Thursday, August 27, 2020

Tangkap 2 Polis Bantu Jenayah. K'jaan PM 8 Terus Hebat Berwibawa.

 Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam penguatkuasa yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas kesalahan membantu ahli kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu. Dua lagi anggota penguatkuasa yang tidak hadir mahkamah dikenakan waran tangkap. - Foto NSTP/Zain Ahmed Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam penguatkuasa yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas kesalahan membantu ahli kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu. Dua lagi anggota penguatkuasa yang tidak hadir mahkamah dikenakan waran tangkap. - Foto NSTP/Zain Ahmed

Waran tangkap untuk dua polis kes bantu kumpulan jenayah terancang

JOHOR BAHRU: Waran tangkap dikeluarkan terhadap dua anggota polis kerana gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, hari ini untuk pendakwaan bersama enam penguat kuasa yang lain atas pertuduhan membantu ahli kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai berkenaan adalah antara 19 anggota penguat kuasa PDRM dan ATM yang ditahan dalam Op Pintas Selatan dan Op Benteng, pada 12 hingga 19 Jun lalu dan disiasat kerana membantu kumpulan jenayah terancang.

Polis Johor telah menjalankan siasatan di bawah kumpulan jenayah terancang di bawah Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan memutuskan untuk menuduh lapan penguat kuasa yang terdiri daripada enam anggota PDRM dan dua ATM di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan kerana membantu suatu kumpulan jenayah terancang.

"Bagaimanapun, dua anggota PDRM gagal hadir dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka.

"Seramai 19 anggota penguat kuasa yang ditangkap, enam didakwa, dua dikenakan waran tangkap, tujuh lagi untuk tindakan Jabatan dan empat masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, Ayob Khan meminta anggota penguat kuasa pelbagai agensi supaya tidak terbabit dan bersekongkol membantu atau menjadi ahli kepada kumpulan jenayah terancang.

"Polis Johor tidak akan bertolak ansur untuk ambil tindakan ke atas mereka yang terlibat," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan baru di bawah PM 8 terus bergerak lancar, hebat dan berwibawa.  Ai-hamdulillah!

Mejar antara 6 penguat kuasa didakwa bantu ahli jenayah terancang

Didenda RM3,000 Guan Eng Punya Pasal! Ugut..

 Didenda RM12,000 ugut sebar video lucah | Harian Metro

Didenda RM3,000 buat hantaran berbaur ugutan terhadap Guan Eng

KUALA LUMPUR: Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbaur ugutan melalui Facebook terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH), seorang kontraktor didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zigan Mohd Tori, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut melalui Facebook 'Zihan Tori' pada 8.06 pagi, 18 Februari lalu.

Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 28, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada 2.30 petang, hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nor Zigan yang diwakili peguam Sharil Azwan Nizan merayu hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

"Pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah dan ini adalah kesalahan pertamanya. Tertuduh hanya bekerja sendiri, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan periuk nasinya terjejas. Selain itu, pautan yang dilakukan OKS tiada kaitan dengan agama dan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan ke atas OKS supaya dapat memberikan pengajaran kepadanya dan masyarakat.

"Adalah tidak wajar tindakan OKS yang melepaskan rasa tidak puas hati di media sosial kerana tindakannya itu boleh mengancam keharmonian rakyat Malaysia," katanya.

OKS membayar denda itu. - BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Terang Terang PH Biawak! Lihat Manifestonya..

 PH Bohong

Pembohongan PH terus terbongkar

JANJI nombor 23 dalam Manifesto Pilihan Raya PH tahun 2018 berbunyi:

“Untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan baik, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mereformasi sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan, demi memastikan ia lebih berdaya saing dan menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat. Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.”

Janji tinggal janji rupanya. Semasa berkempen mengemis sokongan rakyat, PH mendabik dada kononnya mahu wujudkan kerajaan yang telus dan bersih rupanya setelah menang amalan perolehan secara rundingan terus yang ia kritik dahulu terus diamalkan.

Di Dewan Rakyat petang semalam Menteri Kewangan mendedahkan sepanjang PH memerintah negara iaitu 22 bulan sebanyak 101 perolehan rundingan terus telah ditawarkan kerajaan. Ini melibatkan perbelanjaan berjumlah RM6.61 bilion.

Mana pergi reformasi dan ketelusan yang dijanjikan? RM6.61 bilion projek yang diberikan secara rundingan terus tanpa tender dalam tempoh 22 bulan bersamaan dengan lebih kurang RM300 juta sebulan.

Ternyata rakyat tertipu. Mujurlah mereka berkuasa cuma 22 bulan. Akan datang pastikan kita tidak terjerat dengan janji-janji palsu mereka lagi.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 25/8/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terang terang lidah biawak! Siakap cenehong gelama ikan duri. Cakap pembohong lama-lama jadi...

Hibur Hibur Sikit

Tanggapan AS Mengenai Hamas, Ini Reaksi Erdogan...

 Reaksi Turki atas Tanggapan AS Mengenai Hammas

Tanggapan keras dari Turki terhadap Amerika Syarikat (AS) mengenai penerimaan pegawai-pegawai Hamas oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan......

Dalam pernyataan Kementerian Luar Negeri mengenai perkara itu,

"Mengenai penerimaan Presiden kami atas pejabat Hamas, Departemen Luar Negeri AS membuat pernyataan yang melebihi batasnya. Kami benar-benar menolak pernyataan ini. Wakil Hamas yang sah, yang berkuasa di Gaza melalui pilihan raya demokratik (oleh AS), digambarkan sebagai pengganas. Ini tidak akan menyumbang kepada usaha untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini." ungkapan digunakan.


Jabatan Negara AS mengkritik Presiden Recep Tayyip Erdoğan yang menjadi tuan rumah delegasi dari Hamas minggu lalu. (IH)


Hibur Hibur Sikit
Berita Terkait

Duta Khas M'sia/T.Tengah, Gariskan Peluang Kerjasama Politik, Ekonomi, Pelaburan, Dagang...

 

Potensi kerjasama Malaysia-negara Timur Tengah

PADA 18 Ogos 2020, saya telah menyerahkan suatu Laporan Eksekutif kepada YAB Perdana Menteri bertajuk “Situasi Terkini Di Rantau Timur Tengah dan Potensi Kerjasama Antara Malaysia dan Negara-negara Timur Tengah”.

Laporan tersebut disediakan untuk menerangkan situasi terkini politik dan ekonomi di rantau Timur Tengah serta impak-impak terhadap kepentingan Malaysia. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menggariskan peluang kerjasama dalam bidang agama Islam, pelaburan, perdagangan dan pendidikan, selaras dengan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah.

Saya turut berkongsi hasil pertemuan dengan enam (6) TYT Duta kepada negara-negara Timur Tengah di Malaysia, iaitu Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iran, Oman, dan Afganistan, serta beberapa negara lain yang sedang diatur, bagi mendapatkan maklum balas langsung dan mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama  dalam bidang pelaburan, perkongsian pintar dan kestabilan politik.

Laporan tersebut turut mengandungi beberapa syor dan agenda bertindak, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah pasca COVID-19 yang perlu disegerakan, seterusnya memanfaatkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kebaikan Malaysia, umat Islam dan dunia keseluruhannya.

Pada masa sama, saya merakamkan penghargaan kepada Wisma Putra dan Bahagian Penyelidikan JPM yang telah memberikan kerjasama dan khidmat nasihat yang amat berguna bagi saya menjalankan tugas dengan sebaiknya.

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah – HARAKAHDAILY 26/8/2020

Hibur Hibur Sikit

Kedah tuntut ganti rugi RM100 juta dari Kerajaan Pusat

 

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah memohon bayaran ganti rugi RM100 juta daripada Kerajaan Pusat bagi penggunaan Hutan Simpan Ulu Muda di Sik sebagai kawasan tadahan air untuk keperluan domestik dan pertanian.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihak kerajaan negeri telah berunding dengan Kementerian Sumber Asli untuk memohon ganti rugi itu sebagai pampasan mengekalkan kawasan tadahan berkenaan.

“Kita mohon RM100 juta sebagai pampasan bagi pengekalan kawasan tadahan air di (Hutan Simpan) Ulu Muda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd  Asmirul  Anuar Aris (PAN-Kubang Rotan) pada sesi soal jawab persidangan DUN Kedah di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Asmirul ingin tahu komitmen kerajaan negeri dalam memastikan 96,558 hektar sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang turut mendapatkan sumber air dari hutan simpan itu terjamin.

Muhammad Sanusi turut mengulangi pendirian kerajaan negeri yang akan terus mempertahankan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda daripada terlibat dengan sebarang aktiviti pembalakan dalam usaha memastikan kawasan tadahan air itu terpelihara.
 
Beliau berkata kerajaan negeri juga komited serta  memberi  jaminan untuk menjaga kawasan tadahan air itu, yang dapat memanfaatkan 4.2 juta rakyat di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bagi penggunaan domestik, pertanian serta industri.

“Kerajaan negeri meneruskan dasar untuk memelihara alam sekitar dan perlu mempertimbangkan kawasan ganti di tempat lain yang dibenarkan Jabatan Perhutanan untuk usaha hasil ganti kepada tuntutan dikemukakan syarikat-syarikat pembalakan,” katanya menjawab soalan asal Mohd Asmirul.

Sementara itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bebas-Jitra) bertanya jumlah sebenar tuntutan daripada Persatuan Syarikat-Syarikat Pembalakan, yang konsesi mereka dibatalkan di Ulu Muda.

Muhammad Sanusi (PAS-Jeneri) berkata sebanyak RM40,000 sehektar dituntut membabitkan jumlah keseluruhan kawasan seluas 25,553 hektar.

Syarikat konsesi pembalakan menuntut ganti rugi daripada kerajaan negeri selepas konsesi mereka dibatalkan di hutan simpan itu yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air oleh kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2019.

Muhammad Sanusi juga memaklumkan kerajaan negeri terdahulu, ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar, sudah melepaskan semua sekatan pembalakan di kawasan hutan simpan berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi pada 5 Mei 2020. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Wednesday, August 26, 2020

Ini, 101 projek runding terus -Kementerian Kewangan

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, dalam kenyataan itu memaklumkan mendahului senarai projek rundingan terus adalah membabitkan Kementerian Pengangkutan dengan nilai perolehan sebanyak RM4.47 bilion membabitkan empat projek.

Ia diikuti enam projek Kementerian Pertahanan (RM900.86 juta); lapan projek Kementerian Dalam Negeri (RM517.68 juta); 12 projek Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (RM380.12 juta) serta dua projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM170.79 juta).

Yang lain ialah tujuh projek Kementerian Pendidikan (RM87.49 juta); empat projek Kementerian Kesihatan (RM10.87 juta); sembilan projek Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM10.36 juta); tujuh projek Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (RM8.46 juta); empat projek Kementerian Kewangan (RM9.03 juta) serta lima projek Jabatan Perdana Menteri (RM8.18 juta).

Dua projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM7.36 juta); satu projek Kementerian Belia dan Sukan (RM6.45 juta); lapan projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM6.15 juta); 13 projek Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (RM5.67 juta); satu projek Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM1.18 juta); empat projek Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (RM1.17 juta); dua projek Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (RM570,000); satu projek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (RM160,000) serta satu projek Kementerian Wilayah Persekutuan (RM960,000)

Tengku Zafrul berkata, rundingan terus dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat yang ditetapkan.

Syarat itu, katanya, adalah perolehan bekalan dan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang mana jika ia tidak dilaksanakan segera, boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara.

"Selain itu, keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan yang baru diperoleh.

"Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, syarat rundingan terus juga berkaitan keselamatan dan strategik yang membabitkan perolehan barangan atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara.

"Atau kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan," katanya.

Beliau berkata proses itu membabitkan permohonan daripada kementerian lain kepada Kementerian Kewangan. (BH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails