Friday, March 23, 2018

Gadis Pukul Tentera Israel Dipenjara 8 Bulan


Ahed Tamimi, 17

SEORANG gadis Palestin ini, Ahed Tamimi, 17, yang mengejutkan dunia kerana keberaniannya menampar dua askar Israel di Tebing Barat pada Disember tahun lepas, telah dihukum penjara selama lapan bulan oleh mahkamah tentera Israel.

Keputusan dibuat selepas peguam Ahed, Gaby Lasky berjaya mencapai perjanjian dengan pendakwaraya.
Menerusi perjanjian itu, Ahed bersetuju untuk mengaku salah di atas empat daripada 12 tuduhan yang dikenakan ke atasnya iaitu melakukan serangan, menghasut dan dua tuduhan menghalang tugas.
Selain Ahed, ibunya Nariman Tamimi dan sepupunya, Nour turut didakwa. Nariman turut dihukum penjara selama lapan bulan dan hukuman berkenaan dicapai juga menerusi perjanjian yang dicapai antara Lasky dengan pendakwa.
Manakala Nour pula hanya dikenakan hukuman penjara 16 hari dan memandangkan dia ditahan melebihi tempoh tersebut, maka Nour dibebaskan.
Sepanjang perbicaraan, kesemua mereka diarahkan ditahan di penjara. Kes itu dibicarakan secara tertutup di mahkamah tentera dengan alasan Ahed masih bawah umur. Meskipun Lasky memohon supaya ia diadakan secara terbuka namun ditolak mahkamah.
Kes tersebut mendapat perhatian dunia dan tindakan Ahed, yang memukul tentera Israel itu, telah menjadikan dia sebagai wira serta disanjung tinggi oleh penduduk Palestin kerana berani menentang kezaliman rejim berkenaan.
Video Ahed menampar dua tentera Israel itu menjadi viral. – MYNEWSHUB.CC
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Thursday, March 22, 2018

Mahathir! Berapa Juta Bayar Media Asing Guling BN?




SABOTAJ… Dalam sidang media di Parlimen pada Selasa lalu, akhirnya Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui berjaya menggunakan bantuan media asing memainkan persepsi jahat tentang isu 1MDB.

Pengakuan secara terbuka itu sudah membongkar plot konspirasi siapakah dalang sebenar ubah dokumen diperoleh menerusi Xavier Andre Justo untuk mereka cerita palsu mengenai 1MDB sebelum ditularkan luas di luar negara.
Malah pada tahun 2015 lagi, laman Facebook Kelab Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) sudah mengesahkan menerusi satu posting bahawa Mahathir ada bertemu Justo untuk ambil dokumen terbabit sebelum diedit semula.
Pentadbir akaun SSTDM tersebut dengan penuh perasaan bangganya turut ada menulis: “Kalau sekadar untuk pengesahan, apa salahnya… takkan nak terima saja tanpa dokumen pengesahan melalui perjumpaan empat mata…”.
Pada tahun 2015 lagi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama dengan bantuan Polis Diraja Thailand telah menyiasat Justo yang juga bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi itu dan asalnya ia sekadar kes biasa sahaja.
Namun dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat gerakan penggulingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menerusi pengubahsuaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi.
Menerusi transkrip sembang Whatsapp telefon bimbit Justo sendiri turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pembangkang, orang kanan Mahathir dan editor portal Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown.
Mereka ternyata berkonspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia dengan mengunakan dokumen palsu itu. Malah dalam satu temubual dengan akhbar The Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Mahathir.
Tokoh pembangkang itu dirujuknya sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk ambil dokumen tetapi akhirnya tidak pula bayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.
Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire berkata mahu raikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak, bahkan wanita British tersebut dilaporkan telah berjumpa secara rahsia dengan Mahathir selepas itu.
Bukan sekali jumpa berswafoto tetapi berkali-kali termasuklah di London semasa sambutan Hari Raya Puasa pada tahun lalu. Dengan pengakuan terbuka Mahathir di Parlimen dua hari lepas itu, ia mengesahkan segala-galanya!
Siapakah dalang terbesar yang beria-ria mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi jika bukan Mahathir. Beliau sengaja mahu mempergunakan isu 1MDB sebagai bahan modal politik bagi menumbangkan kerajaan demokratik.

Baca: PH Komplot Dengan Media Asing Guling Kerajaan?

Juga: Ancaman Serius Berita Palsu Didalangi Media Asing

Serta: 1MDB Modal Pembangkang Kering Isu – Arul Kanda


1MDB bukanlah isu sebenar pun. Duit RM42 bilion yang didakwa Mahathir konon sebagai hilang tidak pun hilang. Kapal layar, lukisan mewah dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar.
Ini termasuklah dakwaan jahat konon RM430 juta dana 1MDB yang disorok di pelbagai bank di Switzerland, juga tidak benar apabila sudah dua kali ditolak oleh jemaah Kabinet dan Parlimen Switzerland sendiri minggu lepas.
Semua ini hanya cerita rekaan kerana segala laporan dan sumber yang diguna pakai untuk projek tumbangkan Najib itu adalah semata-mata berdasarkan dokumen yang sudah diubah suai oleh pihak Sarawak Report semata-mata.
Malah portal propembangkang terkenal The Malaysian Insider yang aktif sebar cerita itu pun sudah ditutup apabila pendedahan eksklusif Justo ini dibuat dan tidak dijangka oleh pihak peminpin pakatan pembangkang sendiri.
Lebih lucu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq juga sudah bocor rahsia bahawa Mahathir memang memberi AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk bayar pihak media asing sebagai kempen propaganda tumbangkan kerajaan BN.
Paling kelakar, sebelum ini pada 10 April 2016, Mahathir dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar mingguan terkenal Australia, The Weekend Australian turut mengakui ada menjemput campur tangan asing di Malaysia.
Jadi, apa yang Wan Saiful Wan Jan yang baru dua, tiga hari masuk PPBM kemudian mendedahkan tentang campur tangan asing menerusi Cambridge Analytica membantu BN akhirnya terkena batang hidung anak Mahathir sendiri.
Puas Mukhriz Mahathir ‘bersilat’ menafikan, tetapi akhirnya ‘peluru’ yang ditembak oleh Wan Jan itu memakan diri sendiri apabila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz dulu tampil secara terbuka mendedahkan cerita sebenar.
Ramai ahli sudah keluar PPBM kerana tahu agenda peribadi Mahathir ini. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun. Mahathir sebenarnya tidak puas hati apabila kroninya tidak lagi dapat berbilion ringgit menerusi projek kerajaan.
Kerana hendak anak sendiri dilantik jadi perdana menteri, kerana agenda kroni, Mahathir sudah jadi pengkhianat bangsa waima negara sendiri. Undang campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini.
Malaysia belum lagi dijajah oleh China seperti yang sering didakwa pembangkang. Yang terjajah dan tergadai adalah pakatan pembangkang Malaysia. Mereka sudah tergadai kepada ‘tangan’ asing! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Dr. M Akui Minta Pertolongan Asing.


Hasil carian imej untuk dr  mahathir
AIDCNews -21/03/18 – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui meminta pertolongan asing, terutama media luar untuk membangkitkan perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr. Mahathir mendakwa perkara itu terpaksa dilakukan kerana media tempatan tidak melaporkan isu berkenaan..
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Mana Agenda Islam Dalam Janji Pakatan Harapan?

Benarkah Tiada Agenda Islam Dalam Janji 100 Hari Pakatan Harapan Seperti Dikatakan Pas

BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Melihat kepada janji  Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sangat menimbulkan kegusaran apatah lagi langsung tidak menyentuh aspek Islam.

Mengulas berkaitan janji 100 hari gabungan parti itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Aminuddin Yahaya berkata, ia agak merisaukan apabila janji-janji tersebut tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.

“Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?

“Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.

“Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan yang diumumkan semalam. Antara yang dijanjikan ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.

Gabungan itu turut berjanji untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.

Apapun janji mereka Tuan Aminuddin berkata, beliau tidak dapat  pastikan sekiranya ada terselit janji yang menyentuh soal Islam.

Tetapi dari maklumat media sosial katanya, ia jelas ia tidak menampakkan agenda islamisasi PH.

“Di kala Islam ditekan di sana sini oleh golongan Liberal, LGBT, Evangelist dan pelbagai lagi, ia seolah-olah tidak dilihat secara serius oleh PH. Perjuangan mereka hanya berlegar dari aspek maddi sedangkan  aspek rohi dan pembinaan manusia seperti ditinggalkan,” katanya

Oleh 
Siti Fatimah Ishak


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Tren Laju Rentas Borneo, Brunei Mahu Bina..

Brunei Mahu Bina Tren Laju Rentas Borneo


BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei kemungkinan besar bakal membina sistem kereta api laju rentas Borneo dengan melibatkan negara itu bersama-sama jirannya Malaysia dan Indonesia.

Media tempatan melaporkan berita gembira tersebut diumumkan oleh Menteri Perhubungan Brunei, Awang Abdul Mutalib Mohammad Yusof ketika sesi persidangan Majlis Mesyuarat Negara bagi hari ke-11 di sini, semalam.
Beliau malahan menyambut baik cadangan pembinaan tren berkenaan yang melibatkan Brunei dengan jirannya iaitu dua negeri Malaysia, Sabah dan Sarawak serta wilayah Kalimantan Barat, Selatan dan Utara di Indonesia.
“Insya-Allah, perkara ini mungkin terlalu awal untuk diberi sebarang ketetapan tetapi ada platform BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur) yang sudah diwujudkan sejak 1994.
“Di sini pelbagai kementerian atau pihak berkenaan secara berkala akan ada membuat perjumpaan setahun sekali bagi membincangkan sebarang isu berbangkit demi kesejahteraan semua negara yang terlibat,” jelas beliau lagi.
Awang Abdul Mutalib menyatakan demikian ketika mengulas mengenai cadangan pewujudan sistem pengangkutan awam rel pantas tersebut yang diusulkan oleh seorang anggota majlis mesyuarat tempatan, Mohamed Osman.
Majlis itu dianggap seumpama Parlimen, memandangkan Brunei tidak amal sistem politik pilihan raya; diwujudkan pada 2004 lalu oleh Sultan Hassanal Bolkiah sejajar dengan ideologi rasmi negara iaitu Melayu Islam Beraja.
Mengulas lanjut, Awang Abdul Mutalib menambah, pada peringkat kerja, perjumpaan diadakan dua kali setahun untuk membincangkan perkara besar seperti itu supaya kepentingan bersama semua empat negara terpelihara.
Untuk rekod, projek mega tersebut pernah dicadangkan Malaysia pada tahun 2000 melibatkan jarak keseluruhan 3,640 kilometer dengan kos dianggarkan bernilai RM30 bilion dan ia sepatutnya siap dibina pada 2010 lalu.
Ia dirancang menghubungkan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Beaufort di Sabah; Miri, Bintulu, Serian, Sibu, Kuching di Sarawak serta Banjarmasin, Sampit, Balikpapan, Pontianak, Samarinda, Palangkaraya di Kalimantan.
Di Brunei, sistem itu dicadang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini selain pelabuhan laut dalam utama di Muara yang juga dermaga persinggahan banyak kapal persiaran penumpang dari luar negara.
Malangnya, projek tren laju tersebut tidak dapat diteruskan pada ketika itu atas pelbagai faktor tertentu sebelum dibangkitkan semula oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika merasmikan sistem kereta api Borneo pada 2015.
Projek prasarana tren pertama di Kalimantan itu mendapat kerjasama firma JSC Russian Railways dari Moscow, Rusia dengan meliputi dua laluan jarak sepanjang 398 kilometer bernilai AS$3.7 bilion (kira-kira RM14.5 bilion).
Pemimpin republik tersebut dikatakan berhasrat mahu menyambungkan laluan kereta api tempatan itu dengan turut menembusi negara tetangganya sekali gus merancakkan kepesatan ekonomi rantau BIMP-EAGA kelak.
Ia juga mengambil model kejayaan pembangunan sistem tren rentas sempadan antara Malaysia-Thailand dan Malaysia-Singapura termasuk projek kereta api laju melibatkan negara terbabit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

*Video bawah sekadar hiasan…

Azmin Malukan 3 Exconya Dari PAS.




AIDCNews -21/03/18 –Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah memalukan tiga Exco Kerajaan Negeri dari PAS, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi.
Beliau berkata perkara itu berlaku semasa sambutan 10 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Melawati, Shah Alam pada 18 Mac lalu.
“Semua exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini, kecuali exco-exco daripada PAS.
“Sedangkan dia (Azmin) minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang exco kita dimalukan dalam program itu,” katanya semasamerasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kemaman.
Mengulas mengenai isu sekatan peruntukan untuk wakil rakyat PAS, Sallehen berkata tindakan itu mencerminkan Azmin tidak bergantung kepada pertolongan Allah dan hanya “bergantung dengan duit” dan “makhluk” untuk terus berkuasa.
“Hari ini kita (wakil rakyat PAS) dinafikan mendapat peruntukan kerajaan negeri Selangor.
“PAS Selangor sama dengan PAS Terengganu yang tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri masing-masing.
“Mungkin Azmin Ali berfikir dengan dia tidak beri peruntukan kepada kita, jadi payah untuk kita hendak jinakkan hati orang (berkempen untuk PAS).
“Maknanya, dia (Azmin) tidak bergantung kepada Allah tetapi bergantung dengan duit, dengan makhluk,” katanya.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Skandal Tanah Ijok Dedah Azmin Terpalit Korupsi?

Skandal Tanah Ijok Dedah Azmin Terpalit Korupsi?


SEMALAM jutaan rakyat Selangor gempar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertidak menahan enam individu kerana skandal tanah rakyat marhaen di Ijok.

Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada beberapa buah syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu menimbulkan kontroversi dan dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka kawasan tersebut sendiri.
Lima buah syarikat tersebut dikatakan menerima habuan transaksi wang tunai berjumlah kira-kira RM200 juta iaitu masing-masing mendapat lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.
“SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang dipetik oleh semua media tempatan.
Siapa Datuk yang berada di luar negara itu? Apakah Datuk itu ada kaitan dengan Azmin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad? Media difahamkan baawa Datuk itu adalah Khairuddin Abu Hassan yang mempunyai dua syarikat.
Orang kuat Mahathir itu sendiri memiliki syarikat yang dirujuk sebagai Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. Khairuddin secara kebetulan merupakan bekas pengarah eksekutif dua syarikat tersebut.
Pada 14 Februari 2018, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pernah mempersoalkan kenapa Azmin tergamak menyerahkan tanah peneroka di Ijok itu kepada dua syarikat ini.
“Apa justifikasi Azmin serah kepada mereka walhal keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk ambil semula tanah itu” kata Abdul Rahman.
Semasa Azmin jadi Menteri Besar pada 2014; sebelum Mahkamah Persekutuan dengar rayuan kes ini, dua syarikat itu dan beberapa pihak berkaitan ada membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam pada 22 September 2015.
Ia untuk menjual tanah kira-kira 880 hektar dengan harga RM1.18 bilion. Pada 17 Mei 2016 Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan Selangor bersetuju membatalkan kes ini.
Azmin seterusnya menyerahkan semula tanah itu kepada Mujur Zaman dan LBCN Development dengan syarat wajib dalam perjanjian penyelesaian itu bahawa penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam berkenaan.
Khairuddin pula adalah bekas pengarah eksekutif kepada kedua-dua syarikat tersebut. Untuk rekod tanah peneroka di Ijok yang dijual itu adalah berkeluasan 2,198.4 ekar dengan harga RM1.18 bilion mengikut nilai pasaran semasa.
Sejumlah 981 peneroka dibayar hanya RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua buah syarikat swasta yang terbabit. Mana baki lagi RM758.6 juta hilang? Difahamkan semalam, wang bernilai RM36 juta sudah dibekukan.
Ia dipercayai adalah hasil daripada skandal tanah di Ijok. Maknanya ada lagi baki sejumlah RM722.6 juta. Apakah wang baki itu sedang dibawa lari di luar negara oleh Datuk tersebut untuk tujuan penggubahan wang haram?
Azmin tidak jawab langsung hal skandal tanah di Ijok ini. Malah lebih lucu apabila Azmin dilanda dengan skandal tanah di Ijok dan krisis air di Selangor, apa yang dibuat Azmin adalah cari simpati dengan balut tengkuknya sahaja.
Skandal rasuah berpisah tiada dengan Azmin. Skandal tanah di Ijok melibatkan wang peneroka ratusan juta ringgit. Bukannya satu jumlah kecil. Takkanlah wang itu sanggup dibawa lari ke luar negara untuk dibuat dana pilihan raya?
Apa kejadahnya kerajaan Selangor terpaksa guna duit peneroka itu hendak kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14? Ini bukan kali pertama skandal rasuah menyelubungi pentadbiran Azmin di Selangor.
Pada 14 April 2017, SPRM telah menahan pemimpin PKR Cabang, Adam Rosly yang memiliki kekayaan meragukan dan mempunyai “banglo Disneyland” berharga RM4 juta di Ampang dalam lingkungan kawasan penduduk miskin.
Pada 30 November 2017, anak saudara Azmin ditahan SPRM kerana skandal projek lombong pasir dan wang berjumlah RM4 juta dibekukan. Ia malahan menjadi punca banyak siri banjir kilat di negeri tersebut selama ini.
Bahkan lebih unik rakyat kena tahu, hanya kerajaan Selangor sahaja yang masih belum tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diusahakan oleh pihak SPRM. Apa yang Azmin takut sangat dengan ikrar mudah tersebut?
Takut kerana skandal rasuah dengan Azmin berpisah tiada. Bukan sedikit yang hilang dalam skandal tanah di Ijok, melibatkan wang berjumlah RM758.6 juta wang rakyat. Bukan sedikit juga wang yang kerajaan BN beri pada Azmin.
Ia sepatutnya untuk selesaikan masalah bekalan air berjumlah RM22.3 bilion. Patutah, Azmin disaman sejumlah RM14 bilion oleh Puncak Niaga kerana melengah-lengahkan pengstrukturan semula syarikat air di Selangor.
Entah-entah mungkin ada wang yang diminta untuk ambil alih syarikat air itu pun lesap juga. Kebarangkaliannya ada. Rakyat Selangor harus bangkit dan tukar kerajaan Azmin yang ternyata angkuh sombong di Selangor ini.
Air terawat tiada, Azmin tidak mahu mengaku, malah mahu humban pula Menteri dan KSU KeTTHA ke dalam empangan konon banyak air mentah, padahal margin simpanan air sudah dirawat sebenarnya sifar peratus!
Skandal rasuah dan krisis air, dua sebab utama untuk rakyat Selangor tukar kerajaan yang sedia ada di Selangor. Ayuh rakyat Selangor, jom UBAH pada PRU ke-14 nanti… Ini kalilah!!! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails