Friday, May 03, 2019

K'jaan Pusat Disaran Bina Pengkalan Hadapan Laut Cina Selatan -AP K/T'ganu.

Imej yang berkaitan

KUALA TERENGGANU,  2 Mei -  Ancaman keselamatan ke atas perairan Malaysia di Laut Cina Selatan yang semakin bertambah saban hari telah menjadikan sebuah Pengkalan Laut Hadapan suatu keperluan bagi tujuan memperkukuhkan kehadiran penguatkuasa (presence) dan mempercepatkan respon tindakan (rapid deployment). 
Hasil carian imej untuk ancaman Bina Pengkalan Hadapan Laut Cina Selatan
Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Haji Ahmad Amzad Hashim berkata,  hal ini ditambah lagi dengan pencerobohan besar-besaran oleh warga asing dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) negara seperti yang dibuktikan dengan tangkapan enam bot nelayan Vietnam termasuk 64 tekong dan awak-awak oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Kapal Maritim (KM) Pekan minggu lalu.

Menurut beliau untuk memastikan kos yang efisyen, Kerajaan Persekutuan sewajarnya bekerjasama dengan Petronas bagi membina Pengkalan Hadapan Laut secara perkongsian dan gunasama untuk agensi seperti APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

Katanya, model pembinaan Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di Timur Sabah oleh Petronas, boleh digunakan untuk pembinaan Pengkalan Laut Cina Selatan. 

"Mengikut Laporan, unjuran Aktiviti Petronas 2019-2021, Petronas akan menyahtaraan atau "decomissioning" beberapa pelantar minyak milik mereka. 

"Adalah lebih baik jika Petronas dapat mengenalpasti pelantar yang sesuai dan mengubahsuai menjadi Pengkalan Hadapan Laut untuk menjaga keselamatan Pantai Timur Malaysia, " katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata,  Kerajaan Persekutuan juga boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengeluar minyak yang lain untuk menambah baik aset kawalan keselamatan negara. 

"Cukuplah kejadian pencerobohan asing dalam perairan negara dan mengaut hasil mahsul negara ini berlaku secara berleluasa. 

"Langkah segera perlu dilakukan sekarang demi menjaga kedaulatan tanah tumpah negara kita ini, " tegas beliau. 

Sementara itu Haji Ahmad Amzad mengucapkan syabas dan syukur atas kejayaan KM Pekan yang sekali lagi telah berjaya menahan enam buah  bot vietnam di kedudukan 150 Batu Nautika Timur Laut Kuala Terengganu.

 Kali ini katanya, seramai 37 orang nelayan Vietnam ditahan sehari sebelum Hari Pekerja 1 Mei lalu. 

"Tahniah sekali lagi kepada APMM," katanya. 

Bagaimanapun ujarnya,  kejayaan ini tidak boleh menafikan keperluan Pengkalan Hadapan tersebut bahkan menguatkan lagi kepentingan mewujudkan 'platform' keselamatan berkenaan. 

"Tambahan lagi keselamatan pekerja pelantar minyak Malaysia   terancam ekoran kecenderungan nelayan asing, menangkap ikan berhampiran pelantar minyak. 

"Malah, ingatan kita masih segar dengan kejadian rampasan kapal tangki Orkim Harmony yang hilang dalam perairan negara pada tahun 2015 dan dijumpai di perairan Kemboja, 210 Batu Nautika daripada Pulau Redang," jelasnya. (teganukita.net)
Hasil carian imej untuk ancaman Bina Pengkalan Hadapan Laut Cina Selatan Haji Amzad (kanan) menyertai program Jom Shopping Raya bersama Anak- Anak Yatim Gong Tok Nasek  di sebuah pusat membeli belah di Gong Kapas Kuala Terengganu semalam. 

2 Roket Dilancarkan Dari Semenanjung Gaza Ke Israel

Akta 355: PH Jangan Buat ‘U-turn’,. PAS Pahang Sokong Fuziah Salleh..



KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak membuat ‘U-Turn’ di atas kesediaan seorang timbalan menteri meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, PAS Pahang menyokong kenyataan Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkaitan isu tersebut.
Katanya hanya melalui pindaan tersebut membolehkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini dapat diperkasakan.
"Jadi kita berharap kerajaan PH tidak membuat U-turn di atas kenyataan timbalan menteri terbabit,” katanya di sini.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini memberitahu kerajaan PH berhasrat meminda Akta 355 sebagai langkah memperkasakan Mahkamah Syariah secara komprehensif.
Pada 6 April 2017 anggota Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pindaan di Dewan Rakyat.
Rang undang-undang persendirian itu dibawa kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.
Bagaimanapun sehingga sekarang RUU tersebut tidak dibahas ahli dewan untuk mendapat kelulusan. - HARAKAHDAILY 2/5/2019

Tonton Avengers Dulu, Teknik Bijak Tangkap Penjenayah. Baik Untuk Renungan PH.



POLIS di timur China dipuji selepas menunggu dengan sabar selama tiga jam hingga tamat filem Avengers: Endgame sebelum menangkap seorang suspek kes tipu.
Lelaki hanya dikenali sebagai Liu itu disyaki menggunakan taktik Romeo untuk menipu ratusan ribu yuan daripada beberapa wanita dan pada Rabu minggu lalu dikesan berada di panggung wayang bersama seorang rakan perempuan di Hangzhou, wilayah Zhejiang, lapor Channel 6 dipetik South China Morning Post.
Polis bagaimanapun tidak terus menyerbu panggung itu, sebaliknya menunggu dengan sabar di luar hingga filem tamat untuk mengelak mengganggu 100 penonton lain.
Liu ditahan sebaik keluar dari panggung berkenaan jam 3 pagi.

Kesabaran polis Hangzhou itu mendapat pujian pengguna Weibo, malah ramai membandingkannya dengan kes lain di Shanghai pada hari sama, apabila seorang doktor dikasari dan digari hanya kerana bertengkar dengan suami pesakit yang enggan menunggu giliran.
Menurut media, seorang wanita bernama Wang dilaporkan meminjamkan Liu lebih 300,000 yuan (RM184,000) selepas dia meminta wang untuk memulakan perniagaan. Wang mengesyaki sesuatu apabila menyedari Liu mempunyai teman wanita lain, kata polis.
China negara pertama menayangkan filem berkenaan yang dibintangi Robert Downey Jr, Chris Hemsworth dan Brie Larson.
Filem itu memecah rekod box office dengan meraih lebih AS$1.2 bilion (RM5 bilion) di seluruh dunia, malah di China saja memperoleh lebih 104 juta yuan (RM64 juta).Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teknik bijak patut direnungkan oleh puak PH dalam menangani rakyat negara ini..

Thursday, May 02, 2019

Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran? -Apa Kata Presiden PAS.

Hasil carian imej untuk iran pimpinan ayatullah syiah
Selamatkan Isreal atau Bahaya Iran?
PERANG propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak, sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga, kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila-bila masa selepas dicetuskan peperangan secara proksi bagi merebut pengaruh, menguji senjata dan berniaga senjata masing-masing.

Penubuhan negara haram Israel oleh semua negara besar tersebut diketepikan bermula setelah bersama menjatuhkan Khilafah Uthmaniah yang memimpin negara Islam selepas Perang Dunia Pertama di awal abad yang lalu. Caranya sangat zalim, apabila merampas bumi Palestin dan menghalau penduduknya.

Negara yang ditubuhkan penjajah itu tidak mempunyai hak untuk memberi kepada kaum Yahudi yang tidak berhak memilikinya, sehingga mencetuskan ketegangan yang membara memakan masa panjang beberapa dekad, disambung beberapa generasi dan tidak mungkin dipadamkan.

Ada kalangan berpendapat bahawa penubuhan negara haram Israel itu bertujuan mengeluarkan bangsa Yahudi yang dikira menjadi ancaman khususnya ekonomi negara masing-masing, serta menangani campur tangan politik Yahudi sehingga mengacau urusan memilih pemimpin yang hanya dapat dipengaruhinya. Pada masa sama, semangat Yahudi Zionis yang bermimpikan empayar Yahudi yang berpusat di Palestin.

Terkini, kuasa besar Barat yang dipimpin oleh Amerika, adalah paling hadapan melindungi Israel dengan hujah menguar-uarkan bahaya pengaruh Syiah Iran yang dikatakan menular di Asia Barat, bukannya negara haram Israel yang diciptakan. Dikatakan Iran kini menjadi ancaman kepada negara jirannya, bahayanya selepas berlaku Revolusi Islam dan diubah namanya kepada Republik Islam Iran, dan melaksanakan konsep demokrasi pilihan raya yang bersyaratkan Islam mengikut mazhabnya yang dilakukan tajdid dan islah, serta mencapai kemajuan teknologi tinggi.

Mengapa Iran dianggap tidak bahaya di zaman Shah dahulu, walaupun berkonsepkan diktator monarki? Sehingga Iran ketika itu menjadi pangkalan Barat yang terpenting dalam era Perang Dingin, dibina segala kekuatannya yang menjadi benteng menghadapi ancaman Blok Timur, disamping itu juga menjadi pangkalan maksiat untuk memuaskan hawa nafsu dan bebas berfoya-foya seperti negara Barat, bagi memudahkan kalangan yang tidak berpeluang melancong ke negara Barat yang bebas segala-galanya.

Sebenarnya, negara berkuasa besar khususnya Barat menjadikan Asia Barat laksana jantung yang membekalkan darah dan nafasnya untuk menyambung talian hayat, kerana kekayaan sumber tenaga terpenting yang menghidupkan industri dan ekonomi yang menjana kekuatan politik dan ketenteraannya, sehingga diletakkan pangkalan-pangkalan tentera yang besar di kawasan itu, kerana tidak cukup kuat menjaga kepentingannya oleh negara haram Israel yang diadakan dengan segala kemudahan, termasuk kebebasan memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kepada negara lain.

Segala pencabulan Israel terhadap undang-undang antarabangsa mengancam negara jirannya sehingga boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya dan menafikan hak asasi manusia yang wajib diberikan kepada rakyat Palestin.

Semua tindakan ke atas Israel oleh majoriti masyarakat antarabangsa boleh dibatalkan dengan kuasa veto yang menjadi keistimewaan negara kuasa besar. Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia laksana sarang labah-labah yang memerangkap makhluk kecil dan lemah sahaja.

Mazhab Syiah dijadikan alasan. Negara Iran Syiah yang dahulunya berimamkan Shah Iran boleh diterima oleh Barat dan Negara Arab yang berada di bawah ketiaknya yang hangit itu sejak hampir satu abad, di kala itu hubungan negara Iran juga paling intim dengan negara haram Israel tersebut.

Tiba-tiba fatwanya berubah selepas rajanya bergelar Syahan Syah (Raja bagi segala raja-raja), gelaran yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W, berjaya digulingkan oleh rakyat yang dipimpin oleh para ulamanya dan menukar namanya kepada Republik Islam Iran, seterusnya membatalkan hubungannya dengan negara Israel dan mengisytiharkan Israel adalah negara haram yang wajib dihapuskan.

Disebabkan oleh mereka kini tidak boleh lagi berfoya-foya di Iran, tiba-tiba terus dianggap menjadi ancaman kepada negara serantau, walaupun Iran mengajak bersatu menentang Israel dan menghapuskannya.

Hujahnya kerana Iran itu Syiah walaupun di zaman Syah dahulu Syiah juga, sehingga diterima menjadi anggota OIC, rakyatnya mendapat kuota jamaah haji di antara paling besar jumlahnya, qarinya juga dijemput bermusabaqah al-Quran dan para ulama Syiah Iran dilantik juga menjadi anggota Majma’ Fiqh Antarabangsa di bawah OIC.

Muhasabah politik dengan sedar dan insaf perlu dilakukan dengan seadil-adilnya oleh semua pihak di kalangan umat Islam. Adakah para ulama dan mufti yang berada di bawah kerajaan masing-masing yang dikatakan sangat kuat pegangan sunninya tidak boleh membezakan betapa pengaruh politik Barat sedang membayangi kerajaan meraka, sehingga fatwa para ulama dan muftinya juga terheret oleh kenyataan politik pemimpin Barat yang diimamkan oleh kerajaan mereka?

Baca dan ingat!

Betapa Sultan Yusuf Salahudin al-Ayyubi pernah menempa sejarah berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis yang dijajah tentera salib hampir satu abad, setelah baginda berjaya mendekatkan diri secara ilmu dan damai dengan Kerajaan Abbasiyah Sunni yang lemah di Iraq dan Kerajaan Fatimiyyah yang memerintah Mesir yang fanatik Mazhab Syiah Ismailiyyah, di mana Syiahnya lebih melampau daripada Syiah Imamiyyah di Iran dan Universiti al-Azhar diadakan bagi menyebarkan mazhab Syiah. Namun Baginda Sultan Salahuddin al-Ayyubi meletakkan perbezaan mazhab adalah masalah dalaman umat Islam dan lebih utama menghadapi musuh yang menjajah Bait al-Maqdis itu. Akhirnya berjaya dibebaskan, Mesir dan al-Azhar berubah jadi Sunni.

Sila bandingkan di antara iktibar daripada Salahuddin al-Ayubi dan pendekatannya sehingga berjaya membebaskan al-Aqsa dengan nasihat Presiden Trump dan juak-juaknya yang menguar-uarkan bahawa Republik Islam Iran Syiah adalah ancaman kepada umat Islam Sunni, kerana fatwa Trump bahawa Iran Syiah itu mahu menjajah Sunni dan Israel pula adalah sahabat yang akrab, walaupun sudah diketahui kerjanya sedang merancang untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas serta merobohkan rumah dan menghalau rakyat asal Palestin bagi penempatan kaum Yahudi yang didatangkan daripada seluruh pelosok dunia.

Presiden Donald Trump memberanikan diri mengiktiraf Bait al-Maqdis adalah ibu negara haram Israel. Langkah yang ditentang oleh majoriti umat dunia melalui Sidang Khas PBB, sehingga banyak negara menjadi pak turut mengikut arus masyarakat antarabangsa, tetapi sebelah kakinya masih bersama Presiden yang mendukung Israel itu.

Perhatikan kacau bilau yang sedang menumpahkan darah di Asia Barat kini kerana pertembungan yang sudah berkecamuk dengan peperangan dan menggunakan senjata yang hendak diuji dan dibayar dengan duit Arab yang diletakkan harganya oleh Trump, bersyaratkan tanpa gangguan sedikit pun terhadap negara haram Israel dan pangkalan-pangkalan tentera negara Barat yang sebenarnya demi menjaga telaga minyak dan gas serta laluannya, dan menjamin keamanan negara haram Israel yang dijadikan hantu penunggu, bukannya menjaga Arab dan Mazhab Sunni. Negara Arab itu hanya dijadikan laksana lembu susu yang diperah susunya untuk tuannya yang lebih penting daripada anak lembu sendiri.

Mengapa semua pihak yang bersedia menentang Israel disenaraikan pengganas oleh Barat dan Israel? Daripada yang besar bernegara seperti Iran sehinggalah yang kecil tidak bernegara seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah, termasuk individu seperti Dr Yusuf al-Qardawi, Ismail Haniyyah, Hasan Nasrullah dan lain-lain, tanpa mengira Sunni dan Syiah, termasuk juga negara sekular yang menyokongnya seperti Syria, Lubnan, Qatar, Yaman, Sudan, Turki dan lain-lain, sehingga dibantu untuk menghuru-harakannya dengan media, wang dan senjata yang diuji.

Adakah sebenarnya Iran dan Syiah menjadi ancaman atau kerana selamatkan Israel dan menjaga kepentingan Barat dan sekutunya, maka Islam semuanya tanpa pedulikan mazhab adalah musuh utama?

Mereka tidak pedulikan negara Arab yang merampas kuasa silih berganti tanpa demokrasi yang kononnya sangat diperjuangkan dan menjadi kebanggaannya. Semuanya mereka sokong konsepnya walaupun tidak ada tempat bagi konsep demokrasi, asalkan tidak bermusuh dengan Israel. Walaupun Sunninya yang bermazhab Kamal Atarturk, Kasim Ahmad dan Ayah Pin dianggap anggota umat Islam yang tidak merbahaya.

Adapun Presiden Muhammad Mursi yang menang melalui demokrasi pilihan raya mereka tidak iktiraf, biar digulingkan kerana dasar Islam dan bermusuh dengan Israel tanpa mengira mazhab Sunninya.

Para ulama terdahulu telah menulis dalam kitab yang dikarangnya berkenaan perbezaan mazhab Sunni, Syiah, Khawarij dan sebagainya. Ada yang salah dan ada yang sesat, ada pendapat mazhabnya yang diterima ijtihadnya dan ada yang ditolak. Semuanya dianggap perkara dalaman umat yang boleh dikaji hujahnya, sehingga riwayat hadis dan ijtihad daripada ulama Sunni dan Syiah juga dimasukkan dalam kitab-kitab yang muktabar, tetapi semua kitab ini dilupakan kerana fatwa daripada ‘White House’ yang lebih muktabar kerana menjadi pergantungan tali hayat kursinya. Bukan ayat kursi yang menegakkan akidah dan menghalau Syaitan, tetapi ayat kursi ciptaan yang berpegang kepada ungkapan bahawa percayakan Syaitan yang dikenali adalah lebih baik daripada Malaikat yang tidak dapat dilihat kerana berada di alam ghaib.

Terkini, Syaitan besar sedang menukar buah catur melalui ISIS dan kumpulannya yang kalah, kepada kaum Kurdis yang dinyalakan api perkaumannya dengan dibekalkan senjata yang perlu bagi menyambung kekacauan yang menyelamatkan Israel bagi melagakan kaum Arab, Turki, Parsi dan Kurdis yang termasuk dalam lakaran peta barunya tanpa mengira Sunni dan Syiah yang mesti menjadi korbannya, namun negara haram Israel tetap diamankan. Seterusnya Asia Barat terus menjadi papan catur dan rakyatnya menjadi ayam sabung yang dilagakan.

Kenyataan Mantan Setiausaha Luar Amerika, John Kerry dalam forum di Munich bahawa beberapa pemimpin Arab dan Israel mendesak Amerika tidak menyerang Iran kerana menggunakan taktik buah catur yang diperalatkan lebih merehatkan Amerika dan Israel. Kita menunggu dan melihat, apakah langkah Trump yang lebih berani mendukung Israel?

Ingatlah amaran Rasulullah S.A.W bahawa Islam di Masjid al-Aqsa tidak boleh dihapuskan oleh mereka yang mengecewakannya:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: " بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

مسند أحمد ط الرسالة (36/ 657).

“Tetap masih ada kalangan umatku kumpulan yang bangkit menyerlah menyatakan Islam dengan gagah perkasa terhadap musuh mereka, tidak boleh memudaratkannya oleh penentang mereka, cuma mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah datangnya kemenangan daripada Allah, mereka masih dalam keadaan begitu (tidak berganjak). Lalu mereka (para Sahabat) bertanyakan: Dimanakah mereka itu? Sabdanya: Mereka berada di Bait al-Maqdis dan di sekitar Bait al-Maqdis”

(Musnad Ahmad)

Ketika musuh Islam bersatu menentang kebangkitan Islam secara umum tanpa mengira mazhab betul atau salah dan ideologinya yang sesat atau tidak, tiba-tiba umat Islam dicetuskan dengan permusuhan dan diatur supaya sedia berperang, hanya sebab adanya titik perbezaan bangsa, mazhab, kepentingan harta dan takhta, termasuk perbezaan masyarakat majmuk berbagai agama yang tidak boleh dipaksakan, namun bersatu di atas kemanusiaan menentang penjajah yang zalim. Fikir dan berfikirlah.

“Sejahtera Bersama Islam”



ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Jamadil Akhir 1439 / 3 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 3/3/2018


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa disebut 'negara halal' Iran? Kerana Iran pimpinan ulama dibangunkan oleh sebuah revolusi rakyat 1979, menolak rejim beneka Amerika barua penjajah haram jadah itu.

'Sandev Sandev'' Rupanya, Ugut Pukul Mufti Perlis.



MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat laporan polis selepas menerima ugutan berbaur ancaman yang membahayakan dirinya di Facebook (FB) semalam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri sendiri pada jam 6.30 petang di sebuah balai polis di daerah Padang Besar.
Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri demi keselamatan diri dan keluarganya daripada sebarang perkara yang di luar jangkaan.

“Kita terima laporan itu dan menurut keterangan, beliau menerima satu mesej daripada sebuah akaun di FB bernama ‘Sandev Sandev’ milik seorang lelaki pada jam 6 petang yang mengancam untuk memukulnya.
“Pada mesej itu, lelaki berkenaan meminta Mohd Asri memberikan alamat rumahnya bagi membolehkan suspek datang dan memukul Mohd Asri sehingga parah.
“Suspek juga memberikan nombor telefon bimbitnya bagi membolehkan Mohd Asri menghubunginya secara terus di samping bertujuan memudahkan suspek memukulnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noor Mushar berkata, pihaknya sudah mendapatkan keterangan Mohd Asri dan menyimpan bukti yang jelas menunjukkan terdapat ancaman berkenaan di FB.
“Malah kita juga sudah mengesan suspek lelaki yang berusia 36 tahun dan kini menetap di sebuah alamat di Pintasan Pengkalan 4 Wels Quay, Pulau Pinang.
“Jadi kita akan menahan suspek dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung ancaman pukul yang dilakukan olehnya terhadap Mohd Asri,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (HMetro)



Polis Sri Lanka Dedah Identiti 9 Penyerang. Semuanya Islam?

Polis Sri Lanka dedah identiti sembilan penyerang
Kumpulan terbabit menempatkan seorang pengebom bunuh diri di setiap lokasi serangan kecuali Hotel Shangri-La di mana ia adalah dua pengeboman bunuh diri. - Gambar fail


COLOMBO: Polis Sri Lanka pada Rabu menamakan sembilan individu yang mendalangi siri serangan bunuh diri yang meragut 253 nyawa pada 14 April lalu.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera menegaskan pihak berkuasa akan menggunakan kuasa undang-undang antikeganasan untuk merampas aset mereka.

Beliau mengesahkan dua hotel mewah dibom dua adik-beradik daripada keluarga kaya yang menjalankan perniagaan rempah di negara itu.


Menurutnya, kumpulan terbabit menempatkan seorang pengebom bunuh diri di setiap lokasi serangan kecuali Hotel Shangri-La di mana ia adalah dua pengeboman bunuh diri.

Salah seorang pengebom bunuh diri adalah Zaharan Hashim yang merupakan ketua kumpulan militan tempatan, National Thowheeth Jama'ath (NTJ).

"Dia melakukan serangan itu bersama Ilham Ahmed Mohamed Ibrahim manakala abangnya, Inshaf Ahmed adalah individu bertanggungjawab yang mengebom Hotel Cinnamon Grand," jelasnya.

Sementara itu, hotel ketiga, Hotel Kingsbury dibom oleh lelaki dikenal pasti sebagai Mohamed Azzam Mubarak Mohamed.

"Isterinya kini ditahan polis. Gereja St Anthony pula diserang Ahmed Muaz manakala penyerang Gereja St Sebastian adalah Mohamed Hashtun. Gerejak Christian Zion di Batticola pula diserang Mohamed Nasser Mohamed Asad," tambahnya lagi.

Seorang lagi lelaki, Abdul Latif Jameel Mohammed bagaimanapun gagal meletupkan bom di Hotel De Luxe dan alat letupan itu hanya meletup di sebuah rumah tamu berhampiran ibu negara.

Tidak lama selepas serangan tersebut, Fathima Ilham yang merupakan isteri kepada salah seorang adik-beradik itu didakwa meletupkan dirinya dan turut meragut lima nyawa termasuk tiga anggota polis yang menyerbu kediaman keluarga terbabit di Colombo. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails