Friday, March 17, 2017

Ong Beng Siang, Wartawan Saman Guan Eng..


Terbalik!!! Wartawan Akhbar Saman Fitnah LGE Pula

GEORGE TOWN – Pada kebiasaan, pemimpin DAP dikatakan sering menyaman media tertentu khasnya aliran prokerajaan konon melaporkan berita fitnah sehingga menjejaskan imej tokoh itu.

Namun kali ini terbalik pula apabila julung kali seorang wartawan akhbar berbahasa Cina, Ong Beng Siang, 40, memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.
Beng Siang, 40, yang merupakan wartawan kanan Guang Ming Daily mendakwa Guan Eng secara terbuka telah memfitnah dirinya menerusi laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 22 Januari lalu.
Beliau seterusnya mendakwa status komen dimuat naik Guan Eng menerusi media sosial popular tersebut telah pun menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai wartawan profesional media cetak tempatan yang sepenuh masa.
Menerusi status laman Facebooknya, Guan Eng mendakwa mengetahui ada wartawan yang konon memburukkan kerajaan negeri dan perkara itu sepatutnya dilakukan dengan berfakta, bukannya menyiarkan artikel tidak tepat.
Status Facebook beliau itu turut dilampirkan dengan artikel yang ditulis oleh Beng Siang sendiri. Ini menyebabkan netizen membuat anggapan bahawa tulisan wartawan tersebut sebagai subjek isu yang dimaksudkan oleh Guan Eng.
Beng Siang yang berkhidmat 23 tahun sebagai wartawan mendakwa komen Guan Eng itu merujuk isu berkaitan keputusan lembaga sekolah Chung Hwa tidak mahu membina cawangan di sekeping tanah diberi kerajaan negeri.
Ketika ditemui pemberita, Beng Siang berkata, beliau bertindak nekad memfailkan saman fitnah itu kerana mahu membersihkan nama dan mempertahankan reputasinya sebagai pemberita serta nasib rakan-rakan wartawan lain.
Baljit Singh, peguam mewakili plaintif berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan namun tidak diendahkan defendan seterusnya menyebabkan saman difailkan termasuk ganti rugi am, khas, teladan dan permohonan maaf.
Guang Ming Daily, antara terbitan popular kumpulan syarikat akhbar Cina terbesar di Malaysia, Sin Chew Media Corporation Berhad; diterbitkan sejak 1987 dengan berpusat di Pulau Pinang. – Agensi

Kampung Laut: K/Cawangan Sertai PAN.. Lebih 200 Sertai...



SETELAH bekas Ketua Cawangan Kampung Laut Nordin Adam menyertai PAN, semakin ramai penduduk kampung terbabit menyertai PAS.

Malam tadi seramai 220 penduduk di Kampung Laut bersama Unit Peti Undi (UPU) Bendang Pulau menyertai PAS.
Penyerahan borang itu disampaikan kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada program ceramah di Dataran Purnama. Sekaligus PAS Tumpat menubuhkan satu lagi cawangan baru yang dikenali Cawangan Kampung Laut Warisan Satu.
Turut hadir pada majlis ceramah itu Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Penerangan Datuk Nassurudin Daud.
Ribuan penduduk tempatan menghadiri ceramah tersebut sehingga memenuhi Dataran Purnama berhampiran Sungai Kelantan. Minggu lepas Nordin menyertai PAN sempena program ceramah di kampung tersebut. Beliau difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PAN sejak awal lagi.
Malah pihak yang menentang projek kampung Warisan juga ada kaitan dengan pemimpin terbabit. Sabtu lepas juga kira-kira 200 anak muda menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. 
Lapor HARAKAHDAILY 17/3/2017

Mahkamah Tinggi EU Lancarkan 'perang salib' -Erdogan


RECEP Tayyip Erdogan. - Foto Reuters 

ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini menuduh mahkamah tinggi Kesatuan Eropah (EU) memulakan 'perang salib' terhadap Islam selepas memutuskan untuk membenarkan syarikat Eropah melarang pekerja memakai simbol agama atau politik termasuk tudung. 

"Mahkamah EU, Mahkamah Keadilan Eropah, saudaraku, memulakan perang salib terhadap umat Islam," kata Erdogan dalam ucapan yang disiarkan televisyen, bertanya 'di manakah kebebasan beragama?' - AFP


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Ski Air, Gangsa. Bagaimana Hukum Sukan Ini Dalam Islam?




SUKAN
KUALA LUMPUR: Atlet ski air muda negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat gangsa acara tricks di Kejohanan Remaja Moomba di Sungai Yarra di Melbourne, Australia, Isnin.
Menurut Persekutuan Ski Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF), Aaliyah, 13, yang juga pemegang rekod Asia acara tricks, mengutip 6,220 mata di pusingan pertama sebelum mendapat 6,570 mata di pusingan akhir untuk menduduki tempat ketiga.
Ini adalah pingat ketiganya di Kejohanan Remaja Moomba selepas mendapat perak dalam acara sama, masing-masing pada 2014 dan 2015.
Juara dunia, Anna Gay dari Amerika Syarikat muncul juara selepas mengutip 10,220 mata manakala peserta Kanada yang juga naib juara dunia, Neilly Ross, kedua dengan 8,450 mata.
"Saya cukup tenang ketika mengharungi kedua-dua pusingan itu. Saya hanya memastikan dapat berdiri dalam setiap pergerakan dan tidak mengambil risiko mengejar mata tambahan di Sungai Yarra...ternyata ia berjaya.
"Jika saya cuba mengejar mata tambahan, ia masih tiada jaminan untuk menewaskan Anna atau Neilly. Saya gembira dapat menaiki podium buat kali ketiga di kejohanan ini walaupun ia sekadar gangsa," kata Aaliyah dalam kenyataan yang dikeluarkan MWWF.
Sementara itu, ketua jurulatih MWWF, Hanifah Yoong berkata Aaliyah menunjukkan keyakinan tinggi sejak dari awal pertandingan.
"Dia begitu yakin dan ini adalah keyakinan paling tinggi pernah saya saksikan daripadanya dalam sebarang pertandingan selama ini.
"Tahun depan, Anna tidak lagi layak beraksi dan Neilly pula mencecah usia 17 tahun. Pastinya peluang Aaliyah muncul juara di Kejohanan Remaja Moomba dapat diperoleh dalam masa terdekat kerana dia layak beraksi untuk empat tahun lagi," katanya.
Sebagai rekod, Aaliyah tiba di Melbourne selepas menampilkan aksi cemerlang di Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Asia-Ocenia di New Zealand bulan lepas di mana dia meraih dua pingat emas. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maaf kalau kita buka minda, lihat bagaimana hukum sukan ski air begini dalam Islam? Mewakili pula sukan negara umat Islam?
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.




Thursday, March 16, 2017

Wanita Iran Tunggang Motosikal. Sukan, Aurat& Adab Dijaga..


BEHNAZ berjaya mendesak kerajaan Iran supaya memberikan kebenaran kepada penunggang wanita untuk berlatih motorcross secara terbuka.


SUKAN
KEMAMPUAN wanita berusia 27 tahun itu melompat setinggi 15 meter bersama motosikal jenis Scrambler di sebuah litar perlumbaan motorcross berhampiran Teheran, Iran cukup mengagumkan.
Behnaz Shafie melakukan aktiviti lasak itu selepas dia mendapat pengecualian daripada undang-undang pada tahun ini. Juara motorcross wanita itu merupakan simbol kepada perubahan norma-norma hidup wanita di negara Asia Barat tersebut.
Ini kerana sejak sekian lama Iran melarang kaum wanita menaiki kenderaan di atas jalan raya awam. Sejak enam bulan lalu, kerajaan membenarkan golongan Hawa berlatih di litar motorcross persendirian di negara itu.
Rentetan daripada itu, sebuah litar motorcross untuk wanita dibuka di luar ibu negara, Teheran sejak dua bulan lalu.
“Sebelum ini, aktiviti ini menyalahi undang-undang tetapi pada hari ini, terdapat sedozen wanita menunggang secara profesional,” katanya sambil bersandar di tepi motosikal Suzuki 250X miliknya.
Di litar itu, satu kain rentang dipasang bagi mengingatkan bahawa kaum lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Begitupun, Behnaz masih berlatih dengan seorang pelumba veteran motorcross lelaki iaitu Javad Zanjani.
“Ia amat baik apabila wanita menunggang motosikal. Sudah 35 tahun saya terlibat dalam sukan motorcross dan saya tidak pernah terfikir ia mampu menarik hati wanita,” katanya.
Kini, terdapat dua buah pertandingan motorcross melibatkan wanita di Iran dan salah satunya dimenangi oleh Behnaz. Sehingga kini, dianggarkan 50 orang wanita terlibat secara aktif dalam sukan itu.
“Mereka datang dari seluruh Teheran dan sekitar rantau ini. Ada seorang wanita berusia 60 tahun yang datang ke sini bersama anak perempuannya berumur 40 tahun untuk berlatih,” katanya.
Behnaz menunggang motosikal buat pertama kali sejak 15 tahun lalu di sebuah kampung kecil berhampiran Zanjan di utara Iran.
“Saya terkejut dan bertanya kepadanya sama ada wanita mempunyai hak menunggang motosikal. Selepas dia menunjuk aksi menarik, saya terus sukakannya,” ujar seorang pengawal keselamatan.
Dia membeli motosikal pertama ketika berusia 22 tahun, namun dia terpaksa menunggang secara rahsia.
“Selama dua tahun, saya menunggang motosikal pada waktu malam di belakang rumah dengan berpakaian seperti lelaki.
“Apabila orang sedar saya adalah seorang wanita, ramai yang memberi galakkan. Namun, ada segelintir orang berkata, tempat saya adalah di dapur,” katanya sambil ketawa.
Sekatan


IMEJ wanita Iran seiring dengan arus pemodenan dunia.


Kemudian, dia mengambil keputusan untuk terlibat sepenuh masa dengan motorcross bersama Zanjani.
Behnaz juga merupakan individu bertanggungjawab yang mendesak kementerian sukan di negara itu memberi kebenaran kepada wanita berlatih secara terbuka.
“Ramai wanita tempatan mengadu mengenai sekatan yang menghalang mereka daripada melakukan beberapa perkara di negara ini.
“Kekangan ini bukan halangan kepada kami untuk berjaya dalam sukan,” katanya.
Wanita Iran diwajibkan oleh undang-undang untuk menutup rambut dan leher mereka di khalayak ramai. Justeru itu, Behnaz terpaksa memasukkan rambutnya dengan kemas ke dalam topi keledar untuk mengelakkan sebarang kritikan daripada golongan konservatif.
Dia juga cukup berbesar hati kerana dapat menjadi contoh kepada anak-anak gadis di negaranya untuk menentang tradisi lapuk. Kaum Hawa di Iran masih lagi mempunyai status yang masih rendah daripada lelaki dalam beberapa hal terutamanya berkaitan pertikaian undang-undang terhadap harta pusaka dan penceraian.
Begitupun, sekatan yang dihadapi wanita di Iran masih minimum berbanding di negara konservatif lain. Mereka dibenarkan memandu di jalan raya dan jumlah wanita di universiti juga lebih ramai berbanding lelaki.
Daripada aspek pakaian, wanita di negara Syiah itu mula beralih daripada berjubah hitam kepada jean ketat, bersolek dan mengenakan tudung berwarna-warni terutamanya di kawasan yang dihuni golongan kaya.
Sekatan wanita untuk terlibat dalam aktiviti lasak masih dikekalkan terutamanya dalam sukan renang. Namun, wanita masih lagi diberi dibenarkan untuk terlibat secara aktif dalam sukan seperti karate, olahraga dan bola tampar.
Behnaz berharap, suatu hari nanti kerajaan akan membenarkan wanita menunggang motosikal di bandar.
“Jika kita berjuang untuk idea ini, kita pasti akan menang,” katanya. – AFP

“Jangan Solat Macam Anjing” – Video Artis Fynn Jamal


Video: 'Jangan Solat Macam Anjing ' - Fynn Jamal

HALAMAN HIBURAN

TIDAK dapat dinafikan, perubahan penyanyi Fynn Jamal dari dahulu sehingga kini memang banyak.

Imej baharu yang ditunjukkan oleh Fynn adalah berniqab, perubahan yang sangat baik untuk seorang wanita muslimah mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.
Bagaimanapun, menjadi tular sebuah video yang memaparkan Fynn mendakwa cara perempuan bersolat haruslah sama dengan lelaki.
Menurutnya, setiap perempuan tidak perlu bersujud dengan merapatkan kedua-dua lengannya yang mana perbuatan itu seolah-olah merujuk kepada seekor anjing.
“Solat perempuan dan lelaki adalah sama, kak fynn ulang ya, sama. Jadi kita (perempuan) selama ni bersolat seperti malu-malu, menutup ketiak itu adalah perbuatan yang salah,” ujarnya menerusi video.
Katanya lagi, sujud dengan menurunkan lutut dahulu adalah salah, sebaliknya harus sujud dengan menggunakan tangan dahulu, kemudian diikuti dengan pergerakan lutut.
Ekoran dakwaan daripada Fynn, netizen mula mempersoalkan dakwaan itu sehinggalah ia mengundang pelbagai kecaman dari pelbagai pihak, termasuk daripada segelintir ulama dan pengamal ilmuan Islam.
Menjawab kepada ‘fatwa’ penyanyi itu, seorang ilmuan islam, Abdul Rahman menerusi perkongsian di laman tampil menafikan dan mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan semasa turun sujud menggunakan lutut atau tangan terlebih dahulu kerana kedua-duanya adalah betul.
Rahman menjelaskan di mana keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk. Jom ikuti penjelasannya.
Video: "Jangan Solat Macam Anjing" - Fynn Jamal
M A Z H A B  H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
“Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan/direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara.”
M A Z H A B  M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
“Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA.”
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
“Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya.” 
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
“Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya.”
M A Z H A B  S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja’ je lah:
“Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain.”
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
“Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain.”
M A Z H A B  H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni’:
“Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud.
“Keempat-empat mazhab menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk,” tulisnya.
Apa-apa pun walaupun Fynn telah dikecam hebat oleh netizen, tetapi Rahman meminta semua pihak untuk tidak menghentam dan mencaci penyanyi itu. Malah, meminta Fynn untuk mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. 
Demikian lapor MYNEWSHUB.CC

Kontroversi Pengharaman Hijab Di Eropah.




Majikan berhak untuk mengharamkan kakitangan mereka dari mengenakan pakaian melambangkan simbol agama termasuk pemakaian hijab bagi pekerja Muslim.Demikian laporan terbaru yang diputuskan pada Selasa, 15 Mac oleh mahkamah undang-undang tertinggi Kesatuan Eropah.


Laporan tersebut dipetik melalui sumber agensi berita AFP dan Al-Jazeera semalam.

Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) berkata, sekatan itu tidak bermaksud menimbulkan diskriminasi kepada mana-mana pihak.

Sebalikya, Presiden Peguam Wanita Muslim, Kim Lecoyer, yang berpangkalan di Belgium mewakili Hak Asasi Manusia memberitahu bahawa perintah itu disahkan bagi menimbulkan diskriminasi atas dasar agama.

AFP berkata, isu penggunaan simbol-simbol agama, terutama hijab telah menjadi isu kontroversi di Eropah sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini ulas AFP, Samira Achbita, seorag pekerja Muslim diterima bekerja di sebuah syarikat d Belgium.

Pada tahun 2006, Achbita memakumkan beliau akan mengenakan hijab ditempat kerja namun dihalang. Ekoran kejadian itu syarikat tersebut telah mengenakan undang-undang larangan pemakaian hijab dan Achbita memaklumkan ianya satu tindakan yang menjurus kepada diskriminasi agama.

Dalam perkembangan lain di Perancis, pereka grafik, Asma Bougnaoui turut dikenakan larangan sama. Bougnaoui merupakan pekerja sepenuh masa di syarikat swata sejak tahun 2008 diberi amaran utuk tidak berhijab dengan alasan ianya boleh mengakibatkan masalah terhadap pelanggang mereka.

Sumber: http://aje.io/upab.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails