Friday, October 16, 2020

Terbongkar! 26 Ladang Ternakan Babi Di P/Pinang..

  40 tahun buang sisa kumbahan babi ke sungai -MyMetro.

26 Ladang Ternakan Babi Buang Sisa Kumbahan Ke Dalam Sungai

GEORGE TOWN – Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri Dr. Norlela Ariffin berkata pada masa ini Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah merujuk pemilik ladang babi itu ke mahkamah sementara menunggu Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 dikuatkuasakan, tahun depan.

“Menerusi enakmen itu juga, tindakan perobohan ladang-ladang penternakan babi yang tidak mengikuti syarat termasuk membuang sisa ke dalam sungai boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Sri Pinang hari ini.

Beliau berkata sementara enakmen tersebut dikuatkuasakan pada 1 Jan 2021, pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai disebabkan pelepasan kumbahan dari ladang babi tersebut.

“Antaranya, bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memasang perangkap di kawasan parit supaya sisa kumbahan ladang babi tidak terus masuk ke sungai. Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melupuskan sisa pepejal babi termasuk menukarnya bagi industri biogas,” katanya.

Norlela berkata menerusi enakmen itu juga, semua pemilik ladang ternak babi perlu menaik taraf ladang mereka 

“Menerusi kepada ladang tertutup dan perlu memastikan ladang itu memiliki keluasan yang mencukupi untuk membina kolam kumbahan supaya sisa tidak terus dibuang ke dalam sungai.

Persidangan dewan bersambung esok (hari ini).

– BERNAMA

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Rumah Contoh PRU 14, K'jaan Bertukar, Kini Reput...

 

Keadaan rumah contoh di kawasan perumahan Felcra Sungai Sepuluh di Pekan Paloh, Kluang hanya tinggal rangka selepas terbiar tanpa dijaga sejak hampir tiga tahun. - Foto Adnan Ibrahim

Rumah contoh kini tinggal rangka

KLUANG: Kira-kira 1,300 pemohon pernah ditemuduga untuk rumah di kawasan perumahan Felcra Sungai Sepuluh berhampiran Pekan Paloh, dekat sini, masih mengharapkan rancangan itu diteruskan.

Pembangunan dirancang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) itu terhenti selepas kerajaan bertukar tampuk pemerintahan dan tidak lagi diteruskan hingga kini.

Keadaan itu menyebabkan pemohon tertanya-tanya mengenai status temu duga dan permohonan mereka sama ada masih dalam perancangan atau dilupuskan terus.

Rahmat Osman, 45, berkata dia terkejut apabila rumah contoh didirikan ketika pelancarannya pada awal 2018 kini hanya tinggal rangka serta dipenuhi semak samun.

Katanya, rumah contoh itu sudah rosak berkemungkinan angkara pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil barang penting kerana tidak ada yang menjaganya.

"Jadi, kami amat mengharapkan supaya kerajaan sedia ada sekarang ini membuka semula pembangunan perumahan di kawasan ini agar hasrat kami untuk memiliki rumah sendiri dengan harga lebih murah tercapai.

"Perancangan dilakukan sejak sekian lama ini harus dimuktamadkan kepada satu pembinaan secara tidak langsung memberi keselesaan kepada penduduk di Pekan Paloh ini," katanya.

Suraya Esa, 55, berkata pertukaran kerajaan sebelum ini seharusnya tidak menjadi penghalang kepada pembangunan perumahan di kawasan itu kerana ia sudah lama dinantikan penduduk berhampiran Felcra Sungai Sepuluh.

"Kami berharap kelayakan pemohon sudah ditemuduga untuk membeli rumah di sini tidak ditukar sekiranya ada perancangan untuk membangunkan semula kawasan ini.

"Apapun, kami amat mengharapkan keprihatinan kerajaan sekarang kerana mereka yang membuat permohonan untuk memiliki kediaman di sini semuanya tergolong dalam golongan B40," katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Thursday, October 15, 2020

Bekas setiausaha politik Mat Sabu hadapi 5 tuduhan rasuah

 

Mohd Azhar dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh atas pertuduhan rasuah berjumlah RM6.3 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tudunan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6.3 juta.

Mohd Azhar Che Mat Dali, 49, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Azhar didakwa meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin, sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih sebagai menjadi Rakan Strategik dan Kontraktor Senggaran Bagi Peralatan Perisikan Sistem Prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan Malaysia.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Le Apple Boutique, Jalan Ampang, Kampung Baru, pada 22 Julai 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, Mohd Azhar didakwa menerima RM1.35 juta daripada Elias melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd, Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Pertahanan di Jalan Bellamy dan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya antara September 2019 dan Februari 2020 dan didakwa mengikut seksyen sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, menawarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambah perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya pada setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang berhubung atau menganggu dengan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Ariff Azami Hussein, memohon dibenarkan jaminan rendah dengan alasan mempunyai isteri dan tujuh anak serta perlu menanggung ibu mentua.

"Tertuduh kini tidak bekerja dan dua anaknya masih bersekolah selain sudah memberi kerjasama yang baik sejak ditahan oleh SPRM.

"Tertuduh juga hanya dimaklumkan semalam bahawa akan dituduh hari ini dan hanya mampu mengumpulkan RM30,000, selain tidak mempunyai risiko melarikan diri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin selain perlu melaporkan diri bermula November ini di pejabat SPRM pada setiap bulan serta pasport diserahkan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut memerintah tertuduh dilarang menganggu saksi pendakwaan dan menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh membayar separuh jumlah jaminan hari ini, manakala selebihnya dibayar pada minggu hadapan. (BH)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

Polis Bubarkan Demonstrran Berkhemah Diluar Pejabat PM..

 

Demonstrasi Anti-Kerajaan di Thailand

Di Thailand, polis membubarkan kumpulan demonstran anti-kerajaan yang ingin berkhemah di luar bangunan kerajaan, di mana pejabat Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berada.

Campur tangan polis di Thailand berlaku selepas Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha mengisytiharkan keadaan darurat yang melarang lebih daripada 5 orang berkumpul di ibu negara, Bangkok.

Lebih daripada 100 penunjuk perasaan, yang dikeluarkan oleh polis rusuhan dari kawasan itu, dibawa ke dalam kenderaan.

Polis mengumumkan bahawa lebih daripada 20 orang ditahan kerana melanggar keadaan darurat. Dinyatakan bahawa diantara orang-orang yang ditahan ini termasuk para pemimpin demonstrasi tersebut iaitu Arnon Nampha, Parit Chiwarak dan Prasiddhi Grudharochana.

Beribu-ribu orang anti-kerajaan di Thailand menganjurkan demonstrasi di Bangkok semalam.

Walaupun terdapat tindakan keselamatan yang keras dan gangguan oleh kumpulan penentang, para demonstran berarak dari Monumen Demokrasi Bangkok ke gedung kerajaan di mana pejabat Perdana Menteri Prayut Chan-ocha berada.

Sementara terdapat pertembungan kecil antara penentang kerajaan dan penyokong mereka sebelum mengambil tindakan dari Monumen Demokrasi; Polis memisahkan kumpulan yang saling melemparkan botol plastik dan saling memukul. Polis, yang mengambil langkah-langkah keamanan di wilayah itu, mengenakan t-shirt "kuning" yang mewakili kesetiaan kepada monarki dan bukannya pakaian seragam.

Penentang kerajaan mengadakan demonstrasi dua kali sebelum ini, dan dinyatakan bahawa kira-kira 20 ribu orang mengambil bahagian dalam demonstrasi pada 19 September.

Para penunjuk perasaan menuntut reformasi politik, termasuk pengurangan kuasa Raja dan menuntut Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha meletak jawatan. (IH)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

ADUN PAS Lantik Kristian Jadi Pegawai Khasnya Di Sabah.. IH Sokong.

 

Lantik bukan-Islam serlah keadilan PAS

SAYA cukup teruja dengan tindakan ADUN (lantikan) PAS Sabah, kerana melantik Herman Obi, seorang Kristian, menjadi pegawai khasnya, bertanggungjawab perkara berkaitan hubungan etnik di Sabah. Tahniah YB.

ADUN atau Ahli Parlimen seperti inilah yang perlu diramaikan dalam DUN dan Parlimen. YB memandang Islam dan dakwah jauh ke hadapan. Dahulu saya pernah berkata, PAS perlu jadi parti dakwah sahaja di Sabah, bukan parti politik. 

Ternyata, telahan saya meleset, PAS sudah matang menjadi sebuah parti politik, bukan sahaja untuk Sabah tetapi juga Sarawak. Tidak ada masalah pemimpin Islam melantik atau memberikan jawatan kepada bukan-Islam, asalkan dia bukan musuh Islam atau tidak ultra kiasu.

Pelantikan Obi ini sangat tepat pada masanya bagi membuka mata Evangelis Kristian, musuh-musuh Islam dan ultra kiasu selama ini. Satu tamparan hebat kepada mereka yang selama ini begitu memandang serong kepada PAS.

Jika saya berada di tempat beliau, saya juga akan melakukan perkara sama, melantik bukan-Islam yang tidak ultra kiasu sebagai pegawai khas. Saya nak tengok ultra kiasu nak kata apa pula selepas ini.

Inilah sifat Islam yang perlu ditonjolkan. Islam tidak pernah memusuhi bukan-Islam yang baik-baik. Islam begitu berhikmah dengan bukan-Islam, asalkan mereka tidak khianat.

Jika tidak, mana mungkin Islam boleh berkembang begitu cepat berbanding dengan agama lain dalam jangka masa lebih kurang 1,400 tahun. Semua kerana hikmah yang dibawa oleh Islam.

Seperti yang selalu saya ulang, Islam tidak lahir di kawasan Islam, tetapi Islam lahir di kawasan bukan-Islam, kawasan yang penuh dengan berhala, penuh kekotoran dan penuh dengan kemungkaran.

Cantiknya Islam, sifat-Nya membersihkan yang kotor. Menukar mungkar kepada makruf. Akhirnya, terpancar keadilan dan menjadikan orang bukan-Islam tertarik dan seterusnya memeluk Islam.

Buktinya, Islam pernah memerintah dunia, suatu ketika dahulu. Di India, Islam memerintah dan bertahan hampir seribu tahun. Disebabkan oleh percaturan umat Islam, akhirnya, Islam jatuh. Begitu juga di negara-negara Eropah.

Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini, bagaimana bukan-Islam dilayan PAS, di Kelantan, Terengganu dan Kedah, seperti menatang minyak yang penuh. Mana mungkin bukan-Islam boleh hidup aman tenteram, jika PAS bersifat ekstrem atau yang sering dituduh oleh ultra kiasu sebagai Taliban.

Ternyata, ADUN PAS, lantikan Kerajaan Negeri Sabah, mewarisi ciri-ciri kepemimpinan ulamak PAS, yang meraikan kepelbagaian, tanpa menggadaikan prinsip. Saya harap selepas ini, ia dapat dicontohi di Sarawak pula.

Sesungguhnya, di dalam PAS, ramai pemimpin yang berwibawa. Begitu juga dalam Umno. Negara kita tidak pernah tandus dengan pemimpin, termasuk menjadi Perdana Menteri.

Amat dangkal jika ada yang mengatakan bahawa selain Muhyiddin, tidak ada pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri (PM), selepas ini.

Kita menjadi mual, sila asyik-asyik fokus menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Apakah negara kita sudah ketandusan pemimpin? Ya, Muhyiddin memang sudah menjadi PM. Siapakah yang akan menggantikannya selepas ini? Ramai lagi, Tok Mat ada, Hadi Awang ada, Najib Razak yang pernah menjadi PM pun ada.

Tidak dinafikan, mereka pernah buat silap sebab mereka bukan maksum. Apa yang saya ingin katakan, negara tidak ketandusan pemimpin. Patah tumbuh, hilang berganti.

Kenapa kita tidak mahu mengambil pengajaran bagaimana pemimpin ultra kiasu dan Kristian Sabah berstrategi. Cukup tersusun. Apabila ada ura-ura pemimpin PAS akan dilantik menyertai Kabinet Sabah, seluruh ultra kiasu dan Kristian menentang. Kita bagaimana?

Saya bukan mahu bodek pemimpin PAS atau Umno, tetapi walaupun ternista dan tidak maksum, mereka tidak pernah berputus asa untuk menghulurkan pandangan dan sumbangan untuk negara.

Kenapa kita tidak boleh tinggalkan era persengketaan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada era persepakatan Najib Razak dan Hadi Awang sebagai warna yang akan menentukan politik yang lebih sejahtera.

Perkara ini perlu disedari supaya umat Islam bahawa ada ramai pemimpin lain selain daripada dua dinasour itu. Pendek kata, orang Melayu perlu berani tenggelamkan kritik dengan sumbangan.

Perkara ini ternyata telah dibuktikan oleh dua pemimpin parti Islam terbesar ini. Apa yang musuh tidak kritik. Tetapi mereka tetap hadapi dengan memberikan sumbangan.

Justeru, berilah peluang kepada pemimpin berjiwa besar sebegini. Mereka sudah belajar banyak daripada kesilapan.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 13/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ridhuan Tee, saya (Ibnu Hasyim) setuju pandangan anda di atas. Apa khabar kawan kita Cina yang satu lagi, Ridhuan Oon? Atau Kamal Koh yang pernah turun ke bawah jual air tebu di pinggir jalan, kerana pertahankan Islam. Atau Kamal Liang, Arifiin Lai, Ali Abdullah dan beberapa lagi?

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerland, Indonesia.

 

Rural India (Odisha)



Wengen en primavera - Switzerland



Pesona Keindahan Desa Sirnarasa Sukabumi | Pulang Kampung


Kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan negeri Johor. Ini..

 

DAP Johor terkejut dakwaan 'dipelawa' kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan negeri
KUALA LUMPUR: DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri, sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).
Menurut DAP dalam satu kenyataan hari ini, hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan PH Johor.
"Pada hemat kami, sebarang usaha atau strategi untuk mengembalikan mandat rakyat dan membentuk kerajaan haruslah dalam makluman dan persetujuan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor," menurut kenyataan itu di sini, pada Rabu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam dilaporkan berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN. Sebaliknya, ia akan memberi syarat baharu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan, secepat mungkin.
Keputusan itu mampu memberi impak kepada kedudukan kerajaan Johor berikutan 14 daripada 29 Ahli ADUN PN adalah daripada UMNO manakala 14 lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), MIC (dua) dan Pas (satu).
PH memegang 27 kerusi DUN membabitkan 14 kerusi daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) (sembilan) dan PKR (empat).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails