Thursday, July 30, 2020

‘Sabah is not in Malaysia’ propaganda Filipina



KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung hantaran Twitter ‘Sabah is not in Malaysia‘ baru-baru ini.
Beliau menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.
Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitternya hari ini mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose pada Isnin untuk menjelaskan isu tersebut.
“Sabah merupakan dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya dalam hantaran itu.
Hantaran beliau itu meraih lebih 2,000 retweet dan hampir 4,000 likes setakat ini.
Ahad lepas Locsin membuat hantaran “Sabah is not in Malaysia if you want to have anything to do with the Philippines”. (Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina).
Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada hantaran Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang oleh Sabah dan tiba di Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO

BANGSAMORO MNLF-mujahideen in jolo-sulu MINDANAO


Bangsamoro Mujaheedin (Nasheed)




MNLF, MILF leaders sign joint declaration urging passage of BBL

Buruan Jho Low , kini dikesan di Macau..




KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia, terbaru dikesan bersembunyi di Macau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata lokasi kedudukan itu dikesan selepas dia dimaklumkan membuat beberapa transaksi semasa berada di Macau.




"Pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjejaki dan membawanya ke muka pengadilan.
"Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini bahawa pihak polis tidak pernah berputus asa untuk membawa Jho Low kembali ke Malaysia dan dia sudah merompak wang negara dan kami akan terus memburunya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihak polis tidak berniat untuk melengah-lengahkan pemburuannya yang dianggap penting bagi membantu siasatan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Selain Jho Low, kita juga mendapati ahli keluarganya turut dikesan sedang berada di sekitar Hong Kong.
"Kita akan terus mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dirompak kerana disebabkannya negara dibebani hutang," katanya.
Abdul Hamid berkata, pihak polis tidak akan berhenti selagi dia tidak dipenjarakan atas kesalahannya.
Sebelum ini, polis sudah menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Hong Kong, namun tidak mendapat maklum balas positif daripada mereka.
Selain keluarga Jho Low, turut dikesan bersembunyi di Hong Kong adalah bekas Ketua Pengawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil bersama anak dan isterinya. (BH)
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Pemimpin Warisan mahu DUN Sabah dibubarkan

warisan

SELEPAS dakwaan oleh Tan Sri Musa Aman bahawa beliau kini mempunyai sokongan yang cukup untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pemimpin Warisan Sabah meminta supaya diadakan pilihan raya segera.
Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan supaya rakyat dapat memberikan mandat baharu.
Leiking juga mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang dikatakan menyokong gabungan yang dibentuk oleh Musa dan mengatakan mereka semua adalah pengkhianat.
Ahli Parlimen Penampang itu terkejut dengan dakwaan bahawa ADUN terbabit berpaling tadah sedangkan sebelum ini telah menyatakan kesetiaan kepada Mohd Shafie.
“Ini satu pengkhianatan yang dahsyat terhadap mandat yang disokong oleh pendudukan Sabah sejak dua tahun lalu.
“Mereka berulang kali menyatakan kesetiaan dan menandatangani akuan kepada ketua menteri yang sah dan kerajaan negeri dan cukup pelik melihat mereka melakukan pusingan U,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.
Oleh itu katanya, beliau secara peribadi mahu pilihan raya negeri di adakan segera.
Petang tadi, Musa mendakwa telah mendapat cukup sokongan untuk memiliki majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan baharu.
Musa juga berkata, akan menghadap Yang Dipertua Negeri secepat mungkin bagi mengerahkan akuan bersumpah ADUN yang menyokongnya.
Antara ADUN yang hadir pada sidang akhbar di rumah Musa di Luyang petang tadi ialah ADUN PKR Kenny Chua (Inanam), ADUN DAP yang dilantik, Ronnie,  ADUN Warisan,s Osman Jamal (Balung), Hamisa Samat (Tanjung Batu), Musbah Jamli (Tempasuk), Bolkiah Ismail (Pitas), Anita Baranting (Tandek) dan Abidin Madingkir (Paginatan) dari UPKO.
Oleh itu Leiking mendesak supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat supaya mereka yang membuat keputusan dalam memilih kerajaan.

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..


Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Eksport produk koko sumbang pendapatan negara. Al-hamdulillah!



PUTRAJAYA: Sektor koko telah mencatat pendapatan eksport sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2019 dengan sumbangan sektor hiliran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak RM1.6 bilion.

Turut dicatatkan pendapatan daripada eksport pembuatan coklat sebanyak RM1.14 bilion iaitu 17.3 peratus.

Manakala bagi produk-produk koko merekodkan peningkatan sebanyak 10.6 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sehubungan itu kerajaan berhasrat merealisasikan Muzium Coklat Langkawi sebagai tarikan pelancongan berasaskan coklat yang tersohor di Asia Tenggara.

Katanya hasrat ini selari dengan kementeriannya untuk membangunkan hab coklat di pulau pelancongan itu seterusnya menjadikan Malaysia sebagai ‘King of Chocolate’ di rantau Asia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Chocolate Museum, Kota Damansara milik DR Group Holdings, hari ini.

Ujarnya, lawatan itu juga berjaya meningkatkan kerjasama antara pihak kedua-dua pihak bagi merancakkan lagi pembangunan sektor koko.

Selain itu katanya, nilai eksport biji koko dan produk berasaskan koko bagi tempoh lima bulan pertama pada tahun 2020 adalah sebanyak RM2.6 bilion iaitu meningkat sebanyak 0.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

Namun dijangkakan sumbangan pendapatan eksport produk-produk coklat akan menurun sebanyak 18 peratus pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Sementara itu katanya, terkini terdapat sebanyak 53 syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko terdiri daripada empat syarikat multinasional dan 49 syarikat tempatan di seluruh negara.

“Bagi memperkasa industri pembuatan coklat, KPPK telah memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan Coklat Lembaga Koko pada tahun 2013.

“Sehingga 29 Julai (hari ini), sebanyak 224 usahawan telah dibimbing di bawah program tersebut,” katanya.

Justeru itu, kementeriannya juga bercadang untuk melahirkan lebih ramai usahawan coklat buatan tangan melalui Pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Coklat.

Malah, seramai 23 bakal usahawan coklat yang telah mengikuti Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan pada 10 dan 11 Julai lalu.

Tambahnya, kursus berkenaan juga akan diteruskan pada 14 sehingga 16 Ogos depan, di Pulau Langkawi dengan penyertaan seramai 30 bakal usahawan coklat buatan tangan

“Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), KPPK akan meneruskan usaha mengembangkan industri hiliran koko menerusi program-program game changer seperti mewujudkan hab perdagangan koko dan memperkenalkan kluster industri hiliran koko.

“Usaha mempergiatkan pelaksanaan program pembangunan usahawan dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan akan terus diberi keutamaan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/7/2020


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Wednesday, July 29, 2020

Bentuk K'jaan Baharu Sabah -Musa Aman

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, selepas mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu, petang tadi. - NSTP/MALAI ROSMAH TUAH.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, selepas mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu, petang tadi. - NSTP/MALAI ROSMAH TUAH.
Musa dakwa peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan baharu Sabah


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Ketika memaklumkan perkara itu pada sidang media khas, petang tadi, Musa mendakwa, gabungan baharu berkenaan membabitkan beberapa parti, iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).


Susulan itu, beliau berkata, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi tadi.
"Mereka membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama, pagi tadi, bagi memaklumkan bahawa gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memperoleh sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
"Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.
"Saya telah menerima surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai," katanya. (BH)


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Covid-19: Hasil tanaman Orang Asli tak laku, apa nak buat?

Tengok hasil tanaman Orang Asli tak laku, sukarelawan akui lebih terinspirasi berbanding simpati.

PENULARAN Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu ternyata memberi impak buat ramai penduduk di negara ini.
Tidak terkecuali seorang lelaki Orang Asli dari Kampung Patah Jelutong, Pahang yang mana banyak hasil tanaman di kebunnya tidak terjual sehingga ke hari ini.
Dikenali sebagai Roslan, kisahnya mencuri tumpuan ramai selepas dikongsi di Twitter oleh sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) Global Peace Foundation, Khairunnisa M Aris.
Mesra disapa Nisa, wanita berusia 32 tahun itu membuat hebahan kepada orang ramai sekiranya ada yang berminat untuk membeli hasil tanaman pemuda berkenaan.




Bercerita kepada mStar, dia memaklumkan Roslan merupakan salah seorang penduduk di kampung Orang Asli yang pernah dikunjungi oleh kumpulan NGO disertainya suatu masa dulu.
"Roslan ialah salah seorang penduduk dalam projek kesukarelawanan yang kita buat, sebelum ini kami ada projek solar dan air di kampungnya.
 Projek air bersih yang dijalankan Global Peace Foundation di kampung Roslan.
"Dia pula memang pernah bekerja dengan pekebun lain sebelum ini. Jadi dia belajar dari majikan lama dan buka ladang sendiri sebab dia dah ada pengalaman.
"Antara yang diusahakan termasuklah serai, cempedak, nangka dan durian belanda," ujarnya sewaktu dihubungi.
Menurut Nisa, dia terinspirasi tatkala melihat kegigihan Roslan menjalankan perusahaan itu biarpun terkesan dengan PKP sejak Mac lalu.

Kesian memang ya, tapi lebih kepada terinspirasi sebab dia bersungguh-sungguh walaupun susah nak jual.

KHAIRUNNISA M ARIS

Turut tersentuh melihat hasil tanaman yang tidak terjual, dia juga ada membawa bekalan tersebut pulang ke ibu negara dan cuba membantu untuk memasarkannya.
"Dia memang kuat berusaha, tanam macam-macam. Jadi bila jumpa dia rasa terinspirasi. Kesian sebab tak terjual, sebab dia bersemangat.
"Kesian memang ya, tapi lebih kepada terinspirasi sebab dia bersungguh-sungguh walaupun susah nak jual. Kalau orang lain mungkin dah putus asa.
 Nisa (tudung kuning) mengakui terinspirasi dengan kegigihan Roslan.
"Bila saya hebahkan di Twitter, ada yang datang untuk beli. Sebenarnya kebetulan pergi ke kampung dia, jadi dia minta tolong sebab jualan tak habis. Jadi kami bawa balik ke Kuala Lumpur.
"Saya juga harap ada pihak di luar sana akan beli secara pukal dengan dia, jadi kalau berminat boleh hubungi NGO kami, kami akan aturkan," ujarnya lagi.
Di Twitter, posting Nisa menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet) sejak dikongsi pada Sabtu.
 Antara hasil tanaman yang diusahakan Roslan.
Bercerita mengenai NGO itu, Nisa berkata ia ditubuhkan pada tahun 2011 dan mula memberi bantuan untuk projek air bersih, solar dan sekolah sejak 2018.
Malah, pihaknya juga memulakan projek bersama Orang Asli pada tahun 2015 dan memberi fokus kepada pembangunan komuniti mereka. (mStar)
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    •            
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails