Wednesday, February 05, 2020

Hasilkan Penawar Koronavirus Jackie Chan Tawar 1 Juta Yuan.

Jackie Chan tawar RM580,000 kepada pihak hasilkan penawar koronavirus
Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (RM587,709) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar wabak koronavirus. Gambar  
HALAMAN HIBURAN

HONG KONG: Bintang aksi tersohor Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (RM587,709) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar wabak koronavirus. 

Aktor yang membintangi filem terbaharu vanguatrd itu memuat naik status di aplikasi Weibo pada Selasa tentang rasa prihatinnya ke atas epidemik koronavirus yang kini melanda China dan puluhan lagi negara di dunia.

Seniman itu berharap untuk menghulurkan bantuan semampunya selain memberikan sokongan kepada pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.


“Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengekang gejala berkenaan. Saya percaya semua orang pun beranggapan begitu.

“Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan,” katanya.

Chan bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak memandang serong atas niatnya itu.

“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan,” jelasnya.

Status Chan menerima lebih 53,000 tanda suka selain mendapat maklum balas positif daripada netizen.

Ada juga dalam kalangan netizen yang mencadangkan agar ganjaran itu dinaikkan kepada 10 juta yuan.

Untuk rekod, sehingga Rabu, koronavirus telah dilaporkan berjangkit kepada hampir 25,000 individu di 28 buah negara dengan jumlah kematian mencecah 500 orang. (AA)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak

Berjubah Tapi 'Telanjang' Pula.. Ini..



KINI heboh pula jubah untuk wanita atau muslimah yang disifatkan sebagai jubah ‘telanjang’.

Menerusi foto yang tersebar, ia mula menjadi perdebatan berikutan jubah yang digayakan oleh seorang ‘model’ Muslimah itu kelihatan begitu ketat dan sendat.

“Perhatian kaum hawa. Walaupun nak promote (promosi) barangan bussines (perniagaan), tak kesah laa baju ke, tudung ke, alatan make up ke atau ape saja… tolong berpakaian sopan… pemakaian sebegini sangat laa tidak sesuai sebagai seorang (yang beragama) Islam… pakaian di sangka menutup aurat tapi hakikatnya sama saja seperti berbogel,” tulis status tersebut yang kini disebarkan pengguna media sosial, sejak semalam.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar berkenaan samada ia digayakan untuk tujuaan perniagaan ataupun sebaliknya.

Fenomena fesyen dalam kalangan Muslimah dan lelaki kini dilihat semakin menjadi trend apabila banyak sentuhan moden diterapkan dalam menghasilkan busana termasuk penghasilan jubah, baju Melayu, mahupun baju kurung.

Terdahulu, pelancaran 'Jubah Pahlawan' oleh Farbel Exclusive mengundang kritikan dalam kalangan orang ramai berikutan jubah tersebut dikatakan terlalu ketat dan seolah menyerupai ‘dress’ wanita.
Sumber: h2m9363

Imej untuk 'Jubah Pahlawan' oleh Farbel Exclusive

K'jaan PH ‘lembik tengkuk’. Liberalism Terancang, Umrah Transgender..

Hasil carian imej untuk Liberalism yang terancang"

Liberalism yang terancang
TRANSGENDER pergi umrah

(1) Hari ini kita diberitakan dengan seorang lelaki yang berwatak perempuan, pergi mengerjakan umrah. Kemudian dengan selambanya mengenakan telekung.

Kita boleh bayangkan bagaimana sekiranya orang ini masuk ke ruangan perempuan, bercampur jantina di situ. Bagaimana pula dengan tempat wuduk dan sebagainya.

(2) Allah S.W.T melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan, dan orang perempuan yang menyerupai lelaki;
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال” رواه البخاري.

“Daripada Ibn Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah S.W.T melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan, dan golongan perempuan menyerupai lelaki.”
(Shahih Bukhari: 5546)
(3) Di dalam hadis yang lain;
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله: لعن الله المرأة تلبس لبسة الرجل, والرجل يلبس لبسة المرأة

“Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah melaknat orang perempuan yang mengenakan pakaian lelaki dan orang lelaki yang mengenakan pakaian perempuan.”
(Sunan Abi Daud: 4098)
Larangan di sini bukan semata mata pakaian, akan tetapi penyerupaan (التشبه). Sama ada dari segi pakaian, perhiasan, rupa yang disengajakan, dan banyak lagi.

Frame Kerajaan PH

(1) Secara peribadinya, saya mencadangkan supaya selepas ini, mana mana syarikat travel untuk tidak mengambil golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah sekalipun berjanji untuk tidak melanggar etika.

Atas dasar سد الذرائع, melainkan mereka itu sudah benar benar bertaubat dan sudah berwatak asal dalam beberapa tempoh sebelum diterima untuk mengerjakan umrah.

(2) Manakala kerajaan PH yang selama ini dilihat ‘lembik tengkuk’ [1] terhadap golongan ini harus bertanggungjawab sekiranya tidak melaksanakan penguatkuasaan.

Sekiranya kerajaan PH masih lagi berterusan dengan sikap sengal ini, saya yakin gejala ‘Elgibiti’ ini akan semakin menular, dan kemungkinan berjangkit ke dalam pintu rumah Menteri-menteri.

(3) PH yang kerjanya memutar isu, biasanya akan mengatakan “zaman BN pun dah ada mak nyah dan tomboi”. Soalannya, apa gunanya IKRAM yang duduk dalam PH kalau hanya meneruskan kerja BN?

Beginilah frame PH sejak pasca PRU14. Iaitu menyalahkan kerajaan lama, tetapi dalam masa yang sama dilihat mengulangi style BN juga.

(4) Kita perlu lihat bahawa kesengajaan ini bukanlah satu kebetulan. Akan tetapi sebagai penanda aras bahawa Malaysia sedang diheret ke gerbang kebebasan Liberalism.

Seolah-olah Malaysia cuba ‘dilukis’ oleh pemerintahnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan liberal tahap super. Iaitu pasaran Liberal menjadi komersial atas nama ‘profesional’ [2]

Bukan kebetulan

(1) Liberalism mula dilancarkan sejak sekian lama. Sebelum PRU14, mereka menggambarkan Malaysia ini berada di tahap konservatif, dan tertutup dengan undang undang yang dipertikai [3]

Itu hanya gambaran mereka supaya menghalalkan tindakan mereka mempromosi Liberalism pada hari ini, apatah lagi setelah PH berjaya memenangi PRU14.

(2) Anak-anak muda yang gelojoh diajar menafsirkan Islam secara bebas atas nama maqasid, kemudian menghuraikan Islam dengan logik diri sendiri [4]

Sedangkan bab Fardhu Ain pun belum tentu lepas, apabila para pendukungnya sendiri pun tidak menutup aurat. Seolah-olah memberi gambaran kebebasan kaum wanita.

(3) Justeru, kita perlu faham bukanlah semata mata isu orang lelaki menyamar sebagai wanita, pergi umrah. Akan tetapi lebih kepada ‘serangan’ ideologi.

Sama ada kaitan ini satu kebetulan, atau memang terancang. Seolah olah memprotes sekatan terhadap transgender yang menjadi salah satu elemen perjuangan Liberalism.

(4) Antara gerakan yang memasarkan Liberalism di Malaysia ialah Islamic Reinnassance Front (IRF) [5] dan G25, manakala di bahagian politiknya ialah PKR.

Cuma cara pendekatan ketiga tiga pertubuhan ini dilihat berbeza. Menggambarkan pasaran liberalism ini bukanlah satu kebetulan, bahkan terancang

PKR dan Liberal International

(1) Kita perlu lihat isu ini lebih jauh ke peringkat global. Bagaimana PKR secara rasminya digazetkan sebagai salah satu rangkaian Liberal International [6]

(a) Bahkan penglibatan Nurul Izzah Anwar juga diisytiharkan oleh Liberal International, dalam usaha menerbitkan Manifesto Andorra [7]

(b) Bahkan sejak 2014, Liberal International sudah menzahirkan sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim yang dipenjarakan [8]. Alasan mereka Malaysia adalah negara demokrasi.

(c) Pada 2015, Liberal International membela Anwar Ibrahim atas kes yang kita sedia maklum. LI cuba menggambarkan situasi Undang-undang Malaysia yang dianggap mengongkong [9]

(d) Bahkan pada Mei 2018, ketika Anwar dibebaskan daripada penjara, LI mengeluarkan kenyataan sebagai gambaran Malaysia era baru yang bebas cara Liberal [10]

(2) Justeru kita perlu faham bahawa PKR secara zahirnya dikaitkan dengan Liberal International (LI) yang mempunyai perancangan yang jelas.

Antara perancangan LI adalah memperjuangkan hak kebebasan termasuk ‘Elgibiti’ [11], dan hak hak mereka yang sepatutnya diberikan.

Walau bagaimanapun, perjuangan G25 lebih ‘direct’ berbanding PKR itu sendiri, apabila mereka terus menerus mengempen hak Elgibiti. Manakala PKR dilihat lebih menjaga kepentingan politik.

PH tidak konsisten

(1) Anwar Ibrahim menyatakan secara jelas pada September 2018 bahawa “Tiada tempat untuk Elgibiti di Malaysia” [12] Tak pastilah hanya ‘manis mulut’ atau pendirian sebenarnya.

Sepertimana yang saya nyatakan tadi, Liberal International dasarnya memperjuangkan kebebasan Elgibiti. Zahirnya tidak senada dengan kenyataan Anwar Ibrahim di Malaysia.

(2) Pada Mei 2019, Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan Malaysia tidak boleh tunduk kepada tekanan antarabangsa terhadap isu Elgibiti. [13]

Beliau berkata walaupun negara terpaksa mengambil kira kebimbangan masyarakat antarabangsa, orang asing tidak mempunyai hak untuk menentukan istilah mengenai isu itu. [13]

(3) Bahkan pendirian Pakatan Harapan sendiri dalam isu LGBT tidak konsisten dan agak mengelirukan. Hal ini telah diulas dalam satu artikel yang bertajuk ‘Pakatan Harapan Dan Isu LGBT’. [14]

(4) Pada Julai 2018, IRF menyatakan sudah tiba masanya perbincangan terbuka mengenai seksual minoriti di negara ini, lantaran kemenangan PH dalam PRU14 [15]

Antara yang terbaru pada Januari 2020, Anwar Ibrahim menyarankan para ulamak untuk berbincang berkenaan kritikan G25 [16] terhadap Islam.

Sedangkan pada 2017 lagi JAKIM [17] telah mengeluarkan kenyataan terhadap G25 dan IRF yang membawa ideologi liberal. Bahkan fatwa beberapa negeri juga turut sama [18]. Sepatutnya sudah jelas.

G25 ‘digambar’ sangat berpengaruh
(1) Hari ini timbulnya pertikaian G25 terhadap penubuhan JAKIM itu sendiri [19]. Seolah-olah frame itu sedang berjalan ke arah memansuhkan JAKIM.

Menteri Agama yang ‘dikenali ramai’ dilihat mempertahankan JAKIM dalam isu ini [19], cumanya yang kita bimbangkan ialah usaha belakang tabir untuk menghapuskan institusi ini.

(2) Kita belajar daripada frame-frame sebelumnya, apabila sesuatu isu itu ‘dipanaskan’ pasti ada api yang dinyalakan di bawahnya.

G25 asalnya sebuah kumpulan yang ‘tak ada nama’ mengapa tiba-tiba hari ini boleh muncul sebagai hero yang mampu mengancam JAKIM? bahkan mendapat liputan media?

(3) Isu ini sengaja dihangatkan bagi memunculkan G25 membentuk persepsi masyarakat bahawa badan ini ‘sangat berkuasa’ dan berpengaruh. Inilah peranan media di zaman kerajaan PH

Mengapa suara mereka dipromosikan? Bahkan mendapat respons oleh orang orang kerajaan? Fikirlah. Ia bukan kebetulan yang tidak disengajakan.

(4) Boleh flashback balik bagaimana Siti Kassim boleh terkenal? Bermula dengan isyarat lucahnya dalam satu forum [20] pada 2016, kemudian dipropagandakan oleh media.

Sejak hari itu, kenyataan kenyataan sengalnya terus mendapat liputan media. Pastinya terancang. Dirancang oleh siapa kalau bukan geng sealiran dengan Liberal juga?


[1] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/390688/amp
[2] Dr Atiullah Othman, Islam Menangani Kepelbagaian, Bab 3.1, hal 95
[3] ibid, hal 96
[4] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggah-fahaman-liberalisme/amp
[5] Zahrina Zulkepli, Pemikiran Liberal Di Malaysia : Kajian Terhadap Islamic Reinassance Front
[6] https://liberal-international.org/members/pkr_malaysia/
[7] https://liberal-international.org/who-we-are/our-mission/landmark-documents/political-manifestos/liberal-manifesto-2017/#jump-English
[8] https://liberal-international.org/news-articles/government-must-end-persecution-opposition-leader/
[9] https://liberal-international.org/news-articles/dark-hour-rule-law-li-president-anwar-ibrahim-verdict/
[10] https://liberal-international.org/news-articles/liberated-global-liberal-family-celebrates-release-of-anwar-ibrahim/
[11] https://liberal-international.org/9th-edition-lgbti-rights/
[12] https://m.malaysiakini.com/news/444814
[13] https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/15/msia-must-not-bow-to-international-pressure-on-lgbt-issues-says-anwar/
[14] https://www.malaysia-today.net/2019/07/19/pakatan-harapan-dan-isu-lgbt/
[15] https://www.themalaysianinsight.com/s/80380
[16] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/65535/BERITA/Nasional/Anwar-saran-ulama-bincang-kritikan-G25
[17] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/257696/amp
[18] https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/mansuh-kumpulan-g25-mufti-kedah-84487%3famp=1
http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/41-kedudukan-terkini-g25
[19] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/65801/BERITA/Nasional/Apa-motif-G25-terus-persoal-penubuhan-Jakim
[20] http://www.astroawani.com/video-malaysia/siti-kassim-tunjuk-isyarat-lucah-di-majlis-125632

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 4/2/2020

Mufti W/Persekutuan: 6 Perkara, Mengenai Umrah Dan Transgender.


Hasil carian imej untuk mufti wilayah
Ingatan Untuk Sajat Dan Umat Islam.
  
AL-HAMDULILLAH, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Saya doakan saudara Sajat berada dalam taufiq, hidayah dan ‘afiah sentiasa. Isu ini menjadi hangat sehingga tempiasnya kena juga kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Jika dijawab, akan ada yang bertanya, “Kenapa begitu, kenapa tidak begini?”. Jika tidak dijawab, akan ada yang bertanya, “Mengapa berdiam diri?”. Itulah kelazimannya.

Berhubung isu berkaitan Transgender, kami telah mengulasnya dengan panjang lebar dalam beberapa buah artikel di laman web sejak tahun 2015:

  1. QALAM MUFTI SIRI KE-29: WASPADA ANCAMAN NORMALISASI LGBT 
  2. AL-KAFI SIRI KE-578 : BUDAYA LGBT, HADAPILAH DENGAN ILMU
  3. BAYAN LINNAS SIRI KE-5: ISU TRANSGENDER, TASYABBUH ATAU PENYERUPAAN
  4. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-202: HUKUM HAKAM BERKAITAN KHUNSA

Di samping memberikan penjelasan melalui penulisan, saya juga mengadakan lawatan berkala untuk bertemu komuniti transgender bagi menyampaikan mesej dakwah dan rahmah Islam.
Dalam masa yang sama, kami juga tidak lupa untuk menegaskan kewajipan untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

BACA: 'Tiada pembuktian saintifik Sajjad adalah khunsa' - Mujahid
BACA: Isu Sajat tunai umrah, pemilik agensi pelancongan mengadap menteri

Saya mengambil maklum isu yang sedang berlaku berhubung Sajat pada sebelum, semasa menunaikan umrah di Mekah dan kini di Madinah. Untuk makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tidak pernah terlibat dalam pengesahan identiti jantina beliau yang diuruskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2018.

Justeru, jika berhubung pengesahan jantina melibatkan pakar perubatan, ianya berada di bawah urusan pihak JAKIM.

Nasihat

Saya nasihatkan seperti berikut:

1. Fahamilah maksud sebenar ibadah umrah.

  • Imam al-Nawawi pada awal mukadimah kitabnya menyeru kepada bakal haji dan umrah supaya bertaubat daripada segala maksiat dan segala perkara yang makruh serta berusaha mengislahkan diri. (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah, hlm. 48)
  • Apakah niat kita menunaikan umrah? Ambil waktu yang sunyi, hening di tengah malam semasa bermunajat kepada Allah SWT untuk bertanya kepada diri kita soalan tersebut. Saya amat pasti, tidak ada yang menunaikan umrah hanya untuk melancong dan berseronok. Umrah adalah pengembaraan rohani seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
2. Fikir terlebih dahulu sebelum bertindak.

Adakah tindakan itu menguntungkan diri, keluarga dan negara atau sebaliknya? Dalam urusan ibadah, kita wajib mengikut syarak, bukannya mengikut hati dan perasaan.

Apatah lagi jika seseorang itu dikenali ramai, sudah tentu apa jua bentuk tindakannya akan diperhatikan. Yahya bin Sa’id al-Ansari berkata:
لا تفعل فإنك إمام منظور إليك
Maksudnya: “Jangan berbuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu, kerana anda di hadapan mereka yang memerhati anda.” (Lihat Tarikh Dimasyq, 50/357)

3. Agensi pengelola umrah wajib bertanggung jawab sepenuhnya.

Mereka hendaklah memelihara dan membimbing jemaah supaya mereka mengikut hukum syarak dan undang-undang setempat. 
Sepatutnya sentiasa memberi panduan dan peringatan kepada jemaah seliaan mereka agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.

4. Allah SWT Maha Kuasa

Allah SWT tidak perlu tunduk kepada kehendak sesiapa untuk memberikan dosa atau pahala. Dia boleh melaksanakannya pada bila-bila masa, tempat dan keadaan yang dikehendaki-Nya. Sedikit firman-Nya untuk renungan kita: 


وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّـهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا


Maksudnya: “Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Fatir: 45)

5. Jujurlah kepada diri sendiri.

Seseorang itu lebih tahu hakikat dirinya. Justeru, jadilah kita sebagai diri kita yang hakiki, bukan dibuat-buat. Allah SWT berfirman:

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Maksudnya: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
(Surah al-Isra’: 7)

6. Jangan mudah memberi komen.

Hal ini saya tujukan kepada semua termasuk diri ini terutamanya netizen supaya memahami latarbelakang isu terlebih dahulu disamping meraikan adab, tabayyun (selidik) dan uslub (gaya) dakwah yang akan memberi banyak kesan samada positif atau negatif.

Gunakan bahasa yang baik atau teguran yang membina. Budayakan dan amalkan prinsip al-din al-nasihah (agama itu adalah nasihat) mengikut kehendak Nabi SAW.

Pendirian (Mauqif) Dalam Isu Jantina

Atas rasa amanah dan tanggungjawab, PMWP mengambil inisiatif untuk bertemu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari 2020 bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial.

Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki.

Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.

Sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita. 
Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1., pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah. Dokumen yang diperlukan adalah:
  • Perintah mahkamah yang mengandungi butir-butir pengisytiharan jantina baru pemohon.
  • Surat pengesahan doktor kerajaan (jika ada)
  • Surat pengesahan pembedahan penukaran jantina yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan
  • Sijil lahir (asal dan salinan)
Sila rujuk keputusan Nanthan Balan Tan vs Jabatan Pendaftaran Negara.
Terdapat kaedah fiqh yang masyhur menyatakan:
نحن نَحْكُم بالظواهر والله يتولى السرائر

Maksudnya: “Kita menghukum berdasarkan apa yang terzahir, dan Allah menguruskan apa yang tersembunyi.”

Selain itu, saya juga berpegang dengan kaedah berikut:
الأصل بقاء ما كان على ما كان
Maksudnya: “Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya”

Maka, pendirian PMWP berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki.

Hukum Umrah Transgender

Saya nyatakan seperti berikut:
  • Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).
  • Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.
Hormatilah Negara dan Undang-Undang Kita

Seluruh dunia Islam menghormati Malaysia kerana pengurusan haji dan umrah yang amat sistematik. Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara.

Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi. Oleh itu, jangan sesekali menyebabkan tercetusnya sangkaan yang buruk kepada Malaysia.

Peruntukan undang-undang syariah berhubung kesalahan wanita menyerupai lelaki (pengkid) dan hukum lelaki menyerupai perempuan (pondan dan mak nyah) telah sedia diperuntukkan di dalam akta dan enakmen negeri-negeri.

Maka, menjadi tanggungjawab pihak berautoriti untuk melaksanakannya dengan penuh amanah, berhemah dan bijaksana.

Ambillah Peluang

Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh di samping mengisi masa dengan acara-acara ibadat seperti berikut:
  • Banyakkan bertaubat dan beristighfar
  • Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW
  • Banyakkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin.

Bak kata HAMKA, “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”

Saya akhiri dengan doa:
اَللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا إتِّبَاعَه وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابَه
Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails