Friday, June 09, 2017

Israel Sibuk Fasal Qatar, Kerana Saudi Kerja Untuknya? -Ibnu Hasyim

Lima Alasan Mengapa Israel Ikut Sibuk dalam Krisis Qatar
Oleh Ibnu Hasyim 

THE Jerusalempost, media Israel menulis 5 alasan, mengapa negaranya ikut 'sibuk' dalam konflik yang melanda Qatar atas Negara Teluk lain. Diantara sebabnya, disebutkan kerana ada pengaruh lawatan Presiden AS Donald Trump mendesak negara-negara Teluk bertindak pada Qatar mengenai perkara-perkara berikut.

Pada saya..

1. Israel Bimbang HAMAS.

Qatar dianggap menyokong pejuang Hamas selama satu dekad terakhir dan menjadi tuan rumah pemimpin gerakan itu, Khalid Misy'al selama lima tahun di Doha. Pada 2012 Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani melawat Gaza dan menjanjikan dana ratusan juta untuk Gaza. Qatar tidak hanya memberi Hamas rumah di Doha tetapi sokongan kewangan dan politik.

Dengan tekanan baru yang dikenakan pada Qatar itu, diharapkan para anggota Hamas akan dikeluarkan dari Qatar dan akan mengurangkan sokongan pada kelompok perlawanan Palestin itu. Hal ini mungkin juga akan mengasingkan hubungan Turki dengan Hamas. 

Lihat..
Pada masa ini, kerajaan Qatar sedang memberi tumpuan pada syarikat penerbangannya, menyuntik wang membantu Gaza dan menampung Hamas. Hamas akan merasa sekutu-sekutunya semakin sedikit yang hal itu dapat memberi Israel pengaruh untuk mendorong kumpulan tersebut mengubah jalannya. Kemungkinan, Hamas boleh menyerang Israel untuk menunjukkan relevannya.

2. Faktor Iran

Israel telah menunjukkan kepentingan yang sama dengan Arab Saudi dan negara Teluk dalam menentang Iran. Kerana Qatar telah menyokong Hamas, krisis baru ini mendorong negara-negara yang menentang Qatar untuk memahami Israel sebagai partner dalam melawan Hamas dan Iran. Hubungan ini diam-diam telah tumbuh pada beberapa tahun ini. 

Bahkan krisis dengan Qatar membolehkan para penulis di Arab Saudi dan Teluk untuk berbicara lebih tegas menentang Hamas. Pejabat berita Saudi, Al-Arabiya, telah mempamerkan wawancaranya dengan Gal Gadot pelakon Wonder Woman.

Latar belakang krisis saat ini merupakan sebuah kesan bahawa pidato Presiden AS Donald Trump untuk "mengusir" keganasan memberikan kuasa penuh pada negara-negara Teluk untuk bertindak. Di bawah Barack Obama, Israel seringkali merasa terpencil, khususnya ketika AS mengejar kesepakatan Iran. Tetapi, pada masa ini Israel merasa bahawa Amerika sudah kembali dan akan bersikap sebagai geng rapat mereka kembali.

3. Cipta Istilah 'keganasan'.

Israel lebih suka wilayah stabil tanpa adanya 'kumpulan ganas' yang melemahkan negara-negara jiran. Istilah 'ganas' menurut Israel haramjadah itu.. Namun masih ada ISIS di Sinai, Hamas di Gaza, Hizbullah di Golan dan di Lubnan. Israel mengetahui bahawa ketidakstabilan apapun yang semakin besar, boleh menjadi ancaman kepadanya.

Israel yakin, selama Mesir, Jordan, Arab Saudi dan negara lain bekerja sama, maka angin kestabilan akan bertiup ke Israel.. Dan semua negara yang stabil di wilayah itu akan bangkit, jika kumpulan-kumpulan 'ekstrimis' berkurang. Hal ini menguatkan tangan Israel secara umum dan pemerintahannya pada masa ini secara khusus.

Penjajah Israel mendapat untung ketika negara itu tidak menjadi pusat perhatian dan tidak berada di bawah tekanan. Ini merupakan sebuah anugerah bagi pemerintahan Israel masa ini kerana Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah lama bercakap mengenai usaha memupuk hubungan serantau secara diam-diam di luar Mesir dan Jordan.

Dia telah mengatakan tentang ancaman Iran selama dua dekad. Jika negara-negara Arab lebih bimbang dengan Iran dan Qatar, daripada Palestin, hal itu mengurangkan tekanan pada Israel.. Apa lagi pada masa warga Palestin sedang cuba mengingatkan kembali dunia, bahawa penjajahan yang mereka alami telah memasuki tahun ke 50.
Hasil carian imej untuk saudi kerja untuk israel
Hasil carian imej untuk saudi kerja untuk israel

4. Saudi Bekerja Untuk Israel?

Selama beberapa tahun Israel telah dipandang sebagai pusat masalah wilayah itu, sehingga hari ini apabila masalah Palestin dikerdilkan oleh konflik yang lebih besar di Syria, Iraq, Yaman, Libya dan kini Teluk. Hal ini membuat harapan '50 tahun penjajahan Palestin yang mampu membuat beberapa kejutan' akan menjadi pudar. 

Tetapi hal ini juga boleh menghasilkan kesan bumerang kerana beberapa suara di wilayah itu akan menuduh Teluk 'Saudi bekerja untuk Israel.' Syria dan Iran sudah menuduh mereka bekerja dengan Israel. Sedangkan mereka telah menentang Israel sejak lama, yang bermakna imej Israel di wilayah itu boleh meningkat dalam krisis ini. 

Sekian. (IH)

Trump, Tikus Tawar Baiki Labu Krisis Teluk..

Hasil carian imej untuk ronald trump
Imej yang berkaitan

DOHA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghubungi pemerintah Qatar kelmarin dan menawarkan bantuan menyelesaikan persengketaan antara Doha dan negara-negara jirannya.
Panggilan Trump kepada Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, sekutu utama AS itu dibuat ketika pegawai kanan Qatar memberitahu AFP bahawa negara-negara Teluk tidak mahukan perubahan rejim di Doha.
“Presiden memberi tawaran untuk membantu pihak-pihak terbabit menyelesaikan pertikaian mereka termasuk melalui rundingan di White House jika perlu,” kata pejabat Trump selepas panggilan dibuat.
Seorang pegawai Qatar berkata, Trump semasa panggilan itu melahirkan kesediaan untuk mencari penyelesaian terhadap krisis diplomatik di Teluk dan menegaskan bahawa rantau itu akan kekal stabil.
Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Libya dan Yemen mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dan menutup hubungan darat, laut dan udara dengan Qatar. Malah, mereka memberi tempoh selama dua minggu untuk rakyat Qatar meninggalkan negara tersebut.
Kesemua negara itu juga telah menggantung semua penerbangan keluar dan masuk dari Qatar, memanggil pulang duta-duta dari Doha dan mengarahkan diplomat Qatar meninggalkan negara tersebut.
Arab Saudi dan sekutunya menuduh Qatar melindungi kumpulan pengganas dan menyokong agenda musuh tradisi Riyadh, Iran, dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Doha.
Sementara itu, Kuwait turut berusaha untuk mencari penyelesaian bagi krisis tersebut.
Pemerintahnya, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah telah bertemu pemerintah UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan lain-lain pegawai kanan di Dubai kelmarin selepas bercakap dengan Raja Salman di Arab Saudi sehari sebelum­nya.
Mereka dilaporkan menuju ke Qatar selepas lawatan ke UAE. 
Demikian lapor AFP.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagai tikus membaiki labu, bila Trump memimta memegang amanahkan untuk membaiki negara umat Islam di Teluk.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Gangguan Seksual Luar Biasa Di Kedutaan.


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan yang begitu tertekan dengan pelbagai “sexual harassment” yang dilakukan samada oleh Duta mahupun kakitangan kedutaan yang mengamalkan budaya keji ini.
“Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan terminate kita dengan segera.
Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa, Puan Mar (bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di 8 buah kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.
Puan Mar turut menyatakan bahawa ganguan sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.
“Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah mejangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia” ulasnya lagi.
Mangsa kedua, Puan Nor (bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.
“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.
“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena “sexual harassment” tetapi mereka tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.
”Sepatutnya kedutaan melambangkan perlembangan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita” ulasnya dalam sidang media yang berlangsung pada 8 Jun 2017.
Turut sama hadir dalam sidang media ini ialah Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku khususnya kepada mangsa wanita dan melihat ketidak adilan dalam melaksanakan tindakan undang-undang kerana “kekebalan” yang dimiliki oleh kedutaan terbabit.
“Tindakan undang-undang tidak dapat dikenakan kepada mereka, bahkan, ianya dianggap berbeza disebabkan kes ini melibatkan seseorang yang mempunyai kekebalan di negara kita.
“Bila bawa pergi mahkamah, kita tak boleh menyaman mereka sebab isu imuniti yang mereka miliki.
“Mungkin kita boleh adakan sidang media bersama Kementerian Luar Negara dan membawa pengadu-pengadu serta mereka yang terlibat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini” tambahnya lagi.
Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di 0136116666 atau 0193591000. Terima Kasih. -
Lapor MYNEWSHUB.CC
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.

Hasil carian imej untuk abdul hadi awang
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.


Video:
1438H +

01.Tidak Menghayati Hukum Allah, Tak Berkat.. -Kuliah  (6 Muharram)
02. Bebas, Perempuan Berpakaian Telanjang. Kuliah Juma... (13 Muharram)
03. Pembohong, Cerdik, Bijak, Bergabung Dengan Musyrik... (20 Muharram)
04. Tahun Penipuan: Bertukar Nilai 'Makruf', Berkhiana... (27 Muharram)

05. Aku Hendak Jadikan Khalifah Di Bumi. Kuliah Jumaat... (4 Safar)
     Ulama Yang Membawa Ideologi Penjajah
06. Lantik Pemimpin Orang Yang Tidak Layak. Kuliah Jum...(11 Safar)
07. Perang Penentu Antara Islam -Yahudi.. Kuliah Jumaa... (18 Safar)
08. Zahir Mahdi (Pemimpin Dapat Petunjuk). Kuliah Juma... (25 Safar)

09. Imam Mahdi & Nabi Isa AS. Kuliah Jumaat Abd H... (02 Rabiul Awal)
10. Imam Mahdi Perintah Negara, Bukan Tunggu Aje. Kuli... (09 Rabiul Awal)
11. Muncul Dajjal. Membawa Kesesatan. Kuliah Jumaat Ab...(23 Rabiul Awal)

12: Dajjal, Dah Ada Atau Belum? Kuliah Jumaat Abd Hadi... (07 Rabiul Akhir) 
13: Nabi Isa AS Membunuh Dajjal. Kuliah Jumaat Abd Had.. (14 Rabiul Akhir)
14. Nabi ISA Turun. Kristian Masuk Islam? Kuliah Jumaa...  (21 Rabiul Akhir)
15. Islam Jadi Kuasa Besar Dunia. Isa Ibnu Maryam. Kul... (28 Rabiul Akhir)

16. Yakjuj-Makjuj, Zulqarnain, Cukai. Kuliah Jumaat A... (06 Jamadil Awal)
17. Yakjuj-Makjuj, Menurut Syed Qutb. Kuliah Jumaat A.. (20 Jamadil Awal)
18. Serangan Besar-besaran Yakjuj-Makjuj. Kuliah Jumaa...  (27 Jamadil Awal)

19. Naik Matahari Sebelah Barat. Kuliah Jumaat Abd Had... (04 Jamadil Akhir)
20. Keluar Binatang Dahsyat Dari Bumi. K/Jumaat Abd Ha.. (11 Jamadil Akhir) 
21. Keluar Asap. Kuliah Jumaat Abd Hadi   (18 Jamadil Akhir)
22. Tiupan Angin Luar Biasa Lembut. K/Jumaat Abd Hadi ... (25 Jamadil Akhir)

23. Keluarnya Api Dari Bumi. K/Jumaat Abd Hadi 31 Mac ...(03 Rejab)
24. Masa Menjadi Cepat. K/Jumaat Abd Hadi 14 Apr 2017  (17 Rejab)

25. Berlaku 3 Gerhana. K/Jumaat Abd Hadi 5 Mei 2017 (08 Syaaban)
26. 

Video: 
1437H -

-01. Memilih Pemimpin & Amanah -Kuliah Jumaat  (29 8) Zulhijjah)
-02. Siapa Kumpulan Islam? -Kuliah Jumaat Abd Hadi 23 ... (21 Zulhijjah)
-03. Sejarah Fitnah Dalam Politik Islam. -Kuliah Jumaat... (14 Zulhijjah)
-04. Tanda-tanda Kiamat -Kuliah Jumaat Abd Hadi 9 Sept... (07 Zulhijjah)

-05. Kasih Bertemu Allah.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 02 Se... (30 Zulkzedah)
-06. Pembinasa Kelazatan Mati... Kuliah Jumaat Abd Hadi... (23 Zulkzedah)
-07. Ingatkan Mati.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 19 Ogos 201... (16 Zulkaedah)
-08. Kedudukan Ruh & Hutang.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 12.(9 Zulkaedah)

-09. Ruh, Ziarah  Saling Bertemu. Kuliah Jumaat Abd Hadi 29 Jul (24 Syawal)
-10. Roh Kembali Kepada Jasad? Kuliah Jumaat Abd Hadi 22 Jula.(17 Syawal)
-11. Ruh, Urusan Tuhanku.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 15 Ju... (10 Syawal)
-12. Syuhadak Di Alam Barzah. Kuliah Jumaat Abd Hadi 08... (03 Syawal)

-13. Nabi Daniel & Ambia' Di Alam Barzah. Kuliah Jumaat(26 Ramadhan)
-14. Dosa Penyebab Azab Kubur. Zina.. Kuliah Jumaat Abd...(19 Ramadhan) 
-15. Azab Kubur, Kaitan Dengan Jin. Kuliah Jumaat Abd H... (12 Ramadhan)

-16. Selamat Menyambut Ibadah Puasa. Kuliah Jumaat Abd ...(20 Syaaban)
-17. Azab Kubur, Siapa Tuhan Kamu? Politik.. Kuliah Ju... (13 Syaaban)
-18. Fitnah Kubur, Mengacum Melaga-laga. Kuliah Jumaat .(06 Syaaban)

-19. Ujian & Nikmat Dalam Kubur.Kuliah Jumaat 06 Mei ... (28 Rejab)
-20. Hentian Pertama Alam Akhirat. Kuliah Jumaat Abd Hadi (21 Rejab)
-21. Beriman Kpd Perkara Di Alam Sempadan. Kuliah Jumaa...  (14 Rejab)
-22. Pertahan Harta, Mati Syahid.. K/Jumaat Abd Hadi. 0... (07 Rejab)

-23. Penutup Umur Yang Baik. K/Jumaat.. (30 Jamadil Akhir)
-24. Mati Dalan Perjuangan. K/Jumaat Abd Hadi.. (23 Jamadi...)
-25. Tanda-tanda Husnul Khatimah. K/Jumaat Abd Hadi. (16 Jamadil Akhir)
-26. Nazak, Ajar 'Lailaha Ilallah'. K/Jumaat Abd Hadi. ... (9 Jamadil Akhir)
Lihat seterusnya..

Thursday, June 08, 2017

Pertahan Harta, Mati Syahid.. K/Jumaat Abd Hadi. 07 Rejab..

Hasil carian imej untuk pertahan harta mati syahid
Video -22/37: Pertahan Harta, Mati Syahid.. K/Jumaat 07 Rejab 
KULIAH JUMAAT 07 REJAB 1437 / 15 APRIL 2016


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.

Ikutilah kuliah selanjutnya..

SIA Rugi S$138 Juta Jan-Mac Lalu. 25,000 Pekerja Dibuang.


SIA Bakal Buang Ramai Staf Sebab Rugi Besar

SINGAPURA – Ketika pembangkang negara jirannya buat tohmahan jahat konon Malaysia bakal muflis dan sering buat perbandingan dengan Singapura, lain pula hal berlaku di republik tersebut.

Ekonomi Singapura kebelakangan ini bukan sahaja bergerak lesu, malahan banyak firma besar termasuk syarikat berkaitan milik pemerintah yang terpaksa membuang ribuan pekerja demi mengurangkan bebanan kos operasi.
Antaranya ialah syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) yang dilaporkan media tempatan turut kemungkinan tinggi akan memberhentikan sebahagian besar daripada hampir 25,000 kakitangannya sendiri.
Ini sebagai sebahagian daripada semakan rancangan perniagaan SIA ekoran kerugian dicatatkan mencecah S$138 juta antara Januari hingga Mac lalu dan ia merupakan rekod kemerosotan untuk suku keempat berturut-turut.
Kos bahan bakar pesawat sebelum perlindungan nilai naik S$331 juta bagi suku itu, ekoran peningkatan 50.7 peratus bagi harga minyak secara purata dan dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh berbanding dolar Singapura.
SIA turut mendedahkan bahawa pendapatannya jatuh S$17 juta meskipun terdapat pertumbuhan trafik 5.5 peratus. Bagi tahun kewangan lalu, keuntungan operasi jatuh 20 peratus kepada S$386 juta berbanding sebelumnya.
Situasi itu jauh berbeza dengan jirannya, Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang bakal mengambil ribuan pekerja baharu malah melancarkan anak syarikat penerbangan khas untuk operasi ibadah umrah dan haji tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong, kakitangannya sedar pemberhentian kerja adalah satu kemungkinan di bawah proses semakan itu sejak operator udara tersebut mula diwujudkan pada 1972 lalu.
Ada bidang pekerjaan tambah beliau, yang tidak lagi relevan manakala ada kakitangan yang perlu kemahiran baharu untuk tugasan lain. Namun begitu, beliau menambah masih agak terlalu awal bagi memberikan butiran lengkap.
Proses semakan bermula lebih enam bulan lalu dan SIA juga mendapatkan nasihat pakar dari luar negara. SIA melaporkan kerugian dalam tempoh lima tahun dan di bawah tekanan untuk mengurangkan bajet operasinya.
Lebih malang, SIA juga sedang menghadapi peningkatan persaingan sengit dari pelbagai syarikat penerbangan tambang murah serantau dan pesaing gergasi dari wilayah Timur Tengah. – Agensi


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Terbongkar Seorang Lagi Tokoh Pemfitnah PAS?


MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa aktivis politik, Badrul Hisham Saharin menarik balik dakwaan yang mengatakan sebuah surau digunakan untuk acara politik.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dakwaan Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard itu tidak berasas dan berbaur fitnah.
Badrul diberi tempoh 24 jam oleh MAIS untuk berbuat demikian sebelum tindakan yang selanjutnya diambil.
“Kegagalan penulis blog berkenaan berbuat demikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa di bawah Akta Fitnah 1957,” katanya dalam kenyataan media.
Badrul dalam artikel yang ditulis pada blognya bertajuk “Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor” yang disiarkan pada 6 Jun lalu mendakwa PAS kawasan Kota Raja menyalahgunakan Surau Al-Falah di Jalan Kebun untuk program program pemukiman PRU akan datang.
PAS bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah.
Mohammad Adzib berkata, hasil pemeriksaan mendapati surau berkenaan ditutup selepas Masjid Al-Falah beroperasi sejak 30 Mac 2017.
“Bangunan itu ditukar fungsi sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Ia turut dibuka untuk sewaan bagi program-program untuk menampung kos operasi masjid. Ini jelas menunjukkan penulis blog tidak menyemak terlebih dahulu tentang fakta yang ditulisnya,” ujarnya.
Sehubungan itu MAIS menasihati umat Islam di Selangor menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum menyebarkannya di laman sosial, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Sementara itu, Chegubard dalam satu kenyataan media memohon maaf  dan menarik balik sebahagian daripada tulisannya dalam artikel berkenaan.
Menurutnya, gambar yang tersebar itu disahkan merupakan sebuah ruang solat surau yang tidak digunakan lagi sejak Mac 2017.
“Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac 2017 setelah Masjid Al-Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi.
“Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan. Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan,”katanya. 
Lapor MYNEWSHUB.CC. 
Maka terbongkar seorang lagi tokoh pemfitnah PAS?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails