Friday, July 20, 2018

Ini, Duit Untuk PAS RM90 Juta? Terdedah Dari Akaun Najib..

Hasil carian imej untuk pas dan duit
Sebelum ini Sarawak Report kantoi dalam pembelaan mereka tentang tuduhan PAS terima RM90 juta. Semalam Malaysiakini menyiarkan pendedahan agihan wang daripada akuan Najib. Mana dia wang RM90 juta untuk PAS?

Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion. Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.

Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan. Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB. Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.

Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas. Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.

Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015. Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.

Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itumengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.


Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013. Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.

Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti. Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta. Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta. Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah".

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: 
“Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?” 
Para sahabat menjawab; “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.” 
Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah 

  • seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, 
  • namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, 
  • menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), 
  • lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya 
  • namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya 
  • hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” 
(HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

Macam mana agaknya ustaz-ustaz dan pak lebai dalam Parti AMANAH serta Pakatan Harapan nak tebus balik fitnah yang mereka sebar dalam media sosial. Agaknya pahala mereka mampu tak nak bayar fitnat tersebut? Tak apa dosa orang yang difitnah boleh diambil sebagai tebus ganti.

MR : Didunia ini mereka dapat banyak jawatan tapi diakhirat nanti belum tentu mereka ini selamat selagi mereka tidak bertaubat.... 
MINDARAKYAT

Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap


Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Pembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang  5.875 kilometer  yang membabitkan kos RM321 juta kini hampir 70 peratus siap. 

Projek yang dimulakan pada pertengahan 2016 itu, pada awalnya dijangka siap pada Januari tahun depan, bagaimanapun berkemungkinan terpaksa dilanjutkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan terdapat beberapa masalah teknikal, termasuk pengambilalihan tanah.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata bagaimanapun, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) itu dapat disiapkan mengikut jangkaan jadual.

Katanya, antara skop projek itu adalah membina jalan baharu empat lorong dengan piawaian rekabentuk Jabatan Kerja Raya (JKR) U5, membina empat buah jambatan dengan panjang keseluruhan sejauh 598 meter serta melibatkan skop menaiktaraf dan pembinaan persimpangan di Simpang Tok Molor , Jalan Tok Adis (T12) dan Jalan FT03 di Kg Durian Burung.

“Skop kerja lain,  penyediaan sistem perparitan dan pembentungan yang sistematik, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, pemasangan kelengkapan jalan,pengalihan utiliti dan pembinaan dua buah 'vehicular box culvert' (VBC),”katanya.

Pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor, Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu mampu mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya.

Disamping menjadi komponen utama dalam Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar. (Teganukita)

Thursday, July 19, 2018

MP PH Tinggal Dewan, Pening Lalat, Masih Berpikir Pembangkang Lagi?



Tidak Wajar Ahli Parlimen PH Tinggalkan Dewan Ketika Sesi Perbahasan Berlangsung


KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meninggalkan Dewan Rakyat pada sesi perbahasan petang semalam adalah sebagai tidak wajar.
Walaupun, ada alasan mengatakan kekosongan banyak kerusi di pihak kerajaan itu disebabkan menghadiri mesyuarat Kabinet, tetapi mesyuarat itu hanya melibatkan menteri sahaja, bukan timbalan Menteri dan ahli-ahli Parlimen.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad berkata, ketika Barisan Nasional (BN) di pihak kerajaan sebelum ini, mereka tidak pernah bertindak meninggalkan dewan sehingga semua kerusi kosong.
“Saya lihat kerajaan (PH) ini belum biasa jadi kerajaan, mereka sudah menjadi pembangkang dan selalu keluar dewan, sebab itulah bila mereka jadi kerajaan pun, mereka terbawa-bawa perangai keluar dewan beramai-ramai.
“Keluar dewan oleh pihak kerajaan ini berlaku di awal sesi persidangan lagi, iaitu ketua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbahas, sudah ramai Ahli-Ahli Parlimen kerajaan tidak duduk di tempat masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program “Bicara Hasanah” di Auditarium Bangunan Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan sebahagian besar Ahli Parlimen kerajaan keluar dewan menyebabkan kerusi mereka kosong, sedangkan ketika itu pembangkang sedang berbahas ucapan terima kasih dan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, Ahli Parlimen keluar masuk dewan ketika sesi persidangan adalah perkara biasa, tetapi jika keluar dan tidak masuk-masuk, itu dianggap luar biasa.
“Kita tahu Ahli Parlimen boleh keluar masuk, tetapi kalau keluar tidak masuk-masuk itu agak kurang sesuai sikitlah, kerana peran kita sebagai Ahli Parlimen, lebih lagi berjawatan (Menteri dan Timbaan Menteri) selalunya akan duduk mendengar terutamanya apabila perbahasan mengenai titah diraja dan sokong titah dan ucapan Ketua Pembangkang.
“Sebab kita dulu jadi kerajaan, kita ada, kita tunggu pembangkang berhujah sampai habis,” katanya.
Ditanya tindakan itu mungkin disebabkan Mesyuarat Kabinet, ujar beliau, ia hanya (melibatkan) Menteri sahaja, bukan Timbalan Menteri.
“Tapi yang kosong semalam melibatkan kerusi Timbalan Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen. Kita faham ada Mesyuarat Kabinet, tapi masa BN jadi kerajaan (dahulu) kita tunda mesyuarat pada hari Jumaat bagi menghormati waktu bersidang di Parlimen,” katanya. – MalaysiaGazette


Lihat ini..
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini. 
  • Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
  • Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
  • Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
  • Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk menguasai media sosial.
  • Kadang-kadang mereka mengugut penulis atau tuan punya blog akan report polis, polis sedang mencari dan lain-lain.
  • Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
  • Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominasi kebanyakan komen di blog ini.
  • Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
  • Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.
Begitulah kira-kira, Sekian. (IH)

Tipu Rakyat! Kerana Astro Awani Cover Guan Eng..




Kalau yer pun nak cover Guan Eng, x payah lah sampai nak menipu rakyat...

Baca di sini :

Mana pergi etika kewartanan...
Rakyat bukannya bodoh... Jadi janganlah buat sesuatu yang menampakkan kebodohan diri sendiri... Dengan penerangan sehala, Astro Awani cuba kelirukan rakyat dgn bagi gambaran kononnya harga barang akan jadi lebih rendah bawah rejim cukai SST...

Baca di sini :

Apa Komen Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Tentang SST


Hanya jauhari yang kenal manikam... Kalau bab cukai, badan bebas yang paling berkredibiliti utk ulas dan bagi pandangan ialah Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia atau MATA...Bukannya budak mentah yg baru keluar kolej... Entah dia faham ker tak apa yg dia cakap, kita pun tak tahu...

Penjelasan Dari MATA

Datuk Abdul Aziz Abu Bakar dengan jelas tolak dakwaan Astro Awani tentang penurunan harga barang lepas SST di laksanakan nanti... Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai barangan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan...

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Rang Undang-undang (RUU) SST di jangka di bentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST yang mana pengenalan semula SST di jangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Rakyat Miskin Akan Terbeban Dengan Perlaksanaan SST

Perlaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16% (10%+6%) mulai 1 September 2018 ini bakal membebankan rakyat miskin untuk beli pelbagai produk pengguna... Lebih teruk, berbeza cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan Barisan Nasional (BN) pada 2015 dengan lebih 300 produk berkadar sifar, sebaliknya SST merangkumi semua barangan termasuk keperluan harian...

Ini bakal menyaksikan barangan basah dapur seperti ikan dan sayur yang lazim disebut sebagai makanan orang miskin selain lampin pakai buang dan susu bayi akan naik harganya lebih dahsyat berbanding pelaksanaan GST... Harga barang dijangka meningkat jika cukai jualan 10 peratus seperti dicadangkan oleh kerajaan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula 1 September depan...

Ini adalah kerana kadar cukai jualan itu di lihat adalah sama seperti sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan... Kenaikan harga akan berlaku apabila terjadinya cukai berganda apabila margin keuntungan yang akan di kenakan kepada saluran perniagaan seperti pemborong dan peruncit adalah pada nilai harga selepas di kenakan cukai jualan 10 peratus...

"Katakanlah harga sesuatu barang itu RM10"...
"Pengilang akan jual kepada pihak pemborong dengan nilai RM11 disebabkan cukai 10 peratus yang terpaksa ditanggung pengilang"...
"Kemudian pemborong itu pula yang akan meningkatkan harga jualan kepada peruncit (bermula RM11) sehinggalah pengguna yang akhirnya terbeban"...
"Itulah situasi cukai berganda yang di maksudkan dan sekali gus harga barang memang akan meningkat naik"...
"Itulah kelemahan SST," kata Abd. Aziz ketika di hubungi oleh sebuah akhbar tempatan di ibu negara hari ini"...

Apabila harga barang meningkat, ia tidak selari dengan matlamat dan manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin mengurangkan kos sara hidup dengan menghapuskan GST apabila mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN)...

Cukai Perkhidmatan 6% 
Bagi cukai perkhidmatan enam peratus, ia di lihat tidak memberi kesan dan perlu di teliti dengan lebih lanjut kerana mungkin akan menimbulkan isu cukai berganda kepada pengguna, khususnya oleh pengendali restoran dan hotel...

Nilai Ambang Perolehan Yang Di Kenakan Cukai
Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata, bagi memastikan pelaksanaan cukai baru itu dapat dilaksanakan dengan mantap, kerajaan perlu mengenalpasti nilai ambang bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Menurutnya, sebagaimana yang ditetapkan dalam nilai ambang GST, perniagaan di kenakan cukai sekiranya mencatatkan perolehan RM500,000 dan ke atas dalam tempoh setahun, manakala jika di ambil kira SST sebelum ini, RM3 juta adalah nilai ambang bagi cukai jualan dan RM100,000 pula bagi cukai perkhidmatan... Berdasarkan kepada instrumen SST dalam kerajaan terdahulu, cukai jualan hanya di kenakan kepada pengilang dan pengimport, justeru dari segi ekonominya, ia akan memberi kesan kepada harga barang yang di kenakan cukai terbabit...

Kadar yang di cadangkan itu adalah sama saja seperti dulu dan bukanlah kadar yang baharu...
Seperti sistem SST sebelum ini, di jangka berlaku kenaikan harga terhadap barang tertentu yang tertakluk kepada rejim cukai ini...

Tindakan Menghapuskan GST Untuk Mengurangi Bebanan Kos Hidup Rakyat Adalah Langkaj Yang Salah
Abd. Aziz juga berkata tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) beri alasan konon untuk membendung kos sara hidup dengan cara menghapuskan GST sebenarnya adalah satu tindakan salah... Dalam keadaan tiga bulan ini (setelah pemansuhan GST) harga barang tidak turun melainkan sesetengah sahaja...

Dan bila nak perkenalkan SST semula memang akan berlaku peningkatan harga... Peniaga akan ambil kesempatan dan yang untungnya hanyalah peniaga... Akhirnya yang terbeban adalah pengguna... Dalam hal ini pengguna harus membuat penilaian dengan sebaik mungkin...
Kerajaan pimpinan Mahathir harus bertanggungjawab kepada setiap masalah yang berlaku khususnya berkaitan soal peningkatan harga barang di pasaran kerana gagal di kawal lebih sebulan lalu... Bukannya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pihak lain...

Ditanya mengenai kemampuan SST dalam membendung isu manipulasi harga, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan PH meninggalkan mekanisma lama dan perlu mempunyai mekanisma baharu serta efisien... Macam mana kerajaan baharu mahu elak ketirisan dan cukai berganda yang berlaku sekiranya tiada mekanisma baharu...

Kalau hendak tolong rakyat dan pengguna marhaen, memang perlu ada mekanisma baharu... Sebab itu MATA dari dulu sokong GST... Tetapi kerajaan kini tetap mahu melaksanakan SST dan kami bersetuju dengan syarat iaitu perlu ada mekanisma baharu... Namun, setakat ini masih belum ada apa-apa mekanisma baharu daripada kerajaan,” tambah beliau... (http://theunspinners.blogspot.com)

Awas! Kumpulan anti Al-Quran



MENDIANG Perdana Menteri British, William Ewart Gladstone (1809-1898), menegaskan: “As long as there is this book [the Quran], there will be no peace in the world.” (Selagi kitab ini (Al-Quran) wujud, tidak akan ada keamanan di-dunia.)
Kenyataan ini diucapkan sejak dua abad tahun yang lalu, ketika kemuncaknya penentangan umat Islam dalam menghadapi era kolonialisma atau imperialisma (penjajahan) yang meneruskan Perang Salib yang ganas terhadap Islam dan penganutnya, tanpa mengenang budi kepada Tamadun Islam yang berjasa menyelamatkan mereka keluar daripada zaman kegelapan.
Maka tercetusnya Revolusi Industri dan munculnya teori pemisahan urusan kehidupan daripada agama Kristian sehingga mencetuskan agenda sekularisma yang melahirkan pelbagai ideologi dan teori ciptaan manusia.
Bukan sahaja memisahkan politik daripada agama, bahkan juga memisahkan sains dan teknologi daripada agama kerana menggunakan akal tanpa hidayah apabila mereka mengikuti sifat keangkuhan iblis yang dilaknat oleh Allah Pencipta Alam yang berjaya mempengaruhi manusia yang cerdik dan mulia kejadiannya dengan adanya akal. Tiba-tiba mereka memuja makhluk yang hina seperti menyembah binatang dan batu tanpa akal, sehinggalah mencipta senjata pemusnah yang menjadikannya lebih ganas daripada binatang liar.
Mereka melakukan permusuhan terhadap Islam dan penganutnya walau apa sahaja tindakan, namun umat Islam bangkit menentangnya dan tidak mengalah walaupun dalam keadaan paling lemah dan miskin.
Di saat ini, umat Islam mengalami penyakit kerajaannya yang lemah apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran kerana leka dan mabuk berkuasa sahaja, dan meninggalkan kemajuan ilmu duniawi yang berjaya diterokai sehingga tanah airnya dapat dijajah dan kerajaannya ditumbangkan di seluruh pelosok dunia sama ada melalui peperangan secara langsung atau polisi adu domba dalam kalangan umat Islam sendiri yang dibejati semangat fanatik kaum dan mazhab, di samping lemahnya ilmu pengetahuan agama dan ilmu duniawi yang telah diciptanya.
Umat Islam menjadi lemah sehingga dijajah tanah airnya, dibahagikan pula dalam kalangan penjajah Barat yang berebut mendapatkan habuan masing-masing, merampas hasil bumi dan memanfaatkannya dengan memperhambakan umat Islam yang lemah, maka berlakunya kebenaran terhadap amaran Rasulullah S.A.W:
"تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة على قصعتها وقال قائل: أو من قلة نحن يومئذ يا رسول الله؟ قال: لا، بل أنتم كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة منكم في قلوب عدوكم، وليقذفن الله في قلوبكم الوهن. وقال قائل: ما الوهن يا رسول الله؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت" (رواه أحمد وأبو داؤد وغيرهما)
“Umat-umat yang lain melingkungi kamu, laksana orang-orang yang melingkungi makanan lazat yang dimakannya dengan rakus. Lalu seorang dari kalangan para sahabat bertanya: Adakah jumlah kita pada masa itu terlalu sedikit? Sabda Rasulullah S.A.W.: Sebenarnya jumlahnya ramai, tetapi (terlalu lemah) laksana buih atau sampah yang dihanyutkan air banjir. Allah menghilangkan kehebatan (umat Islam) yang dirasakan oleh musuh-musuhnya. Lalu dicampak ke dalam diri mereka penyakit Al-Wahnu. Lalu seorang dari kalangan para sahabat bertanya: Apakah Al-Wahnu itu wahai Rasulullah? Sabdanya: Terlalu kasihkan dunia (melulu atau melampau tanpa halal dan haram) dan terlalu takut mati”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)
Namun, kecintaan kepada Islam tidak boleh dihapuskan walaupun dalam keadaan yang sangat jahil. Kadang-kadang banyak dosa sehingga melakukan kekufuran (aqidah atau nikmat) kerana kejahilannya.
Al-Quran pula tetap dipelihara oleh Allah mengikut janji-Nya:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) ]سورة الحجر: [9
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 19)
Kita menyaksikan pengajian Al-Quran terus dipelihara pada zaman penjajah sehingga kini, walaupun tanpa mengetahui makna dan maksudnya. Di mana sahaja adanya umat Islam walaupun dalam keadaan miskin dan buta huruf, Al-Quran tetap dijaga sehingga ada yang memelihara secara hafalan, dan ada juga memeliharanya tanpa mengetahui makna dan maksudnya, kerana tetap beriman kepada fadilat dan keberkatannya.
Kehebatan mukjizat ilmu Al-Quran pula terserlah kepada sesiapa yang mengkajinya dalam segala bidang ilmu agama dan dunia, termasuk dalam kalangan bukan Islam ada yang mendapat hidayah sehingga menganut Islam. Ada yang tidak mendapat hidayah sehingga menjadi lebih hina daripada binatang yang mencari buah yang lazat dan baik, tetapi yang tidak mendapat hidayah itu ada yang hanya mencari keburukan yang tidak dijumpai, lalu mencipta keburukannya.
Allah mencabar kalangan anti Al-Quran sejak beberapa abad yang lalu ketika mula diwahyukan sehingga kini. Firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24) ]سورة البقرة: 23-24 [
“Dan kalau kamu ada menaruh syak (keraguan) tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah (Tuhan yang kamu ciptakan atau pemimpin yang kamu sanjung atau ilmuwan yang kamu puja), jika betul kamu orang-orang yang benar” (23); “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (yang ingkar tidak percaya atau melawan)”. (24) (Surah Al-Baqarah: 23-24)
Sejak zaman awal bersama Rasulullah S.A.W sehingga kini, cabaran ini tidak mampu dijawab, ternyata kebenaran dan kehebatan Al-Quran tidak dapat dicabar. Semua yang mencabar tersungkur, bahkan mendedahkan kebodohannya walaupun ada sedikit ilmu, namun tetap ada kelemahan sifat makhluknya sehinggalah terkini muncul daripada kalangan umat Islam sendiri yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang tarafnya seperti kanak-kanak sahaja mentafsirkan Al-Quran dengan akalnya sahaja tanpa syarat ilmu-ilmu yang mencukupi berkait dengan bahasa Al-Quran dan ilmu tafsirnya.
Kajian sehingga terkini secara saintifik tetap berpihak kepada kebenaran Al-Quran khususnya dalam perkara perbandingan agama, ideologi, halal dan haram, sejarah, sehinggalah sains angkasa dengan syarat benar-benar mencari kebenaran. Akhirnya mereka gagal menandingi kehebatan Al-Quran, lalu mencipta undang-undang zalim dan media yang fasik bagi menghukum terhadap Islam dan Al-Quran.
Kita tidak boleh menerima kalangan yang buta Al-Quran yang lebih bebal daripada buta huruf. Walaupun tidak buta huruf sehingga bijak menggunakan alat-alat kajian dan media terkini yang sangat canggih.
Kenyataan-kenyataan seperti mahukan tindakan terhadap Dr. Zakir Naik, pendakwah yang berilmu dalam perbandingan agama dan kitab agama, desakan menghapuskan sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran dan desakan menyamakan Islam dengan agama lain dan sebagainya adalah semuanya tidak berlaku adil secara hujah yang sebenar bagi mencari kebenaran kerana tidak mampu menandingi bahasa Al-Quran dan nilai ilmunya yang tinggi.
Terlalu banyak kajian-kajian para orientalis dan saintis yang telah berpihak kepada kebenaran Al-Quran yang boleh dibandingkan secara ilmu yang adil dan jujur bagi menambahkan keyakinan kita kepada mukjizat Al-Quran sebenarnya daripada Allah. Contohnya masih banyak istilah-istilah sains menggunakan perkataan bahasa Al-Quran, bahkan penggubal undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia menjadikan Al-Quran sebagai rujukannya. Maka terlalu kerdilnya suara di sini yang berlagak terlanjur bijak, tetapi mendedahkan kebebalannya sehingga memperkecilkan Al-Quran.
Bahasa Al-Quran dipilih oleh Allah, sehingga kini masih menjadi bahasa di persidangan antarabangsa termasuk PBB, di samping bahasa-bahasa penjajah. Maka jadilah kalangan yang merasa bijak itu, laksana katak di bawah tempurung yang melompat dalam lingkungannya. Ada yang masih terpengaruh dengan Bahasa Inggeris dan ada yang terpengaruh dengan Bahasa Perancis kerana pernah dijajah. Jerman, Jepun dan Cina bangkit dengan bahasa masing-masing.
Apa yang wajib ialah kuasa politik umat Islam memberi perlindungan kepada langkah dan tindakan mempertahankan Islam dan Al-Quran sebagai kitab suci. Kalangan umat Islam juga wajib mempertahankan secara Fardu Ain mengikut kemampuan masing-masing atau Fardu Kifayah melalui apa sahaja Kumpulan Islam, sama ada parti politik atau NGO yang masih ada cintanya kepada Islam dan Kitab Suci Al-Quran dalam diri masing-masing, walaupun adanya jaminan Allah melalui firman-Nya:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) ]سورة الحجر: [9
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 19)
Allah menyatakan kehebatan Al-Quran:
لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) ]سورة الحشر: 21 [
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya”. (Surah Al-Hasyr: 21)
Biarkan mereka yang keras hati dan kepalanya, sepertimana dinyatakan dalam firman Allah:
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (74( ]سورة البقرة: 74[
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya, dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah. Sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan)”. (Surah Al-Baqarah: 74)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1439 / 18 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 18/7/2018

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

Sila lihat ..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Beli Kalungan Bunga (RM70-100) Dapat ‘Kekasih’ (Layan Istimewa)..

Beli Bunga Dapat ‘Kekasih’

KAJANG – Tawar kalungan bunga dengan harga antara RM70 hingga RM100 untuk layanan istimewa penyanyi dan penari yang membuat persembahan di atas pentas.

Itu taktik sebuah restoran yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing kepada pengunjung yang bertandang ke premis berkenaan di Jalan Koop Cuepacs 3F Cheras, di sini.
Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas serbuan dilakukan 143 pegawai dan anggota daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu Khas di restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Timbalan Ketua JPJKK Selangor (Perancangan/Strategik) Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, pihak polis mendapat maklumat daripada orang awam yang memaklumkan restoran berkenaan melakukan kegiatan haram.
“Ketika serbuan dilakukan, terdapat kira-kira 20 pelanggan sedang leka menonton persembahan tarian dan nyanyian beberapa wanita warga asing pada pentas utama di dalam restoran berkenaan.
“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 12 wanita warga China dan enam wanita warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an yang bekerja sebagai GRO di restoran terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, awal pagi tadi.
Rahmat berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua wanita GRO berkenaan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Kami turut menahan kira-kira 20 pelanggan restoran berkenaan untuk pemeriksaan lanjut. Restoran itu dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak lima bulan lalu.
“Walaupun kerap diserbu, namun pemilik restoran terbabit masih berdegil melakukan kegiatan haram berkenaan demi untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan terutama lelaki ‘hidung belang’ dengan menawarkan khidmat GRO bagi menghiburkan mereka,” katanya yang mengetuai beberapa serbuan di sekitar daerah ini yang turut disertai Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.
Beliau berkata, dalam operasi bermula jam 10 malam semalam hingga 6 pagi tadi, lebih 20 lokasi membabitkan premis judi, pusat hiburan serta kawasan ‘panas’ yang mempunyai rekod jenayah tinggi diserbu selain melakukan sekatan jalan raya di beberapa laluan lebuh raya di sekitar daerah ini.
“Hasil serbuan itu, seramai 156 individu diperiksa. Daripada jumlah itu, 30 individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk didapati positif dadah.
“Selain itu, sebanyak 111 kenderaan turut diperiksa dalam sekatan jalan raya dilakukan di sekitar daerah ini dengan 34 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan.
“Kami turut merampas bungkusan dadah jenis syabu dan beberapa peralatan audio, modem perkhidmatan jalur lebar (WiFi) serta kalungan bunga di restoran berkenaan,” katanya. – BH Online
Lihat ini..
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini. 
  • Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
  • Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
  • Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
  • Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk menguasai media sosial.
  • Kadang-kadang mereka mengugut penulis atau tuan punya blog akan report polis, polis sedang mencari dan lain-lain.
  • Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
  • Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominasi kebanyakan komen di blog ini.
  • Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
  • Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.
Begitulah kira-kira, Sekian. (IH)

Tokoh PPBM Ajak 2 Artis Jimak Jemaah Di Hotel, Kantoi Lagi PH..

Tokoh PPBM Ajak 2 Artis Jimak Jemaah Di Hotel
HALAMAN HIBURAN

KANTOI… Baru sahaja lebih dua bulan berkuasa, namun seorang pemimpin PPBM didakwa berani mengajak dua aktres untuk bersetubuh di ranjang serentak secara bertiga di sebuah hotel mewah.

Pendedahan ‘panas’ ini mulanya dibuat Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, artis yang terkenal dengan pemakaian seksi dan tidak kekok dedah ‘aset’ berharga di tubuh montoknya sejak kemunculan dalam dunia hiburan tanah air.
Ia kemudian disahkan pula oleh Nur Fathia Abdul Latiff semalam dan mengaku dia juga cuba didekati suami orang itu yang mengajaknya bersama-sama dengan Zarina Anjoulie, 32, bermalam di sebuah hotel untuk jimak berjemaah.
Fathia, 30, menerusi pengurusnya, Danny dipetik sebuah akhbar tempatan berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu cuba intim dekati pelakon wanita tersebut menerusi akaun sosial Instagram (IG) milik Zarina Anjoulie.

Menurut Danny, mereka tidak mengenali siapakah individu berkenaan sehinggalah Zarina Anjoulie memuat naik status berkenaan melalui laman IG peribadi miliknya sebelum mendapat reaksi media serta netizen seluruh negara.
“Kami tidak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia ada terlihat gambar Fathia dalam IG Zarina dan guna akaun itu sebagai medium untuk cuba dekati Fathia sebab Fathia sebelum ini pun pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.
“Sekarang ini Fathia tidak mahu terbabit lagi dalam sebarang isu kontroversi dan dia hanya fokus kepada kerjaya seninya dengan memasuki kelas vokal bagi memantapkan lakonan,” kata Danny ketika dihubungi oleh pihak media.
Dalam pada itu, Zarina Anjoulie menerusi catatan pada akaun IG miliknya juga mendedahkan tokoh parti kerajaan dan rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu juga ajak Fathia untuk persetubuhan mungkin di hotel yang sama.
Sebelum ini Fathia terkenal sejak kemunculannya menerusi aplikasi video live Bigo yang turut menayangkan ‘aset’ berharganya kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga mengakibatkan dia hilang banyak tawaran lakonan drama.
Mengulas lanjut, Zarina Anjoulie turut muat naik gambar butiran caj hotel dibuat pemimpin PPBM tersebut dan dikatakan akrab dengan isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dalam program parti lambang bunga itu.
Zarina Anjoulie berkata, dia terpaksa buat pendedahan itu agar tokoh politik tersebut tidak dapat tuduhnya konon ‘psiko’ tipu orang ramai terutama isterinya mengenai hubungan zina mereka adalah kerana salah artis itu sendiri.
Tindakan bijak Zarina Anjoulie ini mungkin dapat selamat lebih ramai gadis daripada nafsu serakah pemimpin PH yang konon mahu selamatkan Malaysia walhal mereka sendiri pula jahanam wanita sebagai bahan persetubuhan.
Bayangkanlah sampai dua orang sekali gus pula dan secara tidak langsung membuktikan kehebatan tenaga batin mereka, di samping menunjukkan kekukuhan ekonomi Malaysia semakin berkembang pesat. – Mynewshub.TV

Lihat ini..



Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini. 
  • Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
  • Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
  • Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
  • Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk menguasai media sosial.
  • Kadang-kadang mereka mengugut penulis atau tuan punya blog akan report polis, polis sedang mencari dan lain-lain.
  • Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
  • Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominasi kebanyakan komen di blog ini.
  • Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
  • Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.
Begitulah kira-kira, Sekian.
* Video sekadar hiasan…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails