Friday, June 26, 2020

Jawapan Kepada RoketKini..


Rakyat akan hukum Adun khianat’ – DAP Perak
oleh Pada 


RAKYAT akan menghukum Adun yang mengkhianati mandat rakyat dan menggadaikan maruah mereka demi kepentingan politik, tegas DAP Perak dalam kenyataan, hari ini. 
Kenyataan itu mengulas tindakan Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang bertindak menyokong pihak lawan sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Perak. 

Lihat: Demokrasi ala DAP 'terlalu cacat'. -A. Sivasubram...

A Sivasubramaniam dilaporkan menyertai Gerakan dalam satu sidang media hari ini, sementara Choo Kiong kekal bebas. 
“A Sivasubramaniam telahpun dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP pusat bersama-sama dengan Choo Kiong yang mengkhianati mandat rakyat pada Mac tahun ini. 
“Beliau merupakan satu beban (liabiliti) apabila beliau masih berada dalam DAP,” kata kenyataan itu.
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dilantik untuk menyelaras aktiviti DAP di DUN Buntong bagi meneruskan perkhidmatan parti kepada rakyat. 
“Usaha murni DAP untuk berkhidmat kepada penduduk Buntong tidak pernah terhenti dan sumbangan bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dijalankan secara tersusun dan berjadual,” ujarnya. 
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menegaskan bahawa mana-mana ahli DAP yang menyertai sidang media A Sivasubramaniam hari ini akan dilucutkan keahliannya serta merta. 
“Organisasi akar umbi DAP di kawasan Buntong kekal kukuh dan teguh. Pimpinan cawangan yang ada tidak akan terjejas dengan pengumuman A. Sivasubramaniam tadi. 
“DAP akan terus berjuang demi membentuk Malaysia Baharu yang bersih, telus dan adil untuk semua kaum dan DAP akan terus bertanding di kawasan DUN Buntong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk mempertahankan mandat rakyat,” ujarnya. — Roketkini.com

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini jawapan kepada Roket DAP..

Tolong Anjing PH Tersepit. Terlepas, Dia Gigit Kita Balik!
PEDANG SAMURAI: ONE GOOD DEED DESERVES ANOTHER?
Belum reda masalah covid19, kini mereka cuba menakut-nakut kan rakyat dengan ingin menukar kerajaan semula.

Apa mereka ingat tukar kerajaan tu macam tukar baju ke. Sekejap nak kerajaan A kemudian B , kemudian A semula. Kerajaan PN terbentuk pun bukan sengaja. Hanya di sebab kan PM dari PH meletak kan jawatan dan MP PH merasa kurang yakin kepada pemerintahan PH, maka mereka ingin kan kerajaan yang baru dan ini telah di persetujui oleh YDPA. 

Rasa hormat kepada Institusi Raja macam dah tak ada, sanggup mereka hina keputusan YDPA yang inginkan kestabilan politik. Perasaan rakyat pula langsung tidak diperdulikan. Kerakusan serakah kuasa lebih diutama. 

22 bulan PH telah diberi peluang oleh rakyat untuk buktikan mereka kerajaan yang boleh diandalkan, namun hampa, gagal bahkan menyusahkan. Hutang negara PH tambah, aset negara PH jual, harta negara PH jarah, perpaduan rakyat berbagai kaum membara tinggal belum membakar aje, ketegangan agama memuncak, semua institusi kerajaan PH hina dengan berbagai cara, hubungan dengan negara luar remuk teruk. 

Seremuknya batang buruk diramas. Perit perih umpama negara dijajah kuasa asing semasa PH perintah. Tak cukup ke PH seksa rakyat yang telah terpedaya memberi mereka kuasa. Seperti memberi makan anjing tersepit, PH gigit tangan yang beri undi dulu.

Apa lagi yang boleh PH beri jaminan kepada rakyat jika PH jadi kerajaan kembali yang boleh menyenangkan rakyat. Kenapa begitu zalimnya hati2 pimpinan PH, sezalim firaun semasa berkuasa.

Rakyat bukan ingin di mua tapi cukup dapat hidup dalam ketenangan yang mereka tak rasakan semasa PH perintah dulu.

Kini kehidupan rakyat di Malaysia sudah cukup baik. Bukan seperti tepung sempret yang ditekan dalam acuan tajam hujungnya. Tolong jangan siksa kami dengan permainan politik tengik kamu.
Oleh Johorborn -9 Syawal 1441H

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok.....

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.



Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Demokrasi ala DAP 'terlalu cacat'. -A. Sivasubramaniam

ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan
Sivasubramaniam berkata, pengalaman selama 22 bulan bersama DAP menjadi kerajaan di Perak, adalah amat mendukacitakan. - Gambar Astro AWANI
ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan

IPOH: Selepas lebih tiga bulan mengumumkan keluar daripada DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, di Perak, A. Sivasubramaniam memilih untuk menyertai parti Gerakan.

Kata Sivasubramaniam, keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP.

Sivasubramaniam berkata, pengalaman selama 22 bulan bersama DAP menjadi kerajaan di Perak, adalah amat mendukacitakan.

"Kononnya, DAP adalah sebuah parti politik yang berpaksikan demokratik dan multiracial. Tetapi keadaan sebenarnya terlalu pahit.


"Demokrasi dalam DAP Negeri Perak dikawal oleh satu dua orang yang berkuasa, mengenepikan kesuburan demokrasi dalam parti itu.

"Di peringkat negeri, dua saudara yang terlalu selesa dengan kuasa, tiada siapa yang boleh menegur mereka, tiada siapa yang boleh menasihati mereka. Demokrasi ala DAP adalah terlalu cacat," katanya pada sidang media khas di Wisma Gerakan Perak di Ipoh pada Jumaat.

Hadir sama Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng.

Pada 9 Mac lalu, Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong mengisytiharkan keluar DAP bersama-sama ADUN Titi Serong dari Amanah, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim untuk menjadi ADUN bebas.

Sivasubramaniam yang menjadi ADUN sejak tiga penggal lalu, berkata, lebih 600 ahli DAP daripada 21 cawangan parti itu di Buntong juga bertindak keluar dan menyertai Gerakan.

Sambil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan kerajaan PN Perak, Adun Buntong itu percaya ada lagi wakil rakyat DAP akan meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Dominic Lau mengalu-alukan penyertaan Sivasubramaniam ke dalam Gerakan bagi meneruskan perjuangnya untuk rakyat di Buntong. (AA)



Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"


Hibur Hibur Sikit

Si Jantung Hati (Hẹn hò đêm trăng)

NGƯỜI ĐẾN TỪ TRIỀU CHÂU QUANG LINH KTV

Imbas Kembali Perjuangan PAS Di Parlimen..


Sorotan Seminggu Ahli Parlimen PAS
17/11/2017

1. Pada petang Isnin 13 November, sesi pengundian Bajet telah berlangsung dengan hasil pengundian sebanyak 107 orang bersetuju, 59 orang menolak dan 11 orang berkecuali.
PAS memilih untuk berkecuali dalam hal kelulusan Bajet ini kerana sememangnya terdapat perkara bermanfaat di dalamnya, namun masih wujud perkara yang membebankan rakyat, seperti pelaksanaan cukai GST di dalam Bajet tersebut.
2. Pada Selasa 14 November 2017, Bajet yang telah diluluskan di peringkat dasar melalui proses seterusnya iaitu perbahasan di peringkat jawatankuasa (Kementerian).
Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali telah diberikan tugas untuk membahaskan Bajet Jabatan Perdana Menteri. 

Antara isu yang dibangkitkan oleh mereka ialah mengenai peranan Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, JAKIM, TV Al Hijrah, Pusat Tahfiz, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Pejabat Mufti Wilayah dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Selain daripada itu, Ahli Parlimen PAS turut membangkitkan mengenai isu pelaksanaan Kaedah Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi urusan umrah.
3. Pada Rabu 15 November 2017, Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Dato’ Dr Nik Mazian bangun membahaskan Bajet Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai pembangunan industri padi, produk herba bernilai tinggi, usahawan muda, fungsi Agro Bank, dan MARDI.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Ustazah Siti Zailah pula ketika membahaskan Bajet Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyentuh mengenai bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil, kemajuan industri hiliran, dan penggunaan teknologi baru dalam memperkembangkan lagi produk yang berasaskan komoditi.
4. Bagi agenda soal jawab lisan, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Dr Izani bertanya kepada pihak kerajaan mengenai langkah mengatasi masalah remaja lari dari rumah.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali pula konsisten membangkitkan isu langkah penyelesaian masalah hakisan pantai yang berlaku di Parlimen Kuala Nerus. Soalan Ahli Parlimen Hulu Langat, YB DR Che Rosli pula mengenai pencapaian projek solar komuniti di Malaysia. YB Ustaz Ahmad Baihaki, Ahli Parlimen Kubang Kerian pula bertanya mengenai perkembangan Pusat Percetakan Al Quran yang menelan belanja RM 30 juta.
5. Pada hari Khamis 16 November 2017 pula berlangsungnya perbahasan Bajet Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi. Dalam ucapan perbahasan Bajet Kementerian Luar Negeri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, beliau mencadangkan inisiatif yang lebih tegas oleh pihak Kerajaan dalam hal membela nasib Rohingya yang ditindas oleh Kerajaan Junta Myanmar. 
Beliau turut memuji Kerajaan Malaysia yang bertegas membela Dr Zakir Naik walaupun wujud tekanan dan pelbagai tuduhan melulu terhadap pendakwah tersebut. Peranan OIC juga turut dibangkitkan dalam menangani keselamatan negara ummat Islam seperti di Syria dan Yaman. Akhirnya, beliau menyentuh mengenai peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik ummat Islam di Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh Zionis-Israel.
Mohd Shahir Abu Hassan
Pegawai Penerangan PAS Pusat


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Khurafat alam maya, mampu dibeli melalui talian atau e-dagang

WASIAT sabuk panglima perang hitam. Gambar kanan, baju wafaq perang.
Antara paling laris di pasaran adalah tali pinggang panglima perang hitam dan baju wafaq perang yang didakwa mampu melindungi diri dari bahaya jika dipakai di pinggang atau tubuh.

LAZIMNYA dahulu, objek khurafat membabitkan tangkal dan azimat hanya mampu diperoleh jika mengunjungi negara jiran, dukun atau pawang di pedalaman. Namun perubahan zaman menyaksikan semua itu mampu dibeli melalui platform jualan dalam talian atau e-dagang.
Ternyata pengguna tidak hanya ditawarkan produk kegunaan harian dan barangan rumah, malah boleh menempah pelbagai minyak pengasih, azimat, pelindung diri, tangkal kebal, gelang tarik rezeki, batu sakti, tali pinggang anti santau dan pelbagai barangan mistik lain.
Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa laman web e-dagang popular mendapati pelbagai azimat dan tangkal yang jelas bertentangan akidah bebas dijual.
Antara paling laris di pasaran adalah tali pinggang panglima perang hitam dan baju wafaq perang yang didakwa mampu melindungi diri dari bahaya jika dipakai di pinggang atau tubuh.

Melalui keterangan dilampirkan, si penjual mendakwa barangan itu boleh dijadikan azimat apabila diletakkan di pintu rumah atau kereta sebagai pendinding diri, penunduk musuh serta alat anti santau serta sihir.
Malah turut ditawarkan azimat kulit kijang yang didakwa memiliki aura istimewa untuk menjadikan di pemakai bertubuh kebal, ditakuti jin, menaikkan semangat serta memiliki kewibawaan tinggi.
MINYAK aura buluh perindu. MINYAK aura buluh perindu.
Turut menarik perhatian pelbagai jenis minyak pengasih yang menggunakan nama minyak puteri, minyak perindu asli, minyak rakyom dan pelbagai nama pelik.
Semua minyak ini dijual antara RM150 hingga RM600 sebotol, didakwa dihasilkan ketika bulan mengambang khusus untuk kelihatan tampan, menundukkan individu disukai, pemikat dan pelaris perniagaan.
Selain itu ada pelbagai azimat pelik dijual melalui dalam talian antaranya geliga kelapa, rotan songsang, raja kemenyan, geliga lipan, teras delima dan besi kuning yang diyakini mampu membawa kemenangan ketika berjudi selain digunakan golongan VIP untuk meraih sokongan dan kekayaan.
MINYAK harum pengantin. MINYAK harum pengantin.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, agak pelik apabila ada dalam kalangan masyarakat masih mempercayai objek dan amalan khurafat ini walaupun teknologi maklumat berkembang.
Menurutnya, agak sukar menghakis kepercayaan karut dan mistik terhadap objek mengarut terutama dalam kalangan individu cetek ilmu agama.
"Masyarakat perlu lebih berhati-hati dan merujuk ilmuwan berhubung rantaian produk dalam talian yang meragukan.
"Gaya pembelian dalam talian membabitkan produk yang menjurus kepada amalan bertentangan agama mampu membawa kepada kekufuran," katanya.
AZIMAT. Azimzt
Menurutnya, orang ramai dinasihati membina elemen pemikiran minda keselamatan iaitu cara pemikiran berasaskan kepentingan menilai secara kritikal terhadap sebarang elemen kecenderungan penipuan dan ideologi bertentangan norma asas agama Islam.

"Antara faktor mendorong berlaku khurafat adalah mudah mempercayai perkara tahyul, kecetekan ilmu agama dan terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau benda," katanya.

Perbuatan syirik ibarat racun dalam badan
"(Perbuatan) khurafat ini tidak mengira zaman. Sebelum ada banyak kemudahan atau pada zaman serba canggih kini, khurafat tetap wujud," ujar Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Menurutnya, umat Islam perlu menjauhi atau mengelak daripada terjebak perkara khurafat yang boleh mendatangkan syirik.
"Khurafat adalah dosa yang tidak boleh diampunkan. Umat Islam perlu elak terjebak perkara khurafat kerana ia membawa kepada syirik," katanya.
Beliau turut membidas aktiviti penunggang agama menjual tangkal menggunakan platform media sosial.
Katanya, kepercayaan karut tidak sepatutnya dilayani umat Islam.
MOHAMAD Shukri. FOTO Arkib NSTP MOHAMAD Shukri. FOTO Arkib NSTP
"Sama ada ditawarkan dalam bentuk kemudahan maya dan sebagainya, kita perlu menepis dan mengelak perkara ini.
"Pembekal barangan ini jangan ambil kesempatan. Agama tidak boleh ditukar ganti atau dijual dengan kebendaan.
"Perkara seperti ini sanggup dilakukan mereka yang menjadi hamba kebendaan.
Nabi menyebut celakalah manusia yang jadi hamba kepada dinar atau dirham (wang ringgit)," katanya.
Sementara itu, pendakwah terkemuka, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, kesan kepercayaan amalan khurafat atau syirik umpama racun yang memudaratkan tubuh badan.
"Jangan ambil atau percaya benda khurafat ia macam racun hingga menyebabkan amalan seseorang itu tidak diterima.
"Bahaya lagi kalau dia mati dalam keadaan syirik tanpa sempat bertaubat.
"Dalam Islam diajar cepat bertaubat dan perbetulkan segera kesalahan. Jangan biar ia terus menguasai diri," katanya.


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

PRU 15: MCA/MIC Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu.. M/Dateline


MCA, MIC berebut kerusi majoriti Melayu sebelum Umno, Bersatu dan Pas berunding
Oleh MALAYSIA DATELINE  June 25, 2020


Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan antara Umno dengan Bersatu dan Pas.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata demikian ketika mengulas tuntutan MIC Perak untuk kerusi DUN Pasir Panjang, Behrang dan Hutan Melintang serta desakan MCA untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Malim.

Untuk rekod, DUN Behrang dan Pasir Panjang dimiliki AMANAH manakala Hutang Melintang disandang oleh Umno. Bagi kerusi P077 Tanjong Malim pula kini berada di bawah PKR diwakili Chang Lih Kang.

“Saya pasti, ini merupakan perancangan rapi parti-parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN) untuk cepat-cepat ‘secure’ sebanyak mungkin kerusi majoriti Melayu sebelum Umno berunding dengan Bersatu dan Pas.

“Mengapakah kerusi majoriti Melayu? Semua orang tahu serta nampak dengan jelas bahawa MCA dan MIC selama ini dan akan selamanya menagih undi orang Melayu yang setia pada ‘lambang dacing’,” kata Aminuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rekod keputusan pilihan raya sebelum ini menyaksikan semua kerusi bukan majoriti Melayu yang MCA dan MIC tandingi terbukti tidak berjaya dimenangi sekali pun satu kerusi pun.

Sehubungan itu, Aminuddin berpendapat MCA dan MIC beralih perhatian kepada kerusi majoriti Melayu pula.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan Umno tertekan dengan tuntutan demi tuntutan kerusi untuk ditandingi pada PRU15 oleh kedua-dua parti bukan Melayu itu.

“Saya pasti bahawa parti-parti Melayu terutamanya Umno tertekan dengan tuntutan-tuntutan ‘test water’ sebegini.

“Maka, menjadi tanggungjawab akar umbilah untuk bersuara melawan arus dan naratif ‘nakal’ MCA dan MIC ini.

“Akar-akar umbi masyarakat Melayu adalah pengundi, maka anda berkuasa juga membuat tuntutan.

“Ini sama juga untuk pendokong parti-parti Melayu dalam PH seperti AMANAH dan PKR, itu pun jika mereka kisah mengenai isu ‘dominasi’ ini,” ujarnya lagi.

Paling buruk

MCA dan Umno antara dua parti terawal membentuk gabungan parti Perikatan pada 1952 sebelum disertai MIC dan pada 1973 sekali lagi kedua-dua parti menubuhkan BN menggantikan Perikatan.

Keputusan PRU-14 pada 2018 menyaksikan prestasi paling buruk MCA apabila hanya menang satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam di Johor yang dimenangi Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan majoriti hanya 303 undi. Terdapat 66.72 peratus pengundi Melayu di kawasan itu.

Di peringkat DUN, MCA hanya menang dua DUN iaitu Cheka dalam Parlimen Lipis di Pahang dan DUN Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar di Perlis juga kawasan majoriti pengundi Melayu dengan jumlah 71.4 peratus dan 77.83 peratus.

Sementara itu, MIC pula hanya mampu memenangi dua kerusi Parlimen dan tiga DUN pada PRU-14 berbanding PRU-13 dengan menang empat kerusi Parlimen dan lapan DUN daripada sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang ditandinginya.


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

PH Di Ambang Kehancuran...



SURVEY : Adakah Dr Mahathir Dan Anwar Masih Relevan Dalam Politik Malaysia?

Pakatan Harapan kini berada di ambang kehancuran disebabkan oleh persengketaan yang tidak ada kesudahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Bukan admin simpati, apa lagi menyokong Pakatan Harapan, tapi dalam sistem demokrasi, kita memerlukan barisan pembangkang yang mantap sebagai kuasa 'check and balance' kepada kerajaan yang memerintah.

Pakatan Harapan adalah satu-satunya barisan pembangkang yang ada dalam politik Malaysia dan sekiranya Pakatan Harapan berterusan bertelagah sesama sendiri, ianya adalah satu keadaa yang tidak sihat dalam sistem pemerintahan negara.

Bagi admin, kemelut yang tiada kesudahan dalam Pakatan Harapan hanya berpunca dari 2 watak, iaitu Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Kedua-duanya tamakkan kuasa dan hanya mementingkan agenda peribadi dari perjuangan membela nasib rakyat.

Terkini, Dr Mahathir 'demand' untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga dengan ugutan sekiranya kemahuan beliau tidak dipenuhi, beliau akan membawa serpihan Ahli Parlimen PPBM keluar dari Pakatan Harapan (BACA DI SINI), walau pun hakikatnya PPBM secara rasmi telah keluar dari Pakatan Harapan (BACA DI SINI).


Anwar pula enggan berkerjasama dengan Dr Mahathir kerana sudah berkali-kali terkena dengan Dr Mahathir.

Sampai sekarang tiada kata putus di antara mereka berdua sehingga rakyat sudah benar-benar bosan dengan perleingkahan yang tidak ada kesudahan ini.

Persoalannya, apakah mereka sudah terlalu yakin untuk meruntuhkan kerajaan hari ini hingga tiada ruang toleransi antara mereka?

Dan apakah rakyat masih merasakan mereka masih relevan dengan politik semasa di Malaysia?

Nyatakan pendapat anda dalam survey di bawah ini ..👇

Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Seterusnya..
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails