Friday, April 12, 2019
RM80Juta Ditipu Pelabut India N9 &Rantau? Ini, Lapur Polis Atas T/K PKR Rembau..
LAPORAN POLIS KE ATAS TIMBALAN KETUA CABANG PKR REMBAU KERANA MENIPU
Streram Pecah Amanah? (Lapuran Polis Ke Atas Streram Kerana Menipu Kawan Sendiri)
Posted by SnapShot at 4/11/2019
Laporan di Balai Polis Segamat, Johor
No. Report : Kajang/008524/19
Tarikh : 8 Mac 2019
Pengadu : YB Dato' Sri Dr. Santhara Kumar (ahli Parlimen Segamat & Timbalan Setiausaha Agong PKR Pusat serta MPP PKR)
Umur : 47 tahun 11 bulan
Laporan di tulis sendiri :
Adalah saya Dr. Santhara Kumar a/l Ramanaidu ingin membuat laporan polis jenayah penipuan yang dibuat oleh Dr. Streram Sinasamy (551104-01-6025)...
Pada 9/1/2018 lebih kurang jam 1430 hrs penama telah berjumpa saya di sebuah kafe di Kajang Country Height merayu bantuan pinjaman kewangan bagi tujuan pembayaran pendaftaran pembelajaran anaknya Sandya Streram di The University of Newcastle, Australia...
Dalam keadaan hampir menangis dia menyatakan jika gagal membuat pembayaran pada hari tersebut anaknya akan hilang peluang melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut...
Kesian dengar rayuannya dan kerana dia yang sangat mendesak saya telah mengeluarkan wang tabungan (insurans) pendidikan anak saya yang berusia tujuh tahun...
Pinjaman dengan mengeluarkan wang tabung pendidikan anak saya di buat kerana percaya janji penama untuk membayar semua...
Streram menulis 'post dated cheque' sebanyak 6 keping cek, atas nama anak saya Vicenzo Josep Santhara, 7 tahun kerana saya gunakan tabungan pendidikan dia dan duit itu perlu dipulangkan pada akaun tabungan dia semula...
Kesemua cek yang di tulis berjumlah RM62,000 sama seperti jumlah pinjaman yang di berikan...
Saya membantu memberikan pinjaman ikhlas tanpa sebarang faedah...
Hari yang sama saya telah membawa penama ke CIMB cawangan Kajang Country Height untuk melakukan pemindahan wang berjumlah RM62,000 ke akaun 7068774469 akaun milik Streram...
Seterusnya membuat pemindahan pembayaran telegrafik jumlah wang yang sama terus ke akaun institusi pendidikan terbabit...
No rujukan telegrafik :
EAU25675AS1011177 - student name Sandya Streram...
Namun bila tiba masa saya menunaikan cek pertama saya hubungi dia, barulah dia nyatakan jangan bank in dulu kerana dia mahu dapatkan claim dulu di hospital swasta tempat dia bekerja...
Begitulah beberapa bulan selepas itu perbagai alasan di berikan...
Sekitar September - November, saya hubungi dia hanya beberapa panggilan di jawab, ada dalam keadaan seperti mabuk menengking dan menjawab dengan kasar dan kesat...
Pernah juga saya di berikan bercakap dengan lelaki yang saya tidak kenal mengugut saya berhenti mengganggu Streram dan berhenti menuntut pinjama tersebut...
Kecewa dengan semua yang berlaku 8/11/18 saya telah bank in kan semua cek yang di berikan...
Namun saya di beritahu oleh pihak bank yang menguruskan akaun saya menyatakan awal awal lagi cek tersebut sudah di arah tidak di tunaikan...
Ini jelas penipuan di sengajakan, jenayah kolar putih dengan menggunakan dokumen pelajaran anaknya sengaja merayu pinjam dengan memang niat tidak mahu membayar dengan menipu mengeluarkan cek...
Ini jenayah perdagangan yang serius di buat secara sedar oleh orang yang berpendidikan dan berprofesion doktor untuk menipu tabungan pendidikan anak saya yang berusia 7 tahun...
Saya mohon pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap jenayah Streram ini agar tidak ada lagi tertipu menjadi mangsanya...
Sekian laporan saya...
Wajah Sebenar Calun PH/PKR Dr. Streram
Sebaik saja isu nie viral, Streram dengan pantas mengatakan apa yang di dakwa oleh Dr. Santhara Kumar adalah tidak benar dan hanya bertujuan untuk memburukkan namanya dan sebagai usaha untuk sabotaj PRK Rantau di mana beliau menawarkan diri menjadi calun (BACA DI SINI)...
Ada beberapa perkara menarik untuk kita, terutamanya pengundi DUN Rantau fikirkan bersama :
》Untuk membuktikan apa yabg di katakan itu benar, Dr. Santhara Kumar telah tampil membuat lapuran polis dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan jenayah kolar putih...
- Dr. Streram hanya berani menafikan apa yang di katakan oleh Dr. Santhara Kumar di dalam media, kenapa Dr. Streram tak membuat lapuran polis terhadap Dr. Santhara Kumar?
》Apa asasnya Dr. Santhara Kumar mahu sabotaj PRK Rantau, sedangkan beliau ialah MP Segamat dan beliau juga adalah Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat?
》Tiada apa2 faedah atau kepentingan peribadi kepada Dr. Santhara Kumar sekiranya Tok Mat Hassan berjaya menewaskan Dr. Streram...
Dan kepada pengundi Rantau, buatlah pilihan yang bijak...
Apakah penduduk Rantau mahu seorang ADUN yang telah banyak berjasa kepada Rantau dan Negeri Sembilan, iaitu calun BN Tok Mat Hassan atau mahukan seorang ADUN yang dah terpalit dengan penipuan puluhan ribu ringgit terhadap kawannya sendiri?
Paling membimbangkan, sekiranya Dr. Streram sanggup menjual nama anak beliau semata2 untuk kepentingan peribadi, apakah jaminan beliau tidak akan menjual nama penduduk Rantau untuk dapatkan lebih banyak WANG BESAR!!!
(SnapShot )
Thursday, April 11, 2019
'Ayam' Vietnam. Najis Pelacur, 9 Salahfaham Puak Liberal..
'Ayam' Vietnam masuk jerat
PENAHANAN wanita dipercayai sebagai ‘mummy’ membongkar kegiatan pelacuran lima gadis warga Vietnam dalam Ops Noda/Cantas di hotel di Jalan Lintas Luyang, di Kota Kinabalu, malam tadi.
Serbuan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Hamizi Halim, menahan lima lelaki disyaki pelanggan susulan penemuan kondom yang sudah digunakan.
Turut ditemui 32 keping kondom, enam tiub minyak pelincir, 10 telefon bimbit dan RM3,410 tunai dipercayai hasil kegiatan pelacuran.
Ketika serbuan, seorang daripada gadis Vietnam berusia 19 tahun yang ditahan bertindak agresif dengan mengamuk dan enggan memberi kerjasama, namun dapat dikawal oleh pasukan serbuan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi yang bermula kira-kira 11 malam itu menahan wanita berusia 29 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga atau ‘mummy’.
“Berikutan itu, pasukan serbuan berjaya menangkap lima wanita warga Vietnam yang disyaki melakukan kegiatan pelacuran.
“Kelima-lima mereka ini ditahan di dalam bilik berbeza di tingkat lima dan enam di hotel berkenaan,” katanya di sini, hari ini.
Habibi berkata, siasatan mendapati modus operandi suspek ini adalah mencari pelanggan dengan menggunakan WhatsApp dan WeChat.
“Harga ditawarkan bagi setiap langganan perkhidmatan seks sebanyak RM268.
“Semua tangkapan warga Vietnam berusia antara 19 hingga 29 tahun dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti dalang utama dalam kegiatan pelacuran ini. (HM)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom lihat kekeliruan puak-puak sesat liberal mengenai pelacuran dalam Islam.
'Sex Work is Work', itu salah satu isu kontraversi dalam perarakan semperna Hari Wanita 2019 baru lalu.
Sebenarnya, isu pelacur memohon hak mereka diiktiraf bukan perkara baru, telahpun berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Surah An-Nur ayat 33 misalnya, memang spesifik Allah bercakap tentang pelacur.
Ulamak menulis..
1. Ada di kalangan puak liberal sesat yang mengatakan bahawa pelacur pernah memohon hak mereka di zaman Rasulullah ﷺ lagi. Mereka menggunakan ayat ke 33 daripada Surah al-Nur sebagai hujah lalu menyimpulkan bahawa Islam telah lama mengiktiraf hak pelacur di sisi masyarakat.
2. Meneliti ayat ke 33 daripada surah al-Nur, kita akan dapati bahawa tiada pelacur yang meminta hak mereka di dalam hal ini. Ini adalah satu kekeliruan yang jelas. Menurut al-Tabari, al-Qurtubi dan Ibn Kathir ayat ini diturunkan ke atas Abdullah ibn Ubai, Ketua Munafiq yang memaksa hamba perempuannya untuk melacurkan diri.
3. Kata al-Imam Ibn Kathir:
وكان سبب نزول هذه الآية الكريمة في شأن عبد اللّه بن أبي بن سلول فإنه كان له إماء فكان يكرههن على البغاء طلباً لخراجهن
“Adapun sebab penurunan ayat ini adalah ia berkenaan perihal Abdullah ibn Ubai ibn Salul. Beliau mempunyai hamba-hamba perempuan lalu memaksa mereka untuk melacurkan diri semata-mata untuk mendapatkan upah pelacuran itu. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim)
4. Menurut riwayat al-Zuhri, hamba perempuan itu bernama Muazah dan beliau telah dipaksa oleh Abdullah ibn Ubai untuk melacurkan diri.
Riwayat al-Suddi pula menjelaskan terdapat seorang lelaki Quraysh berkenan dengan Muazah lalu lelaki itu menyatakan hasratnya kepada Abdullah bin Ubai. Muazah sebagai muslimah tidak rela diperlakukan sedemikian lalu beliau mengadukan perkara ini kepada Abu Bakar. Lantas Abu Bakar menyampaikan perkara ini kepada Rasulullah ﷺ lalu ayat ini diturunkan sebagai larangan kepada paksaan pelacuran itu.
5. Jelas melalui riwayat di atas, tiada pelacur yang meminta hak mereka untuk terbabit dengan sex work. Muazah mengadu kepada Abu Bakar bukan atas kapasiti seorang pelacur yang meminta haknya. Beliau datang sebagai muslimah yang menolak daripada melakukan perkara keji. Jelas ayat itu diturunkan bagi mencegah perbuatan yang menzalimi wanita.
Begitu tinggi nilai Islam yang mengangkat wanita dan menyelamatkan mereka dari dipaksa menjadi pelacur. Anehnya golongan liberal memperjuangkan pula hak-hak buat pelacur. Bukankah perjuangan liberal ini menjatuhkan maruah wanita?
6. Larangan membabitkan diri dalam industri pelacuran telah jelas melalui ayat-ayat yang melarang perlakuan zina. Allah mengeji pengamal zina dan menyifatkan zina sebagai seburuk-buruk perlakuan (Surah al-Isra:32). Malah Rasulullah ﷺ memelihara wanita daripada terjebak dalam industri zina ini.
Sabda Rasulullah: لا مُسَاعاة في الإسلام، مَن سَاعى في الجاهلية، فقد لحق بعصَبَته
“Tiada pelacuran dalam Islam. Sekiranya seseorang melakukannya pada zaman Jahiliah maka anak yang diperolehi akan dinasabkan kepada Tuannya (hamba perempuan itu).” (HR Muslim).
7. Bahkan di dalam kaedah Usul Fiqh, para sarjana Islam telah meletakkan satu kaedah khas dalam menangani perkara ini.
Kata mereka: وما ادى الى الحرام فهو حرام
“Sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram”
Iaitu sekiranya pekerjaan pelacuran ini membawa kepada zina yang telah diharamkan, maka industry sex work (pelacuran) ini sudah tentu haram. Anehnya golongan liberal memperjuangkan pula sex work ini.
8. Islam memuliakan wanita, mengangkat wanita pada kedudukan yang tinggi. Islam memelihara maruah wanita daripada dinodai. Apa yang diperjuangkan oleh liberal seakan merendahkan hak wanita. Memberikan hak yang keliru dalam mempertahankan pelacuran.
9. Bahkan sekiranya seorang wanita itu sudah terlanjur menjadi pelacur sekalipun, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ﷺ menjelaskan bagaimana Allah memberikan ganjaran terhadap pelacur yang memberi minum kepada anjing. Begitu tinggi nilai yang Islam letakkan kepada hambanya yang kembali kepada kebenaran.
Semoga Allah membimbing kita semua.
Lawatan Muafakat Ke MIC. -Presiden PAS
BUMI India bersejarah adalah di antara tamadun yang paling awal kedatangan Islam, termasuk pada abad pertama yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Sebaik-baik abad adalah abadku, kemudian berikutnya….”. Ada di kalangan sejarawan yang menyatakan datangnya Islam seawal pengaruh agama tauhid (Islam) yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S.
Disebut oleh Rasulullah S.A.W.:
“Bahawa seorang lelaki pada zaman dahulu yang banyak melakukan dosa dan menyesal lalu mewasiatkan pada anaknya supaya membakar mayatnya, abunya ditaburkan supaya ditiup angin atau dihanyutkan bertebaran ke mana sahaja, lalu Allah menyatukannya semula dan menghidupkannya di Alam Barzakh mengadap Allah dan bertanya:“Mengapa kamu lakukan itu?’’ Lalu dia mengaku: “Wahai Tuhanku! Menyesal terhadap dosa yang dilakukan’’. Lalu Allah mengampunkan dosanya”. (Riwayat Imam Al-Bukhari).
Namun cara ini dinasakhkan (dibatalkan) oleh syariat Islam yang diwahyukan kepada nabi selepasnya. Perubahannya berlaku kepada agama Hindu dan agama lain setelah berlalu beberapa abad.
Dikatakan perkataan 'Brahma' yang menjadi salah satu pemujaan agama Hindu itu adalah Ibrahim yang dipuja sehingga dilantik menjadi tuhan. Begitu juga penganut Yahudi dan Kristian menyebut 'Abraham' dan menjadi salah satu riwayat Qiraat Al-Quran (As-Syamiyah) yang boleh dibaca. Kepada penganut Islam yang berpegang kepada Al-Quran, bahawa Allah berfirman:
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (67) إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ (68)
“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. (67); Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi ini (Muhammad S.A.W.). serta orang-orang yang beriman. Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman”.(68) (Surah Aali ‘Imraan: 67-68)
Begitulah bersejarahnya India menjadi tempat lahirnya banyak agama seperti Buddha, Sikh dan lain-lain. Penelitian ilmuwan perbandingan agama menemui bahawa kerasulan Nabi akhir zaman disebutkan dalam kitab suci pelbagai agama termasuk Veda, kitab agama Hindu. Antaranya: “Hai orang banyak, dengarlah ini dengan sungguh-sungguh, Narashanga (Yang Terpuji) akan dibangkitkan di antara orang banyak. Kita mengambil orang Kaurum (Muhajirin) itu di dalam perlindungan kita dari 60,000 dan 90,000 musuh-musuh yang kenderaannya adalah 20 unta dan 2 unta betina, memiliki 12 orang isteri dan naik ke langit dengan kenderaan tercepat (Buraq)...” (Atharvaveda Kanda 20 Saukata 127, Mantra 1-2)
Bagi umat Islam, Narashanga (Yang Terpuji) adalah terjemahan daripada perkataan Nabi Muhammad S.A.W. Maka terpulang kepada masing-masing untuk membuat penilaian secara perbandingan dengan ikhlas untuk mencari kebenaran tanpa paksaan.
India juga merupakan tempat lahirnya para ulama', khususnya yang memelihara ilmu Hadis Nabawi seperti Al-Mubarakfuri dan Anwar Shah Al-Kashmiri, dan tempat kedatangan para ulama’ mujaddid seperti Ahmad As-Sir Al-Hindi, Shah Waliyullah Ad-Dahlawi, Al-Kalikuti Al-Malibari (kitabnya Mazhab Syafie dipelajari di pondok-pondok nusantara) dan lain-lain. Di sana juga banyak pusat-pusat pengajian tinggi setanding dengan Makkah, Madinah, Baghdad, Az-Zaitun di Tunisia, Al-Azhar di Mesir dan lain-lain. Dan ramai tokoh PAS adalah lulusan universiti di India seperti Dr. Burhanudin Al-Helmi, Abu Bakar Umar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan lain-lain lagi.
Bagi saya Maulana Abu Hasan Ali An-Nadawi ialah seorang ulama’ besar India yang saya hormati, kasihi dan salah seorang yang dikira guru saya, idola ilmuwan yang saya banyak membaca tulisannya.
Saya mula mengenalinya semasa menuntut ilmu di Universiti Madinah, kerana beliau ialah salah seorang Ahli Majlis Universiti. Saya bukan sahaja mendengar ceramahnya yang hebat, bahkan pernah berusrah dengan beliau dan menegur saya memakai kemeja batik, katanya itu sesuai untuk wanita.
Saya juga merasai kasihnya beliau kepada saya kerana menghadiahkan buku-buku tulisannya dengan tulisan tandatangannya. Beliau pernah melawat dan berehat di rumah saya dan berceramah di Masjid Rusila, kampung saya sebelum meninggal dunia. Malang dan sedih saya tidak dapat memenuhi undangannya ke Nadwatul Ulama’ di Lucknow semasa hayatnya dan terpaksa menunaikan rasa tanggungjawab itu setelah beliau meninggal dunia. Terasa malu kerana diberi sambutan terhormat oleh keluarga dan murid-muridnya.
Beliau ialah salah seorang tokoh ulama’ yang dihormati oleh saudara kita daripada Jamaah Tabligh. Tulisan dan ceramahnya tersebar dan terkenal di dunia Islam, termasuk negara Arab. Bahasa Arabnya setanding dengan orang Arab sendiri dari segi uslub dan lafaznya.
Pengalamannya bersama masyarakat majmuk di India patut menjadi contoh kerana sikapnya yang wasathiyyah (sederhana) tidak melampau, sehingga dihormati oleh kalangan penganut agama Hindu walaupun ketegasannya berpegang dengan ajaran Islam dan amalannya. Beliau tetap menunaikan dakwah kepada bukan Islam tanpa paksaan dan tidak putus hubungan yang menjadi konsep kelangsungannya.
Beliau berpandukan konsep yang ditegaskan oleh firman Allah:
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكُوا وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ (107) وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (108)
“Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan Engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan Engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata). (107); Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”. (108) (Surah Al-An’aam: 107-108)
Almarhum mengenali saya yang terlibat dengan politik. Ketika menyambut lawatannya, bersama dalam kereta, tiba-tiba beliau menasihatkan saya berpolitik dengan menegaskan: “Politic is not a straight line”.
Tulisannya dalam bidang politik menghasilkan beberapa buah buku, khususnya buku ‘’Betapa Ruginya Dunia dengan Sebab Kemunduran Umat Islam’’. Buku itu diberikan kata pengantar oleh As-Syahid Sayyid Qutb mencatatkan kejayaan Islam memerintah negara besar yang bertamadun paling unggul. Adapun Barat yang menciplakkan tamadun Islam itu mengalami keruntuhan kerana meninggalkan roh Islam dan menganut fahaman sekular.
Tulisan beliau khususnya Sirah Nabawiyyah yang menghuraikan politik Rasulullah S.A.W. memerintah negara masyarakat majmuk yang berjaya pada zamannya. Dalam satu bukunya, Al-Marhum mencatatkan tulisan mendiang Jawaharlal Nehru, 'Discovery of India', berkenaan jasa tamadun Islam kepada India.
Mujaddid Almarhum Jamaludin Al-Afghani yang dihalau daripada tanah airnya berhijrah ke Iran, kemudiannya dibuang ke India pada awal abad yang lalu. Pidatonya yang terkenal di India menegaskan:
“Wahai rakyat India! Sekiranya Allah ciptakan kamu menjadi lalat, dengan jumlah kamu yang ramai ini, sekiranya kamu bersatu, cukup dengan suara dengungan sahaja sudah boleh memekakkan telinga penjajah Inggeris. Sekiranya kamu diciptakan menjadi kura-kura, kalau kamu bersatu berenang ke Pulau England dengan jumlah yang besar ini cukup bagi menenggelamkan pulau itu dan kamu kembali semula ke India menjadi bangsa yang merdeka”.
Ucapan ini mencetuskan semangat menentang penjajah di India yang menyatukan masyarakat berbagai agama dan suku, sehingga tokoh besar itu dibuang pula ke Mesir dan kemudiannya ke Perancis. Revolusi Islam di Iran juga adalah tempias perjuangannya ketika dibuang ke Iran. Saya sebutkan ucapan ini ketika melawat Pejabat MIC.
Sejarah perjuangan kemerdekaan India melibatkan tokoh masyarakat majmuk pelbagai agama termasuk daripada kalangan umat Islam seperti Abu Kalam Azad dan lain-lain, bukan sahaja Mahatma Ghandi, Nehru dan Chandra Bose.
Mahatma Ghandi secara khusus tetap dihormati walaupun beragama Hindu kerana sikap damainya dalam perjuangan terhadap masyarakat majmuk, sehingga beliau menjadi korban dibunuh oleh pelampau Hindu seagamanya.
Walaupun berpecah selepas merdeka dengan tertubuhnya negara Pakistan, dan selepas itu Bangladesh, namun masyarakat majmuk masih wujud di Benua India kerana ada di kalangan pemimpin Islam yang masih tetap mempertahankan bahawa umat Islam perlu berada dalam masyarakat majmuk.
Bagi umat Islam, pendekatan bertemu, berdialog dan terkini bertaawun dalam perkara kebajikan adalah cara yang perlu diperkenalkan. Demi mesej Islam yang bukan sahaja dalam aspek dakwah mengajak kepada Islam tanpa paksaan, Islam juga menjalin hubungan kemanusiaan yang menjadi peranan konsep bermasyarakat Madani yang menjadi tujuan diciptakan manusia. Maka kewujudan masyarakat majmuk ini dilihat dari aspek positifnya dengan mengambil kira titik persamaan yang membolehkan kita bertaawun (bertolong-menolong) dan bertahaluf (bersefahaman) tanpa tegang dalam pertelingkahan.
Izinkan Islam mengurus masyarakat majmuk secara demokratik seperti yang telah diberikan kepada ideologi dan teori lain selama ini yang kita lihat kesannya yang banyak negatif. Mengapa takut memberi peluang kepada Islam?
Selain itu, hadapilah perkara yang berbeza secara terbuka dengan dialog mencari kebenaran yang menjadi tujuan semua manusia, kerana konsep Islam boleh menerima kebijaksanaan yang datang daripada segenap penjuru.
Sabda Rasulullah S.A.W.
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها فهو أحق بها (رواه ابن ماجه).
“Kebijaksaan itu laksana barang tercicir yang ditemui, di mana sahaja dijumpai, maka orang yang beriman paling berhak mengambilnya”. (Riwayat Ibnu Majah)
Tidakkah tamadun Islam yang telah berjaya dalam sejarahnya mengambil banyak perkara yang positif daripada Tamadun Timur dan Barat terdahulu dan menolak semua yang negatif walaupun yang diciptakan oleh masyarakat jahiliah Arab di Makkah.
Hentikan sikap prejudis terhadap Islam sehingga melabelkannya dengan gelaran yang tiada kaitan dengannya, menolak segala peluang kepada Islam di mana sahaja sehingga boleh memejamkan mata terhadap kezaliman kepada Islam dan penganutnya, melenting dengan cepat dan menuding jari terhadap Islam kalau berlaku sesuatu kegemparan.
Hentikan membuat kenyataan tanpa pengetahuan terhadap Islam yang mendedahkan kebodohan sendiri, sehingga Islam melalui ruang demokrasi juga tidak diiktiraf, adapun yang lain boleh diterima dengan apa jua cara.
PAS ada hubungan sejarah dengan orang India beragama Hindu. Apabila Presiden PAS yang kedua, Almarhum Dr. Abbas Alias menjadi pegawai perubatan pada zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu, beliau pernah menolong menyelamatkan seorang tawanan Jepun beragama Hindu yang telah dijatuhkan hukuman mati.
Ketika PAS pada asalnya NGO mahu ditukar kepada parti politik yang sah untuk bertanding dalam Pilihan Raya 1955 pada zaman penjajah dahulu, Dr. Abbas datang ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan, tiba-tiba orang India Hindu yang diselamatkannya dahulu ialah Timbalan Pengarah Pendaftar. Maka alangkah terkejutnya dia terserempak dengan orang yang pernah menyelamatkannya daripada tali gantung. Kebetulan bosnya orang Putih penjajah itu tidak datang ke pejabat, maka dia terus menandatangani surat pengesahan PAS menjadi parti politik.
Maka hari ini, PAS sangat menghargai undangan MIC secara langsung membuka lembaran barunya kepada PAS dengan cara terhormat, menunjukkan ada kemajuan setelah adanya di kalangan masyarakat India bukan Islam yang bersama PAS dalam sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menjadi saluran hubungan PAS dengan masyarakat majmuk.
Akhirnya kita tidak harus meletakkan semua daripada kalangan bukan Islam dalam satu bakul yang sama dengan kumpulan yang bersikap prejudis terhadap Islam dan fanatik perkaumannya atau melampau. Laksanakan petunjuk Al-Quran yang menegaskan bahawa seluruh manusia itu adalah keluarga besar.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu bertaaruf (bermasyarakat antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat: 13)
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Syaaban 1440 / 11 April 2019 - HARAKAHDAILY 11/4/2019
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Syaaban 1440 / 11 April 2019 - HARAKAHDAILY 11/4/2019
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
11 Perkara Menentang PTMP. Mohon PAS Perjuang Nasib Penduduk PP.
PTMP: Mohon PAS perjuang nasib penduduk P. Pinang
SURAT TERBUKA Kepada,
YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Pejabat Agung PAS
Jalan Raja Laut, KUALA LUMPUR
Tuan Guru,
MOHON PAS PERJUANG NASIB PENDUDUK PULAU PINANG PASCA BERMULANYA PTMP
Perkara di atas adalah dengan ini dirujuk.
2. YB Tuan Guru, surat ini kami tujukan kepada Tuan Guru dalam bentuk surat terbuka yang sudah pasti akan dibaca oleh semua rakyat Malaysia khasnya di Pulau Pinang. Penang Transport Master Plan (PTMP) telahpun menjadi satu polemik sejak beberapa tahun kebelakangan hingga membawa kepada isu skandal 'terowong' yang telah dibuka kertas siasatan SPRM sejak sebelum PRU tahun lalu. Isu ini melangkaui sempadan politik kepartian dan perkara utama yang menjadi kebimbangan rakyat saat ini adalah mengenai kemusnahan alam semulajadi di pulau ini.
3. Isu ini telah menarik banyak pihak khususnya NGO yang berjuang menentang kelulusan PTMP yang dilihat bakal memberikan kesan buruk kepada rakyat setempat. Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia, CAP dan Aliran serta puluhan badan yang lain telahpun mengeluarkan pandangan masing-masing. Malahan laporan serta komen berkaitan perjalanan projek, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), dan isu isu lain berkaitan kesan langsung kepada rakyat mencakupi segmen ekonomi (manfaat, kos dan kerugian), kemanusiaan (keselamatan dan kesihatan penduduk), kebudayaan (warisan dan tinggalan sejarah) serta yang paling utama adalah aspek kemandirian alam sekitar (bumi, tanah, air, udara, pokok dan tumbuhan serta haiwan).
4. Kebimbangan utama rakyat adalah berpusat kepada pembinaan The Pan Island Link Phase 1 (PIL1) sepanjang 19.5 kilometer yang bakal memberi kemuatan dwi-tiga lorong (enam lorong semuanya bagi dua hala) dan mencakupi empat bahagian terowong. Peliknya adalah jarak terowong ini sepanjang 10.1 kilometer ataupun 52 peratus daripada panjang keseluruhan lebuhraya. Laporan EIA tidak menaksirkan tahap kesesakan enam jalan penghubung yang menghala ke persimpangan lebuhraya PIL1 iati Gurney Drive, Jalan Utama Youth Park, Jalan Paya Terubong, PIL2 (baru), Jalan Tun Dr Awang dan Jalan Tun LCE.
5. Isu lain juga adalah berkaitan penggalian terowong melalui bukit bukau Pulau Pinang yang mana di dalam laporan EIA telah disebut bahawa terowong PIL1 akan merentasi tiga garis sesar di dalam batuan dasar. Satu garis sesar berlaku di mana Terowong 1 muncul di Air Itam. Jelasnya, laporan EIA mengatakan bahawa bahawa pembinaan terowong mungkin menyebabkan perubahan bentuk tanah yang boleh mencetuskan runtuhan dan penenggelaman tanah. Kawasan yang bersilang dengan zon sesar akan mudah retak dan runtuh. Struktur binaan berhampiran seperti Kuil Kek Lok Si, Empangan Air Itam serta Kompleks Bukit Bendera berisiko mengalami kerosakan tapak. Lebih membimbangkan apabila laporan EIA tidak menaksirkan kesan pembinaan terowong kepada kestabilan batuan dasar granit yang retak, pengaliran air dalam tanah, terutama di zon sesar dan paling menakutkan kestabilan empangan tanah Air Itam yang terbina sejak 56 tahun yang lalu pada aras 235 meter dari paras laut!
6. Isu lain adalah mengenai pembuangan serpihan batu yang terhasil daripada korekan 10.1 kilometer terowong yang mana dianggarkan oleh Penang Forum sebanyak 2.5 juta meterpadu. Bagaimana nantinya proses pengangkutan serpihan sebesar dan sebanyak itu melalui jalanan yang sempit selama 3 atau 4 tahun?
7. Kesan sosial langsung pula berkaitan lebuhraya bertingkat ini yang bakal merentasi dua taman awam iaitu Taman Belia dan Taman Jajar Sungai Ara. Laporan EIA seakan akan meremehkan impak sosial berkenaan tahap penggunaan aktiviti rekreasi di dua taman ini. Malahan dengan jangkaan paras bunyi bising pembinaan ini setinggi 75 dB(A) ia bakal mengganggu ketenteraman penduduk yang mahu melakukan rekreasi. Penduduk rumah flat, kondominium dan lain lain sepanjang jajaran Lebuhraya PIL1 (pada jarak 20-100m) akan terjejas dengan bunyi bising.
8. Di dalam laporan EIA juga, impak kualiti udara telah diperkecilkan. Dengan nilai NO2 latar udara yang terlalu rendah, serta menggunakan andaian yang tidak realistik bagi meramalkan kualiti udara seperti meletakkan nilai latar sifar bagi faktor gas pencemar dan aliran lalulintas yang kononnya lancar tanpa kesesakan, maka hal ini menimbukan keraguan yang tidak sedikit.
9. Impak hakisan tanah dan banjir juga kelihatannya telah diperkecilkan apabila laporan EIA meramalkan hakisan tanah dari cerun yang terdedah serta limpahan air sungai yang boleh mengakibatkan banjir dengan berpandukan data curahan hujan masa lampau semata mata. Ia tidak mengambil kira bahawa dengan perubahan iklim, corak hujan juga boleh berubah dan mencetuskan banjir kilat dalam masa yang cepat. Data curahan hujan harian di Bayan Lepas bagi Julai sehingga Disember 2016, menunjukkan serendah 20 milimeter sahaja (16 September dan 11 November) telah menyebabkan banjir kilat. Manakala paras lain melebihi 60 sehingga 80 milimeter sehari juga telah menenggelamkan banyak kawasan rendah. Tidakkah dibuat satu anggaran hujan boleh mencurah sehingga 200 milimeer sehari yang telah menyebabkan banjir segera seperti pernah turun pada 15hb Julai 2016?
10. Kerajaan Pusat dan Negeri sepatutnya mendengar nasihat dan amaran yang diberikan oleh NGO-NGO yang disebutkan dalam paragraf di atas tadi. Mereka bukanlah kumpulan 'anti pembangunan' seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak. Malahan merekalah yang sejak sekian lama telah sama sama membangunkan Pulau Mutiara ini. Tiada kepentingan politik. Mereka hanya mahukan jaminan akan terpeliharanya alam sekitar dan semulajadi serta pembangunan negeri yang damai serta memberikan manfaat paling optimum kepada penduduk setempat.
11. Justeru, kami memohon agar YB Tuan Guru dapat menyampaikan hasrat dan pandangan kami ini kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Ia penting sehingga analisis risiko terperinci terhadap impak pembinaan terowong yang melalui kawasan bukit bukau dibentangkan, penaksiran impak penggunaan taman rekreasi taman taman awam, penelitian semula kepada data serta andaian yang diragui, kualiti udara, jumlah lalulintas, hakisan tanah dan banjir yang semuanya perlu ditentu-sahkan kembali. Laporan Impak Lalulintas (TIA) dan Laporan Impak Sosial (SIA) pula perlu lebih telus kerana sebelum ini pihak awam tiada akses kepadanya sehinggakan kaedah dan hasil analisis boleh dicabar serta diragui.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
NAZMAN CHE IBERAHIM
Pengerusi
Lajnah Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 10/4/2/2019
SABER AL-ASHKAR yang kudung dan berkerusi roda cuba melontar batu ketika tunjuk perasaan terhadap penjajahan Zionis di Semenanjung Gaza. - AFP
Perjuangan Islam.. Allah Matlamat Kami
Rasul Pemimpin Kami
Al-Quran Perundangan Kami
Jihad Jalan Kami
Syahid cita-cita Kami.
Di S'ngor, Kerang Mati Kelaparan.. Kerana PH (Keaksidan Air)
KEPUPUSAN atau pengurangan sumber kerang ketika ini berpunca perubahan suhu, keasidan air (pH air), rendah kandungan oksigen dan pencemaran bahan kimia tertentu.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata, kerang yang didedahkan lebih daripada enam jam secara berterusan terhadap punca itu boleh menyebabkan kematian.
“Ia adalah proses pantai yang membabitkan tekanan kepada hidupan di persekitaran berkenaan. Kawalan ke atas bilangan atau aktiviti penternak tidak akan banyak membantu memulihkan peningkatan hasil, kecuali kualiti habitat dipulihkan.
“Kerang yang terdedah kepada sesuatu perubahan habitat yang negatif akan bertindak balas dengan menutup cengkerangnya.
“Pendedahan kepada ammonia pada jangka masa panjang akan memberi tekanan kepada kerang kerana ia akan kelaparan dan boleh mengakibatkan kepada kematian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
“Pendedahan kepada ammonia pada jangka masa panjang akan memberi tekanan kepada kerang kerana ia akan kelaparan dan boleh mengakibatkan kepada kematian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Munir berkata, permasalahan ammonia ini turut diburukkan oleh peningkatan bacaan pH dan suhu air. Semakin tinggi kealkalian air maka semakin tinggi kepekatan ammonia.
“Kehadiran ammonia di dalam air berpunca daripada pelbagai sumber antropogenik (hasil aktiviti manusia).
“Antaranya penggunaan baja dan racun perosak di kawasan pertanian dan akuakultur sepanjang sungai terbabit. Selain itu, kehadiran kilang pemprosesan atau loji tidak terawat yang mengalirkan buangan terus ke sungai juga menjadi sumber peningkatan ammonia di dalam air.
“Pada 2015, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Jabatan Perikanan (DOF) sudah menjalankan satu kajian penyelidikan menyeluruh untuk mencari punca pemasalahan ini yang dijalankan di Kebun Kerang Selangor (KKS),” katanya.
Menurutnya, penurunan drastik ini menyebabkan DOF mengambil langkah menubuhkan KKS pada 2007 dengan tujuan melonjakkan kembali penghasilan kerang.
“Hasilnya, pada 2008 pengeluaran kerang melonjak kepada 14,750 tan metrik dan seterusnya memuncak pada 2010 iaitu 41,410 tan metrik.
“Namun sejak itu, pengeluaran kerang kembali suram dengan hanya 3,327 tan metrik dihasilkan pada 2015. Pelbagai faktor dikenal pasti menyebabkan keadaan ini. Antaranya ialah perubahan habitat kerang yang disebabkan oleh pembangunan pesat di kawasan daratan.
“Bagi mengatasi masalah penurunan hasil kerang di Selangor ini, FRI DOF melaksanakan satu kajian pembiakan aruhan kerang di sekitar perairan Kapar bersama-sama dengan TNB Research Sdn Bhd (milik Tenaga Nasional Berhad),” katanya.
Katanya, dengan mengambil kira faktor kerang atau nama saintifiknya Anadara granosa membiak secara sebaran dan pembiakannya boleh diaruhkan dengan faktor renjatan suhu, maka eksperimen dijalankan di lokasi berhampiran Stesen Janakuasa KEV di Kapar, Selangor.
“Stesen ini menggunakan air laut yang disedut melalui paip dan dibuang kembali ke laut kemudiannya bagi tujuan penyejukan jana kuasa. Air buangan ini mempunyai suhu sekitar 36 Celsius iaitu lebih panas daripada suhu air normal sekitar 31 Celsius.
“Pembiakan akan berlaku apabila kerang diaruhkan dengan peningkatan suhu mengejut sebanyak 5 Celsius. Kajian bersama ini yang dimulakan pada Jun 2016 untuk tempoh masa setahun mendapati wujudnya suatu lokasi di dasar laut berhampiran dengan Stesen Janakuasa KEV yang sesuai untuk eksperimen pembiakan aruhan kerang.
“Dalam kajian ini sejumlah hampir 10,000 kilogram (kg) kerang dewasa dengan purata saiz 33 mm dengan majoritinya bersedia untuk bertelur ditaburkan secara serakan di lokasi berkenaan pada Julai dan September 2016,” katanya. (HM)Peneroka Felda Rampas Ladang? Ini, Cadangan Tuan Ibrahim..
Peneroka Felda rampas ladang tidak tepat
KL: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan sistem pemberian tapak rumah kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
KL: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan sistem pemberian tapak rumah kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Menurutnya, cadangan itu bagi menampung kekurangan rumah Felda yang disediakan oleh kerajaan dan bagi anak-anak generasi Felda yang tidak mampu membeli rumah.
Sementara itu, beliau memperbetulkan apabila dikatakan terdapat 20,000 peneroka merampas ladang adalah tidak tepat.
Katanya, istilah peneroka merampas ladang adalah tidak tepat.
"Ia kerana perjanjian asal peneroka masuk ke Felda setelah tamat buat pembayaran semua hutang, mereka (peneroka) mempunyai hak untuk mengurus sendiri ladang dan apa yang berlaku sekarang ini mereka mengurus sendiri ladang tersebut.
"Persoalannya kenapa mereka mahu urus sendiri ladang dan tidak terus dengan Felda?" soalnya ketika membahaskan Kertas Putih bertajuk Ke Arah Kelestarian Felda di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, kerajaan sepatutnya menggalakkan peneroka yang mampu berdikari terus berdikari supaya bebanan tidak diletak kepada Felda.
Tambahnya, ramai peneroka yang mampu urus sendiri dan hasilnya jauh lebih besar sewaktu berurusan dengan Felda.
Menurutnya, antara sebab peneroka mahu urus sendiri kerana apabila mereka menyerah hasil kepada Felda pendapatan mereka hanya dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,800 berbanding mengurus sendiri boleh mendapat RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.
Dalam masa yang sama, ujarnya peneroka tidak diberi penyata hutang sehingga tidak mengetahui berapa kadar hutang mereka.
"Bila pohon penyata dengan pihak pengurusan Felda, mereka terkejut melihat kadar hutang mereka.
"Sangat tidak munasabah kalau hutang tanam semula Felda RM250,000.
“Bayangkan kalau waktu mereka tanam kali pertama hutang lebih kurang sekitar RM60,000 hingga RM80,000 sahaja," ujarnya.
Beliau berkata, itulah permasalahan yang berlaku dan terpaksa ditanggung oleh peneroka Felda hari ini. – HARAKAHDAILY 10/4/2019
Merbahaya! Pindaan Perlembagaan Percubaan. -YB Ahmad Fadhli Shaari.
SAYA mengambil bahagian untuk turut berucap membahaskan RUU meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang diberi 5 minit itu, saya tekankan kepada beberapa perkara agar Dewan menimbangkan semula usul mengembalikan status Sabah dan Sarawak kepada perjanjian pembentukan Malaysia 1963. Dalam erti kata lain, Sabah, Sarawak dan Neger-negeri Tanah Melayu dikira tiga entiti yang membentuk Malaysia.
Saya merujuk kepada satu kes klasik iaitu The Government of the State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya and Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1963 yang menyaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Thomson telah menyatakan bahawa 'Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan (federated) dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu' dan bukannya 'disatukan dengan Persekutuan Tanah Melayu'. Ia menunjukkan taraf yang sama di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Terima kasih Peguam, Wan Rohimi Wan Daud yang telah membekalkan maklumat ini lewat Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Hujah ini sekali gus menafikan Ahli-ahli Parlimen PH yang berulang kali menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak ialah 'equal partner' (rakan kongsi yang mempunyai hak sama) dengan Semenanjung sebagai satu entiti. Hakikatnya kedua-dua negeri ini mempunyai hak yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Adakah Majlis Raja-raja telah dirundingi memandangkan ada kemungkinan pindaan ini boleh menyebabkan berkurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Sabah dan Sarawak bermula 1976. Jika kembali kepada senario 1963, tidakkah secara tidak langsung menidakkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam di dua buah negeri tersebut? Di mana jika ia berlaku, Majlis Raja-raja hendaklah dirundingi.
Mampukah kerajaan berdepan dengan hubungan yang agak tegang dengan Majlis Raja-raja selepas isu penarikan balik Statut Rome dan terkini perletakan jawatan Menteri Besar Johor mencalarkan imej hubungan Kerajaan Malaysia dengan Majlis Raja-raja?
Pindaan yang ingin dibuat ini pada zahirnya memang tiada kaitan dengan perkara tersebut, namun apabila Perdana Menteri menyatakan dalam huraiannya bahawa pindaan ini hanyalah merupakan satu permulaan kepada pindaan-pindaan lain yang pada akhirnya akan membawa Sabah dan Sarawak 'sepenuhnya' kepada senario 1963, isu ini dibangkitkan kerana pada tahun 1963, SPB YDPA belum menjadi ketua agama Islam bagi kedua-dua negeri tersebut.
Hasrat saya ialah agar Perdana Menteri semasa penggulungannya menyatakan dengan tegas dan pasti bahawa "Kerajaan sama sekali tidak akan menyentuh keduduka SPB YDPA sebagai Ketua Agama di kedua-dua negeri tersebut sekarang dan pada bila-bila masa akan datang" agar ia tercatat di dalam minit dan hansard.
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak memberikan maklum balas terhadap isu tersebut.
Jika isunya adalah berkaitan dengan pembahagian kek ekonomi yang dilihat tidak seimbang, saya syorkan agar ia diselesaikan melalui amalan federalisme yang dihormati dan tidak perlu melalui pindaan perlembagaan. Berikan Sabah dan Sarawak hak yang mereka patut nikmati kerana keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 10/4/2019
Subscribe to:
Posts (Atom)