah memberikan permit kepada teksi tempatan. Enam bulan sekali teksi akan menjalani pemeriksaan PUSPAKOM, pemandu teksi sendiri harus menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor untuk pengesahan lesen dan sebagainya. Teksi mereka ini pula tidak menggunakan meter.

“Apabila pemandu teksi tempatan tidak menggunakan meter, pihak berkuasa pula menyalahkan kita. Keadaan sekarang sudah terbalik, perkhidmatan teksi ini sendiri tidak menggunakan meter tetapi masih dibenarkan beroperasi. Pendapatan kami turut terjejas selepas wujudnya para pesaing seperti mereka," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini, kesan amat dirasai oleh para pemandu teksi. Sebelum itu katanya, keadaan masih belum ketara sepertimana yang berlaku pada hari ini. Anda sendiri boleh nampak, banyak teksi tempatan yang sedang menunggu penumpang tanpa bergerak ke mana-mana destinasi, jelasnya lagi.

"Kerajaan perlu buat suatu perubahan kepada semua pemandu teksi. Kami para pemandu teksi tempatan tidak mahu Uber dan Grabcar terlalu berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan harian. Berlaku adillah kepada semua pihak agar sama-sama dapat mencari rezeki, membangunkan negara dan dalam masa yang sama kita dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Sekarang dalam masa 12 jam, kadang-kadang 14 jam kami bekerja dan tidak dapat bersama keluarga. Masa untuk keluarga sangat terhad demi mencari sesuap nasi untuk mereka," jelas Nalathambi.

Sebagai rakyat Malaysia, beliau turut memohon agar kerajaan dapat mengambil langkah terbaik bagi membela nasib para pemandu teksi tempatan. Pendapatannya sekarang tidak lagi mencukupi untuk menyara keluarga dan malah dirinya sendiri. Hal ini kerana para pelancong asing sudah jarang menggunakan perkhidmatan teksi tempatan.

Walaupun tiga daripada empat anak saya sudah bekerja, saya tidak mahu membebankan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab masing-masing dan pendapatan mereka juga harus disimpan demi menjaga masa depan, ulas beliau. 


"Kalau boleh, sekat terus perkhidmatan mereka. Saya sendiri pernah ternampak para pemandu Uber ini terdiri daripada warga asing seperti Pakistan, Bangladesh, Nigeria. Ternyata perkhidmatan teksi ini tidak terhad kepada rakyat tempatan sahaja. Langkah kerajaan mahu memajukan negara pada hari ini tidak tepat atau langsung tidak kena pada tempatnya malah ianya tidak boleh diterima oleh rakyat. Saya tahu zaman sekarang susah hendak mencari pekerjaan namun kerajaan harus memikirkan nasib para pemandu teksi tempatan yang sudah lama berada dalam industri ini sejak sekian lama," seru Nalathambi. 

– HARAKAHDAILY 21/9/2016

Tendang Saja! Jururawat Pakai Seluar Pendek Begini...


Tendang Jururawat Di Muka Sebab Pakai Seluar Pendek

SEORANG lelaki telah ditahan kerana melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat dalam sebuah bas di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

Penyerang tersebut menendang mangsa di muka kerana bengang wanita itu memakai seluar pendek di khalayak umum.
Ketika menendang, suspek sempat menjerit, “Sesiapa yang memakai seluar pendek perlu mati!”
Menurut pihak polis, suspek menyatakan dia bertindak demikian kerana merasakan pakaian wanita itu tidak sopan untuk ditayangkan di tempat umum.
Wajarkah? Apakah itu juga 'dakwah'?
Gambar ini lain pula..

Begini ceritanya..

Kejadian ini benar-benar berlaku di Starbucks, Malaysia. Seluruh pelanggan ketika itu termasuk bukan beragama Islam tergamam dengan cara berpakaian wanita ini (gambar di atas) yang mengenakan hijab tapi berseluar pendek.


Jangan marah, ini kisahnya yang dikongsikan oleh mereka yang berada di tempat kejadian.


"Hari ni lepas pegi pos barang2 customer di Sg Wang, singgah sekejap dekat starbuck nak rehat2 sambil ngopi. Tak lame lepas tu masok 2 orang wanita, yang tekejutnya sorg tu berhijab tapi berseluar pendek!


Ok pandangan pertama org di sekeling semua melihat wanita ni sambil berbisik2 dgn kwn dorg.., ada few couple chines dlm starbuck pon mcm tengok wanita ni sambil garu2 kepala mereka.


Di pendekan cerita 2 orang wanita td dduk di sebelah meja sy sambil tersenyum sy pon membalas senyuman mereka, ringan pulak mulut sy tegur ckp "hai" dorg pon membalas teguran sy..., lalu kami pon berborak...


Dorng ni acly dari korea.., wanita yg perhijab tu sebenarnya engt hijab yg dia pakai tu salah satu trend atau fashion di malaysia ni, sbb itu dia mngayakan dgn seluar pendek...


Bile sy cerita tentang hijab yg dia pakai tu br sy pham dan ckp sorry dan bukak hijab tu. Tak apalah.., dia x tahu datang melancong nak rasa budaya kita. Mane tahu satu hari nanti dia menjadi saudara kita?  


Wallahu a’lam"

(IH)

Wednesday, September 21, 2016

LGE Dijel Gara-Gara Hina Mahkamah?

Hasil carian imej untuk LGE Dijel Gara-Gara Hina Mahkamah?

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini bukan sahaja berdepan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga kes hina mahkamah kerana persoal Peguam Negara mendakwanya.

Ini ekoran kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung DAP itu menerusi media cetak dan media sosial yang mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali berhubung pendakwaan rasuah terhadap dirinya.
Guan Eng antara lain mendakwa kes rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya melibatkan skandal banglo ‘harga murah’ dan projek flat kos rendah di George Town konon merupakan konspirasi untuk menyumbatnya ke penjara.
Dakwaan liar tersebut menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan daripada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Guan Eng.

Dalam saman pemula berkenaan, Apandi memohon Guan Eng untuk dipenjarakan kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan menerusi media cetak dan media sosial susulan kes Ketua Menteri negeri itu.
Walhal Guan Eng tahu bahawa kenyataan tidak berasas tersebut sebenarnya akan menggugat proses pentadbiran keadilan dan mengikis keyakinan masyarakat awam terhadap keluhuran sistem kehakiman di Malaysia sendiri.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan sebelah pihak oleh Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh di kamar beliau, dalam pengurusan kes saman pemula difailkan 18 Ogos lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini berdepan dengan kes rasuah melibatkan skandal pembelian banglo bawah harga pasaran dan salah gunakuasa apabila melibatkan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.
Beliau sebelum ini sudah pun dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa bulan lalu dan kes berprofil tinggi itu sedang menunggu perbicaraan bermula hujung bulan ini. – Agensi


Bersih 5, Lagi Ini Bukti PAS Semakin Mahal.. -Dr Hj Mohd Hasyim


Prof Madya Dr Jeniri Amir

INI bukti PAS semakin mahal, sehingga penganjur Bersih 5 disarankan memujuk barisan kepimpinan tertinggi Pas untuk sama-sama ikut serta dalam perhimpunan yang dirancang, November depan. Menurut Weblog Ibnu Hasyim.


Hal ini berikutan penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tindakan itu penting untuk himpunan sepenting Bersih.‎

“Pas perlu ikut serta kerana himpunan lepas-lepas, sokongan ahli Pas itu serta penyertaan aktif Pas membuktikan ia memberi kesan besar setidak-tidaknya dari segi jumlah peserta perhimpunan.

"Perhimpunan sebelum ini tanpa Pas terbukti sedikit sebanyak ia terjejas. Maka, penting untuk mereka memujuk pemimpin tertinggi Pas untuk ikut serta bagi membuktikan perhimpunan ini mendapat sokongan semua pihak dan untuk memberi gambaran ada perpaduan serta kerjasama utuh dalam kalangan pihak terbabit demi agenda Bersih 5 ini,” katanya kepada Sinar Online.‎

Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata Pas harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut pengunduran Najib.

Setakat ini, Pas masih belum memutuskan penyertaannya dalam Bersih 5 selepas Bersih 2.0 mengumumkan tarikh perhimpunan itu.

Mengulas lanjut, Dr Jeniri berkata, jumlah penyertaan yang terjejas dalam perhimpunan itu akan dimanfaatkan kerajaan sedia ada.

"Sudah tentu ia akan dimanfaatkan kerajaan untuk menyatakan perhimpunan itu tidak mendapat sokongan rakyat. Jadi, sebelum kenyataan sedemikian keluar, maka amat perlu bagi mereka untuk berunding," katanya.

Ketika ditanya jangkaan suasana Bersih 5 sekiranya ia berlangsung tanpa Pas, Dr Jeniri menegaskan semua pihak tidak dapat menafikan hakikat Pas memang mempunyai jentera akar umbi dan ahli yang ramai di negara ini.

Namun, beliau mengingatkan Pas tentang kedudukan parti Islam itu yang berada di pihak pembangkang.

"Kena tanya apakah matlamat sebenar Pas di pihak pembangkang? Adakah untuk memastikan BN terus berkuasa?

"Kalau Pas ingin hantar mesej mereka jalin kerjasama dengan BN, maka kepentingan Pas sebagai parti pembangkang itu harus dipersoalkan kerana parti pembangkang bertujuan untuk menumbangkan parti yang memerintah dan mengambil alih tempat itu," katanya.

Sementara, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan Bersih 5 tidak akan meriah tanpa penyertaan Pas.

"Sebenarnya semangat rakyat untuk berkumpul itu sudah semakin tawar. Pas ini hadir untuk menyuntikkan promosi kepada sesebuah perhimpunan itu dengan agama yang akan memacu ramai peserta untuk ikut serta.

"Ini yang tiada pada Pakatan Harapan. Jadi, tanpa Pas, suntikan ini hilang dan ia akan memberikan situasi hambar kepada perhimpunan itu," katanya.
 Hj Mohd Hasyim.
"Ini bukti menunjukkan kepimpinan PAS yang ada sekarang semakin matang, membuat PAS semakin mahal dalam politik Malaysia." Kata Dr Hj Mohd Hasyim, editor weblog Ibnu Hasyim. "Syabas PAS!'
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails