Thursday, December 01, 2016

Hubungan UMNO/PAS Kian Mengendur? -Dr Ahmad Fakhruddin

Hasil carian imej untuk Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah.

KENYATAAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib bahawa hubungan tegang antara UMNO dan PAS kian mengendur adalah bersifat muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu. 
Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi, Pesuruhjaya PAS Kedah, (gambar) mendedahkan melalui kenyataan media semalam.
"Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara. Apa yang sebenarnya berlaku ialah PAS sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan “amar makruf nahi mungkar” dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga. 
"PAS tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini." Jelas beliau lagi.

Menurutnya, keterbukaan PAS menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan PAS larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis. PAS teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum.
Tumbangkan BN
Jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan bahawa mereka sudah memalu gendang untuk hadapi Pilihanraya Umum ke 14 dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen maka PAS sebagai pembangkang juga lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN.
BN sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat, maka di Kedah, PAS bertekad untuk kembali mengambilalih pentadbiran Wisma Darul Aman.
"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung kini mungkin menjadi persidangan terakhir mereka sebagai kerajaan di Pusat jika PRU14 diadakan dalam masa terdekat. Sebenarnya, itulah doa dan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia kini." Jelas Pesuruhjaya PAS Kedah itu lagi.  (IH)

Mandi Ais Bogel Tiap Hari Begini, Kurus Badan?


Bekas Penari Balet Mandi Bogel Setiap Hari Dalam Ais
ANASTASIA Volochkova adalah bekas penari balet di Rusia. Malangnya dia telah digugurkan daripada menjadi penari disebabkan ‘terlalu gemuk’.
Namun ia tidak menggusarkan Anastasia sebaliknya dia menjalani kehidupan seperti biasa, kecuali mandi dalam dalam air ais dalam keadaan bogel setiap hari. Tanpa mempedulikan cuaca sejuk, Anastasia dengan selamba mandi dalam air ais berkenaan.
“Saya boleh mencadangkannya (mandi ais), jika anda boleh menghadapinya. Ia untuk kesihatan, memberikan tenaga dan kuasa,” katanya.
Bagaimanapun rasanya tidak ada yang sanggup menerima cabaran Anastasia itu. Lebih baik duduk di dalam rumah sambil minum secara kopi panas. 

Dalam Islam lebih mudah, Nabi Muhammad SAW ada memberi petua adap-adap dan amalan baik untuk kesihatan, boleh juga untuk menstabilkan permakanan atau kurus badan.. Di mana Katanya, beliau takkan makan kecuali merasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang. Amalkan itu, insyAllah sihat! (IH)

Wednesday, November 30, 2016

Aman Sebelum Datang Pihak Luar -Pengulu Orang Asal






GUA MUSANG: Pemimpin masyarakat Orang Asal di sini mendakwa tanpa penglibatan pihak luar tidak mungkin berlaku insiden menyekat laluan balak sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Penghulu Kuala Betis, Jumak Abah berkata perkampungan Orang Asal di pedalaman Kelantan aman damai sebelum ini tanpa ada sebarang gangguan.

Namun, katanya sejak kedatangan pihak luar ke beberapa penempatan Orang Asal pada 2010 suasana aman damai mulai bertukar.

“Pernah pada 2012 berlaku sekatan laluan balak di Kampung Lambung yang juga berakhir dengan tangkapan polis.

“Sebelum itu pihak luar juga mendalangi sekatan laluan balak, namun mereka berpindah ke tempat lain selepas dilarang pemimpin Orang Asal di situ,” katanya di sini.

Semalam Jabatan Perhutanan Negeri dan kerjasama polis menahan 47 penduduk Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei dan Pos Bihai.

Ketika operasi menahan kumpulan blockade tersebut pihak keselamatan turut menemui sumpit dan parang di pondok tempat sekatan.

Penduduk Orang Asal terbabit pagi tadi dibawa ke mahkamah majistret Gua Musang bagi mendapat perintah tahanan reman.

Ada dalam kalangan yang ditahan memiliki kad pengenalan luar Kelantan termasuk dari Perak.

Di perkarangan mahkamah tadi juga aktivis Parti Amanah Negara (PAN) dan PSM dilapor menasihat penduduk Orang Asal supaya tidak berputus asa dengan perjuangan mereka.

Jumak juga berkata kalangan yang ditahan tersebut ada yang dilahirkan Perak dan negeri lain kerana bapa mereka menganggotai Senoi Praap.

“Selepas bapa mereka meninggal dunia ada yang pulang semula ke Gua Musang,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan berlaku kemusnahan besar di Hutan Simpan Kekal Balah sehingga menjejas penduduk mencari rezeki.

Menurutnya kumpulan yang melakukan blockade sengaja mencipta isu bagi menghalalkan tindakan mereka setelah dipengaruhi pihak luar. -HARAKAHDAILY 30/11/2016

Tuntut Ahok Dipenjara, Jalan Kaki Dari Bogor Ke Jakarta, Esok/lusa.

Umat Islam Bogor Raya juga akan Aksi Jalan Kaki ke Jakarta
Umat Islam Bogor dalam Aksi Bela Islam menuntut ditangkapnya tersangka penistaan agama, Ahok.

AKSI jalan kaki umat Islam Indonesia dari Kudat, Jawa Barat, ke Jakarta, yang kini masih berlangsung, diikuti aksi serupa dari daerah lain. Masyarakat Muslim se-Bogor Raya sebahagian juga akan melakukan aksi jalan kaki dari Gedung MUI Kota Bogor menuju Monas, Jakarta, untuk mengikuti Aksi Bela Islam III, Jumaat (02/12/2016) esok lusa. 

Demikian hasil musyawarah Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majelis Ulama Indonesia (GNPF MUI) Bogor Raya, baru-baru ini, lapor Islamic News Agency (INA). Aksi Jalan Kaki Tetap dilakukan Demi Penguatkuasaan Undang-undang dan Bentuk Pembelaan Agama. 

Ketua GNPF MUI Bogor Raya, Ustadz Iyus Khaerunnas, berkata, keputusan tersebut berdasarkan aspirasi dari ormas Islam dan nasihat serta masukan para ulama. 

"Tindakan berjalan kaki ini untuk syiar Islam. Menunjukkan perpaduan dan kepedulian umat Islam akan ukhuwah dengan rasa senasib sepenanggungan, serta menunjukkan perpaduan umat Islam, "ujar Iyus dalam satu kenyataan. Perjalanan akan bermula pada Khamis (01/12/2016) pukul 09.00 WIB. 

Dengan titik kumpul di Gedung MUI Kota Bogor, Jalan Padjajaran No 10. Doa dan Bantuan Warga Sepanjang Jalan, Peserta Aksi Jalan Kaki Kudat-Jakarta pun Terharu Adapun laluan perjalanan melalui Jalan Pemda Cibinong, Jalan Raya Bogor-Jakarta, Jalan Margonda Depok, Jalan Pasar Minggu Jakarta, lalu Kalibata, Pancoran, Menteng, kemudian menuju Monas. 

Oleh kerana itu, GNPF MUI Bogor Raya mengajak masyarakat, khususnya warga Bogor dan sekitarnya, yang punya kemampuan terutama fizikal agar boleh terlibat dan mendaftarkan diri untuk mengikuti aksi ini. Untuk pendaftaran aksi longmarch, panitia mempersilakan menghubungi Ridho di nombor HP 082122702657, Halim (08561920077), dan Faisal (085310070933). Adapun pimpinan tindakan tersebut adalah Hasri Abdullah (081287517313). 

Jawatankuasa Juga Sediakan Bas Selain itu, GNPF MUI Bogor Raya juga menyediakan bas untuk berlepas ke Jakarta bagi jamaah lain yang tidak bias ikut aksi jalan kaki. Koordinatornya adalah Uus (08561615049) atau Andri (085774469672). MUI Kota Bogor Minta Presiden Tak Melindungi Ahok Atas Kes Penistaan ​​Agama 

"Bagi yang berhalangan ikut Aksi Bela Islam III, namun ingin punya andil dalam perjuangan, boleh memberikan infak donasinya ke akaun Bank Syariah Mandiri no 7051608218 (kod 451) a.n. Iyus Khaerunnas. Mohon ditambah 212 di akhir nombor muka pemindahan. Contoh: Rp.1.000.212 (satu juta dua satu dua rupiah). 

Pengesahan pemindahan SMS ke 082122702657, "terang panitia. Syaiful / INA. (Hidayatullah)

Piko Taro Hina Islam? Guna Kalimat 'Allahu Akbar'..


Hasil carian imej untuk Piko Taro

HALAMAN HIBURAN

Klik video ini.. (guna kalimat 'Allahu Akbar..) Hina Islam?

I Have A Bomb I Have a Fire PPAP

I Have A Bomb I Have a Fire PPAP

Lihat pula berita ini..

Aksi Awek Bertudung Menari Lagu PPAP... 'Speechless' Beb!

Aksi Awek Bertudung Menari Lagu PPAP… ‘Speechless’ Beb!

SEBUT sahaja lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyian Piko Taro, kami gerenti ramai boleh menyanyikan lagu dari Jepun ini dek kerana liriknya yang cukup catchy.

Tidak hairanlah, lagu ini menjadi siulan dan mencetuskan fenomena seantero dunia hinggakan muncul bermacam-macam video aksi parody orang ramai menarikan tarian lagu PPAP.
Dalam banyak-banyak video parody PPAP, kami ada tertarik dengan aksi sebuah video yang dihasilkan oleh dua gadis bertudung, dan kini turut menjadi viral di media sosial.
Bukan apa, aksi dua gadis yang rancak menari lagu PPAP ini memang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya ‘segar mata’ dan ‘speechless’.

Barangkali, ramai terkejut dengan aksi tarian gadis-gadis bertudung ini yang boleh disifatkan agak panas dan terlampau.
Walhal, tarian Piko Taro sendiri langsung tidak menggambarkan elemen-elemen berunsur lucah atau tidak senonoh. – MYNEWSHUB.CC

'Sanggup Kongsi Suami, Mengapa Tak Kongsi Isteri?' Carafikir Luar Pakej Islam.


Tweet Kongsi Lubang Isteri Viral Di Internet

INI berita yang diangkat dari MYNEWSHUB.CC..

STATUS laman mikro Twitter seorang wanita yang berbunyi, “Kalau wanita sanggup berkongsi batang suami (bermadu). Suami sanggup tak kalau kongsi lubang isteri?” menjadi viral beberapa hari lalu.

Menerusi status yang dimuat naik itu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu seolah-olah cuba meluahkan rasa marah dan tidak puas hati apabila terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.
Atau dalam erti kata lain wanita tersebut berang ‘dimadukan’ sehinggakan dia tergamak pula mempersoalkan hak seorang lelaki untuk berpoligami jika berkemampuan.
Malah pertanyaan “Suami sanggup tak kalau kongsi lubang isteri?” menunjukkan bahawa mentaliti individu itu sangat cetek sehingga cuba menghalalkan yang haram kerana hukumnya sudah jelas termaktub dalam ajaran Islam.
Pengharaman terhadap wanita untuk turut berpoligami (dibaca: berkahwin ramai suami) adalah demi menjaga keturunan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.
Selain itu juga, ia demi menjaga taraf anak yang bakal dilahirkan dan sekiranya wanita dibenarkan bersuami lebih daripada seorang, maka akan timbul pertelingkahan dalam kalangan suami berkaitan status anak itu.
Tindakan wanita berkenaan membuat naik status berbaur lucah sedemikian ibarat menconteng arang ke muka sendiri dan seluruh kaum Hawa yang lain.
Status yang dimuat naik itu telah menerima respond yang memberangsangkan daripada pengguna laman mikro itu apabila ia diretweet lebih 400 kali dan lebih 1,000 favourites. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seseorang itu bebas memilih agama yang dia mahu. Boleh pilih pakej Islam, pakej Kristian atau sebagainya. Kalau pilih Islam, kena ikut peraturan pakej keseluruhannya. Tidak boleh ikut pakej Islam    tetapi mengamalkan peraturan agama lain.

Dalam Islam ada peraturan poligami. Kalau tak mahu poligami, jangan pilih pakej Islam. Orang Islam yang 'ingkar' tidak suka atau bantah suruhan solat contohnya, sudah terkeluar dari agama Islam. Lain, kalau dia tidak ingkar, cuma malas-malas saja, lain hukumnya.

Bagaimana boleh pilih pakej Islam, tapi tidak mahu ikut peraturan yang ditetapkan pakej tersebut?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Ulama Sedunia Bermesyuarat Di Qatar, Mana PAN?



Tuan Guru Hj Abd Hadi selaku Timbalan Ketua Ulama Sedunia bermesyuarat di Qatar bersama Dr Yusof Qardawi, timbalan2 & setiusaha agung. Sebelum itu beliau ke India bertemu ulama d sana, menaiki keretapi ke Lucknow. Smoga sukses dalam menunaikan tugas & misi perjuangan.







Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana PAN atau Amanah, yang kononnya parti Islam dari Malaysia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails