Friday, March 31, 2017

Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah.














AFP - WANITA Uighur berjalan melintasi anggota-anggota polis yang berkawal di luar Bazar Besar di Urumqi, Xinjiang, China.
BEIJING – China akan memperting­katkan kempen me­nentang fahaman ekstremis agama di wilayah Xinjiang, barat negara itu pada Sabtu ini dengan melaksanakan pelbagai langkah baharu termasuk..
  • melarang lelaki menyimpan janggut ‘luar biasa’, 
  • mengharamkan wanita memakai purdah di tempat awam 
  • dan mewajibkan penduduk tempatan menonton siaran televi­syen pemerintah.
Muslim China di Uighur Dilarang Pakai Jenggot dan Cadar

Undang-undang baharu itu yang diluluskan kelmarin dan disiarkan di laman web pemerintah, akan memperluaskan lagi peraturan sedia ada apabila dikuatkuasakan esok.
Di bawah peraturan itu, pekerja di tempat awam seperti stesen bas dan lapangan terbang diminta melarang mereka yang berpakaian menutup seluruh tubuh badan termasuk muka daripada memasuki premis tersebut dan melaporkan individu berkenaan kepada polis.
Undang-undang sama juga melarang sikap menolak stesen radio, te­levisyen, kemudahan dan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pemerintah.
Penduduk Xinjiang yang beragama Islam juga dilarang berkahwin menurut hukum agama atau menggunakan faktor halal untuk mencampuri kehidupan sekular orang lain.
Sebelum ini, beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan yang berlarutan selama beberapa tahun di Xinjiang. Beijing menyalahkan militan dan kumpulan pemisah Islam sebagai mencetuskan kekacauan.
Wilayah Xinjiang dihuni oleh etnik Uighur yang beragama Islam. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun berkata, keganasan yang berlaku merupakan tindak balas terhadap penindasan oleh pemerintah.
Beijing pula menafikan melakukan sebarang pencabulan di Xinjiang di samping menegaskan bahawa hak undang-undang, budaya dan agama etnik Uighur dilindungi sepenuhnya. – Reuters
 Ibnu Hasyim (kanan) bersama peniaga-peniaga Islam di bandar Urumqi China. (2010)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah contoh layanan ke atas umat Islam di negara bukan Islam. Sedangkan layanan terhadap bukan Islam di negara umat Islam, nak bogel, melacur, buat perkara yang menyakiti umat Islam pun boleh, bahkan menghina Islam pun masih mampu mereka pertahankan. Orang Islam nak laksanakan undang-undang Islam di negara sendiri pun mereka bantah.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Jual Dara RM10J. Satu Bisnes Baik. K/M'sia Galakkan?

Hasil carian imej untuk Jual dara

kefren

Klik sini..

Thursday, March 30, 2017

RUU 355, BN Tak Bawa, Apa Kata PAS?


BERITA bahawa BN memutuskan bahawa kerajaan tidak membawanya selepas mesyuarat majlis tertinggi menunjukkan sesuatu yang penting dilihat dengan kaca mata hikmah Allah. Mereka yang memandang dengan kaca mata sekular akan kekal buta dan tersesat.
Keputusan yang membelakangi cadangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Hakikat ini perlu disedari jika kita pejuang politik Islam yang peka. Dua minggu lepas, TPM mengumumkan bahawa kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba-tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya? Apa yang terjadi pada Umno BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM atau BN akan bergolak lagi.
RUU355 dilihat sebagai aspirasi seluruh umat Islam yang mahu Islam terus dimartabatkan. Maka, bola yang cuba diambil kesempatan politik tak akan mampu dibawa. Hanya yang ikhlas berjuang, mampu terus mengangkat usaha usul ini. Maka, ia kembali kepada PAS untuk terus mengarusperdanakan melalui usul persendirian. Parti-parti lain hanya akan mengejek atau menentang, kerana agenda mereka bukan bertujuan memartabatkan Islam. Adapun yang nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam yang tak akan menjaga kepentingan Islam.
Kedudukan Najib tidak begitu kukuh atau Umno merasakan ada pengkhianatan senyap?
Keputusan terbaru tentang RUU355, menunjukkan bahawa Umno sendiri berada dalam ragu-ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN. Kemungkinan jua, PRU14 nanti akan berlaku proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib. Maka akhirnya, Umno semakin lemah dengan perpecahan.
PAS? Sekiranya perjuangan ini memang diangkat oleh mereka mereka yang beriman dan beramal soleh, sepertinya tanda tanya yang berlaku sebagai tanda kemenangan akan muncul jua walaupun buat masa ini ramai melihat seolah-olah sebaliknya. Lihatlah sejarah bagaimana dalam perang Hunain, walaupun ketika ramai, ramai bangga akan menang. Lantas Allah menguji umat Islam diserang hendap. Namun, sisa-sisa yang tinggal, malah dibantu muallaf yang baru masuk Islam seperti Abu Sufian, Suhail bin Amru, akhirnya kemenangan kembali kepada Islam.
Pandanglah dengan kaca mata janji Allah, jangan melihat dengan kaca mata munafik dalam perang Ahzab.
Mereka yang tidak yakin dengan untuk membawa Islam di zaman terkini akan bersikap seperti sikap munafik perang Ahzab. Mengejek ejek yang beriman, namun akhirnya mereka dihinakan kedudukan oleh Allah. Identiti mereka dikenali dan pasti akan menjadi liabiliti sepanjang orang mukmin mengenali mereka melainkan mereka bertaubat.
Yakinlah, Islam pasti menang.
Ahmad Hakimi Othman
Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS
30 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 30/3/2017

Lagi RM305J Apa Jadi? Mana Projek Mega DAP PP?



KUCHING – Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) masih belum menerima laporan kajian kemungkinan projek jambatan ketiga Pulau Pinang.

Malah lebih lucu, pelan reka bentuk terperinci pembinaan laluan ketiga negeri itu konon sebagai menggantikan projek terowong dasar laut pun belum lagi diserahkan oleh pihak kerajaan DAP yang ditadbir Lim Guan Eng.
Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sambil menegaskan, disebabkan pihak KKR masih belum menerima kajian tersebut, sebarang kelewatan projek bukan disebabkan kesilapan kementerian.
“Hari ini menandakan bakal berakhirnya suku pertama tahun 2017. Kementerian dukacita ingin memberitahu orang ramai khasnya di Pulau Pinang bahawa kami masih belum menerima sebarang kajian projek mega tersebut.
“Justeru, apa-apa kesalahan bagi sebarang kelewatan projek tidak disebabkan oleh kementerian kami,” kata Fadillah menerusi kenyataan akhbar sambil turut melahirkan kebimbangan mengenai masa depan projek berkenaan.
Beliau kemudian menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri sekiranya khidmat KKR diperlukan kerana kajian projek tersebut telah bermula begitu lama iaitu lewat tahun 2013 selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13.
“Syarikat konsesi yang dianugerahkan projek Terowong Pulau Pinang dan tiga jalan berkaitan berjumlah RM6.34 bilion telah menyatakan pada Januari 2014 bahawa kajian akan siap dan disiarkan kepada awam pada April 2014.
“Kami menyatakan kebimbangan mengenai kelewatan ini,” ujarnya. Pulau Pinang ketika ini memiliki Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selain perkhidmatan feri sebagai alternatif.
Pelbagai pihak terutama badan alam sekitar tempatan turut mengkritik projek terowong itu sebagai tidak sesuai dengan keadaan geografi negeri tersebut selain bakal mengancam ekosistem marin perairan Pulau Pinang.
Fadillah menjelaskan, meskipun kerajaan negeri mempertahankan RM305 juta untuk kos kajian projek itu adalah munasabah, KKR percaya ia berlebihan di luar garis panduan bajet yang biasa untuk projek sama di luar negara.
Projek Mega DAP Di P.Pinang 'Senyap', RM305j Apa Jadi?
“Kami ada kepakaran untuk melengkapkan kajian mengikut masa ditetapkan dan pada kos lebih rendah. KKR sekali lagi menyatakan kesanggupan untuk membantu kerajaan Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukan bantuan.
“KKR maklum sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar kerajaan Pulau Pinang untuk kajian itu dan RM2.83 bilion tanah di Pulau Pinang yang ditukar untuk projek ini telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong tersebut.
“Ia merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia bahkan satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari 2016 yang dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang telah diadakan,” jelas Fadillah lagi.
Beliau menambah, walaupun pembayaran mega tersebut dan proses prapenjualan tanah negeri dilaksanakan, KKR dimaklumkan bahawa fasa pertama projek itu pada mulanya dijangka dimulakan pada awal tahun 2015 lalu.
“Sejak 2015, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang kemudian dilaporkan telah menyemak semula garis masa projek prasarana tersebut sebanyak beberapa kali lagi dengan memetik pelbagai sebab untuk penundaan.
“Baru-baru ini, seorang ahli exco kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi infrastruktur berkata, fasa pertama projek itu dijangka dimulakan pembinaan paling awal pada pertengahan tahun 2018,” tambahnya.
Guan Eng sebelum ini mahu mengubah projek terowong kepada jambatan ketiga yang lebih murah selepas dikutuk banyak pihak kerana tindakan kerajaan Pulau Pinang bersetuju membayar sepenuhnya untuk syarikat dipilihnya.
Lucunya projek terowong Pulau Pinang yang dicadangkan melalui pertukaran tanah kerajaan negeri tetapi ia masih memberi pengendali swasta itu konsesi tol semasa tiga dekad pada awal tahun lepas. – Agensi

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Laluan Berbasikal Begini Sepatutnya Dicontohi P.Pg.

 Rangkaian laluan basikal yang dipanggil Superhighway merentasi kawasan institusi serta komersial.
Denmark sering menjadi contoh kerana pendekatannya membina infrastruktur berbasikal yang menjadi salah satu aspek penting dalam perancangan dan reka bentuk bandar di negara itu. Perkembangan ekonomi yang pesat di bandar-bandar besar Denmark seperti Copenhagen misalnya telah mewujudkan kesesakan jalan raya yang amat teruk. 
Keadaan ini telah menjurus kepada perlunya satu penyelesaian bagi meningkatkan kualiti penggunaan pengangkutan awam serta berbasikal dalam kalangan penduduk.
Pelaburan
Copenhagen telah membuat pelaburan yang tinggi dalam membina rangkaian laluan berbasikal tanpa sebarang halangan di seluruh bandar itu. Hasilnya, jumlah penduduk yang berbasikal telah bertambah setiap tahun.
Selain rangkaian laluan basikal, pelaburan dalam sistem pengangkutan awam yang cekap, tepat masa dan bersepadu, telah mengangkat Copenhagen sebagai sebuah bandar yang mempunyai jaringan pengangkutan yang pantas, mesra alam serta mudah untuk bergerak di kawasan tersebut.
Kelebihan yang diperoleh menerusi rangkaian pengangkutan sebegini, telah memberi hasil yang positif kepada Copenhagen. Dari segi ekonomi, produktiviti telah meningkat kerana masa yang diambil untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain semakin singkat selain kesesakan jalan raya dapat dielakkan.
Dari segi impak sosial pula, tahap kesihatan penduduk Copenhagen telah meningkat. Berbasikal berjaya mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan negara itu sekitar AS$1 (RM4.40) setiap satu kilometer apabila seseorang berbasikal.
Karbon dioksida
 BANDAR Copenhagen berjaya mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 90 ribu tan setahun.


Dari aspek alam persekitaran pula, terdapat pengurangan bunyi bising yang ketara serta udara lebih bersih.
Copenhagen berjaya mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 90 ribu tan setahun.
Kesimpulannya, usaha dalam menggalakkan penggunaan berbasikal di bandar mampu memberi pelbagai kebaikan serta kesan positif kepada penduduk dan kualiti alam sekitar.
Di Malaysia, penggunaan basikal atau kereta lebih terjurus kepada cuaca, tradisi dan perancangan bandar yang teliti dalam meletakkan infrastruktur berbasikal sebagai fokus utama.
Pembinaan laluan basikal yang lebih luas, merentasi institusi dan pusat komersial serta reka bentuk lebih baik di setiap persimpangan akan menjadikan rangkaian basikal lebih selamat, cepat serta selesa.
Siapa tahu, dengan adanya faktor-faktor itu, aktiviti berbasikal sebagai pengangkutan utama di bandar-bandar besar di Malaysia akan menjadi kenyataan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini sepatutnya dicontohi oleh Pulau Pinang. Bandingkan dengan berita ini.. 

Cat Hijau Lorong Basikal Bernilai RM30 Juta Sudah Mula Tertanggal
AIDCNews – 12/1/16 –Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau Pinang sudah mulai tertanggal.
“Guna cat berkualiti rendah untuk mengecat lorong basikal tapi bonus RM30 juta.
“RM30 juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki, menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6 bulan.

“Kemudian dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan mendapat RM30 juta ?,” soal

Tan Khai Beng.
Menurut Anti Fitnah TMI cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.

“dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.

“Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.

“Alasan yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??

“Perkara ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’ menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka,” ulasnya.

Ha ha ha.. Bandingkan lorong basikal DAP ini dengan lorong basikal Denmark.. macam buat dengan kaki, he he he 




Ini laluan basikal DAP, he he he..

Ada Pula Promosi Pakej 'Khidmat Valet Doa'.

Hasil carian imej untuk Promosi Pakej 'Khidmat Valet Doa'.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang masih menjalankan perkhidmatan Valet Doa sehingga menjadi viral dalam laman sosial baru-baru ini walaupun telah dinasihatkan menghentikan perbuatan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun pi­hak mufti tidak mengeluarkan sebarang fatwa mengenai isu itu, ia tidak bermakna individu tersebut boleh meneruskan perniagaan­nya.
Katanya, Jabatan Mufti di Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Pahang telah mengambil inisiatif serta langkah proaktif yang berterusan dengan memberi nasihat berkaitan larangan mempromosikan pakej tersebut.

Ikuti berita sebelum ini..

‘Doa Tidak Boleh Diniagakan’ – Mufti Ulas Servis Valet Doa


MASYARAKAT Islam Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kewujudan satu laman Facebook dikenali Valet_Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.

“Dah bertahun berdoa tapi hajat belum makbul juga?… Valet_Doa bantu anda berdoa depan Kaabah – Confirm Makbul Cepat!.. Bermula Mac 2017,” antara status dalam akaun Facebook tersebut.
Kewujudan Valet_Doa lantas menarik perhatian ramai hingga mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang netizen malah berpendapat ia satu bentuk promosi berbaur keagamaan yang amat keterlaluan.
Menerusi perkongsian dalam akaun Facebook, Valet_Doa menawarkan perkhidmatan kiriman doa dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, konon mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.
Difahamkan, pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan. Namun, berbeza harganya mengikut ‘tahap kemakbulan tempat doa itu’.
Valet_Doa turut mendakwa servis yang ditawarkannya ini merupakan pertama kali seumpamanya yang wujud di muka bumi ini.
Menurut pemilik akaun itu, Nasrin Harin, atau Haji Arin, 40, dia memperkenalkan servis sedemikian bagi membantu menyampaikan doa orang ramai yang tidak mampu ke Makkah.
'Doa Tidak Boleh Diniagakan' - Mufti Ulas Servis Valet Doa
'Doa Tidak Boleh Diniagakan' - Mufti Ulas Servis Valet Doa
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang diminta mengulas isu ‘Valet_Doa’ ini menyifatkan, perbuatan tersebut sebagai mengarut.
Jelasnya, doa tidak boleh diniagakan dan Allah SWT sendiri yang berhak menentukan sama ada cepat atau lambat doa itu dimakbulkan.
Ini perbuatan mengarut. Doa paling penting adalah kita doakan sendiri. Minta kepada Allah SWT di mana-mana sahaja.
“Konon dia (Valet_Doa) cakap pergi Makkah, tolong doakan orang dan confirmtermakbul. Mengarut. Doa ini adalah hak Allah SWT. Allah SWT yang menentukan cepat lambat doa itu.
“Doa tidak boleh diniagakan. Sebagai seorang saudara sesama Islam, kita patut doakan saudara kita seikhlasnya bukan lakukan sebagai perniagaan,” katanya yang dihubungi Mynewshub.
Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan individu yang percaya dengan Valet_Doa ini sebagai tidak percaya diri sendiri untuk berdoa kepada Tuhan.
“Orang yang percaya dapatkan perkhidmatan Valet_Doa ini terdesak, tiada ilmu dan langsung tak percaya diri sendiri untuk berdoa.
“Kalau nak makbul, menghadap Allah SWT lakukan solat Tahajjud malam-malam. Insya-Allah apa yang dihajati dapat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha mengeluarkan kenyataan peringatan agar umat Islam sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.
“Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia.
“Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam,” tulis kenyataan itu. 

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Esok, Demo Pecat Ahok, Menjelang Pusingan 2 P'raya Jakarta..















 GAMBAR dari udara menunjukkan orang Islam menyertai tunjuk perasaan membantah Ahok di Jakarta pada 4 November 2016. - REUTERS
JAKARTA – Penduduk Islam Indonesia yang diketuai beberapa kumpulan Islam merancang untuk berarak ke Istana Presiden di Jakarta esok untuk mendesak supaya Gabenor Jakarta, Ba­suki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dipecat kerana dituduh menghina agama Islam.
Beliau merupakan Ga­benor Jakarta pertama beragama Kristian dan berketurunan Cina dalam tempoh 50 tahun.
Dalam pada itu, ketegangan agama dan politik di Indonesia memuncak menjelang pusingan kedua dan terakhir pilihan raya Gabenor Jakarta pada 19 April depan.
Penyandang jawatan itu, Ahok yang kini dibicarakan kerana menghina kitab suci al-Quran akan menentang seorang calon beragama Islam.
Protes esok dijangka menjadi demonstrasi terbesar selepas perhimpunan beramai-ramai di Jakarta yang berlangsung beberapa hari sebelum pusingan pertama pilihan raya berkenaan pada 15 Februari lalu.
“Kira-kira 20,000 orang daripada pelbagai kumpulan terma­suk pelajar akan me­nyertainya.
“Mereka akan berhimpun di Masjid Istiqlal (masjid besar) dan berarak ke Istana Presiden,” kata jurucakap polis nasional, Rafli Amar.
Ramai orang Islam di kota raya yang dihuni 10 juta penduduk itu percaya bahawa Ahok menghina agama Islam pada tahun lalu apabila beliau mengkritik lawannya kerana menggunakan al-Quran dalam kempen politik mereka.
Beratus-ratus ribu penduduk Islam menyertai siri perhimpunan di Jakarta pada hujung tahun lalu, manakala Ahok dihadapkan ke mahkamah kerana menghina agama Islam.
Beliau pernah memohon maaf berhubung kenyataannya tetapi menafikan melakukan sebarang kesalahan.
“Kami meminta pemerintah memenjarakan Ahok dalam masa terdekat dan melucutkan jawatan beliau.
“Ini bukan lagi berkaitan isu pilihan raya Jakarta. Kami mahu mereka yang menghina agama Islam dikenakan tindakan tegas,” kata anggota kumpulan Barisan Pembela Islam, Novel Bakmukmin,
Ahok masih popular dalam kalangan warga kota kerana usaha beliau mengurangkan kerenah birokrasi di samping giat menangani masalah kesesakan trafik dan banjir di Jakarta.
Namun, kali ini beliau berdepan saingan sengit daripada bekas Menteri Pelajaran, Anies Baswedan.
Ahok menang 43 peratus undi dalam pusingan pertama Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) pada Februari lalu, manakala Anies mendapat 40 peratus undi.
Calon yang mendapat majo­riti mudah akan memenangi pu­singan kedua Pilkada untuk daerah Jakarta yang akan diadakan pada 19 April depan. – Reuters
Pidato Ahok di Kepulauan Seribu, Ahli: 14 Kata Menyinggung Pilkada 
Terdakwa penistaan agama Basuki Tjajaha Purnama (Ahok) pada sidang ke-12 kasusnya di Auditorium Kementan, Jaksel, Selasa (28/02/2017)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menurut Hidayatullah.com..

Ahli bahasa sekaligus Guru Besar Linguistik Universitas Katolik Atma Jaya Jakarta, Bambang Kaswanti Purwo, menyampaikan kesaksian terkait pidato Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) di Kepulauan Seribu yang menyinggung Surat Al-Maidah ayat 51, September 2016.


Ia menyatakan, konteks pemilihan kepala daerah (pilkada) dalam pidato Ahok itu muncul pada menit kesebelas dimana terdapat 14 kata yang menyinggung pilkada.

“Misalnya ‘kalau saya tidak terpilih’ dan ‘kalau tidak bisa pilih Ahok program jalan terus’, namun dalam pidato tetap yang mayoritas adalah tentang program,” tuturnya dikutip Antara.

Hal itu ia sampaikan saat memberikan keterangan dalam sidang ke-16 kasus penistaan agama dengan terdakwa Ahok di Auditorium Kementerian Pertanian, Jakarta, Rabu (29/03/2017).

Ia pun menjelaskan terdapat 2.987 kata dalam pidato Ahok tersebut secara keseluruhan.

“Masing-masing kata ‘Al-Maidah’ dan ‘dibohongi’ muncul sebanyak satu kali dan kata lainnya seperti ‘program’ dan ‘ikan laut’ banyak muncul,” ucap Bambang.

Namun di sisi lain ia berpendapat, pidato Ahok itu tidak ada unsur kampanyenya.

“Dalam pidato itu inti yang diangkat adalah mempromosikan progam budidaya kelautan dan budiyaya hasil benih, itu yang saya lihat dari inti pidatonya,” ujar Bambang.

Diketahui selama ini, pidato Ahok di Kepulauan Seribu tersebut dinilai banyak pihak mengandung unsur ‘kampanye’. Saat berpidato, Ahok berstatus sebagai Gubernur DKI Jakarta, dimana saat itu ia sudah digadang-gadang akan mengikuti Pilkada DKI Jakarta 2017 sebagai calon gubernur.

Bagaimana pula dengan ahok-ahok yang ada di Malaysia ini? (IH)


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails