Friday, May 18, 2018

Pelakon Adam Corrie Tolak Tawaran Lakonan, Fokus Ibadat Puasa. Tahniah!


HALAMAN HIBURAN

PELAKON terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee sanggup lepas tawaran berlakon buat seketika bagi hormati bulan Ramadan yang mulia semata-mata untuk mendapatkan ganjarannya.


Adam yang dikenali menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster itu berkata, dia percaya sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas dan hanya ingin fokus dalam melaksanakan ibadah puasa dengan baik.
“Untuk sepanjang Ramadan memang saya tak ambil sebarang tawaran pun. Bagi saya, bulan ini adalah waktu untuk kita mengumpul pahala.
“Soal rezeki itu, saya percaya pada Allah. Insya-Allah mesti ada rezeki saya di tempat lain. Lebih baik saya beri tumpuan dalam melaksanakan ibadat puasa dengan baik,”katanya dipetik mStar Online.
Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun itu turut turut berkongsi cerita bahawa dia dan isterinya, Fazema Mohd Fuad kini giat membuat persediaan bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Katanya, dia dan isteri sudah mengetahui jantina dan mempunyai nama untuk bayi pertama mereka itu namun berasa lebih selesa merahsiakannya terlebih dahulu buat masa kini.
“Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah mencecah tujuh bulan dan insya-Allah bayi kami dijangka lahir pada Julai depan. Kami teruja nak sambut kelahiran baharu dalam keluarga.
“Kami sudah ada nama untuk bayi sulung tapi buat masa sekarang biarlah rahsia dahulu nama dan jantinanya.
“Saya berharap semua orang doa yang baik-baik dan doa segala urusan saya dan isteri dipermudahkan,” kongsi Adam.
Adam dan Fazema mendirikan rumah tangga pada pada 2008 dan selepas 10 tahun menanti, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah! Itulah pilihan yang tepat.

Mesej Untuk Anwar, Janji Siasat Amalan Crony Capitalism..


DALAM sidang medianya selepas Mesyuarat Majlis Presiden tadi, Perdana Menteri masih mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Sebelum itu dia berkata, nama Guan Eng hanyalah cadangan kerana belum angkat sumpah.


Akibatnya ramai menyimpulkan perlantikan itu sebagai kes terlepas pandang dan mungkin dibatalkan.
Tetapi oleh kerana anggota Kabinet ini akan mengangkat sumpah pada hari isnin hadapan, maka apakah itu bermakna kes rasuah Guan Eng akan digugurkan? Apatah lagi Isnin adalah hari di mana kes perbicaraan Guan Eng sepatutnya disambung kembali.
Kalau itu berlaku ia membuktikan Perdana Menteri begitu berani membuat keputusan yang reverse dalam tempoh yang singkat. Perdana Menteri dilihat mentadbir negara secara solo kerana hanya dia seorang sahaja yang baru mengangkat sumpah.
Dalam tempoh tersebut dia telah mengarahkan Peguam Negara bercuti, memendekkan tempoh perkhidmatan Ketua Setiausaha Perbandaharaan, membatalkan keputusan ROS yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Harapan dan meluluskan semula pendaftaran parti PPBM yang sebelum ini diharamkan buat sementara waktu.
Apakah itu juga bermakna negara akan kembali kepada pemerintahan autokratik seperti sebelumnya. Jangan hairan selepas ini parti UMNO pula akan diharamkan dengan alasan-alasan teknikal seperti yang dijangkakan.
Sebab itu serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri di waktu dan kaedah yang tidak sesuai dilihat sebagai tindakan keterlaluan dan bertujuan untuk mengaibkan semata mata. Tindakan itu memberi gambaran pentadbiran hari ini adalah keras dan berdendam.
Tindakan mengekalkan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan bakal memberikan signal yang pelbagai. Antaranya apakah soal intergriti diketepikan? Dan apakah amalan crony capitalism yang ditentang oleh Anwar akan terbiar begitu sahaja.
Anwar seperti tidak selesa dengan kehadiran Tun Daim Zainuddin. Manakala Daim pula berkata masih terlalu awal untuk Anwar menjadi Perdana Menteri. Setelah bebas, Anwar bertegas tidak mahu menyertai Kabinet Kerajaan Tun Mahathir.
Apakah itu bermakna Anwar mahu mengelak terbabit dengan lebih banyak lagi tindakan tindakan kontroversi oleh Perdana Menteri.
Semoga Anwar mengotakan janjinya iaitu untuk menyiasat amalan crony capitalism di zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun.
Kini dia telah bebas dan partinya adalah parti pemerintah maka sewajarnya dia mendesak disiasat kekayaan anak Perdana Menteri yang sering dipersoalkannya.Anwar, walk the talk.
Puad Kekal Dalam UMNO
Mohd Puad Zarkashi MT UMNO. 17.5.2018

Anwar Perlu Jalani Prosedur Betul. Mengapa Layan Istimewa? -Siti Kasim



Petaling Jaya: Peguam Siti Kasim mempertikaikan “layanan istimewa” yang dinikmati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mendapatkan Pengampunan DiRaja yang menurut Siti Kasim, hanya kerana beliau mahu menjadi ahli politik. 

Siti Kasim berkata, “Saya bersependapat dengan mantan hakim yang mempersoalkan mengapa Anwar Ibrahim perlu diberi layanan istimewa dalam mendapat Pengampunan DiRaja.” 

“Hanya kerana dia mahu menjadi seorang ahli politik? Bagaimana dengan mereka yang sedang menunggu hukuman mati? Penjara seumur hidup? Sebagai seorang peguam, saya amat merasakan bahawa semua ini adalah salah.” 

Aktivis peguam yang lantang bersuara itu berpendapat bahawa Ketua Umum PKR itu sepatutnya menjalani prosedur yang betul dan mengikut undang-undang. 

“Saya percaya beliau perlu menjalani prosedur yang betul. Saya bukanlah menentang pengampunan beliau sekiranya itu benar-benar berpatutan tetapi ia haruslah menerusi prosedur yang sepatutnya dan mengikut undang-undang.” 
“PRU 14 ini bukanlah mengenai Anwar Ibrahim. Ia mula kelihatan seperti itu,” katanya lagi. (Menara)

Rakyat Bimbang PPSMI (hina b/kebangsaan agung b/asing) Dikembalikan Semula.



TINDAKAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil portfolio Menteri Pendidikan mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat tentang dasar pro-Bahasa Inggeris beliau.


Mahathir bertanggungjawab memulakan dasar pembelajaran subjek matematik dan sains di sekolah rendah dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang mula dilaksanakan pada tahun terakhir pemerintahannya, pada 2003. Pelaksanaan semula PPSMI ialah salah satu rancangan yang dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Pelaksanaan dasar ini dikatakan bertujuan meningkatkan kebolehan berbahasa Inggeris pelajar sekolah melalui pembelajaran subjek yang penting. Akademik, aktivis bahasa Melayu, budayawan dan wartawan bergabung tenaga menentang dasar diperjuangkan Mahathir itu, yang dianggap menghina bahasa kebangsaan dan mengagungkan bahasa asing.
PPSMI dikritik kerana tidak difikirkan dengan sepenuhnya oleh pakar-pakar, malah terbukti di seluruh dunia bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda lebih berkesan meningkatkan kefahaman dalam sains dan matematik. Dasar ini ditamatkan di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 dan kemudian digantikan dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris secara terpilih, dikenali sebagai Dual Language Programme(DLP).
Pada masa itu, Menteri Pertahanan dalam Kabinet Mahathir kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Program DLP juga ditentang banyak pihak kerana dilihat sebagai jelmaan PPSMI dalam bentuk yang lebih terhad.
Bagaimanapun, pilihan yang diberikan pada ibu bapa untuk memilih dan bukan memaksa secara keseluruhan membuatkan dasar baharu ini tidak ditentang hebat. Sejurus berita Mahathir mengumumkan memegang protfolio Menteri Pelajaran, netizen dalam kalangan pencinta bahasa terus menimbulkan persoalan sama ada PPSMI akan dikembalikan.
Ramai berasa terkejut dengan tindakan Mahathir mengambil portfolio pelajaran, salah satu kementerian yang ditunggu-tunggu untuk diumumkan. Ekoran pengumuman Mahathir memegang portfolio Menteri Pelajaran, ramai tertunggu-tunggu pula apakah pelan baharu yang akan dibawakan oleh beliau kali ini. – Mynewshub.cc

Kerajaan PH Tamatkan 17,000 Lantikan Politik BN




PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa seramai 17,000 penjawat awam dari lantikan politik kerajaan terdahulu akan ditamatkan kontrak.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa terlalu banyak pegawai kontrak dilantik secara politik pada pemerintahan kerajaan lalu.
Jelasnya, tindakan tersebut merupakan salah satu strategi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang merupakan salah satu masalah yang perlu diselesaikan.
Bagaimanapun, penamatan itu juga dilihat sebagai satu tindakan balas dendam sekiranya dilaksanakan secara tergesa-gesa dan tanpa proses yang betul.
“Kami mendapati, seramai 17,000 pegawai dan kakitangan awam berstatus kontrak dilantik dan ada antara mereka sudah tamat kontrak, dan akan ditamatkan kontrak.
“Terlalu banyak pegawai kontrak dilantik sama ada untuk keperluan politik dan keperluan pentadbiran,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan seperti pemandu yang tidak akan ditamatkan kerja.
“Ada antara mereka ini bergaji rendah dan ini menyusahkan mereka jika tiba-tiba mereka diberhentikan dan ditamatkan kerja sekali gus tiada bayaran gaji.
“Kita tidak perlu (menamatkan kerja mereka) dan oleh itu, kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka,” ujarnya.
Tambahnya, proses itu akan mengambil masa dan pihaknya akan cuba mencari penyelesaian berhubung penukaran tanggungjawab itu  secepat mungkin.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan kontrak penjawat awam ditamatkan perkhidmatan.
Ujar Presidennya, Datuk Azih Muda, pihaknya tidak menerima sebarang aduan sama ada secara lisan atau bertulis dan enggan membuat spekulasi tentang kesahihan dakwaan tersebut.
Namun begitu, beliau tidak menafikan bahawa mereka yang dilantik atas kapasiti politik, ditamatkan perkhidmatan oleh kerana individu yang melantik mereka sudah tidak lagi berkuasa.
Katanya, perkara itu merupakan situasi biasa jika ditamatkan tugasan kerana kerajaan baharu pasti mempunyai penasihat dan petugas mereka sendiri.
Isu berkenaan penamatan kontrak penjawat awam mula timbul susulan peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Peti Besi Berkunci 20 Tahun, 72 Beg Wang, Barang Kemas, 284 Kotak Beg Mewah Dirampas Polis.


Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah (Gambar) Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur. 

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama. Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung skandal 1MDB. 

"Ini adalah hasil carian dari satu daripada enam premis. "Jumlah barangan yang kita rampas 72 (beg) yang mengandungi wang tunai pelbagai mata wang dan juga barangan kemas," katanya. 

Ditanya mengenai beg tangan yang dirampas, Amar berkata ia termasuk jenama mewah Hermes dan Birkin. Manakala bagi nilai barang yang dirampas setakat ini, Amar berkata beliau tidak dapat memberikan anggaran kerana polis belum membuat pengiraan terperinci. 

"Kami telah merampas beg berkenaan, kami tahu ia mengandungi wang tunai dan barang kemas. 
"Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh katakan atau berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak besar," katanya. 

Difahamkan polis berada di lokasi sejak kira-kira 7.30 malam. Amar mengesahkan tiada sesiapa di kediaman berkenaan ketika mereka melakukan serbuan. Diminta menjelaskan mengenai pemilik unit kediaman tersebut, Amar berkata salah satu daripada unit itu milik seorang "Tan Sri", namun enggan mendedahkan butiran lanjut. 

Amar juga menambah polis telah menyelesaikan pemeriksaan di unit-unit mewah di situ. Mengenai serbuan berterusan di kediaman rasmi Najib di Jalan Langgak Duta, Amar berkata pihak polis masih tidak dapat memecahkan peti besi keselamatan yang dikatakan terkunci selama 20 tahun. 

Terdahulu, Orang ramai dan media dilihat berkumpul di luar kondominium mewah Pavillion Residences berikutan serbuan di kediaman yang terletak di Jalan Raja Chulan itu. Sehingga jam 1.25 pagi, polis dilihat telah membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan. 

Pegawai dan anggota polis kemudian dilihat memuat naik kotak-kotak barang yang telah dirampas daripada unit berkenaan. at 5/18/2018 07:08:00 PG 

Video: Campak Gambar Pemimpin, Didik Pelajar 'kurang ajar'?



RAKAMAN video menunjukkan potret bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebelum dilempar di atas lantas dalam kejadian di sebuah sekolah menjadi tular di media sosial.


Insiden tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku di dalam dewan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Melaka berdasarkan lambang sekolah yang tertera di dewan bangunan.
Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, seorang lelaki dipercayai kakitangan sekolah dilihat memanjat tangga untuk menurunkan gambar Najib sebelum menyerahkan kepada seorang lagi kakitangan di bawah. Namun, kakitangan itu kemudian seakan sengaja melemparkan gambar tersebut diatas lantai, membuatkan dewan berkenaan gema dengan sorakan para pelajar.
Di ruangan komen video berkenaan, netizen rata-ratanya tidak bersetuju dengan sikap pihak sekolah yang seakan-akan cuba ‘mendidik’ para pelajar untuk bersikap dendam, biadab dan meraikan kekalahan seseorang.

“Inilah yang dinamakan cikgu kurang ajar. Sanggup mendidik bangsa sendiri supaya menjadi manusia kurang ajar. Inikah yang dinamakan sebagai guru?” tanya Hairudin Ruffie.
Lily M Salleh pula berharap agar Kementerian Pendidikan di bawah Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar menyiasat kejadian tersebut yang merupakan bukan budaya Malaysia, apatah lagi untuk pelajar sekolah.
“Tak kira dia PM ke, menteri ke, atau mungkin kita (sendiri). Ibu bapa rasa tak bagus guru-guru tunjuk budaya macam ni. 
“Hormat menghormati tu bukan budaya Melayu je. Cina, India dan kaum-kaum lain juga. Ibu bapa risau anak-anak jadi kurang ajar. Fikir-fikirkanlah,” katanya.
Untuk rekod, Najib sepanjang pentadbirannya telah memansuhkan yuran persekolahan dan peperiksaan, memperkenalkan skim buku teks percuma dan pemberian wang tunai RM100 untuk setiap murid.
Beliau juga melaksanakan rancangan makanan tambahan untuk pelajar miskin, menambah banyak sekolah baharu di kawasan ramai penduduk dan menaikkan gaji guru dengan pelbagai insentif. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails