Wednesday, February 07, 2018

Rafizi Ramli DiPenjara 30 Bulan, Kes Bafia


Rafizi Ramli

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), enam tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan.
Zamri menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan Mohd Rafizi dan Johari gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari dan peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Mohd Rafizi.
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.
Mohd Rafizi, 41, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun bank Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Johari, 47, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta sama. – BERNAMA
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Guna Model Bogel Lariskan Kedai Kopi. Hebat..



APA hebatnya? Seorang pemilik sebuah kedai kopi berdepan dengan hukuman penjara selepas menggunakan model separuh bogel yang hanya menutup bahagian depan badan dengan apron, untuk melariskan perniagaannya.

Pemilik kedai kopi `Coffee On The Day’, Prason Sukkorn kini berdepan penjara tiga hingga lima tahun atau denda sebanyak RM12,000. Gambar-gambar model berkenaan iaitu Arisa Suwannawong, 22, Prason Sukkorn, 21, yang melayan pelanggan dalam keadaan menggoda dan seksi itu dirakamkan oleh Prason.

Gambar itu kemudian menjadi viral hingga mengundang kecaman ramai. Kedai tersebut terletak di Chonburi, Thailand. Prason bagaimanapun menafikan dia mempunyai niat berunsur seks atau menghina sebaliknya hanya merakamkan gambar itu untuk tujuan promosi, apatah lagi kedai itu baru dibuka Selasa lepas.

Sementara itu, polis berkata, Prason mengaku memuatnaik gambar lucah itu dan memberitahu dia tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah menyalahi undang-undang.

“Dia mendakwa tidak tahu ia melanggar undang-undang kerana model tersebut bukan bogel sepenuhnya. Gambar terbabit telah dibuang tetapi kesalahan tetap ada.

“Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan,’’ kata polis.


Dalam pada itu, Arisa dan Minggomut berkata, mereka simpati dengan Prason kerana kejadian itu. Arisa berkata mereka menawarkan diri untuk membantu melariskan perniagaan Prason.

“Saya tidak dibayar untuk melakukannya. Saya hanya mahu membantu. Perniagaan mereka masih baru dan tidak mempunyai pelanggan lagi,’’ katanya yang turut meminta maaf. –(IH) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Samakah dengan artis-artis cantik yang memperalatkan kecantikannya untuk 'cari makan'?  Apakah bedanya dengan 'Lebai Celop DAP'  yang sanggup memperalatkan diinya dengan membelot kepada musuh-musuh Islam dan bangsa sendiri?
*Sekadar Video Hiasan


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?


KEGIATAN bot penambang berkurangan sejak laporan pembongkaran BH mengenai penyeludupan sempadan. - Foto Fathil Asri


RANTAU PANJANG: Kawalan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Kelantan-Thailand sejak tahun lalu, menyebabkan kawasan itu lengang kerana hampir tiada lagi aktiviti menyeberang Sungai Golok.
Tinjauan di sekitar pangkalan haram sepanjang Sungai Golok di pekan Rantau Panjang, hari ini, mendapati puluhan bot penambang tersadai di tebing berikutan tiada pelanggan mahu menyeberangi ke negara jiran.
Rata-rata penduduk kawasan itu mendakwa situasi terbabit berlaku sejak pembongkaran BH mengenai penyeludupan sempadan sehingga ATM menutup 129 pangkalan haram di negeri ini, Julai tahun lalu.
Seorang pengusaha bot penambang yang mahu dikenali sebagai Wan, 40, berkata anggota ATM melakukan rondaan sehingga lima kali sehari di kawasan sempadan menyebabkan orang ramai takut mendekati pangkalan haram untuk menyeberangi ke negara jiran.
Dia yang mengusahakan bot penambang sejak 15 tahun lalu berkata, keadaan itu menyebabkan kira-kira 10 pelanggan sahaja diperoleh sehari berbanding lebih 60 orang sebelum ini.
"Orang ramai sekarang takut untuk mendekati pangkalan haram kerana bimbang akan ditahan pihak berkuasa yang melakukan operasi di kawasan sempadan. Situasi ini menyebabkan saya susah untuk mencari makan kerana bergantung sepenuhnya kepada hasil tambang RM2 seorang untuk menyeberang.
"Hanya beberapa penduduk yang berani untuk membeli-belah. Itu pun pada hari tertentu sahaja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Penduduk yang enggan dikenali mendakwa, orang ramai yang sebelum ini setiap masa menyeberangi ke negara jiran, kini sudah tidak berani berbuat demikian.
Hasil carian imej untuk Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Sempadan Sungai Golok Sunyi, Mengapa?
"Tidak dinafikan, ramai yang melakukan penyeludupan melalui pangkalan haram kerana jarak sempadan yang dekat. Namun sekarang, anggota ATM kerap melakukan rondaan menyebabkan ramai yang tidak berani lagi mendekati pangkalan haram.
Seorang lagi penduduk mendakwa, keadaan sempadan Kelantan-Thailand dilihat lebih aman berbanding sebelum kawalan ketat dilakukan kerana tiada lagi wajah tidak dikenali berulang-alik ke negara jiran dan mungkin membawa masuk barang terlarang. (BH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Exco Barua DAP PP, Takut Didedahkan Perkara2 Ini..



Tindakan Exco hal ehwal agama Islam Abdul Malik Abul Kassim Pulau pinang dari PKR memberi amaran kepada pentadbiran masjid di seluruh negeri itu agar tidak membenarkan ceramah yang diadakan menyentuh bab politik adalah satu tindakan yang tidak demokrasi.
Mereka meniru perangai Umno BN yang pernah mengharamkan Ceramah Politik di Masjid dalam negeri Selangor sebelum ditumbangkan pada PRU 12. 

Abdul Malik berkata "Masjid tidak boleh digunakan untuk parti politik apatah lagi untuk melemparkan pelanggaran lisan dan memainkan isu perkauman dan agama"

Nampak sangat barua DAP ini takut dengan penceramah - penceramah yang turun ke masjid surau menceritakan sikap sebenar DAP yang anti Islam.
Mereka takut rakyat tahu:

1. DAP tolak hudud;
2. DAP tak sokong pindaan RUU355 berkaitan Mahkamah Syariah dibentangkan oleh PAS;
3. DAP sokong pindaan RUU 164 mengenai perkahwinan dan perceraian yang membolehkan Mahkamah Sivil membicara kes perceraian mualaf dan bukan Islam serta over rule segala keputusan Mahkamah Syariah.
4. Ahli Parlimen DAP, Kulasegaran bela kes Indira di Mahkamah yang menyebabkan 3 anaknya Murtad;
5. DAP persoal hukum larang Murtad dalam mahkamah syariah
6.DAP tekad menjadikan Malaysia Negara Sekular;
7. DAP gelar pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik sebagai "syaitan";
8. DAP arah azan di Pulau pinang tidak mengunakan speaker yang kuat. Kononnya ganggu yang bukan Islam.
9. DAP pertikai peruntukkan kerajaan kepada JAKIM
10. DAP pertikai kewujudan JAKIM yang atas alasan tiada dalam Perlembagaan. Penyokong DAP, Siti Kasim mahu JAKIM dihapuskan.
11. DAP bantah Applikasi cegah maksiat "Amar" di Selangor yang memudahkan orang ramai buat aduan kes Khalwat.
12. DAP beri peruntukkan lebih kepada sekolah Cina berbanding sekolah Agama.
13. DAP mahu mata pelajaran Tamadun Islam di hapus di Universiti.
14. DAP tolak bantahan pesta arak dan bangga melaksanakan pesta arak dinegeri itu.
15. Penyokong DAP hina ulama' dengan memberikan pelbagai gelaran buruk.
16. DAP juga takut rakyat tahu kes salah urus tadbir kerajaan Pulau Pinang dalam kes pembinaan terowong, 3 lebuhraya dan laluan basikal dengan kos yang tinggi yang tidak munasabah.
17. DAP gadai tanah negeri atas alasan diberikan kepada pemaju sebagai gantian bayaran tunai untuk projek kerajaan negeri.
18. DAP melakukan projek-projek yang tidak menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar hingga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.
19. DAP merasuah pemimpin Melayu dalam PKR dan PAN dengan jawatan untuk menyembunyikan kejahatan mereka. Ini termasuklah Mat Sabu, Wan Ji, Saifuddin dan Sebagainya.

Banyak lagi dosa-dosa DAP yang mereka takut rakyat tahu jika penceramah menyentuh isu-isu politik. Sewajarnya DAP bersikap gentelmen dan menghormati hak demokrasi untuk rakyat tahu apa yang mereka lakukan terhadap Islam.

Dulu PAS pernah bagi ruang pemimpin DAP, Hannah Teoh memasuki surau di Selangor untuk menyentuh bab politik termasuk berkongsi dasar-dasar kerajaan Negeri.

Tapi bila kita nak dedah kezaliman DAP pula mereka hidupkan balek dasar UMNO yang sudah lama dikuburkan. Perangai double standard ini memang sangat menyedihkan.

Nampaknya Kerajaan DAP pulau pinang sama sahaja dengan Umno. Takut rakyat mengetahui kebenaran.

Kerajaan DAP ini harus diajar dengan orang Islam dinegeri itu menolak mereka dan rakan mereka dalam PAN, PKR dan PPBM dalam PRU-14  Umat Islam pulau pinang perlu bangkit melawan DAP agar mereka tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan umat Islam dan menyebarkan dakyah sekular mereka.

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
4 Februari 2018

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Tuesday, February 06, 2018

JAKIM: Ini Bukti PH Tiada Komitmen Daulatkan Islam. -Dr Kamarul Zaman.



MENONTON Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, tengahari tadi, 6 Februari 2018, menampakkan dengan nyata betapa PH tidak ada komitmen jelas untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.
Di dalam sidang media ini, Tun Dr Mahathir ditanya oleh seorang wartawan mengenai kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dalam portal berita Free Malaysia Today pada 1 Februari lalu bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak berperlembagaan.
Disebabkan JAKIM ditubuhkan sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, wartawan itu bertanya, “apa pendirian PH dengan JAKIM, adakah sekiranya PH memerintah JAKIM itu diperlukan lagi pada pengamatan Tun?”
Agak mengejutkan bila Tun Dr Mahathir gagal mempertahankan JAKIM yang ditubuhkan oleh beliau sendiri dengan hanya menyebut: “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)”.
Malah jawapan Tun Dr Mahathir bahawa “nothing is permanent (tiada yang kekal)” dalam konteks kewujudan JAKIM ini boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud bahawa beliau sendiri pun boleh bersetuju dengan cadangan beberapa pihak supaya JAKIM dihapuskan.
Selain itu, turut ditanya adalah dakwaan Tengku Razaleigh bahawa penubuhan JAKIM ini adalah antara usaha Tun Dr Mahathir “untuk menjadikan Umno lebih Islam daripada PAS” di mana ini dinafikan oleh beliau yang menyatakan “kita buat yang ini bukan kerana PAS”.
Kata Tun Dr Mahathir: “Kita buat kerana kita nak dekatkan kerajaan dengan ajaran-ajaran Islam. Bukan kita nak ambik semua masuk, cuma so that what we do is not in contradiction with the teachings of Islam (supaya apa kita buat tidak bertentangan dengan ajaran Islam)”.
Tidak syak lagi, kenyataan Tun Dr Mahathir ini mengesahkan bahawa pendekatan Islam beliau tidak selaras dengan kesyumulan Islam seperti yang tertera dalam Ayat 208 Surah al-Baqarah, “Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan”.
Kegagalan Tun Dr Mahathir mempertahankan kewujudan institusi Islam seperti JAKIM yang yang ditubuhkan oleh beliau sendiri ini sebenarnya tidak begitu sukar untuk difahami jika kita teliti susur-galur kewujudan cadangan beberapa pihak supaya JAKIM dihapuskan.
Mengikut rekod, orang yang pertama mempersoalkan kewujudan JAKIM ini adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Bendera, iaitu Zairil Khir Johari, yang berbuat demikian dalam portal berita Malay Mail Online pada 27 Jun 2015.
Kata Zairil Khir Johari: “Why do we even have JAKIM (Malaysia’s Federal Department of Islamic Development) when Islam is a state issue? That’s a fundamental question because the authority of JAKIM appears to go against the 9th schedule of the Federal Constitution.”
Ini diikuti oleh satu kenyataan lain oleh Ahli G25, Tawfik Tun Dr Ismail, dalam portal berita The Malaysian Insider pada 9 November 2015 yang mencadangkan JAKIM dihapuskan dengan berkata: “I think JAKIM should be abolished. I don't think JAKIM should exist.”
Menariknya, kedua-dua kenyataan Zairil dan Tawfik ini dikongsi oleh Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, di dalam facebook dan blog beliau yang membawa maksud cadangan penghapusan JAKIM ini turut dipersetujui oleh beliau.
Cadangan Tawfik ini didokong oleh Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, melalui portal berita The Star pada 24 November 2015, malah oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Tariq Ismail, melalui portal berita The Rakyat Post pada 11 November 2015.
Selepas inilah baru cadangan penghapusan JAKIM ini disahut oleh individu-individu lain seperti aktivis-aktivis hak asasi manusia pro-PH, termasuk bekas Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Hassan, dan peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim.
Berdasarkan susur-galur kewujudan cadangan supaya JAKIM dihapuskan, yang dimulai dan didokongi oleh pemimpin DAP, malah oleh pemimpin PPBM sendiri, selain oleh individu-individu yang menyokong PH, inilah kenyataan Tun Dr Mahathir perlu dilihat.
Jika seseorang pemimpin itu mempunyai harga diri maka sudah tentulah beliau akan mempertahankan secara mati-matian apa-apa inisiatif yang dibuat oleh beliau yang beliau fikirkan betul, apatah lagi di dalam mewujudkan institusi Islam seperti JAKIM ini.
Malangnya, demi undi dan demi kuasa, Tun Dr Mahathir tidak ragu-ragu untuk membiarkan legasi beliau dalam soal penubuhan JAKIM ini dilanyak semahu-mahunya, sekali gus menjadikan komitmen Pakatan Harapan untuk mendaulatkan Islam di Malaysia diragui. - HARAKAHDAILY 6/2/2018 DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Satu Lagi Penghina Islam.. Pelakon Lucah Rumahtangga Trump Berantakan?

Hasil carian imej
Pelakon lucah, Stormy Daniels dipercayai menjadi punca Melania Trump menginap di sebuah hotel di Washington selama beberapa malam.

WASHINGTON: Pelbagai spekulasi berhubung keadaan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama isterinya, Melania Trump selepas pendedahan yang mengaitkan jutawan hartanah itu dengan beberapa wanita.

Jurucakap Wanita Pertama, Stephanie Grisham bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai berita palsu.

Hasil carian imej untuk rumah tangga trumph berantakan
Post Pic
Hasil carian imej untuk Stephanie Grisham

"Fokus Melania Trump kini adalah kepada keluarganya dan peranannya sebagai Wanita Pertama dan bukannya terhadap senario tidak realistik yang disebarkan menerusi berita palsu," katanya menerusi Twitter.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley menafikan sekeras-kerasnya beliau ada hubungan istimewa dengan Trump.

Sebelum ini, skandal bersama pemimpin parti Republikan itu yang didedahkan pelakon lucah, Stormy Daniels dipercayai menjadi punca Melania Trump menginap di sebuah hotel di Washington selama beberapa malam.

Wanita tersebut turut membatalkan rancangan pada saat akhir untuk mengikuti suaminya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada minggu lalu.

Selain itu, pasangan terbabit juga dilaporkan seakan terlupa dengan ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka pada Isnin lalu, kerana kedua-duanya tidak menyebut tentang perkara tersebut di media sosial walaupun Trump adalah antara pemimpin yang sangat aktif di Twitter, lapor Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selain Ahok bekas Gabenor Jakarta,  (Lihat Ahok Hina Islam, Kini Dipenjara. Isteri Selingkoh ...) kita lihat pula satu lagi penghina dan penentang Islam.. konon ada kaitan dengan pelakon lucah dan lain-lain, penyebab rumahtangga Trump berantakan?

Tetapi, apa yang penting dinyatakan, pemimpin bukan Islam tiada disiplin dalam pembentukan akhlak mulia seperti yang digariskan oleh agama Islam. Pemimpin Islam mesti mengikut peraturan-peraturannya sendiri, atau akhlak Islam, bukan mengikut perangai orang bukan Islam.

Kerana itulah di Malaysia ada parti Islam, supaya dapat dilihat perbandingan antara parti Islam dan bukan Islam atau sekular.

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

PAS Beri Laluan Khalid Ibrahim Kembali Jadi MB S'gor.




SHAH ALAM – “Pas Selangor sedia beri laluan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding tanpa syarat, namun itu terpulang kepada dia kalau bersedia, kalau dia tak bersedia dengan tawaran itu pun tak mengapa.”
Demikian antara komen Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berhubung tawaran Pas yang bersedia memberi laluan kepada bekas menteri besar Selangor bertanding di mana-mana kerusi tanpa sebarang syarat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurutnya, antara faktor yang menjurus kepada kesedian Pas Selangor itu adalah hubungan baik antara Pas dan Khalid sebelum ini termasuk sokongan Pas dalam melantik beliau sebagai menteri besar Selangor.
“Kita beri tawaran itu pertama sekali kerana kita ada sejarah antara dia dan Pas sebelum ini, malah cara urus tadbir yang dia tunjukkan sepanjang jadi menteri besar sangat baik. Saya rasa rakyat Selangor sendiri pun ada satu keserasian dengan cara dia mengurus yang telus berintegriti.
“Sebelum ini pun, Pas antara yang mencadangkan Khalid sebagai menteri besar sebelum timbul pelbagai isu yang yang melanda dirinya, itu pun telah dibuktikan tidak bersalah di mahkamah. Sebab itu saya fikir Tan Sri Khalid ini sangat dekat di hati rakyat Selangor.
“Pas sebenarnya bukan tamak dalam konteks mahukan jawatan dan sebagainya, kita beri ruang kepada siapa saja yang punya keupayaan. Siapa yang ada kekuatan urus tadbir dan dengan sokongan rakyat, Pas sedia beri ruang untuk berada pada posisi yang sepatutnya dan bersama-sama Pas untuk mengurus tadbir negeri Selangor,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, mengulas kesediaan Pas mencalonkan Khalid sebagai menteri besar jika menawan Selangor, Sallehen menjelaskan perkara itu terserah kepada cadangan pimpinan Pas pusat.
Namun, menurutnya, secara prinsipnya Pas Selangor tiada masalah untuk menyokong Khalid sebagai menteri besar biarpun Khalid tidak bertanding atas tiket Pas.
“Soal calon menteri besar bagi kita bukannya diputuskan di peringkat negeri sebaliknya diputuskan oleh Presiden Pas. Pas Selangor tiada masalah dengan Khalid dan bersedia untuk menerima siapa pun calon menteri besar yang dicadangkan oleh pusat.
“Itu yang boleh saya katakan kerana bukan cara Pas untuk menamakan calon menteri besar terlebih dahulu, cuma secara dasarnya kita tak ada masalah untuk bekerjasama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya – SH
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails