Friday, June 08, 2018

Pelajar Dimalukan, Buka Coli, Seluar Dalam, Tak Boleh Elakkah?



SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun telah dimalukan apabila diminta buka colinya hanya disebabkan dawai pada coli itu menyebabkan mesin pengesan logam berbunyi ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Ketika itu pelajar terbabit mahu memasuki dewan untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke sebuah universiti di Rusia.
Peperiksaan itu setaraf dengan A Levels dan diwajibkan untuk memasuki pelbagai universiti di Rusia.


Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Nizhnekamsk.. Selepas membuka colinya, gadis itu terpaksa berjalan masuk melalui pengesan logam. Disebabkan dia memakai baju yang jarang maka ia menampakkan bentuk badannya. 

Perkara terbabit telah disuarakan oleh kakaknya yang tidak berpuas hati dengan cara pemantauan keselamatan dijalankan. Bukan itu sahaja, kakaknya turut mendakwa gadis-gadis juga dipaksa membuka seluar dalam.
“Pengawal keselamatan itu menahan adik saya, memaksanya buka coli dan berjalan masuk menerusi mesin pengesan logam dengan baju yang jarang dan lebih malang, pengawal keselamatan terbabit lebih fokus kepada bahagian dadanya.
“Sudah tentu dia menjadi histeria. Apa yang boleh dia tulis dalam peperiksaannya selepas kejadian itu,” soal kakaknya.
Bagaimanapun jurucakap jabatan pendidikan Rusia menafikan keadaan terbabit.
Pemeriksaan keselamatan itu dijalankan bagi mengelakkan pelajar membawa masuk micro-headphones dan peralatan lain ke dalam dewan. – (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini tidak akan berlaku dalam pemerintahan Islam, kerana maruah wanita, aurat sangat dijaga atau dihargai. Tentu ada cara penyelesaiannya. 

Itulah hebatnya Islam, bagi yang mahu memikirkan.


Golongan Artis BN Kini PH, Faktor ‘cari makan’ Tapi Tidak Perlu Keterlaluan. -Usop Wilcha



HALAMAN HIBURAN



Usop Wilcha Sindir Dj Dave, Tiba-Tiba Sokong PH

KUALA LUMPUR – Pelakon, Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai menyindir golongan artis yang dahulunya penyokong kuat Barisan Nasional (BN) namun secara tiba-tiba menukar pendirian kepada Pakatan Harapan (PH).

Dia yang lebih dikenali dengan pangilan Usop Wilcha menyindir tindakan Datuk Irwan Shah Abdullah (DJ Dave) yang menukar nama Yayasan Artis 1Malaysia kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
“Rasanya malam @chedetofficial (Tun Mahathir) bagi Amanat hari terakhir kempen dekat Lgkawi dimana teman jadi pengacara, dia (Dj Dave) dengan beberapa ‘geng artis’ seperti buat konsert pada malam waktu yang sama untuk strategi kurangkan orang datang Amanat TunM.
“(Ketika) balik (dalam) kapal terbang pun sama walaupun misi teman berbeza, sekarang dah nak tukor ke huhu,” sindirnya sambil memuat naik keratan berita mengenai artis tersebut.
Dj Dave ketika sidang media mengumumkan mengenai pertukaran nama itu turut berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan kerajaan yang baharu bagi membantu YKAT memberi bantuan kepada artis-artis yang memerlukan.
Sementara itu Usop ketika menjawab respon daripada peminatnya berkata tidak salah untuk golongan artis menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak atas faktor ‘cari makan’ tapi tidak perlu keterlaluan.
“Janganlah tunjuk sangat cari makan tu, lagi-lagi buat konsert dekat tempat ayahanda (Tun M) plak tu huhu, agak-agak la.
“Artis muda yang lin, teman tahulah untuk rezeki, (tapi) yang otai macam dia ni.. hmmmm,” tulisnya dengan nada sedikit kesal. – SuaraTV

M'sia Baharu Malaysian M'sia, Runtuhkan 4 Tunggak Ini? -Dr Mohd Zuhdi



SETELAH hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'Malaysian Malaysia'. 

Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU14. Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu. 

Secara tidak disedari, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu. Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindak balas tegas oleh masyarakat Bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini. 

PPP meyakini, DAP adalah pihak yang bersungguh-sungguh mahu segera merealisasikannya. Bagaimanapun, bagi mengaburi masyarakat Bumiputera tentang pelaksanaan agenda tersebut, tema yang ditonjolkan ialah Malaysia Baharu, iaitu satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan Kontrak Sosial kepada asas yang baru. Asas baru tersebut, tiada lagi keistimewaan kepada kaum tertentu dan juga kedaulatan agama tertentu.

Perubahan rupa bentuk Negara Malaysia seperti ini, apalagi jika dilakukan secara drastik boleh meruntuhkan empat tonggak Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi teras kestabilan politik dan keharmonian kaum. 

PPP memperingatkan semua pihak supaya tidak meletakkan harga yang murah terhadap keempat-empat tonggak tersebut:
●     Islam adalah Agama Persekutuan
●     Kedaulatan Raja-raja Melayu
●     Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
●     Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak 
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
7 Jun 2018
22 Ramadan 1439 - HARAKAHDAILY 8/6/2018

Anwar Hantui, Mahathir Tak Tidur Malam?




Nampak macam itu sekarang, biar pun tiada dalam kabinet tetapi kuasa Anwar itu nampak... Anwar nampak bawa watak baik, runding dan jumpa orang berbanding Mahathir yang kini bawa watak dendam dan antagonis...
Bukan Mahathir Yang Selesaikan Isu Perlantikan Peguam Negara Tapi Anwar
Isu perlantikan Tommy Thomas menggantikan Tan Sri Apandi Ali dapat di selesaikan dengan baik...
Itu pun lepas Anwar yang pujuk Yang Di-Pertuan Agong dan bukannya Mahathir...
Namun terdapat banyak persoalan yang tercetus apatah lagi selepas Anwar Ibrahim menghadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad berkenaan isu pelantikan Peguam Negara...
Ramai yang mempersoalkan kenapa Anwar yang tak ada apa2 jawatan dalam kerajaan bertemu Yang Di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...? 


Boleh dikatakan sana sini orang membincangkan perkara ini, bukan setakat di kedai kopi malah turut di bahaskan dalam media sosial sampai timbul pertanyaan adakah Anwar yang lebih berkuasa dari Mahathir...?

Walaupun ada penyokong Pakatan Harapan yang tidak mempertikaikan kredibiliti Anwar, namun pada masa yang sama mereka tertanya-tanya apakah yang berlaku ketika ini...?

Tidak kurang pula yang menganggap ia sebagai sesuatu yang `suspense’... Isu pemilihan Peguam Negara bagi menggantikan Apandi ini telah menjadi kontroversi sebelum ini apabila beberapa pihak dilaporkan menolak Tommy daripada diangkat ke jawatan terbabit...

Ini kerana pemilihan Tommy sebagai calon Peguam Negara sebelum ini dikatakan boleh menimbulkan konflik kepentingan kerana beliau pernah menjadi peguam kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng selain mewakili Menteri Kewangan itu dalam kes skandal banglo...
Bacadi sini :https://www.amenoworld.org/2018/06/tommy-thomas-tak-layak-jadi-peguam.html?m=1
Itu antara sebab kenapa ramai yang menolak Tommy... Bagaimanapun episod pelantikan Peguam Negara ini dilihat menyerlahkan lagi pengaruh Anwar Ibrahim berbanding Mahathir...
Kesihatan Mahathir Menjadi Tandatanya Banyak Pihak

Barangkali dengan kebimbangan Hasmah mengenai kesihatan suaminya, Mahathir mungkin tidak lama, Anwar akan ambil alih dalam masa terdekat? Segalanya boleh jadi...
Baca di sini : 
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/16/siti-hasmah-risau-kesihatan-tun-m/
Kabinet Penuh Masih Belum Di Pilih Walau Pun Sudah Lebih 20 Hari PH Jadi Kerajaan

Lihat sahajalah kabinet PH sekarang, masih tidak lengkap... Malah bila sebenarnya semua ahli ahli parlimen hendak masuk angkat sumpah di Dewan Rakyat...? Semasa PRU12, tarikh pilihanraya 8 Mac dan kemudian angkat sumpah Dewan Rakyat pada 29 April 2008, ambil masa 51 hari... Semasa PRU13, tarikh pilihanraya adalah pada 5 Mei 2013 dan angkat sumpah di parlimen pada 24 Jun 2013, dalam masa 50 hari...

Jika ikut tempoh ini, 50 hari akan jatuh pada 27 Jun 2018, namun belum ada dengar berita apa apa lagi mengenai aturan mesyuarat di Dewan Rakyat... Apakah hendak tunggu Anwar Ibrahim angkat sumpah sekali baru hendak masuk Dewan Rakyat...? 
Mampukah Mahathir Bertahan?

Umum tahu sikap Mahathir yg tak mahu mengalah memang tak pernah berubah dari dulu...

Dengan kuasa yang ada padanya, Mahathir sanggup lakukan berbagai2 kezaliman terhadap musuhnya dan kemudiannya dgn bijak menyembunyikannya... Tapi Mahathir harus sedar, jawatan dan kuasa Perdana Menteri yg ada padanya sekarang tak semantap sebelum ini... Kalau dulu, Mahathir boleh lakukan apa saja kerana di kelilingi oleh pemimpin2 Umno dan BN yg setia tp skrg dia di kelilingi oleh bekas musuh2 tradisinya termasuk Anwar Ibrahim...
Anwar Sedang Rancak Dan Secara Bijak Sedang Menyusun Strategi
Umum juga tahu sikap Anwar yg gelojoh untuk sampai ke puncak kuasa... Apakah Anwar akan sekali lagi tersungkur di kaki Mahathir di sebabkan kegolojohannya ingin ke puncak kuasa?


Apakah muslihat Anwar tidak mahu bertanding di Parlimen Pandan Atau Anwar akan lebih bijak dan matang menyusun strategi supaya pisang tak berbuah dua kali...
Baca di sini : http://www.utusan.com.my/mobile/berita/politik/anwar-tolak-bertanding-di-pandan-buat-masa-ini-1.686822
Memang dari kenyataan media, Anwar menyatakan yang dia akan menyokong penuh kepimpinan Mahathir...
Baca di sini : http://www.malaysiakini2.com/semua-ahli-adun-pkr-perlu-beri-penuh-kesetiaan-kepada-tun-m-anwar/
Tetapi sejarah membuktikan, di sebalik kenyataan sokongan Anwar, dalam diam2 dia sudah mengatur strategi peralihan kuasa... Apa pun boleh berlaku... Cuma kita harapkan agar peralihan kuasa di antara dua tokoh ini tak akan menjejaskan kestabilan negara!!!

MB Baru S'gor? Dr Idris Ahmad ADUN Ijok Pilihan HARAPAN..



Tanpa digembar-gemburkan, nama Dr Idris Ahmad dikatakan menjadi calon tunggal dicadangkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menggantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor. 

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok untuk dua penggal berkenaan didakwa mendapat sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor. Bagi PKR pula, surat sokongan dikeluarkan ibu pejabat parti berkenaan dan sudah dihantar ke istana untuk pertimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Tidak cukup dengan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut memberi sokongan atas kapasiti beliau sebagai Presiden HARAPAN. Sumber memberitahu Malaysiakini nama Dr Idris menjadi pilihan kerana HARAPAN Selangor berpendapat beliau adalah calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azmin apabila ADUN Bukit Antarabangsa berkenaan dilantik menjadi menteri pusat. 

"Rekod beliau selama dua penggal menjadi wakil rakyat serta pengalamannya dalam sektor korporat sebelum ini adalah kriteria yang diperlukan rakyat Selangor," katanya. 

Sumber yang dekat dengan HARAPAN itu juga mengakui satu pihak dalam PKR pula mengemukakan beberapa nama lain untuk pertimbangan Sultan Selangor. Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan kumpulan itu ialah ADUN Sungai Tua yang juga exco negeri, Amirudin Shari, serta tokoh akademik yang juga ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin. 

Dapat sokongan bawahan Menurut sumber yang enggan didedahkan identitinya itu nama Dr Idris, 70, berada pada kedudukan teratas di kalangan pimpinan HARAPAN Selangor serta Ibu Pejabat PKR. 

"Apa yang berlaku sekarang ialah nama Dr Idris tidak ditonjolkan, sebaliknya nama ADUN lain yang digambarkan sebagai bakal menteri besar bagi mencipta persepsi tertentu," katanya. 

Untuk rekod Dr Idris ialah doktor pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Mula terlibat secara aktif dalam gerakan reformasi sejak 1998, beliau tidak menyertai pilihan raya umum (PRU) sehinggalah pada 2013. 

Walaupun ketika ini Dr Idris ialah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan beliau sebenarnya anak jati Selangor. Sumber memberitahu di peringkat akar umbi sokongan terhadap Dr Idris menjadi menteri besar Selangor memang tinggi namun kurang menyerlah disebabkan kecenderungan ketua-ketua cabang tertentu. 

"Kami percaya jika Selangor mahukan seorang menteri besar yang cekap, telus dan bersih, orangnya ialah Dr Idris. "Tugas beliau juga akan disokong penuh oleh parti komponen HARAPAN di Selangor," katanya. 

Pengumuman mengenai nama menteri besar baru untuk Selangor dijangka akan dibuat selepas Aidilfitri yang disambut pada minggu depan. -malaysiakini

Siapa NGO Liberal Terkenal Bebas 'Rogol' Bila Mengaku Seks “suka sama suka'?





Tokoh Diusung Pertubuhan/NGO Liberal Keseluruh Pelusuk Negara Bebas Dari Tuduhan Rogol Kerana Mengaku Hubungan Seks “Consensual”?



Saya cuba untuk fahami kenapa ramai yang mengirim berita tokoh hebat ini dibebaskan dari tuduhan rogol ini sebagai penting. Saya pilih salah seorang pengirim untuk bertanya. Dia lantas menjawab bahawa, fitnah dan pelbagai tuduhan ke atas tokoh ini selama ini adalah tuduhan yang tidak berasas.
OK.
Saya tidak sambung pertanyaan saya, kerana itulah kefahamannya atas berita yang dia baca.
Saya petik di bawah beberapa bahagian dari laporan itu (saya padamkan namanya):
1   Judges in Paris have dismissed a rape allegation made against Islamic scholar Xxxxx Xxxxxxx, his lawyer said.
Ini yang dia faham.
2    Mounia Rabbouj, a former escort, alleged that Xxxxxxxxx raped her nine times in hotels in Paris, Roissy, Lille, London and Brussels.
Ini cerita pertuduhannya.
3   The married Oxford University professor told the court he had had a consensual relationship with Ms Rabbouj, his lawyer Emmanuel Marsigny said.
Cerita inilah besar kemungkinan dia tak baca. Atau dia tidak faham.
Inilah masalah sesetengah kita yang membaca berita tetapi tidak faham keseluruhan ceritanya.
Xxxxx Xxxxxxxxx dibebaskan dari tuduhan rogol kerana beliau mempunyai hubungan seks luar nikah suka sama suka dengan wanita eskot (kalau di Malaysia dipanggil pelacur) yang menuduh beliau merogol. Oleh kerana adanya pengakuan hubungan seks “konsensual” (suka sama suka) maka tidak perlu dituduh merogol. Buang kes.
Tetapi isu pentingnya di sini ialah tokoh hebat Islam Liberal inilah yang diusung oleh pelbagai NGO dan pertubuhan ke merata pelusuk Tanah Air, berulang-ulang kali.
Kononnya inilah tokoh demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, rahmatan lil alamin, maqasid Syariah dan seumpamanya.
Inilah masalah sesetengah pertubuhan dan NGO yang bodoh melihat sedap dan manisnya seseorang itu bercakap lalu diusung tokoh yang bergelumang dengan maksiat mencemar ajaran Islam di Tanah Air ini. (https://akarimomar.wordpress.com)
Siapa? Tunggu..
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

Jutawan S/Nurhaliza Memberi Penerangan Kepada M/Penasihat K'jaan.


HALAMAN HIBURAN

PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini menemui Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di Menara Ilham.

Penyanyi bergelar jutawan itu dijangka untuk memberi penerangan kepada MPK berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.
Penyanyi berusia 39 tahun itu tiba berpakaian baju kurung moden berwarna biru cair.
MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.
Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof. Jomo Kwame Sundaram.
Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi. – myMetro Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails