Friday, September 15, 2017

Lagi! P.Pinang Dilanda Banjir Kilat.


GEORGE TOWN – Lebih 30 kawasan di Pulau Pinang termasuk di daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di sini ditenggelami air dalam kejadian hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi.
Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Permatang Pasir di Balik Pulau, Teluk Bahang, Jelutong, Jalan Thean Teik 2, Jalan Paya Terubong, Bayan Baru, Sungai Ara, Kampung Masjid, Kampung Makam, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Jalan Langka, Jalan Kebun Lama, Masjid Negeri di Ayer Itam, Kampung Masjid Hashim Yahya dan Parit Lumba Kuda.
Turut dinaiki air adalah di Jalan Bukit Tengah, Rumah Hijau Mak Mandin, Bagan Jermal, Bertam Indah, Kampung Bagan Jaya dan Kampung Simpah di Seberang Perai.
Ketika ini, semua kenderaan di kawasan terlibat dilaporkan sesak teruk sehingga ke pusat bandar George Town.
Sementara itu, enam buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di aparment Fettes Park, Tanjung Bungah.
Bagaimanapun, tiada laporan mangsa terlibat setakat pukul 10.30 pagi ini – Kosmo

Najib: Jiwa Besar, Kancil Nak Berak Macam Gajah.. Relah Juboq!


DR AZMAN IBRAHIM 

Jiwa besar seorang pemimpin sebuah negara kecil


ISLAM mengesyorkan kita membantu sesiapa saja antara sesama manusia. Tapi Islam mengajar kepada kita fiqh keutamaan. Dalam beberapa pilihan untuk membantu, kita ada yang lebih utama. Bukannya yang kurang utama tak boleh buat, tapi bila kita tinggalkan yang lebih utama kerana nak buat yang kurang utama, ia menggambarkan kita tak berapa faham asas dan kaedah.
Antara contoh keutamaan ialah, bantu keluarga terdekat yang memerlukan adalah lebih utama daripada bantu orang yang jauh. Bantu orang kampung sendiri lebih aula dari bantu orang kampung lain. Mencukupkan keperluan di negeri sendiri adalah lebih utama dari mencukupkan keperluan di negeri orang. Bantu rakyat sendiri yang terdesak untuk meneruskan kehidupan adalah lebih utama dari bantu rakyat negara orang.
Saya ulang sekali lagi, bukan tidak digalakkan bantu orang yang jauh, tapi agak malang kalau orang kampung kita sendiri makan nasi hanya berlauk minyak bekas goreng ikan dan ikannya tiada sedangkan dalam masa yang sama kita tersenyum lebar sambil tangkap gambar dalam misi bantuan antarabangsa.
Kita bangga dengan hasrat PM nak bantu kukuhkan ekonomi US. Ia menggambarkan jiwa besar seorang pemimpin sebuah negara yang relatifnya kecil kalau nak dibandingkan dengan Amerika. Walau kita negara kecil, pemimpin kita bermentaliti sebuah kuasa besar ekonomi dunia! Ini sudah cukup membanggakan kita.
Bukankah ada ungkapan, 'kita adalah sebagaimana kita melihat diri kita'. Bila kita melihat diri kita besar, maka besarlah kita. Persetankan apa pandangan orang lain kepada kita! Apatah lagi yang Malaysia nak bantu Amerika ialah membeli pesawat Boeing. Mana tahu sebagai balasannya Trumph menghadiahkan PM kita sebuah pesawat kerajaan yang canggih seumpama Air Force 1, pesawat rasmi Presiden Amerika dari model Boeing 747.
Tentunya PM mempunyai ramai penasihat agama yang telah menasihati beliau dalam bab fiqh keutamaan. Dengan makna keperluan ekonomi rakyat dalam negara semua dah OK. Maka layaklah kita bantu US pula. – HARAKAHDAILY 15/9/2017

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bayangkan kalau se ekor sang kancil nak berak macam gajah.. "Relah juboq!" kata orang Pulau Pinang.

Lihat seblum ini..

Trauma “Bail Out” Guna Wang KWSP Di Zaman Mahathir Belum Tamat?


Oleh: Ab Jalil Backer
Saya telah baca banyak komen negatif mengenai pelaburan KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat.
Kesimpulan yang saya dapat adalah mereka yang menentang atau bercakap dari sudut perspektif negatif ini keliru.
Mereka ingat ini zaman Tun Mahathir di mana sebahagian besar pelaburan KWSP yang diumumkan oleh kerajaan kebanyakan berunsur “bail-out” syarikat yang hendak “kiok” seperti Time Dot Com.
Pada zaman Mahathir, KWSP dikritik sebagai “funds were used to top up the annual deficit expenditures in the national budgets.”
Jadi trauma inilah yang menimbulkan pelbagai tanggapan negatif.
Mungkin kesilapan Perdana Menteri Najib Razak ialah menyatakan pelaburan KWSP dan Khazanah di US akan membantu merancakkan ekonomi negara itu.
Apabila sampai kepada zombie-zombie pakatan mereka tidak dapat memproses dengan baik, lalu beranggapan KWSP akan “bail out” syarikat di Amerika Syarikat.Ini tidak benar sama sekali.
Pelaburan KWSP di luar negara bertujuan untuk membuat keuntungan supaya dapat bayar dividen kepada pencarum.
Rekod menunjukkan KWSP sentiasa membayar dividen melebihi apa yang ditawarkan oleh simpanan biasa bank dan simpanan tetap.
Link asal: FB Ab Jalil Backer

Punya Nak Jaga Cina, Ini Kata N/Presiden PPBM..


Hamidah: Jangan Kaitkan Kenyataan ‘Cina Pijak Kita’ Dengan Saya


PETALING JAYA: Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman menggesa semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang dibuat adiknya semalam kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.
Beliau berkata, peringatan supaya penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi Hamizura.
“Hamizura ahli biasa, memang dia adik saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.
“Apabila mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Hamizura memohon maaf selepas beberapa jam memuat naik catatan bersifat rasis ke Facebooknya yang dikecam pelbagai pihak.
Ia termasuk Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail yang berkata, wawasan parti itu adalah mengembali dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.
Katanya, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.
“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam catatan Facebook.
Mengulas lanjut, Hamidah berkata, beliau sudah menegur adiknya supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pandangan dan tidak mengulangi kesilapan sama.
“Teguran saya buat secara peribadi, secara adik-beradik. Pada saya, status itu tidak berapa molek, sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membangkitkan isu itu,” katanya –FMT

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Mengapa S/Salman Audah/20 Ulama Saudi Ditahan? -Abd Hadi


Arab Saudi Dikabarkan Menangkap Syeikh Salman al Audah Sheikh Salman Audah
ORANG kafir masih boleh menetap di Mekah, Madinah di awal kedatangan Islam. Walau bagaimanapun selepas Abu Bakar mengerjakan haji pada tahun ke-9 hijrah, diharamkan orang kafir menetap di Mekah dan Madinah.
Petikan Kuliah Ayah Chik: Pangkalan tentera asing di Tanah Arab langgar syariat
ORANG kafir masih boleh menetap di Mekah, Madinah di awal kedatangan Islam. Walau bagaimanapun selepas Abu Bakar mengerjakan haji pada tahun ke-9 hijrah, diharamkan orang kafir menetap di Mekah dan Madinah.
Larangan tersebut berterusan hingga ke hari ini. Sebahagian ulama mengatakan tidak dibenarkan orang kafir menetap di seluruh Semenanjung Arab, melainkan atas urusan perniagaan, bukan untuk bermukim secara tetap.
Malangnya sekarang, letak pangkalan tentera pula!
Ini sudah menyalahi syariat Islam. Ulama-ulama pula tidak boleh nak kata apa. Kalau kata sikit akan ditangkap. Ini berlaku di negara arab sekarang. Banyak ulama di Saudi; Mekah dan Madinah ditangkap kerana mengkritik perkara-perkara yang tidak betul dibuat oleh kerajaan.
Terbaru yang ditangkap antaranya Syeikh Salman Audah. Pada 2-3 hari lepas. Dianggarkan lebih 20 orang ulama terkenal di Saudi telah ditahan sekarang. Puncanya kerana mengkritik perkara-perkara yang salah dilakukan oleh kerajaan.
Masjid Rusila 24 Zulhijjah 1438/15 September 2017

Koyak Sijil PPBM, Bekas P/SU Keluar Parti Hari Ini..


Hasil carian imej untuk Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin HASNITA HISHAMUDIN (tengah) mengoyak sijil watikah pelantikan beliau sebagai Penolong Setiausaha...
Bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin mengisytiharkan keluar parti itu hari ini berkuat kuasa serta-merta.
Dakwa Hasnita, dijangka lebih ramai ahli Srikandi PPBM seluruh negara mengikut keputusannya untuk keluar parti dalam masa terdekat.
“Tindakan ini dibuat kerana parti ini mengamalkan kronisme dan pilih kasih melampau selain elemen-elemen jijik mula masuk ke dalam parti apabila mereka yang rapat dengan pemimpin tertinggi mengatur orang-orang sendiri.
“Jelas sekali ramai yang masuk ke dalam PPBM hanya mementingkan jawatan daripada memikirkan permasalahan rakyat dan ini sama sekali bertentangan dengan propaganda yang dimainkan ketika penubuhan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir bekas Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman. 


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Mereka Ini, Golongan Bertuhankan Diri.. -Abd Hadi


ALLAH SWT berfirman:


أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣ الجاثية
  • “Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad SAW) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah (Petunjuk) kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar itu) tidak ingat dan insaf?” (Surah Al-Jathiah: 23)
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang antaranya menghuraikan ayat ini melalui Harakah hari ini..

"Allah Maha Mengetahui bahawa dalam dunia ini tetap ada kalangan orang yang sombong seperti makhluk bernama Iblis yang lebih mengenali Tuhan sehingga berdailog dengannya. Begitulah diceritakan dalam al-Quran, namun Iblis tidak layak mendapat hidayah (petunjuk) ke jalan yang benar, kerana sombongnya sehingga mengangkat diri sendiri. 


"Biarkan dia terjun dengan labu-labu kesombongannya, merasa syok sendiri, merasa dia sangat bijak, sehingga dia mati dengan kesombongannya, disebabkan menjadi kufur menentang Allah.


"Iblis dibiarkan bebas mencari pengikut dan bala tenteranya sehingga akhir hayatnya, khususnya mereka yang sombong hari ini seperti menafikan apa yang diceritakan selepas mati di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera akal, mata dan telinga. Berbeza dengan Iblis yang pernah menyaksikan pun kufur juga dengan sebab sombong." Jelas Presiden PAS itu lagi.

Menurut beliau, makhluk yang zahir nyata pun tidak diketahui semua, termasuk organ yang halus dalam jasad manusia itu sendiri, seperti urat dan saraf dalam biji matanya yang rut beliaupaling dekat. 

Firman Allah SWT:

  وَفِيٓ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٢١ الذاريات 

  • “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti ketuhanan Allah)?” (Az-Dzariyat: 21) 
Allah telah menyebut kalangan ini kepada orang yang beriman dan budiman. Firman-Nya: 

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩الأعراف 

  • “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’araf: 179) 
Menurut Presiden PAS itu lagi..

"Ada kalangan mereka yang menolak adanya Tuhan (Allah), kerana tidak dapat dilihat dengan mata dan didengar dengan telinganya. Padahal dalam dirinya sendiri ada aspek akal dan roh yang ghaib tidak dapat dilihat dan didengar. Kadang-kadang ditunjukkan adanya aspek roh dan akal itu melalui pergerakan anggota jasad dalam melakukan sesuatu mengikut pilihannya, kecuali orang berpenyakit gila tidak dapat mengawal dirinya atau kanak-kanak yang belum matang kejadiannya.

"Namun ada kalangan yang berakal dan bijak tetapi bersifat sombong dan degil menolak perkara-perkara ghaib, kerana berlagak dia tahu segala-galanya. Ada perkara yang tidak mampu dilihat dan dirasa walaupun adanya. Contohnya, dia menyaksikan adanya tenaga eletrik dengan dalil lampu bernyala, kipas berpusing, suaranya kuat luar biasa dan jentera bergerak tanpa dapat melihat tenaga eletrik dengan matanya. 

"Namun percayalah dia tidak berani dan takutkan mati juga kalau lebih menyiasat dengan membelah wayar pembalut untuk disentuh bagi mendapatkan bukti yang nyata. Percayalah dia tidak berani melihat cahaya yang sangat kuat kerana boleh membutakan matanya. Adapun Allah SWT tiada terbanding dengan makhluk ciptaannya.

"Kalangan seperti ini pada zaman dahulu ada yang bergelar ahli falsafah yang menolak adanya Tuhan. Apabila dia terdesak menghadapi bahaya tiada penyelamat, lalu fitrahnya percaya adanya Tuhan dan berdoa. Namun setelah selamat dia kembali sombong lagi. Kalangan mereka menolak para Rasul a.s. pilihan Allah yang bijak dan mulia akhlaknya. Kalangan ini juga menolak Kaabah sebagai tanda kiblat yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. yang disanjung oleh penganut semua agama dengan kepercayaan dan sebutan masing-masing. 

"Namun mereka bersedia menyembah binatang yang bodoh dan menyembah patung batu yang dipahat wajahnya sangat buruk, bahkan wajah dirinya sendiri lebih cantik daripada patung yang dipahat dan diukirnya. Patung itu tidak boleh bergerak sehingga diusung ke sana dan ke mari, jauh sama sekali memberi manfaat dan mudarat.

"Kalangan ini menolak halal dan haram dalam makanan dan minuman berpandukan akal semata-mata, sehingga semuanya dimakan dan diminum mengikut akal sahaja. Tiba-tiba ternyata kajian saintifik hari ini menunjukkan yang haram itu menjadi punca berbagai penyakit.

"Kalangan ini juga menolak hukum menutup aurat yang diwajibkan oleh Islam, tiba-tiba meletakkan solekan dan hiasan diwajahnya supaya berwarna seperti binatang yang dikira cantik seperti monyet dan burung-burung yang tidak berakal.

"Ternyata juga bahawa hubungan tanpa perkahwinan yang diharamkan oleh Islam menjadi sebab berlakunya berbagai penyakit. Adapun yang berhubung melalui pernikahan yang sah mendatangkan berkat kalau mengikut adab dan akhlak." Jelas Presiden PAS itu lagi.



Menentang hukum Allah itu membela pengganas! 

Selain itu menurut beliau, kalangan ini menolak hukum jenayah Islam (Qisas, Hudud dan Takzir) yang syarat-syaratnya sangat ketat tetapi menakutkan bagi tujuan menentang keganasan secara mendidik dengan ilmu Allah. Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka menentang hukum Allah itu membela pengganas. 

Padahal mereka boleh menerima segala jenis pembedahan anggota jasad bagi menyelamatkan jasad seorang manusia yang sakit. Sedangkan hukuman jenayah Islam adalah pembedahan bagi menyelamatkan masyarakat yang ramai jumlahnya.

Kalangan ini juga menolak ayat-ayat al-Quran dan menolak Hadis Rasulullah SAW khususnya perkara yang hikmahnya tidak mampu dicapai oleh akal mereka yang tetap mempunyai kelemahan. Mereka menolak Isra’ Mikraj dan menolak cerita Nabi Ibrahim sedia mengorbankan putera kesayangannya, Nabi Ismail kerana mentaati perintah Allah sebagai satu ujian yang kemudian dibatalkan.  

Al-Quran mendedahkan banyak aspek yang lain dalam sejarah silam yang benar, seperti adanya negara yang membina tamadun di atas kezaliman memperhambakan rakyat yang tidak disentuh oleh pengkaji barat, tetapi tamadun yang dibina berkonsep kezaliman inilah yang dibangga dan dipuja. Kejadian alam angkasa lepas yang dibuktikan benarnya oleh para saintis terkini, sehingga ada saintis yang bertugas di NASA USA, Rusia dan Eropah menganut Islam setelah mengkaji terjemahan al-Quran berkenaan Isra’ Mikraj dan Lailatul Qadar.

Ada juga yang mengkaji al-Quran dan perbandingan dengan kitab-kitab agama lain, sehingga akhirnya mengisytiharkan menganut Islam. Para ahli undang-undang yang bersidang di Belanda selepas Perang Dunia Pertama menjadikan al-Quran rujukan penting bagi menggubal undang-undang antarabangsa dan beberapa Piagam sehingga menjadi contoh kemudiannya mengikut perkembangan dan perubahan.

Ada pun kalangan yang bercakap besar menghina Islam itu loyar buruk sahaja atau ilmuan syok sendiri. Sila siasat latar belakang pengajian dan akhlaknya walaupun berjela ijazahnya?

Apa sangat mereka yang kerdil di Malaysia ini yang mengaku Islam kerana takutkan masyarakat umum, tetapi mahukan Islam tunduk kepada kemahuan akalnya yang lemah dan ilmunya masih sedikit kalau dibandingkan dengan tokoh yang lebih besar telah menerima Islam seperti, Muhammad Asad dan Maryam Jamilah yang asalnya Yahudi, seniman Yusof Islam dan lain-lain yang mengkaji secara perbandingan dengan mendalam dan ikhlas.



Perlu diketahui bahawa banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis dahulunya ditolak kerana tidak dicapai oleh akal manusia dan ternyata salahnya akal manusia dan kajiannya. Setelah adanya penemuan terkini, nyatalah benarnya al-Quran Kitab Allah daripada Ilmu dan Kalam-Nya yang sempurna setelah memakan masa dan generasi. 

Di sinilah arahan Allah kepada orang-orang yang beriman supaya menyerah diri secara mutlak kepada Allah yang Maha Suci daripada kelemahan dan kekurangan dan Rasulullah SAW pilihan Allah dan tidak mutlak kepada yang lain.

Firman Allah:

 إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥١ النور.

  • “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (Surah An-Nur: 51)
Firman Allah:

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٖ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا ٣٦ الأحزاب 

  • “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah Al-Ahzab: 36)
Allah mengajar hamba-Nya yang beriman dan budiman termasuk Rasul supaya berdoa memohon hidayah setiap rakaat solatnya.

اهدنا الصراط المستقيم (الفاتحة)

  • “Wahai Tuhan Kami! Tunjuklah kepada kami jalan yang betul” Adapun mereka yang sombong itu jauh sekali daripada bersolat. Namun Allah memerintah konsep tidak ada paksaan dalam agama dengan firman-Nya: 
لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦ ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧  البقرة 

  • “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut (pelampau sempadan Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali (simpulan) yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (256) Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (257)” (Surah Al-Baqarah: 256-257) 
Allah juga berfirman: 

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٖ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِي ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا ٢٩ الكهف

  • Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu Api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.” (Surah Al-Kahfi: 29) 
Namun Allah membuat keputusan yang Maha Adil pada Hari Kiamat melalui mahkamah-Nya yang dinyatakan:

 ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٦٥ يس

  • "Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yasin: 65)
Terkini kita menyaksikan dengan sedikit ilmu kurniaan Allah manusia dapat mencipta alat-alat rakaman suara dan filem bergerak (video). Maka Ilmu dan Kuasa Allah tiada bandingan. Terpulang kepada mereka yang merasa dirinya sangat bijak supaya muhasabah diri sekarang atau mahu menunggu sehingga tibanya hari kematiannya dan perkara yang dijanjikan itu betul atau tidak.

Kepada orang-orang yang beriman dan budiman cukup dengan para Rasul yang wajib bersifat benar, amanah berakhlak mulia, berani menyampaikan dan sangat bijak yang disaksikan oleh kaum di zaman masing-masing.

Jelas Presiden PAS yang juga seorang tuan guru terkenal di Malaysia.

Firman Allah:

۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ ٤٦ سبأ

  • “Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata (dengan ikhlas), sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad S.A.W.) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46) 
Seterusnya Allah mencabar dengan amaran:

وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٢٣ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ ٢٤ البقرة

  • “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad SAW), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23) Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (24)” (Surah Al-Baqarah: 23-24)

Ayat ini menegaskan bahawa al-Quran adalah mukjizat ilmu bagi semua bidang, lapangan dan jurusannya yang tidak mampu dicipta sepertinya oleh manusia dan Nabi Muhammad SAW adalah pilihan dan perlantikan Allah. Hukuman yang keras kerana balasan tidak mengikut petunjuk Allah Pencipta Alam menyebabkan kemusnahan alam, termasuk manusia sendiri yang menjadi makhluk perosak alam semesta.

Terakhir

Amaram Firman Allah:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم


  • “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian dialam dunia ini) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)
“Sejahtera Bersama Islam”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails