Thursday, March 12, 2020

COVID-19: Ini, Taklimat Penting Dari Menteri JPM Dr Zulkifli

COVID-19: Solat Jumaat diteruskan, khutbah perlu pendek - Dr Zulkifli
Zulkifli menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Gambar Astro AWANI.
COVID-19: Solat Jumaat diteruskan, khutbah perlu pendek - Dr Zulkifli

PUTRAJAYA: Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.
“Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini... ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.

“Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.
Sebelum itu, Dr Zulkifli turut mengimamkan solat sunat dhuha dan hajat bersama kakitangan agensi terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, mereka yang disahkan positif COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Beliau juga menjelaskan, sekiranya wabak COVID-19 menjadi tidak terkawal, maka solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor di rumah.

Dr Zulkifli menjelaskan, isu solat Jumaat ketika negara dilanda wabak COVID-19 merupakan antara lima kertas kerja yang disediakan untuk dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Sebenarnya kami telah sediakan lima kertas kerja untuk dimasukkan dalam (persidangan) majlis fatwa, pertamanya masalah tentang solat Jumaat.

“Kedua masalah bersalaman, ketiga masalah kenduri kahwin, keempat masalah pengurusan jenazah dan kelima beberapa saranan lain yang kami kemukakan,” katanya.

Beliau menjelaskan pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan dalam masa terdekat.

Baru-baru ini Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata kerajaan termasuk Malaysia wajib mengambil langkah bersesuaian untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa warganya.

Antaranya, beliau menyarankan supaya menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat. (AA)

COVID-19: 5,000 Jemaah Tabligh Masjid Sri Petaling Dijejaki..

Hasil carian imej untuk tabligh Masjid Sri Petaling

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan itu di Masjid Sri Petaling, di sini pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, usaha itu dilakukan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang mengesan satu kes positif COVID-19 dikesan ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling
Menurut Noor Hisham, dianggarkan lebih 10,000 orang terlibat dalam perhimpunan tersebut membabitkan ahli jemaah dari pelbagai negara.

Daripada jumlah tersebut, difahamkan lebih separuh terdiri daripada jemaah Malaysia.

“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini membabitkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia," kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, KKM kata beliau, telah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu di negeri masing-masing.


Kementerian Kesihatan Brunei sebelum ini mengesahkan bahawa kes pertama membabitkan COVID-19 di negara itu pada 9 Mac lalu.

Individu tersebut dipercayai telah menghadiri satu majlis keagamaan yang dianjurkan di Malaysia. (AA)

Jom Rai Hari Wanita Sedunia Di Rumah Panjang, Sarawak.


PAS Sarawak rai Hari Wanita di rumah panjang

BINTULU: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan ziarah ke Rumah Panjang (RH) sempena meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia, di sini kelmarin dahulu.

Acara khusus ini diadakan sebagai inisiatif menyemarakkan hubungan asasi terutama melibatkan sesama kaum wanita serta sebagai menzahirkan penghargaan khusus kepada golongan ini.

Lawatan rombongan yang dipimpin oleh Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Addin ini telah berkunjung ke RH Roselind, RH Layuh, RH Tony dan RH Gima bertemu muka dengan para penduduk.

Menurut Ustazah Juliani, PAS bukanlah semata-mata parti politik tetapi mempunyai peranannya terhadap hal ehwal hidup semua penduduk tanpa mengira kaum dan ia tidak seharusnya ditakuti.

Sempena kehadiran mesra ke semua rumah panjang itu dan sebagai simbolik kepada sambutan tahunan tersebut khususnya kepada kaum wanita, rombongan telah menghadiah dan memotong kek bersama.
HARAKAHDAILY 11/3/2020

Ikutilah Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim..

E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
Bab I
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Sekian.

Penyokong DAP berhimpun bantah tindakan ADUN Tronoh


BATU GAJAH: Lebih 100 penyokong DAP berhimpun di hadapan Pusat Khidmat DUN Tronoh hari ini, susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong meninggalkan parti itu, sementara 50 penyokong Choo Kiong pula berada di dalam pejabat DUN berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi sehingga jam 10.30 pagi.
“Kesemua peserta (penyokong DAP) berkumpul di hadapan pejabat Khidmat DUN Tronoh dengan membawa sepanduk membantah tindakan ADUN berkenaan keluar daripada DAP.
“Manakala, kira-kira 50 orang penyokong yang setia kepada ADUN Tronoh pula berada dalam pejabat DUN Tronoh bagi memberi sokongan kepada ADUN berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad Adnan berkata, ketika insiden berlaku Choo Kiong tiada di pejabatnya.
“Bagaimanapun, perhimpunan dibuat secara aman bagi kedua-dua pihak dan polis berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Pihak penganjur mesti memberikan notis pemberitahuan kepada pihak polis sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan,” katanya. (BH)

Wednesday, March 11, 2020

Kisah Ronaldinho yang tinggal RM27 di poket



BEKAS bintang bola sepak dunia, Ronaldinho ketika ini pasrah menerima hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu.
Musibah terbaru ini menambah derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan muflis.
Difahamkan putaran hidupnya berubah apabila Ronaldinho kembali ke Brazil selepas mengakhiri karier panjang di Eropah.
Selepas khidmatnya berakhir di AC Milan pada Januari 2011, pemain yang dikenali dengan barisan gigi depannya yang unik itu pulang ke Brazil untuk beraksi bersama Flamengo.
Selain mendapat gaji 100,000 pound sterling (RM540,000) seminggu, dia juga masih memperoleh pendapatan menerusi tajaan iklan seperti CocaCola, EA Sports, Gatorade, Nike dan Pepsi.
Jika digabung secara keseluruhannya kontraknya itu, pendapatan Ronaldinho boleh menghampiri 100 juta pound sterling (RM540 juta).
Nasibnya mula berubah pada 2012 apabila Flamengo tidak mampu membayar penuh gajinya dan memutuskan untuk memotong gaji pemain itu.
Daripada dibayar 100,000 pound sterling, ia menurun menjadi 24 ribu pound sterling (RM131,000) seminggu sekali gus Ronaldinho berasakan ia tidak mencukupi untuk membiayai kehidupannya.
Dia kemudian berhijrah ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense. Selepas itu, kontrak lumayan menerusi tajaan iklan tidak lagi disambung.
Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup yang tinggi sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.
Dia terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27). (Agensi)

Bantu Rakyat RM1J Permulaan, Tabung Covid-19. -PM


Tubuh Tabung Covid-19 bantu rakyat – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan Tabung Covid-19 untuk membantu rakyat yang tidak dapat bekerja disebabkan terjejas selepas dikuarantinkan angkara wabak Covid-19.


Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak RM1 juta dana diperuntukkan sebagai permulaan pelancaran tabung tersebut.
Katanya, orang semua pihak dan orang ramai disarankan menyumbang kepada tabung berkenaan yang pastinya akan diagihkan semula kepada pihak yang memerlukan.
Sementara itu, kerajaan melalui Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, memutuskan untuk membuat sekatan perjalnaan sepenuhnya keapda rakyat Iran, Itali, Republik Korea, serta warganegara asing yang datang dari negara-negara berkaitan daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) berkuatkuasa 13 Mac ini.
Setakat jam 4.30 petang hari ini, kes melibatkan Covid-19 mencecah 119,292 kes diseluruh dunia dengan kematian 4,300 mangsa.
Bagaimanapun, 66,582 mangsa Covid-19 disahkan sembuh sepenuhnya dan kes aktif bagi wabak tersebut adalah 48,410 kes.
HARAKAHDAILY 11/3/2020

Nak Tinggal Maksiat Pun Tunggu Ibu Tegur..


HALAMAN HIBURAN
PENAMPILANNYA sering menjadi ‘bahan’ kepada warganet untuk meninggalkan komen di akaun Instagram miliknya.
Malah, ada yang menganggap foto yang dimuat naik penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan keterlaluan kerana kelihatan seksi atau menggoda.
Menolak segala tanggapan khalayak, Elizabeth turut menegaskan imej yang dipaparkan bukan juga untuk ‘mengumpan’ lelaki.

Elizabeth yang selesa dipanggil Lizzie berkata, selagi ibunya tidak menegur cara berpakaian dalam foto dikongsi di IG, dia tidak akan menganggap ia keterlaluan.
“Jika pakaian saya terlalu seksi dan mengundang kontroversi, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.
“Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda.
“Saya bukan berpakaian terlalu seksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.
“Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat. Lagi pun, tak salah untuk berkongsi asalkan tidak mengundang perkara buruk,” katanya.
Tidak dinafikan setiap kali Lizzie memuat naik foto berimej seksi, wanita berusia 27 tahun itu sering menerima komen ‘tidak senonoh’ daripada pengikut lelaki di laman sosial.

Begitulah cara fikir artis yang tiada bimbingan dan didikan agama masakini.. Semua agama membimbing manusia ke arah ketamadunan dan kemuliaan. Apa lagi kalau dia warga Malaysia yang Islam menjadi Agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan).


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails