Friday, April 13, 2018

LGE Nak Hapus Tol Jambatan? He He He, Dok Buat Lawak Lagi..

Naik Tol Sg. Nyior, LGE Lawak Hapus Tol Jambatan

BAGI rakyat Pulau Pinang khasnya pengundi di kerusi Parlimen Bagan, mereka tentunya maklum dengan janji wakil rakyatnya, Lim Guan Eng konon mahu hapus tol laluan Sungai Nyior pada 2008.

Itu kisah lama ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan sehingga hari ini, tol di lebuh raya itu yang merupakan sebahagian Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), bukannya dimansuhkan malah naik lagi lebih 100 peratus.
Selepas menang lagi PRU ke-13 pada 2013, Ketua Menteri itu membiarkan sahaja penduduk menanggung azab apabila kadar tol meningkat daripada hanya 50 sen ketika era Barisan Nasional (BN) kepada RM1.20 mulai 2015.
Justeru apabila Setiausaha Agung DAP itu menerusi akaun sosial Facebook rasminya pada Jumaat menulis konon mahu hapus tol Jambatan Pulau Pinang jika masih menang PRU ke-14, ramai netizen ketawa terbahak-bahak!
Apakah Pakatan Harapan (PH) cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan janji kelakar tersebut semata-mata kerana takut dengan manifesto BN negeri itu mahu mansuh tol motosikal di dua jambatan berkenaan.
“Undi BN, hanya tol motosikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan. Undi Pakatan Harapan, selepas kita mengambil alih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan,” kata Guan Eng dengan nada angkuh.
Tol Motosikal Di Jambatan Dihapus Jika Tawan P.Pinang
Hakikatnya semua maklum, manifesto PH yang diumumkan baru-baru ini tidak pun mahu menghapuskan tol lebuh raya kerana didakwa konon masih lagi murah di dunia, bahkan mereka buat pusingan U untuk terus kekalkannya.
Ini berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 2009, lapan plaza tol sudah berjaya dimansuhkan dengan paling baharu, empat lagi mulai 1 Januari lalu.
BN juga memastikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan yang dianggap nadi Semenanjung Malaysia tidak naik setiap lima tahun sebagai mana dilakukan ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu hingga menyusahkan rakyat.
Malahan lebuh raya baharu, Pan Borneo menyambungkan Sabah dan Sarawak yang dibina juga bebas tol selain lebuh raya hubungan tengah antara Pahang dan Kelantan juga tiada kutipan tol apabila siap dibina kelak.
Sebaliknya, tiga lebuh raya baharu di Lembah Klang yang dibina dengan kerajaan negeri pimpinan PKR ada kepentingan dijangka mengenakan tol di samping projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Inilah realiti dan semua maklum janji PH tidak boleh dipercayai seperti mana dinyatakan Mahathir sendiri kerana mereka tahu, ia adalah pembohongan semata-mata. 
BN pun sama, tahan pelaksanaan  lebuhraya timur barat, sekat royalti minyak Kelantan, tolak perundangan Islam hudud yang diamanahkan pengundi Kelantan kepada PAS. Dan lain-lain durjana lagi.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik Islam di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga ke akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Kini DAP memakai selimut PKR pula.

Ini, 'Kejayaan' Atlet Sukan Telanjang Dari M'sia

 GIMNAS negara, Amy Kwan dan rakan bantu negara menangi perak pada acara gimrama berpasukan pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, semalam.


SUKAN

Gimrama berpasukan raih perak 

GOLD COAST: Gimnas negara, Amy Kwan, Koi Sie Yan dan Izzah Amzan memperaga persembahan mengagumkan untuk memenangi pingat perak gimrama berpasukan pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, semalam.

Trio gimnas itu mengumpul 127.950 mata untuk berakhir di belakang pemenang pingat emas dari Cyprus (130.625) manakala Australia meraih gangsa dengan 120.800 mata.

Amy berada dalam pasukan yang memenangi pingat gangsa pada edisi Glasgow 2014 manakala bagi Sie Yan dan Izzah, ia adalah penampilan pertama mereka pada temasya sukan kedua terbesar dunia itu.


Lain-lain Dari Malaysia

Jun Hoong, Pandelela gagal teruskan rentak cemerlang. Biarpun menurunkan dua atlet bertaraf dunia, Malaysia tetap gagal menyinar dalam saingan 10m platform hari ini apabila Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong pulang hampa dari Optus Aquatic Centre.

SIE YAN melakukan disiplin Ribbon individu gimnastik. Kini intai emas Sukan Komanwel GC 

Sebagai rakyat negara umat Islam Malaysia, banggakah  atlet wanita anda berpakaian begini? Apakah tidak ada jalan penyelesaian? 


Sepatutnya Begini, Pakaian Wanita Dalam Islam

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَ

  • “Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat, satu kaum yang selalu bersama cambuk bagaikan ekor-ekor sapi, dengannya mereka memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang. Mereka berjalan dengan melenggak-lenggok menimbulkan fitnah (godaan). Kepala-kepala mereka seperti punuk-punuk unta yang miring. Mereka tidak masuk ke dalam surga. Dan mereka tidak mencium baunya. Dan sungguh bau surga itu bisa tercium dari jarak demikian dan demikian”. [HR. Muslim dari Sahabat yang mulia Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]
Ringkasan Penjelasan Makna “Wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang”:
  1. Hanya menutupi sebagian tubuhnya dan menyingkap yang lainnya agar terlihat kecantikannya, kemolekannya, dan yang semisalnya
  2. Mengenakan pakaian yang tipis, tembus pandang
  3. Mengajarkan perbutan mereka kepada orang lain
  4. Tampil modis di depan umum, bergaya dalam berjalan
  5. Mengikuti mode rambut wanita-wanita nakal
  6. Kepala-kepala mereka menonjol dengan hiasan-hiasan seperti punuk unta
  7. Berpakaian nikmat Allah, tapi telanjang dari kesyukuran [Syarh Shahih Muslim lin Nawawi rahimahullah, 14/110]
  8. Menyambung rambut dengan rambut palsu [Fathul Bari, 10/375]
  9. Berpakaian di dunia, telanjang di akhirat [Syarhul Bukhari libni Batthol rahimahullah, 3/117]
  10. Pakaian ketat [Syarhul Muntaqo lil Baaji rahimahullah, 4/308]
  11. Berpaling dari kebenaran dan durhaka kepada suami [Al-Istidzkar libni Abdil Barr rahimahullah, 9/283]
  12. Menggoda kaum lelaki dan tidak menundukkan pandangan [Syarhus Sunnah lil Baghawi rahimahullah, 10/272]
  13. Menutup bagian atas, bawah terbuka [Gharibul Hadits libnil Jauzi rahimahullah, 2/290]
  14. Tertawa dengan keras hingga terdengar oleh kaum pria bahkan tertawa bersama kaum pria [Syarhu Riyadhis Shalihin libnil ‘Utsaimin rahimahullah]
  15. Fitnah (cobaan) berpakaian tapi telanjang lebih dahsyat dibanding benar-benar telanjang, sebab nafsu akan menuntut untuk melihat lebih dari itu [Syarhut Tirmidzi lisy Syinqithi rahimahullah]
Sebagai rakyat negara umat Islam Malaysia, banggakah  atlet wanita anda berpakaian begini? Apakah tidak ada jalan penyelesaian?  Jalan selesainya ialah melalui berusaha mewujudkan negara Islam, dengan mengundi parti Islam (PAS) dalam PRU 14 ini..

Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? Kini DAP memakai selimut PKR pula.

Larikan Kerusi PAS, Kini PKR Nak Larikan Kerusi Engkau...

Hasil carian imej
Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.

“Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.

“Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.

“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas faktor utama kepada HARAPAN mengambil masa yang lama bagi memutuskan agihan kerusi di negeri itu.

Tarikh PRU 14 telah ditetapkan pada 9 Mei depan, namun rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan mereka difahamkan masih belum selesai.

XOXO - Dulu engkau buat lari kerusi PAS, sekarang belum memang PKR nak larikan kerusi engkau...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? Kini DAP memakai selimut PKR pula.

Strategi DAP Untuk Mencetuskan Tsunami Melayu



"Pada tahun 1990, Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi manakala gabungan PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi. Itulah “wake-up call” untuk Umno dan DAP dan mereka menyedari bahawa orang Melayu menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Oleh itu, jika Umno mahu terus memerintah, ia mesti terus mendapat sokongan orang Melayu. Dan jika DAP mahu membentuk kerajaan, ia perlu berbuat demikian melalui orang Melayu. DAP, sendiri, tanpa orang Melayu, tidak boleh pergi ke mana-mana. Sindrom Ali Baba, yang merupakan sebahagian daripada budaya korporat Malaysia, kini perlu diperluaskan kepada politik.


Pilihan Raya Umum Ke-14 akan diadakan pada 9 Mei 2018. Tetapi ini sebenarnya adalah pilihan raya Umno dan PAS yang ke 15 (begitu juga dengan MCA dan MIC). Pilihan raya pertama diadakan pada 27 Julai 1955 apabila Umno memenangi 34 kerusi, MCA 15, MIC dua dan PAS (masa itu dipanggil PMIP) hanya satu. Malah Parti Perikatan Umno, MCA dan MIC memenangi hanya 81% undi tetapi hampir 100% daripada kerusi (atau 51 kerusi daripada 52).
Dua hari selepas PRU14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018, iaitu pada 11 Mei, Umno akan merayakan Ulang Tahun ke-72 penubuhannya pada 11 Mei 1946.
Realiti politik Malaysia dari awal lagi adalah sentiasa menjadi gabungan parti yang dipimpin Umno berbanding PAS. Pada tahun 1959, Perikatan memenangi 51% undi dan 71% kerusi, berbanding PAS yang memenangi 21% undi dan 12% kerusi.
Pada tahun 1963, Malaysia dibentuk dan pada Pilihan Raya Umum 1964 Perikatan memenangi 58% undi dan 85% kerusi manakala PAS memenangi 15% undi dan 9% kerusi. Barisan Sosialis lebih baik daripada PAS dengan 16% undi tetapi memenangi hanya 2% kerusi.
Pendek kata, politik Malaysia selalu menjadi ‘Malay game’ antara gabungan yang dipimpin Umno dan PAS, dengan parti bukan Melayu yang lain hanya memainkan ‘supporting role’.
 PRU14 pada dasarnya adalah antara BN, PKR dan PAS
Tidak sehingga Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 – dan apabila Singapura berubah menjadi Pulau yang dipimpin oleh Cina – politik Malaysia mula berubah. Tiga bulan kemudian, pada 11 Oktober 1965, kerajaan PAP Singapura membentuk DAP, dengan tujuan untuk menjadikan ‘negeri-negeri Cina’ iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan mungkin juga Johor, menjadi sebahagian daripada ‘Chinese Sphere of Influence’.
PAP tidak berminat dengan tanah Melayu atau apa yang boleh dianggap sebagai ‘negeri-negeri miskin’. Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor menguasai 90% ekonomi Malaysia. Oleh itu, dengan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor sebagai sebahagian daripada ‘Chinese Sphere of Influence’ Singapura, ia lebih kurang memberi kawalan kepada Cina terhadap Malaysia dan Singapura.
Walau bagaimanapun, sebelum itu, mereka perlu merobohkan penguasaan politik Melayu kerana keputusan pilihan raya terdahulu menunjukkan bahawa sesiapa yang menguasai undi Melayu mengawal Malaysia.
Empat tahun kemudian, pada pilihan raya umum Mei 1969, yang merupakan kemunculan pertama DAP sejak dibentuk pada tahun 1965, impian ‘Sphere of Influence’ hampir berlaku apabila Parti Perikatan memenangi hanya 44% undi dan dengan hanya 51 % kerusi.
1969 membuktikan bahawa anda perlu memusnahkan penguasaan politik Melayu jika anda mahu memerintah Malaysia kerana walaupun dengan kurang daripada 50% undi anda masih boleh membentuk kerajaan – selagi undi itu adalah suara Melayu dari tanah Melayu.
Pada tahun 1990, DAP ‘flirted’ dengan Semangat 46, yang mempunyai pakatan dengan PAS, hanya untuk menguji. Pada masa itu mereka bukan lagi Parti Perikatan tetapi Barisan Nasional, yang ditubuhkan pada tahun 1973. Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi manakala gabungan PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi.
Itulah “wake-up call” untuk Umno dan DAP dan mereka menyedari bahawa orang Melayu menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Oleh itu, jika Umno mahu terus memerintah, ia mesti terus mendapat sokongan orang Melayu. Dan jika DAP mahu membentuk kerajaan, ia perlu berbuat demikian melalui orang Melayu. DAP, sendiri, tanpa orang Melayu, tidak boleh pergi ke mana-mana. Sindrom Ali Baba, yang merupakan sebahagian daripada budaya korporat Malaysia, kini perlu diperluaskan kepada politik.
DAP guna logo PKR Mata Lebam untuk menipu orang Melayu agar mengundi mereka kerana tanpa Tsunami Melayu DAP tidak boleh berkuasa
Dan itulah sebabnya mengapa PRU14 akan menjadi pilihan yang paling penting dalam sejarah 63 tahun pilihan raya Malaysia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, orang Cina bersatu (menurut DAP 90% orang Cina berada di belakang mereka) manakala orang Melayu teruk berpecah kepada Umno, PAS, PPBM, PKR, PAN dan beberapa parti serpihan lain.
Sekiranya Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno akan digulingkan, ia perlu dilakukan sekarang. Jika pada 9 Mei 2018 ia tidak berlaku, maka itu tidak akan berlaku untuk masa yang lama. Pilihan Raya Umum pada 9 May bukan mengenai kesinambungan politik Perdana Menteri Najib Tun Razak, seperti yang dikatakan oleh beberapa orang. Ia adalah mengenai kelangsungan hidup politik Melayu. Dan inilah yang DAP tidak mahu orang Melayu sedar.
Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberi gambaran bahawa PRU14 adalah perlawanan antara Mahathir-Najib. Sebenarnya ia adalah pertarungan antara Umno-DAP. Sekiranya Mahathir berkata ia adalah mengenai menyingkirkan Najib kerana jenayah dan menyelamatkan Malaysia, ia berbunyi mulia dan orang Melayu akan mempercayainya. Tetapi jika dia mengatakan bahawa ia adalah untuk menggulingkan Umno bagi menggantikannya dengan DAP, Mahathir akan berhadapan dengan kebangkitan Melayu.
Sebenarnya, Mahathir dan Pakatan Harapan memberitahu dua cerita berbeza kepada rakyat Malaysia. Kepada orang Melayu, mereka mengatakan bahawa ia adalah untuk menyingkirkan Najib bagi menyelamatkan Umno. Sekiranya Umno jatuh maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Jadi mereka perlu menyelamatkan Umno – dan untuk itu Najib mesti digulingkan.
Kepada orang Cina, mereka mengatakan untuk kuasa politik Melayu berakhir, dan bagi DAP untuk mengambil alih, mereka mesti menyingkirkan Umno. Dan untuk itu, mereka perlu mendapatkan orang Melayu mengundi Pakatan Harapan kerana kuasa politik terletak di tangan orang Melayu.
 DAP perlu bekerja keras menjual logo PKR Mata Lebam kepada penyokong Cina mereka 
Dan itulah sebabnya roket DAP mesti direhatkan (dikuburkan) dan tidak muncul dalam PRU14 kerana roket itu dikaitkan dengan PAP, Singapura, penguasaan politik Cina, dan sebagainya. Dan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, roket itu digantikan dengan mata, simbol PKR dari Mata Lebam atau mata hitam Anwar.
Hari Pencalonan hanya 16 hari dari sekarang pada 28 April 2018. DAP, PKR, PPBM dan PAN akan bertanding di bawah simbol Mata Lebam PKR (ironinya, termasuk Mahathir). Bagi semua calon Barisan Nasional, Najib akan menandatangani Surat Watikah. Bagi calon PKR (bermaksud DAP, PPBM dan PAN juga) Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menandatangani Surat Watikah mereka. Dan Abdul Hadi Awang akan menandatangani Surat Watikah untuk calon PAS, sudah tentu.
Bagi Barisan Nasional dan PAS ianya agak mudah, bagi calon ‘PKR’ itu menjadi rumit. Wan Azizah bukan pemimpin Pakatan Harapan. Beliau adalah Presiden PKR. Dia juga bukan PM sementara atau calon PM. Tetapi ‘kuasa’ untuk mencalonkan calon-calon dan menandatangani Surat Watikah berada di tangannya.
Dari segi perundangan, semua calon yang bertanding dalam pilihan raya di bawah simbol PKR dan dengan Surat Watikah PKR adalah calon PKR. Mereka bukan Pakatan Harapan, DAP, PPBM atau calon PAN. Malah, Pakatan Harapan tidak wujud secara sah. Oleh itu, adakah Mahathir – yang bukan ahli mana-mana parti politik (sejak PPBM telah dibatalkan pendaftaran) dan oleh itu Calum Bebas (calon bebas) – yang akan menjadi Perdana Menteri jika ‘PKR’ memenangi kerusi yang paling banyak di Parlimen?
Secara teknikal, Presiden PKR, Wan Azizah, yang memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri memandangkan partinya memenangi paling banyak kerusi.
Bolehkah Pakatan Harapan protes? Pakatan tidak wujud. Bolehkah PPBM protes? PPBM tidak lagi wujud. Bolehkah DAP protes? DAP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Bolehkah PAN protes? PAN tidak akan memenangi mana-mana kerusi kerana ia tidak mempunyai locus standi untuk membantah. Hanya PKR kumpulan B Azmin Ali yang boleh membantah jika dia dan orang- orangnya tidak tersingkir dalam pilihan raya umum seperti apa yang dirancang Wan Azizah (ya, jangan memandang rendah “Fan Lady”).
 Sebagaimana yang Wan Azizah mengaku pada Ogos 2014, dia tidak keberatan menjadi boneka
Ini adalah susunan yang sangat berisiko bagi DAP dan PPBM. Satu-satunya harapan mereka ialah Wan Azizah dan / atau PKR tidak melakukan rampasan kuasa undang-undang. Sekiranya DAP dan PPBM membantah dan memutuskan untuk ‘meletakkan jawatan’ dari PKR, PKR masih boleh melakukan perjanjian dengan DAP, PPBM dan penentang PAN – dan akan ada banyak lagi. Akhirnya, DAP, PPBM dan wakil wakil rakyat akan diminta memilih untuk kekal berkuasa atau meletak jawatan dan dihantar semula sebagai pembangkang. Kebanyakan akan memilih PKR daripada kerjaya yang tamat.
Sebagai alternatif, DAP boleh bersetuju bahawa Wan Azizah bukannya Mahathir menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, dengan bilangan kerusi yang terbesar, ia akan menjadi seperti Perak pada tahun 2008 apabila DAP melantik Menteri Besar PAS yang memberi perkhidmatan kepada DAP dan menjawab DAP. Ia akan kembali kepada perkiraan Ali Baba dengan DAP sebagai Perdana Menteri de facto dan Wan Azizah sebagai boneka wayang DAP.
DAP tahu Mahathir tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Isu pembatalan pendaftaran PPBM dan bilangan kerusi yang diabaikan adalah satu isu. Yang lebih penting ialah kesihatan fizikal dan mental Mahathir. Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke hospital lagi – iaitu 48 kali dalam tiga tahun. Di samping itu Mahathir mempunyai masalah ingatan yang serius dan tidak dapat memberi tumpuan. Ada yang mengatakan Mahathir tidak konsisten dan terus melakukan U-turn. Sebenarnya dia lupa apa yang dikatakan dan dilakukannya. Dan bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh bekerja 4-3 sedangkan pemimpin lain bekerja 24-7? – Malaysia Today 
PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal DAP’s Strategy Is To Trigger A Malay Tsunami. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak pru14.tv mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak pru14.tv berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.
(Disalin semula oleh IH)


Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? Kini DAP memakai selimut PKR pula.

PAS Yakin Menang Di S'gor. Mengapa? -Subky Latif.



KETIKA nujum politik mengatakan PAS akan tumbang di Kelantan dan sekerusipun diperolehinya di Parlimen, saya terpanjat markas sebuah Dun PAS di Selangor dan saya terperanjat dengan papan culanya yang memaparkan ia mengatasi Barisan Nasional dan meletakkan jauh di tempat ketiga.

Masih sekitar 40 peratus pengundi yang belum dan tidak dapat dicula, tetapi dalam hampir setiap peti undi yang dicula BN di belakang PAS dan Harapan nombor tiga.

Saya tanya bila cula ini buat?

Jawapannya, beberapa bulan dulu, selepas PAS memutuskan untuk bertanding sendiri.

Katanya, ini bukan yang terkini. Sudah ada lebih dari sekali ia dikinikan tetapi ia tetap meletakkan PAS di depan dan memeranjatkan Harapan tidak sepertiga dari yang PAS perolehi.

Saya tidak mahu mengatakan cula itu khayal kerana PAS menang di DUN itu dalam PRU13 dulu.

Memang Tan Sri Noh Omar, ketua BN Selangor tidak berminat bertanding negeri sebagai calon Menteri Besar, kendatipun dia menang di kawasannya, dia berkemungkinan akhirnya menjadi ketua pembangkang. Adalah baik baginya menjadi menteri dalam kerajaan pusat dari menjadi ketua pembangkang di sebuah negeri yang BN kalah.

Dalam PRU lalu PAS di situ kerana ia sebahagian dari Pakatan Rakyat dan mendapat sokongan dari penyokong DAP.

Sekarang DAP tidak membenarkan penyokong tegarnya membeeri undi kepada PAS. Justeru pandangan sekalian nujum PAS tidak berkemungkinan mengulangi apa yang didapatinya dulu. Bahkan orang PAS pun ada yang menujum begitu hingga mereka berkumpul di luar PAS mendaftar diri menjadi kerabat Harapan.

Tidak mahu berimamkan TG Haji Hadi lagi baik mati mahupun hidup. Begitu ramai mengharapkan TG Haji Hadi mengimamkan solat jenazah mereka, mungkin hati kecil PM Najib berfikir, tapi tidak mengapalah mereka diimamkan oleh Tun Mahathir.

Selama ini saya kurang mengambil berat azam dan keyakinan PAS unuk memerintah Selangor. Sekalipun saya menyeru pengundi dan rakyat yakinlah atas janji Allah memenangkan Islam, dalam konteks ini PAS tetapi saya rasa peluang PAS di Selangor itu di belakang peluang Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Saya tetap bersama PAS menjadikan Selangor negeri sasaran. Tiada ertilah saya orang PAS jika saya tidak mengharapkan PAS menang di mana-mana.

Setelah melihat cula di dinding markas Dun itu saya bersemangat bahawa PAS Selangor tidak sekadar retorik. Ia ada asas menjadikan Selangor target setelah dua penggal bersama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali mentadbir Selangor.

Pemimpin PAS tempatan tidak bimbang sekalipun Dr. Mahathir memimpin pakatan pembangkang kerana mereka dipandu oleh culanya. Jika majoriti Dun yang ditanding PAS di Selangor begitu culanya, maka benarlah pendirian mereka untuk bertanding sendirian sekalipun menjadikan pertandingan kali ini tiga penjuru.

Yang menakutkan semua sebelum in ialah pengudi DAP tidak mengundi PAS, tetapi cula yang Dun itu dapati pengundi bukan Melayu tidak memberi kesan besar kepada arus politik di kawasan itu. Kiranya pengundi bukan Melayu tidak negatif sangat kepada PAS, maka dengan izin Allah PAS Selangor berharapan cerah membentuk kerajaan di Shah Alam.

Apapun saya tidak suka bercakap garang dengan peluang yang ada tetapi suka mengiring hasil cula itu mengajak penyokong PAS berpesan-pesan kepada kemenangan dengan mendapat keredhaan Allah sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 12/4/2018

Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? Kini DAP memakai selimut PKR pula.

Thursday, April 12, 2018

Sumpah Taklik Cerai, Laporan Malaysiakini Tidak Benar

Datuk Seri Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR – PAS menafikan laporan portal berita pro-Pakatan Harapan bahawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calon PAS di Kelantan.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik Ab Razak berkata, laporan portal beritaMalaysiakini itu membuat kesimpulan yang salah dan tersasar berhubung kenyataan Abdul Hadi berhubung perkara itu.
“Presiden PAS tidak pun menyebut akan mengekalkan baiah talak tiga di Kelantan pada PRU14.
“Beliau hanya menyatakan secara umum bahawa baiah akan diteruskan dan soal talak tiga akan dilihat sebabnya secara khusus dan ia tidak tetap dan boleh berubah mengikut kesesuaian semasa,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Portal berita tersebut melaporkan Presiden PAS berkata partinya akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan bagi memastikan tiada lagi peristiwa calon lompat parti.
Abdul Malik memuat naik jawapan sebenar Presiden PAS ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto PAS Melaka di Dewan Muallim Bukit Katil, Melaka pada 9 April lalu:
“Baiah diteruskan. Majlis Syura Ulama membuat keputusan baiah diteruskan. Baiah ini satu daripada syarat dalam politik Islam.Bahkan baiah ada penambahbaikan mengikut keadaan kesesuaian masa dan keadaan.”
Namun bila ditanya mengenai talak tiga, Presiden PAS menjawab: “Itu berkait dengan sebab yang khusus di Kelantan. Itu bukan benda yang tetap, tidak. Dasar umumnya ialah baiah setia kepada dasar matlamat PAS, tak khianat.” – MYNEWSHUB.CC

Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails