Friday, December 28, 2018

Kekanda Di Cordova, Kisah Cinta Politik Dr Mujahid/Nurul Izzah.


SHAH ALAM - Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah Anwar dikirim secara terbuka melalui media sosial oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid diolah netizen dengan pelbagai sudut sehingga menarik perhatian ramai penggiat politik.

Salah seorangnya, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan beliau dilihat tertarik dengan infografik Warkah dari Cordova yang disunting netizen dari satu drama popular di sebuah stesen televisyen tempatan kemudian mengembangkannya menjadi satu plot drama berkisar politik.

Menurutnya, tiba-tiba sahaja perkataan adinda dan kekanda menjadi popular, bahkan ada satu infografik filem bertajuk Kekanda di Cordova.

“Ada gambar Dr Mujahid berlakon sebagai kekanda, Nurul Izzah sebagai adinda, Anwar (Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai ayahanda, Wan Azizah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai bonda.
“Tidak tahu pula KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar) memegang watak apa, walaupun ada gambar beliau di sebelah Nurul Izzah.
“Betulkah Mujahid bercinta dengn Nurul Izzah sampai tidak tidur malam? atau baru mahu melamar atau memang akan berkahwin?,” katanya melalui perkongsian di Faceboknya hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Puad juga mempunyai kreativitinya sendiri dan mengaitkan apa yang berlaku itu adalah cerita tentang perkahwinan politik semata-mata.

“Saya yakin ia hanya cerita perkahwinan politik. Mujahid risau Nurul Izzah akan bercerai politik daripada PH apabila meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua PKR Pulau Pinang.
“Sebab itu dia mengajak Puteri Reformasi itu berkahwin dengan Amanah. Kenapa Nurul Izzah mahu bercerai politik daripada PH.
“Mungkin dia tidak tahan dengan Pak Mertua dia (Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad) yang cuba membawa ramai lelaki gelandangan (bekas pemimpin Umno) yang tidak ada hala tuju masuk Bersatu,” katanya.

Mohd Puad memberitahu, situasi peletakan jawatan Nurul Izzah dalam PKR telah mengganggu perasaan Anwar dan menjejaskan peluang menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi yang amat risau dengan perceraian politik Nurul Izzah ini sudah tentu yang berlakon watak ayahanda, iaitu Anwar.
“Perceraian itu boleh menyebabkan hubungan dengan besannya (Tun M) renggang dan menjejaskan peluang beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Puad turut mengandaikan tentang peranan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang wajahnya juga ada dalam infografik yang disunting netizen.

“Apa pula peranan KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar)? Mungkin dia mengajak Nurul Izzah berkahwin mutaah dengannya iaitu menubuhkan gagasan 'Anak Muda' yang melangkaui sempadan parti politik.
“Sebab itu dengan pelakon yang sama, ada yang buat filem berjudul “Cinta Tiga Segi”. Marilah kita sama sama menonton filem “Box Office” ini yang akan mula masuk panggung tahun hadapan untuk mengetahui 'endingnya'.
“Mujur watak kekanda tidak dipegang oleh Abang Mat Sabu,” katanya lagi.

Kelmarin, Mujahid yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar ketika dalam perjalanan dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah dan ia tular di media sosial.

Namun, sehingga semalam, Nurul Izzah dilihat mengambil langkah berdiam diri tanpa memberi sebarang maklum balas kepada pertanyaan media yang menghubunginya dan beliau juga dilihat tidak memuat naik sebarang status di media sosial peribadinya.


Lihat sebelum ini..

Wanita Bukan Islam Digalak Pakai Tudung. FreeInHijab Bermula!



Wanita bukan Islam digalak pakai tudung pada 1 Februari untuk merasai pengalaman muslimah memakai hijab setiap hari.

#FreeInHijab: Kempen Hari Hijab Sedunia 2019 bermula

Nazma Khan
NEW YORK, 19 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Kempen ‘Hari Hijab Sedunia 2019’ yang bertujuan menggalakkan wanita menyuarakan pilihan mereka memakai tudung, bakal dilancarkan, kata pengasas acara tahunan itu, Nazma Khan.
“#FreeInHijab adalah hashtag yang sangat diperlukan sekarang ini dalam menangani situasi global di mana wanita yang memakai hijab dilabelkan oleh media sebagai tertindas dan secara simboliknya terpenjara.
“Melalui hashtag ini, wanita digalakkan untuk menyuarakan pilihan mereka memakai tudung, sekali gus menolak salah faham umum,” kata Nazma dalam temu bual eksklusif bersama agensi berita Turki, Anadolu.
Hari Hijab Sedunia dimulakan pada 2013 menggalakan wanita daripada semua agama dan latar belakang supaya memakai hijab menyokong wanita Islam. Ia disambut secara besar-besaran di seluruh dunia pada 1 Februari setiap tahun.
Pada 2017, World Hijab Day menjadi pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, dengan misi menentang diskriminasi terhadap wanita muslim, menerusi kesedaran dan pendidikan.
Nazma berkata, moto bagi Hari Hijab Sedunia 2019 ialah ‘Memecah Stereotaip, Menghapus Sempadan’, di mana kempen juga termasuk mempromosi pertubuhan itu secara global.
Menceritakan sebab mengadakan kempen itu, beliau berkata, ianya tercetus selepas pengalaman dilaluinya dengan memakai hijab dan membesar di New York.
“Saya sentiasa dibuli ketika di sekolah menengah atau tinggi. Tahap diskriminasi memuncak selepas peristiwa 9/11 (serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia).
“Setiap hari saya harus berdepan cabaran yang berbeza ketika berjalan di lorong, saya dikejar, diludah, dipanggil pengganas dan sebagainya,” katanya sambil menyatakan kejadian itu amat dahsyat dan beliau tidak mahu orang lain mengalaminya.
Katanya, wanita yang memakai tudung selama satu hari sebagai tanda solidariti akan memberikan idea mengenai perkara-perkara yang dihadapi wanita yang memakai hijab setiap hari.
“Lagipun, mungkin pengalaman sehari ini akan menjadikan mereka berpendapat hijab adalah berbeza,” katanya.
Nazma berkata, terdapat banyak penghargaan dalam tempoh lima tahun lalu, antaranya ialah pengiktirafan Hari Hijab Sedunia oleh New York pada 2017.
Pada tahun yang sama, Dewan Perwakilan Britain menganjurkan acara sempena sambutan Hari Hijab Sedunia, di mana Perdana Menteri, Theresa May juga hadir, katanya.
Tahun ini, Parlimen Scotland juga menjadi hos kepada pameran tiga hari untuk sambutan itu, manakala Filipina pula mengiktiraf 1 Februari sebagai Hari Hijab Kebangsaan.
“Dengan pengiktirafan oleh badan kerajaan, pergerakan ini terus berusaha untuk mengurangkan diskriminasi gender,” katanya.. 

Jom sokong ramai-ramai, tak kira agama, bangsa dan negara. Al-hamdulillah!
(IH)

Thursday, December 27, 2018

Gagal Menolak Hujah Dengan Fakta, Ahli DAP Ini Persenda Al Quran.


Perlu ambil tindakan kepada ahli DAP Ben Singh yang persenda Al Quran
Tindakan seorang menyokong DAP bernama Ben mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Presiden PAS kerana tidak puas hati dengan pendirian PAS untuk menolak pilihanraya kerajaan tempatan, amat mengecewakan. Inilah sikap yang seringkali dipamirkan bangsa DAP bila gagal menolak sesuatu hujah dengan fakta. Akhirnya, perkataan maki hamun akan menjadi modal mereka.

Namun apa yang mengecewakan saya, bangsa DAP yang menetap di Kota London tersebut telah menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai seorang yang tidak boleh menerima DAP memerintah, sedangkan DAP dikatakan oleh Ben sebagai sebuah kerajaan yang “perform”. Saya hampir tak percaya dengan lawak bdoh Bangsa DAP yang malas membaca dan seolah-olah baru keluar dari gua dan terputus hubungan dengan dunia luar.

Apalah pencapaian DAP yang hendak kamu banggakan Ben?

  1. Pencapaian menghapuskan cukai GST yang jelas meningkatkan pendapatan negara dan menggantikannya dengan cukai lapok dan tidak effisyen SST yang membolehkan peniaga DAP “under declare”, lari cukai, pindah harga dan meningkatkan kos sara hidup rakyat?
  2. Pencapaian menipu nilai sebenar hutang negara tahun lepas RM686.8 billion yang dikatakan melebihi RM 1 Trillion?
  3. Pencapaian menurunkan nilai Ringgit dari RM3.85 1 USD semasa pemerintahan BN kepada RM 4.20 sekarang?
  4. Pencapaian menurunkan nilai indeks BSKL dari 1850 mata zaman Dato’ Sri Najib Razak Menteri Kewangan kepada 1683 kini?
  5. Pencapaian apa yang kamu maksudkan Ben? Adakah pencapaian Guan Eng meranapkan Rezab BNM yang BN tinggalkan sebanyak USD 110 Billion yang kini tinggal USD 101.4 Billion?
  6. Atau pencapaian menurunkan import negara, pencapaian menghalau pelabur asing, pencapaian menurunkan harga minyak sawit, getah, musang king? Sedarlah Bangsa DAP, kerajaan DAP adalah satu-satunya kerajaan yang terbukti gagal mengurus ekonomi negara. Satu-satunya yang Menteri DAP pandai buat ialah memindahkan kepakaran menjual tanah Pulau Pinang ke MOF. Sekarang ini satu persatu harta Umat Islam dijual oleh Menteri Kewangan DAP yang haprak ini.
  7. Jika Ben berbangga dengan “Rule of Law” zaman Kuku Besi DAP, sejak Peguam Negara dilantik dikalangan pencinta Komunisme dan Ketua Hakim Negara dilantik dikalangan mereka yang membenci Islam, “Rule of Law” sudah bertukar menjadi “Law of The Jungle”. Hampir semua pemimpin Pakatan Harapan digugurkan dari pertuduhan di Mahkamah, bermula dengan Sivarasa Rasiah, Kes Akta Hasutan dan MCMC, Eric Paulsen, Akta Hasutan, Tian Chua, Tony Phua, Phang Li Khoon si penyogok dan Guan Eng, Bapa Rasuah Pulau Pinang, semuanya dibebaskan. Inikah pencapaian atau “performance” DAP yang kamu banggakan?
Itu sebabnya saya nak ingatkan kepada Bangsa DAP bernama Ben, sebelum menuduh Dato’ Sri Tuan Guru Hj Hadi duduk dalam tempurung kelapa “Coconut Shell”, pergilah tengok diri kamu di cermin terlebih dahulu, siapa sebenarnya ketinggalan zaman. Kamu bernasib baik kerana kamu tinggal di London, cubalah kamu hina Al Quraan di bumi Malaysia, kita tengok apa akan jadi dengan tempurung kepala kamu. saya tidak fikir ada umat Islam yang waras akan melepaskan kamu.

Satu-satunya kejayaan Bangsa DAP di Malaysia adalah kejayaan mereka menzahirkan sikap biadap dan tidak bertamadun mereka menghina agama Islam, memperlekeh hak Istimewa Melayu, mempersenda Bahasa Melayu dan memfitnah Raja-Raja Melayu, selain daripada itu, DAP dan sekutu Pakatan Harapan akan sentiasa dipandang Pakatan Haprak oleh Rakyat Malaysia.

Sebagai Mukmin yang hidup diakhir zaman ini, kita jangan terlalu takut dan lemah dengan agenda agenda musuh luar dan dalam islam yang selamanya ingin memusnahkan kesucian agama islam ini.

Segagah mana pun mereka (musuh islam) atau sekerdil mana pun kita (mukmin) jangan kita takut dan jadi pengecut, kerana keyakinan dan kebenaran yang kita imani ini adalah benar disisi Tuhan dan ia tetap akan bersama kita biarpun kita bakal terkorban segala harta dan nyawa.

Jika hari ini mereka yang berkuasa merombak dan merubah pada pendidikan agama, apakah kita mahu menangis dan merasa lemah? Jangan! Terlalu banyak lagi jalan yang boleh kita usahakan. Sebagai ibu dan bapa perkemaskanlah diri dengan ilmu agama. Usahakan belajar ilmu agama di mana mana pun, surau mahupun masjid lalu diajarkan kepada anak anak.

Boleh juga ibu bapa mencari rujukan rujukan buku agama untuk dibaca dan difahami bersama guru yang mereka ingin belajar dengannya. Dampingi orang orang soleh yang lebih berpengalaman dalam agama ini untuk dipelajari lalu diajarkan kepada ahli keluarga.

Jika perkembangan ilmu agama di sekolah sekolah telah disekat, masih terdapat banyak sekolah sekolah tahfiz yang sudah pastinya mengajarkan subjek agama kepada para pelajar disamping menghafal Al Quran.

Tidak sedikit juga sekolah sekolah agama persendirian yang wujud atas dana persendirian ataupun persatuan yang menjadikan opsyen lebih luas kepada ibu bapa untuk menghantar anak anak mereka belajar ilmu agama.

Pokok pangkalnya kita kena terus berusaha dan jangan kita lemah dan lelah. Kita punya panduan lengkap (Al Quran dan As Sunnah) sebagai rujukan yang dipandu oleh oleh alim ulama yang ikhlas.

Biarpun mereka (musuh islam) bekerja keras siang dan malam berfikir untuk merosakkan agama Tuhan, tetapi mereka sebenarnya sedang mempersiapkan diri mereka untuk menjadi penghuni neraka neraka Tuhan ekoran "kebijaksanaan" mereka melawan Tuhan.

Kita teruskan sahaja usaha dan tanggungjawab kita sebagai mukmin di alam fana ini. Kelak Tuhan akan membalas segala usaha kita dengan kebahagiaan yang hakiki. Wallahu'alam.

#AkhiAdifGorment
26 Disember 2018
MR :  DAP bukan sahaja biadap terhadap Melayu tapi kepada Islam

MINDARAKYAT

http://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Isu Rasuah Berlarutan Jika Tiada Aspek Spiritual -Abd Hadi.




KUALA LUMPUR: Aspek spritual dalam ajaran Islam dapat mengatasi barah rasuah, penyelewengan dan salah guna harta rakyat yang berlaku, demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, undang-undang yang diamalkan tanpa aspek spiritual tidak mampu mencegah jenayah tersebut di mana tetap dilakukan dengan cara menipu atau mengatasi perundangan tersebut.
Jelas beliau, aspek roh atau spiritual bukan sahaja akan menyedarkan bahawa jenayah tersebut salah dari segi perundangan, tetapi juga haram dan berdosa serta membawa kepercayaan akan turut dihukum di alam kubur dan Hari Akhirat.
Perkara tersebut dinyatakan beliau semasa sesi dialog bersama warga Malaysia pada program An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Hotel Holiday Villa, Landon, United Kingdom, kelmarin.
"Bukan sahaja 1MDB, Tabung Haji, termasuklah BMF Bank Bumiputera yang dimatikan, berlaku penyelewengan. Di mana ada Pejabat Umno di seluruh Bank Bumiputera, Bank Bumiputera mati, hilang.
"PKFZ melibatkan MCA. Mika Holdings melibatkan MIC. PERWAJA, semua melibatkan bilion (Ringgit) harta rakyat, peristiwa kapal selam (Scorpene), Sky Hawk, disamping banyak yang terkini," ujarnya menyenarai isu berkaitan.
Terang beliau, selain aspek spiritual, tindakan juga mesti diambil dengan adil dan bebas, termasuk pernah dicadangkan PAS supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang tidak terikat politik.
Kerana menurutnya, di Malaysia tidak ada pemisahan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman di mana berlaku campur tangan antara politik, mahkamah dan pentadbiran.
"Ini berlaku, sangat memalukan kita di Malaysia. Pemisahan kuasa itu tak ada. Sedangkan Islam mengajar pemisahan kuasa. Politik tak boleh campur urusan mahkamah.
"Dengan sebab itulah banyak kes-kes yang lalu, bukan 1MDB (sahaja). 1MDB ini pun percayalah, akan letak bawah karpet sebagaimana juga kes yang berkait dengan PKFZ, PERWAJA dan lain-lain yang berlaku masa dulu," ujarnya menerang natijah tanpa aspek spiritual.
Beliau turut mengemukakan perbezaan berkaitan hamba abdi antara yang pernah diperjuangkan oleh Abraham Lincoln di Amerika berbanding telah ditunjukkan dalam ajaran Islam sebagai mengukuh penjelasannya.
Terangnya, walaupun Islam membenarkan hamba abdi, tetapi mesti dijaga seperti anak dan isteri di mana jika sebaliknya akan menyebabkan dosa, selain beroleh pahala jika memerdekakan hamba.
Begitu juga katanya, sekiranya berlaku jenayah oleh pemilik sekalipun tanpa sengaja ke atas hamba abdi itu, hukumannya juga adalah dengan memerdekakan hamba tersebut.
"Aspek spiritual yang ada dalam Islam ini menyebabkan dalam Dunia Islam tak ada lagi hamba abdi, tak ada aparteid. Walaupun Amerika berbangga melantik Obama jadi Presiden, tapi nasib orang kulit hitam masih tak terbela sebagaimana berlaku dalam Dunia Islam," hujahnya. -HARAKAHDAILY 27/12/2018

Lihat sebelum ini..

Keliru Harga Lantai Getah -Presiden PUGBM. PH Lintah Darat?

Seorang penoreh, Mat Dali Saad memeriksa susu getah hasil torehannya
Seorang penoreh, Mat Dali Saad memeriksa susu getah hasil torehannya di sebuah kebun getah di Kampung Katong, Arau, Perlis. Pekebun-pekebun kecil getah keliru dengan penetapan harga lantai getah pada kadar RM2.50 sekilogram oleh kerajaan yang akan berkuatkuasa Januari ini. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Pekebun kecil keliru dengan harga lantai getah

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Segelintir pekebun-pekebun kecil getah ketika ini didapati keliru dengan penetapan harga lantai getah pada kadar RM2.50 sekilogram oleh kerajaan yang akan berkuatkuasa Januari ini.
Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab Rahman berkata, terdapat pekebun kecil getah yang beranggapan harga lantai tersebut adalah harga minimum yang perlu dibayar oleh pembeli-pembeli berlesan.
Sedangkan jelasnya, maksud harga lantai yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2019 itu adalah kadar pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.20 kepada RM2.50.
Tambahnya, ketika ini pekebun-pekebun getah mula membantah pembeli-pembeli getah berlesen yang tidak membuat bayaran mengikut harga lantai iaitu RM2.20 sekilogram.
"Mereka juga beranggapan mulai Januari 2019 setiap pembeli getah dikehendaki membeli getah dengan harga minimum RM2.50. Keadaan ini mengundang ketegangan di antara pekebun kecil getah dengan pihak pembeli-pembeli getah berlesen.
"Keadaan lebih merumitkan apabila di sesetengah kawasan terdapat pembeli-pembeli getah tanpa lesen membuat pembelian dengan harga lebih tinggi sedangkan mereka tidak menanggung apa-apa kos dan tidak terikat dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM), "katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata, kerajaan akan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari ini.
Langkah itu jelasnya, bagi mengelak pekebun getah terus terjejas akibat kejatuhan harga bahan komoditi itu serta memastikan harga sekerap kembali stabil selepas mengalami kejatuhan kepada hanya RM1.90 sekilogram ketika ini.
Dalam pada itu, untuk memberi penerangan lanjut, Kameruzaman turut memberi contoh harga lantai untuk IPG.
Kata beliau, jika purata harga bulan Januari 2019 adalah RM1.80 sekilogram, bermakna tuntutan IPG yang akan dibayar adalah 70 sen bagi setiap kilogram jualan getah pekebun kecil yang seterusnya akan dibayar pada bulan Februari 2019.
"Jika purata harga bulan Februari adalah RM2.00, maka bayaran IPG yang akan dibayar atau tambah adalah 50 sen sekilogram yang akan dibayar dalam bulan Mac 2019.
"Pihak PUGBM bersedia untuk berkerjasama dengan agensi berkaitan seperti LGM dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengadakan majlis penerangan kepada masyarakat pekebun kecil getah di peringkat lapangan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk Lintah darat
Komen Weblog Ibnu Hasyim"Keadaan lebih merumitkan apabila di sesetengah kawasan terdapat pembeli-pembeli getah tanpa lesen membuat pembelian dengan harga lebih tinggi sedangkan mereka tidak menanggung apa-apa kos dan tidak terikat dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM), "
Kerajaan PH, sila selesaikan segera, jangan sampai kamu dianggap sebahagian dari lintah darat!

Larangan Merokok Di Restoran. Tapi Terus Membunuh Rakyat..

DR. LEE BOON CHYE (dua dari kiri) memasukkan punjut Temephos 500E bagi mengawal pembiakan aedes di d
DR. LEE BOON CHYE (dua dari kiri) memasukkan punjut Temephos 500E bagi mengawal pembiakan aedes di dalam tangki septik semasa program goyong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh, Perak, semalam. BERNAMA

IPOH 26 Dis. – Kementerian Kesihatan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan bukan pe­rokok, namun pada masa sama tetap menghormati hak perokok, kata Timbalan Menteri­nya, Dr. Lee Boon Chye.
Beliau berkata, larangan me­rokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Janua­ri depan tidak menghalang pe­rokok untuk merokok, tetapi dengan syarat melakukannya jauh dari kawasan larangan.
“Kerajaan amat menghormati mereka yang tidak merokok dan kita hormati hak perokok. Kita tidak halang sepenuhnya kalau nak merokok tetapi biar di kawasan lapang, jauh dari kawasan awam, jangan sampai jejaskan kesihatan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan di sini, hari ini.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan pihak Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) me­minta kerajaan menangguhkan larangan berkenaan kerana menyifatkan merokok merupakan kebiasaan masyarakat negara ini dan perokok tegar sukar membendung ketagihan itu.
Laporan itu juga menyebut pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk menegur pelanggan yang merokok di premis mereka, sekali gus menyukarkan usaha menghalang perbuatan berkenaan.
Boon Chye menegaskan, kementerian tetap melaksanakan larangan merokok itu biarpun terdapat desakan meminta ia ditangguhkan selain sentiasa terbuka untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi mena­ngani sebarang kesulitan.
Katanya, pihak kementerian mengambil maklum pandangan semua pihak termasuk pengusaha restoran, namun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan langkah itu diteruskan antaranya kesan mudarat asap rokok.
“Yang pertama merokok ini berbahaya dan memudaratkan kesihatan bukan setakat kepada perokok malah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.
“Kedua trend golongan remaja yang merokok meningkat, jadi kerajaan ambil serius perkara ini dan ketiga pada 2005 kita telah menandatanganj perjanjian de­ngan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang menyasarkan negara bebas rokok menjelang 2045,” katanya. – BERNAMA
Hasil carian imej untuk larang merokok
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH masih terus 'membunuh' rakyatnya sendiri melalui 'izin merokok'. Anih.. perkara yang tak baik sepanjang masa dilarang hanya di restoran saja. Jual boleh pula... Begitu kuatnya cengkaman kapitalis oportunis borjuis iblis!

Nasib Baik, Jika K'jaan PH Mampu Bertahan Sepenggal. -Mohd Amar


Mohd Amar: Umno 60 tahun orang benci, PH 6 bulan..


Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan pendiriannya bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) bernasib baik jika mampu bertahan selama sepenggal.

Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan situasi di kalangan parti-parti dalam gabung itu yang dilihat menghadapi banyak masalah.

"Saya jangka mereka ini jadi kerajaan satu penggal sebab kita tengok mereka banyak masalah dalaman. PKR ada dua kem, Bersatu ada masalah dalaman sendiri, dalam PH pun ada masalah.

"Orang ni kata begini, parti ini kata begini. Hingga terpaksa Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan untuk redakan keadaan.

"Umno sekurang-kurang 60 tahun baru orang benci, tetapi PH hanya enam bulan orang dah cakap macam-macam," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataanPresiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengatakan PAS akan menjadi pembangkang selama-lamanya.

Terdahulu, ketika pemimpin PH dilihat salingmengkritik sesama sendiri secara terbuka, ketua umumnya, Anwar Ibrahim tampil menggesa perbalahan dihentikan.

"Pemimpin-pemimpin perlu meredakan suasana dan mengelak dari kenyataan-kenyataan negatif.

"Perbalahan terbuka sama ada di antara atau di dalam parti perlu dihentikan segera.

"Pada masa yang sama, saya gesa agar muafakat PH perkukuh melalui saluran parti," katanya dalam kenyataan media malam tadi.

'PAS jauh lebih baik dari Bersatu'

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS jauh lebih baik berbanding Bersatu yang hanya memiliki 11 kerusi.

"Kalau dibandingkan PAS dengan Bersatu, PAS jauh lebih baik. PAS secara bersendirian boleh menang 18 kerusi, Bersatu yang berpakat dengan PH hanya menang 11 kerusi.

"Kalau dia tak berpakat dengan PH sampai bila-bila pun tak akan jadi kerajaan. Kita tak berpakat pun boleh kuasai dua negeri dan kerusi parlimen kita lagi banyak.

"Jadi saya kata lebih baik kita jadi pembangkang daripada jadi kerajaan yang janji tidak ditunaikan," jelasnya selepas merasmikan Majlis Letak Kerja dan Pelancaran Logo Pusat Belia Kelantan.

Tambahan:
Video: 

USTAZ DATO' NIK AMAR - Medan Ilmu 

- Tafsir Surah Surah Al-Kahfi... 

KELANTAN TV - 30/11/2018


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails