Friday, January 10, 2020

Pesawah Rugi RM4.5Juta, Lewat Agih Benih.. -AP Setiu



Isu benih padi: Kerajaan perlu bertanggungjawab
SAYA cukup terkilan dengan isu pesawah yang kerugian RM4.5 juta disebabkan oleh kelewatan pengagihan benih padi sedangkan mereka amat bergantung kepada subsidi benih padi yang diberikan oleh Kerajaan. Isu ini telah saya suarakan di Dewan Rakyat dan hari ini ia benar-benar berlaku. 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Padi seharusnya memastikan benih padi yang disalurkan benar-benar sampai kepada pesawah tepat pada masanya.
Kelewatan pengagihan benih padi memberi impak yang besar bukan sahaja kepada mereka malah kepada hasil pengeluaran beras negara.  
Para pesawah bukan sahaja menghadapi masalah kekurangan bekalan, malah bekalan yang diterima kurang berkualiti turut membawa implikasi negatif kepada hasil beras tempatan.
Saya khuatir perkara ini memberi kesan kepada sasaran Kerajaan bagi meningkatkan tahap sara diri beras atau SSL negara. 
Berdasarkan jawapan lisan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang Dewan Negara baru-baru ini, tahap sara diri beras masih pada paras 70 peratus dan ia agak mustahil untuk mencapai sasaran Kerajaan iaitu 75 peratus bagi tahun 2020 jika isu pengagihan serta penambahbaikan kualiti benih padi tidak diselesaikan.
Pengeluaran padi sepatutnya mencapai 70 peratus hasil beras tempatan dan hanya 30 peratus sahaja adalah beras import namun kualiti beras tempatan yang semakin berkurang mendorong kepada permintaan beras import yang lebih tinggi.
Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seharusnya bertanggungjawab terhadap isu kelewatan pengagihan benih dengan segera memberi pampasan kepada pesawah bagi menampung kerugian yang dialami.
Maka, kerajaan sepatutnya lebih prihatin terhadap isu para pesawah dengan segera membendung masalah agihan benih padi dan segera mencari inisiatif baru bagi meningkatkan kualiti benih padi agar kebergantungan beras import dapat dikurangkan sekaligus dapat membantu para pesawah meningkatkan hasil pendapatannya. 
“Islam Memimpin Perpaduan"
YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu 
– HARAKAHDAILY 9/1/2020

PAS Sabah Mula Berkampung Di Kimanis.. Jom!


PAS Sabah telah mula berkampung di Kimanis bagi memastikan kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

PAS Sabah telah membuat kerahan untuk ahli membantu dalam kempen kali ini yang akan berakhir pada 18 Januari 2020.

PAS Sabah juga telah membuka beberapa bilik gerakan khusus untuk bilik operasi dan memudahkan urusan bantuan dari luar Kimanis.

Di samping jentera PAS dari seluruh Sabah, pimpinan PAS Pusat dan jentera dari negeri-negeri lain juga akan turun membantu.

Setakat ini jentera dari negeri Terengganu, Johor, Perak, Kelantan telah berada dan membantu kempen.

Antara pimpinan utama yang juga akan turut membantu ialah Timbalan Presiden PAS, Setiausaha Agung PAS dan beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN PAS dari pelbagai negeri.

Pada pilihan raya ini, PAS akan memberi tumpuan khusus kepada ahli PAS yang mengundi di Kimanis dan usaha ziarah rumah ke rumah yang biasanya disebut sebagai ‘bedudun’ dalam kalangan masyarakat sekitar Kimanis.

ABDUL HISHAM OTHMAN
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
9 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 9/1/2020

PH Mencorot, Menuju ‘Tsunami kebencian’ Rakyat


PH makin hanyut, hilang kepercayaan rakyat

DALAM kita menghadapi kekalutan dan ketidaktentuan politik dan ekonomi negara di tangan PH, angka-angka terus menunjukkan yang prestasi mereka semakin mencorot.

Mengikut kajian terkini badan bebas Merdeka Centre dalam laporan mereka: “Malaysia Political Developments and Trajectories Update – January 2020” Kerajaan PH sesungguhnya bermasalah dan bakal terus menanggung masalah.

Tempoh berbulan madu buat PH sebenarnya tamat awal 2019 lalu. Sejak itu rakyat dikesan mula mempertikaikan kemampuan sebenar kerajaan baru ini.

Janji-janji populis apabila gagal dan tidak ditepati telah mencetuskan kemarahan dan ketidakpuasanhati rakyat. Kesannya PH semakin dibenci.

Blok pembangkang pula dilihat bijak meraih sokongan dan simpati rakyat sehingga menjadi kukuh dan diikuti ramai.

Dua dapatan menarik dari kajian Merdeka Centre ini adalah pertama berkenaan arah tuju negara di bawah PH dan kedua kemampuan mereka menguruskan ekonomi negara.

Sejurus menang besar dalam PRU ke 14 pada bulan Mei 2018, 64 peratus rakyat yakin bahawa PH sedang memandu negara menuju arah tuju yang betul. Itu kepercayaan rakyat setelah memberi mandat yang besar pada PH ketika itu.

Sekarang bagaimana?

Merdeka Centre mendapati pada November 2019 iaitu 18 bulan kemudian rakyat sudah tidak lagi percaya pada PH setelah melihat sendiri pemerintahan mereka. Buktinya hanya 23 peratus percaya yang PH mampu memandu negara menuju arah tuju yang betul iaitu penurunan sebanyak 41 peratus!

Bermakna dalam tempoh 18 bulan sahaja ‘Tsunami kemenangan’ PH boleh berubah menjadi ‘Tsunami kebencian’ rakyat terhadap PH.

Keduanya berkenaan kemampuan Kerajaan PH menguruskan ekonomi negara. Apabila menang besar pada Mei 2018 dahulu rakyat cukup percaya PH diterajui Tun Dr Mahathir dan anggota Kabinet barunya punya kemampuan menguruskan ekonomi negara dan baik dan memberikan kesejahteraan pada rakyat.

Pada ketika itu 65 peratus rakyat berpuas hati dan yakin PH akan mampu merobah nasib mereka. Malangnya 18 bulan kemudian iaitu November 2019, kepuasan hati itu susut dan hilang.

Dari 65 peratus pada 2018 cuma tinggal 30 peratus sahaja pada hujung 2019  yang berpuas hati dengan PH iaitu penurunan drastik 35 peratus.

Dari 65 peratus yang berpuas hati ukuran terbaru menunjukkan ianya telah berubah ke 65 peratus tidak berpuas hati dengan cara PH menguruskan ekonomi negara.

Sejauh mana ketepatan kajian ini terpulanglah pada rakyat tetapi yang jelas melangkah masuk ke 2020 ini dengan rekod kekalahan 4 PRK berturut-turut di Semenanjung, ternyata PH semakin jauh  dari hati rakyat, rakyat terus rasa tertipu dan jika trend kebencian ini berkekalan datang PRU ke 15 kerajaan baru akan dinobatkan rakyat menggantikan PH yang tempang dan pincang ini.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/1/2020

Mazhab Dan Pakatan Sunni-Israel


Sektarian mazhab dan perpecahan ummat
KEPALA Trump
(1)     Dunia hari ini dilanda dengan krisis yang cukup besar apabila Jeneral Qassim Sulaiman dibunuh. Iran turut memberi respons terhadap pembunuhan jeneral mereka ini.

Iaitu menawarkan 80 juta Dolar bagi sesiapa yang boleh membawa pulang kepala Trump. Secara tidak langsung, cara Iran ini membuka peluang kepada musuh-musuh Trump.

(2)     Sesiapa sahaja boleh bertindak untuk membunuh Trump kerana pastinya Iran yang akan dapat nama, seolah-olah Iran ‘sudi’ bertanggungjawab terhadap kematian Trump.

Seolah-olah kita sendiri boleh memikirkan apa kesan sekiranya berlakunya pembunuhan Presiden Amerika ini. Samada dilihat sebagai satu kewajaran, atau mencari pasal.

(2)     Secara petanya Iran dikelilingi oleh negara-negara yang berada di bawah pengaruh Amerika. Namun masih ada negara-negara yang cenderung kepada Iran seperti Rusia dan Syria.

(3)     Walaupun ada penganalisis yang mengatakan bahawa tidak ada kemungkinan berlakunya Perang Dunia Ketiga, namun apabila dilihat peralihan angin politik ini, seakan-akan ia boleh berlaku.

Jangan pandang kekuatan Iran sebelah mata. Mereka sudah mempunyai pangkalan di Yaman, hasil kebodohan Arab Saudi dalam konflik Houti.

Jeneral Qassim Sulaimani yang dibunuh merupakan individu penting di dalam memberi kemenangan kepada Iran dalam banyak peristiwa peperangan.

Pakatan Sunni-Israel 2006
(1)     Perlu ingat bahawa dalam sejarah, pada 2006 bermulanya agenda pakatan Sunni-Israel. Iaitu berpakat dengan mana-mana negara Sunni untuk mengekang Iran yang digambarkan sebagai Syiah.

Barat cuba memasarkan ketakutan dan fobia terhadap Syiah sehingga menyebabkan ada negara-negara Sunni yang sanggup berpakat dengan Barat bagi mengekang Iran.

(2)     Sebagai contoh, sepertimana yang saya nyatakan tadi mengenai pertembungan di Yaman. Hakikatnya dimulakan oleh Arab Saudi dan UAE yang merupakan sekutu Amerika.

Asal tujuannya adalah mengekang pengaruh Iran di situ. Namun di akhir konflik ini, memberi saham pengaruh kepada Iran lebih kuat dan menggugat Arab Saudi sendiri.

Sebab itulah dalam isu ini kita perlu membebaskan diri daripada kongkongan propaganda Amerika yang seringkali membakar sektarian mazhab.

(3)     Kalau hari ini ada yang mengatakan kekejaman Syiah, jangan lupa orang-orang Sunni juga pernah membunuh orang-orang Syiah. Bukan untuk menimbulkan sektarian mazhab, tetapi sebagai muhasabah.

Kalau kita katakan pada hari ini orang-orang Syiah sangat kejam, maka apakah dalil yang digunapakai oleh orang-orang Sunni untuk membunuh Syiah sebelum ini?

Perlu tahu, ada Sunni yang baik, ada Sunni yang jahat. Begitu juga ada Syiah yang baik dan ada Syiah yang jahat. Mudah ceritanya, isunya bukan mazhab, tetapi dari sudut baik ataupun jahat.

Arab perlu sedar
(1)     Masyarakat Arab perlu sedar bahawa mereka sedang dicatur oleh Barat untuk di huru-hara kan. Kalau dahulu antara faktornya adalah minyak, tetapi hari ini lebih kepada perluasan Empayar Israel.

Lakaran-lakaran peta yang dilukiskan oleh beberapa pemikir Barat seperti Ralph Peters 2006 dan Robin Wright pada 2013 perlu diteliti.

(2)     2006 di era pasca 11 September 2001 iaitu era Islamofobia. Manakala 2013 pasca Arab Spring yang menggambarkan huru-hara negara-negara Arab.

Namun masyarakat Arab masih lagi tidak serik dengan permainan Barat. Sering kali tertipu walaupun sudah berkali-kali, dan masih lagi mahu bercakaran antara satu sama lain.

(3)     Seolah-olah menjadi gambaran yang sangat wajar kenapa Nabi Muhammad S.A.W diutuskan dari kalangan orang Arab yang memiliki sejarah percakaran yang panjang.

a-     Hari ini masyarakat Arab bukan sekadar bercakaran sesama sendiri atas sentimen mazhab, akan tetapi Sunni di kalangan mereka boleh pula berpakat dengan Israel.

b-     Ada juga negara-negara Arab yang sudah ternormal dengan Israel, sehingga menyebabkan Israel Raya rancangan mereka semakin diterima oleh Arab sendiri.

Tak pasti pula dalil mana yang mereka sandarkan sekiranya mereka itu benar-benar Sunni. Sebaliknya tanpa mengira mazhab Sunni ataupun Syiah masing-masing perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Sektarian Khalafi vs Salafi
(1)      Pada 2016 diadakan persidangan OIC dan keputusannya hampir keseluruhan negara-negara Sunni bersetuju untuk memerangi Syiah.

Pada tahun yang sama juga diadakan muktamar International Ahlus-Sunnah di Chechnya memutuskan bahawa Salafi Wahabi terkeluar daripada Ahlus-Sunnah.

Pada era itu juga sedang gempar gerakan ISIS yang turut disandarkan kepada Salafi Jihadi atau Wahhabi. seolah-olah seperti bakaran sektarian mazhab itu disuburkan.

(2)     Barat telah menyandarkan ISIS ataupun teroris kepada idealogi yang dibawa oleh Syed Qutb sepertimana yang telah dicatatkan oleh RAND Corporation.

Antaranya di dalam kajian RAND Corporation yang bertajuk Unfolding the Future of the Long War yang disediakan oleh 5 orang panel setebal 230 halaman pada 2008.

Sarat di dalamnya menyebut nama Syed Qutb dan Imam Hassan Al Banna untuk di’kambing hitam’kan bagi menggambarkan punca kepada Salafi Jihadi yang menjadi membawa keganasan.

(3)     Secara mudahnya di peringkat realiti tokoh-tokoh mereka yang bertopengkan agamawan menjaja hadis-hadis Mazhab Syafi’i di negara India Pakistan yang didominasi dengan Mazhab Hanafi

Manakala negara-negara di Asia tenggara seperti Indonesia dan Malaysia yang mengamalkan Mazhab Syafie, cuba dijaja dengan Hadis-hadis Mazhab Hanafi.

Perselisihan idealogi
(1)     Selain daripada perselisihan mazhab, umat Islam juga dipecahkan mengikut idealogi dan fahaman. Ada yang terikut dengan Sekularisme dan ada yang terikut dengan modernism (moderate).

a-     Golongan yang terikut dengan Sekularisme ada yang menganggap bahawa agama Islam itu tidak sepatutnya dicampurkan dengan politik kerana politik itu kotor manakala agama itu bersih.

Walaupun statement ini kelihatan bagus, akan tetapi ia bercanggah dengan konsep Islam sebagai sebuah sistem hidup. Maka janganlah pula terpengaruh dengan Sekular.

b-     Umat Islam ada juga yang terikut dengan Moderate kerana menganggap bahawa agama yang selama ini dibawa oleh orang-orang Islam dilihat dibawa secara jumud dan ketinggalan.

Maka sepatutnya yang perlu diperbetulkan adalah ‘orang’ bukannya Islam itu. Islam kekal sama sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah sekarang.

Manakala penganutnya bertukar-tukar berselisih zaman. Maka Islam itu sepatutnya  diukur pada Islamnya bukan pada penganutnya.

(4)     Jika kita lihat dalam kajian RAND Corporation kita akan mendapati bahawa umat Islam itu turut dipertembungkan oleh Barat dengan perselisihan idealogi ini.

Apabila umat Islam mencedok idealogi luar maka mereka akan berselisih. Justeru penyelesaiannya ialah perlu kembali ketulenan fikrah Islamiah yang menyatukan.

Oleh:
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD 
 FADZIL 
– HARAKAHDAILY 9/1/2020

Pesawah Di Bawah PH, Terhimpit, Bendang ‘Dijarah Bangsa Asing’



TERIK matahari yang memanaskan keluasan tanah sawah dan memancarkan cahaya ke alam ini tidak sebagaimana hakikat kehidupan dilalui para petani sawah. 

Malah, kedatangan tahun baharu 2020 langsung tidak membawa erti buat mereka, sebaliknya dipenuhi pula keluh kesan atas nasib menimpa. Sepanjang November dan Disember lalu, mereka sepatutnya sudah menabur benih ke petak-petak sawah bagi memulakan penanaman musim baharu. 

Malangnya, rutin kerja para pesawah terencat oleh masalah benih padi yang sepatutnya disediakan Jabatan Pertanian sebanyak 70,000 tan setahun, selain 6,000 tan lagi bagi kemungkinan bencana alam.



Namun, benih musim ini dikatakan hanya tersedia sebanyak 50,000 tan sahaja dan lebih mengejutkan kuota tersebut telah habis diagihkan. Sedangkan majoriti pesawah terutama di Utara Semenanjung mengadu tidak menerimanya. Apabila perkara tersebut disuarakan, mereka dimaklumkan benih padi berkenaan telah dihantar ke Langkawi.
Hal ini menimbulkan pertikaian kerana padi dihasilkan di Langkawi sepatutnya varieti lain, lalu terbongkar pelbagai dakwaan antaranya benih padi telah diterima oleh pihak tidak sepatutnya. Ia telah mula menjadi polemik yang dialami oleh kebanyakan pesawah terutama di Utara, namun pihak Menteri Pertanian terutamanya seperti tidak mengendahkannya.
Mewakili suara tersebut, pesawah dari Kampung Alor Madi, Kuala Kedah, Md Zamri Din, 54, menceritakan situasi yang sedang berlaku. Katanya, pesawah patut mula menabur pada Oktober lalu, tetapi benih tidak sampai, sedangkan air sudah mula mengairi petak-petak sawah sebagaimana dijadualkan. Hal tersebut menurutnya, bererti benih subsidi tidak sampai kepada para petani.
Akibatnya dan demi melangsungkan penghasilan padi untuk mengeluarkan beras sebagai ruji makanan rakyat negara ini, para pesawah terpaksa membeli sendiri. Jika selama ini benih padi subsidi hanya berharga RM30 bagi 20 kilogram, tetapi pesawah terpaksa membeli dengan harga sehingga RM48. Bahkan, ada varieti mencecah kepada RM80 tanpa subsidi.
“Pemberian benih subsidi selama ini melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kerana PPK tahu jumlah petani dan keperluannya. Tetapi sekarang wujud ‘broker’ yang mungkin mengatasi peranan di Kementerian.
“Jadi benih padi ini ‘dibawa lari’, dijual untuk keuntungan wang. Sedangkan petani amat memerlukan. Benih yang mai (datang) pun ada masalah kualiti. Jadi musim ini kos kami meningkat, bendang nak kena buat juga,” keluhnya.
Perincinya, pesawah menghadapi kos sehingga RM1,200 antaranya RM80 upah, RM100 benih, RM500 sewaan bendang, RM200 racun rumput ulat, RM120 mesin menuai, RM30 kos lori; semua bagi satu tan penghasilan. Tetapi perolehan wang, hanya RM1,600; satu jumlah pendapatan yang sangat menyesakkan kehidupan pesawah.
Itu tidak termasuk diuji dengan penyakit yang menyerang padi, menyebabkan para pesawah dan keluarga mereka terus berada dalam putaran kemiskinan, selain berhutang di sana sini.
“Jadi kami ini para petani sawah mintalah dari kerajaan, tolong bagi subsidi (benih padi) ini melalui PPK yang cukup ikut kuota seperti sebelum ini. Mai zaman PH ini yang jadi lagu (seperti) ini, dulu (masa BN) tak jadi.
“Subsidi mesti melalui PPK. Surat ‘order’ pun kena ikut PPK,” ujarnya menegaskan bahawa melalui cara ini sahaja menjadi penyelesaian terhadap masalah dihadapi para petani sawah.
Bidasnya, memang menjadi satu kehairanan apabila benih subsidi padi itu ‘hilang’, tetapi terdapat pula jualan di kedai tertentu di mana mengecewakan banyak petani adalah dimiliki oleh bukan Bumiputera. Tempelaknya, kejadian tersebut sudah tentu kerana wujudnya ‘tangan-tangan ghaib’ dan Kementerian Pertanian mesti menyiasat, menjelaskan dan mengambil tanggungjawab.
Tegas beliau, kepentingan petani dalam mengeluarkan keperluan negara sewajarnya dipermudahkan, selain bertujuan mencapai sasaran diperlukan negara. Beliau menyifatkan tanah sawah kini sedang ‘dijarah’ dan dikuasai bangsa asing atas penyelewengan yang berlaku untuk pihak tertentu meraih keuntungan diri. – HARAKAHDAILY 8/1/2020

Hibur Hibur Sikit

IKLAN RAYA PALING SEDIH 2019 : JASA


Maarof - Sayur Kacang


Mungkinkah 'Pivot' Strategi AS Makan Tuan?

Hasil carian imej untuk 'pivot', strategi AS Makan Tuan?
Strategi Pivot iaitu mengepung negara-negara yang tidak disukai sebelum bertempur, dan membantu pertembungan dari dalam.

RAMAI bersangka bahawa kuasa Rusia dan China merupakan gandingan kuasa bagi menyaingi Amerika Syarikat. Tetapi sedarkah kita, kuasa Rusia dan China merupakan kuasa ciptaan Amerika dan NATO bagi berlawan umat Islam?

Amerika Syarikat terkenal dengan Strategi Pivot iaitu mengepung negara-negara yang tidak disukai sebelum bertempur, dan membantu pertembungan dari dalam. Strategi ini pernah digunakan oleh Amerika Syarikat ketika Perang Dingin dan masih digunakan walaupun selepas kuasa Kesatuan Soviet berakhir pada 1990.

Kemudian, Rusia terus dibantu bagi menumpaskan saki baki Kesatuan Soviet dan tidak dapat dibangunkan sehingga kini. Rusia yang dianggap kuasa besar dunia yang bangkit semula, pada hakikatnya telah dibantu oleh Amerika Syarikat.

Begitu juga kebangkitan kuasa baru Republik China merupakan kuasa yang telah dibiarkannya bangkit. Malah, Amerika Syarikat terlibat dalam pelaburan China dengan pelbagai insentif dan pembukaan syarikat-syarikat besar Amerika yang dibuka di China.

Begitu juga Eropah telah dibantu oleh Amerika Syarikat melalui Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi mempercepatkan pembangunan ketenteraannya. Hakikatnya, NATO bertujuan memulih kembali negara-negara Eropah terutamanya negara-negara bekas kuasa besar bagi memulihkan persiapan ketenteraan.

Kesemua kuasa-kuasa negara dunia ini dibentuk agar dapat berhadapan negara-negara Islam dan apabila jikalau perang dunia ketiga berlaku, negara-negara Islam paling teruk dibelasah dan diranapkan.

Kebaikan Amerika dalam perdagangan minyak petrol di negara Arab hanya sebagai alat Amerika untuk mengawal negara-negara Islam. Perdagangan petroleum menjadikan negara-negara Islam bagaikan lembu-lembu dicucuk hidung.

Oleh demikian, Amerika Syarikat sama sekali tidak gerun dengan Iran. Malah, serangan terhadap Major Jeneral Qassem Sulaimani dilakukan pantas dan tanpa selindung, segera sahaja Amerika Syarikat mengakui membunuh Jeneral tersebut.

Bahkan, pembunuhan tersebut tidak langsung mendapat reaksi baik dari Rusia, mahupun China yang dianggap rakan dalam kesatuan BRICS. Semuanya mendiamkan diri dan semuanya tidak berani menempelak Amerika Syarikat yang semakin angkuh, tanpa belas kasihan.

Walaupun Henry Kissinger mendakwa kuasa Rusia dan China adalah ciptaan Amerika untuk melumpuhkan negara-negara umat Islam, ini tidak bermakna strategi Amerika akan berjaya sebagaimana dirancang. Amerika mengharap Rusia dan China menjadi senjata menikam umat Islam, tetapi mungkin sahaja Strategi Pivot ini merupakan senjata makan tuan.

DR. MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN – HARAKAHDAILY 7/1/2020

Thursday, January 09, 2020

Letupan, Siren Kedengaran Di Baghdad.

Green Zone
Letupan, bunyi siren kedengaran di Baghdad
Sumber polis Iraq berkata sekurang-kurangnya satu roket jatuh 100 meter dari kedutaan Amerika Syarikat. -Reuters

DUA roket Katyusha dilapor telah dibedil ke kawasan Green Zone di Baghdad sebentar tadi.

Bedilan roket itu telah menyebabkan letupan dan kebakaran di kawasan yang menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing.

Agensi berita Reuters yang memetik sumber polis Iraq berkata sekurang-kurangnya satu roket tersebut jatuh 100 meter dari kedutaan Amerika Syarikat.


Bunyi siren turut kedengaran dari dalam kawasan Green Zone.
Tentera Iraq dalam satu kenyataan menyebut tiada mangsa terkorban atau cedera dalam serangan itu.
Iran enggan serah kotak hitam pesawat terhempas kepada Boeing, AS
Iran tidak akan menyerahkan kotak hitam Boeing 737-800 milik Ukraine yang terhempas Rabu lalu kepada pengeluar pesawat berkenaan atau Amerika Syarikat.

Iran enggan serah kotak hitam pesawat terhempas kepada Boeing, AS
IRAN tidak akan menyerahkan kotak hitam Boeing 737-800 milik Ukraine yang terhempas Rabu lalu kepada pengeluar pesawat berkenaan atau Amerika Syarikat.

Berdasarkan undang-undang penerbangan antarabangsa, Iran mempunyai hak untuk mengetuai siasatan.

Beberapa negara juga dilaporkan sedia menawarkan kepakaran untuk menganalisis kotak hitam berkenaan.

Selain itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat juga mempunyai peranan dalam siasatan antarabangsa.


Lihat Sebelum Ini...


Just heard two loud blasts followed by sirens in Baghdad. Cause still unconfirmed.
Iraqi military says in a statement that two Katyusha rockets fell inside the Green Zone causing no casualties. Police sources tell Reuters at least one rocket landed close to the U.S. embassy.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails