Saturday, September 08, 2018

K'jaan PH Khianati B40 - MTUC. Undi PAS Hari Ini..


SETIAUSAHA Agung MTUC, J Solomon, menyifatkan kerajaan mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau B40 dalam menetapkan kadar gaji minimum. - Arkib NSTP


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menzahirkan kekecewaan dengan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,050 atau RM5.05 sejam bagi seluruh negara, yang diumumkan kerajaan, hari ini.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, menyifatkan kerajaan mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau B40 dalam menetapkan kadar gaji minimum itu, dan terus memanjakan golongan peniaga.
Katanya, kenaikan sebanyak RM50 daripada RM1,000 adalah terlalu sedikit bagi golongan buruh di Semenanjung, manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak pula tidak membawa kadar gaji minimum untuk lebih tinggi berbanding paras kemiskinan di Sabah, iaitu RM1,180.
“Kerajaan baharu gagal mengambil kira gaji kehidupan wajar kepada golongan pekerja yang diumumkan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2017, sedangkan gaji pimpinan tertinggi syarikat meningkat kerana ‘kadar pasaran’ yang dicipta golongan korporat.
“Pekerja asing juga enggan bekerja jika dibayar gaji kurang RM70 sehari, sedangkan gaji minimum baharu yang ditetapkan kepada pekerja tempatan adalah pada kadar RM35 sehari.
“Malah, turut dilaporkan pada 2016, pelarian Rohingya enggan bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan, tetapi kerajaan memilih untuk menetapkan RM1,050 sebagai kadar gaji minimum baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penetapan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Solomon berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah mengecawakan golongan pekerja yang selama ini mengimpikan perubahan apabila kerajaan sebelum ini tidak lagi memerintah.
Katanya, ketidakadilan terhadap golongan B40 yang dilakukan kerajaan terdahulu apabila menangguh semakan semula gaji minimum sejak 2015, diteruskan kerajaan baharu kerana kadar baharu itu juga hanya akan berkuatkuasa pada Januari tahun depan.
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang meretifikasi Konvensyen 131 Penetapan Gaji Minimum Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), malangnya kerajaan tidak mengambil kira keperluan asas dalam menentukan kadar baharu ini.
“Buruh di Malaysia sudah sengsara sejak 1970-an lagi dan kami menolak kerajaan lama kerana mengharapkan kerajaan baharu lebih memahami kesusahan membelnggu golongan B40.
“MTUC ingin mengingatkan adalah tidak bijak bagi mana-mana kerajaan tidak menghormati serta membiarkan kumpulan pekerja dimanipulasi kerana kami akan bersatu menentang mana-mana pihak yang memandang rendah maruah golongan buruh,” katanya. (BH)
Berita PANAS
“Sayang PH, Undilah PAS” – Dr. Halimah

"KALAU sayang Pakatan Harapan (PH), undilah PAS,” itulah rayuan terakhir calon PAS, Dr. Halimah Ali kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, hari ini.

Beliau berkata undi itu adalah untuk memastikan PAS boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor supaya tidak tersasar daripada landasan pentadbiran yang sepatutnya. “Sehingga kini, saya mendapat sokongan kuat dan mantap bukan sahaja daripada kepimpinan UMNO, tetapi juga daripada setiap komponen parti pembangkang yang lain.

Sebat, K'jaan PH Songsang &Sumbang - Dr Mohd Khairuruddin


1.    Kenyataan YAB Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua pesalah yang cuba melakukan musahaqah menunjukkan pendirian songsang dan sumbang Kerajaan Pakatan Harapan dalam isu ini.

2.    Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana undang-undang Islam adalah di bawah Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah telah membuat keputusan ini berdasarkan Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama. 

3.    Hakim dalam menentukan kadar hukuman bukan sahaja menilai keadaan pesalah sebaliknya turut mengambil kira implikasi kesalahan yang dilakukan itu terhadap kepentingan awam melibatkan agama dan masyarakat. Tambah pula, menurut perspektif Islam malah juga dari sudut nilai moral dan naluri kemanusiaan, kesalahan musahaqah ini adalah perlakuan songsang yang sangat mencemar maruah dan kehormatan masyarakat dan sangat berat sehingga boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. 

4.    Justeru, sama ada ia merupakan kesalahan kali pertama atau kali ke-berapa pun, adalah munasabah hukuman pengajaran seperti sebat syarie dijatuhkan sebagaimana peruntukan undang-undang itu bagi memberi amaran dan mesej nasihat bukan hanya kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat agar tidak melakukannya. 

5.    Mengatakan bahawa hukuman yang dijatuhkan itu telah mempamerkan Islam bengis hanya memperlihatkan betapa tidak cermat dan jahilnya YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet Kerajaan terhadap kaedah hukuman sebat syarie yang sebenar - sangat ringan dan tidak mencederakan kulit langsung. 

6. Sangat malang, saya mengandaikan tiada dalam kalangan ahli kabinet termasuk yang berpendidikan agama memberikan pencerahan tentang kaedah hukuman sebat syarie ini kepada kabinet. Sebat syarie jauh lebih ringan berbanding kaedah sebat dalam undang-undang sivil yang menyakitkan dan mencederakan. Sebaiknya kabinet mempertikaikan hukuman sebat sivil berbanding mempertikaikan hukuman sebat syarie. 

7. Ia bukannya mempamerkan wajah bengis Islam sebagaimana dakwaan songsang kabinet malah sebenarnya memaparkan wajah ihsan dan rahmatnya pelaksanaan sebat syarie. Sebaliknya sebat sivillah yang telah memaparkan wajah bengis undang-undang negara yang telah diterima pakai dan diamalkan sejak dahulu hingga sekarang. Itulah yang sepatutnya lebih utama dipertikaikan oleh kabinet. 

8.    Adapun imej buruk yang kononnya dipaparkan oleh sebat syarie ini sebagaimana dakwaan kabinet, suka saya tegaskan bahawa imej buruk itu terpapar apabila perlakuan songsang disokong dan dibela oleh pemimpin bergelar Muslim. Sebaliknya, menghukum sebagai pengajaran terhadap perlakuan sumbang ia adalah lambang betapa Islam adalah agama yang terhormat dan mengangkat nilai kehormatan diri masyarakat daripada terjebak dalam perlakuan songsang dan sumbang.

9. Islam dicemuh bukan kerana hukuman sebat syarie itu, tetapi kerana ada dalam kalangan pemimpin Kerajaan yang beragama Islam lemah jiwa dan imannya serta tidak bersifat "izzah"  dan tegas terhadap kemungkaran menyebabkan orang yang jahil dan pihak yang memusuhi Islam bertambah selesa untuk terus memberikan persepsi buruk terhadap Islam.

10.    Saya mengira kabinet pimpinan PH telah memberi mesej yang salah tentang sikap dan pendirian mereka terhadap amalan songsang. Saya berharap agar YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan dapat memperbetulkan semula pendirian yang songsang dan sumbang ini.

Sekian.
”Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus


Berita hangat

Video



Sinar TV

YouTube - 1 hari lalu



Astro Awani

YouTube - 21 Ogo 2018



Berita Harian Online

YouTube - 3 hari yang lalu



Astro Awani

YouTube - 16 Ogo 2018


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails