Tuesday, March 21, 2017

Kerjasama PAS-PKR Diputuskan Pada Muktamar - Mohd Amar






KOTA BARU: Keputusan sama ada untuk meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diputuskan pada Muktamar PAS ke-63, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata menerusi muktamar berkenaan, perwakilan yang hadir akan membahaskan mengenai perkara itu jika menerima banyak usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
"Kalau muktamar putuskan kita putus hubungan tahaluf (dengan PKR) ini maka kita kena terima hakikat dan kita akan bergerak mengikut keputusan, tapi kalau muktamar putuskan untuk kekal maka kita seperti biasalah.
"Cuma (pembahagian) kerusi mungkin ada perbincangan baharu kerana perkembangan politik di seluruh negara dan kedudukan yang ada perlu dibuat perbincangan kalau tahaluf ini diteruskan, kalau tidak, kita bertanding semua kerusi yang kita bertanding kalau tahaluf putus sebab kita tak perlu berbahagi kerusi dah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-13 di Kompleks Kota Darul Naim yang dirasmikan Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra di sini, Isnin.
Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Tumpat meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.
Bagaimanapun, Mohd Amar enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS jika muktamar memutuskan untuk menamatkan sebarang kerjasama dengan PKR.
"Bila ada keputusan maknanya kita kena bertindak ikut keputusanlah... sekarang ini masih terlalu awal untuk komen," katanya.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei di Kedah. - Bernama

Bagaimana Kit Siang Survive Sebagai Diktator?


DAP didaftarkan pada 18.3.1966 setelah usahanya untuk didaftarkan atas nama PAP ditolak RoS. Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama. Kit Siang hanya muncul dalam DAP pada tahun 1967 setelah dilantik sebagai Pembantu Peribadi kepada Devan Nair.
Tetapi dalam masa singkat (setahun), Lim Kit Siang berjaya menyingkirkan Devan Nair (bukan orang Cina) dengan menggunakan sentimen perkauman Cina. Itulah senjata politik Lim Kit Siang yang menyebabkannya survive hingga ke hari ini selama 52 tahun sebagai diktator.
Dia menjadi Setiausaha Agung dalam tempoh yang lama sebelum anaknya mengambil alih. Jawatan itu bukan dipilih secara demokratik sama ada oleh ahli parti atau perwakilan di Kongres Nasional DAP.
Mungkin ramai yang tidak faham, iaitu perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional DAP akan memilih 20 AJK Pusat (CEC) yang dikuasai oleh Lim Kit Siang selama 48 tahun.
20 orang inilah yang akan memilih mereka yang memegang jawatan tertinggi parti seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi parti.
DAP mempunyai 3 kategori cawangan iaitu kategori A, B dan C. Cawangan status A sahaja yang layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. Manakala yang bertaraf B hanya sebagai pemerhati. Setakat ini ada 865 cawangan sahaja yang memiliki sijil A iaitu Selangor (210), Perak (250), Penang (150), Sabah/Sarawak (100) dan Johor (90) cawangan. DAP tidak ada sistem Bahagian.
Mana mana cawangan yang menentang akan di downgrade ke Kategori B atau C yang tidak layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. Berbagai alasan akan digunakan.
Johor yang menjadi negeri tumpuan DAP pada PRU ke 14 hanya mempunyai 90 cawangan. Sebab itu Dr Boo Cheng Hau gagal untuk menentang pentadbiran kuku besi Lim Kit Siang.
Tetapi kini dengan faktor umur dan anaknya Lim Guan Eng pula berhadapan dengan kes perbicaran rasuah, Dinasti Lim semakin lemah.
Tetapi Lim Kit Siang akan berterusan menggunakan sentimen Cina untuk mengekalkan kepimpinan autokratiknya.
Dia tetap Ketua De facto Pakatan Harapan.
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

G/Eng Tak Puas Hati Lebel 'Media BN', Wartawan Pakai Baju Hitam.



MELAKA – Hubungan antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan media menjadi kurang mesra tidak kira di utara mahu di selatan Semenanjung.
Selepas disaman di Pulau Pinang oleh seorang wartawan, pengamal media di Melaka pula bertindak mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes ke atas kenyataan Setiausaha Agung DAP itu.

Sinchew Daily melaporkan, wartawan yang membuat liputan dalam satu majlis makan malam anjuran DAP Melaka pada Jumaat telah mengenakan pakaian hitam sebagai usaha mempertahankan maruah dan profesional pengamal media.

Tindakan protes itu diambil susulan tindakan Guan Eng yang melabelkan empat akhbar bahasa Cina sebagai “Media Barisan Nasional (BN)” , tanpa menamakan surat khabar atau agensi media berkenaan.

Guan Eng mula menggunakan frasa “Media BN” untuk merujuk akhbar bahasa Cina tertentu kerana beliau tidak berpuas hati dengan laporan mengenai 182 ahli DAP Melaka yang mengikut jejak empat wakil rakyat untuk meninggalkan parti.

Dalam majlis makan malam pada Jumaat, Guan Eng dalam ucapannya sekali lagi mengulangi “Media BN” sebanyak beberapa kali, walaupun tidak menamakan agensi media berkenaan secara spesifik.

Guan Eng antaranya mendakwa “Media BN” cuba memburuk-buruknya walaupun beliau tidak melakukan kesilapan. Pemimpin DAP itu turut menyeru suraya jangan mempercayai laporan “Media BN”.

Dalam majlis tersebut, Ketua DAP Melaka, Tek Kok Kiew menyatakan bahawa pemimpin pusat DAP tetap bersatu walaupun sebanyak 182 ahli di Melaka memilih meninggalkan parti.

Kok Kiew mengambil peluang menyindir MCA kerana sering berlaku perpecahan dan pertelingkahan antara presiden dan timbalan presiden parti. Sebelum ini, Ong Beng Siang, pemberita Guang Ming Daily memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

Beng Siang, 40, berkata beliau bertindak demikian untuk “membersihkan nama dan maruahnya serta rakan-rakan wartawan”.

Guang Eng pada 22 Januari lalu dilaporkan berkata di Facebook bahawa terdapat pemberita yang mahu mencemarkan reputasi kerajaan Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



klik di sini....

Lagi! Pemimpin Kanan DAP Ditahan Reman, Kes Tipu Pajakan Tanah.

Hasil carian imej untuk dap kes tipu
MELAKA — Seorang pemimpin kanan DAP dan seorang ahli perniagaan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan, melibatkan anggaran kerugian RM976,300.
Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan mahkamah majistret terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 54 tahun, lapor Utusan Online.
Kedua-duanya yang memakai baju lokap berwarna oren hadir ke Mahkamah Ayer Keroh di sini pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pada 14 Disember lalu, laporan polis dibuat seorang pengadu yang juga pengusaha kebun sayur, mendakwa membuat transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun penama suspek berjumlah hampir RM1 juta untuk mendapatkan tanah pajak itu.
Isu itu sebelum ini didedahkan wakil rakyat Bebas dari Duyong, Goh Leong San dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 9 Mac lalu. – MalayMail

Monday, March 20, 2017

Coklat Eyeglass With Candy Miliki Sijil Halal. JAKIM


PENGGUNA

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan coklat “Eyeglass With Candy” mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang tersebar di media sosial.

Bahagian Hab Halal Jakim berkata coklat berbentuk bulat dengan pelbagai warna keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.
“Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera ‘free from pig’s products and its derivatives’ (bebas
daripada produk babi dan asal usulnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu proses pengeluaran sijil berkenaan mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, oleh pakar syariah dan teknologi makanan.
Justeru, Jakim menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna bijak bagi mengelak menyebar dan menular sesuatu isu yang bersifat fitnah tanpa disedari. – BERNAMA


Mengapa Rancangan Tv 'Dating' Turki Ini Perlu Dilarang?

Hasil carian imej untuk RANCANGAN HIBURAN TV TURKI
Bukan, ini bukan siaran tv Turki, tapi program hiburan Realiti TV di Malaysia.

HALAMAN HIBURAN 

TURKI kini sedang merancang untuk mengharamkan rancangan televisyen “dating” yang kini popular di negara itu. Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus melalui sumber berita Theguardian, Khamis lalu. 

Katanya, rancangan tersebut diharamkan ekoran tidak sesuai dengan adat, tradisi dan kepercayaan Turki. Numan Kurtulmus dalam masa sama menjelaskan beribu-ribu aduan setiap tahun diterima terhadap tayangan rancangan itu serta menyifatkan program sedemikian akan menghapuskan nilai institusi keluarga.

“Kami sedang berusaha untuk ini (pengharaman rancangan dating). 

“Insya-Allah, dalam masa terdekat kami akan menyelesaikannya dan kita akan memenuhi tuntutan masyarakat,” katanya dalam satu temu bual pada Rabu lalu.
Menelisik Rancangan Reformasi Konstitusi Kontroversial Turki
Rancangan Reformasi Konstitusi Kontroversial Turki

Agensi berita Theguardian dalam laporan sama mengulas, komen Timbalan Perdana Menteri Turki itu mungkin menimbulkan kebimbangan pihak lain yang menganggap tindakan itu akan menjejaskan pentadbiran sekular negara Turki. 

Kurtulmus berkata, beliau telah diberitahu terdapat 120,000 aduan diterima terhadap program tersebut. Terdahulu pada September 2016, Turki telah mengarahkan penutupan 20 stesen televisyen dan radio, rentetan penyebaran propaganda pengganas yang berleluasa selepas insiden rampasan kuasa berlaku.  

Sumber: https://www.theguardian.com/world/2017/mar/16/turkey-plans-to-ban-tv-dating-shows


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

‘Mati’ Kalau Tak Laga Isu Kerjasama UMNO, PAS -Dr Idris Ahmad


KUALA LUMPUR – Strategi politik sesetengah pihak akan ‘mati’ jika tidak melaga-lagakan kerjasama antara PAS dan Umno, tegas Naib Presidennya, Dr Idris Ahmad
“Mereka akan guna dakwaan ini sampai kiamat. Sudah lapan tahun tuduhan PAS akan bekerjasama dengan Umno. Sejak 2008 lagi dan mereka tahu kalau PAS tidak masuk Umno modal mereka akan mati.
“Mereka tidak ada perjuangan dan modal lain selain daripada dakwaan PAS akan sertai Umno,” demikian menurutnya.
Reaksi itu timbul selepas diajukan desas-desus Umno akan menyerahkan beberapa negeri kepada PAS untuk ditadbir selepas pilihan raya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa berkata negeri-negeri yang diserahkan itu adalah Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dengan menegaskan kerjasama politik itu penting demi kekuatan Melayu-Islam.
Bagaimanapun Hadi tampil menafikan dakwaan berkenaan pada semalam, dengan menegaskan PAS bertanding pada pilihan raya akan datang adalah untuk mencapai kemenangan.
Sementara itu, Idris yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa ke-32 di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini menyelar bekas rakannya, DAP dengan berkata parti itu menjadi punca kepada masa depan yang gelap untuk pembangkang.
Ia rentetan kenyataan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen yang menggesa kerajaan membatalkan hasrat menghantar 400 guru Islam ke Sarawak dengan mendakwa ia mengancam keharmonian kepelbagaian kaum di negeri itu.
“Gelagat yang ditunjuk DAP merupakan masa depan gelap untuk pembangkang.
“Ia memberikan keyakinan lagi pada Umno dan BN dengan tindakan Chong yang bercakap tentang menyekat kemasukan guru agama Islam Semenanjung ke Sarawak.
“Yang beri umpan pada Umno dan BN ialah DAP. Itu tindakan tak cerdik,” katanya hari ini.
Tegasnya tindakan DAP itu akhirnya akan menguntungkan BN namun memangsakan parti-parti pembangkang yang lain. (Suara Tv)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails