Friday, March 15, 2019

PAS Sokong Usul Darurat Di Pasir Gudang



KL: PAS menyokong penuh usul isytihar darurat yang dibentang Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim di Parlimen petang ini.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, situasi semasa di Pasir Gudang ketika ini memerlukan isytihar darurat kerana ia membolehkan kerajaan menurunkan sepenuhnya bantuan dari semua kekuatan agensi yang ada untuk menyelesaikan bencana yang sedang melanda Pasir Gudang.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang berbahas semasa sesi sidang khas usul tergempar mengingatkan kerajaan bahawa kegagalan pelbagai aspek termasuk pemantauan, tindakan pantas mengatasinya menyebabkan ramai menjadi mangsa.
Beliau juga mahu kerajaan melihat kembali peruntukan khas dalam akta terkait dengan alam sekitar untuk dipinda agar pelaku pencemaran ini diberi hukuman setimpal.
"Denda RM500,000 ini tidak berbaloi, bila musibah, rakyat mangsa, bukan syarikat yang kena," katanya.
Beliau berkata, apa yang perlu diperhatikan, banyak pencemaran telah berlaku selama ini, tetapi tiada tindakan yang benar-benar mampu mengatasi dan memberi pengajaran kepada si pelaku.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerajaan meluluskan segera usul isytihar darurat ini berdasar situasi semasa.

Pun begitu, kerajaan menegaskan tidak akan mengisytiharkan darurat buat sementara waktu ini berdasar darurat.
Situasi terkini berhubung pencemaran udara akibat sisa pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang semakin teruk.
Semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta-merta hari ini berikutan situasi yang dilihat semakin kritikal susulan pencemaran toksik sejak Khamis lalu.
Dalam pada itu, jumlah mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang ditempatkan pusat saringan sehingga pukul 12 tengah hari ini adalah seramai 1,906 orang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal, daripada jumlah itu, seramai 1,483 mangsa ditempatkan di Pusat Saringan Dewan Taman Pasir Putih dengan 224 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.
Katanya, seramai 423 mangsa pula ditempatkan di Pusat Saringan Dewan Taman Mawar dengan 52 kes dirujuk ke HSI.
Laporan mendedahkan, Jabatan Kimia telah mengenal pasti bahawa bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim boleh menjejaskan kesihatan secara toksik yang boleh merosakkan organ tubuh. -HARAKAHDAILY 14/3/2019

Haramjadah Israel Rampas 10,000 Hektar Tanah Palestin.


BAITULMUQADDIS 15 Mac - Israel dilaporkan merampas lebih 10,000 hektar tanah milik Palestin sejak 50 tahun lalu dan hampir separuh daripadanya digunakan untuk membina penempatan haram Tebing Barat.
Menurut laporan dikeluarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Kerem Navot, rampasan tanah yang didakwa dilakukan bagi 'keperluan ketenteraan segera' telah digunakan untuk membina penempatan haram serta jalan raya.
Kira-kira 450,000 rakyat Israel tinggal di penempatan haram Tebing Barat. - AFP

Semua Dapat A. SPM 2018: 27 Pelajar Yik.



KOTA BHARU: Seramai 27 pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) memperolehi kesemua A setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumum hari ini.
Manakala pelajar yang memperolehi 9A hingga 12A seramai 120 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Dato’ Mohamed Fadzli Hassan berkata, sekolah Yik mencatat peningkatan sebanyak 2.74 perstus (94.55 perstus) berbanding 2017 sebanyak 91.81 peratus.
Sebanyak sembilan sekolah mencatat keputusan kelulusan 100 peratus.
"Sekolah berkenaan termasuk Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat Pulai Chondong dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman bagi kategori maahad kawalan," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2018 di Nilam Puri.
Menurutnya juga Nurul Afifah Othman dari Maahad Muhammadi Pasir Mas memperolehi 12A.
“Saya mewakili kerajaan negeri merakam ucapan tahniah di atas kejayaan cemerlang semua pelajar,” katanya. - HARAKAHDAILY 14/3/2019

Ini Doa Untuk Pasir Gudang. Amin!!



SAYA mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu, seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera.
Sebagai tanda prihatin, PAS telah menggerakkan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia ke lapangan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat.
Semua pihak perlu bersegera untuk mengawal keadaan di Pasir Gudang, bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat keseluruhannya.
Semoga Allah melindungi kita semua.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 14/3/2019



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amin!!! Semoga pemimpin PH tidak ketinggalan berdoa..
pg13

2 Lagi Artis K-pop Libat Rakaman Seks Undur Diri.


BINTANG K-pop, Jung Joon Young diserbu media ketika tiba di Agensi
BINTANG K-pop, Jung Joon Young diserbu media ketika tiba di Agensi Polis Metropolitan Seoul di Seoul, Korea Selatan untuk disoal siasat berhubung skandal seks. -AFP
HALAMAN HIBURAN

SEOUL 14 Mac - Dua lagi artis K-pop mengumumkan pengunduran mereka selepas mengaku menonton video rakaman seks yang dihantar rakan artisnya, semalam.
Anggota kumpulan Highlight, Yong Jun Hyung, 29 yang sebelum ini dikenali sebagai Beast, berundur selepas dia mengaku menonton video seks membabitkan penyanyi, Jung Joon Young yang dirakam secara rahsia.
Beberapa jam kemudian, anggota kumpulan FT Island, Choi Jong Hoon, 29, pula membuat pengumuman sama dan akan disoal siasat polis kerana disyaki terbabit dalam skandal seks itu.
Kelmarin, Joon Young disoal siasat polis selepas mengaku dia berkongsi rakaman itu dengan lelaki lain termasuk Seungri yang turut terpalit dengan siasatan skandal seks. -AFP
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ada apa-apa panduan dan pengajaran boleh diambil dari peribadi artis global masakini pada remaja kita di Malaysia. Apalagi yang berkaitan dengan panduan dan cara hidup beragama. Na'auzubillahi minzalik!

Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Rumah Peninju Muhammad Ali Mencari Pemilik Baru

rumah peninju muhammad ali mencari pemilik yang baru

Siapa je tak kenal dengan peninju lagenda yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu, Muhammad Ali. Satu dunia kenal dengan kehebatan beliau sebagai ahli peninju. Muhammad Ali juga mempunyai peminat yang ramai dan sehingga kini masih ada yang menjadi peminat setia beliau.
Berita baik buat peminat Muhammad Ali. Sebuah harta tanah milik beliau seluas 31.78 hektar di barat daya Michigan sedang mencari pemilik yang baru. Kediaman yang dilengkapi dengan gymnasium termasuk gelanggang tinju itu bakal djual dengan harga di bawah AS$ 2.9 juta atau lebih kurang RM11.62 Juta.
rumah peninju muhammad ali mencari pemilik yang baru
The five-bedroom home was the boxing legend's last residence before he died in 2016.
Salah sebuah laman web yang mengeluarkan senarau perjanjian hara tanah tersebut menunjukkan balu Muhammad Ali, Lonnie mengemukakan tawaran sebidang tanah di sepanjang Sungai St River dngan harga AS$ 2,89,037 atau lebih kurang RM 11,606,900.
Rumah tersebut dibeli oleh Muhammad Ali pada tahun 1975 selepas memenangi gelaran petinju heavyweight dunia. Muhammad Ali menghabiskan tempoh persaraan di kediamannya itu sebelum berpindah ke Arizona pada thun 2006. Beliau meninggal dunia di Arizona pada tahun 2016.
Sumber: Berita Harian

Sawit Jual Pada Kroni M, Peneroka Tanam Buloh. Ha ha ha !!!


Sawit Jual Pada Kroni Mahathir, Peneroka Di Suruh Tanam Buloh!!!

Berita Baik Untuk Industri Sawit Malaysia (Tapi Untuk Siapa?)

4 Mac 2019, China tandatngan perjanjian untuk beli US$891 juta atau 1.62 juta tan minyak sawit daripada Malaysia (BACA DI SINI)...
Wahhh... Macai2 PH kemain bersorak sorai bila dapat tahu berita nie... Mahacai2 kata kerajaan akan kembalikan harga sawit negara seperti zaman BN...

Sorak mahacai lagi, nie permulaan jer tau, akan datang nanti, harga sawit akan jadi lagi tinggi dari zaman BN dulu... Bukti apa lagi yang korang nak untuk tunjukkan yang kerajaan PH nie tolong rakyat?
Kan dah cakap, PH Menang, Rakyat Senang!!!
Cuma perlu bersabar, kata mahacai...
Siapa Sebenarnya Yang Untung Dari Perjanjian Tu?

Tapi tau tak korang???
Yihai Kerry (Shanghai) Trade Co tandatangani perjanjian dengan PGEO Marketing Sdn Bhd untuk beli minyak sawit... Perjanjian tu di saksikan oleh si Teresa Kok yang sibuk cadangkan peneroka tanam buluh tu.

Yihai Kerry beli daripada PGEO Marketing Sdn Bhd...
BUKANNYA DARI FELDA!!!
Maknanya langsung tak der kaitan dengan peneroka...

PGEO Marketing ni syarikat milik Wilmar International Limited... Syarikat milik keluarga Robert Kuok (kroni Mahathir)... Wilmar International Limited tu pulak berpangkalan kat Singapura (BACA SI SINI), bukan Malaysia...

Jadi segala cukai di bayar di Singapura... 
Rakyat dapat apa??? Dapat ler kencing yang hancing barang sebalang dua...
Tujuan Teressa Suruh Tanam Buloh Nak Tolong Siapa Sebenarnya?

Persoalannya kenapa si Teresa sibuk suruh peneroka tanam buluh ganti sawit? (BACA DI SINI)...Logiknya, supaya syarikat kroni tak der saingan dalam industri sawit... FELDA ni pengeluar hasil sawit terbesar dalam negara... Jadi, korang nampak apa yg ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP???
Baru Terdedah Peranan Robert Kuok Dalam Majlis Penasihat Ekonomi

Tentu korang semua tahukan, si Robert Kuok nie salah sorang dari Majlis Penasihat Ekonomi... Siapa yang lantik dia?

Tak lain dan tak bukan, Tun Mahathir lah yang lantik dia... Nak buat pencerahan sikit, Robert Kuok nie dah kawal pasaran sawit kat Indonesia (BACA DI SINI)...
Dan sekarang, Robert Kuok dapat pulak kawal pasaran sawit kat Malaysia... Malaysia dengan Indonesia, 2 pengeluar sawit terbesar dunia... Maknanya, Robert Kuok sekarang nie dengan rasminya dah kawal pasaran sawit dunia!!!

Korang tahukan, Felda banyak buka ladang kat Indonesia... 
Kat Indonesia, FELDA kena jual pada Syarikat PT Wilmar Nabati, syarikat milik Robert Kuok... Kat Malaysia pulak, kalau FELDA nak jual sawit, kena jual pada PGEO Marketing Sdn. Bhd. juga syarikat milik Robert Kuok...

Bermakna, FELDA sekarang nie bawah cengkaman Robert Kuok dan dengan sendirinya peneroka2 FELDA berkerja untuk Robert Kuok... Majoriti peneroka ialah Melayu dan FELDA sendiri adalah antara aset terbesar orang Melayu... Tapi sekarang terpaksa tunduk dengan arahan dan perintah Robert Kuok!!!

Dan Robert Kuok adalah kroni Tun Mahathir... 
Nampak tak apa yang ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP dan Tun Mahathir? Jadi fahamlah kita apa yang Tun Mahathir kata, Selamatkan Malaysia!!!
PH MENANG, MELAYU KENA GANYANG!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails