Friday, June 29, 2018

Isu Status Ijazah Dipertikai, MB Perak Terus Bisu



ANEH… Lebih sebulan Ahmad Faizal Azumu angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12 pada 12 Mei lalu, namun isu kesahihan ijazah ADUN Chenderiang ini terus diperkatakan netizen.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak itu sebelum ini pernah mendakwa konon hanya berserah kepada rakyat bagi menilai status sebenar Ijazah Kajian Perniagaan di Edith Cowan University, Perth, Australia yang dimilikinya.
Kenyataan agak berdolak-dalik itu mencetuskan persoalan cepumas mengenai kejujuran bos Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak tersebut untuk jawab terus isu secara profesional dan bukan beri jawapan yang tergantung.
Apalah salah mengakui sekadar alumni Sekolah Menengah Anderson di Ipoh sebagai mana bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah tidak malu statusnya cuma lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lagipun ia bukanlah satu bentuk penghinaan terhadap dirinya malah boleh dianggap kejayaan besar sekali gus bukti pelajar lulusan SPM pun mampu menjadi menteri besar menewaskan ramai calon lain yang ada ijazah berjela-jela.
Hakikatnya sehingga sekarang Ahmad Faizal, 48, sengaja memilih untuk membiarkan isu ijazah dirinya berlalu begitu sahaja dengan harapan agar rakyat jelata khasnya penyokong tegar PH melupakan kes kontroversi tersebut.
Demi memelihara imej bersih, profesional dan berintegriti PH negeri Perak, sewajarnya bekas pegawai khas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ini perlu mengesahkan kelulusan akademiknya itu secara telus.
Isu ijazah mantan panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas ini mula dibangkitkan seorang penulis laman blog Anak Perak di Perantauan, Ahmad Jamali Sepihie sebelum tular dalam kalangan pengguna media sosial negeri tersebut.
Ia menarik perhatian apabila ramai kalangan mereka yang mengenali beliau secara dekat sejak sekian lama turut persoal kesahihan ijazah itu setelah agensi berita rasmiBernama melaporkan kelulusan akademik Ahmad Faizal.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, PH menang majoriti tipis dengan dapat 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak manakala Barisan Nasional (BN) sekadar 27 kerusi dan PAS pula hanya tiga kerusi.
Keputusan itu menyaksikan tiada mana-mana parti raih majoriti mudah 30 kerusi untuk bentuk kerajaan negeri, namun kemelut berakhir selepas dua ADUN BN khianat menyertai PH. – Agensi/Mynewshub.tv/HAA


Najib dedah ‘orang Mahathir’, Perenang Negara Datang Rumah Minta RM10 Juta.


#DosaDosaMahathir #PakatanPHitnah #MahathirBapakPenyamun #MahathirBapakKroni

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan orang rapat Tun Dr Mahathir ada bertemunya pada tahun 2013 dahulu meminta duit RM10 juta sebagai dana kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Pendedahan dibuat Najib kepada Malaysiakini, namun portal berita pro-Pakatan Harapan itu enggan mendedahkan nama individu berkenaan. Malaysiakini hanya menyebut “pembantu” yang sangat dipercayai Dr Mahathir dan seorang bekas perenang negara.

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai,” kata Najib kepada Malaysiakini.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku.”

Najib turut membuat pengakuan berhubung harta rampasan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kediamannya di Jalan Langgak Duta dan di tiga unit kondominium Pavillion Residence Kuala Lumpur, kira-kira sebulan lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerusi sidang media berkenaan harta rampasan menjelaskan nilai rampasan dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Kata Najib, ada antara barangan rampasan merupakan hadiah kepadanya dan isteri sewaktu beliau bergelar pemimpin negara sebelum ini, sepertimana Dr Mahathir pernah menerima hadiah 40 ekor kuda sebelum ini. Berkata lanjut kepada Malaysiakini, beliau sejak bergelar Perdana Menteri mahukan ketelusan didalam pembiayaan dana pilihan raya namun ditolak pembangkang yang kini sudahpun membentuk kerajaan.

“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).
“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.
“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan,” kata Najib yang mengesyaki pemberi sumbangan bimbang diri mereka terjejas sekiranya identiti mereka dikenali.
“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.
“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.”

http://pakdin.my/tag/dana-politik
http://pakdin.my/pembangkang-tiada-alasan-tolak-akta-kawal-selia-dana/


Kembalikan Peranan Asal LPN..

Hasil carian imej untuk lembaga padi negara

CADANGAN untuk menamatkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam industri beras adalah satu langkah tepat dan selaras dengan tuntutan PAS sebelum ini.
Tujuan asal penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sehingga menubuhkan Bernas pada tahun 1994 adalah untuk menguruskan simpanan stok negara secara sistematik, menstabilkan harga beras dan menjaga kebajikan para pesawah di samping memperoleh manfaat ekuiti daripada penswastaan tersebut.
Hasil carian imej untuk lembaga padi negara
Namun akhirnya, Bernas telah didominasi oleh pihak korporat sepenuhnya pada tahun 2014 setelah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia dan menjadi institusi yang berorientasikan keuntungan semata-mata.
Mana mungkin sebuah syarikat persendirian dipertanggungjawabkan untuk lebih mengutamakan kebajikan sosial pesawah berbanding mengaut keuntungan syarikat jutaan ringgit setiap tahun? Matlamat asal Bernas telah tersasar dan tidak ada institusi khas yang berwibawa untuk membela nasib mereka.
Terlalu banyak isu yang meliputi industri padi dan beras di negara kita. PAS berharap agar tindakan menamatkan monopoli Bernas adalah langkah awal untuk memulihkan secara keseluruhan pelbagai masalah yang membelenggu setiap rantaian pembekalan dan permintaan beras di Malaysia.
Kita tidak hanya berhadapan dengan masalah pengimport tunggal beras sahaja, tetapi juga isu subsidi dan kos input pesawah, masalah kewangan pengilang dan pemborong, kawalan mutu serta kegagalan memenuhi sasaran Tahap Sara Diri.
Oleh yang demikian, penamatan monopoli Benas adalah aspek kecil yang perlu ditanggapi berbanding desakan solusi yang lebih menyeluruh. Ekoran itu, kementerian juga digesa untuk menilai semula salah satu pilihan yang dilihat lebih baik ketika ini iaitu mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai sebuah badan kawal selia yang lebih berkesan.
Di samping itu, LPN juga harus diberi mandat yang lebih luas untuk memantau setiap rantaian bekalan dan permintaan dari jelapang padi hingga ke pinggan rakyat.
PAS bersedia untuk bertemu dan berbincang bagi mencadangkan pelan yang konstruktif sementara pihak kementerian sedang membuka cadangan awam terhadap model baru pembekalan beras di Malaysia.
Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi pandangan demi memastikan industri ini kekal ampuh seterusnya boleh meningkatkan tahap sekuriti beras pada tahap terjamin.
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Syawal 1439 | 28 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 28/6/2018

Konon PH Kurangkan Pekerja, Tapi Maszlee Ada 10 Pegawai Khas?




IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia yang lebih.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang kononnya dikatakan penyelamat rakyat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, PH lantang bersuara mengutuk tindakan kerajaan terdahulu itu kononnya menggajikan terlalu ramai staf untuk kepentingan politik yang digelarnya sebagai ‘lantikan politik’.
Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga selepas beberapa hari berkuasa mengumumkan bahawa kerajaan PH menamatkan kontrak 17,000 staf lantikan politik ini.
Jelasnya, langkah itu kononnya lagi diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan terlalu banyak pembaziran semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, tular di media sosial sejak semalam mengenai satu paparan skrin dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa Menterinya, Dr. Maszlee Malik mempunyai seramai 10 orang Pegawai Khas.
Perkara itu jelas menimbulkan persoalan ramai netizen terutama sekali mengenai keperluan Dr. Maszlee yang berjaya mempunyai jumlah Pegawai Khas seramai itu.
Lebih menarik, bilangan kakitangan bagi jawatan tersebut tidak termasuk Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS) dan Setiausaha Akhbar (SUA) bagi menteri.

Kesahihan senarai pegawai untuk menteri baharu itu masih belum lagi dapat disahkan namun sudah tersebar dengan luas di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Jika perkara ini benar, ia jelas kelihatan pelik dan membingungkan buat ramai pihak memandangkan kerajaan PH sebelum ini terlalu pantas bertindak menamatkan kontrak kakitangan awam terdahulu.
Lebih menyedihkan, kontrak kakitangan awam itu ditamatkan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang menyaksikan mereka semua terpaksa menyambut perayaan dalam suasana sedih.
Perkara ini juga menyebabkan netizen membuat spekulasi sama ada kakitangan awam sebelum ini dibuang demi memuatkan kerajaan baharu dengan staf lantikan politik mereka tersendiri.
Jika difikirkan secara logik, mengapa Dr. Maszlee memerlukan pegawai khas seramai itu? Bukankah ini juga satu pembaziran untuk pihak kerajaan PH sendiri yang mahu berjimat-cermat?
Orang ramai juga kini mahukan penjelasan daripada Dr. Maszlee sendiri mengenai tugas sebenar 10 orang pegawai khas ini dalam kementerian berkenaan.
Adakah pegawai-pegawai ini dilantik kerana mereka merupakan pendukung setia kepada parti dan juga menteri? Atau mereka ini hanya pembantu yang hanya dilantik untuk mengikuti ke mana sahaja Dr. Maszlee berada?
Dalam pada itu, tinjauan ke laman web KPM hari ini juga menyaksikan senarai kakitangan pejabat menteri itu telah dikemas kini dan tiba-tiba hanya tinggal seorang sahaja pegawai khas kepada Dr. Maszlee.
Netizen menerusi laman Twitter juga menyedari perkara itu dan bingung apabila senarai panjang berkenaan telah berubah dramatik seolah-olah dikemaskini sejak isu ini tular.
Sehingga kini, Kementerian Pendidikan serta Dr. Maszlee masih belum memberikan penjelasan mengenai perkara kontroversi itu.
Sekiranya ini semua benar, sudah terang lagi bersuluh kerajaan PH juga sama sahaja mengamalkan pembaziran dalam pentadbiran mereka walhal selama ini terlalu lantang menuduh BN berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CClhal selama ini terlalu lantang menuduh BN berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

Tarif Elektrik Naik Lepas K'jaan Lulus Pelarasan Semula &Rebat Ditamatkan?



KUALA LUMPUR – Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan supaya kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj ‘kos tak berimbang’ (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai, 2018 hingga 31 Dis, 2018.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh yang sama.
“Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.
“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0.0 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Jun 2018,” katanya.
Menurut ST, ia berikutan persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan kerangka kerja kawal selia berasaskan Insentif bagi penetapan dan pelarasan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh kawal selia tiga tahun yang kedua bermula pada 2018 hingga 2020.
Di bawah IBR, tarif elektrik mempunyai dua komponen utama, iaitu tarif asas yang tidak berubah dalam tempoh kawal selia IBR dan ICPT dalam bentuk rebat atau surcaj dalam tarif pengguna yang dilaksanakan setiap enam bulan.
Menurut ST, ICPT adalah untuk melepaskan apa-apa kos tak berimbang, iaitu perbezaan antara kos sebenar bahan api serta kos lain penjanaan yang didapati munasabah dan di luar kawalan TNB dengan kos unjuran yang diguna pakai dalam penetapan tarif asas bagi tempoh enam bulan sebelumnya, jelas ST.
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, suruhanjaya itu berkata harga bahan api arang batu meningkat kepada US$91.66/tan metrik berbanding harga yang diunjurkan dalam tarif asas, iaitu US$75/tan metrik.
Kenaikan bagi tempoh enam bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama yang menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.
Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang telah diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan terdahulu akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang telah diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018, kata ST.
Kerajaan turut memutuskan supaya pelaksanaan IBR di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang sepatutnya bermula pada 1 Julai 2018 ditangguhkan sehingga 1 Januari 2019, katanya. – BERNAMA

1,000 Kuota Matrikulasi Untuk K/Cina: Maszlee. Bongkar Niat Sebenar PH?



SEJUMLAH 1,000 tawaran kemasukan Matrikulasi diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera dari kaum Cina yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata tawaran menerusi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan bagi sesi 2018/2019 itu bagaimanapun diberikan buat pelajar daripada keluarga kumpulan berpendapatan rendah B40.
“Berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu, penawaran khas ini adalah satu hadiah daripada Pakatan Harapan (PH) kepada masyarakat Cina daripada keluarga B40.
“Kami akan berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk membantu sosioekonomi mereka,” katanya memetik portal Malaysian Insight.
Menurut Maszlee juga, kuota berkenaan sudah pun hampir dipenuhi dengan lebih 800 pelajar sudah diambil.
Program matrikulasi KPM merupakan satu program pra universiti yang disediakan kerajaan bagi pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.
Bagi sesi 2018/2019, Maszlee berkata sejumlah 84,891 permohonan sudah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera. – MYNEWSHUB.CC

Akibat Tidak Istiqamah -Presiden PAS


FIRMAN Allah:
﴿وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ١٥٣﴾ [الأنعام: 153]
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Islam) yang betul lurus (istiqamah), maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-An’am: 153)
Inilah hikmah atau tujuan petunjuk Allah (istiqamah) yang dipohon pada setiap rakaat solat ketika mengadap Allah setiap waktu yang diwajibkan atau solat sunat, termasuk solat jenazah yang tidak ada rukun-rukun yang lain, namun Al-Fatihah memohon istiqamah tetap diwajibkan.
Rasulullah S.A.W menyebut ayat tersebut di atas kepada para sahabatnya R.A sambil menggaris di atas tanah garisan yang betul lurus dan panjang dengan jarinya yang mulia. Kemudian digariskan cabangnya yang banyak di sebelah kiri dan kanan. Baginda S.A.W menegaskan garis yang satu sahaja (Islam) wajib diikut. Adapun yang lain, di kiri dan kanan adalah jalan yang digoda oleh syaitan.
Lalu ditegaskan pula bahawa Al-Quran adalah petunjuknya dan Rasulullah S.A.W yang bersabda dan beramal adalah penjelasannya dalam semua perkara yang dinamakan agama atau urusan dunia yang tidak terpisah daripada Islam yang sempurna merangkumi seluruh kehidupan manusia dalam hubungannya dengan Allah, dirinya dan manusia yang lain sehinggalah alam sekelilingnya yang nyata sehingga alam ghaib, daripada bumi sehingga angkasa lepas, daripada dunia sehingga akhirat.
Rasulullah S.A.W menunjukkan cara beribadat sehinggalah cara berpolitik memerintah negara masyarakat majmuk. Dijelaskan dengan nyata wajib berwala’ (berketuakan atau kepimpinan dan pengurusannya) kepada orang-orang yang beriman. Diharamkan berwala’ kepada bukan Islam menjadi sempadan berpolitik. Hanya dibenarkan bermasyarakat madani (bertaaruf), bertahaluf, berdamai dan bertaawun sahaja. Firman Allah menegaskan:
menegaskan:
﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ٢٨﴾
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia daripada Allah (mendapat petunjuk dan perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya (keadaan darurat) yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Ali-Imran: 28)
Maka termasuk dalam prinsip dan dasar keimanan yang menjadi aqidah tetap, jelas dan nyata tidak harus berbeza pendapat. Hanya perkara furu’ atau cabang boleh berkhilaf atau berbeza pendapat kerana berbeza sebab, realiti dan situasi yang melahirkan mazhab yang diizinkan oleh syara’, bahkan semuanya diberi pahala berijtihad dengan syarat- syarat dan sifat keahlian ilmu dan akhlaknya, kerana sabda Rasulullah S.A.W:
إذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ. (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
“Apabila seseorang yang mencari hukum secara ijtihad (dalam perkara yang tidak ada nas yang nyata) kemudian dia betul, nescaya diberi dua pahala. Dan apabila dia berjtihad, kemudian dia salah necaya diberi kepadanya satu pahala” (Muttafaqun ‘alaih)
Orang-orang yang telah pun beriman kepada Kitab Allah (Al-Quran) pula ada berbagai-bagai peringkat dan kemampuan melaksanakannya. Ada yang rajin, ada yang malas dan ada yang tenggelam ke dalam maksiat, namun tetap beriman kepadanya. Allah berfirman:
﴿وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ٣١ ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]
“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka, ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32)” (Surah Fatir: 31-32)
Adapun mereka yang menolak Al-Quran, membatalkan iman dan Islamnya, atau membatalkan Dua Syahadahnya yang telah diikrarkan atau melanggar baiahnya, Firman Allah telah menyatakan akibat menimpa mereka di Hari Akhirat apabila Al-Quran tidak dijadikan petunjuk dengan sengaja, bukannya jahil atau hilang akalnya sama ada pemimpin atau pengikut:
﴿وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ نُؤْمِنَ بِهَذَا الْقُرْآنِ وَلَا بِالَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ مَوْقُوفُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْجِعُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ الْقَوْلَ يَقُولُ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لَوْلَا أَنْتُمْ لَكُنَّا مُؤْمِنِينَ٣١ قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَى بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ٣٢ وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَادًا وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلَالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ٣٣﴾ [سبأ: 31-33]
“Dan orang-orang yang ingkar (menolak Al-Quran) berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim (menjadi pemimpin) itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang lemah atau jahil (menjadi pengikut) berkata kepada orang-orang yang sombong takabbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman". (31) Orang-orang yang sombong takabbur itu (para pemimpin) menjawab kepada orang-orang yang lemah atau bodoh (menjadi pengikut):” Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa". (32) Dan berkata pula orang-orang yang lemah atau bodoh (menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takabbur (menjadi pemimpin) itu: "Tidak! bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu baginya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (33)” (Saba’; 31-33)
Maksudnya ingkar terhadap perkara dasar, syarat dan rukun di luar daripada urusan ijtihad mazhab di dalam Islam, seperti mereka menganut ideologi atau teori yang dicipta di luar daripada prinsip dan hukum yang nyata di dalam Islam yang menyeluruh, walaupun diletakkan jenama Islam dan istilahnya dengan tujuan menipu atau cara yang sesat, kerana mencari jalan pintas untuk kemenangan dunia tanpa peduli terhadap wawasan akhirat.
Perkara yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W apabila ditawarkan kepadanya kuasa tanpa mendaulatkan Islam. Sabda Baginda S.A.W kepada Abu Talib, bapa saudaranya:
يا عم لو وضعت الشمس في يميني والقمر في يساري ما تركت الأمر حتى يظهره الله أو أهلك في طلبه. سيرة ابن اسحاق = السير والمغازي (ص: 154(
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Kalaulah diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, nesacaya aku tidak akan meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam menuntut kemenangannya (yang belum dicapai)”
Begitulah juga perintah Allah supaya terus beristiqamah bersama Islam apabila dicabar oleh musuhnya dengan bersyarat kemewahan dunia atau menunjukkan perkara luar biasa atau bala mendatang supaya mereka menerima tawaran Islam:
﴿وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا٩٠ أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا٩١ أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا٩٢ أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا٩٣﴾ [الإسراء: 90-93]
“Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga Engkau memancarkan mata air dari bumi bagi kami. (90) Atau (sehingga) Engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian Engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. (91) Atau (sehingga) Engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana Yang Engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) Engkau bawakan Allah dan malaikat untuk Kami menyaksikannya. (92) Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah yang indah terhias; atau (sehingga) Engkau naik ke langit; dan Kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum Engkau turunkan kepada Kami sebuah Kitab Yang dapat Kami membacanya". Katakanlah (Wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah Aku ini hanya seorang manusia Yang menjadi Rasul? (93)” (Surah Isra’: 90-93)
Maka termasuk tidak beristiqamah juga, sehingga berjanji apa sahaja demi kemenangan semata-mata, walaupun berbohong dengan janji yang tidak mungkin ditunaikan dalam sekelip mata.
Amaran lebih keras terhadap berwala’ kepada musuh Islam demi mencapai cita-cita kemenangan sehingga disenaraikan dengan sifat munafik. Firman Allah:
﴿بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا١٣٩﴾ [النساء: 138-139]
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (mereka itu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin atau teman rapat) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139)” (Surah An-Nisa’: 138-139)
Sejarah hilangnya kuasa Islam di Andalusia dan kejatuhan Negara Arab, Nusantara dan lain lain oleh penjajah cukup menjadi iktibar supaya tidak berulang lagi kerana sabda Rasulullah S.A.W:
لا يلدغ مؤمن من جحر واحد مرتين (البخاري ومسلم وغيرهما)
“Tidak seharusnya seseorang yang beriman itu disengat daripada satu lubang sebanyak dua kali”
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 13 Syawal 1439 / 27 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 27/6/2018

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails