Friday, February 15, 2019

Masalah Kahwin Bawah Umur Selesai. K'tan Lulus 10 permohonan.

Mahkamah Syariah Kelantan luluskan 10 perkahwinan bawah umur Jan 2018 - Jan 2019
Enakmen sedia ada di Malaysia memberi kelonggaran kepada pasangan berusia 15 tahun untuk berkahwin, dengan syarat mendapat kebenaran mahkamah.

Mahkamah Syariah Kelantan luluskan 10 perkahwinan bawah umur Jan 2018 - Jan 2019

KOTA BHARU: Sebanyak 15 permohonan perkahwinan bawah umur telah dikemukakan di Mahkamah Syariah di negeri ini bagi tempoh 2018 sehingga awal tahun ini.

Daripada jumlah itu hanya 10 permohonan diluluskan yang melibatkan pasangan berumur 15 tahun ke atas. 

Demikian menurut Hakim Mahkamah Tinggi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty seperti dilaporkan Bernama.

“Walaupun jumlah ini dilihat kecil, tetapi perkahwinan bawah umur harus dicegah awal kerana dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pasangan muda,” katanya di sini pada Khamis.


Beliau ditemui selepas menghadiri Forum Perdana ‘Perkahwinan Dalam Kalangan Kanak-Kanak: Apa Kata Pakar’ di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. 

“Kita tidak menggalakkan kahwin muda kerana pelbagai situasi akan timbul.
"Antaranya, bagaimana pasangan muda ini nak urus rumah tangga, ekonomi keluarga, dan individu juga dilihat sukar untuk berkembang termasuk sudut pendidikan dan sosial,” beliau dipetik berkata. 
"Kalau hanya ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR), nak ada kemajuan diri, tak boleh.
"Berbeza jika kita benarkan pasangan berkahwin pada usia 18 tahun ke atas, sekurang-kurangnya mereka sudah ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," tambahnya. 

Abu Bakar berkata, Kerajaan Arab Saudi pada Januari lepas sudah mengharamkan perkahwinan pasangan berumur 15 tahun, manakala kebenaran mahkamah diperlukan bagi pasangan 18 tahun ke bawah.

Bagi Malaysia, katanya, enakmen sedia ada memberi kelonggaran kepada pasangan 15 tahun untuk berkahwin, dengan syarat mendapat kebenaran mahkamah. 

“Kita serahkan kepada pemerintah jika melihat perkara ini perlu untuk diselaraskan (tidak benarkan kahwin bagi pasangan 18 tahun ke bawah).
"Kalau peraturan larangan merokok boleh dilaksanakan, ada larangan kenderaan berat di jalan raya semasa musim perayaan, apatah lagi pelaksanaan perkara ini,” katanya lagi. 

Untuk rekod, bagi tempoh 2001 sehingga 2017, sebanyak 2,226 permohonan perkahwinan bawah umur dikemukakan dan hanya 200 permohonan tidak diluluskan oleh sebab tertentu. 



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Hebatnya Kelantan, mampu selesaikan masalah kahwin di bawah umur, seperti yang berlaku pada perkahwinan Rasulullah SAW dengan isterinya, Aisyah. 

Mengapa bising-bising berkahwin bawah umur, sedangkan zina bawah umur berterabur sana-sini tidak diambil tindakan sewajarnya? Lahir anak luar nikah, dibuang bayi di tong sampah, pelajar mengandung, zina adik beradik, dan segala macam maksiat lagi.
Hasil carian imej untuk pelajar berzina
Hasil carian imej untuk pelajar berzina


Video

Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi..

ANWAR IBRAHIM menjawab soalan ketika ditemuramah oleh Bloomberg TV semalam.  Gambar Bloomberg
ANWAR IBRAHIM menjawab soalan ketika ditemuramah oleh Bloomberg TV semalam. Gambar Bloomberg

‘Saya tetap jadi PM’ Anwar yakin Mahathir pegang janji lepas jawatan  
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.
Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.
“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.
“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah me­nyatakan dengan jelas (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan keputusannya memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.
Katanya, kerjasama dengan Dr. Mahathir akan memberi manfaat besar kepada rakyat selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilihat komited dengan beberapa agenda reformasi PKR.
Selain itu, Anwar turut menzahirkan keyakinan Dr. Mahathir tidak akan melakukan rombakan Kabinet seperti didakwa segelintir pihak dalam media sosial.
“Dr. Mahathir telah memberitahu dengan jelas tidak akan berlaku rombakan Kabinet dan saya berpegang kepada kata-katanya. Secara amnya, beliau perlu berbincang de­ngan kepemimpinan komponen PH sekiranya mahu melakukan rombakan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya Anwar tetap masih mengigau untuk jadi PM ke 8 dalam tempoh kurang dari 2 tahun lagi.. Kerana siapa tak kenal janji orang yang sudah 2X jadi PM.. Cuba tanya Ku Li? Jangan sampai dipagut ular 2X dalam satu lubang!

Terbaru, tanya juga Azmin Ali atau anak lelaki PM?

Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Cium Capal, Athar, Rambut Rasul SAW, Jangan Berlebihan.. -E-PPB

Cium capal Rasulullah: Mufti nasihat jangan berlebihan, buat kajian dahulu
Syafaat Rasulullah dapat dinikmati dengan mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah. 

Cium capal Rasulullah: Mufti nasihat jangan berlebihan, buat kajian dahulu. 

JABATAN Mufti Negeri Kedah menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Lantunan Mahabbah Rasulullah yang berlangsung 24 Jun lalu Menara MBAS, Alor Setar.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, jabatan tersebut memaklumkan mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk persetujuan atau sokongan dalam penganjuran program yang turut mengadakan pameran athar Rasulullah SAW itu.

Beberapa keping gambar yang tersebar di laman sosial, kononnya diambil oleh pengunjung pameran, memperlihatkan ada dalam kalangan mereka mengucup capal yang dikatakan milik Rasulullah.

Ia sekaligus menimbulkan isu dalam kalangan netizen sekiranya tindakan sedemikian bersesuaian. Selain capal, turut dipamerkan adalah rambut, bekas tapak kaki dan pedang baginda.

Pihak jabatan turut menjelaskan walaupun mengambil berkat pada athar (barang peninggalan Nabi Muhammad SAW) adalah harus, namun ia perlu dilakukan berpada-pada agar tidak membawa kepada khurafat dan syirik.

Hal ini disokong Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook.

Dalam jawapannya terhadap isu itu, Dr Zulkifli berkata, seharusnya acara sebegitu dianjurkan hanya jika kesemua athar terbabit dapat disahkan milik Rasulullah.

Beliau dalam masa yang sama mengalu-alukan tokoh-tokoh agama untuk membuat kajian ke atas barang-barang tersebut, agar dapat membantu merungkaikan semua persoalan.

Tambah beliau lagi, syafaat Rasulullah dapat dinikmati, jika umat Islam mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah yang ditinggalkan baginda. 
(Madiha AbdullahAstro Awani | Diterbitkan pada Jun 27, 2016 12:58 MYT)

Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
Tel Terus.. ABBU  011 33111321 (KL)

Sila lihat siri rambut Nabi..

NGO Protes Aman Bantah Teater Love In Georgetown City

Protes secara aman bantah teater Love in Georgetown City
Sekumpulan aktivitis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan protes secara aman di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong, Pulau Pinang bagi membantah tayangan teater Love in Georgetown City yang bermula hari ini hingga 17 Februari. - UTUSAN ONLINE


PULAU PINANG 14 Feb. - Sekumpulan aktivitis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan protes secara aman di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong hari ini bagi membantah tayangan teater Love in Georgetown City yang bermula hari ini hingga 17 Februari.

Kumpulan tersebut yang diketuai Presiden Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin berhimpun kira-kira 30 minit di kawasan berkenaan untuk menyuarakan bantahan terhadap pementasan teater kontroversi itu yang didakwa menggalakkan pergaulan bebas.
Mohamed Hafiz berkata, pihaknya mewakili umat Islam di negeri ini amat kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa untuk menghentikan pementasan teater berkenaan.

"Kami membantah dengan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan pemikiran songsang dalam kalangan masyarakat.
"Bukan kita suruh roboh bangunan ini, cuma pihak berkuasa perlu berjumpa dengan mereka yang terlibat dan meminta mereka untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan," katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini pengguna media sosial dikejutkan dengan poster sebuah teater yang bertajuk Sex In Georgetown City.
Selepas mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak pengarah teater itu, Fa Abdul tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut menjadi Love In Georgetown City.
Menurut Hafiz produksi teater tersebut hanya berselindung di sebalik seni agar pementasan itu diterima semua pihak. - UTUSAN ONLINE

Ijazah Ada, Akal Kerdil -Presiden PAS




SAYA ditunjukkan kenyataan seorang menteri yang dikatakan berijazah tinggi yang dibanggakannya dan menegaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. juga tiada ijazah. Kenyataannya boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat. 
Cumanya sangat malang dan sesat lagi menyesatkan, kalau dibandingkan mereka yang didakwa tidak berijazah itu dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang dikatakan tidak berijazah.
Tidak boleh dinafikan adanya ijazah itu penting dan ada ilmu serta pengalaman juga penting. Sangat baik bagi mereka yang ada kedua-duanya dan tidak menjadi salah kalau ada ilmu dan pengalaman tanpa ijazah, tetapi lebih malang kalau ada ijazah tetapi tiada ilmu, dan lebih malang lagi kalau ijazahnya dibeli (walaupun tidak dinamakan rasuah) dan buta akalnya yang lebih besar dan bahaya daripada buta huruf dan paling berbahaya bagi seseorang buta Al-Quran.
Bagi manusia yang tidak berilmu seperti Allah untuk menilai seseorang, sangat penting untuk melihat ijazahnya yang bertulis. Kadang-kadang sudah mencukupi menilai seseorang dengan cara berfikir dan hasil kerjanya yang matang, walaupun tidak berijazah.
Buya Hamka rahimahullah dianggap tokoh ilmuwan yang hebat di Nusantara dengan hasil ilmu dan khidmatnya kepada masyarakat Nusantara. Walaupun ijazahnya sekadar sekolah dasar, menengah, pesantren dan mengaji di masjid, tetapi dinobatkan sebagai tokoh ilmuwan pada zamannya dan mendapat anugerah ijazah kedoktoran daripada Al-Azhar tanpa belajar di sana.
Presiden Algeria, Abdul Aziz Bouteflika hanya bersijil Thanawi (Sekolah Menengah Arab Agama), tetapi dinilai rakyat kerana peranannya berjihad sejak zaman penjajah dan dilantik dengan pengalaman dan ketajaman akalnya, sehingga pernah menjadi Menteri Luar dan akhirnya diangkat menjadi Presiden sehingga terkini. Tetapi sangat malang kalau dilantik kerana pandai menipu dan bohong, walaupun ada ijazah tarafnya laksana penjual ubat yang melariskan ubat kerana pandai bohong, bijak berauta dan putar alam. Bukan kerana ubatnya yang sebenar, tetapi sebabnya tergoda kepada cakap dan temberangnya sahaja.
Rakyat Jerman yang maju itu pernah memilih pemimpin seperti Hitler dan rakyat Itali melantik Benito Mussolini menjadi pemimpin mereka kerana pidatonya yang berapi bukan kerana ijazahnya.
Adapun Rasul Allah, Nabi Muhammad S.A.W. adalah paling tinggi ilmu dan keilmuannya sehingga lebih daripada taraf ijazah dan paling bijaksana serta mulia akhlak dan sifat kemanusiaannya walaupun buta huruf. Adalah perkara luar biasa kerana Baginda S.A.W. ditugaskan membawa mukjizat ilmu bagi segala ilmu pada akhir zaman dengan mendapat kurnia paling tinggi daripada Allah yang memiliki kerajaan yang mengatasi segala kerajaan, termasuk semua yang bertaraf kuasa besar dunia pada zaman purba dan terkini. Semua raja-raja dan pemimpin di bawah kekuasaannya.
Firman Allah:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26)
  • “Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Ali-‘Imran: 26)

Adapun pelantikan daripada Allah yang lebih ternyata daripada segala ijazah, antaranya firman Allah:
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (1) هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (2) وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (3) ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (4)
  • “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah yang Menguasai (sekalian alam), yang Maha Suci, yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1); Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak dan lain-lain). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2); Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (3); Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar”. (4) (Surah Al-Jumu’ah: 1-4)

Firman Allah:
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (158)
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Rasul (Utusan) Allah kepada kamu semuanya (diutuskan oleh Allah) yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilahnya, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Surah Al-A’raaf: 158)

Pelantikannya telah dimaklumkan dan diumumkan oleh para Rasul dan kitab agama sebelumnya. Firman Allah:
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (146) الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ (147)
  • “Orang-orang (Yahudi, Nasrani dan lain-lain) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan Kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (146); Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi, Nasrani dan lain-lain) itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (147) (Surah Al-Baqarah: 146-147)

Ilmu Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. mencabar seluruh ilmuwan dan pemimpin dunia dengan firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24)
  • “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23); Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya, manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (melawan Rasul dan Kitab Allah)”. (24) (Surah Al-Baqarah: 23-24)

Ternyata benarnya semua perkara yang disebut di dalam Al-Quran dari segi fakta keilmuan agama dan urusan dunia. Perkara sejarah yang terdahulu dan kajian sains terkini daripada bumi sehingga angkasa lepas. Ternyatalah ketinggian ilmu dan peribadi diri Rasulullah S.A.W. yang dilantik oleh Allah. Maka yakinlah kita bahawa perkara yang ghaib di luar kemampuan pancaindera dan perkara yang akan datang semuanya juga adalah benar.
Maka ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. tidak boleh dibandingkan dengan semua pemimpin dan ilmuwan.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

Bertarikh: 9 Jamadilakhir 1440 / 14 Februari 2019 - HARAKAHDAILY 14/2/2019



Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails