Thursday, October 06, 2016

Rasuah Terbesar Dalam Sejarah SPRM RM114 Juta. M'sia NegaraMaju?

Rampasan Terbesar RM114.5 Juta Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata rampasan itu dibuat daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi awam itu selepas mereka ditahan SPRM semalam.
“Hasil siasatan, SPRM merampas RM75 juta daripada pejabat, rumah dan akaun bank kedua-dua suspek tersebut dan keluarga mereka,” katanya pada sidang berita mengenai kes itu di sini, hari ini.
Susulan penahanan kedua-dua suspek itu, katanya SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka.

Beliau berkata penangkapan ‘Datuk’ dan akauntannya itu membolehkan SPRM menyita kira-kira RM37 juta daripada akaun sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan seorang daripada pegawai kanan agensi awam itu.
MACC-Azam-Baki TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SPRM, DATUK AZAM BAKI
Azam berkata SPRM turut merampas RM2.5 juta lagi daripada sebuah peti simpanan di sebuah bank milik timbalan pengarah itu.
SPRM akan membuka lima peti besi lagi dalam masa terdekat dengan bantuan pihak bank, katanya.
“Sejak penubuhan badan pencegahan rasuah 49 tahun lalu, kita tidak pernah menyita wang tunai sebanyak ini daripada individu, khususnya penjawat awam.
“Pihak kami percaya mereka juga memiliki wang di beberapa bank di luar negara,” katanya.
Beliau berkata pengarah dan timbalan pengarah itu disiasat SPRM kerana disyaki mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak 2010.
“Mereka juga dipercayai memonopoli kesemua projek itu dan diserahkan kepada adik-beradik mereka,” katanya sambil memberitahu suspek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Azam berkata SPRM turut mengenal pasti beberapa individu lagi yang dipercayai bersubahat dengan kesemua suspek dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan tidak lama lagi.
Menurutnya jika ada pihak yang enggan memberi kerjasama, SPRM boleh mengambil tindakan tegas terhadap mereka. – BERNAMA

Kuat Seks & K'tan Haram Hiburan, Punca Pelacuran Di Thai?

Lelaki Kelantan Kuat Seks Punca Pelacuran Thailand?

HALAMAN HIBURAN

BANGKOK  – Para pegawai kerajaan di Golok menyalahkan kepesatan industri dadah dan pelacuran di bandar terkenal sempadan selatan Thai itu ekoran kemasukan ramai lelaki Kelantan kuat seks.

“Kita tidak akan memiliki daerah ‘lampu merah’ yang besar jika bandar kita tidak begitu dekat dengan Kota Bharu,” jelas seorang Ahli Parlimen Thai, Horachai Watchaporn merujuk nama ibu negeri Kelantan di Malaysia tersebut.
Beliau seterusnya mendakwa: “Setiap minggu, Golok dibanjiri dengan ramai lelaki Kelantan yang mendakwa batin mereka teruk ditindas, terutama selepas kerajaan PAS negeri itu berjaya mengharamkan segala bentuk hiburan.”
“Jika lelaki Kelantan berhenti membawa ‘tunai’ mereka ke Golok, wanita Thailand pun tidak akan terdorong untuk menawarkan mereka dengan bekalan dadah, atau bekerja sebagai pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah.
“Mereka (lelaki Kelantan) benar-benar harus belajar beberapa nilai kesopanan setempat apabila mahu datang ke Thailand untuk memaparkan kemewahan wang mereka, ” tegas Horachai yang dipetik portal berita FMN hari ini.

Pihak berkuasa Kelantan berkata, mereka sedia membantu Thailand dan mengesahkan beberapa pegawai kanan telah sukarela menawarkan diri untuk menghabiskan hujung minggu di Golok bagi memantau keadaan semasa.
Namun kesahihan laporan tersebut adalah diragui malah latar belakang portal FMN juga dipertikaikan kerana ia merupakan laman berita satira yang lazim memaparkan pelbagai cerita sensasi. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kuat seks itu sihat, cuma cara salorkan seks itu perlu betul. Kelantan sudah bertindak betul cuma belum menyeluruh ke seluruh Malaysia. 
Kerana itu sokonglah RUU 355 bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Presiden parti yang memerintah negeri Kelantan sekarang.

Wednesday, October 05, 2016

PAS Tidak Mahu Jadi `Anak Tangga’.. Tuan Ibrahim.


PAS Tidak Mahu Jadi `Anak Tangga' Parti Lain - Tuan Ibrahim
KL: “PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam, mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan”
Demikian tegas Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas pendirian Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pelawaan kerjasama oleh parti tertentu ke atas PAS.
Kata beliau, tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut apatah menjadi `anak tangga’ bagi pihak lain.

“Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing.
“PAS sudah tentu menyokong apa yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam. Ada masanya PAS hanya memberi sokongan moral kepada agenda bersama tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Pakatan Harapan baru-baru ini gembira dengan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa PAS sedia untuk berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menjalin kerjasama.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah dipetik berkata, Pakatan Harapan turut menyambut baik penegasan Mustafa bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan parti Melayu UMNO.
“Mustafa Ali di program PAS yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR. Saya anggap ini satu perkembangan positif ke arah pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat,” kata Saifuddin.
PKR sejak awal tahun ini bersungguh-sungguh memujuk PAS supaya kembali menyertai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) meskipun dibantah oleh kedua-dua parti berkenaan.
PKR bersikap demikian kerana bimbang akan kehilangan undi penyokong PAS yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.
Polemik diantara PAS dan Pakatan Harapan bagaimanapun semakin meruncing apabila ramai pemimpin DAP dan PAN secara terbuka membantah usaha PAS untuk meminda akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. 


Tiba-tiba Kemaluannya Dipukul Ketika Berjalan Di Kota London, Apa Wanita Ini Buat?

Untitled
SABTU lalu,seorang wanita bernama Azmina sedang berjalan di tengah kota London apabila seorang lelaki tiba-tiba menerpa kearahnya dan dikatakan memukul bahagian kemaluannya.

Walaupun lelaki itu cuba untuk melarikan diri, Azmina telah berjaya menjejakinya dan memaksa lelaki itu memohon maaf kepadanya di hadapan kamera.


Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke dalam Facebook, di mana dengan pantas menjadi viral.
“Seorang lelaki menghampiri saya dan telah menumbuk kemaluan saya,” tulis Azmina di Facebook.
“Saya cuba untuk menghubungi pihak polis berkali-kali dan kami memerhatikannya serta mengikuti lelaki itu hingga ke jarak yang selamat. Dia telah mengarahkan kami untuk tidak mengganggu dirinya dan pada saat itu, saya serta-merta naik meradang dan terus memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai autoriti untuk mengarahkan saya sebegitu selepas dia menyentuh kemaluan saya di tengah-tengah jalan hanya kerana dia berasa seperti dia mempunyai hak keatas tubuh saya,” katanya lagi.
Menurut Azmina, lelaki tersebut ‘tidak makan saman’ kerana dengan selamba mempertahankan tindakannya dengan memberi alasan bahawa dia sedang mabuk ketika itu, dan Azmina telah memperbesarkan insiden itu secara berlebihan.
Berang, Azmina terus keluarkan telefon bimbitnya dan menuntut lelaki itu memohon maaf kepadanya di hadapan kamera.
“Saya tidak tahu mengapa saya bertindak untuk merakamkan video, tetapi saya mungkin melakukan sebegitu kerana saya mahu menggunakan pengalaman ini untuk berkongsikan mesej ringkas ini— gangguan seksual adalah tidak OK,” tulis Azmina.
Lelaki berkenaan kemudiannya memohon maaf.
Posting Azmina itu menjadi viral serta-merta kerana menyedarkan masyarakat tentang gangguan seksual yang semakin meruncingkan, terutamanya bagi golongan wanita.


Tuesday, October 04, 2016

Awal Muharram, Mengapa Saudi Tinggalkan Kalender Hijriah, Pakai Masehi?

Hemat anggaran, Saudi tinggalkan kalender Hijriah, pakai Masehi Raja Salman jenguk korban insiden crane jatuh. ©2015 REUTERS/Saudi Royal Court.



IH: Dalam rangka menjimatkan anggaran perbelanjaan negara, kerajaan Arab Saudi memutuskan, pegawai akan dibayar gaji menurut perhitungan kalender Masehi, bukan lagi Hijriah seperti sebelumnya.

Keputusan itu diambil setelah diluluskan dalam mesyuarat kabinet minggu lalu. Dengan demikian kalendar kewangan tahunan akan mengikuti perhitungan Januari-Disember, seperti dilapor laman Middle East Eye, Isnin (10/3) mengutip Arab News dan akhbar Saudi Gazzette.

Laporan berita itu menyebut penjimatan anggaran dimulakan terhitung 1 Oktober.

Sebagai negara pengeksport minyak terbesar di dunia, pengeluaran Saudi melonjak tajam di tengah kejatuhan harga minyak dunia sejak dua tahun terakhir. Hal itu membuat kerajaan terpaksa menilai semula strategi ekonomi.

Kalendar Hijriah yang mempunyai 12 bulan, sama seperti Masihi, hanya mempunyai jumlah 29 atau 30 hari bergantung kemunculan bulan. Ertinya kalendar Hijriah lebih pendek beberapa hari berbanding kalendar Masehi atau Gregorian yang digunakan meluas di seluruh dunia.

Minggu lalu kabinet Saudi juga memutuskan akan memotong gaji menteri dan pegawainya sebanyak 15-20 peratus sebagai bentuk usaha penjimatan.

Hampir separuh jumlah penduduk Saudi bekerja di sektor pegawai negeri. Jam kerja para pegawai negeri lebih pendek berbanding mereka yang bekerja di syarikat swasta.

Anak Luar Nikah, Pindaan RUU 355 Mampu Bendung.. - IKSiM


Hasil carian imej untuk nak luar nikah


KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini dilihat mampu menangani pelbagai jenayah syariah, termasuk kelahiran anak luar nikah.


Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSiM), Datuk Mahamad Naser Disa berkata, undang-undang lebih ketat diperlukan bagi membendung kelahiran anak luar nikah, ekoran peningkatan kes itu saban tahun.

Beliau berkata, pada 2013 hingga 2015, kira-kira 159,000 anak luar nikah dilahirkan di negara ini.

“Kuasa hukuman mahkamah syariah yang kini dibataskan kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie tidak lagi memberi pengajaran kepada pesalah syariah.

“Kalau kita tidak cegah dari sekarang, kita nak tunggu zaman anak cucu baru kita nak cegah, ia sudah terlambat,” katanya pada Forum Mega Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam di Pusat Islam, hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang Persendirian, iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat.

Mahamad Naser berkata, walaupun usul itu dikemukakan parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pemimpin kerajaan dan ramai yang melihat perkembangan itu sebagai detik menyatukan umat Islam. (IH)

Monday, October 03, 2016

Muhyiddin Hadir Di Pentas PAS.. Apa Kata Idris Ahmad?

Hasil carian imej untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di atas pentas PAS pada Himpunan PAS Harapan Semua (Harap 3.4) di Kemasik, Kemaman adalah bukti PAS hendak menggantikan Umno, bukannya bekerjasama dengan Umno.

“Dia hentam Umno, kitapun hentam Umno, diapun hentam Najib, kitapun hentam Najib. Jadi kerja-kerja jahat mengatakan PAS berbaik dengan Umno terjawablah, PAS Ganti Umno (PGU) bukannya PAS bekerjasama dengan Umno (PBU),” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah sepentas dengan bekas Timbalan Presiden Umno itu, malam tadi.

”Seperti PAS, Bersatu juga ingin menjatuhkan Najib menerusi proses demokrasi iaitu mengambil pendekatan pilihan raya, demokrasi.

“Di Malaysia ini, dalam konteks lain, memang tak sesuai, bukan budaya kita,” katanya dipetik Buletin Online.

Menurutnya, setakat ini tiada keputusan yang tepat daripada PAS berhubung kerjasama dengan Bersatu.

Mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang mahu menjadikan PAS sebagai anak tangga, beliau berkata kenyataan tersebut ditujukan kepada DAP.



“Di Malaysia ini, kerana teras politik Malaysia ialah Melayu Islam, kalau boleh macam di Perak, DAP dah dapat 18 kerusi, ‘solid’ tetapi dia tidak boleh memerintah juga.

“Sebab itu, sewaktu kita bersama Pakatan dahulu orang kata DAP akan memerintah, tidak logik. Yang boleh ‘challenge’ untuk runtuhkan pukat Umno ni, PAS sahaja yang mampu ‘challenge’ dengan Umno,” kata beliau. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails