Wednesday, February 15, 2017

Artis Ini Bangga Berbikini, Perlukah Ditegur Dibimbing?


FARA mendoza mendapat kecaman daripada netizen gara-gara memakai pakaian renang yang seksi.

HALAMAN HIBURAN


NAMPAKNYA masih ada artis atau pelakon-pelakon Malaysia yang berbangga dengan pakaian berbikini, menjadi bualan netizen, walaupun beraksi di luar negara. 

Pakaian dedah aurat yang melanggar tatasusila adab timur. Tetapi yang penting lagi ialah melanggar peraturan Islam, yang termaktuk dalam Perlembagaan Persekutun sebagai 'agama bagi Persekutuan' ini. 

Apa beginikah corak pemikiran yang sodorkan pada remaja negara ini?

Lihat berita ini..

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fara Mendoza, 27, akur apabila namanya sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara berbikini di lokasi percutian Koh Lipe, Thailand, baru-baru ini. 

Namun, Fara tidak kisah dengan kritikan yang diterimanya kerana segala aktiviti dilakukan mahupun foto yang dikongsi di laman sosial adalah dirinya yang sebenar. 


"Saya hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit dengan sesiapa pun. Saya pula bercuti ke pulau bersama beberapa rakan perempuan saya, bukannya lelaki. 

"Semestinya saya akan memakai pakaian renang, sesuai dengan suasana dan sekitar tempat kami bercuti," katanya kepada BH Online. 

Beberapa hari lalu, Fara memuat naik beberapa gambar percutiannya di Koh Lipe bersama rakan-rakan baik di Instagram. Akibatnya, beliau menerima kecaman di beberapa blog hiburan gara-gara pemakaiannya yang seksi. 


Fara turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang sebegitu, namun beliau tidak mahu mengubah imej diri hanya kerana kritikan diterima daripada netizen. 


Pada masa sama, Fara menegaskan beliau memuat naik gambar berkenaan bukan untuk meraih publisiti. 


"Inilah kehidupan peribadi saya. Maafkan saya jika ada pihak yang kurang senang dengan imej saya begitu. 

"Cuma apa yang ingin ditegaskan, saya bukannya mahu menunjuk-nunjuk kepada umum untuk mendapat publisiti murahan," tegasnya. 

Dalam perkembangan lain, Fara kini sibuk dengan penggambaran drama Shhh...I Love You bergandingan dengan Gambit Saifullah bagi siaran slot Akasia, TV3. (BH)


Apakah pemikiran sesat (dari sudut agama Islam) begini perlu dibiarkan terus? Mana tindakan pihak-pihak berwajib? Mana pihak agama, JPM, Kementerian Wanita dan lain-lain. Bukan soal menghukum, tetapi apa tindakan bimbingan yang perlu diambil?

Bukankan ini suatu tanggung jawab untuk menyelamat dan mensejahterakan rakyat di dunia dan di akhirat? Kecualilah kalau pemimpin-pemimpin di Malaysia sudah tidak percaya kepada Hari Akhirat.. (IH)


Artis ini Mustapha Kamal (gambar atas tengah) pun sokong Rang Undang-undang untuk meningkatkan perundangan syariah Islam di Malaysia. Al-hamdulillah.


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Lawan PAS Dulu! Iskandar Nafi Sedia Letak Jawatan..



KUALA LUMPUR: "Lawan PAS dulu. Ini kerana peranan PAS dalam kerajaan sungguh besar. Kami tidak akan meninggalkan kerajaan dengan begitu mudah. Rakyat memerlukan pembelaan daripada PAS." 

Tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau membuat penafian tersebut berikutan tersebarnya kenyataan palsu yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beliau menafikan tidak membuat sebarang kenyataan setelah mendengar ucapan ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kerjasama PAS dengan PKR.

Beliau, yang juga exco kanan kerajaan negeri Selangor berkata PAS Selangor masih berada dalam kerajaan dan tidak akan lari dari tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 iaitu tahun 2013 tidak akan kami sia-siakan," tegasnya.

Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang bercita-cita hendak menggantikan PAS dalam kerajaan negeri perlu bertanding terlebih dahulu dalam PRU ke-14. Lawan PAS dulu. 


Lapor Harakah. (IH)

Pembunuh Lepas Lari? Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Diserkup Kain Beracun Di KLIA Macam Filem Spy..

 

BUKAN. Ini bukan cerita spy dan operasi bunuh macam kita tengok dalam filem action. Kejadian ini benar-benar terjadi di  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lalu.

Pembunuhan Kim Jong-Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara , Kim Jong-Un (gambar atas) ketika hendak menaiki pesawat ke Macau.
Belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat  kata selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," katanya. Lapor Agenda Daily.

Manakala di Sequl korea Selatan, dilaporkan abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mati dibunuh dengan racun oleh dua ejen wa­nita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Agensi berita, Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan di Seoul mendakwa, Kim Jong-nam, 45, yang me­rupakan anak sulung kepada bekas Pemerintah Tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-il mati dibunuh kelmarin.

Jong-nam dilaporkan telah diracun dengan jarum oleh dua ejen wanita tidak dikenali ketika berada di KLIA, demikian menurut stesen televisyen Korea Selatan, TV Chosun. Stesen televisyen berkenaan memetik beberapa sumber kerajaan sebagai berkata, kedua-dua wanita itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian de­ngan menaiki sebuah teksi.


Anihnya, mengapa tiada laporan pembunuh-pembunuh itu ditangkap, atau dibiarkan lepas lari? (IH)
 DUA ejen wanita dilaporkan sama ada menggunakan jarum atau kain beracun untuk membunuh Jong-nam di KLIA, Sepang kelmarin.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Anugerah Grammy Ke-59, Di Los Angeles, Untuk Rakyat M'sia..


PENYANYI Byonce membuat persembahan di Anugerah Grammy. - Foto REUTERS 

HALAMAN HIBURAN


Anugerah Grammy ke-59, di Los Angeles, 

ARTIS rakaman, James Hetfield (kanan) berduet dengan penyanyi Lady Gaga di pentas pada Anugerah Grammy. - Foto AFP

BUDAYA beginikah yang cuba dibawa masuk dan meracuni fikiran remaja di Malaysia? 

Apakah ianya baik  untuk pembangunan negara. Atau untuk pembangunan ruhani jasmani manusia di dunia dan di akhirat? 

Apakah kerajaan Malaysia yang mengaku Islam lepas dari tanggung jawab memantau pengembangan dan pengkayaan virus maksiat begini?

Pemimpin umat Islam juga bertanggung jawab ke atas kesejahteraan umatnya samada di dunia dan di akhirat. (IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Tuesday, February 14, 2017

Gabenor Jakarta: Nasib Ahok Diketahui Esok



JAKARTA: Jutaan penduduk Indonesia akan mengundi dalam pilihan raya tempatan bagi perebutan jawatan gabenor bandaraya ini yang sebelum ini mencuri tumpuan ramai  selepas mencetuskan ketegangan politik dan agama.

Setakat ini, kira-kira 16,000 anggota polis siap siaga untuk memantau proses pemilihan itu susulan beberapa tunjuk perasaan yang telah diadakan sebelum ini. Kira-kira 7.1 juta pengundi berdaftar di sini akan memilih sama ada mengekalkan Basuki Tjahaja Purnama yang beragama Kristian dan dari etnik Cina sebagai gabenor atau memilih pemimpin yang baharu.

Basuki atau dikenali sebagai Ahok popular dalam kalangan penduduk Jakarta kerana berjaya mengurangkan masalah banjir dan kesesakan jalan raya di bandar itu. Ahok dilihat mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan jawatan itu tetapi kontroversi menghina al-Quran oleh pemimpin itu menyebabkan sokongan terhadapnya jatuh mendadak.

Beliau kini berdepan perbicaraan di mahkamah atas tuduhan menghina agama Islam dan boleh dipenjarakan sekiranya didapati bersalah. Bagi negara ini, jawatan gabenor Jakarta dianggap penting kerana dianggap batu loncatan ke kerusi presiden Indonesia, seperti Joko Widodo yang juga gabenor Jakarta sebelum memenangi pilihan raya presiden pada 2014.

Jawatannya sebagai gabenor Jakarta diganti oleh Ahok yang ketika itu menjadi timbalan gabenor. Menurut penganalisis politik, Dr Tobias Basuki, pemilihan gabenor Jakarta kali ini juga dianggap ujian kepada toleransi agama di Indonesia apabila Ahok dicabar oleh dua calon beragama Islam.

Berdasarkan tinjauan terkini, Ahok dikatakan diekori rapat oleh bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan yang disokong parti Gerinda dan memfokuskan untuk meningkatkan pendidikan dan mengatasi kenaikan harga makanan dan kos sara hidup.

Calon ketiga adalah anak sulung bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Agus Yudhoyono yang bersara dari perkhidmatan tentera untuk bertanding dalam pilihan raya itu. 

Agus, 38, yang dilihat kurang berpengalaman dalam politik disokong Parti Demokrat dan beberapa parti Islam meletakkan usaha bagi meningkatkan taraf hidup penduduk miskin dan pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan rendah sebagai janji kempen pilihan rayanya.- The Straits Times.

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

RUU355: Doktor Bukan Islam Anjur Forum Hudud. Yang Islam Ber'strategi'?


GEORGETOWN, 17 Jamadilawal 1438H, Selasa – Seorang doktor bersara bukan Islam, Dr Ronnie Oi akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud bagi memupuk kefahaman di kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.
Forum itu bakal diadakan 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini. Ahli panel yang terlibat termasuk Ahli Exco Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ahmad Jailani Abdul Ghani.
“Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian. Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka.
Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan. Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan,” kata Ooi pada sidang media di YMCA, semalam.
Sementara itu, Ahmad Jailani berkata, peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk beliau.
Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal Persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabkan untuk menyelia pindaan kanun keseksaan Islam bersama Jabatan Peguam Negara dan Ahli Parlimen lain.
Beliau berkata, banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.
Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/013-432-6592 (calls, SMS atau WhatsApp).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu tamparan kepada puak-puak intelek yang kononnya mengaku Islam tapi takut atau 'berstategi' dalam berbincang tentang 'hudud' dan perundangan Islam. 

Ella Kreatif Membina Tudung. Minta Idea Peminat..

Ella membuka peluang kepada peminat untuk mereka tudung yang bersesuaian untuknya. Foto Ihsan UTUSAN MALAYSIA


HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella memberitahu dia sering mendapat teguran daripada pengikut di laman sosial tentang gaya pemakaian tudungnya.
Bagaimanapun kata Ella atau Norzila Aminudin, 51, dia tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut kerana masih lagi mencari gaya sesuai dengan imejnya sejak mengambil keputusan menutup aurat sejak Ramadan tahun lalu.
"Sejak saya berhijab peminat ada yang memberi makluman positif dan ada juga yang memberi maklum balas negatif tentang gaya saya memakai tudung.
 Ella masih mencari gaya tudung yang bersesuaian dengannya
"Saya ambil semua teguran sama ada positif dan negatif daripada peminat kerana ia banyak membantu.
"Jujurnya saya sendiri tidak tahu gaya apa yang sesuai dengan saya dan masih lagi tercari-cari stail kena dengan imej saya," katanya kepada mStar Online.
Ella ditemui pada sidang media Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl yang diadakan di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin.
Bercakap mengenai kempen itu, Ella berkata, idea itu tercetus hasil daripada maklum balas diterimanya daripada peminat berhubung gaya pemakaian tudungnya.
Kata Ella dia ingin memberi peluang kepada peminat atau sesiapa mempunyai idea untuk mereka tudung bersesuaian dengan imejnya.
"Kadang-kadang saya baca komen peminat ada yang bernas dan mereka mempunyai banyak cadangan tentang tudung apa yang sesuai untuk saya pakai.
"Jadi saya fikir apa salahnya saya beri peluang kepada mereka untuk mereka tudung bersesuaian dengan saya dan ia juga boleh menjadi satu aktiviti menarik," katanya.
Kata Ella, pertandingan yang berlangsung dari 13 hingga 26 Februari itu bakal dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll.
"Mereka bebas untuk hantar berapa rekaan untuk setiap kategori selain boleh menyarankan jenis fabrik atau corak yang difikir sesuai dengan saya.
 Ella bakal melancarkan koleksi shawl dibawah jenama Inai by Ella.
"Saya menganggarkan setiap kategori kami akan menerima 50 lakaran baru sebelum memilih pemenang setiap kategori yang menepati kriteria iaitu menarik, unik dan asli," ujarnya.
Tambah Ella lagi, pencarian rekaan itu juga merupakan sebahagian daripada publisiti untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan.
Pengarah projek berkenaan, Baini Jaafar pula memberitahu, rekaan pemenang yang terpilih bukan sahaja akan dipakai oleh Ella tetapi juga akan dikeluarkan dibawah label Inai by Ella.
Jelas Baini lagi, pemenang akan menerima hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran.
"Apa yang perlu mereka memuat naik foto atau imej imbasan rekaan mreka di profail Facebook atau Instagram bersama hastag @inaibyella, @ellaaminuddin #InaibyElla #EllaCariDesignerShawl dan #RatuRockElla.
"Mereka juga perlu hantar karya itu dalam format JPEG atau PDF ke emel urusetia iaitu admin@rockqueen.com.my dengan butiran peribadi sebagai bukti penyertaan.
"Markah bonus akan diberi kepada rekaan yang mendapat tanda 'suka' dan kongsi paling banyak di laman sosial masing-masing," jelasnya.
Untuk keterangan lanjut berhubung Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl boleh menghantar mesej atau Whatsapp di talian 012-779 1277.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails