Thursday, December 15, 2016

Muka Tak Malu! Ini Yang Pakatan Tidak Mengerti Mengenai PAS.

Hasil carian imej untuk pakatan
Oleh SENIK (TKO)

Assalamualaikum,  

Suara sumbang dalam PH dan Bersatu berkata, Pembangkang perlukan PAS untuk menang piliahraya dan menakluk Putra Jaya, kali ini saya tidak mengarut tetapi merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh  Rafizi, Tian Chua da Muhyidin Yassin.


Ketiga tiga menekankan perlunya PAS bersama pakatan pembangkang untuk menumbangkan BN.Tetapi PAN tidak berpendapat begitu malah dengan angkuhnya menyebut mereka mampu menawan Kelantan ialah dan Terengganu, dua negeri majoriti melayu.PAN tak perlukan PAS malah mahu menghancurkan PAS sama seperti mereka mahu menghancurkan Umno.

Persoalan pokok daripada apa yang dinyatakan sendiri dari dalam pakatan pembangkang ialah mereka tidak mampu meninggalkan PAS walaupun PAN tak mahu PAS. Tian Chua berkata PKR tak perlu meletakkan calon mereka pada PRU 14 kalau tanpa PAS bersama semasa DAP yang sudah awal awal ditolak PAS untuk bersama.

Pakatan pembangkang perlu menyinkirkan PAN dan DAP kalau mahu PAS bersama serta bersedia memberi laluan kepada PAS untuk melaksanakan peruntukkan Islam dalam negara.

Dalam masa yang sama, PAS dituduh nak ug dengan Umno oleh PAN dan DAP yang mewakili suara lain dalam pakatan pembangkang.Dari suara ini sebenarnya sudah ada kemungkinan yang jelas untuk PAS ke Putra Jaya tanpa bantuan dari pakatan pembangkang. 

Kalau PAS nak ke Putra Jaya sekarangpun boleh. PAS cuma perlu masuk BN seperti mana sudah dipersetujui oleh parti parti komponen BN sejak PAU Umno tahun lepas lagi dan sudahpun berada di Putra Jaya dengan beberapa orang menteri. Jalan terbuka luas untuk PAS ke Putra Jaya tanpa perlu tunggu PRU 14 dan tanpa berpekik terlolong di jalanan.

PAN nak kata apa kalau PAS sudah menyertai BN? Tapi PAS tetap seperti dulu, membawa imej pembangkang yang ditohmah memacam oleh PAN dan DAP terutamanya, tetap tidak UG dengan Umno sampai hari ini.

Bukti jelas yang ditolak PAN dan DAP sebaliknya menuduh PAS makan dedak dan terima $ dari Umno walaupun tak ada apa apa yang dimiliki oleh orang penting PAS sampai hari ini. PAN dan DAP tak mahu terima hakikat bahawa bukan Putra Jaya yang diingini PAS tetapi Islam yang mahu dimartabatkan, dan PAS dapati tak perlu ke Putra Jaya seperti pernah diungapkan oleh presiden PAN bahawa tunggu kita menang dulu baru kita laksana Islam.

Islam sudah boleh diusahakan sekarang tak perlu jadi kerajaan baru boleh usaha Islam. Itu yang PAS mahu yang tidak mahu dimengertikan oleh pakatan pembangkang.

Akhirnya timbul suasana di mana dalam mengeji PAS kerana nak ug dengan Umno, pakatan pembangkang juga masih memujuk PAS. Inilah orang kata muka tak malu....... Oleh SENIK (TKO)

Penyebar Maklumat Salah, PAS RM90J, Xsuara 1MDB..



DARIPADA mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Daripada mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB,  RM2.6 bilion, DOJ? 

Jawapannya daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.

Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah  di markaz PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak.

Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.

Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh. 

Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum.

USTAZ IDRIS AHMAD

Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Rabiul Awal 1438 / 14 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 14/12/2016



Panel Suu Kyi, Akui Penduduk Islam Tidak Dianiaya?


 AFP - BEKAS Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan yang menganggotai suruhanjaya penasihat Myanmar melawat komuniti Islam Rohingya di Kampung Kyatyoepyin di Maungdaw, Negeri Rakhine pada 3 Disember lalu.
YANGON – Sebuah suruhanjaya bebas yang ditubuhkan oleh pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi bagi menyiasat sera­ngan di pos sempadan dan kekejaman tentera dalam tindak balasnya terhadap etnik minoriti Islam Rohingya di Negeri Rakhine mendapati pasukan ke­selamatan negara itu mematuhi undang-undang.
Suu Kyi menubuhkan suruhanjaya tersebut selepas menerima tekanan antarabangsa supaya menyiasat dakwaan bahawa tentera Myanmar membunuh dan merogol penduduk awam serta membakar kediaman mereka.
Panel 13 anggota suruhanjaya itu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa, “Pihak berkuasa mematuhi undang-undang dan bertindak berlandaskan undang-undang dalam tindak balasnya terhadap penyerang.”
Rumusan awal itu mencetuskan kesangsian sama ada suruhanjaya yang diketuai oleh Timbalan Presiden Myanmar, Myint Swe itu akan mengemukakan keputusan yang bebas dan telus dalam laporan penuhnya menjelang 31 Januari depan.
Myint Swe merupakan seorang jeneral dan sekutu bekas ketua junta tentera Myanmar, Than Swe.
Suruhanjaya itu menamatkan lawatan tiga harinya ke Maungdaw di Rakhine kelmarin.
Seramai 86 orang terbunuh di Maungdaw sejak tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan susulan serangan pemberontak ke atas beberapa pos sempadan negara itu pada 9 Oktober lalu.
Operasi tentera itu memaksa kira-kira 27,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Etnik Rohingya yang merupakan penduduk majoriti Maungdaw telah dinafikan hak kerakyatan oleh kerajaan Myanmar. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak tertuduh disuruh menghakimi kes, sama dengan 'pencuri' dilantik jadi hakim dalam kes kecuriannya. Bagaimana bisa adil?

Hentikan Penyembelihan Di Aleppo, Jumaat Ini, Himpunan Seluruh Rakyat. -KUIS



Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyeru dunia agar menghentikan penyembelihan beramai-ramai di Aleppo dengan serta-merta dan mengumumkan hari Jumaat depan sebagai ‘hari perhimpunan seluruh rakyat’.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia turut mengutuk sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa serta menyatakan kebimbangan dengan keadaan yang berlaku di Syria secara amnya dan Aleppo secara khusus.

Demikian menurut kenyataan rasmi bersama yang dikeluarkan oleh Presiden serta Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi.

Memetik kenyataan sama, KUIS memandang serius isu itu dengan mengemukakan beberapa seruan kepada pihak berautoriti demi menyelesaikan ketegangan yang semakin meruncing di Aleppo.

Tegas mereka, para pemimpin Arab dan umat Islam mestilah menunjukkan pendirian terhadap pencerobohan kejam yang dilakukan ke atas rakyat Syria dan bangsa Arab Islam.

Selain itu, seruan turut ditujukan kepada Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC), Liga Arab, dan umat Islam seluruh dunia supaya campur tangan dan bertindak segera.

KUIS dalam masa sama menyeru pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar memikul tanggungjawab untuk melindungi orang awam daripada serangan dan pembunuhan secara sistematik, dan melaksanakan undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa ke atas jenayah perang yang berlaku di Aleppo oleh rejim serta sekutu-sekutunya.

“Kesatuan merayu kepada pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan agar melakukan segala usaha memberikan bantuan bencana dan kepada pelarian yang terdiri daripada kanak-kanak Aleppo.

“Kesatuan menyeru agar kesatuan ulamak Islam di seluruh negara dan penyokong mereka di seluruh dunia, agar berhimpun bersama-sama Aleppo dan mengeluarkan fatwa sebagai tanda sokongan, dan menjadikan hari Jumaat depan sebagai hari tanda sokongan dan kemarahan ke atas apa yang sedang berlaku kepada mereka.

“Kesatuan bersungguh-sungguh memberikan sokongan, rasa simpati serta bersolidariti penuh, begitu juga seluruh ahli-ahlinya, institusi-institusi, universiti-universiti akan bersama-sama dengan rakyat Aleppo. Semoga Allah SWT akan memberikan balasan terhadap musuh-musuh mereka dan sekutu-sekutu mereka,” demikian penegasan dibuat KUIS melalui kenyataan sama. (ulamasedunia.org)


 Agensi - PENUNJUK perasaan membawa gambar kanak-kanak Aleppo semasa mengadakan demonstrasi aman di London kelmarin.

Hasil carian imej untuk Penyembelihan di Aleppo  Rusia kirim tentera khas ke Suriah untuk membunuh rakyat..

Dakwah, 200 Orang Suku Wana Sulawesi Tengah Masuk Islam.

200 Orang Suku Wana Ikrarkan Dua Kalimat Syahadat
200 orang suku Wana dari beberapa dusun di Kecamatan Bungku Utara, Kabupaten Morowali Utara, Sulawesi Tengah mandi massa setelah memeluk agama Islam.

Sekitar 200 orang suku Wana dari beberapa dusun di Kecamatan Bungku Utara,Kabupaten Morowali Utara, Sulawesi Tengah menyatakan memeluk agama Islam.

“Suku Wana yang mengucapkan ikrar 2 kalimat Syahadat ini berasal dari dusun Watu Marando, Makoto, Boba Toronggo, dan Salobiro,” kata Tokoh Agama Dusun Parigi, Muhammad Amin Idris kepada hidayatullah.com sebelum prosesi pembacaan ikrar.

Pengucapan ikrar 2 kalimat Syahadat dipandu langsung oleh Camat Bungku Utara, Armansyah di masjid al-Ikhlas, Dusun Parigi, Desa Opo, Kecamatan Bungku Utara, Kabupaten Morowali Utara, pada Selasa (13/12/2016) siang.

“Saya sangat bersyukur, saudara-saudara kita dari Suku Wana telah mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimat Syahadat,” kata Arman dalam sambutannya, didampingi Kapolsek Bungku Utara dan beberapa perwakilan aparatur daerah setempat.

Ada hal yang menarik dari prosesi ini. Sebelum mereka mengucapkan ikrar 2 kalimat Syahadat, diadakan mandi massal terlebih dahulu. Sekitar 200 orang suku Wana dibawa ke sungai yang tak jauh dari masjid al-Ikhlas.

suku-wana-gosok-gigi1
Pasca syahadat dilakukan mandi massal, sikat gigi dan pembagian perangkat alat shalat dan penutup aurat dari dari Pos Dai Hidayatullah Jakarta

Setelah mandi massal ada pembagian perangkat alat shalat. Mulai dari jilbab, kerudung, mukena dan sajadah yang dibagikan kepada kaum wanita. Sedang baju koko, peci, sarung, juga sajadah dibagikan kepada kaum pria. Tak hanya, pria dan wanita dewasa, anak-anak mereka pun juga mendapat bagian.

Diketahui, perangkat alat shalat ini merupakan bantuan dari Pos Dai Hidayatullah Jakarta, bekerjasama dengan beberapa lembaga baik swasta dan pemerintah.

Sementara, untuk penyelenggaraan prosesi pengucapan ikrar 2 kalimat Syahadat ini, bekerja sama dengan Lembaga Pembinaan Muallaf (LPM) Bungku Utara, yang baru dibentuk pada Agustus 2016 lalu. Bahkan juga mendapat dukungan penuh dari Pemerintah Daerah Morowali Utara, mulai Camat, Kapolsek dan Kepala Puskesma Bungku Utara, serta DPRD Morowali Utara.

Menurut beberapa literatur sejarah, suku Wana merupakan suku tertua di Sulawesi Tengah. Mereka tersebar di pegunungan Tokala, yang berada di wilayah Kabupaten Morowali Utara. Kabupaten Morowali Utara sendiri adalah pemekaran dari Kabupaten Morowali. Sementara itu, kabupaten Morowali merupakan pemekaran dari kabupaten Poso, Sulawesi Tengah.

Seperti apa detail prosesi acaranya? InsyaaAllah akan dikupas oleh Majalah Suara Hidayatullah pada edisi tahun 2017 mendatang. Tak hanya prosesi, tapi juga mengupas potret kehidupan suku Wana secara langsung. Seperti apa kultur-budaya, agama, serta nilai-nilai moral yang mereka miliki. (Hidayatullah.com)

Siapa Sebenar Wanita Bertudung Memeluk Ahok? Kakak Angkat Finalis Miss Universe...




DALAM menjalani sidang perdana di Pengadilan Jakarta Utara Selasa (13/12) yang lalu, beredar foto seorang perempuan berhijab yang sedang memeluk Gubernur DKI Jakarta non aktif, Basuki Tjahaja Purnama.

Ahok di peluk kakak angkatnya (foto: Istimewa) Ahok di peluk kakak angkatnya (foto: Istimewa)
Behind The Scene foto Ahok dan kakak angkatnya (foto : Istimewa) Behind The Scene foto Ahok dan kakak angkatnya (foto : Istimewa)

Foto tersebut banyak diperbincangkan netizen dan menjadi viral di social media. Sosok perempuan tersebut merupakan kakak angkat dari Basuki Tjahaja Purnama yang bernama Nana Riwayati atau lengkapnya Andi Nana Riwayati Basoamier. Nana adalah putri dari pasangan Andi Baso Amier dan Hajjah Misribu keluarga Bugis-Makassar yg merupakan orang tua angkat dari Ahok.

Ditengah ramainya perbincangan foto itu, ada hal lain yang belum diketahui umum. Tak banyak yang tahu bila sosok Nana Riwayati merupakan wakil Indonesia diajang pertandingan kecantikan terbesar di dunia, Miss Universe. Walaupun begitu, dikalangan pecinta pertandingan kecantikan (beauty contest) sosok Nana Riwayati ramai diperbincangkan.

Kompetisi Pakaian Nasional (Sumber : Fb Nana Riwayatie) Kompetisi Pakaian Nasional (Sumber : Fb Nana Riwayatie)

Film Tiga Dara Mencari Cinta. (via Wikipedia) filem Tiga Dara Mencari Cinta. (via Wikipedia)

Nana Riwayati pernah mewakili Indonesia di ajang Miss Universe 1980 yang pada masa itu dilaksanakan di Seoul, Korea Selatan. Pada masa itu pemilihan wakil Indonesia belum dilakukan secara terbuka seperti yang dilakukan Yayasan Puteri Indonesia setiap tahun, namun melalui uji bakat yg dilaksanakan secara tertutup.

Pada ajang Miss Universe 1980, Kakak Angkat Ahok yang kini berjilbab ini belum berjaya masuk dalam jajaran semifinalis. Tetapi berjaya masuk dalam jajaran Top 56 swimsuit completion. Nana Riwayati mengenakan Baju Adat Badok, pakaian khas Sulawesi Selatan pada sesi pertandingan National Costume.

Setelah bersaing di Miss Universe Nana Riwayatie juga pernah menjadi pemain film.Berdasarkan data dari laman filmindonesia.or.id, Nana tercatat membintangi dua buah judul filem. Kedua-dua filem tersebut bertajuk Tiga Dara Mencari Cinta (1980) dan Tomboy (1981).

Filem Tiga Dara Mencari Cinta sendiri merupakan filem yang cuba mengolah kembali Tiga Dara, karya Usmar Ismail yang telah berjaya. Mengusung genre komedi, filem ini dibintangi oleh Roy Marten, Jojon, Ingrid Fernandez, Nana Riwayatie, Winny Aditya Dewi.

Masih bergenre komedi, filem Tomboy sendiri diarahkan oleh Djun Saptohadi. Selain Nana Riwayatie, filem ini juga dibintangi oleh Zainal Abidin, Pratiwanggono, Adi Bing Slamet, Alona Alegre, Happy Pretty. (SangPencerah.id)

Wednesday, December 14, 2016

Kaedah Mudah 1 Lwn 1, Menurut Tuan Ibrahim..


Hasil carian imej untuk tuan ibrahim tuan man

SHAH ALAM - Strategi pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN hanya dapat dicapai jika kerusi Pas tidak diusik.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti pembangkang lain boleh berbincang untuk bertanding di kerusi-kerusi lain.

"Ada orang tanya macam mana nak lawan satu lawan satu dengan BN kalau kita tak bersama (dalam satu pakatan pembangkang). Saya kata apa yang susah!
"Pas akan pertahankan kerusi kita, (parti lain) bincang kerusi lain. Saya fikir kalau kita ambil kaedah tersebut masalah boleh selesai," katanya dalam Ceramah Mega Rakyat anjuran Pas Selangor di Paya Jaras, malam semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas juga hanya akan bertanding di kerusi yang diyakini boleh dimenangi parti Islam itu.

"Sabah dan Sarawak kita bertanding sedikit sebab kita serah pada rakan-rakan yang lain. Pas kita ukur kekuatan politik kita.
"Jentera parti, ahli parti dan markas semua kita ambil kira faktor ini untuk letak calon Pas. Jadi ini yang kita buat supaya kita sama-sama dapat hadapi (BN)," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Parti Amanah yang cuba merebut kerusi Pas.

"Parti Amanah hari-hari isytihar akan bertanding semua kerusi Pas dan akan tawan semula Kelantan daripada Pas. Lepas itu minta kita kerjasama dengan dia.
"Kita bukan anak tangga untuk orang pijak naik ke atas. Minta maaf, kita hanya akan bekerjasama dengan parti yang pandai hormati kita," katanya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails