Thursday, October 13, 2016

Haram Wanita Berbasikal, Lelaki Terangsang, Buat Masyarakat Mudah Rasuah?

iran1

Tokoh Syiah Iran Haram Wanita Tunggang Basikal 


TEHRAN – Ada banyak perkara lazim yang dianggap normal namun dilarang tegas dilakukan oleh golongan wanita di Iran dan paling baharu, menunggang basikal, menurut laporan media tempatan.

Arahan itu dikeluarkan pemimpin kerohanian tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, sekali gus membuatkan ramai kaum Hawa berasa amat kecewa sehingga mereka terpaksa melancarkan protes menerusi media sosial.
Tokoh Syiah Iran Haram Wanita Tunggang Basikal
Alasan tokoh ajaran Syiah itu konon menaiki basikal dapat menarik perhatian golongan lelaki untuk terangsang nafsu dan membuatkan masyarakat mudah korupsi selain dibimbangi akan menjejas maruah kesucian perempuan.
Susulan larangan pelik itu, sebahagian netizen wanita membalas arahan tersebut apabila nekad mempamerkan aksi mereka menunggang basikal melalui gerakan bantahan dengan menggunakan media sosial terkenal, Facebook.
Mereka turut memuat naik pelbagai foto dan video sedang membawa kenderaan roda dua tanpa enjin itu menerusi satu laman Facebook berjudul My Stealthy Freedom sebagai meluahkan kemarahan kepada larangan tersebut.
Gerakan itu diterajui seorang wartawan wanita Iran yang bernama Masih Alinejad. Gambar protes kaum perempuan republik Parsi berkenaan terhadap larangan menaiki basikal itu juga disebarkan menerusi akaun Instagram Masih.
Iran memang diketahui sangat membatasi kebebasan golongan wanita. Hak-hak mereka, bahkan sampai sekarang, terus dihadkan ketika kaum Hawa seharusnya dapat menikmati kebebasan yang sama seperti dirasai kaum Adam.
Namun seorang rabbi ultra ortodoks Yahudi pernah mengeluarkan fatwa kontroversi yang menegah wanita Israel berusia lebih lima tahun daripada menunggang basikal kerana perbuatan itu “mengundang pelanggaran kesopanan”
Rabbi yang berasal dari Nahloat itu menyampaikan fatwa ganjil tersebut kepada sejumlah sinagog atau kuil ibadah Yahudi di Jerusalem untuk mewajibkan ibu bapa melarang anak perempuan mereka dalam usia itu menaiki basikal.
Menurut rabbi tersebut, alasan kenapa haram duduk di kerusi basikal bagi golongan wanita kerana konon ia dapat merosakkan nilai kesopanan dan “mengundang” nafsu berahi seksual orang lelaki. – Agensi.


Zumba Kembali Popular. Tapi Itu Haram. Masih Nak Lawan Agama?

Hasil carian imej untuk zumbz itu haram

HALAMAN HIBURAN

KOTA KINABALU – Mufti Sabah kembali mengingatkan umat Islam bahawa aktiviti tarian dan senamrobik yang diiringi muzik rancak iaitu senaman zumba adalah haram.

Peringatan itu dibuat menerusi satu surat khas yang dikeluarkan bertarikh 19 Julai lalu.
Tindakan pengeluarkan surat peringatan itu dibuat berikutan senaman zumba kini semakin popular dan disertai umat Islam khususnya di Sabah.
Mufti Ingatkan Umat Islam, Zumba Itu Haram!
Hasil carian imej untuk zumbz itu haram
Hasil carian imej untuk zumbz itu haram
Dalam surat pekeliling itu, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menggesa umat Islam menjauhi senaman tersebut kerana terdapatnya unsur-unsur yang bertentangan syariat dan akhlak Islam.
“Antaranya seperti percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, pakaian menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik dalam tarian dan persembahan muzik yang keterlaluan,” katanya.
Pada April 2014, Mufti Sabah pernah mengeluarkan fatwa rasmi bahawa senaman zumba itu adalah haram. Pun begitu, senaman zumba kembali popular sejak kebelakangan ini. 
Masih ada golongan liberal yang mengaku Islam terus menentang walaupun jelas hukumnya haram menurut Islam? Tidak mampu ikut lain, tetapi ingkar sengaja menentang hukum, lain pula tarafnya..
(IH)

Wednesday, October 12, 2016

Ingatkan Mati.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 19 Ogos 2016

Hasil carian imej untuk ingatkan mati

Video -07/37: Kuliah Jumaat 16 Zulkaedah 1437/19 Ogos 2016
Hasil carian imej untuk mayat dalam kubur

KULIAH JUMAAT 16 ZULKAEDAH 1437 / 19 OGOS 2016

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.

Ikuti seterusnya..

Mahkamah Tangguh Keputusan Semakan Anwar Terhadap Sabitan Liwat

Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata mahkamah akan bersidang semula pada tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan lima barisan hakim terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Anwar memfailkan permohonan semakan agar Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.Jika permohonan semakan ini berjaya, beliau boleh dibebaskan dari penjara dan ini boleh membuka jalan kepada beliau untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, di luar mahkamah ratusan penyokong Anwar berkumpul bagi mengetahui keputusan hari ini. (MD)

Ini Mak Gober, Pukul Lelaki Kedai Kopi Tak Solat Jumaat. Dakwah..

Mak Gober di kampungnya Jawa Barat.


Puwakarta (Jawa Barat): Setiap hari Jumaat, satu kelibat wanita berjubah hitam memegang rotan akan dapat dilihat di kampung Empangsari di Desa Plered di sini.

Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menggesa lelaki-lelaki yang masih lagi leka di warung kopi atau di tepi jalan supaya bergegas untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Apa yang lebih mengagumkan, rutin yang dilaksanakan oleh Siti Hindun, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mak Gober, pada setiap Jumaat itu sudah pun dilakukan sejak hampir 10 tahun lalu bagi memastikan tiada lelaki dewasa yang memonteng solat Jumaat.

Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliaran di jalan raya,” kata Mak Gober yang berusia 64 tahun.

Menurutnya lagi, aktiviti yang dijalankan bersama beberapa rakan itu dilakukan sejak 2007 itu meliputi ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari individu-individu yang memonteng solat Jumaat.

"Saya akan pastikan tidak ada lelaki yang berkeliaran semasa solat Jumaat di desa Plered. Kalau ada.. hmmm, siap sedialah terima pukulan dari saya", katanya sebagaimana lapor Radar Karawang pada Selasa.

Kalau ada yang saya jumpa berkeliaran ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka.

Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.

Siti Hindun memberitahu, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pukul wanita itu adalah pukul sayang atau pukul dakwah. Hadis di bawah ini ada kaitan.

Merubah Kemungkaran..
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
Dari Abu Sa’id Al Khudri RA berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW  bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim)
Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث  :
  1. Menentang pelaku kebatilan dan menolak kemunkaran adalah kewajiban yang dituntut dalam ajaran Islam atas setiap muslim sesuai kemampuan dan kekuatannya.
  2. Ridha terhadap kemaksiatan termasuk di antara dosa-dosa besar.
  3. Sabar menanggung kesulitan dan amar ma’ruf nahi munkar.
  4. Amal merupakan buah dari iman, maka menyingkirkan kemunkaran juga merupakan buahnya keimanan.
  5. Mengingkari dengan hati diwajibkan kepada setiap muslim, sedangkan pengingkaran dengan tangan dan lisan berdasarkan kemampuannya.
Fiqh Dakwi dan Tarbawi :
1. Kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Ia bukanlah bermakna pilihan seperti kita memilih untuk membenci dengan hati dalam setiap hal.
2. Walaupun begitu, bukti iman adalah membenci maksiat dengan hati dan hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya. “(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Kemungkaran itu wajib dirubah walau apa-pun keadaannya. Mengubah bermaksud tindakan atau perbuatan untuk menghapuskan kemungkaran tersebut. Kerana mencegah kemungkaran ditujukan untuk menyelamatkan dan mewujudkan yang maslahat atau yang lebih maslahat, bukan sebaliknya yakni mudhorat. (Hadis tebuk dek bawah kapal, HR Bukhari)
4. Saksi tidak boleh diam kerana dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ta’ala atas kesaksiannya terhadap kemungkaran, ketidakadilan, kezaliman dan penyelewengan terhadap agama Allah

5. Wajib belajar cara untuk merubah kemungkaran berdasarkan sunnah Nabi saw. kerana di situ terdapat syarat, kaedah dan juga manhaj tertentu.
Umar bin Abdul Aziz pernah mengatakan, “Siapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka kerusakannya akan lebih besar daripada kebaikannya.”
“Tidaklah sikap lemah lembut dalam sesuatu melainkan membuatnya indah. Dan tiadalah sikap kasar dalam sesuatu melainkan membuatnya buruk.” (HR Muslim dan Ibnu Majah)
6. Mungkar al-Akbar, al-Ma’ruf al-Akbar – Titik tolak da’wah Islamiyyah ialah memerangi mungkar terbesar (al-munkar al-akbar) sekaligus menegakkan ma’ruf terbesar (al-ma’ruf al-akbar). Dengan kata lain peranan da’wah Islamiyah yang utama ialah meruntuhkan jahiliyyah daripada memimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah SWT.
7. Syarat pelaksanaan nahyi munkar :
    • Pertama, ada atau terjadinya kemungkaran. Kemungkaran adalah segala kemaksiatan yang diharamkan atau dilarang oleh Islam.
    • Kedua, kemungkaran yang dimaksud hadits di atas dan wajib diperangi adalah perbuatan yang secara qath’i (tegas, eksplisit) dinyatakan sebagai kemungkaran dalam Al-Qur’an atau Sunnah, atau berdasarkan ijma’ dan bukan yang diperselisihkan. Kemungkaran-kemungkaran yang qath’i itu adalah yang disebutkan dalam Al-Qur’an sebagai fahsya atau munkar, seperti zina, mencuri, riba, dan melakukan kezhaliman.
Contoh – “Jauhilah tujuh hal yang membinasakan.” Para sahabat bertanya, “Apa itu?” Rasulullah saw. menjelaskan, “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan cara haq, makan riba, makan harta yatim, lari dari gelanggang saat jihad, dan menuduh zina kepada wanita suci.” (HR Muslim, Abu Dawud, dan Baihaqi)
    • Ketiga, kemungkaran itu tampak kerana dilakukan secara terbuka dan bukan hasil dari tajassus (mencari-cari kesalahan). Sebab Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kamu jika mencari-cari aurat (kesalahan-kesalahan) manusia, maka kamu menghancurkan atau nyaris menghancurkan mereka.” (HR Ibnu Hibban)
8. Tahapan dalam merubah kemungkaran.
    1. Pertama, memberikan kesedaran dan pemahaman. Allah swt. Berfirman, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (at-Taubah: 115)
    2. Kedua, menyampaikan nasihat dan pengarahan. Jika penjelasan dan maklumat tentang ketentuan-ketentuan Allah yang harus ditaati sudah disampaikan, maka langkah berikutnya adalah menasihati dan memberikan bimbingan. Cara ini dilakukan Rasulullah terhadap seorang pemuda yang ingin melakukan zina dan terhadap orang Arab yang kencing di Masjid.
    3. Ketiga, peringatan keras atau kecaman. Hal ini dilakukan jika ia tidak menghentikan perbuatannya dengan sekadar kata-kata lembut dan nasihat halus. Dan ini boleh dilakukan dengan dua syarat: memberikan kecaman hanya manakala benar-benar diperlukankan dan jika cara-cara halus tidak ada pengaruhnya. Dan, tidak mengeluarkan kata-kata selain yang yang benar dan ditakar dengan kebutuhan.
    4. Keempat, dengan tangan atau kekuatan. Ini bagi orang yang memiliki walayah (kekuasaan, kekuatan). Dan untuk melakukan hal ini ada dua catatan, yakni: catatan pertama, tidak secara langsung melakukan tindakan dengan tangan (kekuasaan) selama ia dapat menugaskan si pelaku kemungkaran untuk melakukannya. Jadi, janganlah si pencegah kemungkaran itu menumpahkan sendiri arak, misalnya, selama ia boleh memerintahkan peminumnya untuk melakukannya. Catatan kedua, melakukan tindakan hanya sebatas keperluan dan tidak boleh berlebihan. Jadi, kalau bisa dengan menarik tangannya, tidak perlu dengan menarik janggotnya.
    5. Kelima, menggunakan ancaman pemukulan. Ancaman diberikan sebelum terjadi tindakannya itu sendiri, selama itu mungkin. Dan ancaman tentu saja tidak boleh dengan sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dilakukan. Misalnya, “Kami akan telanjangi kamu di jalan,” atau “Kami akan menawan isterimu,” atau “Kami akan penjarakan orangtua kamu.” (Lebih lanjut lihat Fahmul-Islam Fi Zhilalil-Ushulil-‘Isyrin, Jum’ah Amin ‘Abdul-‘Aziz, Darud-Da’wah, Mesir).
9. Mengabaikan kewajipan dakwah mendatangkan azab,
“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.” (al-Anfal: 25)
Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.
“Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ‘adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan kita?’ Nabi menjawab, ‘ya, apabila kekejian berleluasa.” (HR Muslim)

Anak Haram, Ini 11 Perkara Penyelesaian.. -Pemuda PAS Perak.

Hasil carian imej untuk anak haram

DI SINI diperturunkan 11 perkara mengenai anak luar nikah dan apa penyelesaiannya, seperti kenyataan media Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Hafez Sabri, semalam.

1) Malaysia kini menjadi perhatian negara umat Islam yang sedang membangun. Ironisnya pembangunan material dan bangunan pencakar langit tidak seiring dengan pembangunan moral dan akhlak yang jahiliah jauh rendah ke dasar bumi bagi segelintir anak muda Malaysia.
 2) Dalam tempoh lima tahun sahaja (2011-2015) sudah 263 691 orang anak tidak sah taraf telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia( KKM) pula mendedahkan pada tahun lalu remaja yang berusia 10 hingga 19 tahun yang telah mengandung anak luar nikah adalah sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 orang.
3) Kes-kes rogol juga antara penyumbang kelahiran bayi luar nikah ini. Statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan peningkatan kepada 12, 473 kes dari tahun 2011 sehingga jun 2015. Daripada jumlah ini, 93.5 peratus melibatkan remaja 13 hingga 18 tahun.
Secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam tempoh sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara. Ini bermakna setiap jam sekurang kurangnya 2 orang anak luar nikah lahir di Malaysia. Statistik yang dibuat ini hanya melibatkan kes yang direkodkan. Bagaimana pula kes yang tidak direkodkan?
5) Inilah jahiliah moden yang semakin berleluasa. Jika ianya tidak dibendung segera, maka rosaklah sistem kekeluargaan di Malaysia. Lebih menyedihkan apabila bayi yang tidak berdosa ini mati dibuang dan dibunuh kejam oleh ibubapa berwajah manusia tetapi jiwanya lebih teruk dari haiwan.
6) Islam amat mementingkan maruah dan keturunan. Salah satu dari maqasid syar'iyah adalah penjagaan maruah. FirmanNya dalam surah Isra' ayat 32 yang bermaksud:
_"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."_
Menghampirinya sudah ditegah,apatah melakukan penzinaan. Pergaulan bebas tanpa batasan akhirnya membawa kepada kecenderungan zina. Kemudian lahirlah anak luar nikah, lalu terjadilah jenayah buang anak.
7) Islam hadir dengan penyelesaian dengan hukuman yang mendidik. Perlaksanaan hudud amat teliti dan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam menjatuhkan hukuman. Bagi pelaku yang belum berkahwin, dilaksanakan sebat 100 kali kepada pesalah dengan konsep sebatan menepati syarak.
8) Keindahan hukum Islam harus difahami dengan baik. Perlaksanaannya lebih kepada mendidik bukan menghukum. Tidak padan melanggar hukum tuhan dan mencemarkan maruah wanita serta merosakkan keturunan hanya dikenakan denda RM3000, penjara tidak lebih 5 tahun dan sebat tidak lebih 6 kali.
9) Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyeru kepada ahli Parlimen di seluruh Malaysia untuk menyokong pindaan Akta 355 bagi memartabatkan mahkamah syariah dan membentuk masyarakat madani di Malaysia.
10) DPPN Perak juga menyarankan agar Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan JAKIM dalam merangka modul pendidikan seks bagi mendidik ibubapa dan remaja dalam memahami kepentingan menjaga maruah dan keturunan serta pembangunan sosial negara.
11) DPPN Perak juga menasihati rakyat agar lebih cakna dalam mendepani isu-isu sosial dan mengajak untuk terus menyokong usaha membangunkan Malaysia yang lebih sejahtera.
9 Muharram 1438H / 10 Oktober 2016

Mana Lebih Haram Jadah, Guan Eng Hambat Melayu Atau PFP Buat Kasino?


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gusar melihat sebuah parti baharu mengemukakan agenda pembinaan kasino untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Guan Eng berkata rancangan Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) untuk menjadikan negerinya serupa pusat percutian kasino seperti Macau adalah jahat dan tidak boleh diterima.


Guan menambah dirinya tidak ada masalah sekiranya agenda PFP adalah bertanding untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

“Tetapi untuk meminta sokongan rakyat dan sebagai balasan akan dibina sebuah kasino? Apa yang sudah berlaku sekarang ini?” katanya di sidang media di Komtar hari ini.

Guan Eng terkejut Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin daripada Umno yang merupakan penasihat PFP bersetuju dengan cadangan PFP itu.

“Adakah ini dasar baharu Umno – bina sebuah kasino di Pulau Pinang?
“Adakah Umno mahu sebuah kasino di bina di Pulau Pinang?
“Membina kasino bukan sebahagian dasar Kerajaan Pulau Pinang. Kita tidak bersetuju sebuah kasino dibina di sini.”

PFP didaftarkan secara rasmi pada 9 September dan mengumumkan hasrat untuk menukar Pulau Pinang menjadi seperti Macau.

Pengerusi penaja Lim Poh Kong berkata partinya akan memohon lesen kasino daripada Kerajaan Persekutuan dengan harapan ia dapat menjana pelancongan di negeri itu.

PFP juga mengumumkan ia pro-BN dan hanya akan bertanding di 25 kerusi negeri majoriti Cina di Pulau Pinang.

Parti itu percaya sebuah kasino khusus untuk pelancong sahaja akan menjana pendapatan RM3 bilion setahun dan percaya ia akan membantu ekonomi negeri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lim Guan terkenal sebagai penghapus Melayu Pulau Pinang menggunakan teknik Israel dan PAP Singapura. Bagaimana Israel yang tiada tanah merampas tanah orang Islam Palestin secara kekerasan..

Dan Singapura pula merampas Pulau Temasik milik orang Melayu yang seolah-olah sudah menjadi kepulauan Cina sekarang secara tidak disedari, sebagai kegagalan dan kebodohan politik UMNO atau Perikatan pada masa itu. 


Itu sudah suatu celaka dan haram jadah.



Sekarang, rancangan parti baru Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) mahu menjadikan negeri itu serupa pusat percutian kasino seperti Macau pula, sebagai umpan mata kail merampas Pulau Pinang dalam PRU akan datang. Berfalsafahkan, 'asal dapat duit sudah tidak peduli halal-haram' lagi. 

Satu lagi celaka dan haram jadah.

Oleh itu jalan selesainya, pastikan negara kita Malaysia termasuk Pulau Pinang, tidak diserapi faham sekularisme yang akan melemaskan orang Islam dan bangsa pribumi di negaranya sendiri.


Dimulai dengan antaranya menyokong Pindaan RUU 355 pemangkin transformasi mahkamah syariah yang tidak sekular itu. Dan seterusnya.. seterusnya.  (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails