Thursday, April 23, 2020

Perutusan khas Ramadan Al-Mubarak 1441H -Presiden PAS



ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah kerana masih memberi peluang kepada hambaNya untuk menikmati keberkatan bulan Ramadan al-Mubarak.
Walaupun tahun ini kita menyambut kedatangannya dalam suasana duduk di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya wabak Covid-19 dapat dibendung, namun itu tidak sepatutnya mematahkan semangat umat Islam untuk terus menghidupkan bulan yang mulia ini.
Kita telah diberikan peluang oleh Allah untuk menumpukan sepenuh masa dengan ibadat.
Jika sebelumnya disibukkan dengan urusan kerja dan dunia yang tidak berkesudahan sehingga terabai ibadat-ibadat, maka tahun ini adalah anugerah Allah kepada seluruh hamba-Nya untuk bersungguh-sungguh mengisi waktu dengan ibadat dan amalan yang soleh.
Hayati firman Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ١٨٣﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)
Sifat taqwa ini melahirkan rasa perhambaan dan takut kepada Allah SWT, sehingga menggerakkan diri melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
Islam yang berkonsepkan taqwa berjaya menghapuskan amalan buruk dalam kehidupan manusia, khususnya kezaliman, penipuan, rasuah, salah laku dan lain-lain.
Konsep taqwa juga menjadi sebab Islam memerintah masyarakat majmuk sehingga beberapa abad dengan adil dan menjamin hak masing-masing, di kalangan masyarakat berbagai kaum dan agama dari Timur di Asia Tenggara, sebelah Barat di Afrika Barat sehingga Sepanyol, Utara di Asia tengah dan Selatan di Afrika Tengah.
Adapun kejatuhan pemerintahnya apabila meninggalkan Islam dan hilangnya jati diri Muslim.
Akhir sekali, marilah kita mendoakan dengan keberkatan bulan yang mulia ini, semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, diampunkan dosa-dosa dan dijauhi daripada segala wabak penyakit.
Sekian, terima kasih.
Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 23/4/2020

PKP dilanjutkan 2 minggu lagi hingga 12 Mei



KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada perutusan khas sebentar tadi.
Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu.
Perdana Menteri berkata, berdasarkan data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), beliau dapati usaha untuk membendung wabak COVID-19 masih perlu diteruskan.
Ini kerana, katanya walaupun angka menunjukkan perkembangan positif, langkah yang diambil hendaklah diteruskan sehingga kerajaan yakin wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.
"Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan PKP yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei.
"Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.
"Saya tidak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
"Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.
"Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini," katanya.

Puasa bermula esok



KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh itu dalam siaran langsung di televisyen sebentar tadi.

PKP: Biasakan Ramadan Solat Tarawih Di Rumah Tahun Ini.

Normal Baharu: Umat Islam disaran biasakan Ramadan tanpa solat Tarawih di masjid
Normal Baharu: Umat Islam disaran biasakan Ramadan tanpa solat Tarawih di masjid.

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya menyesuaikan diri pada bulan Ramadan tahun ini dengan normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti solat fardu secara berjemaah dan solat Tarawih di masjid tidak akan berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, katanya, ibadah tersebut boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga.

“Kita semua hendak beribadah dalam Ramadan sebagai mana sedia kala kerana ia adalah usaha memelihara agama (hifz al-din) dalam maqasid al-syariah.

“Namun, memelihara nyawa (hifz al-nafs) juga adalah penting ketika ini. Akhirnya, kita akan dapat satu jawapan; matlamat hifz al-din takkan tercapai kecuali dengan hifz al-nafs.

“Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejujurnya saya mahukan Ramadan yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia.

“Saya bersyukur kerana anda semua amat memahami dan bersama-sama saya untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Yakinlah, Allah S.W.T melihat apa yang kita lakukan, mendengar apa yang kita doakan,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.

Video: Sidang media mengenai Ramadhan

Mengulas lanjut, beliau mengakui, bahawa semestinya sukar untuk umat Islam membiasakan perkara tersebut khususnya pada bulan Ramadan.

“Namun, saya yakin ada hikmahnya.

“Kepada frontliners, sesibuk mana pun anda, jangan lupa untuk bersahur. Pada sahur itu ada barakah. Anda perlu kuat untuk kami, demi negara.

“Kepada ibu-ibu di rumah, jangan lupa ajak sekali suami dan anak-anak menyiapkan menu sahur. Barulah meriah dapur di awal pagi.

"Pastikan ada peluang walaupun sedikit untuk menunaikan solat Tahajud. Bilakah saat terakhir kita sekeluarga sama-sama menunaikan solat Tahajud dan bermunajat kepadaNya? Saya yakin, dengan Ramadan new normal ini, kita boleh sama-sama laksanakannya,” katanya. (BH)

Kuliah Online TMB K'tan. PKP Dan Dakwah Nabi Yunus.

Ciri-Ciri Istimewa Metodologi Dakwah Nabi Muhammad (SAW) Membawa ...
Nabi Yunus A.S menghadapi hukuman Tuhan
NABI Yunus A.S merupakan salah seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan untuk menyeru manusia kepada Allah S.W.T.

Dakwah Nabi Yunus A.S juga seperti kebanyakan para Rasul apabila dakwah yang disampaikannya tidak diterima kaumnya.

Melihatkan keadaan kaumnya, Nabi Yunus A.S beranggapan bahawa kaumnya tidak mahu menginsafi keingkaran mereka lalu mengambil jalan mudah meninggalkan mereka dengan perasaan kecewa.
Pengajaran daripada Tuhan
Kerana kesilapan yang telah dilakukan oleh Nabi Yunus A.S, Allah S.W.T telah menghukum Baginda dengan dicampakkan ke dalam laut dan ditelan oleh ikan Nun.
Mengikut penafsiran ulamak, hukuman terhadap Nabi Yunus A.S menghadapi 3 lapisan kegelapan iaitu kegelapan malam, kegelapan dalam perut ikan dan kegelapan lautan menunjukkan sudah pasti kegelisahan akan muncul dalam diri Baginda.
Tasbih dan istighfar sebagai jalan keluar
Secara psikologinya, manusia yang berdepan dengan kegelisahan dan kesukaran pastinya akan mengingati Tuhan yang menguasai alam.
Dalam menghadapi kegelisahan dan kesukaran yang dihadapi akibat kesilapannya, Nabi Yunus A.S memperbanyakkan bertasbih dan beristighfar kepada Allah S.W.T supaya dengan diampunkan kesilapannya akan memberikannya jalan keluar;
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

(al-Anbiya’: 87)
Kesukaran kerana COVID-19
Wabak COVID-19 sudah pasti menimbulkan kesukaran yang amat dahsyat kepada manusia seluruh dunia termasuklah negara-negara maju seperti US, UK dan negara-negara Eropah yang lain.
Dalam menghadapi kesukaran ini, seharusnya manusia perlulah mengambil jalan untuk kembali kepada Allah S.W.T dengan memperbanyakkan istighfar sepertimana anjuran Rasulullah S.A.W dalam menghadapi kesukaran dan kegelisahan;
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah S.W.T menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
[Riwayat Abu Daud: 1518]
Di samping kita memikirkan masalah kegawatan ekonomi dan lain-lain masalah yang akan muncul, jangan kita lupa untuk kita memohon keampunan daripada yang Maha Pemberi Rezeki.
Satu peringatan penting
Psikologi manusia juga akan melupakan Tuhan setelah berjaya menempuhi kesukaran. Sebagai peringatan kita bersama, janganlah selepas kita berjaya mengharungi kesukaran COVID-19 ini, kita kembali kepada kehidupan yang mengingkari perintah Tuhan;
وَإِذَا مَسَّ ٱلۡإِنسَٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦٓ أَوۡ قَاعِدًا أَوۡ قَآئِمٗا فَلَمَّا كَشَفۡنَا عَنۡهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمۡ يَدۡعُنَآ إِلَىٰ ضُرّٖ مَّسَّهُۥۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلۡمُسۡرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.”
(Yunus: 12)
Jadikanlah bala COVID-19 ini sebagai peringatan dalam kehidupan kita supaya kita tidak melampaui batas dalam hari-hari yang mendatang. Moga Allah memandu kita dengan cahaya iman.
ASYRAF HANIF
Petikan Kuliah Tafsir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah
Kuliah Online Masjid as-Siddiqin,
Panchor, Kelantan. – HARAKAHDAILY 21/4/2020

'Perlu lakukan minoriti kita (Hindu) seperti mereka lakukan ke atas Muslimin India' ...


Beberapa orang dengan cepat menyoroti penganiayaan umat Islam India melalui laporan media dan gambar visual. 

Mereka berkongsi beberapa keping gambar termasuk seorang lelaki, Mohammad Zubair, yang dipukul oleh kumpulan Hindutva semasa program Delhi Februari dan gambar, para fanatik Hindutva memanjat menara masjid dan meletakkan bendera safron di atasnya.
MENTERI Hal Ehwal Minoriti India Mukhtar Abbas Naqvi telah mendapat kritikan hebat atas komennya bahawa India adalah "syurga" bagi umat Islam dan minoriti.

"Mengambil inspirasi dari apa yang dikatakan oleh Menteri Kesatuan dari India, Noora AlGhurair seorang aktivis dari UAE, mengatakan, 
“Saya rasa kita di timur tengah sekarang harus mulai memperlakukan minoriti kita (Hindu) dari India dengan cara yang sama, seperti mana mereka perlakukan ke atas orang Muslim di India. Kita harus menjadikannya 'syurga' bagi mereka. Setuju? "



Beberapa orang dengan cepat menyoroti penganiayaan umat Islam India melalui laporan media dan gambar visual. Mereka berkongsi beberapa keping gambar termasuk seorang lelaki, Mohammad Zubair, yang dipukul oleh kumpulan Hindutva semasa program Delhi Februari dan gambar, para fanatik Hindutva memanjat menara masjid dan meletakkan bendera safron di atasnya.

Mengulas ucapan menteri itu, seorang pengguna Twitter, Rajiv Kuma, memanggilnya "budak Hindutva yang tidak tahu malu" sementara yang lain, Amir Azhar, mengatakan bahawa menteri itu adalah salah satu "tanda wajah dengan nama Muslim" yang dimiliki organisasi nasionalis Hindu RSS begitu bangga "memutihkan kejahatan mereka terhadap kemanusiaan".



Sejak minggu lalu, beberapa intelektual dan aktivis Arab bersikap lantang mengenai kekejaman terhadap umat Islam India terutamanya setelah ekspatriat India yang bekerja mencari makan di negara-negara teluk didapati menghina menggunakan bahasa kotor terhadap orang Islam.

Berkali-kali, orang-orang Arab telah mempertahankan bagaimana negara-negara teluk memperlakukan ekspatriat India sangat berbeza dengan orang India memperlakukan kekejaman terhadap kumpulan minoriti terbesarnya, orang Islam.

Setelah kempen kebencian menyalahkan umat Islam atas penyebaran Covid-19 di India, seorang warganegara Kuwait, Abdul Rahman Al-Nassar, mendedahkan bahawa daripada 1654 pesakit COVID-19 di negara itu, lebih dari 900 daripadanya adalah orang India tetapi tidak ada seorang pun rakyat India yang didiskriminasi kerana agama dan mereka dirawat di hospital yang sama. 

Nasser kemudian menyatakan rasa terkejutnya dengan penolakan sebuah hospital India enggan menerima pesakit Muslim.


Begitu juga, seorang raja UAE, Puteri Al Qassimi, mengecam seorang lelaki, Saurabh Upadhyay, yang, selain menyalahkan umat Islam di atas pandemi Covid-19, yang mendakwa kononnya bahawa ekspatriat India telah membina kota-kota seperti Dubai dan mereka mempunyai kepentingan besar dalam setiap usaha di Timur Tengah. 

Menanggapi tweetnya, Qassimi menulis, “Semua pekerja dibayar untuk bekerja, tidak ada yang datang secara percuma. Anda membuat roti dan mentega dari tanah ini yang anda cerca dan ejekan anda itu adalah melampaui batas dan tidak akan dimaafkan. "

Sesiapa yang secara terbuka bersikap "rasis dan diskriminasi" di UAE akan didenda dan dipaksa untuk meninggalkan negara ini, tambahnya.

Ini menyebabkan Upadhyay memadam tweetnya.



Diangkat dari 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang aktivis dari UAE, mengatakan, 

“Saya rasa kita di timur tengah sekarang harus mulai memperlakukan minoriti kita (Hindu) dari India dengan cara yang sama, seperti mana mereka perlakukan ke atas orang Muslim di India. Kita harus menjadikannya 'syurga' bagi mereka. Setuju? "

Ertinya, '..perlu kita (negara-negara majoriti umat Islam) mulai memperlakukan minoriti kita (Hindu) dari India dengan cara yang sama, seperti mana mereka perlakukan ke atas orang Muslim di India..'

Wajarkah?

Penyatuan 27 Penggiat Seni. Ikut Syariat Ke Belum?

#HopeForMalaysians salah satu inisiatif kecil penggiat seni yang dilakukan atas dasar tanggungjawab menyemai harapan.
HopeForMalaysians salah satu inisiatif kecil penggiat seni yang dilakukan atas dasar tanggungjawab menyemai harapan. Kononnya..
HALAMAN HIBURAN
Simbolik penyatuan 27 penggiat seni


KUALA LUMPUR: Gabungan 27 penggiat seni menyampaikan lagu Arena Cahaya, nyanyian asal Zee Avi menerusi #HopeForMalaysians menyemarakkan semangat dalam jiwa rakyat Malaysia.
Ia menjadi satu harapan dan kewajipan sosial dalam mengembleng tenaga dan kreativiti menangani penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia. #HopeForMalaysians salah satu inisiatif kecil yang dilakukan atas dasar tanggungjawab menyemai harapan.


Lagu runut bunyi filem Ola Bola itu menjadi simbolik dan memberikan mesej positif dalam melodi dan lirik ciptaan Zee serta Rendra Zawawi. Lantas terlintas di fikiran anak rantau Malaysia yang bekerja di Jakarta, Indonesia untuk muncul dengan idea itu.
Pasangan suami isteri, Denys Munang dan Munirah Kader Shah serta sahabat, Mike Manicka melahirkan ilham menggabungkan 27 penggiat seni dari pelbagai genre menyampaikan mesej positif.
Zee berkata, dia menyambut baik idea kreatif sumbangan dan keikhlasan dihulurkan oleh 26 penggiat seni yang menyampaikan mesej Arena Cahaya.
“Ini satu penghormatan buat saya apabila rakan penyanyi yang memiliki bakat istimewa dan popular di Malaysia menyanyikan lagu Arena Cahaya.
“Saya melihat penggiat seni bersatu membantu memberi inspirasi dengan penuh harapan. Lagu ini ditulis untuk mengeratkan hubungan bukan hanya negara, malah individu berhadapan cabaran.
“Namun, saya percaya rakyat Malaysia kuat melalui detik sukar ini sekiranya beringat untuk bekerja secara kolektif bagi memastikan diri dan orang disayangi selamat,” katanya.
Lagu Arena Cahaya diterbitkan Rocketfuel Entertainment dan Monotone Inc.
Idea untuk membentuk vokal harmoni seramai 27 penggiat seni dilakukan dalam masa dua minggu dan dilancarkan semalam, serentak di laman sosial.
Selain Zee, antara penggiat seni terbabit dalam video termasuklah Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Anuar Zain, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Noryn Aziz, Adibah Noor, Marsha Milan, Leaism, Bihzhu, Dasha Logan, P’ie Ramayan, Vince Chong, Dina Nadzir, Aina Abdul, Myo OCK, Acap Salammusik, Alena Murang, Daniel Lee, Elvira Arul, Lah Ahmad, Mayabayu, Santosh Logandran dan Rich Gimbang.
Pada permulaan lagu, Amy Search muncul menyampaikan mesej dan ucapan terima kasih buat petugas barisan hadapan Malaysia. (BH)
Komen Weblog Ibnu HasyimPenyatuan 27 penggiat seni... Ikut syariat ke belum?
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails