Thursday, July 23, 2020

Ragbi Sentuh, Mula Dapat Tumpuan Wanita Remaja.. Ikut Syariat?

NUR Ain kini turut mewakili sekolahnya dalam sukan ragbi sentuh.
SUKAN
Lasak tidak agresif
JIKA sebut sahaja ragbi, pasti ramai mengaitkannya dengan sukan lasak yang dimonopoli golongan lelaki.
Namun sejak kebelakangan ini, sukan itu mula mendapat tumpuan wanita termasuk remaja khususnya dalam ragbi sentuh.
Nurul Ain Mohd Zamri, 14, mempunyai pandangan tersendiri selain melihat ia tidak banyak beza dengan permainan ragbi biasa. Berbeza cuma jumlah pemain, ukuran gelanggang, peraturan dan cara bermain.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang, Kuala Selangor itu mula menceburi sukan terbabit empat tahun lalu dan kini menjadi kapten pasukan ragbi perempuan bawah 14 tahun untuk kelab, The Musketeers yang berpusat di Putrajaya.



Katanya, dia menyukai sukan itu kerana ia tidak mempunyai banyak peraturan dalam permainan selain memerlukan kepantasan fizikal dan taktikal.
"Secara umumnya, ragbi sentuh adalah sukan yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain meraih mata untuk pasukan.
LINCAH dan laju pergerakan Nurul Ain menjadikannya antara pemain ragbi remaja terbaik. LINCAH dan laju pergerakan Nurul Ain menjadikannya antara pemain ragbi remaja terbaik.
PASUKAN ragbi remaja perempuan The Musketeers bawah 14 tahun. PASUKAN ragbi remaja perempuan The Musketeers bawah 14 tahun.
"Permainannya juga tidaklah 'kasar' atau memerlukan terjahan keras seperti ragbi biasa. Malah kami juga jarang mengalami kecederaan teruk.
"Pendek kata, meskipun aktif bermain ragbi sentuh namun ciri kewanitaan kami tidak hilang, " katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada sesi latihan di Putrajaya, baru-baru ini.
Rakan sepasukannya, Nur Ain Shuhada Ismail, 14, pula bersyukur kerana keluarga memberi sokongan penuh kepadanya untuk bergiat aktif dalam sukan terbabit.
Bagaimanapun, pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu berkenaan hanya berpeluang bersama pasukan bertaraf kelab itu ketika cuti sekolah atau menghadapi perlawanan penting saja.
Kata Nur Ain, selain dirinya, adik lelaki dan abangnya juga aktif bermain ragbi menerusi kelab itu.
"Setiap kali perlawanan tidak kira di dalam atau luar Putrajaya, keluarga terutama bapa tidak pernah ketinggalan untuk hadir memberikan sokongan.
TONGGAK pasukan, Nurul Ain, Nur Ain dan Nurin Qashrina Ismadi. TONGGAK pasukan, Nurul Ain, Nur Ain dan Nurin Qashrina Ismadi.

"Seperti sukan berpasukan lain, ragbi sentuh juga dapat membina keyakinan diri dan ketahanan mental serta fizikal.
"Saya bersyukur kerana selain kelab, saya juga terpilih mewakili sekolah untuk sukan ini, " katanya yang bermain di posisi sayap kanan.
Sementara itu, pasukan Nurul Ain dan Nur Ain kini dilatih oleh jurulatih berpengalaman, Abdul Rahman Abdul Wahab, 53.
Mereka bukan sahaja semakin digeruni malah turut menjuarai kategori bawah 20 tahun pada Kejohanan Touch Rugby Wanita 2.0 baru-baru ini.
Kejohanan yang diadakan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor itu turut disertai 20 pasukan wanita dari seluruh negara.
Pada kejohanan itu, Nurul Ain turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
GIGIH menjalani latihan (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan). GIGIH menjalani latihan (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan).

Selain itu, pasukan berkenaan turut menyertai pertandingan ragbi di negara jiran, Singapura bagi memberi pendedahan kepada pemain.
Menurut Pengerusi The Musketeers, Mohd Nasir Zakaria, kelab ragbi yang ditubuhkan sejak 2015 itu memberi tumpuan kepada pendedahan dan peluang kepada generasi muda mengenali sukan ragbi seterusnya melahirkan barisan pemain pelapis negara.
Sejak itu kata Mohd Zakaria, The Musketeers tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan usaha mempromosikan sukan ragbi peringkat akar umbi melalui kerjasama ibu bapa secara langsung.
"The Musketeers mempunyai platform untuk pelbagai peringkat umur bagi menyesuaikan tahap penguasaan melalui beberapa kategori yang dibentuk seperti Fun (3 hingga 4 tahun), Mini (5 hingga 9 tahun), Junior (10 hingga 12 tahun) dan Youth (13 hingga 20 tahun).
"Elemen kesukarelawanan menjadi idea utama di mana penyertaan ibu bapa sebagai sukarelawan menambahkan lagi semangat pemain untuk kekal aktif.
"Walaupun daripada latar belakang yang berbeza, ini bukan halangan untuk menyemai semangat kesukanan dan 'mutual respect' dalam kalangan peserta," katanya.
SUKAN ragbi sentuh tidak perlukan terjahan keras hanya kepantasan fizikal dan taktikal SUKAN ragbi sentuh tidak perlukan terjahan keras hanya kepantasan fizikal dan taktikal

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang Islam bersukan di Malaysia wajib ikut syariat Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3). Bila lagi Kerajaan Malaysia nak laksanakan agama sendiri di negara umat Islam sendiri? Terlampau menjaga hati bukan Islam sanggup merempuh agama sendiri?

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.

Henti bayar waris Kesultanan Sulu sejak 2013



KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menghentikan pembayaran wang serahan berjumlah RM5,300 setahun melalui peguam yang mewakili sembilan waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 
Beliau berkata pembayaran itu dibuat berdasarkan Perjanjian 22 Jan 1878  antara Sultan Sulu Sultan Jamal Al Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara British.
Selain pembayaran wang serahan kepada waris Kesultanan Sulu itu, Malaysia juga tidak pernah membuat sebarang pembayaran kepada kerajaan Filipina, katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman web Parlimen bagi menjawab soalan Chang Foon Hin (PH-Kota Kinabalu) hari ini.
Chang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menghentikan pembayaran wang pajakan RM5,300 kepada Kesultanan Sulu melalui Kerajaan Filipina sebagai langkah menamatkan terus campur tangan luar terhadap kedaulatan Malaysia dan menggunakan wang itu bagi menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin Filipina ke Sabah.
Hishammuddin berkata Malaysia juga tidak mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah memandangkan negeri itu telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat Antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963.
Menurutnya Malaysia dan Filipina mempunyai persefahaman bahawa isu tuntutan Sabah tidak akan dibangkitkan di mana-mana platform rantau atau Antarabangsa.
“Sehingga kini, tuntutan ke atas Sabah hanya pernah dikemukakan oleh pihak yang mendakwa sebagai keturunan Kesultanan Sulu,” katanya. – BERNAMA 

Terowong dasar laut: Guan Eng dipanggil ke SPRM

Lim Guan Eng hadir di pejabat SPRM, Putrajaya berkaitan siasatan kes terowong dasar laut, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Lim Guan Eng hadir di pejabat SPRM, Putrajaya berkaitan siasatan kes terowong dasar laut, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi, berkata Guan Eng hadir di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 1 tengah hari.

"Saya sahkan beliau (Lim Guan Eng) dipanggil untuk bantu siasatan kes isu terowong," katanya.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan. - BERNAMA

Masa terbaik membendung isu LGBT


KERAJAAN PH sebelum ini sangat ‘longlai’

Isu membendung LGBT di negara ini sewajarnya menjadi salah satu agenda besar dalam gerak kerja Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Agama dan agensi-agensi lain serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Kerajaan PH sebelum ini yang kononnya mahu membawa gagasan Rahmatan Lil Alamin menerusi Menteri Agama sebelum ini dilihat longlai dan lembik apabila beberapa insiden yang dilihat suara-suara sumbang LGBT yang mendapat tempat dan semakin zahir di media-media massa.
Kesemua ini boleh dilihat kepada ulasan sebelum ini di pautan:
(1) Kedudukan LGBT Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia [1]
(2) Meluruskan Kefahaman Perbahasan Rahmatan Lil ‘Alamin [2]
(3) Bawa Perkataan ‘Rahmah’ Dengan Cara Yang Sebenar Menurut Islam [3]
[4] Fahami ‘Hikmah’ Tanpa Songsangan Definisi [4]
Ketegasan Dr Zulkifli al-Bakri wajib disokong
Baru-baru ini pada 10 Julai 2020 apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad memberi ‘lesen penuh’ kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan terhadap Transgender.
Pun begitu tindakan yang akan diambil itu tidak hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya yang lebih utama kata beliau ialah ‘tarbiah’.
Penegasan dan hikmah dari kenyataan beliau jelas memberikan keresahan terhadap golongan yang cenderung membela kumpulan LGBT ini. Ini dilihat apabila Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) menerusi Pesuruhjayanya, Ambiga Sreenavasan mengkritik kenyataan Dr Zulkifli al-Bakri. Ambiga juga menyatakan kenyataan Dr Zulkifli al-Bakri seakan serangan bersifat transfobia dan homofobia daripada pegawai kerajaan tidak boleh diterima dan menunjukkan prasangka masyarakat dan kurangnya perlindungan undang-undang berkenaan diskriminasi yang dihadapi komuniti Transgender.
Keberanian puak yang membela golongan LGBT ini biasanya memainkan sentimen:
(1) Hak kebebasan dan demokrasi kepada semua rakyat.
(2) Golongan minoriti mempunyai hak dan jangan didiskriminasi.
Sedangkan membiarkan golongan LGBT berterusan dalam kelakuan songsang mereka yang menyanggahi agama dan fitrah adalah satu kerosakan dan menzalimi diri sendiri yang mesti dibendung, dipulih dan dicegah.
Apatah lagi, soal kelakuan yang menyanggahi fitrah kejadian seperti perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya jelas telah termaktub dalam enakmen syariah merupakan satu kesalahan.
Malahan, antara perkara pertama dalam menjayakan gerak kerja dan penguatkuasaan dalam membendung isu LGBT ini, pihak berkuasa mestilah:
(1) Mana-mana entiti yang bertindak dalam menyokong dan menaja LGBT mestilah diambil tindakan sekali agar ‘lumpuhnya’ kekuatan ‘entiti’ kumpulan LGBT secara terancang.
(2) Tidak memberikan keizinan dan permit pada mana-mana pengiklanan, percetakan dan promosi yang cenderung ke arah komersial kelakuan LGBT ini agar tidak menjadi normalisasi yang membawa kerosakan.
Ini kerana LGBT ini adanya 2 sudut iaitu:
(1) Entiti berkumpulan LGBT. Ini yang bahaya kerana mempunyai misi dan tujuan menyebarkan dakwah yang merosakkan umat Islam. Perlu dikuatkuasakan pencegahan dan hukuman jika melampaui batasan.
(2) Individu LGBT. Ini secara persendirian yang terikut atau mengalami masalah psikologi dalaman. Perlu kepada tarbiyah dan didikan agar mengembalikan semula mereka ke pangkal jalan.
Ia sebagaimana Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang membahagian dakyah golongan murtad kepada dua sebagaimana dalam kitabnya Jarimah al-Riddah wa Uqubatuha. Di mana penyebar dakwah adalah bahaya kerana mempunyai agenda tersendiri berbanding dengan individu persendirian.
Dapat menurunkan statistik isu LGBT adalah kejayaan besar untuk umat
Dalam laporan berita pada Oktober 2018, JAKIM mendedahkan, anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu.
Manakala, golongan Transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu pada tahun ini, berbanding seramai 10,000 pada 1988.
Statistik di atas jelas menunjukkan angka yang sepatutnya menjadi kebimbangan berasas bagi setiap umat Islam khususnya yang mesti diselesaikan secara berperingkat-peringkat bagi membendung dan mengatasinya.
Antara faktor bertambahnya angka dan berkembang pengaruh LGBT ini kerana beberapa faktor:
(1) Belum matang dan tak dapat membezakan jenis sentuhan ke atas mereka.
(2) Pengaruh media sosial tanpa pengawasan yang ketat.
Justeru, mempergiatkan usaha kesedaran pendidikan dan pemulihan sangat penting bermula dari pemantauan ibu bapa sehingga penguatkuasaan kerajaan.
Adalah menjadi satu impian atau harapan untuk mendengar laporan secara berkala kejayaan menurunkan statistik golongan LGBT. Ini kerana golongan LGBT ini dengan tindakan mereka tersebut adalah jelas dilaknat oleh Allah. Dibimbangi perbuatan terkutuk dan dilaknat menjadi punca hilangnya barakah dalam sesuatu tempat dan negara ekoran dibiarkan tanpa keseriusan dan ketegasan yang dikuatkuasakan.
Ibu bapa golongan LGBT wajib bekerjasama dan bantu pemulihan
Ibu bapa yang diuji oleh Allah terdapat kalangan anaknya dari terpengaruh LGBT wajib tampil ke pihak berkuasa memberikan informasi dan membantu agar tindakan dan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas.
Keengganan disebabkan malu atau berasa tidak kisah akan lebih menyukarkan membendung isu LGBT dijalankan.
Sebab itu ibu bapa wajib memiliki ilmu dan kefahaman Islam bagaimana menguruskan rumah tangga mencapai keredhaan Allah. Dan termasuklah tanggungjawab ibu bapa ialah memastikan fitrah anak-anak dipelihara dan kekal sebagaimana fitrah dan jantina sewaktu ia dilahirkan.
Malahan jika terdapat isu khunsa sekalipun, maka kewajipan ibu bapa memastikan penentukan jantina bagi anaknya tersebut. Ulasan asas mengenai penentuan nasab keturunan pernah diulas sebelum ini di pautan: [5]
Umat wajib boikot figura LGBT
Umat Islam wajib boikot apa sahaja saluran yang ‘membantu’ kehidupan LGBT untuk berterusan dalam keadaan LGBT. Tidak perlu membantu dalam membeli pembelian produk jualan mereka. Tidak perlu mengikuti mereka di saluran-saluran media sosial mereka. Abaikan polemik murahan mereka dalam mendapatkan perhatian.
Ini kerana sikap figura LGBT ini semakin dilayan semakin menjadi. Malahan, secara terang-terangan dan acap kali mengulanginya. Ini kerana ia merupakan publisiti murahan dan hanya mahukan perhatian umum kepada mereka dengan niat jahat tertentu.
Pihak berkuasa wajar ambil tindakan tegas kerana kelakuan mereka dalam keadaan songsang jelasnya menghina agama dan hukum. Maka perangai mengejek dan mempermainkan agama ini adalah kesalahan yang besar malah dilarang bersama-sama dengan mereka.
Sebagaimana kisah yang dibawakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai kisah Umar Abdul Aziz yang menjatuhkan hukuman ke atas seorang pemuda yang duduk-duduk bersama dengan peminum arak yang lain. Sekalipun dia tidak minum namun keberadaannya di sana tidak mengubah suasana dari maksiat yang sedang berlaku. Lantas dibacakan oleh Umar Abdul Aziz larangan Allah dari turut bersama dengan mereka yang sedang mempermainkan hukum agama.
Firman Allah S.W.T:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.”(al-Nisa’: 140)
USTAZ DR MUHAMAD ZUHAILI DR HJ SAIMAN
Pengerusi

Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/7/2020



[1] https://bit.ly/342KbPX
[2] https://bit.ly/2UnsjvC
[3] https://bit.ly/3alLM5w
[4] https://bit.ly/3aBJz5W
[5] https://bit.ly/2JnUEMi

Wednesday, July 22, 2020

India pengimport terbesar sawit Malaysia


Sikit Tazkirah Ekonomi:
KUALA LUMPUR: Data dan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan Negara India merupakan pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara pada tahun 2019 dengan kuantiti sebanyak 4.46 juta tan dengan nilai sebanyak RM9.78 billion.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata demikian, bagi menjawab pertanyaan lisan Dato’ Jalaluddin Alias [BN- Jelebu] berhubungan pengimport dan juga langkah yang diambil oleh kemeterian untuk memperluaskan ekpost minyak sawit negara.
Beliau berkata, antara langkah yang sedang diambil bagi meningkatkan pasaran eksport minyak sawit negara adalah dengan memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara India, China, Kesatuan Eropah (EU), Pakistan, dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika dan Asia Tengah.
Selain itu, pihaknya juga telah meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi, sekaligus meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.
Sementara itu katanya, Perlaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dijangka akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan di negara-negara pengimport, memandangkan pensijilan MSPO telah diterima oleh Negara Jepun bagi Sukan Olimpik 2020.- HARAKAHDAILY 22/7/2020

Apa motif 2 wanita ini melakukan perbuatan tidak bermoral?


Wanita Yang Menconteng Mural SPB YDP Agong Sudah Di Kenal Pasti
Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, jadinya, istilah yang paling tepat untuk admin gambarkan perbuatan biadap 2 wanita yang menconteng mural potret SPB YDP Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 'BODOH SOMBONG, PANDAI KURANG AJAR!!!'

Orang tua dah pesan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tidak perlu dipersoalkan apa motif kedua-dua wanita ini melakukan perbuatan yang cukup tidak bermoral itu.

Sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional di mana Perdana Menterinya dilantik oleh SPB YDP Agong, itu masaalah mereka dan bukannya alasan untuk menghina ke bawah duli tuanku.

Siapa mereka untuk mempertikaikan keputusan yang telah SPB YDP Agong telah putuskan mengikut lunas Perlembagaan Malaysia.

SPB YDP Agong adalah institusi yang wajib dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia kerana baginda adalah Ketua Negara.


Menghina SPB YDP Agong sudah merupakan satu kesalahan dan boleh didaklwa di bawah Akta 15, Akta Hasutan 1948 (BACA DI SINI).


Perbuatan terbaru menghina SPB YDP Agong itu juga menimbulkan kemurkaan SPB Sultan Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor, baginda menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan perbuatan tersebut, lebih-lebih lagi ianya berlaku di Selangor.

Baginda juga mahu pelaku ditangkap dan didakwa dengan segera (BACA DI SINI).


Ada teori yang mengaitkan wanita yang menconteng mural wajah SPB YDP Agong itu adalah orang yang sama dengan 'Si Tembam Super Ring'.


Admin tidak pasti sama ada teori tersebut betul atau tidak kerana dari rakaman gambar CCTV yang dirakam ianya nampak sama namun tidak dapat dipastikan.

Siapa pun yang melakukannya dan walau atas alasan apa pun ia dilakukan, ianya adalah satu kesalahan yang cukup serius kerana bukan sahaja boleh disabitkan kesalahan dengan Akta Hasutan 1948 (Akta 15), malah ianya juga bercanggah dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Tindakan tegas dan pantas mesti diambil oleh pihak PDRM dan seperti yang dititahkan oleh DYMM SPB Sultan Selangor, tangkap dan hukum mereka segera!!!

Bahtera PKR semakin sendeng menanti karam



SEAKAN bahtera PKR yang hebat satu ketika dulu kini sendeng kerana bocor dan menanti waktu untuk karam. Laungan keramat ‘Reformasi’ sepi dalam kegawatan yang tidak menentu.

Di Selangor Timbalan Speaker dan seorang ahli EXCO turut keluar PKR selain ratusan penyokong dan ahli mereka.

Sejak berlaku peralihan kuasa di Putrajaya selain Johor, Melaka, Perak dan Kedah ramai mula membuka mata dan beralih angin setelah sedar bahawa perjuangan parti ini sudah sia-sia kerana tumpuan lebih kepada perjuangan dan agenda peribadi.
Khabarnya ramai lagi di Selangor yang pro Datuk Seri Azmin sedang turut menanti masa. Mungkinkah Selangor giliran seterusnya untuk rebah?
Selain PKR dua orang ADUN PAN juga sedang menimbang langkah yang sama. Saat kehancuran PH yang selama ini didominasi DAP ternyata semakin pasti.
Jika masing-masing ikhlas mahu berjuang untuk rakyat dan sedar bahawa wadah yang ada sudah lari dan tersasar dari matlamat asal maka jadilah ahli dan pemimpin yang bijak. Di luar sini tersusun wadah dukungan rakyat yang disenangi dan sedang menempa pelbagai kejayaan.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Dari Sg Ramal ke Paya Jaras dari Tg Sepat ke Sabak dari Bukit Lanjan ke Bukit Melawati dari Sg Tua ke Seri Setia, rakyat Selangor di setiap bucu menunggu-nunggu perubahan.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/7/2020

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails