Friday, November 13, 2020

Ini dah jumpa kambing hitamnya. PH?

 

Mencari ‘kambing hitam’ di Sungai Selangor

HARI ini di Malaysia, semua perkara jadi modal politik. Daripada penamaan semula nama sebuah pasukan bola sepak sehinggalah kepada penularan Wabak COVID-19, semuanya dikaitkan dengan batuan politik (political mileage). 

Yang terbaru ialah isu pencemaran air di Sungai Selangor yang membawa kepada pemberhentian bekalan air ke sebahagian Lembah Klang, yang melibatkan lebih 1.1 juta penduduk. 

Sejak tamatnya PKPB pada 31 Ogos yang lalu sehingga bermula PKPB yang baharu, sudah empat kali penduduk Lembah Klang terputus bekalan air. Bila sahaja bekalan air terputus maka berlakulah episod menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, dengan harapan yang dituduh tidak lagi mendapat sokongan pada pilihan raya akan datang. Ada orang awam pula mengugut pihak tertentu untuk tidak mengundi mereka selepas ini.

Sekiranya dengan menuding jari ini atau mendesak mana-mana pihak meletakkan jawatan boleh menyelesaikan masalah, boleh jadi tindakan ini boleh dipertimbangkan. Akan tetapi, diyakini tindakan seperti ini akan memburukkan lagi masalah. Bayangkan kalau Kerajaan Persekutuan (PN) dan Kerajaan Negeri Selangor (PH) turut berpolitik dalam perkara ini, LUAS, Air Selangor dan MPS tidak boleh duduk semeja dengan SPAN, JAS dan JPS, adakah akan selesai masalah?

Semua pihak perlu memahami, dalam isu industri perkhidmatan bekalan air ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai peranan bersama. Sekiranya masing-masing berpolitik ke atas satu sama lain, maka akan pincanglah bekalan air di sesebuah negeri. Politiking seperti inilah yang berlaku di Kelantan yang dianak-tirikan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1990-an, sehingga menjejaskan bekalan air di negeri tersebut.

Oleh sebab itu sejak mula masuk pejabat, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, mengambil sikap tegas untuk tidak berpolitik dalam hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Walaupun Pulau Pinang dan Selangor di bawah pemerintahan PH, tiada istilah anak tiri sebagaimana yang diperlakukan kepada Kelantan sebelum ini oleh Kerajaan BN dan PH. Semua negeri diberi hak masing-masing.

Sebenarnya di zaman pemerintahan PH selama 22 bulan pun Kelantan dan Terengganu dianak-tiri. Peruntukan yang sudah diluluskan di zaman Dato’ Seri Mohamad Najib Abdul Razak sebelumnya, seperti pembinaan Loji Rawatan Kumbahan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu telah dibekukan oleh PH. Adakah PAS akan membalas dendam terhadap tindakan PH ini, dengan bertindak khususnya terhadap Pulau Pinang dan Selangor.

PAS tidak akan bertindak membalas dendam, yang tidak memberi faedah bukan sahaja terhadap PAS bahkan tidak berfaedah kepada rakyat. Sejak masuk ke pejabat Menteri, Ustaz Tuan Ibrahim telah beberapa kali mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor. Antaranya termasuklah berkaitan dengan episod bekalan air terputus di Negeri Selangor sejak kebelakangan ini.

Perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor ini mendapat perhatian mendalam oleh Ustaz Tuan Ibrahim seumpama Negeri Kelantan yang sudah lama dipinggirkan. Di dalam Bajet 2021 baru-baru ini, ada peruntukan tertentu untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor ini, antaranya membeli teknologi pengesan pencemaran. 

Kementerian juga merancang untuk membina dua lagi Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di kawasan berhampiran. 

Sekarang di pihak rakyat pula perlu berganding bahu sama ada dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 

Golongan pemilik industri perlu mempunyai kesedaran alam sekitar, tidak semata-mata mementingkan keuntungan besar sehingga sanggup mencemarkan sungai. Masyarakat awam pula boleh membantu penguatkuasaan dengan memantau dan segera melaporkan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air – HARAKAHDAILY 12/11/2020

Hibur Hibur Sikit:

Kedutaan Arab Saudi di Belanda dibedil

 

Pegawai forensik polis menyiasat di Kedutaan Arab Saudi di The Hague, hari ini. - Foto / AFP

AMSTERDAM – Satu kejadian tembakan berlaku di Kedutaan Arab Saudi di bandar The Hague, Belanda hari ini.

Jurucakap polis berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan), kami menerima maklumat mengenai satu tembakan dilepaskan di sebuah bangunan di The Hague.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” kata polis dalam satu kenyataan melalui Twitter.

Polis berkata, beberapa kelongsong peluru ditemui di tempat 

kejadian selepas insiden berlaku.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, terdapat 20 kesan tembakan pada dinding bangunan tersebut.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai jumlah tembakan sebenar yang dilepaskan.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya telah menutup kawasan tersebut daripada umum dan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, motif kejadian masih belum lagi diketahui.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas kejadian letupan bom di acara memperingati mangsa Perang Dunia Kedua yang dihadiri diplomat asing di Jeddah, Arab Saudi dan mengakibatkan dua individu cedera. – AFP

Ini, Macam Cerita Filem Hindustan Dulu-dulu...

 

Panjat papan iklan tak mahu kahwin

New Delhi: Enggan mengahwini lelaki pilihan keluarga menyebabkan seorang gadis bawah umur di Madhya Pradesh, India, nekad memanjat papan iklan di jalan raya.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.

Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.

Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi lelaki yang ingin dikahwini gadis itu.

Polis Pardesipura Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.

Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.

"Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya," kata Patidar.

-AFP

Hibur Hibur Sikit:

Thursday, November 12, 2020

Polis Singapura tahan anggota gereja

 

Polis Singapura menahan 21 anggota gereja tempatan yang tidak berdaftar, di sebuah gereja yang berpusat dari Korea Selatan .

SINGAPURA: Polis Singapura menahan 21 anggota gereja tempatan yang tidak berdaftar, di sebuah gereja yang berpusat dari Korea Selatan pada 9 November 2020, menurut Kementerian Dalam Negeri, republik itu.

Kementerian itu berkata, sembilan lelaki, berusia antara 22 dan 31, dan 12 wanita, berusia antara 21 dan 49 tahun, ditangkap kerana didakwa menjadi anggota pertubuhan masyarakat yang tidak sah.

"Siasatan awal menunjukkan mereka didakwa terbabit dalam kegiatan yang berkaitan dengan gereja tempatan yang tidak berdaftar, Gereja Shincheonji Jesus the Temple of the Tabernacle of the Testimony (SCJ) yang berpusat di Korea Selatan," kata kenyataan itu dalam laman webnya.

Kementerian itu juga mengatakan sekumpulan sembilan wanita lain, berusia antara 22 dan 52 tahun, dan dua lelaki, berusia 23 dan 36 tahun, membantu polis dalam siasatan yang sedang dijalankan. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit:

K'jaan Negeri 'banyak menipu rakyat dan lebih mesra pemaju'. -Nelson

 

Cemar dan kotor ‘wajah’ Pulau Pinang?

BAYAN BARU: Masalah pencemaran dan landskap yang kotor oleh sampah sarap serta tiada penjagaan atau penyelenggaraan bukan isu baharu sebagaimana keadaan dapat dilihat di Sungai Nipah, Kampung Naran, di sini.

Atas keprihatinan penduduk dan orang ramai, perkara ini sejak sekian lama telah disuarakan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP sesuai slogan dibawa iaitu ‘Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria’.

Aktivis masyarakat, Nelson atau dikenali sebagai Burung Ababil berkata, malang sekali hakikat yang terbentang adalah sebaliknya dan menyifatkan kerajaan negeri banyak menipu rakyat dan lebih mesra pemaju.

Menurut beliau, selain sampah dihasilkan, terdapat pihak di negeri ini yang pernah mengimport sampah dengan jumlah kontena sangat banyak di mana perkara itu juga menyumbang keadaan sepertimana hitamnya Sungai Nipah.

Bidasnya, pencemaran dan kerosakan alam sekitar juga terjadi di bawah pentadbiran Kerajaan DAP yang dapat dilihat pada bukit-bukit ditarah serta penjualan tanah dan projek mega tambakan pulau dilakukan.
Sementara Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Pulau Pinang, Steven Koh pula mengingatkan kerajaan negeri agar keadaan Sungai Nipah tidak mengulangi nasib Sungai Kim Kim di Johor.

Pertikainya, adalah pelik apabila kerajaan negeri ‘terlepas pandang’ masalah itu di mana beliau percaya kontraktor pembersihan dilantik telah gagal melaksanakan kerja, sedangkan ia menggunakan wang rakyat untuk urusan itu.

Manakala Ketua Penerangan PAS Kawasan Tanjong, Anas Soffy Abd Wahid berkata, pencemaran air di situ sudah ditahap 4 atau 5, sedangkan pada 2019 Pulau Pinang menerima RM2.1 bilion peruntukan Pusat untuk penyelenggaraan sungai.

Beliau percaya, sekiranya kerajaan komited terutama bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air, Sungai Nipah boleh dikembalikan kejernihannya sebagaimana Sungai Ichat di Pahang. – HARAKAHDAILY 7/11/2020

Hibur Hibur Sikit:

Rebutlah Peluang Niaga Di Wilayah Bebas Berniaga.

 

PAS Wilayah seru orang awam rebut peluang berniaga   

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP), Azhar Yahya menyeru orang awam memanfaatkan peluang Wilayah Bebas Berniaga yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini.

Menurut Azhar, khabar gembira itu dimaklumkan pada waktu yang tepat memandangkan ia bakal membuka ruang dan peluang untuk warga kota mencari atau menambah pendapatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau bagaimanapun menasihatkan para peniaga menyambut peluang dengan berniaga secara jujur, menjaga kebersihan dan tidak menghalang lalu lintas selain menjual dengan harga barangan yang tidak membebankan pengguna.

“Ia selaras dengan perniagaan berasaskan cara dan barangan yang halal dan baik atau Halalan Toyyiba,” ujarnya.

Jelasnya, kelonggaran ini akan merancakkan kitaran ekonomi rakyat terutama golongan B40 sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan yang berdikari mencari pendapatan tanpa mengharapkan makan gaji semata-mata dan digalakkan dengan kepatuhan kepada undang-undang oleh pihak berwajib.

Di samping itu, Azhar turut menyeru orang awam yang kurang terjejas kewangannya memberi sokongan kepada peniaga tempatan dengan membeli produk-produk mereka mampu membantu memulihkan taraf ekonomi para peniaga sekali gus memenuhi keperluan harian.

“Semoga kesempatan berharga ini dapat digunakan sebaiknya oleh rakyat Malaysia ke arah mendapatkan rezeki yang berkat sehingga limpahannya mampu menunaikan zakat, sedekah dan lain-lain untuk manfaat masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai 15 November ini.

Bagaimanapun, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

Taufan Eta Landa Amerika Tengah, Mesej Erdoğan untuk Biden-Trump.

 

1. Taufan Eta Melanda Amerika Tengah, 200 Orang Terbunuh, Ramai Orang Masih Hilang


200 orang kehilangan nyawa akibat Taufan Eta yang melanda negara-negara Amerika Tengah. Menurut akhbar Amerika Tengah, 200 orang kehilangan nyawa dalam banjir dan tanah runtuh yang berlaku setelah Taufan Eta meninggalkan Honduras, Guatemala, Panama dan Nikaragua.

Pihak berkuasa mengumumkan bahawa ribuan rumah rosak dan lebih daripada 100 jalan dan jambatan menjadi tidak dapat digunakan kerana hujan lebat yang disebabkan oleh taufan. Ribuan orang yang terdampar oleh banjir dipindahkan dengan helikopter tentera.

Dianggarkan puluhan orang masih hilang di kawasan di mana usaha menyelamat sedang dilakukan dengan sukar.


2. Mesej Presiden Erdoğan untuk Biden dan Trump


Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengirim ucapan tahniah kepada Joe Biden, yang terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Direktorat Presiden Komunikasi, Presiden Erdoğan alam mesejnya, beliau berharap, bahawa keputusan pilihan raya akan bermanfaat bagi rakyat Amerika Syarikat, yang ramah dan bersekutu.

"Seperti yang telah kita bincangkan semasa Wakil Presiden beberapa kali dalam hubungan Turki-AS bersifat strategik, berdasarkan landasan yang mapan." Dengan menggunakan ungkapan itu, Erdoğan mencatat perkara berikut dalam mesejnya:

"Cabaran yang kita hadapi di peringkat global dan serantau hari ini menuntut kita untuk mengembangkan dan memperkuat hubungan ini berdasarkan kepentingan dan nilai bersama. Pada masa akan datang, kami mengulangi tekad kami untuk bekerja rapat dengan pentadbiran AS ke arah ini, dan hubungan kerjasama dan pakatan yang kuat antara negara-negara kita akan seperti yang berlaku hingga hari ini dan dunia di masa depan. Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan pilihan raya anda, dan menyatakan hasrat tulus saya untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat Amerika Syarikat. "

Sementara itu, Presiden Erdoğan juga mengirim mesej kepada Donald Trump, yang kalah dalam pilihan raya AS.

"Terimakasih Untuk visi ikhlas dan tekad yang anda kemukakan untuk perkembangan berdasarkan kepentingan dan nilai bersama hubungan Turki-AS" katanya.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan membuat panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin. Menurut kenyataan Direktorat Komunikasi Presiden, hubungan Turki-Rusia, perkembangan serantau terutamanya di Nagorno-Karabakh dan Syria, telah dibincangkan dalam pertemuan itu. Dalam pertemuan itu, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa langkah yang betul telah diambil dalam perjalanan menuju penyelesaian kekal di Nagorno-Karabakh pada malam sebelumnya.
(IH)

Hibur Hibur Sikit:
Album 2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails