Thursday, December 26, 2019

Perkahwinan Anak Azmin, Terlalu Mewah, Wang Dari Mana? -SR

F1
SARAWAK REPORT PERSOALKAN PERKAHWINAN ANAK AZMIN YANG TERLALU MEWAH, TANYA WANG DARI MANA?


Apabila seseorang tu dah memutuskan untuk terjun ke dalam dunia politik, dia hilang beberapa benda. Salah satu benda yang perlu dia lepaskan adalah – hal privasi (kebersendirian). Kalau kita orang awam; orang tak nak tahu pun berapa yang ada dalam akaun bank kita (sebab memang sikit pun, HAHA), anak kita kahwin dengan siapa etc. Sebab ia tak beri kesan pun pada orang lain.
Berbeza dengan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau dah jadi menteri. Orang akan sentiasa memerhatikan geng-geng ni. Sebab apa yang diorang lakukan boleh beri kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat. Baru-baru ni ada seorang menteri rasa ‘kehangatan’ jadi seorang menteri…

Dahulu kita anti benar dengan perkahwinan mewah keluar ahli politik, sekarang dah boleh eh?

Tun Mahathir sering mempersoalkan acara perkahwinan yang mewah. Dahulu ia sering dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Pada tahun 2015, Tun Mahathir pernah tanya – daripada mana duit untuk perkahwinan mewah tu datang?
Satu masalah yang kita hadapi hari ni; ahli politik tak nyatakan dan jelaskan aset secara terperinci dalam pengumuman harta diorang. Keadaan ni buatkan ramai ragu dengan kredibiliti ahli politik yang buat apa-apa acara mewah untuk ahli keluarga diorang.
Satu majlis perkahwinan anak seorang menteri secara tiga hari berturut-turut kat hotel lima bintang Mandarin Oriental, telah mula tersebar dalam bentuk gambar dan video kat media sosial. Ahli politik kena ingat, media sosial ni memang tempat untuk rakyat persoalkan tindakan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau melibatkan wang.
Ia adalah perkahwinan ahli keluarga Azmin Ali yang kedua dalam masa kurang dari setahun dan menyebabkan orang mula bercakap tentangnya. Dia jugak tak sebut hartanya secara spesifik dalam deklarasi harta dan ramai yang tahu dia datang daripada keluarga yang sederhana.

Bukan setakat kos perkahwinan mewah, perbelanjaan melancong pun cecah RM300K…

Azmin juga tengah hadap kes mahkamah yang libatkan RM300,000 bil perjalanan peribadi dan keluarga yang tak dibayar. Kes saman ni pun sebenarnya beri gambaran – betapa besarnya kos keluarganya ketika melancong di luar negara. Kena ingat, dalam perisytiharan harta Azmin; dia berpendapatan RM69,186.48 sebulan. Dia kena gabungkan lebih kurang 5 bulan gajinya untuk bayar hutang tu.
S1



Kes saman Azmin. Via Mahkamah

Boleh jadi jugak perkahwinan anak Azmin ni dapat tajaan atau dibayar oleh dermawan, tapi apabila seseorang tu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan awam dan tender berbilion ringgit, tajaan seperti ni harus diteliti. Sekurang-kurangnya, sumber wang untuk perbelanjaan majlis kahwin yang mewah ni patut diisytiharkan. 
Walaupun Azmin setuju untuk bayar beberapa bil yang dia berhutang, Azmin Ali dah umumkan kepada media yang dia berhasrat untuk ‘saman balas’ YHA Travel atas sebab maklumat tentang kegagalannya untuk bayar invois telah dibocorkan ke Sarawak Report. Padahal bahan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tu boleh dimuat turun dari portal web Mahkamah Tinggi KL.
Dakwaan keterlibatan Sarawak Report dalam menyebabkan video dan gambar perkahwinan anaknya tersebar kurang tepat, dia menteri kot – sudah tentu benda-benda macam ni rakyat akan ambik kisah dan cari maklumat.
Oleh sebab berlakunya ‘kebocoran maklumat’ yang dikaitkan dengan peredaran video perkahwinan tu, Azmin dah nyatakan keengganannya untuk bayar adalah disebabkan kemarahan atas penglibatan seorang ahli agensi pelancongan dalam peredaran video tu.
Tuduhan ni nampaknya palsu, sebab ada orang yang dah mengaku bertanggungjawab dalam menyebarkan video tu. Orang tu sebarkan video atas kapasiti peribadi. Tuntutan-tuntutan dalam ‘saman balas’ ni tunjukkan sebab sebenar di sebalik keengganan Azmin membayar YHA Travel.
Yang menariknya, dari video yang kini beredar di media sosial, para tetamu yang menyaksikan masa tu ramai orang penting. Orang-orang ni termasuklah anggota keluarga Tun Mahathir, beberapa menteri, ahli UMNO yang terlibat dengan perjumapaan Azmin baru-baru ni dan Ketua Polis Malaysia, orang yang sedang melakukan siasatan ke atas kesahihan ‘pita seks Sandakan’.

Malaysia Baharu tak boleh setakat slogan, tapi ia perlu direalisasikan melalui perbuatan

Kalau tengok perkahwinan yang mewah ni, ia takde beza pun dengan perkahwinan-perkahwinan mewah yang wujud dalam kerajaan sebelum ni. Penting untuk orang-orang dalam Pakatan Harapan sedar; ungkapan Malaysia Baharu bukan hanya pada bibir je, tapi juga perbuatan. Lebih membimbangkan apabila ramai VIP hadir dalam majlis kahwin ni.
Secara logik – mesti susah nak dakwa orang kalau kita ada hubungan baik dengan dia. Benda ni akan jadi cakap-cakap orang, dan menguris imej dan kredibiliti kerajaan.
Artikel ni diterjemahkan dan disunting daripada artikel yang bertajuk BN Style ‘Wealth Weddings’ Ought Surely To Be Going Out Of Fashion? Terbitan Sarawak Report.


Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Wednesday, December 25, 2019

Pesta Chingay, KIWANIS Atau Komunis Di Butterworth?

Tular: Perarakan bendera Komunis di Butterworth? Ini reaksi polis
Polis memaklumkan, video berdurasi 1:15 minit itu dirakam di Jalan Raja Uda, Butterworth. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Tular: Perarakan bendera Komunis di Butterworth? Ini reaksi polis.

BUTTERWORTH: Polis menafikan rakaman tular di laman sosial yang didakwa perarakan membawa bendera Parti Komunis Malaya (PKM), sebaliknya ia adalah perarakan sempena Pesta Chingay yang diadakan di Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan, video berdurasi 1:15 minit itu dirakam di Jalan Raja Uda, Butterworth sebenarnya bukanlah perarakan membawa bendera Komunis seperti yang didakwa.

"Tiada sebarang perarakan yang membawa bendera Komunis berlaku seperti yang ditularkan. Perarakan tersebut adalah sempena Perarakan Pesta Chingay Pulau Pinang ke-11 yang telah berlangsung pada Ahad lepas," katanya.



Menurut Noorzainy, perarakan tersebut telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Perarakan tersebut adalah anjuran Exco Pembangunan, Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Pulau Pinang.

Perarakan tersebut telah bermula jam 6.00 petang dari Dataran Pemuda Butterworth dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

"Bendera yang dibawa oleh salah satu kontinjen perarakan adalah bendera yang tertera tulisan KIWANIS iaitu sebuah pertubuhan sukarelawan di Malaysia," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Menurut Noorzainy, semasa perarakan tersebut lebih kurang 50 orang anggota telah bertugas mengawal keadaan dan lalu lintas.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan rakaman yang tidak sahih kebenarannya semata-mata untuk menarik minat netizen yang lain.

Dalam pada itu, polis sedang berusaha untuk mengesan pelaku yang merakam dan menularkan video tersebut  bagi membantu siasatan. (AA)

Krismas: Sejarah, Budaya Dan Hukum Berkaitan

Hasil carian imej untuk Krismas: Sejarah, budaya dan hukum
SEJARAH sambutan Krismas

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. Penganut Kristian dari seluruh dunia menyambutnya sebagai satu perayaan tradisi sejak 2000 tahun yang lalu. Di tahun-tahun awal ‘Christianity’, sambutan utama hanyalah Hari Easter, dan tiada sambutan untuk kelahiran Jesus. 

Walaupun, beberapa hujah menunjukkan kelahiran Jesus adalah di waktu musim bunga, Pope Julius I telah memilih 25 Disember sebagai perayaan kelahiran Jesus. Ini dikatakan sebagai langkah untuk menerima budaya sambutan ‘Saturnalia’ orang Pagan yang terdahulu. Pertengahan musim sejuk juga merupakan tempoh perayaan yang biasa di kalangan orang Eropah, sebagai meraikan tamatnya hari-hari malam yang panjang dan Sang meraikan kehadiran hari siang yang lebih panjang. 

Sambutan Krismas di Malaysia

Di Malaysia, 25 Disember telah dijadikan hari cuti umum sebagai menghormati perayaan ini. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah sekitar 9.2 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Ini menjadikan penganut Kristian sebagai penganut agama ketiga terbesar di Malaysia.  

Antara aktiviti tradisi dalam menyambut sambutan Krismas ialah bertukar-tukar hadiah, menghias pokok Krismas, menghadiri aktiviti di gereja, makan beramai-ramai dan menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib. 

Wajarlah sambutan ini dihormati sebagai meraikan rakan-rakan kita daripada penganut Kristian, sesuai dengan konsep toleransi yang diamalkan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Umat Islam dan sambutan Krismas 

Persoalan yang sering berlegar di kalangan umat Islam di Malaysia setiap kali perayaan agama lain disambut ialah apakah hukum mengucapkan ucapan selamat sempena perayaan ini. 

Menurut pandangan Mutfi Wilayah Persekutuan.
“Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.”
Ini selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 tahun 2007 yang berbunyi:
“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”
Beberapa garis panduan daripada Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pedoman kita: 
  • Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.
  • Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.
  • Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain. 
  • Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah S.A.W sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan:

“Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38:

Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak.” Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini: [http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2653-al-kafi-838-hukum-menghadiahkan-arak-kepada-non-muslim].

Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat. 
  • Dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar R.A berkata:

“Janganlah kalian menemui orang-orang Musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan (9/234) dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1609))

Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram. (Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432) 
Kami menyarankan umat Islam menghormati dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan jadikanlah hari cuti perayaan ini sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan di kalangan kita. Hormatilah perbezaan budaya yang ada di kalangan kita dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia. 
SUMBERLPN DPPM

Hasil carian imej untuk krismas

Kayuhan 600 KM, Warga Emas 74, K/Bharu-Songkla Bermula Hari Ini..



PENGAYUH basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, sekali lagi, memulakan kayuhan solonya sejauh 600 kilometer (km) dari Kota Bharu ke Songkhla, Thailand bermula hari ini.
Wan Hashim atau lebih mesra dikenali Pak Wan, 74, berkata, kayuhan solo itu adalah kali kesembilan dalam tempoh lima tahun bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 dan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.
Pak Wan berkata, bagi tujuan promosi, dia membawa kain rentang dan akan berhenti di beberapa destinasi untuk membuat rakaman video bersama penduduk dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Saya akan merakam video promosi TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pelancong negara jiran datang ke negara ini termasuk Kelantan. Saya akan lakukan (rakaman video) sekerap yang mungkin supaya mesej sampai kepada pelancong.
“Kayuhan solo ini dilakukan selama lapan hari bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang ke Songkhla dan kembali ke Rantau Panjang pada 1 Januari 2020,” katanya.
Terdahulu Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin merasmikan Pelepasan Misi Kayuhan Solo Jelajah Selatan Thailand di pekarangan Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud.
Ibu Pak Wan, Hasmah Che Ahmad, 90, dan isteri, Faridah Daud, 68, turut hadir memberi kata-kata semangat kepada Pak Wan sebelum pelepasan dilakukan.
Dia berkata, bagi memastikan misi berkenaan berjaya, setiap hari, sejak sebulan lalu, dia melakukan kayuhan sekurang-kurangnya sejauh 40 km dari Kota Bharu ke Pasir Mas atau seminggu sekali ke Rantau Panjang dan Sungai Golok, Thailand.
“Kayuhan ini dilakukan bagi memastikan stamina saya kuat dan persediaan fizikal serta mental kerana perlu berdepan pelbagai cabaran terutama keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Walaupun cuaca dijangka hujan dan ribut, tetapi saya akan tetap meneruskan misi kayuhan bagi memastikan ia tamat mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Hafiz berkata, program itu adalah kerjasama antara Pejabat Tourism Malaysia Kelantan bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).
“Program ini bertujuan mempromosikan TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pengunjung masuk ke negara ini serta Kelantan sekali gus meningkatkan bilangan pelancong,” katanya. (MyMetro)

    1. Kayuhan 600 km Pak Wan promosi pelancongan

      • 2 hours ago
      • 220 views
      Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood sekali lagi memulakan kayuhan solonya sejauh 600 kilometer (km) ...
      • NEW
    2. KAYUHAN SOLO PAK WAN KALI KE-7

      • 1 year ago
      • 254 views
      Music - Rocky Balboa Theme Song Different Perception, Diversified 


      News.
    3. ✅ Mahu berbasikal ke Makkah

      • 3 months ago
      • 515 views
      Please Visit: https://www.facebook.com/Scathc/ Please Subscribe:





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails