Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bakal mati kutu lagi lepas ini apabila ketika ini sedang tersepit dalam dua kes yang mungkin akan membuatkan dirinya didakwa lagi dan dihukum kerana rasuah.
Semalam 10 Januari 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menetapkan perbicaraan kes rasuahnya, dan Ahli Perniagaan, Phang Li Koon akan berlangsung selama 23 hari bermula 26 Mac depan.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menyatakan akan mengemukakan 40 orang saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Hadhariah kemudiannya menetapkan tarikh bermula pada 26 Mac – 30 Mac; 9 April – 12 April; 23 April – 27 April; 7 Mei – 10 Mei, dan 21 Mei – 25 Mei sebagai tarikh perbicaraan kedua-dua kes rasuah Guan Eng dan Li Koon.
“Semua tarikh ini mesti diteruskan, tidak seperti tahun lalu, kerana semuanya sudah selesai.
“Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan lima saksi setiap hari pada sesi perbicaraan,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memberitahu mahkamah pihaknya akan melakukan pindaan kecil dalam kertas pertuduhan.
Katanya, pertuduhan baharu itu akan dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh pada hari pertama perbicaraan iaitu pada 26 Mac depan.
Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, manakala Li Koon diwakili Datuk V Sithambaram.
Sekarang, Setiausaha Agung DAP itu tersepit pula dengan kes rasuah projek Terowong Dasar Laut kerajaan negeri yang kini sudah pun berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sehari sebelum pengurusan kes Guan Eng, SPRM bertindak menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan negeri di KOMTAR yang ada kaitan dengan projek pembinaan terowong itu.
Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dokumen yang dirampas dalam serbuan itu bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.
“Kita ambil dahulu semua dokumen berkaitan projek ini untuk meneruskan siasatan serta untuk kaji isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut.
“Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM,” katanya.
Guan Eng bakal buat muka sedihnya nanti apabila mungkin ditahan sekali lagi oleh SPRM kerana rasuah projek ini yang banyak menimbulkan kecurigaan dalam beberapa urusan dan transaksi pengendaliannya. Dengan konflik dalam pakatan, dan kemudian diri sendiri terpalit lagi dengan skandal rasuah, Guan Eng sudah pasti serabut memikirkan masa depan diri dan partinya dalam PRU14 nanti.
Kerana takut, Guan Eng mula serkap jarang tuduh serbuan SPRM adalah angkara Barisan Nasional (BN) yang mahu menjatuhkan DAP di Pulau Pinang.
Lihat sebelum ini..