Friday, October 09, 2020

Kalau X diambil tindakan akan mendatangkan kekeliruan agama.. PAS Sri Gading.

 

Lapor polis: Samakan Presiden PAS dengan berhala

SRI GADING: PAS Kawasan Sri Gading telah membuat satu laporan polis berkenaan hantaran Facebook yang dibuat oleh Azhar Ismail di Balai Polis Parit Raja, di sini pagi tadi.

Laporan yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Sri Gading, Nasir Abdullah ini bertujuan untuk polis mengambil tindakan terhadap Ketua PAN Kawasan Ledang itu.

“Isu-isu seperti ini kalau tidak diambil tindakan akan mendatangkan kekeliruan agama dan menimbulkan kekacauan,” kata Timbalan Yang DiPertua PAS Sri Gading, Hashim Jusoh.

Untuk rekod, Azhar telah memuat naik dua hantaran di Facebook dengan maksud dan tujuan yang sama iaitu menyamakan Presiden PAS dengan berhala.

Malahan Azhar juga mencabar untuk diambil tindakan di mana pihak polis telah membuka kertas siasatan di atas laporan itu.

Turut serta Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS Sri Gading, Ramli Shahid dan Bahri Bahri Yahya serta Ketua Unit Keselamatan Johor PAS Sri Gading, Zainal Hamisan. – HARAKAHDAILY 8/10/2020

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

BN X Sertai PRK Parlimen Batu Sapi Sabah, Mengapa?

 

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat berikutan situasi semasa penularan jangkitan Covid-19.

"Sekiranya PRK diadakan, Covid-19 akan menular sebagaimana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

"BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kesejahteraan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan.

Terdahulu, SPR dilaporkan akan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Oktober lalu.

Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Oktober ini. (MyMetro)

Thursday, October 08, 2020

Kuih bulan santuni &raikan budaya masyarakat Tionghua di Plaza Li Hua.


Muslimat edar kuih bulan buat kaum Cina

BINTULU: Muslimat PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan program edaran kuih bulan menyantuni dan meraikan masyarakat kaum Tionghua sempena perayaan kebudayaan itu di Plaza Li Hua, di sini semalam.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat Cina di samping memperkukuhkan perpaduan nasional sedia terjalin, sekali gus merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai kaum.

Aktiviti kunjungan dan edaran kuih istimewa itu yang dipimpin Ketua Muslimat PAS Bintulu, Fatimah Junaidi ini nyata membuatkan rasa terkejut kalangan penduduk kaum Cina kerana tidak menyangka diraikan begitu.

“Saya berharap hubungan PAS dan masyarakat Cina akan terus terjalin erat melangkaui sempadan perbezaan yang ada. Demi negara tercinta dan kehidupan harmoni bersama kita mesti perkukuhkan perpaduan terbina.

“Muslimat juga berharap kehadiran PAS dalam masyarakat majmuk pelbagai kaum sentiasa diterima. Malah misi memperkukuh perpaduan sesama masyarakat sentiasa menjadi keutamaan PAS,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 4/10/2020

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

Jahat, rasis &cauvinis, itu bukan PAS tetapi...

 

Sabah bukan hak kepunyaan DAP

CUKUP kuat penghasut dan pengadu-domba puak DAP ini. Pelantikan Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan sebagai salah seorang ADUN lantikkan Kerajaan GRS Negeri Sabah dianggap sebagai suatu yang memudaratkan rakyat dan Negeri Sabah.

DAP Sabah mendesak agar PBS dan STAR keluar dan meninggalkan Kerajaan Negeri GRS. Jelas kekalahan dan kegagalan WARISAN Plus dalam PRU Negeri tempoh hari masih menghantui DAP. Mereka perlu matang menerima keputusan rakyat dan tidak menjadi batu api menyemai benih kebencian. Kerajaan GRS diberi mandat oleh rakyat. Rakyat menolak WARISAN Plus dari kekal memerintah.

PAS telah wujud dan bergerak di Sabah sejak 1986 iaitu 34 tahun lalu. Dalam PRU Negeri baru-baru ini PAS menyertai GRS, walaupun tidak bertanding namun jentera PAS giat membantu calon-calon GRS.

Lalu apabila GRS menang dan punya majoriti membentuk kerajaan, apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai salah seorang ADUN yang dilantik? Apa ada kena mengena dengan DAP yang duduk di bangku pembangkang?

Ini negara demokrasi dan semua pihak bebas bergerak dan memegang jawatan tanpa didiskriminasi. Jika rakyat Sabah tidak ramai yang mengenali PAS maka dengan adanya Dr Ali dalam kerajaan berpeluanglah mereka melihat dan menilai prestasi kepimpinan PAS.

Yang tuduh PAS ekstrem adalah DAP sedang PAS tidak begitu. Masyarakat bukan-Islam bolehlah bersuai-kenal dan berforum dengan Dr Ali, anak negeri Sabah yang cukup berpengalaman dan berpendidikan setelah kini beliau dalam kerajaan mewakili PAS.

Sijil-sijilnya akademiknya semuanya sah dan diiktiraf kerajaan. Biar segala fitnah dan momokkan jahat DAP dapat terbongkar. PAS punya rekod kepimpinan yang baik di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri di Pusat.

Berilah peluang pada PAS dan jangan termakan racun yang ditabur DAP itu. Yang jahat, rasis dan cauvinis itu bukannya PAS tetapi DAP.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/10/2020

Ibnu Hasyim Ucap Tahniah Kepada YB Dr Ali Akbar Bin Gulasan.

 

Tahniah kepada Kerajaan GRS Sabah... -Dr Kamarul Zaman.

 

Akhirnya PAS berjaya bertapak di Sabah

Tahniah kepada Kerajaan GRS Sabah kerana telah sedaya mungkin mengakomodasi semua pihak dengan barisan Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Pembantu-Pembantu Menteri yang merangkumi.

Tahniah kepada PAS Sabah kerana kejayaannya meletakkan wakil sulung dalam DUN Sabah melalui Dr. Aliakbar bin Gulasan (gambar tengah), sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh AMANAH Sabah.

MAJLIS ANGKAT SUMPAH KABINET NEGERI SABAH PADA 8HB OKTOBER 2020

SPEAKER
Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya

AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI
1) Y.B Datuk Haji Aripin bin Haji Mohd Arif: Menteri Tugas-Tugas Khas
2) Y.B Datuk Jafry bin Ariffin: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
3) Y.B Tuan Haji Ir. Shahelmy bin Yahya: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat
4) Y.B Datuk Haji Yakubah Khan: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
5) Y.B Datuk Ellron Angin: Menteri Belia dan Sukan

PEMBANTU-PEMBANTU MENTERI

1) Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
i. Y.B Datuk Abidin bin Madingkir
ii. Y.B Datuk Wetrom bin Bahanda

2) Pembantu Menteri Kewangan
i. Y.B Datuk Haji Nizam bin Datuk Abu Bakar Titingan
ii. Y.B Tuan Jasni bin Daya

3) Pembantu Menteri Kerja Raya
i. Y.B Datuk Limus Jury
ii. Y.B Robert Tawik @ Nordin

4) Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan
i. Y.B Datuk James bin Ratib
ii. Y.B Tuan Hendrus Anding

5) Pembantu Menteri Pembangunan Industri
i. Y.B Tuan Tamin @ Tamin bin Zainal

6) Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II
i. Y.B Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ Liasnih
ii. Y.B Tuan Mohamad Hamsan bin Awang Supian

7) Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
i. Y.B Tuan Samad bin Jambri @ Jamri
ii. Y.B Tuan Harun bin Durabi

8) Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
i. Y.B Datuk Joniston bin Lumai @ Bangkuai

9) Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat
i. Y.B Datuk Julita Mojungki
ii. Y.B Puan Flovia Ng

10) Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
i. Y.B Datuk Ruddy bin Awah

11) Pembantu Menteri Belia dan Sukan
i. Y.B Tuan Andi Muhammad Suryady bin Bandy

PENYERAHAN WATIKAH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DILANTIK)
1) Suhaimi bin Nasir
4) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
2) Raimie bin Unggi
5) Datuk Amisah binti Yassin
3) Jaffari bin Walliam
6) Dr. Aliakbar bin Gulasan

Kamarul Yusoff

Kanak Lelaki 5 Tahun Kendali Eskavator. Ini!

 

Hebatnya kau dik!

Jakarta: Usianya baru lima tahun namun kelincahan seorang budak lelaki di Kota Ambon, Kepulauan Maluku, Indonesia mengendalikan eskavator (jentera pengorek tanah) mengagumkan orang ramai.

Theo Paays tidak menghabiskan masanya bermain dengan rakan sebaya, sebaliknya membantu membersihkan sungai yang dilitupi sisa kotoran akibat banjir.

Portal Liputan6.com melaporkan, video kehebatan anak kecil di Desa Hutumuri itu sempat dirakam penduduk setempat sebelum ia dikongsi seorang pengguna Facebook (FB), baru-baru ini.

Theo menggunakan jentera berat itu untuk mengalihkan sisa yang tersekat di dalam sungai berhampiran rumahnya selepas banjir surut, pada Ahad lalu.

Selain itu, Theo juga membantu mengangkat batu besar untuk menyekat air banjir daripada mengotori sumber bekalan air bersih penduduk.

Aksi kanak-kanak itu turut mendapat reaksi positif daripada warganet yang turut kagum dengan kemahirannya mengendalikan jentera berat.

"Berkat bantuannya, penduduk kini dapat menikmati air bersih," kata seorang pengguna FB di ruangan komen video berkenaan.

Video berkenaan juga sudah mendapat 2,000 tanda suka daripada warganet.

Sepanjang pengendalian itu, Theo dibantu beberapa penduduk lain yang memberikan bantuan kepadanya untuk mengalihkan sisa dan batu besar di kawasan sungai.

Di dalam video itu juga, Theo sempat menjerit kegembiraan dan bersemangat mengendalikan jentera berat berkenaan. -Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails