Friday, December 08, 2017

Tun M Main Lagu Lama 'Amanat Hj Hadi' Dalam Artikel Baru..


Catatan Selepas baca tulisan Tun Mahathir ini anda ingat bagaimana tuduhan Liwat kepada Anwar Ibrahim.. sambil tenung mata ke atas anda akan berkata Tun Mahathir ini... mungkin...


1. Ramai kita telah dengar berkenaan Amanat Hadi. Tetapi ramai yang tidak baca, lebih-lebih lagi menganalisa dan memahami isi kandungan amanat ini.
2. Saya telah siar amanat ini dalam blog saya. Tetapi ada baiknya saya perturunkan amanat ini sekali lagi:

Amanat Haji Hadi

“Saudara-saudara sekalian, percayalah. Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.

3. Perkataan-perkataan Hadi dalam amanatnya jelas merupakan hasutan terhadap pengikut-pengikutnya supaya sanggup mati dalam perjuangan menentang pemerintahan UMNO, BN yang didakwa “kafir”.

4. Kerajaan berhak menangkap dan memasukkan dalam tahanan Hadi kerana unsur hasutan dalam amanatnya. Tetapi Hadi mempunyai ramai pengikut yang fanatik yang boleh cetuskan huru-hara dan rusuhan diseluruh negara.

5. Sebab itu Hadi tidak dimasuk ke dalam tahanan.

6. Tetapi antara pengikut fanatik Hadi ialah Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya). Terpengaruh dengan ajaran dan amanat Hadi, Ibrahim merancang untuk menjatuhkan Kerajaan dengan pemberontakan bersenjata. Ia bercadang mengadakan pasukan-pasukan bersenjata ini ditiap-tiap negeri di Malaysia. Bahawa rancangan ini tidak mungkin berjaya tidak dipedulikan.

7. Kerajaan sanggup bertindak terhadap Ibrahim kerana tindakan terhadapnya dipercayai tidak akan mengundang reaksi sebesar tindakan terhadap Hadi. Lagipun jika dibiar, gerakan Ibrahim mungkin menjadi besar dan sukar ditangani oleh pihak berkuasa.

8. Tetapi jangkaan Kerajaan meleset. Persiapan Ibrahim untuk melawan polis sudah sampai ke tahap penggunaan senjata, seperti parang, buluh tajam dan senapang patah.

9. Apabila polis bergerak ke arah rumah Ibrahim, mereka diserang hendap dan empat anggota polis dibunuh dan seorang lagi cedera. Akhirnya polis menyerang balas dan 13 pengikut Ibrahim dan Ibrahim terbunuh.


10. Rusuhan bersenjata oleh Ibrahim dan pengikutnya sehingga sanggup mati ini dipengaruhi oleh hasutan Hadi dan amanatnya. Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu selepas merdeka. Ini bukan cara orang-orang Melayu. Kita boleh faham dan terima tindakan seperti ini di zaman British. 

Di zaman merdeka polis dapat bendung kegunaan senjata dengan rundingan dan pujukan. Ini telah dilakukan beberapa kali dengan jayanya. Tetapi di Memali amat jelas sikap yang ditunjuk oleh Ibrahim dan pengikutnya dipengaruhi oleh kepercayaan mereka berjihad mengikut ajaran dan amanat Hadi. Mereka percaya kematian mereka adalah syahid.

11. Dengan itu PAS telah menanam yang mati tanpa dimandi dan dikapan.

12. Sesungguhnya amanat Hadi dan ajarannya adalah punca tragedi Memali. Hadi patut kesal kerana dialah yang menyebabkan rusuhan dan kematian polis dan orang awam di Memali.

13. Walaupun PAS telah kafirkan musuh politik mereka lebih awal lagi tetapi tidak ada desakan dan hasutan supaya mereka mengganas dan membunuh dalam usaha mereka untuk kemenangan politik. Hanya Hadi sahaja yang membawa fahaman bahawa pembunuhan musuh politik oleh pengikutnya adalah disuruh oleh agama Islam dan kematian pembunuh adalah syahid.

14. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuh. Hadi perlu dihadapkan ke suruhanjaya untuk disoal akan peranannya dan peranan amanatnya. Jika ada orang yang perlu disiasat berkenaan dengan Memali, orangnya ialah Abdul Hadi Awang, pemimpin parti Islam SeMalaysia (PAS).

15. Sekarang Hadi sanggup bekerjasama dengan UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO yang dahulu dikatakan kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

16. Di satu masa Hadi mendakwa UMNO kafir. Bekerjasama orang kafir menjadikan UMNO kafir.

17. Sekarang, sebelum menolak Amanatnya bahawa UMNO kafir, Hadi menjadi penyokong kuat UMNO, kerana tindakan PAS bertanding dalam PRU 14 akan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan dan memberi kemenangan kepada Najib. PAS sendiri akan kalah.

BLOG
TUN MAHATHIR MOHAMAD

Lihat sebelum ini..




Jom! Himpunan Aman, Lepas S/Jumaat Di Kedutaan AS, Sebentar Lagi.

muslimat1


FIRMAN Allah:
‎وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
  • Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Ali Imran: 139)

Pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menukarkan status Baitul Maqdis kepada ibu negara Israel mengundang kemarahan dunia. Pengumuman tersebut dibuat beliau setelah amaran dunia tidak diendahkan beliau.
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap beliau. Dunia bakal menyaksikan kebangkitan besar-besaran umat Islam sebagai balasan terhadap tindakan angkuh Trump mengubah peta dunia.
Sesungguhnya Baitul Maqdis adalah hak orang Islam. Perjanjian damai yang dijanjikan terhadap konflik Palestin – Israel hingga kini dilihat semakin hampir kepada kegagalan malah kehancuran berterusan dijangka berlaku.
Justeru, kami menyeru semua umat Islam menyatakan solidariti ke atas Palestin. Marilah sama-sama kita hadir ke Himpunan Bantahan yang akan diadakan pada hari ini Jumaat 8 Disember 2017 di hadapan pekarangan kedutaan Amerika Syarikat.
Allah swt telah berfirman:
‎لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
  • ”Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah an-Nisa, 148)

Ayuh rakyat Malaysia, kita berdiri teguh bersama Palestin. Baitul Maqdis perlu dipulangkan kepada umat Islam segera!
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Disember 2017 / 19 Rabiul Awal 1439 – HARAKAHDAILY 8/12/2017
Lihat sebelum ini..




Hutang Peneroka Felda Makin Pelik, Penyelesaian Dipayahkan..



Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka. Penyata yang mereka terima menyebabkan mereka terkejut kerana tidak munasabah dan tiada bukti rekod penyebab hutang.

Beberapa bulan yang lalu peneroka mula menyemak baki hutang mereka di Pejabat Pengurusan Felda. Apa yang menjadi masalahnya jumlah hutang yang dicatatkan dipertikaikan dan kegagalan pihak pengurusan membuktikan dari mana datangnya jumlah yang tidak munasabah ini.

Salah seorang peneroka tampil membawa bukti perkara pelik yang berlaku ke atas beliau dan ramai lagi Peneroka yang lain. Pengadu meminta kepada saya agar tidak ketengahkan namanya, ini satu lagi sikap atau mentaliti yang membelenggu sebahagian peneroka Felda. Alasan tidak mahu masalah lain datang kepadanya atau tekanan dari pihak berkaitan selepas ini.

Pengadu yang kebunnya dalam proses tanam semula kali kedua membawa dua helaian catatan hutang sebagai bukti dakwaan hutang 'MISTERI' direkodkan ke dalam akaun penyata hutang beliau. Penyata yang dikeluarkan  ( tarikh cetak ) 4 April 2017 mencatatkan jumlah keseluruhan  hutang RM64,504.53

Hutang ini adalah hutang lama sebelum proses tanam semula kali kedua dilakukan. Setelah berlaku pertikaian jumlah hutang ini, pegawai yang bertugas mencadangkan pengadu membuat surat penolakan kepada ibu pejabat Felda Kuala Lumpur.

Pengadu hanya bersetuju hutang dari akaun C atau dari akaun hutang baja yang berjumlah RM14,285.66 yang gagal dilunaskan dengan cara pemotongan dari hasil BTS yang dihantar melalui pengurusan Felda sejak dari hasil pertama selepas tanam semula kali pertama sekitar tahun 1993.

Pengadu menolak sepenuhnya  dari akaun A atau akaun Pinjaman Pembangunan yang merekodkan RM50,000. Pengadu tidak boleh terima kerana adalah tidak masuk akal selama hampir 22 tahun hanya RM3000 sahaja dapat dipotong. Baki pinjaman direkodkan terkini berjumlah RM47,000.

Hasil carian imej untuk hotel milik felda

Hasil carian imej untuk hotel milik felda

Hasil carian imej untuk nasib peneroka

Imej yang berkaitan

Bayangkan jika dalam proses penolakan ini, beliau meninggal dunia. Apakah status hutang yang dipertikaikan ini akan terus kekal dalam akaunnya? Bagaimana anak-anaknya atau pewaris beliau nanti mampu menafikan hutang ini? Bagaimana pula peneroka yang sudahpun meninggal dunia? Apakah hutang yang direkodkan kepada akaun mereka akan ditanggung sepenuhnya pewaris mereka nanti tanpa ada ruang menolaknya.

Setelah meneliti rentetan isu hutang yang membelenggu sebahagian besar peneroka Felda dan pewaris-pewaris mereka, boleh dikatakan prinsip akaun hutang peneroka felda sekarang ini ada masalah besar. Jika sejumlah RM47,000 dari rekod atau kes pengadu diatas boleh dibuat penolakan kepada ibu pejabat Felda, tidak keterlaluan saya katakan Penyata Hutang Peneroka Felda telah melanggar prinsip perakaunan.

Sebagai jalan meredakan keadaan ini, pihak Pejabat Wilayah Felda Terengganu perlu turun kesemua tanah rancangan di Terengganu untuk menerangkan serta memberi kefahaman kepada peneroka Felda berkaitan masalah ini. Amalan sekarang Penyata yang dikemukan kepada peneka Felda akan dikeluarkan kepada pemeroka yang minta sahaja. Bagaimana dengan peneroka atau anak-anak mereka yang tidak berkesempatan menyemak baki hutang terkini mereka. Adakah mereka terpaksa menerima semua jumlah yang bukan hutang mereka?

Jangan sampai kaedah 'Pukul locong' hutang-hutang dimasukan kedalam akaun Peneroka Felda secara begini. Jika benar ada bukti dan rekod tanggungan hutang mereka sewajanya peneroka atau waris melunaskannya, jika sebaliknya bukan hutang mereka tetapi direkodkan kedalam akaun mereka, perkara ini amat malang kerana melibatkan urusan lain yang tidak sewajarnya berlaku.

Naraza Muda
Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu
07hb Disember 2017




Lihat sebelum ini..

Bukan W/Azizah Tetapi Azmin Calon PM, Bagi PH. Maklumat Dalam PSM?



AIDCNews -07/12/17 –Walaupun Pakatan Harapan (PH) cuba menggambarkan bahawa Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, namun maklumat dalaman yang diperolehi oleh ‘inner circe’ Parti Sosialis Malaysia (PSM) berbeza.
Ia merujuk kepada Keputusan PH yang diketuai DAP semasa pemukiman yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.
Ketua Pemuda PSM, Khalid Mohd Ismath berkata nama Presiden PKR, Wan Azizah tiada dalam senarai pencalonan itu, sebaliknya yang dicalonkan adalah timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Hanya nama Mahathir dan Azmin diletakkan dalam pencalonan sebagai PM. Sangat pelik.
“Mengapa hanya 2 nama ini? Dan dua-dua nama ini sudah cukup banyak sejarah korupsinya,”katanya dalam Facebook.
Khalid Mohd Ismath juga turut mempertikaikan muslihat politik yang dimainkan oleh pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dan sekutu rapatnya, Mohamad Sabu dalam pencalonan PM bayangan PH tersebut.
“Apakah Mat Sabu, Kit Siang tak nampak permainan ini ?
“Moga Pakatan tidak berjaya tawan putrajaya. Lebih banyak mudharat daripada maslahat,”katanya lagi.
Seorang lagi aktivis PSM, Muhamad Harris Nasril menyifatkan usaha PH menwar-warkan nama Dr Mahathir dan Wan Azizah sekadar taktik ‘smoke screen’ sepertimana plot menukar Menteri Besar (MB) Selangor melalui ‘Kajang Move’ empat tahun lepas.
“2014 di Selangor, rancangan PKR adalah untuk menukar MB dengan Azmin Ali. Mereka gunakan Kajang Move sebagai ‘smoke screen’ dengan mencalonkan Azizah sebagai MB.
“Walaupun ADUN Pakatan menyokong Azizah, hakikatnya rakyat kebanyakan menentangmya kerana Azizah tiada aura dan ketokohan.
“Mereka sengaja meletakkan Azizah, yang sebenarnya cuma umpan, yang kemudian bila ditentang, mereka naikkanlah nama Azmin. Tiba-tiba semua jadi setuju. SD (akuan bersumpah) ADUN-ADUN yang mahu Azizah jadi MB dibakulsampahkan begitu sahaja,” katanya.
Tegasnya, ‘Pemukiman PH’ dalam mencalonkan PM adalah sekadar peniruan taktik ‘Kajang Move’ yang dilakukan DAP dan PKR sebelum ini.
“Saya fikir taktik sama diguna pakai dalam kes calon PM Pakatan Harapan. Bila ramai yang menentang Mahathir jadi PM, nama Azmin kemudian akan dicalonkan. Semua kelak akan setuju.
“Padahal, sebenarnya memang Azmin yang mereka mahu calonkan. Mahathir digunakan sebagai ‘smoke screen’. Azmin itu pun memang kita tahu sebenarnya adalah “anak angkat” Mahathir,”katanya lagi.
Lihat sebelum ini..


Thursday, December 07, 2017

PAS Kecam Trump Isytihar Baitulmaqdis Ibu Negara Israel



BANGI, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel sudah mencemarkan kesucian bumi Al-Quds, sekaligus mencabar kesabaran umat Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) berkata, keberanian Trump ini disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab.
“Khususnya kejayaan mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.
“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri, sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru katanya, PAS mengajak kepada semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu menentang pengisytiharan Trump ini.
“PAS mengharapkan Perdana Menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu PAS juga sudah mengarahkan semua ahli untuk hadir himpunan aman membebaskan Baitulmaqdis di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan di setiap negeri masing-masing pada esok, 8 Disember.
Lihat sebelum ini..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails