Friday, May 22, 2020

Gadis seminggu ditemui berpaut akar pokok dalam sungai.


Hanis ditemui di tengah sungai, berpaut di akar pokok dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

PASIR PUTEH: Seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui berpaut pada akar pokok dalam sungai di kawasan bukit Felcra Kruak, Jertih, Terengganu, petang kelmarin.
Hanis Syamimi Yusoff, 20, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 3 petang selepas usaha mencarinya dilakukan apabila menemui motosikal yang dinaikinya terbenam di dalam selut kawasan bukit berkenaan.
Hanis dilaporkan hilang oleh ibunya, Nasarah Mohammad, 55, apabila dia tidak pulang ke rumah selepas keluar pada jam 8 pagi, 13 Mei lalu.
Keluarga kemudiannya menularkan kisah kehilangannya selepas gagal menjejaki Hanis di semua tempat termasuk sekitar bandar Pasir Puteh.
Hanis Syamimi ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas hilang seminggu. Gambar kanan, motosikal yang dinaiki Hanis tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya. - Foto ihsan keluarga Hanis Syamimi ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas hilang seminggu. Gambar kanan, motosikal yang dinaiki Hanis tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya. - Foto ihsan keluarga 
Sepupunya, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, selepas tular kisah kehilangan Hanis ada individu yang memberi maklumat terlihat motosikal yang dinaiki gadis itu tersadai di dalam selut di bukit Felcra Kruak kira-kira 55 kilometer dari rumahnya.
Katanya, hasil laporan itu dia dan ahli keluarga serta penduduk Felcra bersama anggota polis bekerjasama mencari Hanis di kawasan motosikal dia ditemui.
"Hanis ditemui di tengah sungai, berpaut di akar pokok dalam keadaan lemah dan tidak bermaya," katanya ketika ditemui di Kampung Guntong, di sini, malam ini.
Hafiz berkata, Hanis memaklumkan sepanjang seminggu hilang, dia hanya makan nasi goreng diberikan penduduk, namun enggan keluar dari sungai meskipun dipujuk penduduk kampung.
Katanya, polis juga mengambil masa untuk memujuk Hanis keluar dan menyeberang sungai.
"Dia beritahu keluarga, ada orang memanggil namanya untuk ke sungai itu walhal dia tidak pernah sampai ke sana dan keluarga juga percaya dia berada di situ selepas motosikalnya tersangkut di dalam selut," katanya.
Hafiz berkata, sepupunya itu mengalami kemurungan dan beberapa hari sebelum hilang dia dilihat sering bercakap seorang diri.
Katanya, Hanis adalah anak tunggal kepada Nasarah dan sedang belajar semester dua dalam pengajian Seni Digital di Politeknik Arau, Perlis.
Hanis pulang ke kampung pada 30 April lalu dan dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Menurutnya, Hanis yang tinggal berdua bersama ibunya selepas kehilangan bapa sejak 2008 dan hanya mengharapkan wang pencen arwah bapa bagi menampung kehidupan mereka berdua.
Sementara itu, Nasarah berkata, anaknya mengalami masalah emosi sejak Tingkatan Lima dan kurang bersosial kerana sering berasa rendah diri.
"Saya syukur kerana dia selamat dan tidak cedera walaupun ditemui dalam bukit yang jauh dari rumah, dia anak yang baik cuma alami tekanan perasaan, kami juga orang susah, mungkin banyak sebab dia rasa tertekan," katanya.

Hibur Hibur Sikit

Iwan Fals - Siang Sebrang Istana


Terminal Iwan fals

Kesatuan politik Melayu enjin kestabilan negara

#AgongKita: Jangan cetus api perselisihan, runtuh keharmonian negara - YDP Agong
SEJAK Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu, dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan, politik Malaysia mula mencorakkan bentuk baru. 
Ianya banyak melibatkan kesedaran dan perubahan sikap pimpinan politik Melayu khususnya yang sedar dan akur akan kehendak rakyat serta perubahan yang perlu dicetuskan untuk mengembalikan kestabilan politik dalam negara.

Kestabilan politik suka tak suka banyak bergantung kepada kepuasan dan keselesaan kelompok rakyat terbesar dalam negara iaitu orang-orang Melayu. Mana sahaja parti politik atau blok yang mahu memerintah negara dan negeri-negeri perlu mengambil kira sentimen orang-orang Melayu selain kaum yang lain, itulah realiti politik di Malaysia sejak Merdeka.

DAP contohnya satu parti yang cukup faham akan kehendak ini. Setelah bergelut dalam politik negara sejak 1969, mereka sedar tanpa sokongan dan dukungan pengundi Melayu, mustahil mereka dapat merangkul kuasa di peringkat Persekutuan. Kerana itu DAP mengambil beberapa langkah antaranya menonjolkan calon-calon Melayu dan kemudiannya apabila ia kurang berjaya kecuali di kawasan campuran, mengusahakan pula pakatan politik dengan parti-parti lain khususnya yang punya pengaruh Melayu.
Ternyata PRU ke-14 lalu setelah menunggu hampir 50 tahun, formula DAP ini berjaya apabila Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan bersama PKR, BERSATU dan PAN berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN). DAP dengan pendekatan politik perkauman dan Cauvinis mereka telah berjaya menggembleng sokongan masyarakat bukan-Melayu hingga hampir 90 peratus, manakala dengan bantuan PKR, BERSATU dan PAN, mereka berjaya mengutip kira-kira satu pertiga sokongan pengundi Melayu, apabila BN-Umno dan PAS turut bertanding 3 penjuru menentang PH.
PH menyapu bersih kesemua kerusi majoriti bukan-Melayu, selain kerusi-kerusi campuran termasuklah beberapa kerusi majoriti Melayu.
Kemunculan Kerajaan baru PH ini pada awalnya rata-rata melegakan rakyat termasuklah orang-orang Melayu yang percayakan janji-janji lunak dan enak yang terkandung dalam Manifesto PH. Namun apabila PH mula mentadbir negara dan kebanyakan negeri-negeri, wajah DAP mula terserlah.
Kerajaan baru PH rupanya didominasi wakil-wakil bukan-Melayu dengan DAP memegang saham terbesar. Lalu dengan pengaruh itu rakyat mula melihat satu demi satu dasar dan program Kerajaan dibentuk dan dilaksana berdasarkan acuan perjuangan DAP iaitu ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Negara Sekular’.
Rakyat khususnya orang-orang Melayu termasuklah kakitangan Kerajaan dan orang awam mula merasa curiga dan kacau apabila DAP mula menerobos dan masuk campur dalam urusan yang selama ini dianggap sebagai lapangan eksklusif orang-orang Melayu. Tiada sudut yang tidak diusiknya termasuklah hal melibatkan kontrak sosial, bahasa, budaya termasuklah agama dan Raja-raja Melayu. Dalam pada itu janji-janji manifesto tidak ditepati.
Menyedari kesilapan dan kerugian ini, bangkit keinsafan bahawa tanpa kuasa politik nasib dan masa depan umat Melayu dan negara terancam dan tidak mustahil boleh tergadai.
Lantas dimulakanlah langkah segera, dua buah parti politik Melayu terbesar dalam negara iaitu PAS dan Umno telah memeterai Piagam Muafakat Nasional, menyatakan kesediaan untuk bersatu demi menghadapi ancaman ini.
Dan dari situ politik negara terus memasuki fasa baru, Pilihan Raya – pilihan raya Kecil bermula dari Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjong Piai dan terakhir di Kimanis, Sabah membuktikan rata-rata umat Melayu Bumiputera bersedia bangkit bersatu menolak PH dan mendukung usaha penyatuan ini.
Kemudian ditakdirkan PH berbalah sesama mereka sehingga Pengerusinya Tun Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri meletak jawatan, mengambil kesempatan dari peluang runtuhnya Kerajaan ini Presiden BERSATU melalui inisiatif politik berbagai pihak telah mendapatkan sokongan PAS, BN, GPS dan beberapa parti Borneo sehingga membentuk Kerajaan baru peringkat Persekutuan dikenali PN.
Kesedaran politik semakin membuak-buak selepas itu yang mendorong wakil-wakil rakyat Melayu Islam khasnya dari PKR dan BERSATU termasuklah DAP beralih-arah. Ternyata politik kesatuan ummah, iaitu penyatuan kuasa politik umat Melayu diingini rakyat kebanyakan dan ia apabila terjalin mampu membawa kestabilan politik dan rakyat Malaysia keseluruhannya boleh berasa lega dan tenteram.
Maka dari situ satu demi satu Kerajaan Negeri milik PH roboh. Bermula di Johor, bukan hanya ADUN Melayu Islam malah yang bukan-Melayu juga turut menyedari perlunya landskap politik baru dibentuk menggantikan PH. Johor menjadi pemangkin kepada kebangkitan baru diikuti Melaka, Perak dan terbaru di Kedah.
Terbukti kesatuan kuasa politik Melayu menjadi kunci kestabilan, bukan bermakna hak masyarakat bukan-Melayu dinafikan tetapi mematikan politik perkauman dan Cauvinis menjadi tuntutan. Masyarakat bukan-Melayu di Malaysia sejak dahulu telah mendapat limpahan keadilan dan kesejahteraan tanpa perlu hadir kuasa politik rasis dan Cauvinis untuk memperjuangkannya dengan melemahkan kuasa politik Melayu. Hatta di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan dan Terengganu nasib mereka terus terbela, tiada yang terpinggir apa lagi didiskriminasi.
Hakikatnya hari ini rakyat boleh terima dan tidak protes apabila Tan Sri Muhyiddin bangkit sebagai PM baru, demikian juga di Johor, Melaka dan Perak serta terbaru Kedah, perubahan ini dianggap sebagai satu langkah yang menyelamatkan masa depan mereka.
Semoga kesedaran ini terus dipupuk dan perubahan seluruh negara dapat dilaksanakan demi Malaysia yang lebih kukuh, sejahtera dan selamat.
Mungkinkah akan berlaku juga selepas ini perubahan di Negeri Sembilan, Sabah dan Selangor pula? Sama-sama kita tunggu dan doakan, ianya tidak mustahil.
Mungkinkah juga ramai lagi wakil rakyat dari PH di peringkat Parlimen yang akan akur dan bersama perubahan landskap politik yang diterajui PN dan MN ini?
Marilah kita meletakkan nasib dan kepentingan rakyat dan negara di hadapan. Politik peribadi, dinasti dan rasis serta Cauvinis perlulah dihapuskan. Malaysia perlukan pimpinan yang mewakili semua kaum dan yang dapat memberi jaminan keadilan dan kesejahteraan buat semua. Ini bukan masanya untuk berbalah dan berebut jawatan, tetapi pasca COVID-19 ini, ia masa untuk membina dan memperkasakan kembali politik, ekonomi dan masa depan negara.
Bersama kita membina Malaysia yang baru.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat semua, maaf zahir dan batin.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/5/2020

Thursday, May 21, 2020

5 Restoran Unik&Kreatif, Jaga Jarak Sosial, Keselamatan, Covid-19.

COVID-19: Lima restoran ini guna kaedah unik jaga jarak sosial, keselamatan pelanggan
Berikut merupakan kaedah unik dilaksanakan oleh beberapa buah restoran. - Gambar REUTERS
Sikit Tazkirah Ekonomi: 

RESTORAN antara kunjungan utama penduduk di sesuatu tempat dalam menikmati juadah makanan dan minuman, selain dijadikan sebagai tempat bersosial dan bekerja.

Di sebalik pandemik COVID-19, tidak hairanlah jika operasi sektor penting ini perlu diteruskan bagi memastikan ekonomi negara kekal berjalan selepas menyaksikan perintah penutupan dan sekatan sejak beberapa bulan lalu.

Namun, bagaimanakah restoran mengadaptasi kelonggaran yang diberikan supaya dapat terus menjalankan perniagaan dalam suasana normal baharu seperti penjarakan sosial?

Berikut merupakan kaedah unik dilaksanakan restoran di beberapa negara:

1. Restoran Fish Tales Bar & Grill in Ocean City, Ocean City, Maryland

Restoran tepi air (waterfront) ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya.

Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggannya mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan.

Selari dengan arahan ditetapkan kerajaan, meja individu itu memiliki empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.
.

2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand
Bagi penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran perintah berkurung dilaksanakan.

Pelanggan yang ingin makan di premis, bagaimanapun, perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial.

Tidak cukup dengan meletakkan penghadang plastik yang memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, restoran malah menetapkan syarat kepada mereka untuk duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak. 

Kaedah penghadang plastik ini bukan sahaja boleh dilihat di Thailand, malah normal baharu ini juga dilaksanakan di negara China dan Taiwan.
.

3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam

Sebuah restoran Belanda tepi air di Amsterdam menyediakan ruang khas seperti rumah kecil dikenali ‘rumah hijau kuarantin’.

Ia dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air.

Selain itu, untuk lebih selamat, para pelayan di restoran itu memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan dan pelindung muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja.

Restoran Mediamatic Eten ini dijangka mula beroperasi pada Khamis (21 Mei).
.

4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok, Thailand

Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok, Thailand bertindak kreatif dengan menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan.

Kedai Art of Coffee ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan cawan kopi kepada pelanggan dalam jarak 1 meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.


5. Restoran makanan segera, McDonald's

Restoran makanan segera, McDonald's difahamkan juga beroperasi dalam suasana normal baharu.

Di Taipei, Taiwan, umpamanya, cawangan McDonald's memastikan pelanggan mereka untuk merekod nama, nombor telefon dan angka suhu yang diperiksa di premis berkenaan.

Selain mewajibkan pekerja untuk memakai pelitup muka, mereka juga perlu merekodkan suhu para pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.

Jika di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan (thermal monitor) sebelum mengambil pesanan di kaunter.

Pelaksanaan dan SOP ini mungkin berbeza-beza di setiap restoran seluruh negara.

Bagaimana pula usaha pemilik restoran di tempat anda untuk memastikan anda sebagai pelanggan memahami kepentingan penjarakan sosial? 

Sawit Kembali Kukuh? Berita Gembira Rakyat, Kecuali Bekas M/Kewangan PH?

Ust Dr. Khairuddin at-Takiri - Home | Facebook
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Harga Minyak Sawit Dijangka Kembali Kukuh Susulan Import Semula Oleh India
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan pengimport India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata perubahan pendirian kerajaan India untuk tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis serta kesediaan kerajaan Malaysia memastikan jurang dagangan kembali rapat telah membantu peningkatan import oleh negara berkenaan.
Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan import adalah harga pasaran minyak sawit mentah yang kini berada di bawah paras pencukaian duti eksport Malaysia, katanya.
“Perkembangan hubungan diplomatik kini bertambah baik dengan kontrak belian minyak sawit bagi Jun dan Julai 2020.
“Kerajaan menjangkakan situasi ini memberikan impak positif ke atas industri sawit dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairuddin berkata berdasarkan data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), eksport minyak sawit Malaysia ke India pada Januari hingga April 2020 menunjukkan penurunan drastik hampir 94 peratus kepada 96,145 tan berbanding tempoh yang sama 2019 dengan jumlah eksport pada 1.6 juta tan.
Namun, minyak sawit yang didagangkan di Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 47 peratus kepada 66,427 lot semalam berbanding purata 45,200 lot setiap hari sepanjang minggu lepas, katanya.
“Semoga dengan perkembangan terbaru ini, India akan terus mengimport minyak sawit Malaysia bagi memenuhi keperluan minyak sayuran dan lelemak negaranya,” kata beliau.
Beliau berkata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia giat berusaha sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengadakan beberapa siri rundingan secara maya untuk menarik pengimport dari India agar membeli minyak sawit Malaysia.
India merupakan antara rakan dagang terpenting Malaysia dalam sektor agrikomoditi.
Negara itu juga ialah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada 2019 dengan jumlah sebanyak 4.5 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM9.8 bilion.
Jumlah eksport ini meningkat kira-kira 67 peratus berbanding pada 2018 dengan jumlah eksport sebanyak 2.7 juta tan.
Mohd Khairuddin menegaskan kerajaan Malaysia komited untuk menjaga hubungan baik dengan kerajaan India bagi meningkatkan lagi hubungan diplomatik dan perdagangan kedua-dua negara.
Hubungan ini perlu supaya kepentingan kedua-dua pihak dapat dipelihara dan rakyat dapat menikmati hasilnya, katanya.
Industri sawit negara memberikan pendapatan kepada hampir 500,000 pekebun kecil sawit termasuk kira-kira 258,000 pekebun kecil persendirian. – BERNAMA
Harga Minyak Dunia Kembali Meningkat
Harga Minyak Dunia Kembali Meningkat
TOKYO – Harga minyak meningkat hari ini selepas data menunjukkan inventori minyak mentah AS merosot yang sekali gus meredakan kebimbangan terhadap lebihan bekalan walaupun ketakutan terhadap global pandemik masih menyekat keuntungan.
Kontrak hadapan minyak mentah Brent penghantaran Julai didagangkan tinggi 17 sen atau 0.5 peratus pada AS$32.92 setong pada 0024 GMT.
Kontrak hadapan US West Texas Intermediate (WTI) penghantaran Julai naik empat sen atau 0.1 peratus pada AS$33.53 setong.- Agensi
Komen Weblog Ibnu HasyimSawit kembali kukuh? Berita gembira kepada rakyat Malaysia,  kecuali kepada bekas Menteri Kewangan PH yang gopoh bertindak?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
Bab 1

Ibu sebak teringat Adib. Sila beri Komen..

ASMA Aziz. FOTO Zuliaty Zulkiffli

"SAYA sebak, tak boleh nak cakap sebab setiap kali raya memang teringat arwah kerana dia suka sangat serunding ikan serta ketupat yang dibuat," kata Asma Aziz, 52.
Asma adalah ibu kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, dua tahun lalu.
Menurut Asma, tahun ini, dia menyambut Aidilfitri ala kadar bersama suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dan dua anak perempuan di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat Alor Setar.
Katanya, untuk anak sulungnya, Mohd Asyraf, 29, yang menetap di Kuala Lumpur, sudah menghantar ketupat sejuk beku, minggu lalu.
"Kami empat beranak cuma sambut biasa sahaja, raya pun tak meriah sangat tahun ini.
"Cuma sebak bila teringat arwah, dia selalu balik kalau ada cuti setiap kali raya," katanya dalam nada sedih.
Semalam, suami isteri itu dikunjungi Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Syufa'at Kamaron pada program ziarah sempena Aidilfitri.
Syufa'at berkata, JBPM Kedah tidak pernah melupakan keluarga arwah Adib.
Beliau berkata, dengan lawatan dan sumbangan yang diberikan, ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mereka. (MyMetro)

Sila beri komen.

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono – Peguam

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono – Peguam

TINDAKAN seorang peguam Shaharuddin Ali menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan kes Riza Aziz yang dilepaskan tetapi tidak dibebaskan (Discharge Not Amounting To Acquittal- DNAA) adalah perbuatan tidak masuk akal dan bersifat semberono.
Menurut seorang peguam, Shaharuddin Ali tidak mempunyai apa jua locus standi untuk berbuat demikian kerana kes terbabit adalah prosiding jenayah.
“Kuasa pertuduhan atau pengguguran kes dalam prosiding jenayah hanya boleh dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara (AG Chambers). Hanya pihak berkepentingan seperti Pendakwa Raya (di bawah Pejabat Peguam Negara) atau Peguambela tertuduh sahaja yang boleh menguruskan apa jua perkara berkaitan dengan kes.”
Bagi peguam ini, tindakan Shaharuddin ini seolah-olah cuba untuk campur tangan dalam hal-hal pendakwaan yang dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara. Ini jelas bertentangan dengan Kanun Tatacara Jenayah yang diguna pakai untuk semua prosiding jenayah di Malaysia.
Perbuatan Shaharuddin ini bukan sahaja tidak menghormati mahkamah, tetapi juga menganggu prosiding jenayah kes-kes lain yang berkaitan. Ini kerana sebaik diberi DNAA oleh mahkamah, Riza Aziz telah diletakkan sebagai saksi pendakwaan di dalam kes jenayah lain bagi membantu Pendakwaraya.
Peguam terbabit juga menyifatkan Shaharuddin Ali tidak begitu peka dalam hal-hal berkaitan prosiding jenayah kolar putih, terutamanya yang melibatkan pertuduhan penggubahan wang haram yang tertakluk di dalam Akta AMLATFA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001)
“Kes yang dibicarakan di bawah akta ini adalah berbeza daripada jenayah-jenayah yang lain. Bukan mudah untuk membuktikan kesalahan dan mensabitkan seseorang untuk kesalahan di dalam akta tersebut. Beban pembuktian untuk kes seperti ini adalah amat berat dan Pendakwaraya perlu mempertimbangkan kos dan pelbagai lagi isu yang ditanggung oleh pihak kerajaan.”
Perbincangan antara kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam bela, di dalam kes seperti ini sering berlaku. Tujuan utama adalah untuk mengembalikan apa jua hasil daripada penggubahan wang tersebut kepada kerajaan Malaysia. Suara TV

Hibur Hibur Sikit

Si Jantung Hati (Hẹn hò đêm trăng)-Penyanyi Thai

1659. Bunyi Gitar (P. Ramlee cover)

‘Datuk Bandar KL, Pelacur Kuasa’

Datuk Bandar Kuala Lumpur turut kena saman | Wilayah | Berita Harian
Kuala Lumpur – Seorang lelaki menzahirkan rasa berang dengan sikap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang disifatkan sebagai menyalahgunakan kuasa
Khairul Amri Hamidi melalui laman Facebook mendakwa, Noor Hisyam telah meluluskan tender kepada Jitu Harta Sdn Bhd sedangkan permohonan tender syarikat tersebut telak ditolak diperingkat awal.

“Datuk Bandar KL, Noor Hisham Dahlan punya perangai huduh macam muka dia juga. Tangguh Mesyuarat Lembaga Tender sehingga tiga kali (kerana) nak ‘adjust’ bagi kepada syarikat yang dia setting. Dia punya suwey perangai dari start Khir Toyo bg Anugerah Penyapu sampai ke hari ini. Tahniah Datuk Bandar KL, fuck you! Syarikat tak masuk shortlisted (pun) berjaya. Kau pelacur kuasa & amanah,” luahnya sebentar tadi.
Khairul turut memuatnaik 2 keping dokumen bagi menguatkan dakwaannya itu. SuaraTV masih mencuba untuk menghubungi Noor Hisyam bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini.
Sementara itu aktivis politik, Mohd Rafi Awang Kechik turut membangkitkan isu yang sama sambil mempersoalkan hubungan Noor Hisyam dengan syarikat terbabit.
“Apa Datuk Bandar Kuala Lumpur nak jawab ni? Mengapa dia pilih syarikat yang tidak masuk pun dalam senarai short listed utk menang Tender.
“Kenapa syarikat ini yang dia pilih? Apa hubungan Datuk Bandar KL dengan syarikat ini? Dia juga dituduh telah postpone Tender Board Meeting sebanyak 3 kali utk adjust diberikan kepada syarikat tertentu.
“Dia dituduh sebagai pelacur kuasa dan amanah dan betullah tuduhan ini kalau begini gaya DB KL,” jelasnya pula.
Rafi turut mendakwa sikap ‘pilih kasih’ Noor Hisyam yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya itu telah menyebabkan ramai kontraktor bumiputera merungut.
Beliau turut mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akan dakwaan tersebut.
“SPRM wajah Datuk Bandar yang menerima hadiah penyapu dari Khir Toyo semakin terdedah.
“Ramai kontraktor Melayu merungut dengan kesombongan DBKL ini. Mohon siasat apa hubungan syarikat Jitu Harta Sdn Bhd dengan Datuk Bandar ini yang telah diberikan kontrak oleh DBKL.
“Datuk Bandar ini peninggalan PH dan dipersetujui oleh Khalid Samad,” bidasnya lagi. – SuaraTV

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails