Friday, April 07, 2017

Bongkar Siapa Rafizi Sebenar? Menurut Lebai Hassan..



Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB. Malah, dakwa naib presiden PKR itu, wang itu mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebai dah banyak menulis tentang Rafizi ini manusia yang suka kencing. Dah banyak kali dia kencing dan tuduhan-tuduhannya kebanyakan adalah fitnah sehingga dia dikenakan tindakan mahkamah yang mungkin membawa dia tidak boleh bertanding pada PRU-14.

Masih ingat langkah kajang? 

Dia menangis dalam kenyataan dan ceramahnya sehingga semua orang percaya. Akhirnya yang jadi mangsa ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dan PAS sehingga PAKATAN RAKYAT hancur kerana Langkah Kajang ini.

PAKATAN HARAPAN tak nampak jahat Rafizi kerana dia pemimpin PH.

Masih ingat Cincin Rosmah menabung semanjak kecil? 

Sampai mati-matian Rafizi mempertahankan bahawa Rosmah beli cincin 24 juta? Setahun lebih dalam ceramah dijaja dan dia sanggup naik mahkamah untuk itu. Bila sampai masa saman dia kata joke aje. Tapi PAKATAN RAKYAT tak nampak jahat Rafizi kerana jahat UMNO lebih besar.

Fitnah kepada Tabung Haji?

Rafizi pada akhir tahun lalu mendakwa penyata kewangan Tabung Haji berakhir 31 Disember 2015 yang dianalisisnya menunjukkan bahawa badan itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus.

Naib Presiden PKR itu mengunjurkan bahawa Tabung Haji akan kekurangan RM3 bilion jika semua pendeposit berbuat demikian sedangkan katanya, untung sebenar pelaburan Tabung Haji hanya pada RM450 juta.

Malah, beliau juga mendedahkan dirinya mengeluarkan sejumlah RM530,000 dari akaun TH miliknya.


Dalam kes Tabung Haji sekali lagi Rafizi berlepas diri.

Fitnah RM90 Juta kepada PAS bersama Sarawak Report.


Rafizi dikatakan bersama beberapa orang pimpinan DAP membuat rancangan untuk melemahkan PAS dengan membuat tuduhan PAS menerima wang RM90 melalui Sarawak Report.

Banyak lagi kes-kes pembohongan Rafizi yang menyebabkan dia disaman tetapi saya tak panjang di sini.

Rafizi sekali lagi menggunakan ke'tirisan' sistem undang-undang Malaysia untuk membuat fitnah kepada PAS dengan dakwaan kononnya PAS dapat wang 1MBD melalui orang rapat PAS?? Siapa?? Itu nak suruh orang teka maka fitnah makin menjadi kerana orang ramai akan membuat andaian... ini dipanggil POLITIK CELAKA!

Kemudian Hadi mesti jawab!!
Kalau tak jawab Hadi terima wang
Ini pun Islam TAK AJAR tapi RAFIZI IKUT CARA KAFIR!
Politik Celaka...

Anda tunggu selepas ini Rafizi akan menangis...
Dan anda akan diperbodohkan lagi..


UMNO Kencing PAS? Ini, Lim Kit Siang Jawab..



Lim Kit Siang melahirkan tidak puas hati melalui laman rasmi DAP Roketkini kenapa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan membentangkan usul persendiriannya yang penuh kontroversi di Parlimen hari ini.

Katan LKS, Hadi sudah beberapa kali sebelum ini diberi ruang oleh pihak kerajaan untuk membentangkan usul yang lebih dikenali sebagai RUU355 itu, namun beberapa kali itu juga memohon untuk menangguhkan pembentangannya.

Kata LKS lagi, Usul Hadi itu mendapat keistimewaan hari ini apabila pihak kerajaan semalam menangguhkan lima rang undang-undang yang sebelum ini disenaraikan mendahului usul Hadi, setelah Dewan Rakyat terus bersidang sehingga hampir subuh (5.00 pagi) semata-mata untuk memberikan ruang kepada PAS membentang RUU 355 hari ini.

LKS juga tidak puas hati penjelasan speaker Tan Sri Pandikar Amin yang memaklumkan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberikan keutamaan.

Lebai rasa Lim Kit Siang dan penyokong Pakatan Harapan bengong juga. Sebelum ini dia orang kata UMNO kencing PAS kerana tak nak bentang RUU 355. Tapi bila Kerajaan menaikan usul RUU 355 daripada nombor 13 pada semalam kepada nombor satu hari ini menunjukkan kerajaan tak kencing PAS.

Lebai rasa penyokong Pakatan Harapan kena kencing oleh pemimpin mereka menolak Islam.

RUU 355: Mengamuk Di Dewan Rakyat? Pandikar ‘takut’.. Ayam!



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berang dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan kuasanya menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) mempersoalkan tindakan Pandikar yang disifatkan tidak adil kerana hanya membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan hujah.

“Beri kami peluang berbahas, Dewan Rakyat apa ini? Hari ini adalah hari PAS dan Umno saja. (Pandikar) tidak berani beri kita peluang berhujah, Islam ke ni? Islam ke ni? Malu… Islam bukan macam ini,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Manakala, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut mempersoalkan tindakan Pandikar yang seharusnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan berhujah.

Sewaktu kekecohan berlaku, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menggelar Pandikar sebagai “ayam”.

Kemudiannya, teriakan “takut” dan “tidak berani” disuarakan ahli Parlimen pembangkang lain.

Ketika itu, hanya Takiyuddin dibenarkan berbahas tanpa sebarang sekatan oleh Pandikar kira-kira satu jam setengah.

Sebelum itu, selepas mendengar hujah Takiyuddin, Pandikar menyatakan rasa teruja dan mengakui beliau kini memahami makna Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

“Selepas saya dengar hujah Marang (Hadi) dan hujah sokongan dari Kota Bharu (Takiyuddin), saya benar-benar jelas mengenai RUU 355,” katanya.

Pandikar kemudiannya berkata tidak mahu menjadi bodoh walaupun mempunyai kuasa sepenuhnya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat dari seorang pemimpin Sabah yang terpahat dalam fikiran iaitu ‘when you are in power, you are powerfull, when you don’t use the power, you are bloody full, today i don’t want to be a bloody fool (apabila anda memiliki kuasa, anda berkuasa, apabila tidak gunakan kuasa, anda seorang yang bodoh, hari ini saya tidak mahu menjadi bodoh),” katanya.

Sesi perbahasan akan datang dijadualkan pada 24 Julai dan berakhir pada 10 Ogos tahun ini.

Tengah hari tadi, Hadi akhirnya diberikan peluang menghuraikan RUU 355.

Sewaktu huraian, Hadi menegaskan akta berkenaan hanya dikhususkan kepada umat Islam negara ini dan memberi jaminan tidak melibatkan orang bukan Islam. (TKO)

Rasuah: Tuntutan Palsu, Anak Tan Sri Itu Ditahan..



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak lelaki kepada Tan Sri yang ditahan sebelum ini berhubung kes tuntutan palsu.

Anak lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Johor Bahru, dan berdasarkan siasatan awal menunjukkan suspek turut terlibat dalam kes berkenaan.
Tan Sri yang merupakan bekas naib presiden MIC bersama anaknya akan direman pada Khamis.

Bekas ahli politik itu ditahan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta bagi kerja-kerja pemulihan sungai yang dilakukan Jabatan Pe­ngairan dan Saliran (JPS).

Individu tersebut didakwa mengemukakan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube.

Bagaimanapun, pembekalan sebenar yang dibuat hanya sebanyak 89 unit geotube, menelan kos sekitar RM4 juta. (mStar)

Lihat sebelum ini..

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....



Rasuah: RM30,000, 3 Pemain Bola Sepak Pula Ditahan.


Harivarman (kiri), Aciar (menutup muka) dan Khairul Izzuwan (belakang) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman semalam.


PUTRAJAYA – Tiga pemain bola sepak pasukan Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Premier musim ini.
Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho membenarkan reman tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bermula semalam.
Pemain pertahanan, S. Harivarman, 27, dan Alan Aciar, 29, serta penjaga gol pasukan itu, Khairul Izzuwan Saari, 26, ditahan ketika hadir memberi ke­terangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, kelmarin.
Tambah sumber itu, kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat.
Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.
Dalam perkembangan lain, presiden pasukan itu, Datuk T. Mohan mendakwa pihaknya mempunyai bukti pemain tersebut pernah menemui bookie. 
Disebukan juga, SPRM menahan tiga pemain Persatuan Bola Sepak India Malaysia (Mifa) kerana disyaki mengambil rasuah daripada 'bookie' sehingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana Malaysia. (IH)


Rasuah: Kebun Haram Cameron Highlands.


KOK FONG (dua dari kiri) dan Hee Thiam (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Khas Rasuah Kuantan semalam selepas didakwa atas tuduhan menawar dan memberi rasuah kepada pegawai MKN.

KUANTAN – Dua pengusaha kebun di Cameron Highlands mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kuantan semalam atas pertuduhan menawar dan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi kegiatan haram mereka dua tahun lalu.
Tertuduh, Law Hee Thiam, 38, dan Chan Kok Fong, 40, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan berasingan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, Hee Thiam didakwa memberi suapan bernilai RM15,000 kepada seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), Sanifah Yusof sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap kebun yang diusahakan secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Gunung Siku, Cameron Highlands.
Kok Fong pula didakwa atas tiga pertuduhan menawar dan memberi suapan berjumlah RM24,000 juga kepada Sanifah sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap kebun yang diusahakan secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Ringlet, Cameron Highlands. (IH)


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya...














 AP - SEORANG bapa memeluk anak kembarnya yang terbunuh dalam serangan kimia di bandar Sheikhoun, wilayah Idlib pada Selasa lalu.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), New York – Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan unilateral sekiranya PBB gagal bertindak berhubung sera­ngan kimia di Syria yang mengakibatkan berpuluh-puluh penduduk awam termasuk kanak-kanak terbunuh.
Amaran itu dinyatakan oleh Duta AS, Nikki Haley semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB yang dipanggil oleh Perancis dan Britain susulan serangan berkenaan di sebuah bandar yang dikuasai kumpulan penentang Syria di wilayah Idlib.
“Apabila PBB secara konsisten gagal dalam tanggungjawabnya untuk bertindak secara kolektif, ada ketikanya kami perlu mengambil tindakan sendiri,” kata Haley tanpa mengulas lanjut.
Britain, Perancis dan AS yang memegang jawatan Presiden majlis berkenaan pada April ini telah membentangkan draf resolusi supaya serangan berkenaan disiasat secara menyeluruh.
Kandungan resolusi itu bagaimanapun ditolak oleh Rusia yang merupakan sekutu rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Rundingan mengenai usul itu masih berjalan dengan beberapa diplomat berkata, Majlis Keselamatan dijadualkan mengundi usul ber­kenaan seawal semalam.
Moscow sebelum ini menggunakan kuasa veto miliknya sebanyak tujuh kali untuk melindungi Syria daripada tindakan PBB.
Dalam mesyuarat tergempar itu, Haley turut mengecam Rusia kerana gagal memberi tekanan kepada Bashar.
“Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati sebelum Rusia mengambil berat?
“Sekiranya Rusia memiliki pengaruh besar ke atas Syria seperti yang didakwa olehnya, kita perlu melihat Moscow menggunakan pengaruhnya untuk menamatkan perbuatan kejam ini,” kata Haley.
Sekurang-kurangnya 86 orang termasuk 20 kanak-kanak maut dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, manakala puluhan mangsa lain mengalami kesukaran untuk bernafas, sawan dan mulut berbuih.
Britain, Perancis dan AS menyalahkan tentera Bashar berhubung sera­ngan itu tetapi dinafikan oleh Damsyik. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak sudah perkara-perkara yang PBB gagal bertindak setelah buat keputusan, terutama yang berkaitan dengan Israel atau AS, kerana masing ada kepentingan 'baling batu sembunyi tangan'. 
Bagi rakyat Syria, mereka sedang melihat lakonan bagaikan mahu dilepaskan dari mulut harimau, sedangkan mulut buaya sedang ternganga menunggu.

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails