Friday, September 27, 2019

Serangan Ganas, Berniat Jahat Bunuh Adib


TANGAN Koroner Rofiah Mohamad, menyentuh cermin hadapan jentera Bomba yang pecah didalam inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ketika melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat, Subang Jaya. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


SHAH ALAM: Mahkamah Koroner hari ini, memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, berpunca perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu yang tak dikenali.
Koroner Rofiah Mohamad berkata, keterangan saksi ke-29 yang juga Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa Muhammad Adib dihentak dan diseret keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) boleh diterima dan mempunyai asas selain formula yang digunakan dalam eksperimen berkenaan pengiraan daya yang menyebabkan kecederaan trauma tumpul di dada mangsa disokong saksi ke-30, pakar Fizik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.
Beliau berkata, teori dikemukakan saksi ke-24, Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van EMRS dan dilanggar hingga terhumban ke kiri jalan adalah ditolak selain formula digunakan dalam kecederaan dada Muhammad Adib, adalah menolak hukum fizik.
 ROFIAH Mohamad, bersama Timbalan Pendakwa Raya, peguam dan tiga saksi pihak berkepentingan bagi inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bagi melihat jentera yang terlibat. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Katanya, sekiranya Muhammad Adib turun sendiri, mungkin mangsa akan jatuh ke belakang dan keadaan itu akan menyebabkan kecederaan lebih teruk, iaitu mungkin digilis ketika Fire Rescue Tender (FRT) mengundur dan meninggal dunia di situ.
“Teori saksi ke-29 yang mengatakan Muhammad Adib dihentak ke jenang pintu dan diseret adalah lebih munasabah serta konsisten dengan fakta penemuan dua topi keledar dalam van EMRS yang hanya boleh memasuki ruang van apabila cermin dipecahkan.
“Eksperimen yang dilakukan (Dr Shahrom) jelas menunjukkan cermin van dihentak berkali-kali dan ini konsisten dengan keterangan saksi ketiga (Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman) bahawa dengar ketukan kuat dan bertalu-talu serta merasa goncangan.
“Ini menunjukkan ada individu yang bertindak ganas dan berniat jahat kepada Muhammad Adib,” hujahnya.
Rofiah berkata, keputusan yang dibuat bahawa kematian Muhammad Adib bukan berpunca daripada diri sendiri selepas meneliti beberapa keterangan saksi yang dipanggil ke mahkamah.
Katanya, saksi ke-10, Mohd Hafizan Nordin, yang mengejarkan Muhammad Adib untuk rawatan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dalam keterangannya, berkata ketika terperangkap dalam kesesakan berhampiran kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada awal pagi, 27 November 2018, dia ditegur seorang wanita India yang melarangnya untuk pergi ke arah kuil terbabit kerana ada orang dipukul.
“Bila seseorang mempunyai niat baik dan tidak mahu benda tidak elok berlaku, ia terbit dari pengalaman.
“Jadi, boleh rumuskan larangan itu dilihat mempunyai pengetahuan bahawa ada yang dipukul ketika itu,” katanya.
Beliau juga berkata, keputusan yang dibuat juga turut dipengaruhi dengan mengambil kira saksi lain di tempat kejadian.
Rofiah berkata, beliau menyimpulkan Muhammad Adib dipukul kerana beberapa saksi melihat aksi gerakan memukul seperti terajang dan pijak oleh 20 hingga 30 lelaki.
Katanya, Muhammad Adib menjadi subjek kepada perlakuan itu, selain saksi bernama S Suresh (saksi kelapan) memberitahu mahkamah yang dia terdengar perkataan yang disebut dalam bahasa Tamil ‘jangan pukul. Bomba pun nak pukul ke?’.
Beliau berkata, keterangan Suresh bahawa ketika dia melindungi Muhammad Adib yang tidak sedarkan diri dalam keadaan bersandar di bahagian belakang kereta, dia turut menjadi sasaran apabila terkena sepakan yang mahu ditujukan kepada anggota bomba itu.
Katanya, penelitiannya mendapati dalam rusuhan itu, Muhammad Adib dipukul oleh dua hingga 30 orang yang tidak dikenal pasti siapa. (BH)
Lihat Sebelum Ini..

Bongkar Cerdik(?)nya PH, Jual Aset Negara RM2.5 Juta Tiap Jam..

Hasil carian imej untuk Abdul Muein Abadi UKM
PH jual RM36 bilion aset negara dalam 500 hari
KL: Kerajaan PH telah menjual terlampau banyak aset negara iaitu RM35.789 bilion dalam hanya 500 hari pemerintahannya bersamaan purata RM60 juta sehari atau RM2.5 juta setiap jam.
Butiran terperinci mengenai perkara itu menjadi pendedahan kali kedua oleh Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi dalam hantaran di Facebook beliau, semalam.
"Ada pihak cuba bandingkan dengan rekod Datuk Seri Najib Razak dahulu melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 bilion dalam tempoh 9 tahun. Sedangkan PH baru berkuasa 500 hari, tetapi sudah menjual RM35.789 bilion aset negara.
"Terlampau banyak dijual dalam masa yang singkat. Paling membimbangkan tentulah hakikat bahawa penjualan aset-aset negara di bawah PH ini tidak diganti dengan pembelian aset-aset strategik terkemuka.
"(Ini) Jauh berbeza dengan era BN di bawah Datuk Seri Najib Razak dahulu yang terbukti menyalurkan pula hasil pelupusan aset bagi menjana pelbagai pelaburan strategik yang lain," ujarnya membedah perkara membimbangkan itu.
Dalam rangkuman semua penjualan dibuktikan Abdul Muein, paling banyak aset negara dijual tersebut adalah kepada Jepun iaitu RM9.605 bilion diikuti China (RM9.11 bilion), serta Singapura (RM7.156 bilion).
Kerisauan turut diketengahkan beliau adalah, disebalik saiz aset negara kian mengecil tanpa pelaburan strategik baru, namun hutang Malaysia telah meningkat naik sebanyak RM124 bilion iaitu kepada RM810 bilion sekarang.
Pensyarah muda yang sedang menyiapkan Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) di Belanda itu turut mengemukakan 'rasional' penjualan aset negara secara besar-besaran kepada tiga negara asing tersebut.
"Objektif PH dilihat cuba untuk merundingkan kembali kos projek ECRL dan mendapatkan Jho Low (dengan China), cuba untuk mendapatkan Bon Samurai (dengan Jepun), dan mendapatkan kembali dana 1MDB.
"Maka, apabila dihubungkan objektif PH ini, penjualan mega ini boleh dilihat sebagai 'ganjaran' demi mencapai objektif-objektif tersebut," ujarnya yang turut memetik amaran bekas tokoh korporat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Khalid, tindakan kerajaan menjual aset negara merugikan Malaysia dalam dua perkara iaitu kalah dua perkara dimana harta itu sudah tiada lagi dan hutang pula memaksa dicari duit lain untuk ditambah lagi.
Demikian itu nasihat Abdul Muein, Kerajaan PH wajib menghentikan serta-merta dasar menjual aset-aset negara kepada kuasa asing secara besar-besaran yang turut diperingat dengan tiga pepatah Melayu.
'Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti'
'Ingat anta belum kena, hemat antara belum habis'
'Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya'. - HARAKAHDAILY 27/9/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Tahniah Abdul Muein Abadi, Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendedahkan dalam hantaran di Facebook beliau, semalam. Bongkar terus!

Lingkup negara, kalau dibiarkan puak-puak PH perintah negara berlanjutan! Sebelum negara ranap, ranapkan PH dulu dalam PRU akan datang! Mulakan dengan PRK Tanjung Piai..

Hibur Hibur Sikit..

Iwan Fals - Bongkar (1989)


Jom Bersama Bangunkan Ekonomi Muslim, Besok!




KL: Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menganjurkan Konvensyen Usahawan Haraki 2.0 yang akan diadakan di Duyong Marina and Resort, di sini pada esok, 28 September.
Majlis akan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja.
Konvensyen Usahawan Haraki 2.0 yang mensasarkan usahawan ahli PAS daripada seluruh Malaysia adalah kesinambungan Konvensyen Usahawan Haraki kali pertama di Hotel Everly Putrajaya pada tahun 2016.
Pada sesi ini akan dijalin, diperkasa serta dipertemukan usahawan-usahawan baru dan yang telah berjaya, selain bengkel dan pembentangan juga akan turut menjadi pengisian sepanjang Konvensyen.
Program ini akan menampilkan usahawan peruncitan berjaya daripada negeri Terengganu iaitu Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd yang telah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini.
Turut akan hadir menyempurnakan Majlis Penutup, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman bin Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa.
Pengerusi Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyeru para usahawan Muslim kecil dan besar di kalangan ahli PAS untuk hadir beramai-ramai.
Pendaftaran terbuka kepada semua usahawan ahli PAS dengan bayaran komitmen sebanyak RM 55 dan boleh daftar terus menerusi urusetia program 010-3854435 atau daftar secara onlinehttps://www.billplz.com/haraki20. - HARAKAHDAILY 27/9/2019

Selepas Demonstrasi Di Beberapa Bandar Indonesia, Presiden Jokowi Pun Bersuara...

jokowi
SELEPAS gelombang demonstrasi berlaku di berbagai bandar Indonesia, Presiden Joko Widodo membuka mulut bersuara berhubung dengan Undang-Undang KPK yang baru saja diluluskan.

Presiden sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan Peraturan Pemerintah sebagai pengganti Undang-Undang KPK (Perppu). Pertimbangan ini disampaikan oleh Jokowi di Istana Negara pada hari Khamis (26/09) setelah bertemu dengan sejumlah tokoh negara.


"Undang-undang KPK telah diluluskan oleh DPR, banyak input diberikan kepada kami, terutama masukannya adalah dalam bentuk penerbitan Perppu. Tentunya kita akan segera menghitung perhitungan," kata Presiden Jokowi.

Walau bagaimanapun, bekas Datuk Bandar Solo itu tidak mengesahkan bila mahu menggunakan pilihan Perppu untuk membatalkan Undang-undang KPK. "Sebaik mungkin, dalam masa yang sesingkat mungkin," katanya.

Di tempat yang berasingan, seorang pelajar di Universiti Halu Oleo (UHO), Kendari, Sulawesi Tenggara terbunuh semasa demonstrasi di Parlimen Daerah Sulawesi Tenggara pada hari Khamis (9/26).
Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Antara, pelajar bernama Randi dibawa ke Hospital Tentera Dr. Ismoyo pada jam 16:18 Wita, dan menjalani rawatan selama kira-kira lima minit.

Kepala Hubungan Masyarakat Regional Sulawesi Selatan, AKBP Harry Golden Hart, mengatakan ada luka di dada korban.
"Terdapat parut di dada kanan, kami tidak mengesahkan kecederaan kerana apa," kata Harry ketika ditemuramah oleh Kompas TV.

Selain Randi, tiga pelajar lain yang identitinya belum dikenal pasti juga didapati cedera teruk, menurut Antara.
mahasiswa
Di Sumatera Selatan, para pelajar yang menjadi anggota Perikatan Pertahanan Sumatra Selatan menyelamatkan diri ketika terlibat dalam bentrokan dengan pasukan keamanan ketika melakukan tindakan di luar gedung DPRD Sumatra Selatan, Palembang, Selasa (9/24/2019). Tindakan untuk menolak petikan Rang Undang-undang Kanun Jenayah dan menolak Undang-Undang KPK berakhir dengan kekacauan.

Presiden Jokowi, yang berjanji untuk bertemu dengan pelajar pada hari Jumaat (9/27), berkata beliau akan mengingatkan Ketua Polis Negara Tito Karnavian untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

"Ia akan memanggil terus kepada Ketua Polis Negara dalam menangani demokrasi dengan cara yang tidak menindas, dan boleh diukur, tetapi jika anarkis seperti malam tadi, ia perlu tegas," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Mahfud MD, yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu berkata, presiden mempunyai hak penuh untuk mengeluarkan Perppu untuk membatalkan Undang-undang KPK.

Beberapa pilihan telah dibincangkan seperti semakan perundangan dan semakan kehakiman di Mahkamah Perlembagaan.
"Kemudian terdapat satu lagi pilihan, yang cukup kuat untuk disuarakan, yang lebih baik untuk mengeluarkan Perppu supaya ditangguhkan terlebih dahulu, sehingga ada suasana yang baik untuk membincangkan bahan itu," kata Mahfud MD.

Beliau juga berkata, Perppu dikeluarkan kerana subjektiviti presiden.
"Ini adalah hak subjektif presiden, mengikut undang-undang negeri, ia tidak boleh diukur dengan apa yang dikatakan presiden. Ini adalah keadaan masyarakat, saya mesti mengambil tindakan, dan itu biasa, tidak ada persoalan tentang rakyat," katanya.
(IH Jakarta)

Hibur Hibur Sikit..



Ibnu Hasyim: Imbas gambar  kenangan lama..
Satu-satunya mesjid di bandar utama Dili, Masjid Annur. Malangnya, dunia Islam hampir lupa pada 1% umat Islam yang berada di Timor Leste. Bahkan dunia seumpama tidak pernah peduli bahawa Perdana Menteri T imor Leste pada 1999 adalah seorang Muslim – Dr. Mari Altakiri. Dikatakan juga 'suatu sejarah menarik tetapi hilang dalam lipatan masa'.

Ibnu Hasyim, beberapa hari lepas semasa berada di pusat kota Dili.. di kaki lima jalan.. Di belakangnya seorng wanita bertudung..

Lokasi Timor Leste





Bab 2

PH dan Tun M: Retak menanti belah -Ust.Zakaria Ismail

Hasil carian imej untuk PH, Tun M retak
Hasil carian imej untuk retak menunggu belah
Oleh Ust.Zakaria Ismail
PENDAHULUAN
Ketika hubungan PAS dan Umno mula menunjukkan tanda-tanda positif di bawah Piagam Penyatuan Ummah, hubungan Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) pula menunjukkan sebaliknya. Ia ibarat retak menanti belah.
Saban hari Tun Mahathir, Pengerusi Bersatu semakin diasak agar berundur daripada jawatan Perdana Menteri secara terhormat. Terbaru tarikh yang ‘dicadangkan’ ialah sekitar Mei 2020. Iaitu kira-kira lapan bulan lagi daripada sekarang.
Ketika hampir keseluruhan barisan Kabinet PH dilihat gagal menunjukkan ‘prestasi hebat’ mereka setelah setahun mengambil alih Putrajaya, Tun Mahathir pula adalah hanya satu-satunya tokoh PH yang masih dilihat hebat, tahu dan mampu menguruskan negara.
Ironinya, yang diminta berundur lapan bulan lagi ialah beliau. Bukan anggota Kabinetnya.
Kenapa Tun Mahathir perlu berundur daripada jawatan PM?
Jawapan mengikut skripnya ialah untuk memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim untuk merealisasikan cita-cita sebagai PM ke-8.
Ia adalah satu ‘penamatan yang paling tepat’ kepada sebuah perjuangan hebat yang telah pun selesai. Ia juga bakal menjadi suatu penutup ‘happy ending’ kepada DS Anwar seperti sebuah kisah ‘fairy tales’ yang dibacakan kepada kanak-kanak sebelum tidur.
Ringkas ceritanya, DS Anwar menentang kronisme dan nepotisme yang berlaku pada zaman Tun Mahathir. Beliau dipenjarakan dan dimalukan oleh Tun Mahathir dengan tuduhan liwat dan rasuah. Rakyat bangkit menentang kezaliman itu. Akhirnya Tun Mahathir berundur daripada jawatan PM. Namun pengganti-pengganti beliau tetap tidak mesra DS Anwar dan meneruskan dasar-dasar Tun Mahathir. Sekalipun mereka tidaklah se’kejam’ Tun Mahathir dalam berurusan dengan DS Anwar.
Tiba-tiba, berlaku twist  dalam kisah ini.
Tun Mahathir tiba-tiba beralih arah. Beliau menyokong DS Anwar berdepan penggantinya DS Najib. Bahkan Tun Mahathir diangkat dan diberi kepercayaan oleh DS Anwar untuk menjadi Jeneral yang menguruskan kumpulan pembangkang di medan pilihan raya. DS Anwar kekal sebagai pemimpin bayangan daripada sebalik tabir penjara.
Tun Mahathir berjaya dalam melaksanakan misi DS Anwar. Jentera DS Anwar yang bekerja dengan Tun Mahathir merasa sangat kagum pula dengan kepimpinan Tun Mahathir. Tun Mahathir benar-benar telah memberikan suntikan ajaib kepada gerakan rakyat menjatuhkan Kerajaan BN di Putrajaya. Tun Mahathir dijulang menjadi ‘ikon’ baru dihujung sebuah perjuangan yang panjang itu.
Ia adalah sebuah cerita yang hebat. Yang menjadikannya lebih hebat, ia bukan sekadar cerita. Ia cerita yang benar-benar berlaku.
Yang belum selesai sekarang ini ialah penutupnya.
Penutup di dalam skrip
Skrip yang sepatutnya ialah Tun Mahathir menjadi PM buat sementara waktu dahulu. Tun Mahathir fokus untuk membaiki kerosakan-kerosakan teruk yang dibuat oleh DS Najib kepada negara. Sehinggalah DS Anwar dibebaskan dan dibersihkan daripada pertuduhan-pertuduhan yang diciptakan ke atasnya.
Setelah itu, Tun Mahathir akan serahkan jawatan PM kepada DS Anwar. Itulah kemuncak tanda keikhlasan Tun Mahathir kepada perjuangan PH. DS Anwar akan menjadi PM ke-8. Rakyat pula akan hidup gembira selama-lamanya.
Kenapa Tun Mahathir masih bertahan dan tidak mengikut skrip terakhir?
Jawapan mudahnya, kerana pada pandangan beliau penutup skrip tersebut tidak mengambil kira hakikat sebenar yang sedang berlaku sekarang. Ia bukanlah tentang Anwar dan Mahathir semata-mata.
Secara lebih detailnya, mungkin ini antara pertimbangan-pertimbangan Tun Mahathir.
1. Beliau melihat barisan Kabinetnya yang dipilih daripada pimpinan-pimpinan utama komponen PH gagal memenuhi jangkaan awal beliau. Mereka tidaklah ‘hebat’ seperti yang ditonjolkan kepada pengikut-pengikut mereka.
Hakikat sebenarnya, mereka tiada idea membina negara. Mereka masih bermentaliti pembangkang. Mereka tidak menjadikan kepentingan negara sebagai fokus utama mereka. Masing-masing hanya fokus kepada kepentingan parti dan kelompok sempit masing-masing. Tidak ada dasar baru yang konkrit mampu dibuat oleh mereka. Mereka hanya menjenamakan semula program-program kerajaan lama.
2. Beliau melihat DAP dan sebahagian besar kepimpinan bukan Islam dalam PKR terlalu drastik menunjukkan sifat anti  Islam dananti Melayu. Walaupun Tun Mahathir sendiri mempunyai kritikan tersendiri terhadap naratif Islam dan Melayu, namun naratif golongan ini adalah bersifat terlalu ‘ ultra’. Tuntutan dan desakan mereka melampau. Tulisan Jawi sebanyak 3 muka surat itu menjadi polemik besar dalam negara. Jika tidak terkawal, perpaduan negara akan terjejas teruk dan sukar untuk dipulihkan.
Masalahnya ialah DAP adalah parti yang paling dominan dalam PH. Kehendak mereka terpaksa diberi keutamaan dan pertimbangan oleh Tun Mahathir. Termasuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Menteri Kewangan yang diragui status sijilnya, tidak tahu membaca titik perpuluhan, tidak mesra komuniti pelabur dan Menteri Kewangan yang sering membuat dakwaan tanpa usul periksa.
Tun Mahathir sudah meminta penjelasan Khazanah tentang cadangan menjual pegangannya dalam MAHB. Tun Mahathir sudah mula makin banyak bertanya. DAP semakin kurang selesa.
3. Beliau mahu membaiki kerosakan yang dibuat oleh BN yang melanggar prinsip demokrasi dan keadilan terhadap parti lawannya dalam pilihan raya. Itulah juga yang diperjuangkan oleh PH sebelum berkuasa. Namun setelah berkuasa Tun Mahathir menerima tentangan hebat daripada pimpinan PH sendiri untuk berlaku adil kepada negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka seperti BN juga, menggunakan kuasa untuk kekal berkuasa. Bukan menggunakan kuasa untuk berlaku adil.
4. Beliau melihat masa depan partinya sendiri Bersatu. Jika beliau sudah tidak menjadi PM, dengan jumlah kerusi yang sedikit pula dan barisan kepimpinan lain yang kurang berpengaruh, Bersatu akan berkubur dalam lipatan sejarah. Setakat ini, PKR dan DAP masih menghormati Bersatu kerana Tun Mahathir. Tanpa Tun Mahathir, Bersatu hanyalah sekadar sebuah komponen kecil di dalam PH.
Umno memang tidak mahu sertai Bersatu yang terpaksa tunduk kepada DAP. Strategi Tun Mahathir menarik pimpinan Umno menyertai Bersatu hanya mendapat sambutan dingin.
Kenapa segera mahukan DS Anwar?
PKR dan DAP memang mahukan DS Anwar segera mengambil alih seberapa segera. Ini kerana Tun Mahathir telah mula dilihat sebagai mengganggu agenda-agenda penguasaan politik dan ekonomi mereka. DS Anwar pula akan terhutang budi sekali lagi dengan mereka dan akan memberikan jalan mudah supaya tuntutan mereka ditunaikan tanpa banyak soal.
Oleh itu, Tun Mahathir perlu bertahan.
PAN pula paling diharap oleh Tun Mahathir untuk berhadapan PAS. Tetapi PAS dilihat lebih banyak menyokong pendirian Tun Mahathir. PAN pula sering serba salah untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada Tun Mahathirkah atau kepada DS Anwarkah. Mereka hanya tidak serba salah dalam menunjukkan kesetiaan kepada DAP.
Dilema Tun Mahathir pada ketika ini ialah bagaimana mengelakkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang gagal. Beliau tidak rela melihat Malaysia dipandang rendah oleh orang asing, apa lagi dikuasai oleh kuasa asing. Masalahnya adakah beliau mampu bertahan sebagai PM sekurang-kurangnya untuk 3 tahun lagi.
Adakah Tun Mahathir di dalam bahaya?
Rakyat dilihat selesa dengan Tun Mahathir sebagai PM. Tapi ini belum tentu cukup untuk Tun Mahathir.
PKR dan DAP sebelum ini dalam Pakatan Rakyat pernah berganding bahu bagi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada jawatan MB Selangor bermula dengan ‘Langkah Kajang’. Banyak langkah-langkah susulan seterusnya diambil dan dijayakan untuk merealisasikan matlamat tersebut.  Namun Tan Sri Khalid tetap tidak berjaya dijatuhkan.
Ini kerana rakyat melihat rekod dan prestasi perkhidmatan Tan Sri Khalid kepada rakyat Selangor adalah amat baik dan memberangsangkan.
Namun langkah akhir bagi menjatuhkan Tan Sri Khalid ialah langkahdesperado yang diambil oleh PKR sendiri dengan memecat Tan Sri Khalid sebagai ahli parti, berdasarkan pertuduhan kesalahan tatatertib yang dijalankan secara ekspress, sadis dan tragis. Begitulah dahsyatnya dunia politik PKR.
Tun Mahathir perlu bersedia dengan serangan seperti itu.
Penutup
Rakyat menyambut kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke-14 dengan sejuta harapan. Harapan mereka, Malaysia Baru tanpa kronisme, nepotisme, rasuah dan salah guna kuasa. Malaysia Baru dengan barisan Kabinet yang sangat berintegriti, berjiwa besar dan sangat prihatin masyarakat.
Malangnya bukan itu yang mereka dapat.
Bahkan negara sentiasa dalam keadaan bergolak. Lantaran PH juga sedang bergolak. PKR sedang bergaduh teruk sesama sendiri. Bersatu sedang diasak rapat. DAP semakin menunjukkan belang. PAN pula baru belajar cara bermesyuarat agung.
Adakah Tun Mahathir mampu terus bertahan di dalam PH? Mampukan DAP dan PKR terus bersabar dengan karenah Tun Mahathir? Adakah Tun Mahathir akan digugurkan secara paksa? Apakah pula strategi Tun Mahathir seterusnya?
Selamat datang ke fasa terbaru pergolakan di dalam PH. -HARAKAHDAILY 26/9/2019

Lihat Sebelum Ini..

13 Perkara Mengenai Orang Arab (13). Rempit Dengan Kereta.

saudi-arabia-6
saudi-arabia-4
Hasil carian imej untuk remaja Saudi, rempit

1. Bila bawa kereta tengah malam, mereka suka buka lampu dalam kereta. Tujuannya untuk mengelakkan rakan tertidur semasa berbual. Sakit hati juga, berbual sorang-sorang.
2. Berada di kedudukan paling belakang ketika lampu isyarat merah, tapi dia paling kuat tekan hon bila lampu isyarat baharu bertukar hijau.
3. Budak-budak awal remaja tak merempit dengan motor. Mereka merempit dengan kereta. Kadang-kadang boleh tengok Lexus, GMC, Honda dan Camry berlumba di atas jalanraya.
saudia-arabia-7
Hasil carian imej untuk wanita saudi
Hasil carian imej untuk 13 Perkara Mengenai Orang Arab
saudi-arabia-3

4. Gila bola. Dari budak-budak membawa kepada bapak budak. Baju paling laku adalah jersi bolasepak. Padang bola sepak boleh dilihat di mana-mana. Namun, jangan sangkakan ia berwarna hijau. Padang mereka di atas padang pasir berbatu atau di atas jalanraya.
5. Aib menyebut nama ahli keluarga perempuan ketika berbual sesama rakan lelaki. Mereka hanya akan menggunakan ‘ibu kepada’ atau ‘adik/kakak kepada’. Contoh : Ummu Marwan (ibu Marwan), Ukhti Muhammad (kakak/adik Muhammad).
Hasil carian imej untuk orang arab saudi wanita
saudi-arabia-5
Imej yang berkaitan

6. Berjalan sambil pegang tangan sesama lelaki adalah normal dan tidak dicop gay. Ia tanda keakraban antara sahabat lelaki. Geli-geleman, itu kau yang rasa. Diorang tak rasa apa-apa.

7. Jubah adalah pakaian rasmi. Kalau pergi bank tengok ada pegawai pakai suit, pasti itu bukan asal saudi atau mungkin baru balik belajar luar negara. Kesemua pejabat kerajaan, pakaian rasmi adalah jubah putih dan serban merah/putih.

8. Memakai kain pelekat di luar rumah adalah perkara mengaibkan. Ia hanya akan dipakai di dalam rumah sahaja. Kain pelikat seolah-olah pakaian tidur. Namun, terdapat bangsa seperti Yaman atau Melayu yang tinggal di Arab Saudi selamba juga pakai. Lama-kelamaan, ia menjadi biasa.

9. Memberi dengan tangan kanan. Makan dan minum dengan tangan kanan. Ia mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kadang-kadang, jika di restoran, anda akan ditegur secara terus jika menggunakan tangan kiri untuk minum air.

10. Pemurah hati. Arab sangat pemurah dalam bab memberi serta bersedekah. Kita dapat melihat contoh itu ketika bulan Ramadhan. Ada yang memberi makan, ada yang memberi duit kepada para jemaah umrah dan haji. Tak kurang, mereka juga handal dalam meraikan tetamu. Jika dijemput ke rumah untuk makan, bersiap sedialah longgarkan tali pinggang. Tak muat perut beb. Makanan bersilih ganti dan penuh satu meja.

11. Sendawa adalah sesuatu yang mengaibkan bagi mereka. Anda perlu menahan sendawa. Jika terlepas, anda akan dipandang serong.

12. Kereta jarang dicuci. Semakin kotor kereta, semakin bertambah bangga. Ini menunjukkan mereka seorang pengembara yang berjalan jauh menempuh debu padang pasir.


12. Kereta jarang dicuci. Semakin kotor kereta, semakin bertambah bangga. Ini menunjukkan mereka seorang pengembara yang berjalan jauh menempuh debu padang pasir.
13. Hilux adalah merupakan model kenderaan kegemaran bagi orang Arab kerana ia boleh multitasking. Ketika musim biasa, ia angkut kambing dan makanan unta. Jika musim haji, ia digunakan untuk bawa orang dan dikenakan caj yang menjadi sumber pendapatan buat mereka. (IH)


Lihat Sebelum Ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails