Friday, May 12, 2017

RM3 Juta Lagi Milik Suspek Utama Disita SPRM.


Kes Pecah Amanah

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta di rumah seorang daripada dua suspek ditahan Selasa lalu.

Ini kerana dia disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta.
Sumber SPRM memberitahu, pihaknya turut membekukan deposit tetap berjumlah RM1.5 juta, yang dipercayai milik suspek utama yang berkhidmat sebagai pegawai Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis.
“Dengan rampasan itu, ia menjadikan jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini adalah RM6.57 juta. Kita percaya suspek mempunyai banyak lagi wang yang disorokkan dan kita yakin dapat mengesan wang tersebut dalam tempoh terdekat,”katanya.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad mengesahkan perkara berkenaan.
Selasa lepas, seorang kontraktor bergelar Datuk berusia 53 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 9.30 malam.
Mereka dipercayai menjadi penjaga aset dan harta kepada suspek utama berkenaan.
Ia susulan penahanan tiga lelaki pada Isnin, termasuk pegawai kanan Imigresen yang bertugas di Padang Besar, Perlis, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun serta seorang kontraktor berusia 48 tahun.
Mereka ditahan di sekitar Perlis dan Alor Setar kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.
Susulan itu, SPRM merampas wang tunai bernilai RM1.9 juta, lima kenderaan mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.
Jumlah mereka yang ditahan berhubung kes berkenaan setakat ini adalah sebanyak lima orang. – BERNAMA

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

PAS S'ngor: Tiada Kerjasama PKR, Kekal Komponan Negeri


PAS Selangor Akur, Putus Kerjasama Dengan PKR

SHAH ALAM – PAS Selangor terus galas tanggungjawab dalam kerajaan negeri yang diamanahkan rakyat sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang baharu dilantik, Sallehen Mukhyi menegaskan, pihaknya tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR di peringkat negeri itu selepas ini.
“Sebaliknya PAS Selangor akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam blok Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi kempen PRU ke-14 yang akan datang,” kata beliau dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Sallehan mengulas keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang di Kuala Lumpur pada Khamis apabila secara muktamad memutuskan tahaluf siyasi atau hubungan kerjasama politik dengan PKR berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keputusan tersebut dicapai pihak majlis ekoran banyak pelanggaran syaratTahaluf Siyaasi dilakukan oleh PKR terhadap parti itu.
Mengulas lanjut, Sallehen menjelaskan, PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR adalah telah terbatal.
“Bagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke-13 lalu, maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya,” jelasnya.
Ini sejajar dengan kenyataan terbaharu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengulangi komitmen dan keperluan untuk PAS terus membantu memperkukuhkan kerajaan negeri seperti mana biasa.
PAS ketika ini mempunyai tiga wakil sebagai Exco dalam pentabiran kerajaan negeri iaitu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sendiri selain Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.
Muktamar PAS kali ke-63 di Alor Setar, Kedah bulan lalu iaitu persidangan tahunan yang terakhir sebelum PRU ke-14; telah secara muktamad meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi antara parti Islam tersebut dengan PKR
Pada masa ini, kedudukan PAS dalam Dewan Undangan Negeri ialah 13 setelah dua wakilnya ‘melompat’ menyertai PAN, manakala PKR dianggotai 13 sementara DAP (14), BN (12) dan Bebas (dua). – Agensi

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


"Tahaluf Siyaasi PAS-PKR Terbatal" - Majlis Syura Ulamak


Hasil carian imej untuk kerjasamai PAS-PKR Terbatal"
Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 Hijrah bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:
1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.
Antara perlanggaran tersebut ialah; 

  • a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
  • b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS. 
  • c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’
DATO DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.

SETIAUSAHA,

MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

14 Sya’ban 1438 / 11 Mei 2017

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Kisah Pelacur Di Pattaya. Akan Berjangkit Ke M'sia?

 Pihak polis melakukan rondaan yang lebih kerap dalam usaha pembersihan kegiatan pelacuran di Pattaya.


MENGENAKAN pakaian menjolok mata, May dengan yakin meramalkan industri seks di Pattaya, Thailand akan terus beroperasi. Ia selepas cubaan kerajaan junta ‘menjinakkan’ wilayah yang terkenal dengan jolokan Sin City dalam kalangan pelancong asing.
Berkhidmat sebagai pekerja seks di situ, May dan berpuluh-puluh ribu rakan seperjuangannya tidak mempunyai perancangan untuk bersara daripada kegiatan mereka.
Hasil carian imej untuk pelacur di Pattaya
Imej yang berkaitan Pelacur-pelacur di Pattaya..
Reputasi
Malah, jumlah kedatangan pelancong asing untuk mendapatkan perkhidmatan seks juga tidak menunjukkan sebarang pengurangan. Terletak dua jam perjalanan ke sebelah timur Bangkok, reputasi negatif Pattaya bermula ketika era Perang Vietnam.
Wilayah tersebut menjadi lokasi kepada tentera Amerika Syarikat untuk berpesta pada waktu malam.
Hari ini, pekerja seks di situ mempunyai reputasi tersendiri kerana mampu meraih pendapatan sebanyak 70 hingga 1,500 Bath (RM9 hingga RM187) sehari. Jumlah tersebut adalah 10 kali ganda lebih besar daripada gaji purata negara.
“Saya mampu menjana pendapatan lumayan di sini untuk menampung perbelanjaan keluarga,” ujar May sewaktu menunggu pelanggan di Walking Street.
Begitupun, pihak berkuasa tempatan telah bertindak menggempur kawasan tersebut kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu akan menjejas reputasi Thailand. Ini kerana terdapat laporan berkaitan kegiatan pekerja seks bawah umur, penyalahgunaan dadah dan kegiatan mafia di Pattaya.
May yang juga seorang transgender berkata, jumlah pengunjung semakin berkurang sejak kebelakangan ini selepas polis dan tentera membuat rondaan lebih kerap sebagai sebahagian daripada usaha pembersihan.
Leftenan Kolonel Polis, Sulasak Kalokwilas memaklumkan rondaan tersebut merupakan sebagai daripada Op Sisyphean: Pembersihan Seks Pattaya.
“Kami menyekat pertunjukan lucah dan kotor. Kami juga cuba mengurangkan jumlah pengunjung yang datang ke bar,” katanya.
Di belakang beliau, beberapa pekerja seks yang mengenakan pakaian seksi berbaris di depan bar untuk memikat pengunjung dengan menggunakan nama samaran seperti Taboo, G-Sport serta Fahrenheit.
“Wanita transgander dan wanita normal bekerja di sini, mereka tidak terlibat dalam industri seks.
“Mereka bekerja sebagai pelayan, duduk, berbual sambil menari bersama pelanggan,” ujar Ketua Polis Pattaya, Apichai Kroppeth.
Kenyataan Apichai itu adalah berbeza sama sekali dengan realiti sebenar yang berlaku. Kebanyakan penduduk di bandar berkenaan menyatakan kemarahan dengan tindak keras kerajaan terhadap industri tersebut. Bagi mereka tindakan pembersihan itu adalah tidak wajar kerana industri tersebut menyumbang pendapatan lumayan kepada penduduk setempat.
Keuntungan
“Kamu mengharapkan pemburu haram menjadi pelindung haiwan,” soal seorang warga Barat yang menetap di Pattaya sewaktu diajukan soalan terhadap usaha pembersihan.
Aktiviti perdagangan seks membawa keuntungan lumayan sejak berpuluh-puluh tahun kepada pemilik bar, wanita, rumah urut, hotel, mafia dan polis. Menurut wartawan British yang sering membuat laporan mengenai jenayah di Thailand, Andrew Drummond, penduduk tempatan menggelarkan industri tersebut sebagai pon prayote.
“Ia membawa maksud semua orang akan mendapat manfaat iaitu berbentuk wang yang besar. Aktiviti ini tidak boleh berlaku tanpa memberi rasuah kepada polis,” ujar Apichai.
Aktiviti pelacuran adalah haram di Thailand, namun ia tetap mendapat permintaan daripada pelanggan tempatan dan asing. Kebanyakan premis perniagaan mengelak daripada didakwa dengan mengambil pekerja seks sebagai pelayan dan penghibur pelanggan di bar.
Begitupun, pihak bar tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku aktiviti seks kerana ia hanya membabitkan pelanggan dan pelacur. Walaupun pihak berkuasa berikrar menutup industri tersebut, namun terdapat persoalan mengenai nasib pekerja-pekerja seks.
Tambahan pula, pekerja seks turut menjana pendapatan besar untuk menyara keluarga. Tiada jumlah tepat pekerja seks, namun dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan 140,000 wanita terlibat dapat industri pelacuran di Thailand.
Pegawai pelancongan tempatan turut optimis usaha pembersihan oleh kerajaan terutamanya selepas melihat peningkatan pengunjung ke resort dan populariti sukan seperti golf dan jet ski.
“Dari segi kemudahan, saya rasa kami sudah ada,” ujar Pengarah Pelancongan Pattaya, Suladda Saratilavan.
Pada tahun lalu, dianggar 70 peratus daripada 12 juta pelawat Pattaya terdiri daripada pelancong asing. Bandar tersebut memiliki lebih 100,000 bilik penginapan daripada asrama sehingga pangsapuri keluarga. – AFP
Hasil carian imej untuk pelacur di Pattaya
Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • "Aktiviti pelacuran adalah haram di Thailand, namun ia tetap mendapat permintaan daripada pelanggan tempatan dan asing. 
  • "Kebanyakan premis perniagaan mengelak daripada didakwa dengan mengambil pekerja seks sebagai pelayan dan penghibur pelanggan di bar."
Itu realiti di Thailand. Apakah hal seperti ini boleh memberi jaminan tidak berlaku di negara umat Islam Malaysia ini? Bahkan sekarang pun sedang berlaku di negara ini. Selagi Malaysia berpegang kepada 'negara sekular', perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan berlaku sepenuhnya. 
Bagaimana supaya orang Islam dapat beribadat sepenuhnya seperti yang dikehendaki oleh 'deen' Islam sepenuhnya, di negaranya sendiri?
Tiada jalan lain, melainkan dengan memilih parti Islam dalam PRU akan datang menerajui politik Malaysia. Allahu Akbar!


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Thursday, May 11, 2017

Tinjauan 7 profesor, PAS Parti Politik Paling Popular..



Satu tinjauan seluruh negara yang dijalankan oleh kumpulan yang kini sudah menyertai PPBM (BERSATU) mendapati PAS parti politik paling popular di negara ini, diikuti Barisan Nasional dan PKR.  Responden juga menyukai PAS mengetengahkan lebih ramai calon ulama dan menjadikan hudud sebahagian daripada manifesto parti itu.


Pada sidang media mengumumkan hasil tinjauan itu, ahli majlis tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin berkata tinjauan dipimpin 7 profesor universiti awam, yang tidak didedahkan identiti mereka, dan dijalankan oleh 45 pembanci yang melakukan tinjauan secara bersemuka di kawasan pilihan raya.

Kita tahu, pimpinan Bersatu bukan mesra PAS, apatah lagi bila PAS putus hubungan dengan Bersatu sebelum muktamar baru-baru ini.


Tapi mereka jujur mengemukan hasil kajian tidak seperti Rafizi mempergunakan kajian INVOKE untuk KENCING rakyat kononnya PAS tak dapat sambutan walaupun sokongan PAS 21% melebihi PH.

Tinjauan mengambil pandangan 3,000 orang di 30 kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak. Responden ditanya mengenai pendirian mereka mengenai parti politik.

Ketika ditanya adakah mereka menyokong PAS, 44.4% jawab sokong, sementara 38.9% tidak pasti dan 16.7% tidak. Ini bermakna daripada 38.9% PAS mampu menarik 50% sokongan PAS boleh bertambah kepada 63.9% sokongan.

Ditanya adakah mereka menyokong BN, 36.2% jawab sokong, 36.6% tidak pasti dan 27.7% tidak. Jika BN boleh marik 50% daripada yang tak pasti itu, bermajna BN boleh mendapat sokongan 54.5% dan ini masih rendah berbanding sokongan kepada PAS.

Mengenai PKR pula, 25.9% jawab sokong, 46.9% tidak pasti dan 27.2% tidak.


Responden juga ditanya adakah mereka menyokong DAP. Hanya 18% jawab sokong, 41.4% tidak pasti dan 40.6% tidak. 


Maaf kajian dibuat oleh pihak BERSATU ini tidak mengambil kira parti PAN kerana sokongan parti itu dengan keahliannya tak melepas 'target' adalah tidak releven untuk dibuat kajian. JANGAN MARAH!

Mengenai MCA dan MIC pula, responden rata-ratanya terbahagi antara “tidak pasti” dan “tidak”, dengan hanya 14.3% sokong MCA dan 11.4% sokong MIC.

Responden juga ditanya sama ada PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tinjauan mendapati 38.1% menyokong idea itu, 44.3% tidak pasti dan hanya 12.1% bantah.


Mengenai apa yang PAS perlu lakukan, 38.4% bersetuju parti itu perlu ketengahkan lebih ramai calon ulama, 35.2% bersetuju hudud perlu menjadi sebahagian daripada manifesto, dan 29.5% setuju PAS perlu bersendirian.



Hanya 21.1% bersetuju PAS bekerjasama dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara hanya 14.8% berkata mereka bersetuju PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menyentuh mengenai kerjasama PAS dengan Dr Mahathir dan pembangkang, lebih ramai responden membantah daripada menyokong, walaupun majoriti tidak pasti.

Rasanya sudah sampai masa penyokong PAKATAN HARAPAN untuk bersama PAS menjayakan agenda ISLAM. Kerana dengan Islam sahaja anda selamat. Semoga Allah berkati apa yang PAS perjuangkan demi AGAMA dan BANGSA dalam menyelamat Malaysia daripada Perompak dan Penyamum... kerana penyamum dan perompak serada menyelip dalam kem-kem Pakatan Harapan dengan suara "SUCI".



Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com



Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Ketua Armada PPBM Sokong Kit Siang Jadi PM ?


AIDCNews– 09/05/17 –Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat berpihak kepada dua tokoh untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia sama ada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ataupun penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan, dia juga diangkat sebagai calon PM.
“Kalau ikut “bertahun berjuang”, Lim Kit Siang patut jadi PM.
“Kemampuan over “seniority”,” kata Syed Saddiq dalam Twitter semalam.
Walaupun Syed Saddiq berpendapat Anwar lebih berkemampuan daripada Kit Siang untuk menjadi PM, namun secara realitinya, Ketua Umum PKR itu masih berada di Penjara Sungai Buloh dan tidak boleh bertanding pilihan raya sebelum lima tahun selepas dibebaskan.
Kit Siang pula masih bebas bertanding di mana-mana parlimen yang diminatinya dan beliau dilantik sebagai Ketua Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat apabila DAP memenangi kerusi majoriti di kalangan pembangkang selepas PRU 13.
Seorang peguam, Mohd Harris Abdullah pula berpendapat walaupun Pakatan Harapan terdiri daripada empat parti, DAP, PKR, PAN dan PPBM, tetapi dari segi kekuatan DAP mendominasi ketiga-tiga parti tersebut.
“DAP akan pegang Malaysia dengan dibantu oleh PKR, PPBM dan PAN …
“Itu tafsiran saya …,” katanya dalam Facebook.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

TNB: Rasuah, Terima Habuan BMW 5 Series..




PUTRAJAYA – Ketua Bahagian Pengurusan Projek dan Kawalan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wan Nor Azman Mohamad Esa ditahan reman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes menerima habuan sebuah kereta BMW 5 Series membabitkan pemberian tender pembekalan barang-barang pengubahsuaian pejabat TNB.
Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut difahamkan melibatkan beberapa pejabat TNB di Kuala Lumpur pada tahun 2014. Harga sebuah kereta BMW 5 Series baharu sekitar RM400,000.
Turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan ialah seorang wanita berusia 51 tahun yang merupakan pemilik syarikat pembekalan barang pengubahsuaian tersebut. (Kosmo!)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails