Saturday, February 10, 2018

Azmin Mahu PKR S'gor 21 Kerusi. Itu Punca Gaduh PPBM &Amanah




AIDCNews -09/02/18 -Keghairahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR membolot 21 kerusi DUN merupakan punca perbalahan parti Keadilan itu dengan parti sekutu Pakatan Harapan (PH), PPBM dan Amanah.
Menurut sumber, PKR dikatakan mahu bertanding 21 kerusi DUN dan DAP, 18 kerusi, manakala selebihnya dibahagikan kepada dua parti lain iaitu PPBM (9), dan Amanah (8).
DAP dikatakan berpuas hati dengan pembahagian kerusi itu kerana kawasan DUN majoriti pengundi Cina dan separuh Cina tidak direbut oleh rakan-rakan sekutu PH yang lain.
Pada PRU lalu, DAP bertanding 15 kerusi DUN dan menang semuanya, iaitu DUN Sekinchan (Ng Suee Lim), Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), Teratai (Tiew Way Keng), Balakong (Eddie Ng Tien Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Kinrara (Ng Sze Han), Subang Jaya (Hannah Yeoh Tseow Suan), Bukit Gasing (Rajiv Rishyakaran), Kampung Tunku (Lau Weng San), Damansara Utama (Yeo Bee Yin), Sungai Pinang (Teng Chang Khim), Pandamaran (Eric Tan Pok Shyong), Kota Alam Shah (Ganabatirau Veraman), Teluk Datuk (Loh Chee Heng) dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan).
PKR Selangor di bawah pengerusi PKR negeri, Azmin pula berazam mahu mengekalkan status quo bahawa PKR merupakan parti paling banyak menghantar calon sepertimana PRU 13.
Pada PRU lalu, PKR bertanding di 21 kerusi DUN, menang 14 kerusi, kalah 7 kerusi DUN
Kerusi yang menang di DUN; Ijok (Idris Ahmad), Rawang (Gan Pei Nei), Batu Caves (Amirudin Shari), Bukit Antarabangsa (Azmin Ali), Kajang (Lee Chin Cheh), Seri Setia (Nik Nazmi Nik Ahmad), Taman Medan (Haniza Mohamed Talha), Bukit Lanjan (Elizabeth Wong Keat Ping), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Batu Tiga (Rodziah Ismail), Sementa (Daroyah Alwi), Pelabuhan Klang (Abdul Khalid Ibrahim), Seri Andalas (Xavier Jayakumar Arulanandam) dan Sri Muda (Mat Shuhaimi Shafiei).
Manakala kerusi yang kalah di DUN; Batang Kali (Ramachandran Kandasamy), Permatang (Mohd Yahya Mat Sahri), Bukit Melawati (Manikavasagam Sundram), Kuang (Tenku Maraziyah Tenku Sulaiman), Semenyih (Hamidi A. Hassan), Kota Damansara (Mohd Nasir Hashim) dan Dengkil (Borhan Aman Shah).
Menurut sumber, PKR mahu bertanding di Batang Kali, Permatang, Bukit Melawati, Kuang, Semenyih dan Dengkil telah menjadi perbalahan dengan PPBM.
PPBM menganggap 6 kerusi itu merupakan kerusi UMNO yang sepatutnya menjadi miliknya dalam PRU 14
PKR juga dikatakan berminat untuk bertanding semula di DUN Kota Damansara dan kerusi itu juga turut dituntut Amanah.
Selain itu, PKR dikatakan turut berminat bertanding di beberapa kerusi lagi yang sepatutnya menjadi milik Amanah.
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Friday, February 09, 2018

S'wak Banjir, 57 Sekolah Ditutup. Kerana Tebang Balak Juga Ke?

Banjir: 57 sekolah ditutup di Sarawak
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru. - Foto fail Astro AWANI

KUCHING: Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup dan tidak beroperasi setakat 8 pagi ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru.

"Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 57 sekolah berbanding 55 yang direkodkan semalam," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata jumlah penduduk terjejas banjir juga meningkat kepada 4,444 orang berbanding 4,267 yang dicatatkan malam tadi.
Hasil carian imej untuk banjir serawak
Hasil carian imej untuk banjir serawak
Hasil carian imej untuk banjir serawak

"Semua mangsa banjir ditempatkan di 24 PPS merangkumi Samarahan 106 orang, Serian (1,201), Sarikei (lapan), Sibu (1,175), Mukah (100), Bintulu (1,532) dan Limbang (322)," katanya.

Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sarawak banjir turut menjejaskan operasi klinik kesihatan di negeri ini.

"Banjir mengakibatkan lapan klinik tidak beroperasi iaitu Klinik Kesihatan Ulu Teru serta Klinik Kesihatan Long Loyang di Miri, Klinik Kesihatan Nanga Taroh, Mukah, Klinik Kesihatan Sungai Arip, Sibu, Klinik Kesihatan Tamin, Selangau, Klinik Kesihatan Nanga Tau serta Klinik Kesihatan Sangan di Bintulu dan Klinik Kesihatan Batu Danau, Limbang," katanya.
-- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimSerawak diserang banjir, 57 sekolah ditutup. Kerana tebang balak juga ke, macam Pulau Pinang?


E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Penjagaan Anak Oleh Ibu Bukan Islam. -Presiden PAS



MASALAH ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama sejak zaman dahulu, kerana negara Islam sangat berpengalaman mentadbir masyarakat majmuk. Secara khusus apabila berlakunya perceraian dan masalah hadanah (penjagaan) oleh ibu yang bukan Islam.

Para ulama Mazhab Syafie dan Hanbali dengan tegas mengamalkan konsep berkebajikan dengan mewajibkan pihak Islam hendaklah diberi hak menjaga anak kerana melihat pengawasan Islam terhadap kepentingan anak adalah menyeluruh. 
Bukan sahaja dalam aspek agama dan menyusu anak secara zahirnya, bahkan juga dalam aspek pemakanan yang halal kerana semua makanan yang haram adalah mendatangkan mudarat kepada jasad, roh dan akal kanak-kanak yang dijaga, tanpa menafikan naluri kesayangan ibu terhadap anak secara zahirnya, tetapi tidak ada kawalan terhadap pemakanan yang halal, kerana agama lain tidak mengharamkannya. Di samping itu, aspek akhlak yang berbeza dalam menilai baik dan buruk secara fitrah juga diberi perhatian.

Islam juga memberi jaminan wajibnya ke atas anak menunaikan kewajipan terhadap ibu bapa yang tidak beragama Islam, walaupun anak itu tetap memilih agama Islam. Hukum ini dinyatakan oleh firman Allah:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ١٤ وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ١٥ [لقمان: 14-15]
  • “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kesusahan demi kesusahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka (kedua ibu bapa yang tidak Islam itu) di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)” (Surah Luqman: 14-15)
Mengikut pembacaan saya, ayat yang disebut secara nas seperti ini tidak ada dalam kitab suci agama yang lain daripada Islam. Oleh itu, tidak boleh ada kebimbangan oleh kalangan bukan Islam terputusnya hubungan keluarga dengan sebab menganut Islam.

Adapun Mazhab Hanafi dan Maliki mengizinkan ibu bukan Islam menjaga anak, tetapi dengan syarat jaminan yang sebenar dapat memelihara kesucian akhlak dan fitrah anaknya serta tidak juga memberi makanan yang haram seperti daging babi, meminum arak dan sebagainya.

Pandangan ini berdasarkan kepada negara dan masyarakat yang dilaksanakan Islam sepenuhnya sehingga dapat mengawasi anak tersebut dengan menjaga sensitiviti bapa dan masyarakat yang menganut Islam. Masalahnya, adakah aspek ini dapat dijaga dalam masyarakat yang telah meletakkan Islam tidak ada pengawasannya yang sempurna?

Sepatutnya badan kehakiman yang membuat keputusan hendaklah mengambil kira kedudukan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan, serta bidang kuasa negeri terhadap urusan agama Islam dan peranan Raja-raja yang menjadi Ketua Agama Islam yang menjadi komponen penting dalam negara kita dengan nasihat para Mufti atau Majlis Fatwa masing-masing. Pada masa yang sama, hendaklah menjaga batas hak agama lain yang mensyaratkan menjaga batas keharmonian masyarakat majmuk.

Kerajaan juga hendaklah berani dan tegas terhadap kalangan yang lebih menjaga kepentingan politik perkauman dan fanatik agamanya untuk pilihan raya tanpa mengambil kira aspek yang lain, sehingga melampau apabila mencabar Ketua Polis Negara yang tidak bertanding dalam pilihan raya, tetapi menunaikan kewajipan menjaga keharmonian. Kalangan yang mencabar juga tanpa peduli kepada kebijaksanaan secara ilmu kemanusiaan dan undang-undang yang menghormati semua pihak.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
 Bertarikh: 20 Jamadil Awal 1439 / 6 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 6/2/2018

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Kerusi S'gor: DAP Puas Hati, PKR, Amanah &PPBM Rebut Terus.




AIDCNews -08/02/18 -Jika semalam, DAP Selangor menghantar empat wakil menghadiri mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, namun hari ini tiada seorang pun wakil daripada parti itu dihantar untuk menghadiri mesyuarat susulan yang diadakan petang tadi.
Mesyuarat pembahagian kerusi PH Selangor hari ini hanya dihadiri tiga parti sahaja iaitu PKR, Amanah dan PPBM. Amanah diketuai Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Saari Sungib, PKR diwakili Naib Pengerusi PKR Selangor Xavier Jayakumar, dan PPBM pula diwakili Timbalan Pengerusi PPBM negeri Datuk Sukiman Sarmani.
Ia dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar.
Ketidakhadiran wakil DAP dalam mesyuarat itu disahkan oleh Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin.
“Yang terlibat (dalam mesyuarat hari ini) tiga parti sahaja (PKR, PPBM dan Amanah). DAP tidak ada,”kata Sallehuddin.
Sallehuddin berkata PPBM menuntut untuk bertanding di 12 kerusi DUN yang dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, namun tuntutan itu bertindih dengan PKR.
“Semua 12 (kerusi DUN yang dituntut PPBM) itu bertindih…dengan parti Keadilan,”katanya.
Tambahnya, kerusi yang dituntut Amanah tidak bertindih kerana hanya menumpukan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS pada PRU 13.
“PPBM ditubuhkan untuk bersaing dengan UMNO dan menggantikan UMNO, kerana itulah kita mahu meletakkan calon di 12 kerusi (yang pernah dimenangi UMNO),”katanya.
12 kerusi DUN yang dimenangi UMNO pada PRU 13 adalah; N01 Sungai Air Tawar, N03 Sungai Panjang, N05 Hulu Bernam, N07 Batang Kali, N08 Sungai Burong, N09 Permatang, N10 Bukit Melawati, N12 Jeram, N13 Kuang, N24 Semenyih, N39 Kota Damansara dan N55 Dengkil.
Sallehudin berkata setakat ini tiga DUN yang dimenangi UMNO iaitu Jeram, Sungai Air Tawar dan Dengkil seolah-olah sudah menjadi milik PPBM kerana tiada pertindihan, namun tiada keputusan rasmi dikeluarkan PH Selangor.
Semalam, DAP menghantar empat orang wakil menyertai mesyuarat pembahagian kerusi PH Selangor.
Ia diketuai Gobind Singh Deo (Timbalan Pengerusi DAP Selangor) dan disokong oleh Ean Yong Hian Wah (Setiausaha DAP Selangor), Lee Kee Hiong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Selangor) dan Dr Abdul Aziz Bin Bari (Ahli Jawatan DAP Selangor yang dilantik).
Bercakap kepada pemberita, Gobind Singh berkata pihaknya berpuas hati dengan pembahagian kerusi PH Selangor yang telah berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN.
Gobind berkata mesyuarat penyelarasan PH Selangor telah bersetuju untuk memberi laluan kepada parti-parti DAP, PKR dan Amanah yang memenangi PRU ke-13 bertanding semula pada PRU 14.
Pada PRU 13, DAP memenangi 15 kerusi DUN Selangor menjadikan parti itu paling dominan dalam kerajaan negeri tersebut.
15 DUN yang dimenangi DAP itu adalah; N04 Sekinchan, N06 Kuala Kubu Baharu, N22 Teratai, N27 Balakong, N28 Seri Kembangan, N30 Kinrara, N31 Subang Jaya, N34 Bukit Gasing, N35 Kampung Tunku, N36 Damansara Utama, N44 Sungai Pinang, N47 Pandamaran, N48 Kota Alam Shah, N56 Sungai Pelek dan N52 Telok Datok.
Walau bagaimana pun, DAP Selangor kehilangan satu kerusi apabila ADUN Telok Datok, Loh Chee Heng keluar parti.
Gobind berkata hanya parti-parti PH yang menuntut kerusi bertindih perlu hadir dalam mesyuarat hari ini.
“Jadi apa yang kita lakukan kita sudah senaraikan kerusi-kerusi yang tuntutan bertindih dan untuk kerusi-kerusi itu terpulang kepada berapa pihak yang menuntut, kita adakan perbincangan bersama dengan parti-parti itu secara berasingan dulu, ” katanya.
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Tun M Pengerusi, Tetapi DAP Berkuasa. Apa Guna?

Kantoi... PH Sendiri Boikot PRU Protes Mahathir Jadi PM

KUALA LUMPUR – “Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, tapi hakikatnya DAP yang berkuasa di belakang tabir”

Demikian pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung struktur kepimpinan Pakatan Harapan ketika ini. Beliau menjelaskan perkara itu dalam satu wawancara oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.


Abdul Hadi turut meminta masyarakat Cina mesti menolak parti yang agresif terhadap Melayu seperti DAP. Menurut beliau, DAP mengancam hubungan kaum di negara ini kerana bersifat rasis dan tidak menghormati hak orang Islam.


“Parti-parti Cina saling bersaing mendapatkan undi Cina. Mereka saling menunjukkan sikap anti Islam walaupun berulang kali diberi penjelasan.

“Walau hujah mereka rapuh tapi tetap membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran,” katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu menerangkan, Pakatan Harapan sibuk menyerang PAS kerana gagal menundukkan PAS. Menurut beliau, Pakatan Harapan menyerang PAS kerana hanya PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Mahathir dan DAP.


“Kita dapat menghidu sejak dari awal khususnya selepas DAP menang banyak kerusi.

“Ketika itu DAP bersikap lantang dan tidak menghormati hak orang Islam dan sering memainkan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan kaum,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu HasyimMahathir pengerusi tetapi DAP paling berkuasa! Kalau begitu, apa guna.. Demi kuasa sanggup menjadi pengkhianat agama, bangsa dan tanah air.

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Di Sebalik Nama Tun M, Tapi DAP Berkuasa -ABd Hadi.


KUALA LUMPUR – “Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, tapi hakikatnya DAP yang berkuasa di belakang tabir” Demikian pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung struktur kepimpinan Pakatan Harapan ketika ini.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam satu wawancara oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini. Abdul Hadi turut meminta masyarakat Cina mesti menolak parti yang agresif terhadap Melayu seperti DAP. Menurut beliau, DAP mengancam hubungan kaum di negara ini kerana bersifat rasis dan tidak menghormati hak orang Islam.

“Parti-parti Cina saling bersaing mendapatkan undi Cina. Mereka saling menunjukkan sikap anti Islam walaupun berulang kali diberi penjelasan.
“Walau hujah mereka rapuh tapi tetap membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran,” katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu menerangkan, Pakatan Harapan sibuk menyerang PAS kerana gagal menundukkan PAS. Menurut beliau, Pakatan Harapan menyerang PAS kerana hanya PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Mahathir dan DAP.

“Kita dapat menghidu sejak dari awal khususnya selepas DAP menang banyak kerusi.
“Ketika itu DAP bersikap lantang dan tidak menghormati hak orang Islam dan sering memainkan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan kaum,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..


E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Thursday, February 08, 2018

Islam Tiada Kasta, Ulama Tak Suci Seperti Paderi -Presiden PAS

hadi-awang


PETALING JAYA: PAS tidak berhasrat melaksanakan sistem kasta agama di negara ini kerana Islam melarang kasta yang menyaksikan golongan ulama tidak suci dan perlu bertaubat jika melakukan dosa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik portal rasmi PAS, Harakahdaily sebagai berkata, Islam sudah menghapuskan kasta, tidak seperti agama lain yang mengamalkan kasta dengan menganggap paderi suci.
Presiden PAS itu berkata, Islam menentang diktator dan teokrasi yang menjadikan agamawan sebagai pemimpin mutlak, tetapi agama itu mengawasi demokrasi.

“Demokrasi itu hak rakyat. Tapi rakyat jangan dibeli. Rakyat jangan dipengaruhi. Kalau majoriti rakyat yang jahil dipengaruhi, demokrasi dah jadi tak betul. Islam menguasai demokrasi,” katanya dipetik Harakahdaily.

Hadi turut menafikan beliau pernah mencadangkan penubuhan 2 Kabinet yang diasingkan kepada Islam dan bukan Islam, jika PAS berjaya menguasai Putrajaya.

Beliau berkata, apa yang dikatakannya ialah pembahagian tugas yang biasanya berlaku dalam kerajaan.

“Dua kabinet itu tak betul. Bukan 2 kabinet. Pembahagian tugas. Biasalah dalam kerajaan, ada menteri, timbalan menteri, perdana menteri, menteri tugas-tugas Khas.
“Ada menteri yang dia pantau kementerian-kementerian. Itu biasakan pembahagian? Bukan 2 kabinet, itu dia tak faham, tak faham ulasan saya, tak faham.”

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Kabinet yang dimaksudkannya terdiri daripada mereka yang mengamalkan ideologi negara dan sebaliknya.

“Dalam negara moden hanya mereka yang menganut idealogi negara sahaja boleh jadi menteri Kabinet. Kalau Demokrat, semua Demokrat. Republikan, semua Republikan. Barisan Nasional, semua Barisan Nasional.
“Kalau kita kerajaan teknokrat, orang kanan yang lain boleh jadi menteri, dia ada kepakaran.
“Itu kena faham. Bukan makna 2 (Kabinet), itu tak, ulasan itu tak kena.”

Ahad lalu, ada portal berita melaporkan Hadi mencadangkan penubuhan 2 Kabinet, iaitu pemimpin Islam berperanan membuat keputusan mengenai dasar negara, manakala bukan Islam pula bertanggungjawab melaksanakan dasar kerajaan
(TKO)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..


E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails