Tuesday, November 22, 2016

Berkubur! Tiada TPPA Lagi Tanpa AS -Menteri MITI Mustapa Mohamad.

Hasil carian imej untuk tppa

Hasil carian imej untuk tppa

Klik di sini..

Pakej Poligami Nikah Ramai-ramai Di Perak -Cadangan PAS Titi Serong.

Kerajaan Negeri Perak Sedia Pertimbang Pakej Poligami

IPOH – Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbang saranan supaya memperkenalkan pakej poligami secara Jama’ie atau nikah beramai-ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau berkata kerajaan negeri ketika ini hanya mempunyai Program Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie untuk pasangan yang baharu hendak berkahwin dan ia dilaksanakan sejak 2013 pada setiap 16 September.

“Kita akan lihat dan pertimbangkan cadangan itu. Kita sedia maklum antara punca poligami termasuk yang bernikah di luar negara adalah kerana wali tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.
“Di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan kita sentiasa berurusan dengan negara tertentu seperti Thailand khususnya yang melibatkan poligami,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hussian (PAS-Titi Serong) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedia memperkenalkan pakej khas poligami secara Jama’ie.
Terdahulu, dalam jawapan kepada soalan tambahan Datuk Mohammad Daud Mohd Yusof (BN-Selama), Mohd Nizar berkata pasangan pengantin daripada program itu akan disenaraikan di bawah Kelab Rakan Nikah Jama’ie bertujuan mengawal dan membendung kes-kes perceraian.
Selain itu, Mohd Nizar berkata pasangan yang bernikah di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengikuti Kursus Pasca Perkahwinan terbahagi kepada empat fasa bermula daripada lima tahun pertama usia perkahwinan. – BERNAMA

Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar


AP - AKTIVIS Bangladesh membantah pembunuhan orang Islam di Myanmar dalam tunjuk perasaan di Dhaka pada Jumaat lalu.



YANGON – Analisis daripada imej satelit oleh kumpulan Pemerhati Hak Kemanusiaan (HRW) yang disiarkan semalam me­nunjukkan lebih 1,000 buah rumah di perkampungan etnit Rohingya dibakar.
Laporan media tempatan menyatakan pasukan keselamatan telah membunuh 70 orang dan menahan lebih 400 penduduk sejak perintah berkurung enam minggu lepas tetapi disangkal aktivis kemanusiaan yang mendakwa jumlah terbabit lebih tinggi.
Lebih 30,000 orang terpaksa menjadi pela­rian akibat keganasan yang berlaku menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berpuluh-puluh mati selepas diserang oleh tentera yang turut menggunakan helikopter.
HRW mengenal pasti lebih 820 struktur bangunan dimusnahkan di lima perkampungan etnik Ro­hingya antara 10 hingga 18 November menerusi imej satelit.
Secara keseluruhan, kumpulan berkenaan memberitahu analisis imej menunjukkan 1,250 bangunan telah dimusnahkan ketika perintah berkurung tentera.
“Daripada memberi res­pons dengan menggunakan cara era ketenteraan iaitu penafian dan penipuan, pihak kerajaan seharusnya melihat kepada fakta yang ada,” ujar Pengarah HRW Asia, Brad Adams.
Pihak kerajaan pula melaporkan kira-kira 300 buah rumah musnah dalam serangan dilakukan pemberontak yang dikatakan cuba membenihkan salah faham antara tentera kerajaan dan orang ramai.
Kebangkitan keganasan di selatan Rakhine telah menjadikan krisis sema­kin parah dan memberi cabaran kepada pemerintahan diketuai Aung San Suu Kyi sejak mengambil kuasa tujuh bulan lepas.
– AFP
Militer Myanmar hanguskan ribuan rumah warga muslim Rohingya
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar
Hasil carian imej untuk Lebih 1,000 rumah Rohingya dibakar

Wanita Ini Mengadu Dirogol.. Tapi Sebenarnya Menggamit Perogol? Bagaimana..


Hasil carian imej untuk berpakaian begini minta dirogol Berpakaian begini mita dirogol?

PELANCONG wanita dari Britain menjadi keliru apabila ditahan polis Dubai selepas dirinya membuat laporan mendakwa dirinya dirogol oleh sekumpulan lelaki dari negara asalnya ketika melancong di Dubai, baru-baru ini.

CNN melaporkan wanita tersebut ditahan kerana mengadakan hubungan seks luar nikah.
“Ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Polis sering kali gagal membezakan hubungan seks yang dilakukan secara rela dan kejadian rogol.
“Mangsa membuat laporan bagi mendapatkan pembelaan sebaliknya ditahan. Polis bukan sahaja membatalkan laporan tersebut tetapi menghukum mangsa,” kata pengarah kepada sebuah kumpulan penasihat undang-undang NGO, Detained In Dubai, Radha Stirling.
Stirling berkata, wanita tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin dan pasportnya dirampas. Jika didapati wanita tersebut melakukan hubungan seks secara rela, dia akan dikenakan hukuman penjara sebulan hingga tiga tahun dan diusir keluar dari negara Timur Tengah tersebut.
Sementara itu, jurucakap pejabat luar negara United Kingdom berkata, pihaknya tidak dapat membincangkan mengenai insiden tersebut.
“Kami menyokong kes membabitkan wanita tersebut dan akan terus berhubung dengan keluarganya mengenai kejadian ini.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pun ramai ada yang begitu. Berhari-hari ikut 'bersekedudukan' dengan lelaki yang dikenal, tiba-tiba buat report polis dirogol. Pada hal, dia yang menggamit perogol. 
Kadang-kadang berzina suka sama suka, akhirnya baru tahu wanita najis penzina itu dibawah umur, termasuk dalam kes rogol. Bawah umur apa, sudah baligh? Bersuka bernajis zina boleh pun! Lelaki itu pula dihukum, wanitanya tidak.
Cuma yang susahnya kalau nak berkahwin secara sah bawah umur 18 tahun, walaupun fizikalnya sudah 'besar lebar'. Sedangkan dalam sejarah Islam Aisyah RA berkahwin dalam umur muda. Inilah undang-undang di Malaysia. 
Namun ada juga yang berpendapat, wanita yang mengenakan fesyen pakaian  tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari payudara, betis dan paha, perut dan pusat atau bahagian punggung (seluar dalam), juga seolah-olah menggamit lelaki merogol mereka. 

Contohnya, yang berpakaian..
  1. Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur)
  2. Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut.
  3. Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya. 
  4. Yang memakai skirt-skirt pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya. 
  5. Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk payudara dan warna bra yang dipakainya.
  6. Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.
Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki, yang seolah-olah menggamit lelaki untuk datang merogol mereka. Begitulah kira-kira.

Monday, November 21, 2016

PAN K'tan Kerja Untuk Umno Tumbangkan Ulama? -Dr Kamarul Zaman Yusoff.



KL: Apa yang dilakukan pemimpin PAN di Kelantan sekarang seolah-olah dilihat mereka bekerja untuk Umno bagi menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan ulama. Demikian kata Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurutnya juga, biar pun impian Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan PAS bagi menguasai gelanggang politik Islam, namun tidak sampai setahun penubuhannya, parti itu dikatakan dilanda masalah.

Katanya isu utama yang mengugat kredibiliti parti itu apabila pengerusi PAN Kelantan sejak tahun lepas mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti tersebut.

“Apabila conggakan itu tidak menjadi biarpun acap kali disebut, ia memberi imej negetif kepada sebuah parti yang baharu ditubuh,” katanya pada wacana anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di JKR 10 malam tadi.

Difahamkan beberapa pemimpin PAN Kelantan yang dilantik ketika awal penubuhannya kini dipinggir kerana dikatakan tidak sebulu dengan pemimpin utama.

Malah lebih parah lagi parti baharu itu berhadapan masalah kewangan bagi mengurus kelangsungan parti.

Hasil carian imej untuk wan abdul rahim wan abdullah


Kredibitinya menjunam apabila kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Wacana itu dimoderatorkan Timbalan Pengarah IPTG Mohd Fadhli Ghani. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Zainiah Halim. Sumber Harakah.

Halau Duta Myanmar, Putuskan Diplomatik.. Pulau Sukan SEA ke 27


Halau Duta Myanmar Pulang, Sekat Kemasukan Pekerja Dari Negara Mereka
Oleh : Nazman bin Che Iberahim 
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
1. Berhimpun, berdemontrasi, berucap berapi-rapi, berdoa dengan tangis airmata, kemudian menyerahkan memorandum bantahan ke Pejabat Kedutaan dan akhirnya membuat sidang akhbar mengecam pembunuhan saudara seislam kita di sana. Ini adalah sifir dan format tetap (by default) kita di negara ini atas nama cintakan saudara seagama yang dibunuh kejam di Myanmar, Bangladesh malahan mana mana negara sekalipun. Setiap kali berlaku pembunuhan dan kezaliman, kita hanya mengulangi skrip ini. Betul atau tidak tuan tuan?
2. Atas sebab itu, mereka tidak pernah takut untuk mengulangi pembunuhan, kezaliman dan kekejaman ini untuk kali yang seterusnya. Kerana apa? Kerana mereka tahu sifir dan format kemarahan umat Islam serantau hanyalah setakat itu sahaja. Ia hanya dalam bentuk demontrasi-berucap-berdoa-serah memorandum dan sidang media sahaja. Malahan ada yang ke tempat demontrasi hanya untuk bergambar dan memuat naik status Facebook semata mata.
3. Episod kekejaman dan kezaliman rejim Myanmar kepada umat Islam serta pejuang agama Allah SWT ini seakan-akan tiada berkesudahan. Semakin hari semakin ramai yang mati dibunuh tanpa sekelumit pun peri kemanusiaan. Mereka tiada pembela dan pembenteng utama. Tiada secebis harapan pun di dalam hati mereka. Hampa.
4. Mengikut Amnesty International, Muslim Rohingya menderita dan didera tanpa perikemanusiaan di bawah junta Myanmar sejak tahun 1978 lagi sehinggakan terlalu ramai yang telah lari ke Bangladesh dan negara negara sekitar. Bahkan diakui di serata dunia, Muslim Rohingya adalah satu bangsa minoriti yang paling kuat menerima tekanan dan penderaan dalam sejarah bangsa kecil mereka.
5. Dan konflik bertambah rumit apabila terjadinya tragedi di Rakhine pada tahun 2012 sehinggakan ribuan yang terkorban dan lebih seratus ribu menjadi pelarian di serata tempat. UNHCR pula melaporkan sejak 2014 lebih 1,100 orang pelarian yang berlepas melalui laut dari Myanmar telah mati dan lebih 1,000 orang lagi dipercayai hilang di lautan luas pada tahun tersebut.
6. Mereka lari meninggalkan negara Myanmar setelah pembunuhan dan kekejaman berterusan tanpa beradu. Hidup dalam ketakutan dan kerungsingan saban hari dan setiap malam. Lalu, mereka meninggalkan negara tanah tumpah darah sendiri yang telah menafikan kerakyatan bangsa mereka.
7. Akta Kewarganegaraan 1982 di Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu bangsa di negara tersebut. Malahan jika mereka mahu mendapatkan juga taraf warganegara, mereka perlu membuktikan bahawa nenek moyang mereka telahpun wujud dan menempati negara Burma sejak tahun 1823 lagi.
8. Tuan tuan, siapakah antara kita, manusia biasa yang menyimpan salasilah keluarganya sejak 200 tahun yang lampau? Malahan jika kita ada menyimpan pun sejarah itu, bagaimana pula mahu membuktikan bahawa moyang kita sudah pun wujud sejak 1823 di sesebuah negara?
9. Myanmar semakin melampaui. Darah saudara seagama kita tidak boleh tumpah lagi ke bumi ini. Kerajaan Malaysia wajib memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Junta ini, halau duta mereka pulang dan tutup pejabat mereka. Panggil pulang duta Malaysia di Perbandaran Dagon, Yangon serta sekat kemasukan pekerja asing dari Myanmar dan berikan perlindungan kepada pelarian Rohingya.
10. Bukan hanya Kerajaan Israel Zionis yang perlu kita pertegaskan prinsip dan dasar kita, namun kerajaan zalim Myanmar pun wajib mengerti apa itu nilai persaudaraan dalam Islam! (PAS)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pulau atau boikot juga Sukan SEA ke-27 di Myanmar..
Hasil carian imej untuk pelarian myanmar
Hasil carian imej untuk pelarian myanmar

BERSIH 5 Gagal, Walaupun Ada K'sama Dengan NED Milik Soros. Maaf Kit Siang.


lim-kit-siang-bersih
AIDCNews – 21/11/16 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang apabila perhimpunan jalanan BERSIH 5 di ibu kota pada Sabtu lalu dikategorikan sebagai gagal.
Sebaliknya, Kit Siang yang merupakan aktivis politik veteran DAP sejak dari tahun 1969 berkata pihak yang mengalami kegagalan adalah kumpulan Baju Merah kerana hanya dapat mengumpulkan seramai 3,000 hingga 4,000 orang sahaja.
Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu bagaimanapun gembira kerana mendakwa kononnya berlaku peningkatan penyertaan kaum Melayu dalam perhimpunan jalanan BERSIH 5 berbanding dengan perhimpunan BERSIH sebelum ini.
“Walaupun Bersih 5 dikategorikan sebagai tidak berjaya, ia mendapat lebih penyertaan Melayu berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Mynewshub, ramai pihak berpendapat perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu merupakan satu kegagalan buat parti pembangkang dan kumpulan anti kerajaan kerana ia cuma kira-kira 15,000 orang sahaja berbanding dengan jumlah penyertaan sebelum ini.
“Sedikit peningkatan kaum Melayu dalam perhimpunan BERSIH kali ini pula disebabkan penyertaan pengikut setia bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kumpulan anti kerajaan dan parti pembangkang pada asalnya merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 5 yang mendapat sambutan besar-besaran rakyat.
“Penganjur BERSIH 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun masyarakat menyedari ia cuma strategi politik untuk memenangkan pembangkang.
“Kit Siang dalam pada itu menuduh sekatan jalan raya dan tangkapan yang dilakukan pihak polis menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat menyertai BERSIH 5,” lapor portal itu.
AIDCNews sebelum ini pernah mendedahkan perhimpunan BERSIH mempunyai hubungan sentimental dengan DAP kerana idea perhimpunan itu dicetuskan oleh badan pemikir DAP, REFSA yang telah berkerjasama dengan badan asing NDI (National Democratic Institute) pada Julai 2005.
NDI adalah salah satu cabang yayasan demokrasi Amerika Syarikat, NED (National Endowment for Democracy) yang sering bekerjasama dengan yayasan demokrasi milik George Soros untuk melakukan perubahan rejim di sesebuah negara yang menjadi targetnya.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails