Friday, March 20, 2020

Demokrasi, Bukan 'Pintu Belakang'. PH Jadikan Tun M 'anak tangga' -Presiden PAS


Menyelamatkan negara dari politik celaru dibawa PH

KUALA LUMPUR: Gabungan baharu Muafakat Nasional-BERSATU sama sekali tidak menjatuhkan Kerajaan PH, sebaliknya bertindak menyelamatkan negara dari kancah politik celaru yang disebabkan pakatan itu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, PAS mengambil pendekatan mendukung Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik oleh PH, bagi menyelamatkan negara.

“Sebagai pembangkang yang menasihat, bukan pembangkang yang buat provokasi untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang berlaku ialah pergolakan dalam PH sendiri yang menimbulkan masalah sehingga menjatuhkan kerajaan itu sendiri,” ujarnya.

Beliau mengupas dakwaan tersebut ketika temubual dalam Bicara Harakah 2 yang disiarkan dari Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Bahkan beliau menafikan juga tuduhan ‘pintu belakang’ digunakan, sebaliknya ia berlaku secara konsep demokrasi yang betul melibatkan hak rakyat dan juga wakil-wakil rakyat telah dipilih.

“Di mana kita mengambil pendekatan mengumpulkan wakil-wakil rakyat yang ada bersama kita, dan wakil rakyat yang ada dalam kerajaan yang dulu untuk membuat satu perubahan dan berjaya mendapat majoriti melalui Perlembagaan dan melalui konsep Raja mengikut Perlembagaan,” jelasnya.
Sedangkan PH menurutnya, menjadikan Tun M sebagai ‘anak tangga’ untuk meraih pemerintahan yang berbeza dari dukungan PAS di mana melihat tokoh itu penting secara praktikal untuk kekal hingga habis penggal.

“Dengan sebab itu, kita memberi Undi Kepercayaan kepada Tun, yang tidak pelik dalam demokrasi Barat. Boleh beri Undi Kepercayaan dari pembangkang, tidak salah. Tapi malangnya, mereka membuat pusingan-U, tak setuju dengan undi ini.

“Kemudian bila saat-saat akhir, mereka sokong balik (Tun M) setelah kita batalkan Undi Kepercayaan itu, mereka sokong Tun sebagai calon. Kemudian mereka pusing balik, pusingan U balik. Oleh kerana kerap kali pusingan U ini menyebabkan mereka rebah terlentang ke belakang.

“Kita sekali pusing saja bila Tun dijadikan anak tangga, dan kita rasa tak boleh selamat dengan Tun, maka kita buat pendekatan sendiri memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya mengimbas ‘sejarah’ tersebut.

Tambah beliau, Tun M semasa memimpin negara berdepan anggota-anggota Kabinet yang bermasalah di mana tidak sehaluan dengan beliau bahkan tidak juga bertindak untuk menyelamatkan negara.

Malah, dipertengah pemerintahan ujarnya, mereka memberikan tarikh-tarikh untuk Tun M meletakkan jawatan di mana hal tersebut telah mengganggu perjalanan urus tadbir negara hingga muncul pelbagai ‘langkah’ baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 20/3/2020

Memperkenalkan 'persaudaraan majmuk', Bukan 'ekstrem kaum'. -PAS


PAS bawa persaudaraan majmuk, bukan ekstrem kaum
Hasil carian imej untuk bukan perkauman
KUALA LUMPUR: Kasih kepada kaum adalah sifat tabi’i manusia, namun menjadi salah apabila bersikap fanatik iaitu assabiyah yang dilarang Nabi S.A.W di mana memihak kepada kezaliman dilakukan kaum.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bahkan Islam menjadikan kaum sebagai tonggak kepada perjuangan Nabi-nabi A.S untuk mendukung perjuangan dibawa mereka.
“Allah menunjukkan iktibar Nabi Luth A.S yang tidak didukung oleh kaum bangsa dia. Di mana dakwahnya dipadam dengan mudah oleh musuh-musuhnya.
“Selepas itu Allah jadikan setiap Rasul ada kaum dia sendiri yang mendukung, termasuk Nabi kita Muhammad S.A.W. Peranan kaum sangat penting dalam menegakkan negara.
“Dengan sebab itu Islam meletakkan dominasi kaum yang menganut Islam menjadi tonggak kepada sebuah negara,” ujarnya dalam siaran temubual Bicara Harakah 2, di sini semalam.
Pun begitu kata Ahli Parlimen Marang ini, orang Melayu paling tidak bersikap perkauman berbanding bangsa lain di dunia dengan dibuktikan dari sikap menerima kaum lain tinggal bersama.
Oleh itu bidasnya, tuduhan bahawa orang Melayu bersikap perkauman adalah sangat-sangat salah kerana dapat dilihat kaum minoriti lain dapat tinggal sekampung serta sekolah bersama.
PAS sendiri terangnya, membawa pendekatan politik yang terbuka tanpa bersikap perkauman sebagaimana pendekatan persaudaraan dengan masyarakat majmuk termasuk antara parti dan orang bukan-Islam.
Hal tersebut kemuka beliau, antaranya di PRK Tanjung Piai di mana dengan majoriti penduduk Melayu, PAS telah mendukung pencalonan dari MCA yang bukan-Melayu dengan menzahirkan kerjasama padu.
Malah dalam sejarah politik terang beliau, PAS pernah bekerjasama dengan pelbagai pihak iaitu Parti Negara tahun 1960-an, parti Sosialis, Buruh dan lain-lain di tahun 1964, sebelum bersendirian pada 1969.
Kemudian ceritanya, tahun 1973 PAS menyertai kerajaan campuran sebelum 1974 bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional dan kembali bersendirian di tahun 1979.
“(Tahun) 1982 kita cuba menembusi tembok memisahkan kaum kita dengan kaum yang lain bila kita mengadakan hubungan dengan NGO. Tahun 1990 kita mengadakan kerjasama dengan Semangat 46, kemudian Angkatan Perpaduan Ummah.
“Kemudian diikuti tahun 1998, 1999, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Kita memperkenalkan pendekatan dalam politik Islam, dinamakan Wahdah, kesatuan, Tahaluf, persefahaman.
Ta’awun, tolong menolong ataupun cooperation antara satu sama lain. Kita perkenalkan semua pendekatan ini satu persatu. Yang terakhir yang kita perkenalkan politik Ta’awun, dengan kita bersikap lunak dengan semua parti-parti politik
“Kita mulakan perpaduan umat Islam terlebih dahulu, mendekatkan PAS dengan Umno melalui Muafakat Nasional, seterusnya bergabung dengan rakan-rakan dalam kerajaan dengan BERSATU melalui Kongres Maruah Melayu.
“Dan berakhir dengan satu gabungan yang kita wujudkan pada hari ini yang membuahkan hasilnya (membentuk kerajaan baharu),” jelasnya panjang lebar.
Tambah beliau, konsep politik Islam diperkenalkan kepada pihak lain ini juga menjadi satu penyelesaian dalam menangani masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan kaum di mana tidak mampu dilaksanakan ideologi-ideologi lain.
Jelasnya, pendekatan teguh dengan akidah perjuangan ini dan sikap tasammuh PAS bertoleransi dengan kelainan dan pihak yang lain, sebaliknya bersatu pada titik persamaan, serta bermaaf di dalam perbezaan.
“Dengan syarat tidak ada (pihak dan sikap) yang ekstrem. Bila ada yang ekstrem, ini melanggar sempadan. Dan kita tak boleh mengadakan kerjasama dengan parti seperti itu,” terangnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2020
Lihat sebelum ini..

Premis Perniagaan Makanan Beroperasi 24 Jam Semula

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur membatalkan arahannya pagi tadi supaya restoran 24 jam dihadkan waktu operasi kepada 16 jam. - Foto Aswadi Alias
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur membatalkan arahannya pagi tadi supaya restoran 24 jam dihadkan waktu operasi kepada 16 jam. - Foto Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membatalkan arahannya pagi tadi supaya restoran 24 jam dihadkan waktu operasi kepada 16 jam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata pembatalan itu dibuat selepas pihaknya membuat pertimbangan semula berdasarkan keperluan semasa warga kota.
Katanya sebelum ini, mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan dari 19 Mac hingga 31 Mac, semua premis perniagaan (restoran) yang beroperasi 24 jam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dihadkan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
"Selepas mempertimbangkan semula perkara ini berdasarkan keperluan warga kota, arahan mengehadkan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam dibatalkan.
"Bagaimanapun, premis itu hanya boleh menjalankan perkhidmatan pesanan pandu lalu, penghantaran dan bawa pulang sahaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.bawa pulang sahaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (BH)

Panduan Ringkas Pelaksanaan dan Panduan Qunut Nazilah ketika Wabak

Hasil carian imej untuk langit bergelora


• Nazilah (nawazil)bermaksud peristiwa atau bala bencana yang menimpa umat Islam.
• Qunut nazilah disyariatkan ketika umat Islam ditimpa bala bencana atau musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya.
• Hukumnya sunat
• Dalil daripada hadith:
“Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan: 
Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, 
Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. 
Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid.
Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. 
Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. 
Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan).”
Riwayat Al-Bukhari (122)
Tatacara:
• Dibaca dalam solat-solat fardhu sahaja, sama ada solat berjemaah atau bersendirian.
• Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Sunat baca secara kuat termasuk solat Zohor dan Asar.
• Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca perlahan.
• Dibaca semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’ dalam rakaat yang terakhir
• Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah
• Sunat angkat kedua tangan semasa berdoa.
• Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.
Antara cadangan doa qunut nazilah
اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين
اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام
وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Sumber:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4322-al-kafi-1660-adakah-qunut-nazilah-dituntut-dalam-situasi-covid-19



Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Bab 1
Bab 2 
Bab 3
Bab 4

Thursday, March 19, 2020

J/Alam Sekitar Mula Mengorak Langkah. Tahniah Teruskan..

Hasil carian imej untuk tuan ibrahim

Pencemaran sungai: JAS ambil tindakan perundangan


KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengambil tindakan terhadap menyebabkan pencemaran bau hingga mengakibatkan gangguan air tidak berjadual yang menjejaskan beberapa kawasan.
Sebanyak 30 kompaun dengan nilai RM60,000 telah diberikan kepada pemilik premis di Kampung Sungai Dua, Rawang yang menjadi punca masalah bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, kelmarin.

JAS menegaskan bahawa, selain daripada tindakan mahkamah, tangkapan boleh dibuat kepada mana-mana pihak yang melakukan pencemaran atau disyaki melakukannya di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Semasa operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan semalam, JAS mendapati premis telah melanggar  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Minyak-minyak enjin terpakai dan pelarut tidak diuruskan dengan baik serta tidak menyelenggara perangkap minyak sehingga menyebabkan longkang air hujan dicemari sisa minyak bercampur pelarut.

“Sampel buangan telah diambil sebagai bahan bukti dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis komposisi buangan,” maklum kenyataan yang dikeluarkan kepada media sebentar tadi.
Dimaklumkan, JAS Selangor kini menyediakan Kertas Siasatan bagi pendakwaan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ke atas sebuah lagi premis yang beroperasi di kawasan Rawang Integrated Industrial Park. 

Menurut kenyataan itu juga, JAS Selangor akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas lain-lain punca berpotensi mencemar sungai bagi mencegah berulangnya hentitugas LRA Sungai Selangor.
“Pada masa kini, tumpuan diberi kepada premis-premis yang terletak dalam lingkungan 1 kilometer radius daripada lokasi pencemaran bau dikesan yang melibatkan sebanyak 21 buah premis.   

“Selain itu, JAS teruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
“Ini bagi membanteras pencemaran sumber air melalui pendekatan secara bersepadu, perkongsian data raya, penggunaan teknologi bagi mengesan kes pencemaran seperti drone dan sebagainya,” maklum kenyataan itu.

Dinyatakan juga, penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran di seluruh negara berjalan seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa yang sedang berlangsung ketika ini hingga 31 Mac.
Di mana ditegaskan, tangkapan ke atas pesalah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta juga boleh diambil tanpa waran bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan rakyat khususnya tetap terpelihara daripada ancaman pencemaran. – HARAKAHDAILY 19/3/2020
Tahniah, teruskan.. ajar sikit perosak alam sekitar.

Tukar Kalimat Azan, Hukum Dan Sejarah..


Suhu badan diperiksa terlebih dahulu, elak pembawa Covid-19 sebelum memasuki bank di Shaab, Kuwait. (Gambar Reuters)
Catatan Santai Ibnu Hasyim 

BERITA dari Kuwait beberapa hari lepas menyebutkan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini berada dalam situasi yang sangat membimbangkan. Di Kuwait sendiri, pihak berkuasanya mengeluarkan arahan menutup sementara semua masjid dan mengubah lafaz laungan azannya.


Memetik portal Middle East Eye, serentak penutupan rumah ibadat itu lafaz azan diubah daripada “hayya ‘ala al-Salah” (marilah menunaikan solat) kepada “al-Salatu fi buyutikum” (tunaikanlah solat di rumah kamu). 

Begitu pula berlaku di Masjid negeri Pulau Pinang.
Kalau dilihat sejarah, pernah di Turki 1920an 1930an azan ditukar ke bahasa Turki dari bahasa Arab, dalam usaha memisahkan Islam dari penganutnya. Akhirnya kerajaan itu dijatuhkan. Azan di Syria, Masjid Umayyad dilaungkan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu kononnya  dapat harmonikan suasana kota sekeliling.

Di Singapura, laungan Azan hanya boleh dikumandang dalam masjid-masjid saja. Kerajaan Singapura melarang suara azan dikumandangkan menerusi corong-corong pembesar suara. Berlaku hingga sekarang.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/338) menyebut: 

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: 

Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. 

Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:
يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ
MaksudnyaWahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)

Manakala berkenaan asal usul lafaz azan, terdapat dua orang sahabat telah mendapat mimpi yang sama tentang azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A. 

Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:
لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ...رُ
قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ...رُ
Maksudnya“Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. 

Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” 

Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).
Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat). Riwayat Abu Daud (449)

Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:
إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
Maksudnya

Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. 

Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.” Riwayat Abu Daud (449)
Jadi, pensyariatan azan walaupun daripada mimpi para sahabat mengikut sebahagian riwayat tetapi ianya tidak bercanggah dengan riwayat yang lain. Ini kerana apabila diberitakan kepada Rasulullah SAW makanya, Baginda SAW mengiyakannya. Dan ikrar Rasulullah SAW termasuk dalam hadith Nabi SAW sementelahan lagi telah dibentangkannya kepada Baginda SAW.
Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman yang baik dalam agama Islam yang kita cintai ini mengikut petunjuk Nabi-Nya SAW. Amin.

Sekian.
Ibnu Hasyim
Mac 2020 Kg Perlis 
Balik Pulau P.Pinang

Lihat sebelum ini..

DAP-PAS Ke Arah Kerjasama Sihat?


Pemimpin DAP iktiraf Menteri PAS

BOLEH dikatakan hampir mustahil untuk seorang pemimpin DAP mengiktiraf seorang pemimpin PAS.

Tetapi inilah yang berlaku hari ini bila Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew, bergembira dengan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari PAS, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Awal pagi tadi Ronnie Liu mengingatkan Perdana Menteri bahawa, walaupun ada sekatan bergerak sekarang, buah-buah kelapa sawit mesti dipetik dan kilang-kilang penapisan minyak sawit mesti dibuka.

Adalah difahamkan bahawa perkara ini ditimbulkan oleh Dato’ Dr Mohd Khairuddin dalam mesyuarat Kabinet hari ini yang bersetuju industri sawit beroperasi dengan disertakan langkah keselamatan.

Langkah ini diambil kerana minyak sawit adalah antara komoditi penting negara sekali gus bagi mengelakkan pengeluaran barang-barang berasaskan makanan tidak terjejas.

Selain Persatuan Minyak Sawit Malaysia, keputusan Kabinet ini nyata menggembirakan Ronnie Liu yang menulis “berita gembira untuk industri minyak sawit, kilang-kilang kini dibenar beroperasi”.

Satu permulaan yang agak baik untuk Dato’ Dr Mohd Khairuddin selaku seorang Menteri baru.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 18/3/2020

Komen Weblog Ibnu HasyimPemimpin DAP iktiraf Menteri PAS.. Kata Dr Kamarul Zaman. Al-hamdulillah!

Ini bukan perkara baru dalam sejarah Islam. Sewaktu wujud Kerajaan Islam di Madinah pimpinan Rasulullah SAW, penduduk Madinah belum majoriti umat Islam. Tetapi orang-orang bukan Islam boleh ikut dan menikmati kenikmatan dan keamanan Negara Islam Madinah. 

Orang Quraisy bukan Islam, dan Yahudi pun boleh beri kerjasama. Bahkan kerajaan itu terus berjalan lancar. Jadi, sekarang tidak timbul masalah kerjasama dan pengiktirafan dari sebuah parti yang sah mengikut perundangan seperti DAP. Bukan saja kerajaan pimpinan baru pimpinan Muhyiddin sekarang, bahkan kalau PAS memerintah sekalipun Parti DAP tidak akan diapa-apakan. 

Contohnya seperti DAP dan kaum Cina di Kelantan tidak diapa-apakan dibawah tadbiran PAS. Atau semasa wujud kerajaan Campuran PAS/BN tahun 1970an lalu. Jangan takut pada bayang-bayang sendiri.

Melukut ditepi gantang
buka sanggul cari kutu
sebab takut akal pun hilang
tunggul disangka hantu.

DAP-PAS Ke arah kerjasana sihat.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails